Ahad, 11 November 2012

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


ANJING-ANJING PENCEN!

Posted: 19 Nov 2011 12:50 AM PST

(Jijah tau ke you dok beraya dengan I ni Bang Non?)

Salam 2 all.

Teman merujuk kepada lapuran yang disiarkan semalam 18 Nov 2011 oleh laman portal MalaysiaKini yang pro Anwar Ibrahim bertajuk "Zul Noordin pula minta RM60,000-00" yang dipetik dari buku tulisan Syed Husin Ali bertajuk "Memoir Perjuangan Politik" yang dilancarkan semalam oleh Anwar Ibrahim. Didalam buku itu, Syed Husin Ali mendakwa mendengar cerita yang kononnya teman meminta bayaran berjumlah RM60,000-00 untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding.

Teman tidak menjangka yang Anwar Ibrahim sekarang begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan khidmat "anjing-anjing pencen" apabila berhadapan dengan pembongkaran dan pendedahan kebenaran demi kebenaran yang sudah diketahui umum.

Daripada pembongkaran dan pendedahan mengenai fahaman pluralisma yang dianutinya saperti yang terkandung didalam ucapan beliau pada 18.03.2010 di London School of Economics yang menyatakan semua agama sama, kepada perlakuan seks beliau saperti yang didedahkan oleh rakan karibnya Datuk Eskay Abdullah, kepada kes beliau meliwat stafnya sendiri Saiful Bukhari Azlan, kepada terbongkarnya pembohongan beliau mengenai konspirasi 16 Sept 2008 saperti yang didedahkan oleh rakan baik beliau YB Datuk Seri Zahrain Hashim, dan kepada pelbagai pembongkaran dan pendedahan kebenaran makhluk yang disebut oleh Datuk Seri Zahrain sebagai "raksaksa pelbagai wajah!".

Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa menggunakan khidmat "anjing-anjing pencen" untuk menyerang para pejuang kebenaran dan anti-kebatilan termasuk teman, YB Senator Ezam Mohd. Nor dan lain-lain.

Teman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut. Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga RM60,000-00 sebulan!

Malahan Syed Husin meyakinkan teman Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden. Syed Husin memberitahu teman kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator.

Syed Husin kata dia juga teringin nak menjadi Yang Berhormat tetapi bila bertanding asyik kalah, malah nak dicalonkan bertanding di Parlimen Kota Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai "anak kominis" oleh kepimpinan PAS pada masa itu. Jadi menjadi Senator adalah jalan mudah untuk dia menjadi Yang Berhormat melalui "pintu belakang!".

Teman memberitahu Syed Husin bahawa walaupun teman memang bersedia mengosongkan kerusi Parlimen KBB, teman tegas menolak tawaran jawatan CEO GLC Selangor tersebut kerana perjuangan teman bukan untuk imbuhan. Kalau itu yang teman cari, lebih baik teman menjalankan khidmat sebagai seorang peguam.

Malahan teman menegaskan kepada Syed Husin Ali selama lebih 10 tahun teman menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, teman tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman teman! Semuanya percuma dan pro-bono!

Sebenarnya teman tidak ada masalah dengan petisyen pilihanraya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional Datuk Aziz Sheikh Fadzir kerana pembelaan teman mantap dan "water-tight". Walaupun ada cubaan untuk sabotaj pembelaan teman oleh Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan Pakatan pembangkang pada masa itu (yang akan teman dedahkan bila tiba masanya nanti insyallah), namun alhamdulillah teman diberi perlindungan oleh ALLAH dan berjaya akhirnya dengan izin ALLAH didalam kes tersebut.

Walaupun mempunyai pembelaan yang baik bagi kes itu, teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen KBB pada masa itu kerana teman sudah mula meluat dengan sikap hipokrit dan pura-pura mereka dalam isu berkaitan Islam. Ini jelas pada peringkat awal lagi selepas 08.03.2008 apabila teman mengambil sikap mempertahankan dan membela Islam apabila rakan sekutu Anwar iaitu Bar Council & Ambiga Sreenavasan mahu mengadakan Forum Masuk Islam.

