Maskot ilham Pemuda PAS: Hadi, Huda curi tumpuan Posted: 02 Jun 2012 01:49 AM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR: Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini.
Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai.
Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.
Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali.
"baju macam tadika PASTI bEStari," kata Rosnain Romli di Facebook.
Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam.
Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda seperti cerita Upin Ipin.
"Mesti ramai yg suka," kata beliau.
Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13.
"blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT," tulis beliau.
HARAKAHDAILY/- |
Roadshow Xpresi Hijau Anak Muda ke seluruh negara Posted: 02 Jun 2012 01:30 AM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS akan meneruskan roadshow Xpresi Hijau Anak Muda yang dilancar di Stadium Darul Aman semalam ke seluruh negara.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata roadshow tersebut akan diadakan sepanjang dua bulan ini sehingga pertengahan Julai akan datang.
Bermula dari Kedah, mereka akan ke Perlis dan kemudian akan ke Johor pada 16 Jun ini.
Mengikutinya Pahang pada 17 Jun, Pulau Pinang 23, Perak 24 dan Terengganu 30 haribulan.
Untuk Julai pula, program akan dimulakan di Kelantan pada 1 haribulan kemudian Melaka 7, Selangor 14 dan Negeri Sembilan pada 15 haribulan.
Menurut Nasruddin, tarikh untuk program tersebut di Sabah dan Sarawak akan diumum pihaknya kemudian.
Kesemua tarikh-tarikh tersebut turut diumumkannya sewaktu menyampaikan pidato khas Ketua Pemuda di Stadium Darul Aman petang semalam sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya di sini.
Xpresi Hijau Anak Muda semalam bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.
Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.
Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.
Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.
Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.
Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.
Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.
harakahdaily/- |
Petanda Awal Runtuhnya UMNO BN Di Putrajaya Posted: 02 Jun 2012 01:29 AM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
Inilah (gambar) jawapan PAS terhadap kesemua tindakan dan kejahatan Najib dan UMNO. Dan ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu tiada hijab (penghalang)lagi diantara mereka dengan Allah swt.
"Himpunan Hijau Ke Putrajaya" yang berlansung di Alor Setar kini adalah satu manifestasi besar dari rakyat yang telah sekian lama diperbodohkan dan dizalimi, ia adalah satu petanda awal bahawa Najib, UMNO dan BN akan terhumban keluar dari Putrajaya.
Dalam tempoh tak sampai dua minggu, notis untuk berhimpunan di warwarkan, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang berkebetulan Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah yang diamanahkan untuk mengemudi Perhimpunan Hijau ini, telah berjaya menggembelengkan ahli-ahli PAS dari seluruh negara untuk hadir di perhimpunan yang bersejarah ini.
Setiap ahli PAS yang datang ke Alor Setar hanya berbekalkan sekeping hati yang tulus tetapi cekal, tiada imbuhan tiada kemudahan tiada upah. Yang terngiang di kepala hanyalah satu hajat dan satu tujuan: UMNO BN perlu dikeluarkan dari Putrajaya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurbinasakan oleh rejim Najib, UMNO dan BN. Kekejaman dan kezaliman UMNO BN bersama jentera-jentera mereka: Polis, SPR, SPRM, JPN, ROS dan lain-lain perlu diberikan noktah besar yang terakhir.
Ini bukan majlis dansa sepertimana himpunan-himpunan anjuran UMNO BN, di sini tiada tarian, tiada lagha.... yang ada ialah takbir membesarkan Ilahi. Yang ada ialah peringatan-peringatan dari pimpinan dan yang ada ialah solat hajat sebagai bukti ahli PAS tidak takut dan tidak mengharap kepada sesiapa pun kecuali Allah swt.
Firman Allah yang bermaksud: "Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfal : 63).
