|  Suspek Buat Panggilan Bom Palsu Ditahan   Posted: 05 Dec 2011 11:00 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - IPOH: Seorang pengedar barangan jualan langsung yang dipercayai membuat panggilan palsu pada Khamis lalu bahawa terdapat bahan letupan di landasan keretapi telah ditahan dua hari lalu. Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Teluk Intan. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, lelaki berkenaan didapati mengunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan tersebut dengan menggunakan identiti orang lain. Dia dipercayai berbuat demikian kerana mempunyai masalah peribadi dengan teman wanitanya. "Lelaki terbabit dikatakan tidak membenarkan teman wanitanya yang berusia 25 yang juga bekerja sebagai pengedar barang jualan langsung pergi ke Kuala Lumpur menghadiri satu kursus," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Shukri berkata kecewa dengan sikap teman wanitanya itu, lelaki berkenaan mengambil tindakan dengan membuat panggilan palsu ke Ibupejabat Polis Daerah Tapah mengatakan terdapat sebutir bom di salah satu jambatan di laluan keretapi antara Bidor dan Tanjung Malim. Akibat panggilan itu, laluan keretapi di sektor utara terpaksa ditutup sehingga menjejaskan perjalanan lebih 1,200 penumpang. Siasatan polis kemudiannya menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di Km 259.25 berhampiran Slim River. Bonggol itu diletupkan tetapi tiada bom yang ditemui tetapi hanya sekeping tikar yang dilipat yang mengandungi botol-botol kosong. Shukri berkata suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini. Katanya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA | 
  |  Penoreh Getah Maut, Dua Cedera Diserang Babi Hutan   Posted: 05 Dec 2011 10:58 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LIPIS: Seorang penoreh getah maut diserang seekor babi hutan, manakala dua termasuk isteri mangsa cedera dalam satu kejadian di kawasan kebun getah dekat kampung Jerkoh, Benta, dekat sini. Dalam kejadian 12.30 tengah hari Selasa, mangsa, Wahab Saad, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan. Ketua Polis Daerah Lipis Supteritendan Abdul Razak Hassan berkata ketika kejadian,mangsa sedang menoreh getah, dan tiba-tiba muncul seekor babi hutan dan menyerangnya. "Mangsa diserang babi hutan berkenaan dan kemudian terjatuh ke dalam anak sungai, isteri mangsa, Napisah Aman, 50, yang sedang memasak di sebuah pondok berdekatan cuba membantu mangsa tapi turut diserang haiwan terbabit," katanya kepada pemberita di sini. Haiwan berkenaan kemudiannya turut menyerang seorang lagi penoreh getah dikebun bersebelahan. Penoreh terbabit yang dikenali Chong Chung, 68, bagaimanapun berjaya membunuh haiwan berkenaan selepas bertindak menetaknya beberapa kali dengan parang. Chong yang turut cedera parah di badan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh manakala isteri kepada mangsa yang maut, Napisah cedera di kaki dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Lipis. - BERNAMA | 
  |  K'jaan S'gor Lantik Konsultan Antarabangsa Siasat Kekeruhan Air Sg S'gor   Posted: 05 Dec 2011 10:55 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah melantik satu agensi bebas untuk menyiasat apakah punca yang menyebabkan air di Sungai Selangor menjadi keruh dan tercemar. Sungai Selangor adalah sumber utama air bersih yang dirawat untuk bekalan air ke rumah di negeri ini. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebuah firma konsultansi antarabangsa, Halcrow, telah dilantik untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas empat loji rawatan air di Sungai Selangor. Tugas mereka akan dibantu oleh kakitangan Syabas. Empat loji yang terjejas teruk ialah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang. Laporan awal mengenai status air bersih di keempat-empat loji tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu. "Selain itu, Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Selangor akan turut dipanggil untuk memberi perincian kepada masalah tersebut," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Selasa. Pada Isnin, Bernama melaporkan, kira-kira tiga juta penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air jika kejadian kekeruhan air dari Sungai Selangor ke empat loji utama di Ijok di sini berterusan, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor kini menjejaskan pengeluaran air di empat loji berkenaan yang membekalkan 60 peratus bekalan air kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur. "Kesemua loji berkenaan mengalami kekurangan pengeluaran air disebabkan kandungan kekeruhan luar biasa yang dikesan di muka sauk kesemua loji berkenaan mulai pagi Isnin. "Jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji itu telah dikurangkan dari 2,460 juta liter sehari ke 1,000 juta liter sehari setelah mencatat kekeruhan luar biasa pada kadar lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit)pagi Isnin berbanding 300 NTU pada keadaan biasa," katanya ketika ditemui di Loji Rawatan Air SSP1 di sini, semalam. Abdul Halem berkata, kejadian pencemaran air mentah seumpama itu amat membimbangkan pihak Syabas sekiranya pengurangan pengeluaran air dari loji rawatan air ini berterusan melepasi pukul 8 malam semalam. "Ia akan mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada lebih kurang 700,000 akaun bekalan air atau kira-kira tiga juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selain pengguna komersial dan industri," katanya. Abdul Halem berkata, sekiranya kadar kekeruhan turun kepada 2,000 NTU, pihak loji rawatan air boleh meningkatkan pengeluaran. Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca pencemaran Sungai Selangor dan akan memaklumkan status terkini dari semasa ke semasa. mStar/- | 
