Selasa, 28 Mei 2013

MY VOICE FOR NATION

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Takziah Kepada Mr Sem Dan Saudara Haji Uwais

Posted: 28 May 2013 03:51 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


张念群: 移民局也沦为国阵的“打手”

Posted: 28 May 2013 12:31 AM PDT

(吉隆坡28日讯)民主行动党全国副宣传秘书张念群指出,移民局总监阿里亚斯警告旅居国外大马人的言论,非但傲慢与偏激,更显示国阵政府为了打压海外民联支持者而无所不用其极。
 
她慨叹,如今连移民局也沦为国阵的"打手"。
 
"我们从来没有看到移民局援引《1959/1963年移民法令》第8条文,对付那些在国外作奸犯科的大马人,但现在卻要援引该法令来对付不满意国阵施政和选举舞弊滥权的大马公民。"
 
也是古来区国会议员的她今天发表文告回应阿里亚斯的言论时形容,由此可见在国阵的眼里,一个公民所能犯下最大的过错不是杀人放火丶走私贩毒,而是支持民联!
 
据报道,阿里亚斯警告旅居国外的大马人,包括留学生,勿意图推翻政府或污损国家形象,否则将面对护照被撤销,无法回国的风险;他并提醒该局可援引1959/1963年移民法令第8条文,禁止这些旅外大马人回国长达3至5年。
 
(More......)

Direct Free Kick

Direct Free Kick


SELANGOR JUGA "NEGERI PAS".

Posted: 27 May 2013 11:33 PM PDT

Ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara mesti menganggap Selangor sebagai sebuah "negeri PAS" sepertimana selama ini mereka menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu.

PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

Selangor adalah unik kerana selain dari menjadi "negeri PAS" ia juga "negeri DAP" dan "negeri PKR". Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini "negeri mereka" kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ianya adalah "negeri Pakatan Rakyat" yang sebenar.

Oleh yang demikian, pimpinan PAS terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincang dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP.

Dengan ura-ura perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai "political liaison" atau pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor, seorang Naib Presiden PAS juga mesti ditugaskan untuk memantau urusan-urusan harian di Selangor.

Ahli-ahli telah bekerja keras untuk mengukuhkan dan mengembangkan pengaruh PAS di Selangor, mereka mengharapkan perhatian yang lebih dari pimpinan tertinggi

Iskandar Abdul Samad
*Pandangan saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
28 Mei 2013

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Posted: 28 May 2013 01:05 AM PDT

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Kenyataan Media: Penangguhan Penyiapan KLIA2

Posted: 28 May 2013 12:05 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
27 MEI 2013
Kenyataan akhbar dari Nurul Izzah Anwar dan Tony Pua , Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Petaling Jaya Utara di Kuala Lumpur pada Isnin , 27 Mei 2013

Lapangan Terbang Malaysia dikendalikan oleh sekumpulan penipu yang tidak cekap dan gagal bertanggungjawab kerana selalu menangguhkan penyiapan KLIA2 “kos rendah” yang baru malah telah menaikkan kosnya kepada RM5 Billion.

Fakta-fakta :

Jadual Tarikh Siap
Pengumuman                        Diumumkan Oleh:                               Tarikh Siap
30 Oct 2009        Datuk Abd Rahim Bakri, Dep Transport Minister       Sep 2011
17 Nov 2009        Datuk Abd Rahim Bakri, Dep Transport Minister       End 2011
1 Sep 2010         Tan Sri Bashir Ahmad, MAHB Chairman   hujung2011/Awal 2012
Sep 2010          Datuk Izaddin Idris, UEM Managing Director            April 2012
25 Jan 2011        Datuk Seri Kong Cho Ha, Transport Minister         October 2012
30 Nov 2011        MAHB                                                                 April 2013
14 Sep 2012        Faizal Mansor, CFO MAHB                                  May 2013
8 Mar 2013         Faizah Khairuddin, GM MAHB                               Jun 2013

“Lapangan terbang kos rendah yang baru, KLIA2 , dijangka siap pada 1 Mei meskipun tarikh pembukaan telah ditunda kepada 28 Jun…. kerana tarikh yang ditetapkan hanya untuk memperingati perasmian KLIA 15 tahun yang lalu…. tempoh tersebut akan digunakan untuk pengujian, pra-latihan pengendalian dan aktiviti pelaksanaan.

