Isnin, 4 April 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


YES MR. SINGH?

Posted: 02 Apr 2011 04:56 AM PDT

Salam 2 all.

Teman tidak bersetuju dengan desakan Karpal Singh menuntut videoklip "Jantan-X Menyudu Pelacor Cina" ditayangkan di Parlimen untuk tontonan Ahli Parlimen. Ini bukan masalah nasional, dan bukan masalah negara. Ini masalah kredibiliti dan akhlak "Jantan-X" tersebut. Buat apa kita nak mencemar nama baik dan kemuliaan Parlimen Malaysia dengan masalah peribadi "Jantan-X" itu?

Teman tidak tahu apa agenda dan niat Karpal sebenarnya, tetapi apa yang jelas menayangkannya didalam Parlimen akan hanya "memalukan & mengaibkan" "Jantan-X" yang menyudu pelacor Cina itu. Malahan mempertontonkannya didalam Dewan Parlimen yang mulia ini hanya akan merendahkan martabat Parlimen Malaysia. Kita akan hanya menjadi bahan tawa dunia, Parlimen yang menonton video lucah secara rasmi!!!

Pada teman, isu videoklip ini adalah masalah peribadi manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan dengan rakan baiknya Datuk Eskay Syazly. Elok mereka selesaikan secara baik. Datuk Syazly, rakan baik Anwar yang mendedahkan videoklip tersebut, telah pun menyatakan dengan jelas siapa yang beliau maksudkan. Dan beliau dengan jelas menuntut supaya Anwar dan bini yang menabal lakinya sebagai anugerah tuhan supaya meletakkan jawatan. Kita tidak tahu apa yang Datuk Syazly tahu, tetapi gambar beliau ada didalam videoklip "Jantan-X Menyudu" berkenaan!!! Sudah pasti Datuk Syazly cukup tahu apa yang berlaku yop!!!

Cuma masalahnya, diluar sana masih ada kaum yang secara membabi buta masih taksub dengan Anwar ini, terutamanya segelintir kepimpinan Pakatan pembangkang termasuk dari PAS, DAP & PKR. Teman tahu ramai ahli akar umbi khususnya daripada PAS sudah muak dengan gelagat manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. Sebab itu teman tidak terkejut mendengar di Merlimau, Tenang & Kerdau ada suara dari kalangan ahli PAS yang tidak mahu Anwar turun berkempen bagi calon PAS.

Jadi pada teman, eloklah pihak Peguam Negara & Ketua Polis Negara memberikan izin kepada pihak polis supaya membenarkan tayangan videoklip itu dibuat secara tertutup kepada kepimpinan Pakatan pembangkang daripada PAS, DAP & PKR yang masih taksub kepada Anwar. Biar mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri manusia yang mereka dukong dan nak mahkotakan sebagai Perdana Menteri, kerana mereka golongan yang masih PBB - Pekak, Bisu & Buta kepada kebenaran. Biar mereka membuat analisa dan keputusan mereka sendiri.

Kalau setelah menontonnya (dan jika mereka mahu, setelah mendapat taklimat dan penjelasan daripada para pakar (jika perlu)), dan mereka masih taksub berqiblatkan Anwar, itu masalah mereka. Sekurang-kurangnya dihadapan ALLAH nanti mereka tidak boleh guna alasan tidak tahu, kerana mereka sudah pun diberi peluang menontonnya.

Kerana kalau kita tengok gelagat Karpal sendiri. Walaupun dialah orangnya yang telah mendedahkan kegiatan liwat & homoseks Anwar didalam Parlimen pada 22.10.1997, dan mengulanginya di Hotel Federal dalam satu ceramah DAP, dan memaklumkannya kepada beberapa kepimpinan PAS sehingga mereka melabel Anwar dengan gelaran "Al-Juburi", dan mendesak Anwar bertaubat dan meletakkan jawatan apabila pembohongan 16.09 terbongkar; tau-tau dia pulak yang menjadi loyer membela Anwar dalam kes pertuduhan meliwat kakitangannya Saiful. Malah Karpal turut menobatkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang!!! Jadi teman tak tahulah apakah setelah menonton videoklip itu, segelintir kaum pengiblat Anwar ini akan berubah? Wallahua'lam.