  |  Lebih 7,000 Orang Yang Berasal Dari Malaysia Kini Mendiami Australia Selatan   Posted: 05 Dec 2011 10:53 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - GEORGE TOWN: Lebih 7,000 orang yang berasal dari Malaysia kini bermastautin di Australia Selatan termasuk ibu negerinya Adelaide. Perkara ini disahkan oleh Menteri Hal Ehwal Pelbagai Kebudayaan, Kecemasan dan Polis Australia Selatan, Jennifer Rankine yang kini sedang dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang. Beliau juga berkata, secara puratanya terdapat juga lebih kurang 2,000 hingga 3,000 pelajar Malaysia di Australia Selatan buat masa ini. "Malah terdapat ahli perniagaan dan pakar-pakar perubatan dari Malaysia yang kini sedang berkhidmat di Australia Selatan dan kami sangat-sangat menghargai jasa dan juga sumbangan mereka kepada pembangunan negeri kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar pada Isnin. Jennifer juga berkata, ini adalah lawatannya yang pertama ke Malaysia dan beliau dapati negara ini sangat cantik dan mengujakan. | 
  |  Tulisan blogger Umno diadukan kepada polis   Posted: 05 Dec 2011 10:42 PM PST 10 Muharram 1433H. [MOD] -  KUALA LUMPUR, 6 Dis:   Seorang blogger, Amin Iskandar akan membuat laporan polis terhadap  blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan  Deris hari ini. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Amin hari ini, laporan polis itu akan dibuat di Balai Polis Jalan Travers petang ini. "Wan  Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com  telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul  AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM,"  kata Amin dalam kenyataannya. Ini bukan pertama kali penulis ini  membuat fitnah dengan berselindung di belakang nama Papagomo tetapi  sudah beberapa kali termasuk terhadap pemimpin PAS. Moto  perjuangan penulis yang dikatakan mendapat bayaran belasan ribu ringgit  sebulan ini adalah DAP ANTI ISLAM, PAS ITU MELAYU dan UMNO ITU ISLAM. Sekarang  ini, sasaran Papagomo bukan lagi pemimpin PKR, DAP atau PAS tetapi  anggota Parlimen Umno sendiri iaitu Bung Mokhtar Radin ekoran cadangan  Bung agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Bung  mencadangkan Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang  melibatkan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta yang dikatakan  diselewengkan untuk lain-lain tujuan. Papagomo bukannya menyerang Bung kerana kesilapan beliau tetapi kerana isteri beliau yang juga seorang artis Zizie Ezzete. Menurut  Amin, fitnah tulisan Papagomo terhadap beliau dipercayai dilakukan atas  niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan  kritikan beliau  terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia  dan Sukan pada tulisannya bertarikh 25hb November 2011 dalam Malaysian  Insider. "Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara  membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar  dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang. "Sebagai  seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan  menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk  menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk  mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak,"  katanya dalam tulisan itu. Harakahdaily/- | 
  |  Tulisan blogger Umno diadukan kepada polis   Posted: 05 Dec 2011 10:42 PM PST 10 Muharram 1433H. [MOD] -  KUALA LUMPUR, 6 Dis:   Seorang blogger, Amin Iskandar akan membuat laporan polis terhadap  blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan  Deris hari ini. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Amin hari ini, laporan polis itu akan dibuat di Balai Polis Jalan Travers petang ini. "Wan  Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com  telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul  AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM,"  kata Amin dalam kenyataannya. Ini bukan pertama kali penulis ini  membuat fitnah dengan berselindung di belakang nama Papagomo tetapi  sudah beberapa kali termasuk terhadap pemimpin PAS. Moto  perjuangan penulis yang dikatakan mendapat bayaran belasan ribu ringgit  sebulan ini adalah DAP ANTI ISLAM, PAS ITU MELAYU dan UMNO ITU ISLAM. Sekarang  ini, sasaran Papagomo bukan lagi pemimpin PKR, DAP atau PAS tetapi  anggota Parlimen Umno sendiri iaitu Bung Mokhtar Radin ekoran cadangan  Bung agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Bung  mencadangkan Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang  melibatkan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta yang dikatakan  diselewengkan untuk lain-lain tujuan. Papagomo bukannya menyerang Bung kerana kesilapan beliau tetapi kerana isteri beliau yang juga seorang artis Zizie Ezzete. Menurut  Amin, fitnah tulisan Papagomo terhadap beliau dipercayai dilakukan atas  niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan  kritikan beliau  terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia  dan Sukan pada tulisannya bertarikh 25hb November 2011 dalam Malaysian  Insider. "Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara  membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar  dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang. "Sebagai  seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan  menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk  menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk  mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak,"  katanya dalam tulisan itu. Harakahdaily/- | 
  |  Umno takut DAP, wang rakyat lesap   Posted: 05 Dec 2011 09:47 PM PST 10 Muharram 1433H. [MOD] -
  KUALA LUMPUR, 6 Dis:  Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor  Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka,  sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang  rakyat yang dilakukan parti itu. 
 Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz  Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak  langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana  urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka.
 