Forum yang menerima bantahan keras dari pelbagai pihak termasuk Raja-Raja Melayu, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan dan tokoh-tokoh masyarakat termasuk beberapa kepimpinan pembangkang sendiri. Tindakan teman mengetuai umat Islam menghalang Forum tersebut sangat tidak disenangi, malah Anwar Ibrahim telah membentuk satu Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Syed Husin untuk mengambuil tindakan disiplin terhadap teman.

Teman masih ingat kata Syed Husin yang menyatakan bahawa Anwar mengarahkan dia supaya meminta teman meminta maaf secara terbuka kepada Ambiga Sreenavasan dan Bar Council, kerana mereka penyokong Pakatan. Mereka bagi undi kepada kita, kata Syed Husin. Tidak apa kalau meminta maaf sekarang, kerana nanti bila kita berkuasa Anwar kata "taulah kita apa nak buat dengan mereka".

Teman menolak untuk meminta maaf, malah menegaskan kepada Syed Husin Ali bahawa bukan sahaja teman tidak kesal dengan tindakan teman mengetuai bantahan tersebut, malah kalau Bar Council buat lagi teman akan mengambil tindakan yang lebih keras dan tegas. Syed Husin menyatakan kepada teman bahawa "awak ini tidak sealiran dengan pemikiran Pakatan yang liberal", dan beliau memberi amaran bahawa Anwar akan pastikan teman akan membayar harga yang mahal untuk sikap tegas teman mempertahankan Islam saperti ini!

Teman menjawab dengan tegas, "I am a Muslim first, Member of Parliament second. I may not be the best of Muslim, but I will do my utmost best to defend Islam!!! "Teman mengutamakan Islam dahulu, Ahli Parlimen kedua. Teman mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi teman akan buat yang terbaik untuk Islam!!!.

Walaupun teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar begitu terdesak mahu pengosongan itu dibuat segera sebaik sahaja Saiful Bukhari Azlan membuat lapuran polis pada 28 Jun 2008 mengadu dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sendiri selepas itu berjumpa dengan teman dan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC ternama Kerajaan Selangor dengan tawaran gaji puluhan ribu dengan pelbagai kemudahan, syaratnya teman mesti mengosongkan kerusi Ahli Parlimen KBB dengan segera. Teman menolak tawaran jawatan dengan imbuhan lumayan tersebut, sebaliknya menyatakan teman bersedia untuk tidak membela kes petisyen tersebut dan membiarkan Mahkamah mengisytiharkan kerusi Parlimen KBB kosong untuk membolehkan satu Pilihanraya Kecil diadakan.

Namun rancangan ALLAH mengatasi segalanya. Mahkamah yang sepatutnya membicarakan kes tersebut telah menangguhkan perbicaraan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini menyebabkan Anwar menjadi berang dan makin terdesak, kerana kata Anwar dia mahu menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang bila Pendakwaraya membawa kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful.

Kata Anwar, kalau mereka membawa juga pendakwaan terhadapnya kerana meliwat stafnya Saiful, sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia akan gunakan sepenuhnya Parlimen dan Inter Parliamentary Union (IPU) dan badan antarabangsa lain untuk menekan Kerajaan Malaysia supaya tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya!

Apabila Mahkamah menangguhkan kes tersebut, teman dipanggil oleh Anwar menyatakan bahawa dia membuat keputusan untuk mengarahkan Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh supaya Pilihanraya Kecil dapat diadakan segera. Lagipun kata Anwar, dia kurang yakin boleh menang di Parlimen Kulim Bandar Baharu, sebaliknya yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu!

Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh!

Malah Wan Azizah membuat komen "apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non". "Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke? Kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama "Bang Non".

Teman memberitahu Wan Azizah supaya jangan kosongkan kerusi Permatang Pauh, malah teman bersedia kosongkan kerusi Parlimen KBB hari itu juga untuk memastikan kerusi dia selamat. Sambil berseloroh teman bagitahu Wan Azizah lagipun Anwar janji dengan teman akan diberi jawatan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC di Selangor sebagai ganti!

Teman sendiri sangat terkejut dan masih ingat jawapan spontan Wan Azizah, "takkan you percaya janji Bang Non?".