Atas sebab itulah, teman juga tidak bersetuju kita menghabiskan masa menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja atau Jawatankuasa Siasatan Bebas untuk menyiasat videoklip ini. Kata omputeh, ngabihkan boreh yo jang!!!

So kepada para Pak Yangoat dan yang sewaktu dengannya, selamat menonton yop. Jangan lupa bawak kain spare..hehehe :))

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
28 Rabi'ul Akhir 1432
02 April 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


CIKGU NORMALA SUDIRMAN BEKAS CALON DUN TENANG BERSAMA EXCO PENDIDIKAN SELANGOR raikan Pusat Tahfiz

Posted: 04 Apr 2011 07:27 AM PDT

YB Dr Halimah dan Cikgu Mala berbual mesra
YB Dr Halimah dan Cikgu Mala ahli panelis HIWAR MUSLIMAH
2.4.11
SHAH ALAM

Pusat Pengajian Al Quran Al Itqan menganjurkan satu program untuk mengutip dana pendidikan untuk memperkasakan lagi sistem pendidikan holistik yang mempraktikkan hafazan al Quran yang disertai dengan menyelami maksud dan tujuan ayat-ayat diturunkan. Pusat pendidikan sepadu ini juga menawar kurikulm yang mempersiapkan pelajarnya untuk hidup berdikari dengan mampu menyara diri dengan martabat sebagai umat Islam yang berwibawa dan punya jati diri serta kukuh ekonomi.

Pengerusinya Dr Shafie dan Pengetua Us Sahril Sartu turut hadir sama.Forum yang membicarakan tajuk :Muslimah daripada perspektif al Quran mendapat sambutan yang memberangsangkan. Moderator Norhayati Saparadi daripada radio IKIM mampu menghidupkan suasana.

YB Dr Halimah menyedarkan ummat Islam muslimin dan muslimat tentang peranan Muslimat semenjak daripada sebelum ayat pertama(Iqra') diturun lagi iaitu semasa Nabi s.a.w beruzlah di gua Hira' berbulan lamanya, isteri tercinta Saidatina Khadijahlah yang memberi sokongan padu menghantar bekalan makanan kepadanya.

Kemudian apabila ayat pertama turun dan baginda Rasulullah s.a.w ketakutan Saidatina Khadijahlah yang menyelimut dan mententeramkannya, memberi kepercayaan sepenuhnya.

Yang pertama beriman adalah wanita unggul ini.Yang menghayati ajaran al Quran sehingga hembusan nafas terakhirnya berkorban jiwa raga untuk membantu utusan Allah mengembangkan ajaran al Quran adalah wanita yang bernama Khadijah ini.


Ini jelas membuktikan Allah bukan sahaja mengiktiraf peranan utama wanita dalam membantu perjuangan menegakkan Islam seperti yang diajar oleh Al Quran tetapi mempunyai tujuan tertentu iaitu mengatur pembantu setia yang pertama dalam perjuangan Nabi s.a.w adalah wanita.Allah tidak menyusun sejarah berharga yang berupa seerah Nabi ini dengan secara kebetulan.

Itu mustahil bagi Allah.

Yang logiknya setiap lambaran sejarah yang berkaitan dengan Nabi s.a.w ada pengajaran ummatnya.

Sepatutnya ummat Nabi s.a.w yang mengkaji dan menghayati seerah Nabi s.a.w akan faham bahawa wanita mempunyai peranan besar dalam dakwah dan siyasah.barulah layak diterima sebagai pengikut Nabi s.a.w.

INSYAALLAH, PEOPLE OF SARAWAK WILL DO JUSTICE TO THEMSELVES

Posted: 04 Apr 2011 06:12 AM PDT

Khusus kepada pemimpin dan penyokong PAKATAN RAKYAT di Sarawak, rakyat Sarawak tidak akan tertipu oleh BN selama-lamanya

UMNO, MCA, DAN DAP TANGGUHKAN PEMILIHAN JAWATAN PARTI, PAS BAGAIMANA

Posted: 04 Apr 2011 03:28 AM PDT


AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.aruddin (foto)  mensarankan bahawa:

"Pimpinan PAS kena buat keputusan sama ada perlu diteruskan pemilihan jawatan tertinggi parti atau tidak jika BN menang besar di Sarawak kerana mungkin PRU akan diawalkan dan tumpuan mesti diberikan kepada PRU sebab itu lebih penting.

