Rabu, 9 November 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


WACANA MUAFAKAT: SIASAYAH SYAR'IYYAH

Posted: 09 Nov 2011 01:54 AM PST

Semua Dijemput Hadiri Wacana Siyasah Syar'iyyah – Religio-Politik Semasa Malaysia


Semua dijemput menghadiri Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah Syar'iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia.

Wacana anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ini akan berlangsung pada 12 November ini di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Pembentang kertas kerja terdiri daripada;

1. Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA),

2. Dato' Hj. Mohd Nakhaie Ahmad (Presiden Pertubuhan Persahabatan Dakwah Global),

3. Prof Datuk Dr. Yusoff Mohamad (Pensyarah Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama UIA),

4. Dr. Yusri Mohamad (Pensyarah Undang-Undang UIA) ; dan

5. Ustaz (Dr) Muhammad 'Uthman El-Muhammady (Felo Amat Utama ISTAC).

Orang ramai yang ingin mendaftarkan diri ke program ini boleh menghubungi Sdr. Nasrul (012-6506404) atau Sdr. Wan Burhan (016-3956497). Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di laman web rasmi MUAFAKAT.

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Kerajaan Pakatan Rakyat beri air percuma, kerajaan BN mahu rakyat Selangor kehausan

Posted: 09 Nov 2011 04:13 AM PST

Nilai aset air Selangor RM12 bilion
Kerajaan Negeri Selangor

Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Begitulah juga dengan isu air yang hangat diperkatakan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Apatah lagi kebanyakan dari yang cuba memberi komen, saranan dan ugutan tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan pengetahuan dalam isu air ini. Dalam pada kita kesal kerana kepincangan yang telah didedahkan dalam pengurusan air di negeri Selangor ini dipandang ringan oleh Kerajaan Persekutuan, namun kita bersyukur akhirnya seluruh rakyat memahami isu sebenar, punca dan akibat daripadanya.

Izinkan saya mengambil sedikit masa menerangkan isu ini dengan lebih mendalam. Penswastaan industri air di Selangor bermula pada tahun 1994 dengan operasi rawatan oleh Puncak Niaga, diikuti oleh SPLASH, ABASS dan akhirnya SYABAS pada Disember 2004, hanya memberi lebih manfaat kepada syarikat konsesi berbanding rakyat negeri Selangor. Selepas kelemahan operasi SYABAS didedahkan dalam Laporan Audit Negara pada tahun 2008, satu notis telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberitahu penamatan konsesi SYABAS. Namun ia tidak dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan.

Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha membolehkan penstrukturan industri air dibuat untuk manfaat rakyat negeri ini.

Sejak itu dan sehingga Januari tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat tiga tawaran untuk mengambil alih dan menstrukturkan semula industri air di Selangor dan ia telah diterima oleh ABASS dan SPLASH. Puncak Niaga dan juga SYABAS kekal menolak tawaran ini. Meskipun terdapat kelemahan dalam pengurusan SYABAS, misalnya dalam pelaburan penukaran paip, kenaikan tarif air yang tentunya boleh menambah beban rakyat Selangor cuba diusulkan. Jika kita mengambil kira kadar kenaikan tarif air pada tahun 2009 dan 2012, setiap isi rumah di Selangor akan berdepan dengan kenaikan bil air sehingga 71% berbanding kadarnya pada tahun 2008 sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan kadar kenaikan tarif tersebut.

Kini, rakyat cuba dimomokkan pula dengan kemungkinan Selangor menghadapi masalah air menjelang tahun 2014. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius perkara ini kerana sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, nasihat oleh pakar industri air telah diambil. Berdasarkan unjuran pertumbuhan penduduk, jumlah penggunaan air dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang ada mampu menampung keperluan seluruh Lembah Klang adalah sehingga 2019. Momokan kepada rakyat untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan Projek Penyaluran Air Mentah adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab kerana kajian berkaitan sumber lain serta pengurangan kadar air tanpa hasil (non-revenue water) tidak dilakukan.

Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak hakikat bahawa Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor boleh memberikan tambahan kepada bekalan air yang diperlukan, namun biarlah ia dibuat dengan lebih teliti agar ia dapat dilaksanakan dengan baik dan telus. Tuntutan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal pengurusan dan bekalan air yang tidak memuaskan oleh SYABAS dan Puncak Niaga mesti turut diambil kira.

Malangnya kerajaan Persekutuan nampaknya lebih sanggup membela kroni perniagaan berbanding rakyat Selangor. Namun ia tidak mematahkan semangat kita untuk terus menjaga kepentingan rakyat Selangor. Kerajaan Negeri telah melantik Juru Perunding Kejuruteraan; Tetuan Erinco Sdn Bhd untuk melakukan carian, semakan dan penandaan ke atas semua asset air Selangor dan seterusnya melakukan nilaian terhadap aset-aset tersebut. Harus diingat, aset-aset negeri ini telah digunakan secara percuma oleh kroni yang mendapat konsesi air sedangkan rakyat pula yang dibebankan dengan caj yang tinggi.

Pada Jun 2011 maka selesai penilaian yang dilakukan oleh firma tersebut dan nilai asset air rakyat Selangor berjumlah RM12,000 ( Dua Belas Ribu ) juta. Inilah yang saya maksudkan sebentar tadi bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Pertarungan antara rakyat Selangor, Syarikat Konsesi Kroni dan Kerajaan Persekutuan akhirnya telah memberi kita makluman bahawa rakyat Selangor mempunyai harta air berjumlah RM12 ribu juta. Harta yang selama ini tidak dipedulikan kerajaan terdahulu dan sewenang-wenangnya digunakan oleh syarikat kroni ini adalah milik rakyat Selangor.

Nilai aset air negeri ternyata jauh lebih tinggi daripada aset air pemegang konsesi. Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebagai satu pendekatan memulangkan hasil negeri untuk rakyat. Ini bererti jika setiap isi rumah menggunakan 20 meter padu atau lebih setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor membayar sebanyak RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun untuk mereka. Pemberian ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan bagi isi rumah, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Meskipun kita telah membuktikan rakyat Selangor mempunyai lebih hak terhadap pengurusan air namun nampaknya Persekutuan masih mahu terus memihak kepada syarikat kroni; SYABAS dan Puncak Niaga. Pada Mei 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan dan mencadangkan satu model holistrik penstrukturan semula industri air Selangor. Model ini akan menyaksikan Agensi Bertujuan Khas Negeri (State Special Purpose Vehicle) menguruskan industri air ini secara meluas, daripada rawatan sehingga kepada agihan, pengeluaran bil serta khidmat pelanggan dan memajakkan aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); agensi yang ditubuhkan untuk memiliki seluruh aset air negara.

Dengan industri air negara telah distrukturkan melalui pengenalan Akta Industri Perkhidmatan Air (2006), cadangan Kerajaan Negeri Selangor memerlukan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan kuasanya seperti yang terdapat dalam Akta tersebut untuk mengarahkan semua syarikat konsesi menyertai rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk pengambilalihan.

Kerajaan Negeri Selangor juga menawarkan rundingan diletakkan di bawah arbitrasi antarabangsa dan sebarang keputusan yang terhasil akan diterima sebagai keputusan akhir. Namun, Kerajaan Persekutuan tidak mahu berbincang mengenainya. Malah, mesyuarat terakhir antara Kerajaan Persekutuan dan pegawai Kerajaan Negeri pada September 2011 menunjukkan mereka hanya berminat untuk mendesak Projek Pemindahan Air dan tidak mahu berbincang tentang isu penstrukturan industri air yang memberi manfaat kepada semua pengguna di Selangor.

Selain menolak perbincangan ini, Kerajaan Persekutuan turut membiayai Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), sebuah syarikat dalam senarai bursa yang pemegang saham majoritinya ialah SYABAS dan Puncak Niaga. Pembiayaan ini dilakukan melalui subsidiari milikan penuh PAAB yang telah menandatangani persetujuan pada 1 November 2011 untuk membeli bon yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga pada nilai nominal RM546,875,000 daripada PAAB. Puncak Niaga Holdings Berhad menggunakan dana yang diterima daripada pembelian semula bon yang dikeluarkan pada tahun 2001.

