Khamis, 5 Januari 2012

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


TALQIN 901

Posted: 04 Jan 2012 03:15 AM PST

(Alahai Jah! Kain kapan aku dah siap lum Jah! Dema nak talqin dah tu!)

Salam 2 all.

Teman melihat betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar sudah mahu dipasak!

Tarikhnya makin dekat. Keputusan Mahkamah yang dijadualkan pada 09 Jan 2012 ini, hanya tinggal 3-4 hari sahaja lagi. Anwar tahu kali ini kalau kena hukum, dia akan meringkok dalam penjara sekurang-kurangnya 10-12 tahun penjara. Dengan umur sudah mencapai 65, campur 10-12 tahun dalam penjara, Anwar tahu kalau tidak mati pun, dia akan reput dalam penjara!

Sudah pasti Anwar kini berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Putrajaya yang dimimpikan, Sg. Buloh yang mendatang!

Sebab itu Anwar lancarkan kempen terdesak dia: Bebas 901! Teman menerima maklumat daripada rakan dalaman PKR yang esok Khamis 05 Januari 2012 Anwar akan panggil semua wakil rakyat (MP & ADUN) Pakatan biaDAP, PKR & PAS berhimpun di Hotel DePalma, Ampang untuk memberi penerangan tentang kes dia meliwat Saiful! Seorang pensyarah undang-undang dengar khabarnya akan membentangkan kertas kerja mengenai kedudukan politik Anwar dari segi undang-undang!

Sebab ramai yang sudah mula persoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri dia. Tambahan apabila ada kenyataan dalam Mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka!

Masadepan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap! Gerhana penuh politik Anwar sudah berlaku! Talqin untuk Anwar sudah mula dibaca! Paku terakhir keranda politik Anwar sudah diketuk!

Sebab itu Anwar mahu rakyat membela dia di mahkamah jalanraya. Sebab itu mahasiswa dan pelajar juge diheret sama untuk membela dia dijalanraya. Saya mahu dibela di Mahkamah Jalanraya, begitu lalakan Anwar! Anwar tahu dia tidak akan menang dalam pilihanraya, maka dia perlu mendapat kuasa melalui politik jalanraya!

Persoalannya, adakah wajar rakyat, pelajar, mahasiswa dan lain-lain diheret dan diperdaya untuk membela Anwar di jalanraya, kononnya di Mahkamah Jalanraya?

JAWAPANNYA TIDAK WAJAR! TIDAK PATUT!

Kerana apa? Disini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!

1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!

Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!

Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?

Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!

Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!

Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!

Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?

Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!

Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?

Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?

Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!

Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.

Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!

Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.

Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!

Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!

Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!

Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!

Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!

Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!

Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.

Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!

Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.

Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!

Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?

Malah teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!

Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani yop? Teman cabar mike semua yop!

Pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!

Terkedu ChinaDOLL nampak belalai,
digenggam geram ditiop kuyop,
Kalimah ALLAH dah pun dema gadai,
Mahkamah ALLAH dema takutlah yop;

Dalam kondo belalai belayar,
depan belakang lubang digali,
Anwar bernafsu nak ke Putrajaya,
tapi Sg Buloh makin menghampiri;

Bebas 901 rekaan Anwar

Mahkamah jalanan menjadi medan

Umat dah tahu rakyat dah sedar

09 Januari Anwar wajib ditalqinkan!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu
10 Safar 1433 / 04 Januari 2012

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Anak Cemerlang Diberi Galakan, Warga Emas Diberi Bantuan

Posted: 05 Jan 2012 03:19 PM PST

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Anwar: Pakatan to renegotiate IPP deals, revamp Felda once in power

Posted: 05 Jan 2012 06:14 PM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


UPSI must stop intimidation, PDRM must be accountable for its actions

Posted: 05 Jan 2012 01:42 AM PST


I was shocked to learn that Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Legasi Mahasiswa Progresif secretary Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, a participant in the sit-in which resulted in a bloody scuffle with the police on Sunday morning, has been expelled from her residential college.
 
The Malay daily Sinar Harian yesterday also quoted UPSI vice-chancellor Junaidi Abu Bakar as saying that Siti Nurul Piteriah will not be spared disciplinary action.
 
The harsh and unreasonable action meted out by the university is totally unjustified and uncalled for, and proves the need and necessity for the students to organise the Sunday morning sit-in protest.
 
As an educational institution, the university should always act in the interest and well-being of its students. It is sad to see UPSI choose to oppress the students hand-in-hand with the police.  
 