Meskipun syarat-syarat ketat telah diberikan oleh polis kepada pihak penganjur terhadap perhimpunan hijau ini, namun kesemuanya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Itu satu bukti yang mata nyata, bahawa PAS adalah kumpulan manusia yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan tertinggi disamping mendaulatkan kalimah "Allahu Akbar" sebagai slogan yang bakal menumbangkan raksaksa UMNO BN di Putrajaya.
Sepertimana yang GB selalu utarakan, hukum kebenaran dan keadilan pasti berlaku.
Kita selaku umat yang beriman kepada Allah swt berkeyakinan, bahwa Dialah Zat Yang Maha Adil, Maha Pengasih lagi Penyayang, dan kita merasa terhibur dengan janji-janji Allah yang tidak mungkin diingkariNya
Dalam sejumlah ayat Al-Qur'an, Allah menjanjikan bahwasanya pada kesudahannya kelak bumi ini akan diwariskan dan dikuasai oleh orang-orang baik, adil dan bertaqwa. Allah swt. berfirman, "Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi, dan Kami hendak menjadikan mereka sebagai pemimpin dan akan mewarisi bumi ini." (QS. Al-Qasas ayat 5). Ayat di atas secara kontekstual menceritakan tentang orang-orang Yahudi yang ditindas Fir'aun, dan Allah menjanjikan kepada mereka nanti untuk menjadi pemimpin dan pewaris bumi.
Meskipun demikian, maksud ayat tersebut tidak dibatasi dengan peristiwa yang dialami bangsa Yahudi waktu itu saja, karena ayat ini ingin menjelaskan bahwa orang-orang yang tertindas dan diperlakukan dengan zalim, suatu saat nanti akan menjadi penguasa dan pemimpin di atas bumi ini. Jadi ayat tersebut menyatakan, bahawa yang akan menjadi pemimpin dan pewaris bumi adalah orang-orang yang tertindas.
Pada ayat lainnya Allah berfirman, "Sesungguhnya, bumi ini akan diwarisi hamba-hamba-Ku yang saleh." (QS. Al-Anbiya, 105). Ayat tersebut dengan jelas menyatakan, bahwa bumi ini akan diwariskan kepada orang-orang yang baik dan saleh. Jadi yang akan mewarisi dan menguasai bumi, pada akhirnya adalah orang-orang yang saleh.
Dalam Al-Qur'an surat An-Nur ayat 55, Allah berfirman, "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal kebaikan di antara kalian, bahwa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menggantikan keadaan mereka aman setelah mereka ketakutan."
Ayat di atas menjelaskan, bahwasanya Allah berjanji akan menyerahkan kekuasaan atas bumi ini kepada orang-orang yang beriman dan beramal kebaikan. Beranjak dari tiga ayat di atas dan keimanan, tampak bahawa Allah tidak akan melanggar janjiNya, dan sememangnya Allah tidak memungkiri janji.
Kita selaku kaum muslim yakin, bahawa penderitaan, penindasan dan kezaliman serta pembolotan hasil kekayaan negara berkumpul yang hanya di kalangan mereka akan berakhir, dan dunia ini akan berada di bawah kepemimpinan orang-orang yang baik, bijak dan saleh, sehingga pemerataan keadilan dan kedamaian akan tertegak.
PAS bersama-sama rakan seangkatan di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan tetap menang akhirnya menghumban keluar UMNO BN dari pesada pemerintahan negara. Itulah keyakinan kita, itulah kenyakinan orang beriman dan itulah yang ILTIZAM yang tak akan kunjung padam sebelum ia menjadi kenyataan. Biar apa pun pencacai-pencacai UMNO hendak kata. Mereka akan tetap binasa. Masanya tetap tiba! -GB |
PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno Posted: 02 Jun 2012 01:22 AM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.
Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.
"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.
Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.
"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.
"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.
Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.
Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.
"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.
harakahdaily/- |
Himpunan Hijau resahkan Najib Posted: 02 Jun 2012 12:49 AM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya.
AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.
"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.
"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti. Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.
Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.
Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.
Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.
"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".