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa sebarang perbincangan tentang masa depan Projek Pemindahan Air perlu dibincangkan bersama penstrukturan industri air di Selangor. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pada Oktober 2011 kerajaan Selangor telah melantik syarikat juruperunding HALCROW untuk membuat audit kewangan dan teknikal ke atas SYABAS. Apa yang mahu ditegaskan ialah Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat menerima Projek Pemindahan Air dijalankan bersama industri air yang lemah dan pada kadar yang membebankan rakyat.

Sekiranya cadangan Kerajaan Negeri Selangor diterima, kenaikan tarif sebanyak 71% yang dicadangkan oleh SYABAS boleh dielakkan. Di bawah cadangan Kerajaan Negeri Selangor juga, Agensi Bertujuan Khas Negeri hanya akan melaksanakan peningkatan pada kadar 12% sahaja bagi penjimatan dan mengelakkan pembaziran. Justeri, kenaikan tarif hanya akan berlaku pada kadar minima yang boleh dibiayai bersama.

Untuk makluman Tuan-tuan Yang Berhormat, lebih 1.2 juta isi rumah menerima pemberian air 20 meter padu ini dan jika kita mengambil jumlah isi rumah seramai empat hingga lima orang, bermakna hampir seluruh penduduk di Selangor menerima sumbangan ini.

Sedutan pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertema Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di persidangan Dewan Negeri pada 9 November 2011.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor BERJAYA BERHEMAH DALAM PERBELANJAAN simpan tunai LEBIH RM1,000juta!!

Posted: 09 Nov 2011 02:21 AM PST

Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat | Print |
Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Nov: Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim (gambar) berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve).

Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, "adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)".

"Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi.

Menurutynya, simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility), apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia.

"Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010.

"Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat," katanya lagi.

Ini, jelasnya terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008.

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Belanjawan 2012 Selangor Darul Ehsan, Prestasinya Makin Meningkat

Posted: 09 Nov 2011 02:49 PM PST

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - Komen Kelemahan Pengurusan Kewangan Kerajaan N. Sembilan

Posted: 08 Nov 2011 10:05 PM PST

Tahniah buat Ketua Audit Negara yang ada kekuatan untuk mendedahkan kelemahan dan mungkin kewujudan penyelewengan oleh Kerajaan N. Sembilan di bawah pentadbiran UMNO/BN.

Sikap pimpinan UMNO/BN ini telah memalukan rakyat N. Sembilan dan termasuk kakitangan awam. 7 daripada 10 Projek Pembangunan Kemiskinan di N. Sembilan dinyatakan gagal oleh Ketua Audit Negara. Apakah ini ciri-ciri Kerajaan 1 Malaysia yang kononnya mendahulukan rakyat? Akan banyak lagi pendedahan yang akan dibuat.

Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan juga telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah melaporkan isu rasuah ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas. Harap anak muda N. Sembilan dapat membawa kesedaran ini kepada keluarga di rumah. Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara.

Salam Perjuangan.

Program Korban Parlimen Telok Kemang

Posted: 08 Nov 2011 09:56 PM PST



Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dan anggota KEADILAN di Parlimen Telok Kemang yang terlibat sama untuk menjayakan Program Ibadah Korban pada tahun ini. Mudah-mudahan gerak kerja kita diberkati Allah.

Salam perjuangan,

Ikhlas dari saya,

YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Video : Wajib Tengok

Posted: 09 Nov 2011 05:56 AM PST

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Y.A.B MB Bersama Pelajar Terbilang SPM/STPM 2011

Posted: 08 Nov 2011 05:37 PM PST




Pada 8 November 2011, telah menghadiri Majlis Y.A.B Menteri Besar Bersama Pelajar Terbilang SPM dan STPM 2011 di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Majlis Graduasi TABIKA KEMAS DUN Seberang Takir

Posted: 08 Nov 2011 05:27 PM PST




Pada 8 November 2011, telah merasmikan Majlis Graduasi TABIKA KEMAS DUN Seberang Takir 2011 di SMK Kompleks Seberang Takir

Majlis Perasmian 'Empower' Program Pembangunan Modal Insan ECER

Posted: 08 Nov 2011 05:04 PM PST





Pada 3 November 2011 yang lalu, telah menghadiri Majlis Perasmian 'Empower' Program Pembangunan Modal Insan ECER yang disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said di Dewan Dato' Sri Amar Diraja, Kemaman.