On New Year's Eve, the police took brutal action against the undergraduates who participated in the peaceful sit-in protest for academic freedom. The movement's president Safwan Anang was assaulted and hospitalized with serious injuries, raising more public outcry.
(More......)

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


PKR Selangor Sasar 20,000 Ahli Sertai 901

Posted: 05 Jan 2012 01:30 AM PST

SHAH ALAM 5 JAN: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini memberi jaminan untuk mengarahkan 20,000 ahli PKR negeri untuk menyertai himpunan Aman bermula sehari lebih awal dari tarikh 9 Januari ini.

"PKR Selangor dengan ini menyeru semua anggota parti untuk berhimpun dengan cara seaman yang boleh di Mahkamah Jalan Duta bermula dari 8 Januari depan. Komintmen KEADILAN Selangor ini diterjemahkan dengan cara mengerahkan sekurang kurangnya, 20,000 anggota parti dari Selangor duduk secara aman sejak awal pagi lagi di kawasan Mahkamah Jalan Duta.

Katanya perhimpunan rakyat pada 9 Januari ini bukanlah di atas niat untuk mencetus huru-hara ataupun revolusi sebagaimana yang diputarbelitkan oleh beberapa pihak termasuk PERKASA.

"Sebagai rakyat yang faham pada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang sudah tentu keamanan merupakan satu aset penting yang wajib dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Polis, anggota parti dan orang awam.

"Hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin oleh undang undang dan Perlembagaan Negara ini tidak harus disempitkan oleh gesaan PERKASA dan mereka yang tidak matang." jelas beliau yang juga Adun Sri Muda.

Ujar beliau,Perhimpunan 901 merupakan satu manifestasi sokongan rakyat kepada idealisma perjuangan yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

"Satu perkara yang sering dilupakan oleh pemfitnah beliau adalah merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang mewakili puluhan Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang dipilih rakyat.

Dalam pada itu beliau menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang berhubung perhimpunan 9 Januari ini.

"Besar harapan rakyat negara ini jika kedua dua mereka bijak untuk menggunakan secebis keadilan yang tersisa ini bagi mencuci arang yang sekian lama terpalit di muka agensi keselamatan.

"Kepada anggota parti, inilah saatnya untuk menunjukkan disiplain tinggi anggota Parti Keadilan Rakyat." tegas beliau lagi.


Sumber: TVSNEWS

PKR Sedia Bincangkan Demo 901 Dengan Polis

Posted: 05 Jan 2012 01:00 AM PST

PKR  menyatakan kesediaan parti itu untuk berbincang dengan pihak polis untuk memastikan perhimpunan Isnin depan berlangsung dalam keadaan aman dan teratur seperti yang dituntut semalam oleh  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan.

Justeru, katanya, sebarang usaha atau tindakan yang menafikan hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

"Oleh itu saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.

Sehubungan dengan itu, beliau juga menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia.

Azmin juga menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstrasi dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

"Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang.

"Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya," katanya lagi.


Sumber: Malaysiakini

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Kerajaan Persekutuan Bermain Politik Dengan Tidak Salurkan Semua Projek Pembangunan Kepada Pejabat Daerah Negeri Tetapi Kepada Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan

Posted: 04 Jan 2012 07:40 PM PST

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 4.1.2012

Adalah dikesali bahawa kerajaan Persekutuan bermain politik dengan wang rakyat dengan tidak salurkan semua projek pembangunan kepada pejabat daerah negeri tetapi diberikan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan(PPNP). Pemberian wang kepada PPNP bercanggah dengan semangat dan prinsip demokrasi kerana PPNP yang dikuasai oleh BN tidak dipilih oleh rakyat sebaliknya BN ditolak oleh rakyat pada pilihanraya besar 2008.

Bukan sahaja PR telah menangi majority 2/3 dengan 29 daripada 40 buah kerusi negeri tetapi juga menang 11 daripada 13 buah kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Jelas sekali wang sumbangan oleh Pulau Pinang dalam bentuk cukai pendapatan dan kastan tidak diberikan balik kepada rakyat Pulau Pinag. Sebaliknya semua wang sumbangan dikuasai penuh oleh BN sungguhpun telahpun ditolak peringkat negeri dan Parlimen oleh rakyat Pulau Pinang.