Adalah jelas pada teman tohmahan dan tuduhan Syed Husin Ali itu direkayarsa dan dikarang sebegitu rupa untuk menyerang kredibiliti dan kewibawaan teman yang berjaya membongkar pembohongan, penipuan dan putar belit politik Anwar Ibrahim yang gagal disangkalnya dengan hujah bernas dan fakta jelas, sebaliknya digunakan "anjing-anjing pencen" untuk membuat kerja-kerja kotor.

Pada teman, rakyat semakin matang dan bijak hari ini. Mereka tidak lagi boleh diperbodohkan oleh para politikus kalkatus yang rakus mahu merampas Putrajaya dengan cara kotor dan jijik melalui politik pembohongan, penipuan, putar belit dan apa sahaja cara kotor untuk menghalalkan matlamat demi memenuhi nafsu untuk bersemayam di Putrajaya!

Pada Syed Husin, teman mendoakan supaya Pak Syed bertaubatlah segera. Pak Syed tahu apa yang Pak Syed karang itu adalah satu pembohongan dan penipuan! Janganlah digadai maruah dan harga diri rela menjadi "anjing-anjing pencen" bagi kaum yang sudah rosak akhlak, kewibawaan dan kredibilitnya.

Dikala umur sudah tiba ketahap kubur kata mari, rumah kata pergi, perbanyakkanlah beristighfar dan beribadat. Perbanyakkan solat dan berdoa, mohonlah keampunan kepada ALLAH. Pak Syed sudah mencapai impian untuk menjadi Yang Berhormat, walaupun melalui "pintu belakang". Jangan nanti sampai orang kata gelaran "anak kominis" yang pernah diberikan oleh kepimpinan PAS suatu ketika itu kepada Pak Syed sebagi benar dan betul bila melihat gelagat dan akhlak Pak Syed bersedia menjadi "anjing-anjing pencen" untuk makhluk paling tak bermoral dan berakhlak Anwar Ibrahim!

Dan kepada Anwar Ibrahim, teman memberi amaran supaya jangan cuba nak berselindung disebalik "anjing-anjing pencen" ini untuk membuat kerja politik kotor kamu. Kalau kamu tidak ada sebarang perasaan kemaluan untuk mendedahkan segala kemaluan kamu dihadapan seorang China-Doll, maka beranilah berdepan dengan kebenaran yang terbentang luas dihadapan kamu. Jangan cuba memaksa teman mendedahkan segala kemungkaran dan pembohongan putar belit kamu.

Tetapi jika kamu terus dengan sikap politik kotor kamu ini, kamu tidak memberikan teman pilihan lain selain mendedahkan segala kemungkaran kamu itu!

The choice is yours, you want war, I will give you a war that you will live to regret forever!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Sabtu

23 Zulhijjah 1432

19 Nov 2011

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Selamat Hari Deepavali

Posted: 10 Nov 2012 08:25 PM PST

Deepavali Message 2012 (en/bm/cn)

Posted: 10 Nov 2012 08:20 PM PST

Deepavali Message By Penang Chief Minister Lim Guan Eng During The Penang State EXCO Open House At Padang Kota Lama, George Town On 11.11.2012

Pakatan Rakyat's Agenda Ekonomi Saksama(AES) or Equitable Economic Agenda That Wipes Out Poverty In Penang By 2013 Will Ensure All Households Have A Minimum Monthly Income Of RM770 Benefits All, Including The Indian Poor.

I wish all Hindus in Penang and Malaysia a Happy Deepavali to celebrate the Festival of the Light. To commemorate this festivity, the Penang state government has decided to shine the light on the lives of the poor by becoming the first state in Malaysia to wipe out poverty by 2013.

Pakatan Rakyat's Agenda Ekonomi Saksama(AES) or Equitable Economic Agenda that wipes out poverty in Penang by 2013 will ensure all households have a minimum monthly income of RM 770 benefits all, including the Indian poor. Penang became the first state in Malaysia to wipe out hard-core poverty(households with monthly income of less than RNM400) in 2009 and had intended to wipe out poverty by 2015.

Poverty was defined by the Federal government as households receiving income of less than RM720 per month. However this RM720 poverty line is too low and outdated. This is why the Penang state government has chosen the latest survey done by a local university of RM 763 monthly income as the poverty line indicator in Peninsular Malaysia.