Majlis Penyerahan e-BOOK Tahun 4 2011 DUN Kijal

Posted: 08 Nov 2011 04:51 PM PST



Pada 3 November 2011 yang lalu, telah menghadiri Majlis Penyerahan e-BOOK Tahun 4 2011 bagi DUN Kijal yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said di SK Seri Bandi 2, Kemaman.

Wacana Melestarikan Pendidikan Terbilang

Posted: 08 Nov 2011 04:42 PM PST




Pada 2 November 2011 yang lalu, Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said telah merasmikan Wacana Melestarikan Pendidikan Terbilang Terengganu Negeri Anjung Ilmu di Bukit Gambang Resort City.

Karnival Pendidikan Terengganu

Posted: 08 Nov 2011 04:24 PM PST





Pada 2 November 2011 yang lalu, telah menghadiri Karnival Pendidikan Terengganu bertempat di Dewan Berlian, Kemaman. Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said telah merasmikan majlis tersebut.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Was Tony trying to spin again? by Smart Dugong

Posted: 09 Nov 2011 06:50 AM PST

Stupid bahlol, it is not the synergies that can save money but cost efficiencies and productivity.

Imagine with all the synergies, the leakages and wastages still continue.

Inilah masaalahnya bila textbook dungu and kaki penipu synergise, haru biru lah jadinya

Comment on Was Tony trying to spin again? by Anonymous II

Posted: 09 Nov 2011 05:59 AM PST

YB, this was what Danny Rashdan spoke to MAS staff in the recent Townhall Session by AJ :

Danny said :I was from Khazanah and now in MAS. In Khazanah, we saw the losses in MAS, half year is already almost 800 million and we can expect what the whole year is gonna be. But from CCF, we get a lot of synergies. It was quantified that the synergies between the two airlines can be up to RM1 billion minimum. If let's say we share the synergies, 50-50 and that's RM500 million for us in terms of synergies guidelines, cost saving, for example how we negotiate with Airbus. Of course TF has very strong marketing relationship with Airbus and we can leverage that for example for future advance and cash bonuses.

The intention is willing to put the variation back to the front footing because the other fact is the government (Khazanah) is not going to invest more money into MAS. All in is more than RM4 billion invested in MAS since 2007. So this is one way to halt the progress they said is not worth. So this is a great national issue actually.

Comment on Was Tony trying to spin again? by MAS Cabin Crew

Posted: 09 Nov 2011 12:38 AM PST

The pariah was still trying to bullshit his way. We have had enough of his bullshit. MAS management and Tan Sri Azman and his former partner Rashdan can buy his bullshit but not the staff of MAS. MAS staff cannot be bought. MASEUS officials can be kicked around like football because they have too muchb shit in their backyards. Too many contracts given by the management that’s why they are silence after making oen or tow statements.

Our warning to the pariah is to stop trying to screw up MAS. He can screw AA. We don”t care but not MAS. So Aj and Rashdan, pls stop your nonsense too.

Comment on Was Tony trying to spin again? by Hafiz

Posted: 08 Nov 2011 10:38 PM PST

Those in the picture were all smiling. They must be happy now that MAS is going down the drain soon. What is more important is: What the fu.ck is SC and Bursa doing with regards to the investigations into insider trading and non disclosure of the deal prior to the signing of the dirty deal. Zarina is dragging her feet for obvious reasons.

Najib must wake up before it is too late. sack those involved in the deal that will screw MAS eventually.

Comment on Was Tony trying to spin again? by Hisaini

Posted: 08 Nov 2011 10:22 PM PST

TF’s business model is about spinning and he knows that Malaysians and the Badawi’s government were silly enough to buy them. Now with the expose by YB’s blog it is no longer that easy. Now he was trying with his nonsense to cover up the RAS subsidy. He should answer those simple questions posted by YB in this article. Ay pariah, since you have got the gift of gap, please spin your answers tothose questions posed by Old Man and YB.