 Justeru,  Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang  Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.
 
 "Saya nak  ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta  hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52  bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya  RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat  Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang  PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di  Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
 
 Tambah  Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun  bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk   kroni mereka.
 
 "Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi  dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni  mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
 
 Menurut  beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih  takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk  membincangkan soal integriti kepimpinannya.
 
 "Awal-awal lagi Ketua  Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC  yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk  mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya.
 
 "Bila ada  kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal  soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama  iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya.
 Harakahdaily/-
 | 
  |  'Balai Polis Kerinchi' pengundi di Lembah Pantai : 'lembu' pun akan didaftarkan sebagai pengundi !   Posted: 05 Dec 2011 09:26 PM PST Muharram 1433H. [MOD] - Lebih  90 nama bermasalah dikesan daripada 2,180 nama dalam senarai pengundi  pos yang terkandung dalam daftar induk pemilih bagi kawasan parlimen  Lembah Pantai, kata ahli parlimennya, Nurul Izzah Anwar. "Kami  ada 97 pengundi yang nama mereka tidak dijumpai di laman web Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR); nampaknya  mereka boleh mengundi di dua tempat.  Rekod-rekod lain yang mencurigakan juga dijumpai pada daftar pemilih  yang dikemaskini sehingga Jun 2011," katanya.  Pada  sidang akhbar di pusat khidmat PKR si Lembah Pantai hari ini, Nurul  Izzah berkata, antara penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang  pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar  pemilih induk. "Apabila kita semak butir-butir menggunakan nombor  kad pengenalan polis bagi mengenal pasti pengundi berkenaan, nama itu  wujud tetapi dalam daftar pemilih SPR ia menunjukkan sebaliknya,"  katanya. Malaysiakini/- Ulasan : Kalau dibiarkan terutamanya di Lembah pantai, 'lembu' pun akan didaftarkan sebagai pengundi. Tambahan pula 'lembu betina' sedang cari peluang untuk bertanding lagi atau tidak. | 
  |  Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan   Posted: 05 Dec 2011 09:21 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] -ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa treler membawa minyak sawit yang  terbalik selepas terbabas kerana hilang kawalan dan melanggar penghadang  jalan di KM254.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara berdekatan tol  Senawang, hari ini. Pemandunya, Silvom Krishnan, 45, (gambar kecil) maut  di tempat kejadian. - Foto Owee Ah Chun | 
  |  Bagaimana Pemuda PAS kekalkan Momentum politik   Posted: 05 Dec 2011 09:12 PM PST 10 Muharram 1433H. [MOD] - http://www.eperjuangan.com     Soalan   ketiga dari audiens semasa Forum saya di UIAM tempohari yang belum   terjawab di dalam majlis tersebut kerana kesempitan masa ialah :
 Apakah  yang telah dilakukan oleh pemuda PAS untuk mengekalkan momentum politik ?
 Saya  menjawab persoalan ini dengan 2 point dan ianya berantaian antara  satu  sama lain. Point pertama menepati aqidah perjuangan yang menjadi  prinsip  perjuangan PAS dan point kedua pula menepati taktikal dan  teknikal  gerakkerja Pemuda PAS yang boleh saya jelaskan kepada umum.
 
 Point Pertama :
 
 Gerakan pemuda sejak awal bersama Parti Islam Se Malaysia   ( PAS ) sangat konsisten membawa cita - cita perubahan dari sekular   kepada Islam , dari kufur kepada Iman , dari bathil kepada haq ,   daripada zalim kepada adil . Perjuangan yang telah menyaksikan pimpinan   dan aktivis pemuda PAS keluar masuk penjara dan menjadi bahan belasahan   musuh - musuh Islam.
 
 Tentu sahaja perjuangan ini mengharapkan  kejayaan dan kemenangan namun  ia bukan matlamat utama perjuangan kita  pemuda Islam . Kemenangan  adalah anugerah Allah yang akan dikurniakan  kepada yang berhak dan  layak setelah mereka terbukti sanggup mewaqafkan  diri kepada perjuangan  Islam ini setulusnya tanpa mengharapkan sesuatu  selain redha Allah  swt.
 
 Ini bukan minda pembangkang dan bukan  juga minda orang yang kalah  tetapi ini adalah minda sunnah berasaskan  manhaj perjuangan suci .
 
 Kemenangan tidak diberi kepada Sang Gopoh , Mat Kalut bahkan tidak juga dikurniakan kepada Mat Jenin   . Tetapi diberi kepada mereka yang telah berjaya memiliki pra syarat   kemenangan seperti yang digariskan oleh para ulama' al mujahidin   bertunjangkan manhaj an nabawi .
 