Janganlah sebut juga bahawa kerajaan negeri mendapat bayaran balik wang yang memadai bila hakikat adalah sebaliknya. Mengikut jawapan Parlimen:-

1) Kutipan Cukai Oleh LHDN Dan KDRM Dari Setiap Negeri Bagi 2001 Hingga 2008

2) Pemberian Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri Bagi 2001 Hingga 2008

3) Peratusan Pemberian Daripada Kutipan

a) Sumbangan bagi Kutipan Cukai Oleh LHDN dan KDRM dari setiap negeri bagi tahun 2001 hingga 2008, Pulau Pinang adalah keempat (4) tertinggi iaitu RM25.670 juta.

b) Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2001 hingga 2008, Pulau Pinang merupakan ketiga (3) terendah iaitu RM794 juta.

c) Peratus pemberian antara kutipan daripada LHDN dan pemberian Kerajaan Persekutuan, Pulau Pinang adalah terendah sekali iaitu 3%. Bagi wang duduk tempat keempat dapat wang No. 1 belakang kira.

Selepas 2008, kerajaan Persekutuan hanya salurkan RM231.08 juta yang tidak disalurkan kepada Pejabat Daerah yang dikuasai kerajaan negeri tetapi diberikan kepada PPNP yang dikuasai BN. Berbanding dengan RM794 jtua yang diberikan dalam tempoh 8 tahun 2001-8, RM231.08 juta dalam 4 tahun ini lagi kecil daripada yang diberikan sebelum ini. Jelas BN tidak menghormati keputusan demokrasi rakyat Pulau Pinang dan menjalankan diskriminasi kewangan sedemikian.

lihat jawapan bertulis parlimen oleh YAB Perdana Menteri di bawah:

JAWAPAN

Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang tidak melaksanakan projek dari tahun 2005 sehingga pertengahan tahun 2008. Projek berkenaan dilaksanakan oleh Pejabat Daearh dan agensi pelaksana yang lain di peringkat persekutuan dan negeri. Selepas PRU 2008, sehingga 15 November 2011, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan 2822 projek bernilai RM231.08 juta. Jenis dan jumlah projek mengikut tahun adalah seperti berikut:

Perolehan projek-projek tersebut dibuat mengikut peraturan semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan surat-surat Kementerian Kewangan lain yang berkaitan. Sehingga 2009, perolehan bagi projek bernilai kurang daripada RM20,000 dibuat secara tawaran terus, nilai projek RM20,000 hingga RM200,000 dibuat secara sebut harga manakala lebih daripada RM200,000 secara tender. Walau bagaimanapun, had bagi perolehan secara sebut harga telah ditingkatkan kepada RM500,000 iaitu berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 tahun 2009 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Keputusan tender diputuskan oleh Lembaga Perolehan Persekutuan(A/B) Negeri Pulau Pinang manakala sebut harga oleh Jawatankuasa Sebutharga Persekutuan Negeri Pulau Pinang dan tawaran terus yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kontraktor.

Kontraktor yang ditawarkan bagi kerja-kerja berkenaan adalah terdiri daripada kontraktor kelas F bagi projek-projek yang dibuat secara sebut harga dan kontraktor-kontraktor kelas lain bergantung pada nilai kontrak masing-masing.

LIM GUAN ENG

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


VETERAN UMNO NASIHAT NAJIB - USAH GUNA TAKTIK KOTOR LAGI

Posted: 05 Jan 2012 03:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini.

Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya.

Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu.
Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini.

Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam.

"Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi.

"Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya.

Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan,  kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini.

"Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung.

"Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.

"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.

"Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.(harakahdaily)

HASSAN ALI CADANG NIK AZIZ, HADI AWANG GANTI ANWAR JADI PM

Posted: 05 Jan 2012 03:19 AM PST

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

husan ali pc 050112 01Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

"Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira.

"Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah.

"Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.
Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.
nik aziz hugging hadi awang 230708"Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

"Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.
Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.
"Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.

"Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.
Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

"Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi.(malaysiakini)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


PRU13 : Muslimat turut dicalunkan oleh PAS Pahang

Posted: 05 Jan 2012 04:21 AM PST

PAS Pahang turut menyenaraikan calon di kalangan muslimat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, senarai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen sudah dikemukakan kepada PAS Pusat.

Menurutnya, bagi setiap Dun dan Parlimen, tiga nama calon disenaraikan PAS Pahang, bagi tujuan PAS Pusat membuat pertimbangan dan pemilihan muktamad.