"Pada saya eloklah tangguhkan pemilihan, sebab sudah tentulah jika berlaku pertandingan dalam masa yang singkat sebelum PRU, sedikit sebanyak akan menjejaskan sedikit tumpuan dan persiapan parti," katanya.


 Pimpinan Umno akan mengambil kira kemenangan mereka di Sarawak sebagai pengukur masa untuk pilihan raya dan jika mereka tewas turuk ada kemungkinan PRU dilewatkan.

PAS pula akan memilih pimpinan pusat sesi 2011 – 2013. Pada ketika ini PAS kawasan-Kawasan sedang rancak melaksanakan pemilihan di seluruh negara. Laporan Harakahadaily di SINI

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Posted: 04 Apr 2011 11:05 PM PDT

Malaysia epected to be a full member of International Criminal Court by end of June 2011

Posted: 04 Apr 2011 03:23 AM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Sidang Dewan Negeri Selangor Dipadatkan: Berobjektif Dan Bermutu Tinggi

Posted: 04 Apr 2011 05:17 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[April 4@Sarawak] When UBAH met Connan..

Posted: 04 Apr 2011 07:42 AM PDT

I think UBAH is falling in love with Connan..

(More......)

【星洲日报】张念群:供应不足 ‧ 应增加天然气供应站

Posted: 04 Apr 2011 03:47 AM PDT

Ahli Parlimen Serdang Menyeru kerajaan menambah bilangan stesen NGV memandangkan harga petrol meningkat

Dalam sidang parlimen Dewan Rakyat minggu yang lepas, Ahli  Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching telah meminta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada kerajaan pusat berancang untuk menambah bilangan stesen NGV di seluruh negara memandangkan harga petrol semakin meningkat.

Menurut jawapan bertulis yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, walaupun kerajaan telah mengarahkan PETRONAS untuk membina 200 buah stesen NGV menjelang tahun 2010, namun sehingga kini, hanya terdapat 154 buah stesen NGV yang beroperasi di negara ini termasuk 65 buah di Selangor, 27 buah di Wilayah Persekutuan, 28 buah di Johor, 11 buah di Negeri Sembilan, 7 buah di Melaka, 3 buah di Pulau Pinang, 6 buah di Kedah dan sebuah di Terengganu. Manakala bakinya sebanyak 19 buah masih dalam pelbagai peringkat pembinaan dan 8 buah lagi dalam peringkat analisa kesesuaian.

Saudari Teo berpendapat  bahawa bilangan 154 stesen NGV adalah tidak cukup untuk memenuhi keperluan pemandu kenderaan awam serta pemilik kenderaan saiz besar yang terpaksa menanggung harga petrol yang kian melambung tinggi. Justeru itu, beliau menyeru kerajaan supaya mengarahkan PETRONAS untuk membina kesemua 200 buah stesen NGV yang sudah ditetapkan oleh kerajaan dengan secara sekata di setiap negeri Malaysia supaya para pemandu kenderaan boleh menggunakan gas sebagai alternatif tenaga pengerak enjin yang jauh lebih murah.

张念群认为,增设液化天然气供应服务不但能鼓励更多人使用公共交通工具,也能为车主提供多一个低消费的管道。 (图:星洲日报)

(雪兰莪‧加影3日讯)沙登国会议员张念群指出,大马目前仅有154间提供液化天然气的油站是不足的,政府应增设更多化天然气供应站,让人民能在油价不断上涨的情况下,有更便宜的选择。

她指出,RON97油价再度上涨20仙,这对部份驾驶铃木雨燕(Suzuki Swift)以及日产Latio车主造成一定的经济压力。

“据了解,这两款车款如使用RON97以外的油,将会导致引擎无力以及出现杂音的情况,因此每次的调涨都令这些车主造成一大负担。”

(More......)

【念念有辞】只能乖乖掏钱买单!