To wipe out poverty, all families must receive a minimum monthly income above RM763 monthly. For this reason, the Penang state government has fixed RM770 as the minimum monthly income for all families in Penang. Penang's targeted zero poverty by 2015 had been brought forward by 2 years to 2013 due to the good financial performance of the state administration in 2011.

The 2011 Auditor-General's Report had confirmed that Penang had reduced our debts by 95% and recorded the highest budget surplus ever in Penang's history of RM138 million, a 312% increase from 2010's budget surplus of RM33 million. Penang had managed to record a budget surplus every year since 2008 despite projecting a budget deficit every year due to CAT governance of competency, accountability and transparency.

CAT governance focuses on cutting down cost and maximising revenues without sacrificing quality through open competitive tenders, compliance with rule of law, choosing the competent or right person for the right job as well as adopting rigorous auditing and internal control mechanisms. As a result of CAT governance, the Penang state government is able to achieve our target of wiping out poverty by ensuring a minimum monthly household income of RM 770.

In other words, any families receiving less than RM770 per month after all other forms of aid, will be "topped-up" by the Penang state government to RM770 per month. In other words if a family receives only RM500 after all financial assistance, this family will receive RM 270 monthly to top up to RM 770 per month. This exercise to begin by 1.1.2013 will see the end of poverty in Penang by the end of 2013. At least RM20 million has been allocated for this historic poverty eradication initiative.

BN also has its own AES-Automated Enforcement System. BN's AES that punishes the rakyat solely to enrich private companies as compare to PR Penang's Agenda Ekonomi Saksama(AES) or Equitable Economic Agenda that strives to wipe out poverty, highlights the different policy approach towards economic development.

On the one hand BN installs 1Malaysia cameras without any open competitive tender that benefits certain crony companies through commissions for every traffic summons issued, whilst PR Penang's AES will allow Penang to be the first state in Malaysia to be free from poverty-in-record by 2013 by benefiting 2,000 poor families, including the Indian poor.

Lim Guan Eng

—–BM Version —–
Perutusan Deepavali oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Majlis Rumah Terbuka EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama, George Town pada 11.11.2012

Agenda Ekonomi Saksama (AES) Pakatan Rakyat Yang Bakal Menghapuskan Kemiskinan Di Pulau Pinang Pada Tahun 2013 Akan Memastikan Semua Isi Rumah Mempunyai Pendapatan Bulanan Minima RM770 Serta Memanfaatkan Semua Termasuk Golongan Miskin Di Kalangan Masyarakat India.

Saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan selamat menyambut Pesta Cahaya kepada semua warga Hindu di Pulau Pinang dan Malaysia. Untuk memperingati sambutan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk menyemarakkan cahaya ke atas golongan miskin dengan menjadi negeri pertama di Malaysia untuk menghapuskan kemiskinan pada tahun 2013.

Agenda Ekonomi Saksama (AES) Pakatan Rakyat yang bakal meghapuskan kemiskinan di Pulau Pinang pada tahun 2013 akan memastikan semua isi rumah mempunyai pendapatan bulanan minima RM770 serta memanfaatkan semua termasuk golongan miskin di kalangan masyarakat India. Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama di Malaysia untuk membasmi miskin tegar (isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM400 sebulan) pada tahun 2009 dan telah menyasarkan untuk menghapuskan kemiskinan sama sekali menjelang tahun 2015.

Kemiskinan ditakrifkan oleh kerajaan Pusat sebagai pendapatan isi rumah kurang daripada RM720 sebulan. Tetapi, garis kemiskinan RM720 ini adalah terlalu rendah dan ketinggalan zaman. Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memilih untuk menggunakan hasil kajian sebuah universiti tempatan yang menetapkan garis kemiskinan pada kadar RM763 sebulan di Semenanjung Malaysia.