28 Mar 2013        MAHB                                                  sahkan “ikut jadual”
“Lapangan Terbang Malaysia Berhad (MAHB) berkata KLIA2 – hub syarikat penerbangan kos rendah yang baru – dijadualkan untuk dibuka pada 28 Jun…. semua usaha sedang dijalankan untuk mencapai tarikh yang ditetapkan . MAHB sedang memantau proses kerja yang dijalankan oleh kontraktor dengan terperinci” katanya .
7 May 2013           MAHB                                     Telah ditangguhkan
14 May 2013          Fawzy Ahmad, GM Eraman     "Suku ke-4 2013″Kos KLIA2
Pengumuman                     Diumumkan Oleh:                                         Kos:
22 Jul 2007         Datuk Seri Ong Tee Keat, Transport Minister         RM1.7 billion
10 Mar 2009       Datuk Seri Ong Tee Keat, Transport Minister         RM2 billion
30 Oct 2010       MAHB                                                                RM2.5 billion
29 Nov 2011       MAHB                                                                RM3.6 – 3.9 billion
10 Oct 2012       Datuk Abd Rahim Bakri, Dep Transport Minister     RM4 billionKos LCCT yang sedia ada: RM108 million + RM124 million (penaik-tarafan)
KEWANGAN
2010 Program Nota Jangka-Sederhana Islam RM3.1 billion (2010/2025)
2013 Perancangan pinjaman tambahan RM1 Billion

Latarbelakang 

Pada 14 Disember 2011 , saya telah menghadiri sidang akhbar untuk menerangkan punca utama peningkatan drastik kos “terminal kos rendah” yang baru daripada anggaran asal RM1.7 Billion pada 2007 kepada RM3.9 Billion pada tahun lepas.

Sebab utama adalah peralihan lapangan terbang dari tapak utara yang asal (KLIA Utara) kepada tapak barat terbaru (KLIA Barat) yang kini dalam proses pembinaan. Peralihan tapak ini telah meningkatan kos pembinaan dengan tinggi kerana KLIA Barat adalah sebuah paya gambut, dan tapaknya tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang. Ini telah meningkatkan kos sebanyak RM1 bilion.

Di samping itu, peralihan kepada KLIA barat memerlukan pembinaan landasan ke-3 yang bernilai RM270 juta serta penambahan sebuah menara kawalan. Kedua duanya ini tidak diperlukan jika terminal baru kos rendah dibina di KLIA Utara.Pelan Induk 1992 telah jelas menyatakan bahawa ”bahagian barat tapak terutamanya terdiri daripada tanah liat marin tepu (tanah liat laut) dengan lapisan bahan gambut (paya gambut). Masalah perparitan dan penggunaan jenis bahan yang salah telah menyebabkan tanah tapak barat mempunyai kualiti tahap beban yang tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang. Langkah-langkah kejuruteraan yang penting harus diambil bagi meningkatkan kualiti tahap beban tanah. Walaupun sebegitu, sebuah tempoh diperlukan untuk memulihkan tanah sebelum digunakan untuk pembinaan lapangan terbang. “

Walaupun mereka sedar bahawa tapak KLIA Barat tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang malah akan mengakibatkan kos yang lebih tinggi, MAHB sengaja tidak mendedahkan maklumat penting ini kepada pegawai-pegawai Kementerian. Ini juga telah mengurangkan bantahan terhadap peralihan terminal baru kos rendah ke KLIA Barat. Hasilnya, MAHB yang merupakan anak syarikat Khazanah Bhd sebanyak 40% telah menaikkan kos KLIA2 kepada lebih daripada RM2 bilion yang ditampung oleh pembayar cukai.

Nurul Izzah Anwar
Tony Pua

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


Perbandingan Zulkifli Noordin dengan menggunakan pertandingan badminton mencerminkan beliau jahil tentang ketidakadilan sistem pilihanraya Malaysia

Posted: 27 May 2013 06:03 PM PDT

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Korea Selatan tolak tawaran dialog Korea Utara

Posted: 28 May 2013 01:00 AM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Korea Selatan tolak tawaran dialog Korea Utara

Yun menyatakan pendirian Korea Selatan ketika memberi taklimat di Beijing.
SEOUL - Menteri Luar Korea Selatan Yun Byung Se menolak pelawaan Korea Utara untuk menyambung semula rundingan pelucutan senjata nuklear.

Yun berkata, Korea Selatan menolak sebarang tawaran dari negara itu kerana mereka belum berjanji mahu memberhentikan program nuklear yang mencemaskan beberapa negara antarabangsa yang lain.

"Pendirian kami tegas. Kami tidak mahu dialog demi dialog tanpa keputusan kerana tindakan itu sebagai membuang masa dan tenaga," katanya dipetik dari laporan AP.

Menurutnya, apa yang penting sekarang adalah Korea Utara perlu mengemukakan janji dan benar-benar ikhlas untuk memberhentikan program terbabit kepada seluruh masyarakat dunia.

"Tindakan Korea Utara selama ini dilihat seperti memperbodohkan dunia dengan melakukan pelbagai ugutan secara terang-terangan. Kami tidak boleh menerima tindakan melampau itu," katanya. 

Kenyataan itu disuarakan beliau ketika pertemuan antara Duta Khas Korea Selatan dan Presiden China Xi Jinping di Beijing.

SINAR/-

Kalah menang adalah tarbiah

Posted: 28 May 2013 12:30 AM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -




Adat perlawanan ada kalah, ada yang menang. Sama seperti pilihanraya, ada parti menang, ada yang kalah. Cuma Islam marah kalau menang secara tipu. Berdosa juga kalau kita redha kita ditipu. Sebab itu penipuan dan tidak telus merupakan suatu yang munkar, wajib ditegah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang melihat kemunkaran wajib mencegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegah dengan lidah, jika tidak mampu dengan hati. Ini adalah selemah-lemah Iman".