Posted: 04 Apr 2011 03:00 AM PDT

Article published on the Website of Chinese newspaper Chinapress.com.my

每一年我们都可以从媒体上看到长途巴士发生死伤惨重的交通事故。每一次在惨绝人寰的意外发生后,我们也可以看到政府作状积极地寻找解决方案。

2007年,当时阿都拉还是我们的首相,陈广财也还是我国的交通部长。为了解决长巴交通事故频频的问题,他们想出了一个良方妙计:决定开办课程给所有的商用车辆司机进修,以提升他们的驾驶技术和态度。

所以在2007年的1月25日,我们的政府和一间名叫Automotive Centre of Excellence的私人有限公司(ACE)签了一份合约,委托这家公司全权开办进修课程给商用车辆的司机。签份合约只需要数秒到数分钟的时间;可是官老爷们大笔一挥,合约时效长达20年。

20年的期限固然有点夸张,可是倘若价钱公道方法得当,20年的定期培训或许真的能够改善我国长巴司机的驾驶态度。当然,必要的前提是,事前筹划充足。

可惜,从伯拉没能转型成包青天以及陈广财没成功将巴生港口自由贸易区搞好的事例看来,我们的官老爷对周详的计划没什么兴趣。果不其然,合约签署后,培训班迟迟不能开课,再完美的计划也只是纸上谈兵。
(More......)

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan


Hutan Paya Bakau Tanjung Ketapang Kena Ceroboh

Posted: 03 Apr 2011 08:21 PM PDT

SARAWAK 4 CHANGE - Pilihanraya Negeri 2011

Posted: 03 Apr 2011 07:44 PM PDT

愚人节庆320文打烟支部千人宴圆满主办

Posted: 03 Apr 2011 07:01 PM PDT

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Protes Pembinaan Loji Nuklear Di Klang

Posted: 03 Apr 2011 06:00 PM PDT

Pelabuhan Klang, 3 April - Hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti dalam perlembagaan untuk menyatakan pendirian memprotes pembinaan loji nuklear di Klang telah dinafikan pihak polis. 

Sekatan jalan telah dibuat oleh polis untuk menghalang majlis anjuran Pakatan Rakyat bagi membantah rancangan Kerajaan Persekutuan membina loji nuklear RM22 bilion di Pulau Ketam Selangor.

Kekangan polis itu bagaimanapun gagal menghalang Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar serta puluhan orang berkumpul di sebuah dewan orang ramai bagi meluahkan bantahan mereka terhadap projek loji itu yang mencetuskan keresahan orang ramai.


Deklarasi Klang di Bacakan YB Charles Santiago Kepada Wakil Media

"Kami, rakyat Malaysia yang hari ini berkumpul di Klang, mendesak Kerajaan Pusat membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear di negeri ini khususnya di Klang. Kami percaya loji nuklear tidak selamat seperti di Fukushima, Jepun dan memberi impak kepada kesihatan rakyat adalah serius."

"Kami cadang kerajaan beri fokus kepada tenaga boleh baru untuk tampung keperluan tenaga negara dan kami tak percaya propaganda kerajaan Pusat bahawa tenaga nuklear adalah bersih, efisien dan selamat. Dan akhir kami minta kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan pembinaan loji di Selangor."

Sejak awal pagi, kira-kira 100 anggota polis mengadakan kawalan ketat di sekitar jeti Pulau Ketam bagi menghalang tunjuk perasaan itu yang mendapat sokongan pelbagai parti politik dan pertubuhan alam sekitar.

Penganjur  kemudian mengambil keputusan untuk mengalihkan majlis ke sebuah dewan orang ramai yang berhampiran.

Menurut Charles, kerajaan Barisan Nasional hanya akan membazirkan wang rakyat jika meneruskan pembinaan loji nuklear berkenaan.

"Rancangan kerajaan sekarang ialah pada tahun 2021 dan 2022 ialah untuk bina loji nuklear di Malaysia. dan loji itu termasuk dalam program ekonomi kita," kata Charles. "Kosnya RM 22 Billion, tapi ikut masa, mungkin naik ke RM 50 Billion," tambah beliau.

Rakyat yang datang menyatakan bantahan mereka telah dihalau sebanyak dua kali dari kawasan jeti Pulau Ketam oleh polis sebelum mereka berkumpul di sebuah Dewan milik Majlis Perbandaran Klang untuk meneruskan protes.

Provokasi polis itu adalah memalukan kerana hak rakyat untuk bersuara telah dinafikan.

"Ini merupakan sesuatu yang memalukan. Kalau (loji nuklear) ada masalah, pejabat polis kena, anak-anak mereka kena. Jadi mereka patut bersama-sama kita dan bukan menentang hak kita," tambah Charles lagi.