Untuk menghapuskan kemiskinan, semua keluarga harus mempunyai pendapatan bulanan lebih daripada RM763. Dalam pada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menetapkan kadar RM770 sebagai pendapatan bulanan minima bagi semua keluarga di Pulau Pinang. Sasaran miskin sifar menjelang 2015 sudah pun dibawa ke depan 2 tahun kepada 2013 akibat prestasi kewangan yang baik oleh pentadbiran negeri pada tahun 2011.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah mengesahkan bahawa Pulau Pinang telah mengurangkan hutang sebanyak 95% dan mencatatkan lebihan bajet paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang dengan RM138 juta, iaitu peningkatan 312% daripada lebihan bajet 2010 iaitu RM33 juta. Kejayaan Pulau Pinang untuk mencatatkan lebihan bajet setiap tahun sejak 2008 walaupun mengunjurkan defisit bajet setiap tahun adalah hasil daripada urustadbir CAT (cekap, akauntabiliti, telus).

Urustadbir CAT menumpu kepada pengurangan kos dan pemaksimuman hasil tanpa mengorbankan kualiti melalui tender terbuka, mematuhi undang-undang, memilih pihak yang cekap dan patut utuk kerja serta mengamalkan mekanisme audit dan kawalan dalaman yang ketat. Hasil daripada urustadbir CAT, kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya mencapai sasaran untuk menghapuskan kemiskinan dengan memastikan pendapatan minima isi rumah RM770 sebulan.

Dalam erti kata lain, mana-mana isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM770 sebulan selepas semua bantuan diambil kira, akan ditambah nilai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mencukupi RM770 sebulan. Misalnya, jika sesebuah keluarga mempunyai pendapatan hanya RM500 selepas semua bantuan kewangan, maka keluarga ini akan menerima RM270 sebulan untuk mencukupi RM770 sebulan. Program ini akan bermula pada 1.1.2013 dan akan menghapuskan kemiskinan di Pulau Pinang menjelang akhir 2013. Sekurang-kurangnya RM20 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif penghapusan kemiskinan yang bersejarah ini.

BN juga mempunyai AES – Sistem Penguatkuasaan Automatik. Perbezaan antara AES BN yang menghukum rakyat untuk menguntungkan syarikat-syarikat swasta berbanding Agenda Ekonomi Saksama (AES) PR Pulau Pinang yang bertekad untuk menghapuskan kemiskinan menonjolkan pendekatan dasar yang berbeza dalam pembangunan ekonomi.

BN memasang kamera 1Malaysia tanpa tender terbuka yang memanfaatkan syarikat-syarikat kroni tertentu melalui komisyen untuk setiap saman yang dikeluarkan, manakala AES PR Pulau Pinang akan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia untuk mencapai taraf bebas kemiskinan dalam rekod menjelang tahun 2013, lantas memanfaatkan 2,000 keluarga miskin, termasuk daripada masyarakat India.

Lim Guan Eng

—Mandarin Version —
槟州首席部长林冠英于2012年11月11日在旧关仔角州行政议员屠妖节门户开放活动上发表声明:

民联的经济平等议程(AES)计划在2013年扫除槟州贫穷,将确保所有家庭每月至少拥有770令吉收入,全民受惠包括印裔贫户。

我要祝贺槟州全体兴都徒及国民屠妖节快乐,为了让这个节日更有纪念性,槟州政府决定为贫穷人士带来一线曙光,在2013年成为全马第一个扫除贫穷的州属。

民联经济议程定下在2013年扫除贫穷的目标,确保所有家庭每月收入达770令吉,这能让全民受惠包括印裔贫户。槟州在2009年成为第一个扫除赤贫(家庭月入少于400令吉)的州属,并立志在2015年扫除贫穷。

联邦政府定义的贫穷为月入720令吉的家庭,但是,这条贫穷线太低及不符合时代需求。因此,槟州政府选择本地一家大学所做的调查结果,以763令吉做为马来半岛的贫穷线。

若要扫除贫穷,所有的家庭月入必须在763令吉以上。因此,槟州政府将槟州所有家庭月入定在770令吉。我们原本计划在2015年达"零贫穷",如今提早两年至2013年,这是由于州政府在2011年理财表现良好。

2011年总稽查报告已经确定,槟州已经减少债务至95%,并且取得槟州历史上最高的财政盈余1亿3800万令吉,比2010年的3300万令吉财政盈余增加312%。 槟州自2008年开始,虽然我们预算财政赤字,已经能够年年有余,这是由于能干、公信及透明政策造成的。