 Bukan saya prejudis dengan  kemenangan tetapi jangan dipetik buah  sebelum masaknya. Sekalipun kita  berjaya memetik, kita hanya akan  memakan buah yang putik dan mungkin  pahit atau masam rasanya. Alangkah  jika kita bersabar menanti buah yang  masak , lalu kita memetiknya sudah  tentu kita akan merasai nikmat dan  lazat yang tidak terhingga .
 
 Saya yakin Allah swt Maha Mengetahui  lagi Maha Bijak . Masakan Allah  gagal atau terlupa untuk memberi  kemenangan setelah kita dikenal pasti  layak untuk memperolehi  kemenangan. Justeru itu,   langkah utama dan paling penting bagi pemuda PAS ialah melengkapkan   diri dan jamaah agar layak menang menepati piawaian yang dikehendaki   oleh Islam sebagai teras perjuangan.
 
 Ada yang mempersoalkan tempoh 50 tahun kita berjuang apakah ia belum menjadi tempoh matang ? 50 tahun rakyat pula derita dibawah UMNO dan BN bersama dasar dan polisi mereka yang menekan rakyat marhain, apakah kita masih boleh bersabar ?
 
 Inilah  sifat perjuangan Islam yang bila - bila pun tidak terikat dengan  tarikh  dan tempoh . Kita berjuang meredah masa dan merentas zaman .  Kalau 50  tahun kita sudah rasa lama menanti , bagaimana pula dengan  ummat  terdahulu . Nabi Nuh as. mengambil masa 950 tahun malah  penguasaan  Firaun juga mengambil masa ratusan sebelum ia ditumbangkan  oleh Allah  swt.
 
 Kalau sememangnya kita layak dan berhak , saya yakin Allah  swt akan  memberikan kemenangan itu kepada kita pada bila - bila masa ,  kerana  telah sabit janji daripada Allah swt. kepada kita yang berjuang :
 
 و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز
 
 Nescaya  Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang  untuk  memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat  lagi  Perkasa.
 
 Surah al Hajj . Ayat 40
 
 Sememangnya kemenangan  bukan hak kita sebaliknya ia milik Allah swt  tanpa kita boleh  mengambilnya sekehendak kita . Kalau boleh ikut  kehendak kita , bukan  esok apatah lagi lusa tetapi hari ini kita  mahukan kemenangan itu.  Tetapi Allah sebut :
 
 و ما النصر إلا من عند الله إن الله عزيز حكيم
 
 dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
 Surah al Anfal . Ayat 10
 
 Point Kedua :
 Dewan  Pemuda PAS senantiasa mengambil langkah pro aktif bagi memastikan   anggota pemuda senantiasa dalam keadaan bersedia dan melaksanakan   tanggungjawab serta amanah perjuangannya sekaligus menangani gelombang   politik semasa.
 
 1. Mewujudkan keseimbangan antara :
 
 a]  tarbiyah [pengkaderan [rekrut] serta pengukuhan aqidah, fikrah dan   syakhsiyah anggota jua pimpinan pemuda PAS di semua peringkat sebagai   langkah penyediaan sumber manusia yang berkualiti untuk menyandang tugas   sebagai pejuang dan pemimpin ummah],
 
 b] dakwah [penerangan  untuk menjelaskan risalah perjuangan Islam yang  dibawa oleh PAS,  menjawab segala isu semasa yang dihadapi oleh  masyarakat sekaligus  menjawab segala tohmahan yang dilemparkan] dan
 
 c] siasah [politik untuk meninggikan kalimah Allah, membawa suara Islam ke Parlimen dan DUN serta berusaha untuk membebaskan negara   dan rakyat dari penindasan angkara penyelewengan dan penyalahgunaan   kuasa. Memanafaatkan ruang demokrasi lalu meloloskan diri daripada   sebarang kepungan musuh Islam moden yang tidak mahu melihat Islam tegak   di bumi tercinta ini.]
 
 2. Pemuda PAS turun ke padang  menyantuni anak muda  yang menjadi pasaran utama gerakan Pemuda PAS.  Mengenal pasti hot spot  mereka lalu mendekati dan menjiwai emosi mereka.  Sebagai contoh,
 
 a] DPPM telah mempunyai pasukan beruniform  seperti Jabatan AMAL yang  berorientasi untuk mendisiplinkan anak muda  dengan kerja - kerja amal  kebajikan dan sedia berkhidmat kepada siapa  jua tanpa mengira latar  belakang perbezaan parti dan warna kulit.
 
 b]  DPPM juga membentuk Department Art, Culture and Sport [DACS] untuk   menjadi jambatan mesra dengan anak - anak muda. Melalui department ini,   pemuda PAS telah menubuhkan Alternatif Riding Club [ARC], malah kita   juga menganjurkan Alternatif Band Club, Amal Bikers Group, Alternatif   Futsal Club dan insyaallah senantiasa peka dengan perkembangan semasa.
 