Protes mesti dibuat sebagai menunjukkan kita tidak rela dengan penipuan dan penyelewingan. Islam tidak benarkan negara ditadbir oleh mereka yang menang secara menipu.
PAS sudah menyertai pilihanraya sejak diperkenalkan di negara ini pada tahun 1955. Kerana ini adalah wasilah PAS untuk mendapatkan kuasa, supaya Islam dapat dijadikan cara hidup yang lengkap. Tanpa kuasa PAS hanya boleh menyeru tetapi tidak ada kuasa untuk melaksanakan idealisma perjuangan parti.

Oleh itu menjadi calon di dalam PAS adalah amanah, bukan kemuliaan. Apabila menjadi calon, ia bukan bertanding atas tiket peribadi tetapi atas nama jamaah. Ia menjadi duta PAS. Tingkah laku dan tutur kata diperhati oleh orang ramai kerana ia mewakili parti yang menjadikan Islam sebagai dasar.

Oleh itu menjadi calon bukan pilihan individu. Melobi meminta menjadi calon merupakan pantang larang di dalam PAS. Orang yang hendak sangat menjadi calon, inilah senarai pertama yang akan ditendang daripada senarai.

Restu daripada majoriti ahli dan organ parti merupakan perkara asas untuk menjadi calon. Kerana kita bertanding atas lambang parti. Menang kalah kita bersama dengan parti. Jangan sama sekali kita takbur kepada jentera parti. Kononnya menang kerana popular peribadi kita, bukan faktor jentera.  Jika mempunyai sifat ini, ia akan mendatangkan musibah kepada jamaah.

Bukan senang untuk menjadi calon PAS. Ia memerlukan kekuatan fizikal, spritual dan mental. Terutama untuk menghadapi serangan musuh dan media yang sarat dengan fitnah. Terpaksa menghadapi memokan masyarakat, ahli keluarga yang tidak sealiran. 

Tidak perlu kecewa jika kalah di dalam pertandingan. Jangan angkuh dan sombong jika diberi kemenangan. Bertasbih dan bersyukur memuji Allah serta dengan sujud syukur sebagai tanda kebesaran Allah yang memberi kemenangan. Ingat kemenangan adalah amanah yang perlu dipikul. Amanah boleh mendekatkan ke syurga atau ke neraka. Kita perlu mengambil posisi mana yang sesuai untuk meletakkan diri kita agar kita adalah  orang yang bersama dengan para Anbiya' di akhirat. Jika berlaku sebaliknya maka kita akan bersama dengan Firaun, Haman, Qarun. Nauzubillah. Sebenarnya ujian bagi yang menang lebih sukar daripada yang kalah. Mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mencapai kemenangan. Masyarakat akan fokus kepada kita, kerana kita mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mereka akan menilai apakah orang PAS bercakap serupa dengan bikin. Ada atau tidak kelainan (tamayyuz) dengan pihak musuh. Segala tingkah laku, perkataan, pakaian, ahli keluarga, cara hidup semuanya dinilai oleh kawan dan lawan. 

Oleh itu bagi mereka yang menang pertingkatkan tarbiah ruhiah dan perkasakan tarbiah fardiah. Ini adalah benteng kekuatan untuk menghadapi cabaran sewaktu memikul amanah jamaah. Ujian menang begitu sukar jika kita tidak mempunyai ketahanan dalaman. Berbagai penyakit mazmumah begitu mudah menetas di dalam jiwa mereka yang menang. Penyakit riya', suma'ah, takbur, bakhil, ujub cukup subur jika kita tidak awasi.

Ujian bagi mereka yang kalah, bahawa penilaian Allah ialah bukan menang atau kalah. Tetapi nawaitu kita dengan perjuangan. Kemenangan di dalam perjuangan Islam ialah apabila kita telah berjaya meletakkan diri kita berintima' (bersama) jamaah.  Kita sudah merintis jalan untuk orang yang terkemudian daripada kita untuk memperolehi kemenangan. Mungkin kita tidak sempat mencapai kemenangan.  Ia akan menjadi amal jariah sewaktu kita bertemu dengan Allah. Jangan ada rasa kecewa atau putus asa di dalam perjuangan. Maksud Firman Allah: "Jangan kamu putus daripada Rahmat Allah".


Pesanan al-Marhum Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah dan Aminah Qutub ketika saat beliau hendak ke tali gantung. "Kamu akan merasa sempit dada jika kamu merasakan kamu yang memulakan dan kamu yang mengakhiri perjuangan. Kamu akan merasa lapang dada jika kamu merasakan bukan kamu yang memulakan perjuangan dan mengakhiri perjuangan."