"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.
harakahdaily/- |
Perbicaraan Mubarak disiar secara langsung Posted: 01 Jun 2012 10:38 PM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
KAHERAH 2 Jun - Stesyen televisyen kebangsaan Mesir akan menyiarkan secara langsung perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, anak-anaknya dan beberapa pegawai berhubung dakwaan membunuh dan rasuah, hari ini.
Agensi berita MENA yang memetik Ketua Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir, Tharwat al-Mekki berkata, media asing yang ingin membeli liputan tersebut perlu membayar AS$7,000 hingga AS$10,000 (RM21,700 hingga RM31,000).
Mubarak dan sekutunya didakwa membunuh tunjuk perasaan ketika pergolakan selama 18 hari yang membawa kepada penggulingannya pada 11 Februari tahun lalu. - AFP |
Pelajar mengaku makan otak, hati rakan sebilik Posted: 01 Jun 2012 07:07 PM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
WASHINGTON - Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.
Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.
Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.
Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.
Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. - AFP |
Bekas KSU Tanah dan Koperasi sertai PAS Posted: 01 Jun 2012 06:20 PM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.
Penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13.
Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.
Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.
Kedua-dua mereka berjanji akan menghabiskan sisa umur mereka untuk perjuangan Islam.
harakahdaily/- |
Media kena bayar RM30,000 Posted: 01 Jun 2012 06:00 PM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
SEORANG lelaki melukis gambar bendera Mesir pada lengan rakannya ketika berdiri di hadapan grafiti menggambarkan bekas Presiden Mesir yang digulingkan Hosni Mubarak di Kaherah, semalam. - Foto AFP 5,000 polis, 2,000 askar kawal sesi perbicaraan Hosni Mubarak
KAHERAH: Stesen televisyen Mesir akan menyiarkan secara langsung keputusan dan hukuman ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak, anak lelaki dan ketua keselamatannya dalam perbicaraan bunuh dan rasuah, lapor media rasmi.
"Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,000 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan," lapor agensi berita rasmi MENA yang memetik kenyataan ketua Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir, Tharwat al-Mekki, sebagai berkata.
Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,00 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan. - Agensi berita rasmi MENA Beberapa sesi keterangan pertama perbicaraan yang bermula Ogos lalu disiarkan secara langsung tetapi Ketua Hakim, Ahmed Rifaat, mengarahkan kamera dikeluarkan sebelum saksi mula memberi keterangan.
Mubarak dan ketua keselamatannya didakwa dengan tuduhan membunuh berhubung pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang menumbangkan pemerintahannya pada 11 Februari 2011.
Beliau juga berkongsi tuduhan rasuah dengan dua anaknya, Alaa dan Gamal. Perbicaraan diadakan dalam akademi polis yang pernah dinamakan sempena nama Mubarak di pinggir bandar raya Kaherah. Pada pembukaan keterangan, yang disiarkan secara langsung di Mesir dan luar negara, Mubarak membuat penampilan pertama sejak penyingkirannya dengan tiba di atas pengusung.
Kamera memfokus beliau secara dekat ketika Mubarak terbaring manakala Alaa dan Gamal cuba menghalang bapa mereka daripada pandangan orang ramai.
Pengawal keselamatan berkata, 5,000 anggota polis dan 2,000 anggota tentera ditugaskan menjaga sesi esok dan mengangkut Mubarak dari hospital tentera, lokasi beliau ditahan. Mubarak akan tiba di akademi dengan helikopter perubatan.
Bekas presiden berusia 84 tahun itu, yang menerima rawatan kerana masalah jantung, disorong memasuki kandang defendan di atas pengusung dalam sesi keterangan sebelum ini, dan selalunya dilindungi selimut.
Alaa dan Gamal, kedua-duanya memakai seragam penjara, berdiri di sebelah bapa mereka, kadang-kadang dilihat berbisik kepadanya apabila Mubarak kelihatan tidak mendengar apa yang dikatakan hakim atau saksi.