 3.  Menggerakkan isu semasa dan memobilisasi kebangkitan rakyat menentang   segala kepincangan dan penyelewengan. DPPM telah menubuhkan lajnah   khusus iaitu Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang   dipengerusikan oleh sahabat saya Sdr Suhaizan Kaiat. Buat masa ini kita   fokus kepada isu berikut :
 
 a] Skandal Mykad. Terdapat beberapa  keadaan yang sangsi dan keliru  berkait kes ini. Malah semakin ketara  apabila baru - baru ini DPPM  berjaya mengepung dan "menahan" bas - bas  yang memunggah warga asing  untuk dianugerahkan mykad. Peristiwa ini  berulang dua kali dan DPPM berjaya melakukannya dengan baik. Sekali di Sepang dan kali kedua melibatkan aktor yang sama di"tahan" di Putrajaya.
 
 b]  Manipulasi Daftar Pemilih. Masih terdapat senarai nama yang  bertindan,  jumlah senarai nama berkod 71 yang sungguh mencurigakan dan  senarai nama  pemilih yang meragukan.
 
 c] Undi Pos yang menjadi tali hayat UMNO  dan BN sejak dulu. Pemuda PAS  Konsisten menolak rasional penggunaan  kaedah undi pos dalam  pilihanraya.
 
 Insyaallah, DPPM akan mengeluarkan Risalah Khas dalam masa terdekat untuk menjelaskan isu - isu ini kepada seluruh rakyat.
 
 4.  Terbaru ialah Rapat Anak Muda Pakatan Rakyat akan  dilangsungkan ke  seluruh negara dan kita menjangkakan sejurus tamat  musim tengkujuh ini,  roadshow ini akan bergerak dan berlangsung hingga  ke tarikh pilihanraya  umum akan datang. Objektifnya ialah untuk :
 
 a] Menemui pemuda Pakatan Rakyat peringkat negeri dan memotivasi mereka bagi persiapan menghadapi pilihanraya akan datang.
 
 b] Menjelaskan isu - isu nasional dan mendapatkan ikrar umum dari kelompok anak muda untuk bersama Pakatan Rakyat.
 
 5.  Memanafaatkan sepenuhnya keajaiban Media Baru untuk  penyebaran  maklumat, menggerakkan idealism perjuangan dan memimpin  budaya baru yang  lebih berkesan dan berakhlak di pentas politik hari  ini. Keluar dari  kebiasaan negatif seperti politik maki hamun, politik  cerca nista,  politik dedah keaiban, politik lucah kepada politik  berasaskan hujjah  dan fakta. Politik yang berlandaskan akhlak dan  kebenaran.
 
 
 Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | 
  |  Carilah yang halal.   Posted: 05 Dec 2011 09:09 PM PST  Muharram 1433H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman "Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah mengikuti langkah-langkah setan karena sesungguhnya setan musuh yang nyata bagimu" (QS. Al-Baqarah: 168). Setiap hari, manusia tidak bisa tidak membuat sejumlah keputusan.  Keputusan-keputusan itu tidak terlepas dari upaya melanggar perintah Allah atau tidak.  Sebab, ketika mencari rezeki, makan, duduk, tidur, dan sebagainya, akan berada dalam batas halal atau haram.  Tentunya akan melanggar batas ketika memutuskan untuk mencari nafkah yang haram atau mencampur-adukkannya (dengan yang halal). Bila terlanjur memutuskan untuk mencari yang haram, keputusan itu tidak akan berakhir sesudah melaksanakannya.  Dampak dari keputusan itu juga akan mengalir ke meja makan,  tempat tidur, atas sajadah, Tanah Suci, pada daging yang tumbuh, pada kendaraan yang dikendarai, dan ke tempat-tempat lain.  Sungguh sangat menyayat hati bila menatap si bayi yang belum tahu apa-apa tentang dosa dan belum mampu membuat keputusan untuk memakan atau tidak, disuap makanan dari hasil perbuatan haram orang tuanya.  Juga sangat menyedihkan menatap orang tua yang akan segera mengakhiri masa hidupnya di dunia ini, menikmati harta haram dari hasil usaha haram anak(-anak)nya. Dengan demikian, sekali melakukan yang haram, tak terhitung aliran haramnya kepada bidang-bidang lain.  Apalagi tak tertutup kemungkinan, uang haram seperti hasil korupsi juga dijadikan modal untuk mengembangkan usaha.  Akan bercampur baur laksana daging babi dicampur dengan daging sapi. Karena itu, sangat dianjurkan untuk memulai dan menjaga hidup ini dengan membuat keputusan tegas untuk menetapi cara-cara halal.  Belajar mencari rezeki dengan cara halal akan menghasilkan pengalaman halal yang sangat istimewa.  Disebut istimewa karena tak dimiliki oleh orang-orang yang gemar dengan yang haram. Bukan hanya mendapat pengalaman, tetapi juga pahala. Serambi/- | 
  |  Menyeberangi Dunia   Posted: 05 Dec 2011 09:01 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman"Posisikan dirimu di dunia ini bagaikan orang asing atau seperti orang yang sedang menyeberang jalan" (HR. Bukhari). Dunia ini diibaratkan dengan jalan yang sangat sibuk.  Yaitu, jalan menuju perkampungan abadi.  Berada di jalan sibuk meskipun dalam waktu sesaat, pilihan pertama adalah menjaga diri dengan berhati-hati dalam melintasinya.  Kalau tidak, kecelakaan pasti menimpa.  Bagi orang berakal tidak ingin dirinya terlindas.  Juga tidak ingin anggota keluarga, saudara, dan orang lain celaka.   Karena itu, saling menuntun di jalur penyeberangan agar selamat dalam meraih kampung yang dituju, penting dilakukan. Apalagi kalau menyempatkan diri membuka lembaran-lembaran sejarah atau melihat kenyataan, sungguh akan didapati betapa banyak kisah tentang kecelakaan yang menimpa umat manusia ketika menyeberangi dunia ini.  Sebahagian sejarah itu sengaja disebutkan dalam Alquran.  Tujuannya agar menjadi pelajaran berharga bagi siapapun yang masih hidup di dunia ini.  Makanya siapapun dianjurkan untuk sering-sering membaca kitab petunjuk tersebut. Lebih-lebih hidup di dunia ini, meskipun waktunya singkat, amatlah menentukan.  Maksudnya, bagaimana keadaan seseorang kelak di akhirat sangat ditentukan dari bagaimana dia berusaha hari ini di dunia ini.  Allah berjanji akan menampakkan segala kebaikan sekaligus kejahatan yang dilakukan setiap hambanya, tanpa menganiaya sedikitpun.  Yang sekecil zarrah juga akan dinampakkan, apalagi dosa besar seperti membunuh orang yang tak bersalah. Oleh karena itu, jangan seperti orang-orang yang disebutkan dalam Alquran, yaitu berangan-angan akan mendapatkan kehidupan istimewa di akhirat kelak, sedangkan sewaktu di dunia ini berbuat kerusakan atau melanggar perintah Allah. Serambi/- | 
  |  Air Tercemar Radioaktif dari Loji Janakuasa Nuklear Jepun Dialirkan ke Laut   Posted: 05 Dec 2011 09:00 PM PST 10 Muharram 1433H. [MOD] - 
 