HARAKAH/-

HUS berasap kali kedua

Posted: 28 May 2013 12:00 AM PDT

Foto
18 Rejab 1434 H. [MOD] -


Kuching: Hospital Umum Sarawak (HUS) sekali lagi digemparkan dengan kes kebakaran semalam menyebabkan 62 pesakit dari Wad Ginekologi dipindahkan selepas mesin penyahkelembapan di bilik nuklear perubatan terbakar.
Dalam kejadian jam 12.26 tengah malam itu, mesin berkenaan dilapor mengeluarkan kepulan asap tebal, sekali gus memaksa pihak pengurusan hospital memindahkan pesakit ke tingkat bawah sebagai langkah berjaga-jaga.
Berikutan kejadian itu, tiga jentera dan unit bermotosikal serta Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) membabitkan 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Padungan dan Batu Lintang bergegas ke lokasi pada jam 12.32 tengah malam.

Penguasa Bomba Bahagian Operasi Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sarawak Sabarudin Mohamad berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.55 tengah malam.

Katanya, kebakaran kecil itu hanya menyebabkan 20 peratus bilik nuklear perubatan hospital berkenaan terbakar, namun asap tebal menyebabkan seolah-olah api merebak ke bahagian lain.
METRO/-

Turun harga kereta perlukan masa lebih lama, bukan dalam tempoh lima tahun?

Posted: 27 May 2013 11:30 PM PDT


18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..

Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..

Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya..

Namun begitu dakwa Mukhriz "Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan.".. lagi sila baca di SINI

Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu..


HARAKAH/-

Azizan mula bernafas tanpa bantuan mesin

Posted: 27 May 2013 08:03 PM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Azizan Abdul Razak

Azizan
GEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan beransur pulih setelah tidak menggunakan bantuan mesin pernafasan pada sebelah siang.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan semakin stabil berikutan hanya menggunakan mesin pernafasan pada waktu malam.

"Keadaannya bertambah baik. Bermula 9 pagi kelmarin, beliau hanya guna mesin pernafasan pada sebelah malam. Beliau juga dalam usaha untuk bercakap berikutan suaranya tidak jelas walaupun beliau cuba berulang kali.

"Beliau masih diberi makanan melalui tiub dan dipantau doktor pakar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP). Buat sementara ini, doktor belum mengesahkan beliau akan dipindahkan wad atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Helmi berkata, Azizan masih menjalani proses mencuci bahagian berkenaan dua hari sekali bagi memastikan luka sembuh dengan baik.

"Beliau masih menjalani proses itu untuk memastikan lukanya betul-betul sembuh tanpa dijangkiti kuman. Beliau kini masih dijaga oleh kedua-dua isteri serta 14 anaknya secara bergilir-gilir.

"Keluarganya masih tidak membenarkan orang awam melawat beliau, mungkin akan dibenarkan apabila kesihatan Azizan benar-benar baik, apa-apa pun saya akan maklumkan nanti. Saya mohon rakyat doakan agar beliau cepat sembuh," katanya.

Azizan pada 7 Mei lalu menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis.

SINAR/-

SPR Letak Jawatan Tak Memadai, Kena Penjarakan Macam Di Thailand Ini!

Posted: 27 May 2013 07:49 PM PDT


18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Tiga Pesuruhjaya Pilihanraya Thailand Dihukum Penjara 4 Tahun

Tiga orang pesuruhjaya pilihanraya Thailand, yang dilihat sebagai sekutu rapat Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yng menghadapi tentangan, telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana membenarkan calon yang tidak layak untuk bertanding di dalam pilihanraya parlimen negara itu pada April lepas. 

Ketiga-tiga pesuruhjaya teesebut telah didapati besalah kerana melanggar undang-undang pilihanraya dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan membenarkan calon-calon pada pengundian 2 April untuk bertanding di dalam kawasan berasingan di dalam pengundingan pusingan kedua pada April 23. Mahkamah tertinggi negara tersebut kemudiannya membatalkan keputusan pilihanraya, dengan menyatakan bahawa ia melanggar perlembagaan.

Keputusan mahkamah tersebut merupakan satu tamparan kepada Thaksin kerana ketiga-tga pesuruhjaya pilihanraya berkenaan dikatakan sekutu rapatnya dan tindakan mereka dilihat sebagai menyebelahi perdana menteri berkenaan.

Mahkamah juga telah membatalkan hak mengundi bagi pesuruhjaya berkenaan dan menghalang apa-apa penglibatan politik selama 10 tahun.

"Pesuruhjaya Pilihanraya berkenaan telah menjalankan tugasnya dengan tidak adil," demikian mahkamah memberitahu. "Mereka didapati bersalah ... dan mahkamah memerintahkan mereka dipenjara empat tahun."

Jika mahkamah membenarkan mereka diikatjamin, pesuruhjaya-pesuruhjaya berkenaan – Vasana Puemlarp, Prinya Nakchudtree dan Virachai Naewboonnien – masih dibenarkan menjalankan tugasnya. Tidak dapat dipastikan buat masa ini samada mahkmah bercadang untuk membenarkan mereka diikatjamin.

Prinya berkata beliau dan lain-lain defenden akan merayu terhadap hukuman tersebut.

"Saya berharap mahkamah akan bermurah-hati membenarkan kami diikatjamin," tambahnya.

Beliau berkata mereka akan kekal sebagai pesuruhjaya, dan akan tewas jika Mahkamah Tertinggi juga mendapati mereka bersalah.