能干、公信及透明施政注重如何减少开销、将收入最大化、在公开招标时兼顾品质、守法、选择有能力或对的人做对的事,同时采取严格的稽查及内部控制系统。能干、公信及透明的结果是,槟州政府得以达致我们扶贫的目标,确保每个家庭每月收入达770令吉,比马来半岛的贫穷线每月763令吉还高。

换句话说,任何家庭收入少过 770令吉(加上其它援助后),州政府将"加额补贴"至每月770令吉。例如,如果一个家庭的收入加上所有援助后每月只有500令吉,这个家庭将获州政府补贴270令吉,以达月入770令吉。我们将在2013年1月1日开始这项做法,到了2013年底,槟州将会免于贫穷。我们拨出2000万令吉给予这项历史性的扶贫计划。

国阵也有AES,那只自动执法系统。国阵的AES是通过惩罚人民,然后让私人公司赚钱。而槟州民联的AES是经济平等议程,我们志在扫除贫穷、突显我们在经济发展不同的方向。

另一方面,国阵在没有公开竞争的招标(open competitive tender)情况下安装一个大马电眼,让朋党公司通过每一张交通传票赚取佣金谋利,而槟州民联的AES会让槟州在2013年成为全马第一个扫除现有贫穷记录的州属,约2000个贫穷家庭将受惠,包括印裔贫户。

林冠英

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on 6-11-2012: DBKL adalah “Contractor Friendly” by Sharil Warga Kota

Posted: 11 Nov 2012 06:03 AM PST

Sukiman ni ada gaya Datuk Bandar KL. Potretnya tak lama lagi boleh gantung di pejabat DBKL!

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Dialog dan lawatan ke Pangsapuri Meranti, Taman Bukit Segar, Cheras - 11 Nov 2012.

Posted: 11 Nov 2012 03:45 AM PST

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Seberang Takir

Posted: 10 Nov 2012 11:01 PM PST





Pada 8 November 2012 yang lalu telah merasmikan Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Graduasi Prasekolah SK Seberang Takir di SK Seberang Takir.

Kursus IT Untuk Pengendali IT PDM dalam DUN Seberang Takir

Posted: 10 Nov 2012 10:54 PM PST





Pada 7 November 2012 yang lalu telah mengadakan kursus untuk para pengendali IT dalam PDM DUN Seberang Takir.

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Let Deepavali 2012 usher in a festival of light over darkness and the triumph of truth, freedom and justice over all forms of corruption, discrimination and exploitation

Posted: 11 Nov 2012 02:08 AM PST

Let Deepavali 2012 usher in a festival of light over darkness and the triumph of truth, freedom and justice over all forms of corruption, discrimination and exploitation especially in the impending 13th general elections. Fifty-five years after Merdeka in 1957, many Malaysians have been left out of the mainstream of developments with the fruits of [...]

Getting to the Bottom of the Automatic Enrichment Scandal (AES)

Posted: 11 Nov 2012 02:05 AM PST

By Koon Yew Yin Slowly but surely, the ugly side of the AES is emerging and revealing itself to be yet another scam of the Barisan regime. This one aimed at enrichment of a small group has been cleverly camouflaged in the name of public interest. Fortunately, this time around the scope for undeserved enrichment [...]

Pakatan Rakyat’s 13GE call and objective is positive “Unite and Rule” unifying all races and religions while Umno and Barisan Nasional resort to the traditional polarising “Divide and Rule” tactics

Posted: 10 Nov 2012 09:11 PM PST

For the first time in the nation’s history, voters in Sabah and Malaysia have become very impatient of waiting for the general elections as they have been waiting for more than two years for the most crucial and critical 13th General Elections. Everywhere throughout Malaysia, whether in Sabah, Sarawak or the peninsular states, whether at [...]

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Batu & Setiawangsa

Posted: 11 Nov 2012 03:30 AM PST

13 November 2012 (Selasa)
1) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P- Batu)

Lokasi: Dewan Masyarakat, Lorong 8, Kg Padang Balang, Sentul
2) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (P- Setiawangsa)

Lokasi: Rampai Business Park, Sri Rampai, Setapak
3) Baisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Tian Chua

iii. YB Dr Hatta Ramli

iv. Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin

v. Puan Dayang Ku Intan

vi. Cik Gu Ishak Surin

vii. Sdr Ibrahim Yaacob

DUN KUBU GAJAH

DUN KUBU GAJAH


Taklimat

Posted: 11 Nov 2012 03:46 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


BANTUAN ALLAH

Posted: 10 Nov 2012 10:16 PM PST


Temui tentera yang hilang: Anggota Unit Amal terlibat
10 Nov 2012

KUALA KANGSAR: Dua anggota Unit Amal berjaya menemui mayat anggota tentera berpangkat koperal yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, 7 November lalu.
Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama dikawasan itu.