   Sebahagian 45 tan air dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi  Jepun yang dialirkan ke laut masih tercemar bahan radioaktif. Demikian  dimaklumkan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo Jepun baru-baru ini.   Difahamkan, walaupun air tercemar itu sudah dirawat sebelum  dialirkan ke laut, namun tahap radiasi dalam air tersebut melebihi paras  yang dibenarkan.   
  Namun, menurut hasil penyelidikan yang dilakukan oleh anggota  Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo, tahap radiasi dalam air laut di  sekitarnya tidak membahayakan. CRI/-
 | 
  |  Kontrak Alstom: Bekas MB Perlis nafi terima habuan RM25 juta   Posted: 05 Dec 2011 08:54 PM PST 10 Muharram 1433H. [MOD] - themalaysianinsider                              KUALA  LUMPUR, 6 Dis — Meskipun adanya hasil siasatan terperinci oleh pihak  berkuasa Switzerland, veteran Umno Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh  menafikan pernah menerima habusan daripada syarikat gergasi kejuruteraan  Perancis Alstom yang memperoleh kontrak membina loji jana kuasa di  Perlis lebih dua dekad lalu.  Bekas menteri besar Perlis dan bekas Speaker Dewan Negara ini berkata demikian dalam reaksinya berhubung laporan Straits Times  Singapura bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah  menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang  sebahagiannya dimiliki oleh beliau.   Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara  langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak  berkenaan.   "Saya ingin mengatakan bahawa dakwaan yang terdapat dalam laporan itu  tidak berasas sama sekali dan berniat jahat," kata Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider malam tadi.   Kata beliau, lembaga pengarah syarikat termasuk Ti Chee Liang yang  dinamakan dalam kertas mahkamah Switzerland tidak menerima 7.5 juta  franc Swiss (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom Malaysia mendapatkan  kontrak membina loji jana kuasa di Perlis akhir 1990-an.   "Saya mengesahkan tidak ada sebarang wang diterima oleh ahli lembaga pengarah termasuk saya," kata veteran Umno ini.   Abdul Hamid menjelaskan bahawa keputusan untuk menganugerahkan  kontrak adalah sebulat suara dan kontrak telah diberikan pada 30  November 1999 kepada ABB ketika beliau merupakan lembaga pengerusi. ABB  kemudian dibeli oleh Alstom.   Beliau merupakan menteri besar Perlis antara 1986 dan 1995 sebelum dilantik sebagai pengerusi TTPC dari 1996 hingga 2005.   Abdul Hamid memberitahu bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai  siasatan ke atas Alstom Malaysia oleh pihak berkuasa Switzerland.   "Sehingga hari ini, saya tidak dimaklum atau dipanggil oleh mereka  untuk memberi apa-apa keterangan atau menyediakan sebarang butiran, saya  terkejut pihak berkuasa Switzerland menuduh saya dan Ti mengenai salah  laku, kewangan atau sebagainya.   "Oleh itu, saya teleh mengarahkan peguam di Switzerland untuk  memulakan prosiding membersihkan nama saya," kata beliau sambil  menambah, "saya mengalu-alukan sebarang siasatan berkenaan dakwaan tidak  berasas ini. | 
  |  Liverpool tewas 0-1 kepada Fulham   Posted: 05 Dec 2011 08:51 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] -REAKSI pemain Liverpool, Jay Spearing (kiri) selepas dilayangkan kad  merah selepas mengasari pemain Fulham, Mousa Dembele (kanan) pada  saingan Liga Perdana Inggeris di London, pagi tadi. Liverpool tewas 0-1  kepada Fulham. - Foto Reuters | 
  |  7 terkorban, 8 cedera tanah runtuh di Colombia   Posted: 05 Dec 2011 08:49 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - BOGOTA: Sekurang-kurangnya tujuh ahli keluarga terbunuh apabila rumah mereka di tengah Colombia di sini ditimbus tanah runtuh berikutan hujan lebat berpanjangan sejak semalam, kata pihak berkuasa tempatan hari ini. "Menyedihkan apabila tanah runtuh berlaku berhampiran bandar El Salado sekali gus menyebabkan tujuh mangsa serta rumah berhampiran musnah ditimbus tanah," kata Ketua Bomba dan Penyelamat, Jaime Diaz. Katanya, mangsa yang terkorban adalah lima wanita dan dua kanak-kanak manakala lapan lagi cedera parah. - AFP | 
  |  Janji bina baru SJKT Menglembu hanya atas angin   Posted: 05 Dec 2011 08:48 PM PST 10 Muharram 1433H. [MOD] -  | 
 |  | 
