Gara-gara 'Janji Tak di tepati', 9 bilik gerakan UMNO ditutup Posted: 24 Jan 2013 03:33 AM PST 12 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - http://darisungaiderhaka.blogspot.com, |
|
Semuanya gara-gara janji 10 tahun lepas yang hingga kini masih tak ditepati oleh pemimpin Menteri Besar Johor sendiri..
Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.
Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.
Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.
"Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.
"Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.
Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.
"Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.
"Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.
"Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.
"Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.
Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.
"Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.
"Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup," katanya ~ Sinar
Hmm.. kalau ahli UMNO sendiripun ditipu oleh pemimpin UMNO.. rakyat jelata yang bukan ahli UMNO lagi mudah untuk ditipu..
Yalah.. Ahli UMNO menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin..
Biarpun mereka punya kuasa untuk menentukan siapa yang bakal jadi pemimpin yang bakal dipilih pula oleh rakyat biasa sebagai Wakil Rakyat namun bukanlah satu masaalah untuk menipu mereka oleh pemimpin UMNO..
Kalau ahli yang melantik pemimpin UMNO itu sebagai pemimpinpun boleh ditipu mereka.. rakyat biasa ni apalah sangat... |
Kajian UM: Isu air tak banyak jejas Pakatan Posted: 24 Jan 2013 03:29 AM PST 12 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Mohd Redzuan Othman berkata tinjauan yang dijalankan menunjukkan capaian Internet membolehkan penyebaran maklumat lebih baik terutama mengenai masalah bekalan air di Lembah Klang.
Katanya, kajian secara bersemuka dengan 1.409 responden itu dijalankan di antara 26 Disember hingga 11 Januari ketika masalah bekalan air itu memuncak di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Kawasan berkenaan tidak mendapat bekalan air selama lebih seminggu, sehinggalah ia pulih sepenuhnya awal bulan ini.
Krisis air berkenaan tidak banyak memberi kesan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, katanya.
"Pada awalnya, mungkin ada orang yang salah mendapat maklumat bahawa krisis air Selangor itu disebabkan loji Langat 2 seperti dilaporkan dalam beberapa akhbar aliran utama.
"Bagaimanapun, kerajaan Pakatan Selangor, dengan menggunakan media Internet, berjaya menunjukkan bahawa masalah sebenar melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ini menyebabkan pengguna di Selangor yang mempunyai akses media Internet mengetahui masalah sebenar," katanya.
Mohd Redzuan ketika bercakap kepada pemberita menjelaskan, tinjauan itu dijalankan di semenanjung Malaysia dengan mengambil kira spektrum pengundi yang luas dari tiga kelompok kaum utama.
Beliau juga mendapati, kawasan luar bandar yang tidak mendapat akses Internet lebih cenderung menyokong BN.
Malaysiakini/- |
Minyak di atas daratan di Kelantan Posted: 24 Jan 2013 03:28 AM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Berita gembira bakal diterima oleh rakyat Kelantan sekiranya penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu.
Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata walaupun Petronas enggan mendedahkan maklumat itu, namun ianya sampai juga pada kerajaan negeri.
"Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,"ujarnya.
Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.
Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas identiti syarikat terbabit buat masa sekarang.
Bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri akan berunding dengan syarikat terbabit secepat mungkin disamping mengguna pakai setiap undang-undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak.
Antaranya melalui saman kerajaan negeri kepada Petronas, kerajaan Pusat menyatakan minyak di atas daratan adalah hak sepenuhnya negeri berkenaan bukannya pusat.
Beliau juga turut mengakui, rizab penemuan minyak itu lebih besar jika dibandingkan dengan yang ada di laut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kerajaan Pusat dan Petronas yang mendakwa Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kedudukannya melebehi tiga batu nautika dari daratan.
Ini bermakna, katanya apabila penemuan minyak di darat dalam negeri Kelantan, kerajaan Pusat tidak boleh berbuat apa-apa berdasarkan hujah tersebut.
"Adakah kerajaan Pusat boleh menerima dengan dakwaan mereka sendiri dan Kelantan tidak akan membayar pada mereka walaupun satu sen berdasarkan hujah tersebut, sekiranya benar hasil minyak benar-benar terdapat di darat,"ujarnya.