Comment on Was Tony trying to spin again? by kasih

Posted: 08 Nov 2011 09:49 PM PST

YB,
Y.ou have done a great job in following up on the MAS Air Asia swap. I take off my hat to you for consistently and tirelessly working on a matter that is disturbing the minds of the ordinary rakyat. While you are so diligently engrossed in exposing the rot Tony is doubling his effort in rushing to implement his strategy that will make him emerge as a winner and getting most benefits from the deal. He knows what he is doing is only possible in Malaysia. Certainly not elsewhere. Here, he may weave his way through like a snake but he will manage to appear like a white knight and be further glorified.
Immediatrely after the share swap, besides Rashdan another one by the name of Abd. Aziz Abd. Bakar was parachuted from CIMB to be the Executive Vice President at ED's office.
Next to be parachuted was another lady by the name of Nor Zalida Ahmad , sister of COO of Air Asia , appointed VP Public Relations. Meanwhile , several senior MAS staff including the Managing Director has left. Obviously the situation in MAS is messy and 'kelam kabut' to say the least. Press statements are made by Tony and his partner. Alas. there was deafening silence from MAS Chairman. Has he suddenly lost his voice after the sudden crowning? He told staff at the meeting that he had to accept the appointment as a gun was placed on his head. Staff and the public at large are bewildered at Tony's manipulation and maneuvering but are more bewildered at the continued paralysis of the powers that be. The SC and Bursa Saham are also dragging their feet on an investigation that should have ended long time ago,
Meanwhile Tony goes on his MAS rampage. He has informed MAS staff that they should move out of Subang and move to KLIA starting Feb and finally by May 2012.
What a strategist you are Tony. Is this to make way for your new premium airline that is supposed to start operations in May 2012 ? Now is this for your interest or MAS'.? Now , with this latest development where do you place MAS in your grand scheme of things?

Comment on Was Tony trying to spin again? by MAS Spring

Posted: 08 Nov 2011 07:38 PM PST

He was bullshitting and he is now bullshitting. He thought that Malaysians are stupid enough to believe what he said. Prior to the Ministry of Transport announcement of the subsidy of RM249 millions for RAS to AA, Tony never revealed it. Typical pariah. Got so much help from Badawi government and he has the audacity to say he got little help from the 4th floor administration. Just a compulsive liar/spinner.

Comment on Hutang ALWAFEER AIR lebih dari RM60 juta! by Zam

Posted: 08 Nov 2011 06:34 PM PST

Sekarang ni Tun ke siapa ke semua pun tak malu. Scandal after scandal, wayang after wayang.
Mereka ingat rakyat semua bodoh ……….

Only way out is to change gomen, bising bising pun tak guna !!!!

Comment on Danau Kota pasar malam: the PM’s office has ‘spoken’ … by Wak ka

Posted: 08 Nov 2011 06:03 PM PST

still no respond? slow Efficiency

Comment on Was Tony trying to spin again? by Tono Fornodosor

Posted: 08 Nov 2011 03:26 PM PST

The only true these airline business wisdom in you and your group is in knowing you know nothing at all but only just full of shit that come out from you Tony. You fooled everybody including The Sleepy PM…..F*#@k you Tony….

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Korban bersama jemaah Surau An Nur, Taman Dagang Fasa 1 pada 6/11/2011.

Posted: 09 Nov 2011 08:34 AM PST

Korban bersama jemaah Surau An Nur, Taman Dagang Fasa 1 pada 6/11/2011.

Posted: 09 Nov 2011 08:10 AM PST

ULASAN KEPADA BELANJAWAN NEGERI SELANGOR 2012

Posted: 08 Nov 2011 10:44 PM PST

Di dalam belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Dato' Menteri Besar hari ini, Kerajaan Negeri telah menegaskan komitmen untuk menyelsaikan
masalah perumahan rakyat.

Melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), lebih 10,000 rumah mampu milik akan dibina.

Rumah mampu milik yang telah mula dibina di Bandar Baru Bangi pada Jun tahun ini adalah jauh lebih rendah harganya dari rumah mampu milik Kerajaan Persekutuan atau PRIMA.

Rumah mampu milik Kerajaan Negeri bermula dari sekitar RM100,000 sehingga RM150,000. Harga jualan rumah PRIMA pula sehingga melebihi paras RM200,000 sebuah.