"Kami akan teruskan kerja kami hinnga minit terakhir," kata Prinya . "Saya tekankan bahawa kami belum bersalah... saya akan merayu simpati awam. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan."

Ketua parti pembangkang Thavorn Seniem, yang memfailkan tindakan undang-undang ke atas pesuruhjaya berkenaan, membantah supaya pesuruhjaya berkenaan dibenarkan ikatjamin.

"Mereka telah memperolehi kesan dari apa yang mereka lakukan... Jika mereka dibenarkan berada di luar penjara dan menyambung tugas mereka , mereka akan terus-menerus melakukan kesalahan," kata Thavor.

Thaksin membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya pada 2 April , tiga tahun lebih awal dari tempohnya dalam usaha untuk menyekat gerakan protes rakyat yang menuntut perletakan jawatannya kerana rasuah dan penyalahgunaankuasa.

Partinya menang setelah ketiga-tiga parti pembangkang memboikot pilihanraya dan berjuta rakyat tidak keluar mengundi sebagai protes terhadap perdana menteri tersebut.

Pemboikotan dan protes berkenaan bermakna di dalam beberapa kawasan, pemenangnya tidak dapat ditentukan kerana ia gaga untuk mendapatkan bahagian minimum bilangan pengundi yang duitetapkan oleh undanh-undang. Keputusan tersebut telah menyebabkan parlimen gagal untuk bersidang.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memanggil pengundian yang baru pada 23 April, dimana menyaksikan parti Rak Thai yang diketuai Thaksin menang.

Mahkamah Tertinggi Thailand telah membatalkan keputusan pilihanraya berkenaan dan memutuskan Pesuruhjaya pilihanraya meletakkan jawatannya supaya pesuruhjaya yang baruy dilantik bagi memastikan pilihanraya yang adil dapat disempurnakan pada 15 Oktober. -brne.ws/terjemahan bebas:GB

Kemalangan di Sarawak meningkat

Posted: 27 May 2013 07:43 PM PDT


18 Rejab 1434 H. [MOD] -



KUCHING - Sarawak mencatatkan 6,181 kes kemalangan jalan raya dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri Datuk Seri Michael Manyin Jawong.
   
Katanya angka itu adalah peningkatan 3.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatat 5,948 kes.
   
"Bagaimanapun, kes kemalangan maut menurun sebanyak 2.4 peratus daripada 121 kes kepada 118 dan kematian akibat kemalangan menurun 5.3 peratus daripada 134 kematian kepada 124," katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya, pada persidangan dewan undangan negeri, di sini hari ini. 
   
Manyin berkata antara punca peningkatan kes nahas jalan raya ialah pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya.
   
"Penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang 41 peratus kepada kematian akibat kemalangan dan dari segi umur pula 46 peratus membabitkan mereka yang berusia 16 dan 45 tahun," katanya.

Beliau berkata berdasarkan analisis kemalangan jalan raya 2012 yang dilakukan polis, 43 peratus kemalangan maut berlaku di jalan lurus, 36.5 peratus di selekoh, 11.3 peratus di persimpangan dan 8.5 peratus di bulatan.
   
"Analisis juga mendedahkan 84 peratus kemalangan maut berlaku ketika cuaca baik dan 14 peratus ketika hujan," katanya.
   
Sementara itu Manyin berkata sebanyak 26,506 kenderaan baharu didaftarkan di Sarawak bagi suku pertama tahun ini.
   
"Setakat 31 Mac lepas, jumlah terkumpul kenderaan yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak ialah 1,491,134," katanya. - Bernama

Kamera AES mula dikuatkuasa di Melaka?

Posted: 27 May 2013 07:40 PM PDT

AES_jalan
18 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 27 MEI: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Melaka telah dimuktamadkan.

Beliau mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.
"Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?
"Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar," kata Shamsul kepada Keadilandaily.
"Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan belum diumum kerajaan," katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Shamsul Iskandar
Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka.
Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.
Mengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.
AES Melaka
Pakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.

Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Van tetamu meletup

Posted: 27 May 2013 07:39 PM PDT

Foto
18 Rejab 1434 H. [MOD] -


Bagan Serai: Kegembiraan empat beranak untuk menghadiri majlis kenduri kahwin ahli keluarga mereka di sini, tengah hari kelmarin, terbantut apabila van jenis Perodua Rusa yang dinaiki mereka terbakar dan meletup menyebabkan tujuh kenderaan lain yang berada berhampiran turut musnah terbakar.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari di Kilometer 4, Jalan Siakap, berhadapan Masjid Kedai Dua itu, mangsa bersama isteri dan dua anaknya baru tiba di kenduri perkahwinan itu sebelum seorang anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), mengarahkannya keluar dari kenderaan itu dengan segera selepas melihat tayar belakang vannya terbakar.
Mangsa yang panik kemudian bergegas menarik isteri dan dua anaknya keluar dari kenderaan itu sebelum vannya meletup dan terbakar.