Mubarak, Menteri Luarnya, Habib al-Adly, dan enam komander polis berdepan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Kira-kira 850 penduduk maut dalam kejadian itu.
Pemerhati berkata, keputusan mungkin memberi impak kepada pusingan kedua pilihan raya pada 16 dan 17 Jun ini antara calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi dan bekas Perdana Menteri, Ahmad Shafiq, yang berikrar tidak akan meneruskan pemerintahan kuku besi Mubarak. – AFP |
Kak Mas pembuka nafsu Posted: 01 Jun 2012 05:54 PM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
RANTAU PANJANG: Awas kepada lelaki yang tiba-tiba hilang nafsu, anda mungkin terkena sihir 'kunci nafsu' oleh isteri atau teman wanita yang tidak mahu berkongsi kasih.
Perkara itu didedahkan seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mas, 50, yang berpengalaman merawat beberapa lelaki kehilangan nafsu akibat disihir.
Kak Mas berkata, lelaki yang berdepan masalah berkenaan ialah suami yang berkahwin lebih daripada satu dan lelaki yang sudah beristeri, tetapi menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
"Sekali pandang saya dapat meneka lelaki yang mahu berurut dengan saya sebenarnya terkena sihir akibat perbuatan isteri pertama atau teman wanita.
"Mereka sebenarnya berbuat demikian kerana tidak mahu berkongsi suami atau teman lelaki kerana mahukan lelaki itu menjadi milik mereka sahaja," kata Kak Mas ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Tinggi, di sini.
metro/- |
Georgetown dilanda banjir Posted: 01 Jun 2012 05:19 PM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD] -
GEORGETOWN: Ribuan pekerja dan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan luar biasa apabila beberapa laluan utama sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi, semalam.
Tinjauan Harian Metro mendapati kawasan paling teruk dilanda adalah sekitar Jalan Sungai Pinang dan Jalan P Ramlee hingga hampir menenggelamkan perkampungan di kawasan rendah.
Sementara itu, di Jalan Perak, tekanan air kuat menyebabkan permukaan jalan rosak dan berlubang selain beberapa pokok tumbang.
Seorang kerani swasta, Norsaadiah Mat, 23, berkata dia yang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa berpatah balik selepas motosikalnya mengalami kerosakan.
"Ketika itu saya berada di Jalan Perak dan dalam perjalanan ke tempat kerja di Pulau Tikus tetapi selepas 10 minit meredah banjir, motosikal rosak selepas terperangkap dalam air," katanya.
Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kawasan sekitar bandar raya ini mengalami kesesakan teruk.
Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Timur Laut, Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata, hujan lebat sejak jam 4 pagi menyebabkan air naik satu meter pada jam 6.30 pagi.
Menurutnya, antara kawasan dilanda banjir kilat itu adalah Jalan P Ramlee, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Logan, Jalan Anson dan Jalan Petani.
Katanya, bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan kerana keadaan terkawal, tetapi jika keadaan buruk, pihaknya sudah bersiap sedia dan mereka terjejas dipindahkan ke tempat selamat.
"Kami sudah menempatkan anggota di kawasan dilanda banjir dan jika keadaan buruk kita akan segera memindahkan mangsa ke kawasan selamat," katanya.
Seorang mangsa, Saiful Abdul Wahab, 24, yang tinggal di Sungai Pinang berkata, sudah lama kawasan itu tidak dilanda banjir dan nasib baik dia sudah bersedia dan memindahkan barang berharga lebih awal.
metro/- |
Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman Posted: 01 Jun 2012 03:18 PM PDT 12 Rejab 1433H. [MOD]
ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.
Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.
Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.
Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.
"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.
Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.
"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.
Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.
Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.
"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.
Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.
Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.
Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya.
Harakahdaily/- |
Pilihan raya waktu haji untuk selamatkan BN? Posted: 01 Jun 2012 01:53 AM PDT 11 Rejab 1433H. [MOD] -
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.
Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.
Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.
Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.
malaysiakini/- |