 |   |  BATU GAJAH, 6 Dis:  "Adakah benar kerajaan sudah menyediakan peruntukan untuk membina  bangunan baru untuk SJKT Menglembu?" tanya Adun Tronoh, V Sivakumar.
 Jika benar, katanya berapakah wang peruntukan yang telah diluluskan  dan bilakah kerajaan akan memulakan kerja-kerja membina bangunan baru  sekolah  itu. Katanya, SJKT Menglembu merupakan satu lagi sekolah Tamil yang memerlukan perhatian kerajaan dengan  segera. Sekolah itu, ujarnya mempunyai lebih kurang 304 orang murid pada  tahun 2011, tambahan pula ia merupakan satu-satunya sekolah Tamil di Dun  Menglembu. Oleh itu, katanya ibu bapa di kawasan itu tidak ada peluang lain kecuali menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu. Beliau telah membangkitkan  isu sekolah itu dalam persidangan Dewan Negeri  Perak pada 24 November lalu. "Sekolah ini menghadapi pelbagai masalah yang perlu diselesaikan  dengan segera. Masalah-masalah sekolah ini telah dibawa kepada perhatian  pihak-pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada sebarang tindakan  yang sewajarnya telah diambil setakat ini," katanya lagi. Justeru, ujarnya setiap pemimpin yang melawat sekolah itu hanya berjanji kosong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menruutnya, selepas sidang Dun ada pemimpin-pemimpin MIC negeri  membuat kenyataan akhbar bahawa mereka telah menyelesaikan masalah  sekolah itu. "Ini tidak benar kerana tidak ada apa-apa bukti bahawa masalah yang dibangkitkan itu telah diselesaikan. "Saya memberi amaran keras supaya jangan memberi janji kosong  semata-mata untuk menipu masyarakat India dan menang pilihanraya,"  tegasnya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak. Sekolah itu, jelasnya merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan  tetapi kerajaan tidak memberi perhatian yang serius untuk menyelesaikan  masalah. Menurutnya lagi, SJKT Menglembu hanya memiliki  6 buah bilik darjah   utama untuk menampung 304 orang murid di mana setiap bilik darjah  dikongsi  untuk digunakan sebagai 2 bilik darjah. Masalah seperti itu, katanya tidak wujud di sekolah-sekolah  kebangsaan kerana mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran  di  sekolah itu. Katanya lagi, bunyi bising dalam bilik-bilik yang dikongsi itu  menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan guru-guru dan murid-murid,  tambahan pula bilik komputer dan perpustakaan juga telah dijadikan  sebagai bilik darjah untuk menampung keperluan yang terdesak. Oleh itu, ujarnya perpustakaan dan bilik komputer tidak boleh berfungsi dalam keadaan biasa. Baginya, ini merupakan satu bukti bahawa sekolah-sekolah Tamil  sentiasa dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan  negeri. "Walaupun kerajaan telah menjanjikan untuk membina bangunan baru  untuk sekolah ini, tetapi janji itu bagaikan janji di atas angin. "Pemimpin-pemimpin MIC, seperti biasa  berkata, perkara ini 'masih  dalam perhatian dan tindakan kerajaan'. Inilah  frasa yang paling  digemari oleh pemimpin-pemimpin MIC untuk melarikan diri daripada  tanggungjawab," ujarnya lagi. Katanya, kerajaan boleh meluluskan peruntukan wang berjuta-juta  ringgit untuk sekolah-sekolah kebangsaan tetapi sekolah Tamil Menglembu  tidak dipedulikan walaupun masalah itu lama telah dibawa kepada  perhatian kerajaan. "Saya telah menulis surat kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin  Yassin dan Pengarah Pelajaran Negeri Perak pada  16 Jun 2011. Tetapi  setakat ini tidak ada sebarang maklum  balas mengenai hal yang  dibangkitkan," ujarnya. Justeru, beliau mengharapkan kerajaan akan menggunakan wang  peruntukan Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2012 untuk membina bangunan  baru SJKT Menglembu. Pada masa ini, pihak Tamil Pallithirvukullu sedang mengambil  inisiatif untuk berjumpa dengan ibu bapa bagi membincangkan masalah yang  dihadapi oleh sekolah itu. "Jika masalah ini tidak diselesaikan segera, maka satu tindakan yang  lebih drastik perlu diambil untuk mencubit telinga pemimpin-pemimpin  yang pura-pura tidur," katanya sinis |  | 
  |  TOLONG MELAYU, UMNO SEPERTI PENCURI MENJERIT PENCURI   Posted: 05 Dec 2011 07:10 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - Ustaz Idris Ahmad
 Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini. Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tertinggal ke belakang.
 
 Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah, kepincangan laporan audit negara. Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan  dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat.
 
 Bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat. Mereka memahami bahawa Umno perlukan undi melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.
 
 Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP. Persoalannya DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. Siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini?
 
 Tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.
 
 Dibawah ini disenaraikan pegkhianatan Umno kepada orang Melayu sebagai "tazkirah" untuk pimpinan Umno yang mudah lupa.
 
 Siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah  Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau pada 16/10/2009.
 
 Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke 6). Merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.
 
 Siapa yang bertanggungjawab melesap saham  Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion(2005)?
 
 Siapa yang pernah menjual Syarikat BERNAS (Syarikat Beras Negara) dijual  kepada syarikat  Hong Kong Wan Tak  Co. Ltd sebanyak  31.36%.
 
 Umno melesap wang PPRT  sebanyak RM32 bilion,  Menterinya  Datuk Anuar Musa daripada Umno.
 
 Umno khianat kepada  pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains  dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Wang rakyat hangus hampir RM 5 bilion.
 Siapa yang menggadai tanah rezab Melayu  dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995)..
 
 Siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar  tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
 
 Seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar berdekatan lebuhraya.
 
 Ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hopokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah Melayu.
 
 Ustaz Idris Ahmad
 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
 | 
  |  22 maut, 60 cedera dalam serangan bom kereta di Iraq   Posted: 05 Dec 2011 03:55 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - BAGHDAD 6 Dis. – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala 60 lagi cedera apabila sebuah bom kereta meletup di kawasan penganut Syiah di tengah Iraq, semalam, sehari menjelang sambutan Asyura. Menurut pihak keselamatan, serangan tersebut berlaku di kawasan Neel, utara Hilla, yang terletak di selatan Baghdad. Doktor hospital Hilla, Mohammed Ali berkata, kira-kira 16 mayat dan 45 orang yang tercedera telah dihantar ke hospital tersebut. – AFP | 
  |  Syria sedia terima syarat Liga Arab tamatkan pergolakan   Posted: 05 Dec 2011 03:53 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - DAMSYIK 6 Dis. – Syria semalam memberi maklum balas positif terhadap syarat Liga Arab untuk menamatkan pergolakan maut yang berlanjutan berbulan-bulan dan bakal menandatangani perjanjian tersebut. Jurucakap Kementerian Luar Syria, JIhad Maksedi berkata, Damsyik diberi tarikh akhir sehingga Ahad lalu untuk menerima cadangan Liga Arab dengan membenarkan pasukan khas memantau situasi di negara tersebut. "Kerajaan Syria memberi maklum balas positif untuk menandatangani protokol tersebut," katanya. Kira-kira 4,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertengahan Mac apabila pihak keselamatan mengambil tindakan keras terhadap penunjuk perasaan yang mahukan revolusi dilaksanakan. – AFP | 
  |  Gempa 5.1 landa Turki, tiada kematian dilaporkan   Posted: 05 Dec 2011 03:43 PM PST  10 Muharram 1433H. [MOD] - ANKARA 6 Dis. - Satu gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan Laut Aegean, semalam, lapor agensi berita Anatolia. Pusat kaji gempa Kandili yang berpangkalan di Istanbul berkata, gempa tersebut berlaku pada pukul 4.17 waktu Malaysia di Aegean dan gegaran susulan turut dirasai di wilayah Izmir dan Aydin. Namun tiada kematian dan kerosakan dilaporkan. - AFP |