Kejadian sama turut memusnahkan tujuh buah motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua MyVi milik tetamu kenduri perkahwinan berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Yunus, 52, berkata, dia terkejut sebelum keluar memeriksa belakang kenderaan dan mendapati tayar belakang vannya terbakar.
metro/-

Hotel angkasa pertama di dunia

Posted: 27 May 2013 07:35 PM PDT

Foto
18 Rejab 1434 H. [MOD] -


Abu Dhabi: Timur Tengah bakal menjadi pusat hotel konsep baru yang membawa perubahan besar kepada industri pelancongan dengan pengenalan Hotel Angkasa.
Dubai, Abu Dhabi dan Doha adalah tiga bandar raya yang berpotensi menempatkan Hotel Angkasa pertama di rantau itu.

Syarikat Mobilona Space Hotels yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, konsep yang dibawa mereka adalah mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Jerome Bottari berkata, pengunjung akan melalui pengalaman luar biasa kerana berpeluang meneroka galaksi tanpa perlu meninggalkan bumi.

"Kami menerima cadangan pembinaan Hotel Angkasa di Doha, Abu Dhabi dan Dubai," katanya. Minggu lalu Mobilona Space Hotels mengumumkan rancangan mereka membina Hotel Angkasa Mobilona setinggi 300 meter dan dilengkapi spa bebas graviti.


Syarikat itu berkata, hotel berkenaan juga dilengkapi terowong angin di pulau buatan manusia di luar pantai Barcelona. Kata Bottari, syarikatnya merancang membuat pelaburan bernilai 1.5 bilion euro (RM5.9 bilion) untuk pembangunan projek Pulau Barcelona serta membina lebih 2,000 bilik hotel serta kediaman mewah di situ.

"Hotel Angkasa juga akan dibina di Los Angeles dan Hong Kong," katanya. Menurut Bottari, pengumuman mengenai projek itu di Timur Tengah akan dibuat selepas pembinaan Pulau Barcelona bermula tidak lama lagi.

Katanya, bangunan yang dirancang itu dibina dengan gabungan reka bentuk dan teknologi terkini bagi membentuk suasana sesuatu tempat di dunia atau di cakerawala.

"Tingkap Hotel Angkasa diperbuat daripada kaca lutsinar yang boleh bertukar menjadi lampu bagi menghasilkan persekitaran seperti di angkasa lepas," katanya.

Menurut Bottari, apabila penghuni mahu 'kembali' daripada pengembaraan itu, mereka hanya perlu menekan suis untuk memadamkan lampu berkenaan.


Lebih menarik, bilik itu juga dilengkapi permukaan unik bagi menghasilkan paparan sebaik mungkin walaupun ia dilihat dari sebarang arah. "Kami menggabungkan pengalaman visual bagi merangsang semua lima panca indera pengunjung menikmati dunia di sekitar mereka, mendengar bunyi, menghidu bau-bauan kegemaran, menyentuh objek dan merasa sendiri apa yang diinginkan," katanya. Apabila siap, suite hotel dan kediaman mewah itu akan dijual pada harga antara RM1.9 juta hingga RM10.2 juta, manakala penthouse bernilai daripada RM15.3 juta sehingga RM78.4 juta Jika anda ingin menginap di hotel itu, kadar sewaan biliknya adalah antara RM1,175 hingga lebih RM 5,800 satu malam. - A
P

Puntianak tenggek atas atap

Posted: 27 May 2013 07:34 PM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Tempat dan peralatan memuja.

Tempat dan peralatan memuja.
Puntianak tenggek atas atap

Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama.
Puntianak tenggek atas atap

Aziz dan Zamri menunjukkan kawasan pemujaan.
Puntianak tenggek atas atap

Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh.
KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.

"Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang," katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.

Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

"Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu," katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga  dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

"Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung," katanya.

sinar/-

Penunggang Jepun mati dalam perlumbaan Isle of Man TT

Posted: 27 May 2013 07:33 PM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -


LONDON: Penunggang Jepun, Yoshinari Matsushita terbunuh ketika menyertai peringkat kelayakan perlumbaan Isle of Man TT semalam. 

Auto Cycle Union berkata, pelumba berusia 43 tahun itu terbunuh di Ballacrye di utara pulau berkenaan dan sesi kelayakan dihentikan serta merta. 


Katanya, mangsa adalah penunggang berpengalaman dari Saitama, Jepun yang menjuarai perlumbaan Motegi Endurance 2008 dan kali pertama mengambil bahagian dalam perlumbaan TT pada 2009. 



"Yoshi adalah peserta yang popular yang mempunyai ramai kawan di paddock perlumbaan ini. Beliau jujur dan mesra kepada sesiapa yang mengenalinya," katanya. 

Siasatan kejadian sedang dijalankan. - AP 

Kereta terbang sebelum terbalik

Posted: 27 May 2013 07:32 PM PDT

Foto
18 Rejab 1434 H. [MOD] -


Kuantan: "Memang macam dalam filem apabila saya melihat sebuah kereta secara tiba-tiba berpusing dan terbalik melanggar laluan pejalan kaki.
"Saya terus berlari untuk melihat keadaan pemandu dan membantunya keluar kerana bimbang kalau-kalau keretanya terbakar," kata pengawal keselamatan, Mohd Norakmal Abdullah, 48, saksi kejadian sebuah kereta terbalik di Jalan Tun Ismail 1, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, seorang pekerja kilang, Cheryl Lee, 39, nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbalik ketika membelok ke jalan berkenaan.