Husam juga turut menyifatkan kenyataan Petronas dan kerajaan sebagai berbahaya apabila mendakwa Kelantan hanya boleh mendapat hasil sekiranya ia dikeluarkan dari bumi negeri itu.
Harakahdaily/- |
Projek kondo Batu Caves batal - MB Posted: 24 Jan 2013 03:26 AM PST 12 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan projek pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves dibatalkan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembatalan itu dibuat selepas mendengar penjelasan terperinci dari Jawankuasa Bebas yang dilantik bagi mengkaji projek itu Selasa lalu.
Dalam mesyuarat itu katanya, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya.
"Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.
"Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata kerajaan Selangor menyokong sebarang projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi ia perlu dirancang dengan teliti, mengikut peraturan dan tidak membahayakan keselamatan rakyat.
"Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.
"Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat," katanya. |
Chelsea tersingkir, Hazard dibuang padang Posted: 24 Jan 2013 03:22 AM PST 12 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
LONDON: Pertemuan separuh akhir kedua aksi Piala Liga antara Chelsea dengan Swansea City tercemar pagi ini, apabila pemain tengahnya, Eden Hazard dibuang padang selepas menendang pemungut bola.
Permainan di Liberty Stadium itu berkesudahan dengan seri 0-0 namun Chelsea tersingkir dengan agregat 2-0.
Hazard yang berang kerana budak pemungut bola gagal memberikan semula bola yang terkeluar padang ketika permainan masih berbaik 10 minit.
Hazard tiba-tiba menendang budak berkenaan ketika cuba mengambil bola di celah kakinya sehingga permainan tertangguh beberapa minit.
Pengadil perlawanan, Chris Foy kemudian terus mengeluarkan kad merah kepada pemain Belgium itu.
Sementara itu Kapten Swansea, Ashley Williams berkata: "Saya lihat dia (Hazad) menendang rusuk budak itu. Adan tidak sepatutnya melakukan begitu."
Dengan keputusan itu Swansea melangkah buat kali pertama ke final dan akan bertemu pasukan Divisyen 4, Bradford City. - AFP |
Gempa 5.2 magnitud gegar timur laut Jepun Posted: 24 Jan 2013 03:20 AM PST 12 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
TOKYO: Satu gempa berukuran 5.2 pada skala Ritcher melanda pesisir pantai timur laut Jepun hari ini, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu melanda di kedalaman 22 kilometer, pada jam 6.34 awal pagi tadi, kira-kira 22 kilometer dari tenggara utara Nemuro, kata USGS. |
Li Na tundukkan Sharapova untuk ke final Terbuka Australia Posted: 24 Jan 2013 03:17 AM PST 12 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
MELBOURNE: Pemain China, Li Na melangkah ke final Terbuka Australia hari ini selepas menang mudah ke atas pemain nombor dua dunia, Maria Sharapova pada perlawanan separuh akhir, sebentar tadi.
Li, 30, menewaskan Sharapova dengan 6-2, 6-2 dalam tempoh 1 jam 33 minit dan akan bertemu pemenang separuh akhir kedua antara pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka dan pemain remaja AS, Sloane Stephens pada final yang akan berlangsung Rabu depan. - AFP |
Abang presiden Korea Selatan dipenjara 2 tahun, bersalah tuduhan rasuah Posted: 24 Jan 2013 03:12 AM PST 12 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Lee Sang-Deuk SEOUL: Mahkamah Korea Selatan di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap abang Presiden Lee Myung-Bak selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.
Mahkamah Daerah Seoul Tengah turut mengarahkan Lee Sang-Deuk, 77, untuk membayar 750 juta won (AS$701), iaitu jumlah sama yang difailkan bagi pertuduhan rasuah membabitkan kakitangan bank dan seorang ahli perniagaan. Lee, wakil rakyat di negara itu untuk enam penggal ditahan Julai tahun lalu atas pertuduhan rasuah dan didakwa cuba membantu beberapa bank mengelakkan daripada diaudit.
Keputusan mahkamah yang dibacakan hari ini disifatkan sesuatu yang memalukan bagi pihak adiknya iaitu presiden negara itu; di mana sebelum ini terpaksa meminta maaf susulan beberapa kes rasuah membabitkan pembantunya. - AFP |