"Dalam senarai itu, ada beberapa nama calon muslimat yang turut dikemukakan dan segalanya terserah kepada Pusat untuk mempertimbangkannya.

"Setakat ini, jentera dan bilik gerakan Unit Pusat Mengundi (UPU) sudah diarahkan untuk bersiap sedia lebih awal memandangkan tarikh PRU sudah hampir," katanya kepada media semalam.

Difahamkan, PAS bertanding 25 daripada 43 kerusi Dun Pahang dan selebihnya akan ditandingi oleh PKR dan DAP secara satu lawan satu menentang BN atas semangat Pakatan Rakyat.

Pada PRU 2008, PAS Pahang meletakkan calon tunggal muslimat di Dun Luit, iaitu Ketua Muslimatnya Azizah Khatib Mat.

Mengenai peluang, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, berkata PAS Pahang meletakkan harapan agar berlaku perubahan politik di Pahang berdasarkan isu-isu semasa, gelombang kebangkitan rakyat dan kerja keras jentera penerangan.

"Insya Allah dan kita harapkan perubahan angin politik dapat dicapai dalam PRU nanti," katanya.

Tambahnya, dalam situasi sekarang PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar untuk mara berdasarkan beberapa faktor antaranya sokongan golongan muda, pencapaian maklumat dan kelemahan ketara kerajaan negeri.

"Jadi Pakatan yang sudah ada empat kerusi Dun dan dua parlimen memang berpotensi besar asalkan jentera pilihan raya segenap peringkat terus bekerja keras terutama memberi penerangan kepada golongan luar bandar yang selama ini termakan umpan media BN," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, manifesto peringkat negeri juga akan dikeluar dan diedarkan tidak lama bagi menjelaskan tawaran-tawaran PAS Pahang kepada rakyat negeri ini.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by Pak Nik

Posted: 05 Jan 2012 03:29 AM PST

MYCC sama dengan SC. Tak berkesan.

Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by Hamid

Posted: 04 Jan 2012 10:10 AM PST

MYCC is going to drag its feet and later no case will be the findings. The same will happen to to the investigations by SC and Bursa KL.The pariah will be all right. that’s why the pariah and Azman Mokhtar has been appointed by Muhydin. Disgusting!

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Ceramah Umum: 6hb Jan

Posted: 04 Jan 2012 11:12 PM PST

KEADILAN Lembah Pantai akan mengadakan Ceramah Umum pada Jumaat, 6hb Januari 2012 pada jam 9mlm.

Para penceramah termasuklah DS Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Prof Aziz Bari dan diri saya sendiri.

Semua pembaca dan peminat politik tanah air dijemput hadir ke Dewan Gasing Indah, Jalan 5/46, Petaling Jaya (peta di sini).

SUARA PERAK

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Why no apology?

Posted: 05 Jan 2012 04:58 AM PST

— Spencer Gan The Malaysian Insider Jan 05, 2012 JAN 5 — In 1998, then Prime Minister Dr Mahathir Mohamed promised Catholic Church leaders that the church would be consulted when it comes to the appointment of principals and heads of mission schools. That promise was elastic and was made just before the Sabah election, [...]

The government doth protest too much

Posted: 05 Jan 2012 03:12 AM PST

— Azmil Tayeb The Malaysian Insider Jan 05, 2012 JAN 5 — In my previous incarnation as a student in the United States, I occasionally attended gatherings at the Malaysian Embassy and consulate offices, some of which were hosted to receive various ministers and other high-ranking government officials. In addition to being stuffed with delicious [...]

109: The day we must move on

Posted: 04 Jan 2012 10:03 PM PST

By Zairil Khir Johari | January 05, 2012 The Malaysian Insider JAN 5 — Three-and-a-half years ago, in line with the fad of reviving old TV drama serials such as "90210" and "Hawaii-5-O", Malaysians were treated to a remake of a soap opera that began its first run in 1998. Though the original had been [...]

Churches tell Najib: Respect law, remove anti-Christian rules, policies

Posted: 04 Jan 2012 03:52 PM PST

By Debra Chong The Malaysian Insider Jan 05, 2012 KUALA LUMPUR, Jan 5 — Datuk Seri Najib Razak should respect the law and start removing rules and policies that have seen Christians being victimised by the bureaucracry, a national group representing over 90 per cent of churches said yesterday. In a strongly-worded statement, the Christian [...]

Nuffnang