Mohd Norakmal berkata, ketika kejadian dia sedang menjalankan tugasnya di sebuah premis syarikat telekomunikasi sebelum mendengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah kereta jenis Perodua Kembara 'terbang' sebelum terbalik.

Dia yang baru sebulan bekerja di premis berkenaan berkata, dia sempat bertanya keadaan pemandu wanita berkenaan dan sebaik mangsa memberi tindak balas, dia terus menarik pintu kereta bagi mengeluarkan mangsa.


"Mujur pemandu itu tidak mengalami kecederaan serius namun saya menasihatkannya untuk membuat pemeriksaan di hospital kerana bimbang berlaku kecederaan dalaman," katanya.

KERETA dipandu mangsa yang terbalik di Jalan Tun Ismail 1, semalam.
Sementara itu, Cheryl berkata, dia tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku sebaliknya hanya tersedar apabila keretanya sudah terbalik.

Katanya, dia yang memandu secara bersendirian dalam perjalanan menuju ke sebuah pasar raya, di sini, selepas menghantar rakannya di Terminal Makmur.

"Sebaik membelok ke jalan ini (Jalan Tun Ismail 1) kereta saya bagaikan hilang kawalan dan selepas itu saya sudah tidak ingat apa-apa lagi..sedar-sedar saja kereta saya sudah terbalik," katanya
metro/-



Apabila PAS tersasar 54 kerusi parlimen

Posted: 27 May 2013 07:30 PM PDT


18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Sebagai sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama (1951), PAS mengharungi liku-liku perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang. Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam politik negara.

Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.

Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.


Apapun yang kita perkatakan mengenai penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus, kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini, BN adalah pemenangnya!

Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?


Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.

Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.

Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yang berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!


Kalah dalam pilihanraya bukan bererti tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, sahabat dan pejuang terdahulu yang jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi berguna.

PAS telah melalui tempoh-tempoh pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger-blogger pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.

Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dalam masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang hala tuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari-hari yang mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yang tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing-masing. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yang penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.

Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.

ANAK mesti diperkasa seperti NGO-NGO lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yang silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.

Insya Allah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yang menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yang suci dan murni ini...

Daripada terus membicarakan polemik ulama atau profesional, yang kadang kala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.

Mudah-mudahan kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masa depan.

PAS FOR ALL

Ada minyak dalam telaga

Posted: 27 May 2013 07:27 PM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Ada minyak dalam telaga

Anak Salbina, Zulnuraiman, 16, mengasingkan air telaga yang bercampur minyak dipercayai petrol yang dicedok dari telaga di rumah Nik Yusof.
Ada minyak dalam telaga

Zulnurain (kiri) bersama Zulnuraiman menunjukkan air telaga bercampur minyak.
Ada minyak dalam telaga

Mminyak tersebut terbakar selepas dicucuh api.
TUMPAT - Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.

Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.

"Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol," katanya.

Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.
 
Air telaga berbau minyak petrol

Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.

Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.

"Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.

"Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan  memudaratkan kesihatan  saya kerana air telaga itu sudah tercemar," katanya.

Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai  petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.

Dua telaga  jiran Zulnurain turut terlibat

Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.

Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.

Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.

Khuatir disambar api

Isteri Ahmad, Salbina Mohamad, 46, berkata, sejak dia mengetahui telaganya bercampur dengan minyak dipercayai petrol, dia tidak memasak khuatir disambar api.

"Permukaan telaga saya yang terletak di dalam rumah dipenuhi dengan minyak, saya khuatir ia disambar api ketika saya sedang memasak," katanya.

Menurutnya, akibat meminum air telaga tersebut, suaminya Ahmad sakit, namun alhamdulillah  semakin pulih selepas berhenti menggunakan air dari telaga itu.

Lapor kepada Jabatan Alam Sekitar

Salbina berkata, masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

"Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.

"Bila-bila masa sahaja kebakaran boleh berlaku, sekiranya ada puntung rokok tercampak dalam telaga ini, atau apa sahaja sumber api berada berhampiran telaga ini," katanya.

sinar/-

Anak bunuh mak

Posted: 27 May 2013 07:25 PM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Foto
Kajang: Seorang lelaki sanggup bertindak kejam terhadap ibu kandung dengan memukulnya menggunakan kayu hingga koma, gara-gara wanita itu menyembunyikan alat kawalan jauh pendingin udara bagi menjimatkan bil elektrik kediaman mereka dalam kejadian Jumaat lalu.

Selepas tiga hari bertarung nyawa wanita berusia 59 tahun yang parah di kepala meninggal dunia di Hospital Kajang kelmarin akibat tindakan melampau anak sulung daripada enam beradik berusia 41 tahun itu.
Bapa saudara suspek, Liew Kuan Seng, 49, berkata, anak saudaranya itu tinggal bersama mangsa, Liew Kim Thai, di Kampung Baru Semenyih namun lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung hidup dengan ibunya.