Kerajaan Negeri mahu rakyat berpendapatan di antara RM2,000 hingga RM5,000 memliki rumah. Mereka yang berpendapatan di antara RM2,000 hingga RM5,000 tidak akan memperolehi pinjaman perumahan bagi rumah-rumah yang ditawarkan oleh skim PRIMA Kerajaan Persekutuan.

Tetapi mereka berupaya mendapat pinjaman untuk membeli rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor yang dibina oleh PKNS.

Memandangkan ramai yang mahu memiliki rumah mampu milik Kerajaan Negeri, kawalan ketat ke atas jualan akan dilaksanakan untuk
memastikan mereka yang benar-benar layak memilikinya. Untuk rumah
mampu milik yang sedang dibina di Bandar Baru Bangi, hampir 600 permohonan telah diterima untuk memiliki 124 unit rumah.

Kerajaan Negeri tidak mahu amalan dahulu di mana rumah-rumah yang diperuntukkan untuk mereka yang berpendapatan rendah diagihkan kepada mereka yang tidak sepatutnya atau orang-orang politik dan saudara mara mereka.

Oleh itu, nama-nama mereka yang dipilih untuk memiliki rumah mampu milik akan dipamerkan di laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor untuk 2 minggu selepas pemilihan.

Orang ramai boleh menyatakan bantahan jika mengesyaki sebarang amalan yang tidak sepatutnya.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
9 November 2011

Korban Perdana PAS Kawasan Pandan di Dewan Orang Ramai Jalan H, Kg Pandan Dalam 8/11/2011.

Posted: 08 Nov 2011 10:01 PM PST

Ulasan kepada Belanjawan 2012 Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 08 Nov 2011 09:22 PM PST

Di dalam belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Dato' Menteri Besar
hari ini, Kerajaan Negeri telah menegaskan komitmen untuk menyelsaikan
masalah perumahan rakyat.

Melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), lebih 10,000 rumah
mampu milik akan dibina.

Harga rumah mampu milik yang telah mula dibina di Bandar Baru Bangi pada Jun
tahun ini adalah jauh lebih rendah dari rumah mampu milik
Kerajaan Persekutuan atau PRIMA.

Rumah mampu milik Kerajaan Negeri bermula dari sekitar RM100,000
sehingga RM150,000. Harga jualan rumah PRIMA pula sehingga melebihi
paras RM200,000 sebuah.

Kerajaan Negeri mahu rakyat berpendapatan di antara RM2,000 hingga
RM5,000 memliki rumah. Mereka yang berpendapatan di antara RM2,000
hingga RM5,000 tidak akan memperolehi pinjaman perumahan bagi
rumah-rumah yang ditawarkan oleh skim PRIMA Kerajaan Persekutuan.
Tetapi mereka berupaya mendapat pinjaman untuk membeli rumah mampu
milik Kerajaan Negeri Selangor yang dibina oleh PKNS.

Memandangkan ramai yang mahu memiliki rumah mampu milik Kerajaan
Negeri, kawalan ketat ke atas jualan akan dilaksanakan untuk
memastikan mereka yang benar-benar layak memilikinya. Untuk rumah
mampu milik yang sedang dibina di Bandar Baru Bangi, hampir 600
permohonan telah diterima untuk memiliki 124 unit rumah.

Kerajaan Negeri tidak mahu amalan dahulu di mana rumah-rumah yang
diperuntukkan untuk mereka yang berpendapatan rendah diagihkan kepada
mereka yang tidak sepatutnya atau orang-orang politik dan saudara mara
mereka. Oleh itu, nama-nama mereka yang dipilih untuk memiliki rumah
mampu milik akan dipamerkan di laman web Lembaga Perumahan Dan
Hartanah Selangor untuk 2 minggu selepas pemilihan. Orang ramai boleh
menyatakan bantahan jika mengesyaki sebarang amalan yang tidak
sepatutnya.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
9 November 2011

CORETAN YDP 50 : SELANGOR MAHU YANG TERBAIK

Posted: 08 Nov 2011 03:06 PM PST

BAHAGIAN PERTAMA :

Baru-baru ini Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa simpanan Kerajaan Negeri telah meningkat kepada RM1.1 bilion. Jumlah ini adalah jumlah yang tertinggi untuk 28 tahun. Malah dalam tempoh di antara bulan Januari dan Jun tahun ini, simpanan negeri telah bertambah lebih RM100 juta.