Abdul Rahim Syukor, 61, bersama Mohd Adib, 21,ditugaskan oleh Unit Amal Perak untuk membantu operasi mencari mayat anggota tentera tersebut yang dilaporkan hilang beberapa hari.

Abdul Rahim berkata, beliau bersama seorang lagi anggota Unit Amal itu melapor diri di Bilik Gerakan Bomba di Ladang Holiwood.

Menurutnya, di peringkat awal, mereka tidak dibenarkan menyertai bersama 117 anggota penyelamat yang lain atas alasan keselamatan.

Namun, mereka berdua tekad untuk turun membantu mencari anggota tentera yang hilang tersebut.
"Lebih kurang 10 minit sahaja kami mencari, kami telah menjumpai mayat tersebut di sebuah paya dalam kebun getah.

"Kami jumpa dalam keadaan yang sangat singkat sedangkan 177 anggota penyelamat yang lain sudah mencari berapa sejak beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas diraikan dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar semalam.

Kata Abdul Rahim, operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Amal yang menghantar hanya dua orang petugas.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss memberikan sagu hati meraikan kejayaan Unit Amal walaupun di dalam akhbar arus perdana tidak langsung menyebut bahawa anggota Unit Amal yang menjumpai mayat tersebut.

Raja Ahmad berkata, beliau bangga dengan kejayaan ini dan seharusnya mereka diktiraf oleh semua pihak.
"Walaupun tidak memberi sebarang elaun mahupun gaji, namun mereka istiqamah membuat kerja-kerja kebajikan," jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Kem Motivasi Remaja

Posted: 10 Nov 2012 10:14 PM PST


Tarikh : 25-27 Nov 2012
Tempat : Pusat Teknologi Pertanian, Ulu Sepri, Rembau
Yuran : RM240 (RM120 jikan daftar sebelum 18 Nov 2012)
Terbuka kepada remaja 10-18 tahun
Sila hubungi Asri 010-5708354 , 013-6588240
Anjuran : Al Faliheen Management, Seremban

Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan

Posted: 10 Nov 2012 10:13 PM PST

Aduanrakyat.com 11 Nov 2012

Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.

Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.

Saya datang dari Sabah dan memerlukan kos yang tinggi untuk berurusan masalah ini. Kalo diberikan penyelesaiannya saya tidak akan rasa rugi untuk terbang ulak alik ke Putrajaya KL. Malahan saya rasa seperti keputusan temuduga saya itu di abaikan macam begitu sahaja.

Saya telah menunggu penempatan ini dari tahun 2010 lagi. Sekarang ini hampir masuk Tahun 2013 dan langsung belum ada jawapan. saya harap pihak yang berkaitan tolong selesaikan masalah saya ini dengan cepat. Saya mengambil bidang ini pun bukannya secara percuma dan perlu membayar PTPTN. Jika begini berterusan bagaimana saya nak langsaikan hutan pinjaman itu.

By: Ita

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 10 Nov 2012 05:41 AM PST

Merehat Untuk Berkhidmat lebih Baik Kemudian

YB Shuhaimi Shafiei kebetulan bertemu dengan seorang doktor terkenal dalam bidang perubatan di lapangan terbang ketika berehat 2 hari.

 








Posted: 10 Nov 2012 05:16 AM PST

Pelajar Program Tuisen Rakyat Selangor Melawat P. Pinang

Setiap tahun-tahun sebelum ini, pejabat ADUN Sri Muda saban tahun menganjurkan program lawatan sambil belajar selepas tamat program PTRS. Dengan itu, sebahagian pelajar kelas tuisen ini telah mengikuti program melawat Pulau Pinang dan jamuan makan malam tajaan YB Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketau Menteri Pulau Pinang diadakan pada 17/12/2011.








Nuffnang