Aduan Polis Terhadap Kolej Universiti MAHSA dan Masterskill

Posted: 30 Mar 2011 02:00 AM PDT

Kerana menipu beratus-ratus pelajar muda dengan;

  1. Mendapatkan matlumat peribadi beribu-ribu pelajar tingkatan lima
  2. Menawarkan mereka kursus seperti jururawat
  3. Menjalankan kursus yang tidak ada pendedahan klinikal yang mencukupi
  4. Membanjiri masyarakat dengan beratus-ratus graduan kursus jururawat yang tidak dapat mencari pekerjaan   

Oleh: Dr Jeyakumar Devaraj
         Ahli Parlimen Sg Siput

Pada : 20hb Mac 2011

Laporan Polis

  1. Tiap tahun pelajar yang telah mengambil peperiksaan SPM dibanjiri dengan surat-surat tawaran daripada beberapa kolej swasta yang menawarkan pelbagai kursus. Surat-surat ini dihantar ke pelajar di rumah-rumah mereka.
  2. Kriteria yang dikehendaki untuk kemasukan ke kursus  adalah jauh lebih rendah daripada criteria yang diminta oleh kolej-kolej jururawat seperti Hospital Fatimah ataupun Hospital Assunta yang ingin mengambil jururawat yang dilatih sebagai kakitangan mereka pada masa depan. Umpamanya, Fatimah Hospital mengenakan kriteria 5 kredit di SPM termasuk dalam BM, BI, Matematik dan Sains berbanding dengan 3 kredit SPM untuk kemasukan ke Masterskill.
  3. Beberapa kumpulan pelajar di kursus jururawat di Masterskill dan Mahsa tidak dapat pendedahan klinikal yang mencukupi. Ada antara mereka yang dihantar ke Rumah Orang Tua di mana mereka tidak dapat pengalaman menjaga pesakit. Masalah ini wujud kerana kolej-kolej mahu mengambil masuk  lebih banyak pelajar baru supaya dapat beruntung dari pinjaman PTPTN sebanyak RM 55,000 yang didapati dengan kemasukan setiap orang pelajar.     
  4. Oleh kerana kemahiran pelatih daripada Kolej Masterskill dan Mahsa diragui oleh pihak majikan Hospital Swasta, dan oleh kerana terlalu graduan dikeluarkan setiap tahun, ada ramai graduan kursus jururawat yang tidak dapat kerja.

Saya  mahu polis siasat;

  1. Bagaimanakah kolej seperti Masterskill dan Mahsa dapat alamat pelajar-pelajar SPM? Adakah ini melanggari undang-undang yang mempertahankan "privacy" setiap orang rakyat Malaysia? Adakah butir-butir peribadi ini dijual pada kolej-kolej tersebut? Oleh siapa?
  2. Mengapa kolej-kolej swasta dibenarkan mengambil terlalu ramai pelajar jururawat sehingga sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari kerja? Siapakah pihak yang harus mengawasi situasi untuk memastikan pasaran untuk jururawat tidak dibanjiri? Mengapa pihak ini tidak menjalankan tugasnya?
  3. Mengapa kolej-kolej yang tidak ada kapasiti untuk memberi pendedahan klinikal yang mencukupi pada para pelajar mereka dibenarkan terus mengambil pelajar baru dua atau tiga kali se tahun? Mengapa pihak yang harus mengawasi situasi tidak ambil tindakan sewajarnya?
  4. Mengapa kemudahan pinjaman PTPTN diteruskan pada kolej-kolej yang kurang bertanggungjawab pada para pelajar mereka?


Sistem yang wujud sekarang sedang menjadikan beribu-ribu pemuda kita penghutang. Sebelum menyampai umur 24 tahun mereka dibeban dengan hutang sebesar RM 55,000. Tambahan pula, ramai antara mereka tidak dapat kerja kerana keraguan majikan terhadap latihan dan kemahiran mereka. 

Ini merupakan penipuan besar terhadap anak muda negara kita, dan pihak polis harus menyiasat untuk mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat.  


Jeyakumar Devaraj
550328-01-5553
HP: 019 5616807

Lautan Manusia Memenuhi Segenap Sudut Stadium Melawati Tolak Fitnah Anwar

Posted: 28 Mar 2011 09:00 PM PDT

Shah Alam, 28 Mac 2011 – Stadium Melawati yang boleh memuatkan 20,000 orang telah dipenuhi dalam Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Program yang ditunjangi oleh PAS itu telah menunjukkan komitmen setia kawan dan simpatinya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim serta tidak menunjukkan sebarang kegoyahan berikutan fitnah video seks oleh trio Datuk T.