Kejayaan ini bukanlah sepenuhnya di atas usaha Menteri Besar ataupun Exco-Exco. Tetapi ianya merupakan usaha bersama semua pihak. Pimpinan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan telah sama-sama menyumbang kepada kejayaan ini. Malah kejayaan-kejayaan lain yang dicapai oleh Kerajaan Negeri adalah juga hasil usaha bersama ini.

Pimpinan Pakatan Rakyat di dalam Kerajaan Negeri telah berjaya merubah cara berfikir dan cara bekerja pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan. Walaupun perjalanannya masih jauh dan banyak lagi kerja yang perlu dilakukan tetapi Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang tepat.

Di zaman BN, kerajaan adalah tempat untuk mencari keuntungan. Sama ada perjanjian membangunkan tanah kerajaan atau kontrak menyelenggarakan bangunan, kerajaan sentiasa rugi.

Talam berhutang kepada Kerajaan Negeri lebih RM390 juta tetapi hanya disedari ketika pentadbiran Pakatan Rakyat.

Sebuah yayasan telah menandatangani perjanjian usahasama untuk memajukan tanahnya dengan pulangan hanya RM10 juta walhal nilai tanah itu adalah RM50 juta.

Tetapi semuanya telah berubah. Di bawah Pakatan Rakyat, masanya adalah bagi kerajaan pula untuk membuat untung. Tetapi untung bukan untuk Menteri Besar, Exco-Exco atau wakil rakyat tetapi untung untuk dikembalikan kepada rakyat.

Kerajaan bukan lagi lembu susu yang gemuk yang boleh diperah hingga kering. Walaupun ada di antara kita yang dijangkiti virus UMNO dan BN ini tetapi amalan sedemikian telah dapat dibendung. Jika tidak, sudah tentu kita tidak akan dapat mengumpul RM1.1 juta itu.

Sebagai negeri berkebajikan, Kerajaan Negeri memerlukan dana yang banyak untuk melaksanakan agenda-agendanya untuk membantu rakyat.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah, kita tidak menjumpai minyak atau emas di bumi Selangor. Tetapi kenapa Kerajaan Negeri dapat melaksanakan program-program membantu rakyat yang tidak terlintas di fikiran rakyat ketika BN memerintah?

Jawapannya adalah perbelanjaan yang berhemah dan pengurusan yang lebih baik serta kreatif.

Contohnya pasir. Di zaman BN pun ada pasir. Di bawah Pakatan Rakyat, pasir ini tidak dengan tiba-tiba bertambah. Dimuntahkan dari perut bumi atau dihanyutkan dari banjaran Titiwangsa oleh Sungai Kelang atau Sungai Langat.

Tetapi di bawah BN, hasil pasir pergi kepada orang-orang politik, taukeh-taukeh dan mungkin kongsi-kongsi gelap.

Walhal Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat menubuhkan anak syarikat yang menguruskan hasil pasir untuk disalurkan balik kepada rakyat.

Di zaman BN, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri adalah sekadar RM3 hingga 4 juta setahun. Tetapi anak syarikat Kerajaan Negeri mengendalikan pasir telah memungut keuntungan RM47 juta sehingga bulan Jun tahun ini. Menakjubkan bagi tempoh lebih kurang 3 tahun. Keuntungan inilah yang telah membiayai program "Jom Shopping".

Program "Jom Shopping" adalah di mana warga emas 60 tahun ke atas yang berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dibawa membeli belah dengan Kerajaan Negeri membayar RM100 untuk setiap orang. RM10 juta telah diperuntukkan untuk program "Jom Shopping" ini.

Selain dari "Jom Shopping", skim mikrokredit Kerajaan Negeri untuk usahawan kecil seperti "Mimbar" dan "Skimsel" adalah juga dibiayai oleh "hasil baru". RM50 juta adalah dari hutang Talam yang berjaya dikutip.

Saya percaya cara berfikir dan cara bekerja yang baru ini bukan sahaja relevan di Shah Alam atau di pejabat-pejabat kerajaan tetapi di semua peringkat.