Menurutnya, mangsa sudah banyak kali menegur perbuatan anaknya kerana beberapa bulan tidak bekerja menyebabkan dia menyara kehidupan suspek.

"Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12 tengah malam Jumaat lalu, anak saudara saya itu menengking dan memarahi ibunya kerana dia tidak menjumpai alat kawalan pendingin udara.
metro/-

Bom meletup dalam timbunan sampah

Posted: 27 May 2013 07:19 PM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -

Bom meletup dalam timbunan sampah

Pasukan forensik mencari sisa letupan di pasar malam di Ramkhamhaeng.
BANGKOK - Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera apabila sebutir bom diletakkan dalam timbunan sampah meletup di sebuah pasar malam di Bangkok, Thailand, kelmarin.

Pegawai polis, Narongrit Promsawat berkata, letupan berlaku jam 9 malam waktu tempatan itu juga menyebabkan beberapa gerai di pasar di daerah Ramkhamhaeng rosak teruk dan ada yang hangus.

"Pasukan forensik mengesahkan bom itu diperbuat daripada campuran paku serta beberapa bahan lain," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati letupan itu dilakukan bukan bertujuan untuk membunuh atau mencederakan.

"Kami tetap melakukan siasatan terperinci kerana kami yakin letupan itu mempunyai kaitan dengan beberapa siri letupan kecil di Bangkok sejak kebelakangan ini," katanya.

Sementara itu, seorang saksi berkata, letupan tersebut menyebabkan orang ramai lari bertempiaran dan meninggalkan premis masing-masing.   

"Mangsa cedera akibat terkena paku dan serpihan kaca yang berterbangan," katanya menurut laporan Bangkok Post.

Apabila PAS tersasar 54 kerusi parlimen

Posted: 27 May 2013 07:19 PM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -
Sebagai sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama (1951), PAS mengharungi liku-liku perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang. Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam politik negara.

Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.

Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.


Apapun yang kita perkatakan mengenai penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus, kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini, BN adalah pemenangnya!

Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?


Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.

Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.

Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yang berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!


Kalah dalam pilihanraya bukan bererti tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, sahabat dan pejuang terdahulu yang jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi berguna.

PAS telah melalui tempoh-tempoh pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger-blogger pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.

Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dalam masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang hala tuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari-hari yang mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yang tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing-masing. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yang penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.

Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.

ANAK mesti diperkasa seperti NGO-NGO lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yang silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.

Insya Allah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yang menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yang suci dan murni ini...

Daripada terus membicarakan polemik ulama atau profesional, yang kadang kala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.

Mudah-mudahan kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masa depan.

PAS FOR ALL

Semak arah kiblat hari ini.

Posted: 27 May 2013 04:00 PM PDT

18 Rejab 1434 H. [MOD] -
http://ini-kalilah.blogspot.com

Semakan Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa Azam berlaku setiap dua kali setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu tengahari di Masjidl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada hari ini  28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang.


Bagaimana caranya??:

1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)

2. Tunggu waktu yang ditetapkan.

3. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.

Wallahualam..

Angkat sumpah Khamis, tiada ketua PR Selangor dalam Exco

Posted: 27 May 2013 08:21 AM PDT

17 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,27 Mei 2013
SHAH ALAM: Upacara angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) atau Exco yang baharu akan diadakan pada hari Khamis,  jam 9 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.


(Azmin, Dr Rani dan Teresa dijangka tidak ada dalam senarai Exco Selangor)

Ini ekoran persetujuan Sultan Selangor untuk melantik 10 ahli MMKN pagi ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.


"Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor jam 10.30 pagi hari ini dan baginda Sultan telah berkenan untuk melantik 10," kata beliau dalam kenyataannya.

Menurut Khalid, maklumat lengkap wakil rakyat yang telah diperkenan DYMM Sultan Selangor untuk memegang jawatan MMKN akan dimaklumkan kemudian.

"Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor atas segala pandangan dan nasihat baginda demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor," kata Khalid.

Harakahdaily difahamkan, PAS akan mempunyai empat wakil dalam MMKN itu, tiga PKR dan tiga DAP.

Sehingga kini, menurut maklumatnya,  ketiga-tiga ketua parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan ada dalam senarai Exco ini.

Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor (Adun Meru), Azmin Ali Pengerusi PKR Selangor (Adun Bukit Antarabangsa) dikatakan tidak tersenarai dalam barisan Exco ini walaupun merupakan seorang Adun.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula tidak layak kerana bukan Adun. Beliau hanya bertanding Parlimen Seputeh dalam PRU 13.

Dua anggota Exco lama dari PAS dijangka akan dikekalkan manakala dua exco baru akan mengangkat sumpah Khamis ini.

DAP sebagaimana sessi lepas akan mendapat kerusi Speaker manakala PKR mendapat kerusi MB.

PAS dikatakan akan mendapat empat kerusi Exco untuk membolehkan nisbah 6:4 antara Exco Melayu dan bukan Melayu dilaksanakan dalam barisan Exco kali ini.




Nuffnang