Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng Sempena Majlis Anugerah Cemerlang STPM 2011
Pada 14 April 2012 Di Auditorium A, Tingkat 5 KOMTAR, Pulau Pinang
To Win The Future We Must Invest In The Future By Investing In Education:- Let A Penang Student Be The First Malaysian Student To Be Admitted To Harvard University In 3 Years.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola majlis yang bertungkus lumus memastikan majlis pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar.
Bagi pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kami mengalu-alukan kehadiran lebih kurang 56 pelajar cemerlang STPM 2011 ke majlis yang serba ringkas tetapi amat bermakna ini. Terima kasih juga kepada para guru dan ibu bapa yang hadir pada hari ini sebagai tanda sokongan kepada semua pelajar tersebut.
Seperti mana yang semua sedia maklum, tahun ini merupakan tahun ke-empat majlis seumpama diadakan iaitu sejak tahun 2008.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih kurang RM30 250 untuk tahun ini untuk diagihkan mengikut kategori termasuk pelajar terbaik, pelajar istimewa (khas) dan sekolah terbaik STPM. Setiap pelajar diberikan RM500/- dan juga hadiah tambahan kepada pelajar terbaik. Peruntukan ini boleh dilihat meningkat dari tahun ke tahun di mana bagi tahun 2010, kita memperuntukkan RM26 650, RM19 850 (2009) dan RM13 800 (2008). Ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang sentiasa menjaga kebajikan anak-anak tempatan tanpa mengira latar belakang, kaum dan jantina.
Lebihan bajet yang dicapai setiap tahun sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah urus tadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Kita telah meneruskan pemberian tahunan RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan OKU, serta bayaran "one-off" RM1,000 kepada waris apabila mereka meninggal dunia. Kita juga memberi RM1,000 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan. RM200 untuk setiap bayi baru lahir di Pulau Pinang bermula tahun 2011. Dan yang terbaru kita akan memberikan sumbangan RM100 kepada pelajar-pelajar yang memasuki Tahun 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4. Sememangnya, wang yang diperolehi adalah 100% dari sumber yang halal hasil kempen anti-rasuah.
Para pelajar yang dikasihi sekalian,
Dengan keputusan STPM yang cemerlang, dunia berada di tangan anda. Dalam dunia globalisasi ini, kecerdasan, bakat dan kemahiran yang para pelajar miliki boleh membawa anda sejauh mana yang kita mahukan. Anda boleh jadi apa sahaja yang ada mahukan. Sebahagian daripada kita mungkin akan bekerja di pelantar minyak dengan menggunakan dan membangunkan teknik- teknik terkini penggerudian laut dalam. Sebahagian lagi mungkin akan menjadi jurutera perisian di Google mahupun Facebook. Sebahagian lagi mungkin akan menjadi ahli penyelidik dan pakar akademik di beberapa institusi penyelidikan dan makmal dunia. Sebahagian anda mungkin menjadi penulis atau pengarah filem di Hong Kong atau Hollywood. Sebahagian lagi mungkin akan kembali ke Malaysia untuk memberikan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam atau wakil rakyat.
Dengan keputusan cemerlang di peringkat ini, saya yakin para pelajar tidak akan mempunyai masalah untuk melanjutkan pelajaran dengan program- program pilihan di universiti tempatan ataupun universiti terkemuka di dunia seperti Harvard, Standford dan Yale di Amerika Syarikat dan Cambridge, Oxford. Saya yakin mereka akan menyambut anda dengan tangan yang terbuka dan mungkin dengan tawaran bantuan kewangan.
It is time that Malaysian students are admitted in Harvard University after no Malaysian student was good enough to be accepted for 2 years running. A two-year absence from incoming Harvard freshman classes is enough to raise concerns over the quality trends of Malaysian education given that at least one Malaysian had been admitted to Harvard every year from 1985 to 2010.
Malaysia was only fourth among Southeast Asian countries in terms of enrolment in the Ivy League institution. Singapore has the highest number of Harvard undergraduates with 18, followed by Thailand with seven, Vietnam with six, Malaysia with five and Indonesia with two. In other words, instead of boasting that Malaysia's education system is better than US, UK or Germany, Muhydin should be worrying about being overtaken by Thailand and Vietnam.
The recent Global Competitiveness Report clearly indicates that Malaysian education system has fallen behind in standards. The results is the same for other indexes such as in the 2009 Program for International Student Assessment (PISA) involving 75 countries, Malaysia was ranked 56th in reading ability, 55th in Mathematics ability and 53 in Science. Our performance in the Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) has also seen a steady decrease from 1999 to 2007.
In almost all other measures on education, we are ranked lower than 21.For example:
• Quality of Primary Education: Rank 21
• Primary Education Enrollment: Rank 61
• Secondary Education Enrollment: Rank 101
• Tertiary Education Enrollment: Rank 66
• Quality of Math and Science Education: Rank 23
• Quality of Management Schools: Rank 27
• Internet access in schools: Rank 36
• Availability of Research and Training Services: Rank 18
Our Secondary Education Enrollment ranking of 101 is particularly worrying and points to a significant minority of students who dropped out after primary school and is thus deprived of a change to pursue a higher education. Our rank of 101 puts us below Thailand (Rank 94), Indonesia (Rank 91) Brunei (35) and Singapore (17) in the ASEAN region.
In fact the Report reveals that Malaysia not only have a long uphill climb before our access and average quality of education reaches world-class standards but is also in a state of crisis. The time has come for a complete revamp of our education system to fulfill its role of building talents, which is the new oil of the 21st century.
To win the future, we must invest in the future. This means investing in education. Investing in education wisely must be dependant on excellence, performance, results and a disciplined approach is the only alternative. We must stop putting subjective critieria of extra-curricular activities into assessment marks. Making it compulsory to sit for exams is okay but there is no substitute for real knowledge.
Penang is taking pro-active steps to develop this new oil of the 21st century by stressing on choosing the best so that we can on top of the rest. The establishment of the Penang Science Council, the Penang Tech Center, the Education Hub in Balik Pulau and the latest initiative PRISM or Penang Research Innovation And Science Mode are pro-active steps to build the future talents like yourself for tomorrow.
Kerajaan Negeri turut memberikan pengiktirafan kepada 3 buah sekolah sekitar Pulau Pinang untuk diangkat menerima anugerah sekolah terbaik pada tahun ini. Kriteria pemilihan dibuat berdasarkan gred purata sekolah yang telah pun diperolehi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Syabas diucapkan kepada sekolah tersebut. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada semua sekolah untuk terus berusaha mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada tahun 2012.
Akhir kata, selamat berjuang kepada para pelajar sekalian. Gunakan bantuan yang tidak seberapa ini untuk tujuan yang berfaedah. Semoga majlis pada hari ini menjadi keazaman dan pemangkin semangat kepada semua untuk terus berjuang bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Dan yang paling penting, selepas menamatkan pelajaran akademik, semua pelajar yang berada di hadapan ini akan kembali pulang ke Pulau Pinang untuk berkhidmat di negeri ini.
Sekian, terima kasih.
LIM GUAN ENG