Khamis, 20 September 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


BUSINESS maksiat tidak diingini di Selangor

Posted: 20 Sep 2012 05:18 AM PDT

MPK Akan Terus Serbu Rumah Urut Tanpa Beri Notis
 
KLANG, 19 SEPT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan membuat serbuan tanpa notis pemberitahuan terhadap premis rumah urut yang melanggar peraturan.

Ahli Majlis MPK, Azmizam Zaman Huri berkata, perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Penuh MPK memandangkan kebanyakkan premis yang beroperasi kini gagal mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perlesenan.
Sebagai contoh katanya, terdapat premis yang memohon lesen perniagaan refleksologi tetapi menjalankan kegiatan urut badan.

Sebelum ini katanya, notis akan dihantar dan premis tersebut diberikan tempoh 14 hari untuk menurunkan papan tanda dan menutup operasi mereka. Namun notis tersebut tidak diendahkan.
"MPK menghantar notis kedua juga tidak diendahkan. Maka, mulai hari ini MPK akan terus lakukan operasi tanpa beri notis.

Antara kesalahan yang dilakukakan adalah papan tanda besar yang tidak mempunyai lesen iklan dan tidak ada lesen perniagaan," katanya apabila ditemui dalam operasi hari ini Taman Botani, Bukit Tinggi.
MPK menurunkan papan tanda premis refleksologi yang tidak mengikut spesifikasi yang dtetapkan pihak PBT.

Operasi ini juga melibatkan premis tidak berlesen yang masih beroperasi sedangkan sebelum ini mereka telah diberikan surat supaya menghentikan perniagaan.
Dalam operasi hari ini, MPK menyita peralatan premis Winter Refleksologi yang sebelum ini pernah diserbu sebanyak lima kali.

Jelas Azmiam, kerajaan negeri sedang mengkaji undang-undang yang sesuai bagi membendung kegiatan haram ini.
"SUK sedang mengkaji undang-undang dan mengambil tidakan terhadap tuan punya premis yang menyewakan kedai mereka kepada pengusaha rumah urut.

Sekiranya mereka tidak mahu menghentikan operasi, premis berkenaan akan dirampas," ujarnya.
Tegas beliau, pihak MPK tidak pernah meluluskan mana-mana lesen rumah urut sejak tahun 2008 dan pihaknya masih lagi memantau beberapa premis di kawasan Bukit Tinggi, Meru dan Bayu Perdana yang beroperasi secara tidak sah sebelum tindakan tegas bakal diambil.

ADUN SELAT KLANG berjaya bawa isu Pulau Ketam untuk tindakan negeri

Posted: 20 Sep 2012 04:05 AM PDT

Jambatan Baru Bagi Bagan Teochew
 




 
SHAH ALAM 19 SEPT : Kerajaan Negeri hari ini meluluskan peruntukan khas RM 80,000 bagi membina semula jambatan di Pulau Ketam yang musnah dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.
Pengumuman itu dibuat Exco Negeri yang juga Adun Selat Kelang, Dr Halimah Ali dalam satu sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kerajaan Negeri sebentar tadi.

Jambatan tersebut dikatakan musnah akibat dilanggar sebuah bot yang dibawa arus deras.
Keadaan itu menjejaskan urusan seharian penduduk termasuk para pelajar.
"Hasil Kajian mendorong kita untuk mengeluarkan dana bagi membina jambatan sementara bagi menghubungkan penduduk Bagan Teochew dengan tempat terputus hubungan.
"Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan melalui Setiausaha Kerajaan (Negeri) untuk mengarahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) membina jambatan itu.
"Kita jangkakan ia akan siap dalam masa sebulan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata akan meminta Kerajaan Pusat bersama-sama membantu penduduk yang terjejas.
"Diharap jika adanya bantuan daripada Kerajaan Pusat, satu jambatan kekal dapat dibina untuk penduduk," katanya.
 http://www.selangor.gov.my/          

Tiada ulasan:

Nuffnang