Antara yang hadir pada malam itu adalah barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah, Dato' Menteri Besar Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang lain.

Turut hadir sasterawan negara, Datuk A Samad Said.


Program solat hajat tersebut diimamkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kemudiannya diteruskan dengan pidato.

Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya membuat bacaan doa, bermunajat memohon petunujuk dan kebenaran menolak fitnah.








Kumpulan Keenam Dari DUN Sri Andalas Jalani Pemeriksaan Mammogram

Posted: 28 Mar 2011 02:00 AM PDT

Klang, 27 Mac 2011 – Kumpulan Ke-6 wanita dari DUN Sri Andalas telah dihantar menjalani pemeriksaan mammogram. 

Seperti kumpulan-kumpulan peserta sebelum ini, kesemua peserta dihantar ke Pusat Perubatan Forest dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh Pejabat ADUN Sri Andalas.

Para peserta telah diberikan maklumat dan pendedahan tentang kepentingan melakukan pemeriksaan mammogram serta kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri setiap bulan.

Pemeriksaan mammogram secara percuma kepada wanita berusia 35 tahun keatas adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat untuk warga negeri Selangor.











Hamidah Osman

Hamidah Osman


Artikel Utusan

Posted: 03 Apr 2011 09:09 PM PDT

Selamatkan Pas sebelum terlewat - Zainuddin KUALA LUMPUR 3 April - Pemimpin-pemimpin Pas terutamanya yang masih berpegang kepada prinsip moral digesa supaya segera mengambil langkah drastik bagi menyelamatkan parti itu sebelum terlewat. Ini kerana tindakan membisu pemimpin kanan Pas dalam isu video seks dibimbangi akan memendekkan hayat parti itu sedangkan, peranannya selaku parti nasional Islamik dalam mengimbangi politik tanah air masih diperlukan. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Pas tidak harus menjadi korban hanya kerana kesilapan seorang dua ulama dalam parti itu yang tanpa usul periksa, bermati-matian mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kesempatan masih ada sebelum hal yang sebenar mengenai siapa 'aktor' dalam video seks itu terdedah kerana jika terlewat, kredibiliti Pas sebagai parti yang memperjuangkan prinsip Islam sejak sekian lama akan musnah. "Saya yakin ini (menyelamatkan Pas) boleh dilakukan kerana percaya, masih ada segelintir pemimpin Pas yang berpegang teguh kepada prinsip moral berbanding hanya tahu menjaga kepentingan politik semata-mata. "Mereka perlu tampil menyatakan pendirian. Mereka perlu memisahkan diri daripada dikenali sebagai pemimpin yang mempertahankan aksi seks demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Zainuddin yang juga Tokoh Wartawan Negara berkata, masa semakin suntuk buat Pas kerana persepsi rakyat telah berubah sebaik sahaja Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks tersebut tulen. Tambahnya, selaku parti yang berjuang atas landasan Islam, Pas sepatutnya bertanya di mana jam jenama Omega yang bertatah lambang negara Arab Saudi, sebelum membabi buta membuat solat hajat dan kemudiannya menjadikan ia sebagai pentas politik. "Sebagai makluman kepada pemimpin Pas, hanya beberapa individu sahaja dalam dunia ini yang memiliki jam Omega bertatah lambang negara Arab Saudi dan Anwar salah seorang daripadanya, tetapi persoalan sekarang di mana jam itu. "Sepatutnya Pas bertanya benarkah jam tersebut masih dalam simpanan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagaimana didakwa Anwar sebelum ini, atau benar ia berada dalam tangan trio 'Datuk T' (kemudian diserah kepada polis)," jelasnya. Dalam pada itu, Zainuddin menyokong cadangan supaya rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dipertonton di Dewan Rakyat, bagi membolehkan ahli Parlimen membuat keputusan sama ada wajar atau tidak suruhanjaya diraja ditubuhkan. Ini kerana, katanya, berdasarkan cerita yang disampaikan oleh beberapa editor dan ahli politik yang sudah menonton rakaman tersebut, mereka sanggup memotong jari sendiri seandainya 'pelakon' dalam video itu bukan Anwar.

Nuffnang