Bukan sahaja pimpinan Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan yang perlu menjiwai dan mencernakan konsep yang baru ini tetapi juga para-para aktivis dan penggerak politk di peringkat akar umbi.

Tanpa perubahan sikap di kalangan mereka, hasrat-hasrat kerajaan tidak akan tercapai. Agenda-agenda kerajaan tidak akan terlaksana. Orang-orang politik pula akan memperlahankan agenda perubahan yang sedang dibawa oleh Kerajaan Negeri. Janganlah orang-orang politik pula terikut-ikut cara "orang lama" walhal pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan telah bergerak ke hadapan.

Kata pepatah Melayu, tidak berbunyi bertepuk sebelah tangan. Begitu juga kerajaan yang tidak dapat melakukannya bersendirian. Perlu ada sokongan dari bawah dan kerjasama rapat di antara semua pihak.

Kita sudah tentu mahu Kerajaan Negeri yang hebat. Lebih cekap. Lebih berdaya saing. Tetapi tugas untuk memastikan ini berlaku adalah tanggung jawab kita bersama.

Menteri Besar kerap berucap bahawa Selangor perlu melihat kepada Australia atau Singapura. Tahap pembangunan, tahap kecekapan dan kualiti hidup rakyat yang ingin Selangor capai bukan seperti Pahang atau Negeri Sembilan. Bukanlah tujuan saya untuk memburuk-burukkan negeri-negeri lain tetapi mantan Menteri Besar, Khir Toyo, telah mengumumkan Selangor sebuah negeri maju.

Pengumuman beliau mungkin separuh benar kerana ada kawasan-kawasan di negeri ini yang lebih hebat dari Amerika Syarikat tetapi ada yang lebih dhaif dari Bangladesh. Tetapi Selangor mesti melihat ke luar bukan ke dalam lagi.

Walaupun terdapat aspek-aspek yang negeri-negeri lain lebih baik dari kita namun secara keseluruhannya kita tidak akan ke mana-mana jika kita terus menjadi sekadar juara kampung. Kita mesti bersaing di peringkat antarabangsa. Kita tidak ada pilihan lain di era globalisasi ini.

Saya juga percaya kita di Selangor memiliki tenaga pemikir, tenaga merancang dan tenaga kerja yang secukupnya untuk merealisasikan visi ini.

Ramai yang berpandangan kakitangan kerajaan selalunya lembab, tidak mesra, tidak kreatif atau senang dirasuah. Saya yakin ini berlaku kerana pemimpin politik tidak menunjukkan contoh yang baik. Bagaimana pegawai dan kakitangan kerajaan kerajaan hendak menjauhi rasuah sekiranya ia telah menjadi budaya hidup pemimpin politik?

Saya marah apabila ada mengatakan kakitangan kerajaan lembab atau kakitangan kerajaan makan rasuah. Janganlah disebabkan segelintir kita melabelkan semua kakitangan kerajaan begitu.

Saya juga marah malah lebih marah bila ada yang berkata mereka lembab dan makan rasuah sebab mereka orang Melayu. Disebabkan budaya yang dibawa oleh pemimpin UMNO seluruh umat Melayu mendapat nama yang buruk.

Selepas dilantik sebagai Exco, saya agak terkejut melihat profesionalisme, kecekapan dan komitmen para pegawai kerajaan. Sebelum ini selama 20 tahun saya berada di dalam sektor swasta, pandangan kami di dalam sektor tersebut terhadap pegawai-pegawai kerajaan adalah tidak begitu baik. Lembab, malas dan enggan bekerjasama. Walau bagaimanapun, pandangan saya berubah apabila saya menjadi Exco.

Memang ada segolongan kecil yang memberi nama buruk kepada sektor awam atau mengambil sikap untuk berkonfrontasi tetapi secara keseluruhannya saya mendapati mereka memberi bekerjasama penuh dan bersungguh-sungguh untuk memastikan agenda-agenda Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan.

Selamat berjuang!

ISKANDAR ABDUL SAMAD
YANG DIPERTUA PAS
KAWASAN PANDAN
019-298 9835
isksmd@gmail.com

(Bersambung di edisi akan datang )

Nuffnang