Khamis, 5 Januari 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


PKR Selangor Sasar 20,000 Ahli Sertai 901

Posted: 05 Jan 2012 01:30 AM PST

SHAH ALAM 5 JAN: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini memberi jaminan untuk mengarahkan 20,000 ahli PKR negeri untuk menyertai himpunan Aman bermula sehari lebih awal dari tarikh 9 Januari ini.

"PKR Selangor dengan ini menyeru semua anggota parti untuk berhimpun dengan cara seaman yang boleh di Mahkamah Jalan Duta bermula dari 8 Januari depan. Komintmen KEADILAN Selangor ini diterjemahkan dengan cara mengerahkan sekurang kurangnya, 20,000 anggota parti dari Selangor duduk secara aman sejak awal pagi lagi di kawasan Mahkamah Jalan Duta.

Katanya perhimpunan rakyat pada 9 Januari ini bukanlah di atas niat untuk mencetus huru-hara ataupun revolusi sebagaimana yang diputarbelitkan oleh beberapa pihak termasuk PERKASA.

"Sebagai rakyat yang faham pada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang sudah tentu keamanan merupakan satu aset penting yang wajib dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Polis, anggota parti dan orang awam.

"Hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin oleh undang undang dan Perlembagaan Negara ini tidak harus disempitkan oleh gesaan PERKASA dan mereka yang tidak matang." jelas beliau yang juga Adun Sri Muda.

Ujar beliau,Perhimpunan 901 merupakan satu manifestasi sokongan rakyat kepada idealisma perjuangan yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

"Satu perkara yang sering dilupakan oleh pemfitnah beliau adalah merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang mewakili puluhan Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang dipilih rakyat.

Dalam pada itu beliau menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang berhubung perhimpunan 9 Januari ini.

"Besar harapan rakyat negara ini jika kedua dua mereka bijak untuk menggunakan secebis keadilan yang tersisa ini bagi mencuci arang yang sekian lama terpalit di muka agensi keselamatan.

"Kepada anggota parti, inilah saatnya untuk menunjukkan disiplain tinggi anggota Parti Keadilan Rakyat." tegas beliau lagi.


Sumber: TVSNEWS

PKR Sedia Bincangkan Demo 901 Dengan Polis

Posted: 05 Jan 2012 01:00 AM PST

PKR  menyatakan kesediaan parti itu untuk berbincang dengan pihak polis untuk memastikan perhimpunan Isnin depan berlangsung dalam keadaan aman dan teratur seperti yang dituntut semalam oleh  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan.

Justeru, katanya, sebarang usaha atau tindakan yang menafikan hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

"Oleh itu saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.

Sehubungan dengan itu, beliau juga menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia.

Azmin juga menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstrasi dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

"Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang.

"Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya," katanya lagi.


Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang