Isnin, 26 Mac 2012

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


SAMAN KARPAL!

Posted: 26 Mar 2012 12:57 AM PDT

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.

Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.

Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang.

Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.

Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).

Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik.

Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.

Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.

DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!

Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!

So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall.

Adios amigos, grasias amigos!

Wallaha'alam & wassalam!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Jamadil Awal 1433
26 Mac 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan di KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT

Posted: 26 Mar 2012 08:12 AM PDT

 25.3.12
STADIUM KUALA SELANGOR

Genap 4 tahun sudah Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor. EXCO-EXCO Kerajaan Selangor  mengangkat sumpah depan DYMM SULTAN SELANGOR pada 24.3.2008.
EXCO-EXCO yangdiketuai DATO'MENTERI BESAR membanting tulang siang dan malam mengkaji dan meneliti masalah dan isu di negeri Selangor yang mereka warisi daripada kerajaan UMNO-BN sejak merdeka.
EXCO-EXCO PAKATAN RAKYAT SELANGOR terpinga-pinga kehairanan dengan penemuan-penemuan peninggalan kerajaan terdahulu.
 Sistemnya ialah mudah, tersangat mudah....outsource atau privatise termasuklah bab polisi dan dasar semuanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak swasta... Setelah dibincangkan dan disediakan laporan oleh pihak yang diupah, maka kemudian dibentanglah kepada pihak kerajaan untuk di endors atau 'dicop terima dan diperakui'. Kerajaan hanya menjalankannya.Patutlah pegawai kerajaan sentiasa menafikan mereka adalah pemimpin. Mereka percaya dan bertindak sebagai 'Saya yang menurut perintah'. Mereka tidak boleh mempersoalkan kewajaran polisi atau prosedur itu betul atau salah kerana telah di'persetujui oleh' Majlis mesyuarat kerajaan Selangor.
 Mereka akan dianggap ingkar dan bermasalah sekiranya mereka berani mempersoalkan perkara yang tidak adil atau pelik bahkan boleh merugikan rakyat.
 Lain halnya dengan cara kerajaan PAKATAN RAKYAT, mereka di latih untuk membangun dan membina jati diri.Mereka dididik untuk menyatakan yang benar dan memberi penilaian sebenar bukan untuk menggembirakan bos sahaja.
     Ketua-ketua jabatan rimas dan tercabar pada mulanya dengan keadaan yang jauh berbeza seperti bumi dan langit ini. Kalau dulu mereka harus berlumba bagaimana teknik dan taktik terbaik memikat hati EXCO dan MB untuk dinaikkan pangkat dan mendapat habuan duniawi, sekarang mereka di wajibkan   bertindak sebagai ketua yang mampu membentuk anak buah dalam jabatan mereka agar membentuk wawasan jabatan dan agensinya serta mempastikan produktiviti mereka meningkat.
Rasuah adalah dianggap musuh dalam kerajaan. Justeru, mesej jelas daripada peneraju kerajaan pakatan rakyat Selangor ialah jangan sekali-kali mendekati rasuah. Apatah lagi nak terjebak dalam rasuah. Dengan membetulkan keadaan 'kepala ikan' ini, maka pegawai kerajaan serta seluruh kakitangan memahami prinsip kerja kerajaan pakatan rakyat. Prinsipnya ialah jujur, amanah, dan bertanggunjawab. Alhamdulillah dengan program pembangunan insan SPIES, serta tatakelola yang bersih dan amanah, jentera kerajaan semakin pulih.
    Walaupun agak lembab dan lemah tetapi proses 'overhaul' yang dilakukan kepada cara kerja dan sikap memerlukan masa untuk mempastikan karat-karat  rejim lama dihakis dan dibersihkan dengan berkesan. Minyak pelincir perlu dituangkan, Anti karat perlu dibekalkan. Mat hati perlu dicelikkan. Sanubari perlu dibajai dengan tauhid dan ehsan.
 Alhamdulillah setelah 4 tahun, nakhoda jabatan dan agensi kerajaan mula celik haluan. Kompas tujuan sudah adalah digenggaman. Bekalan minyak, makanan dan minuman mencukupi untuk melayarkan samudera jabatan dan agensi. Kelasi disiaga untuk mengendali kapal. 'Oficce boy' juga tidak perlu duit kopi kerana untung sebentar rugi parah hingga akhirat.
Dr Halimah dengan maskot TAWAS
    Zahir sudah keberkahan. Wang simpanan melimpah walaupun sudah banyak yang diagihkan kepada rakyat semua keturunan. Daripada buaian hingga ke liang dapat sumbangan kerajaan pakatan. Menguntum senyum riang di pekan dan di bagan. Syukur rakyat di kota dan di desa. Menghayati satu keberkatan bila negeri ditadbir dengan pimpinan yang takutkan Tuhan. Kebajikan maksima terus menerus diusahakan. Agar rakyat sejahtera menyembah Tuhan.

Syak, was-was kejujuran pimpinan,
Cuak, bolehkah diharap EXCO yang tidak berpengalaman?
Seriau ditipu yang mantan berzaman
Akan terbitkah sinar harapan
 Kerajaan Pakatan Rakyat nekad
buktikan niat jujur akan dibantu Tuhan
Formula sukses dibentang sepakat
Tulang empat kerat sendi korban
Agar mampu melahir khaira ummat
Di Selangor Darul Ehsan, kabulkan Ya Tuhan

Terima kasih semua!!

MY VOICE FOR NATION

Hannah Yeoh

Hannah Yeoh


Subang Jaya exit should remain as two lanes, says Yeoh

Posted: 26 Mar 2012 08:07 PM PDT

THE Malaysian Highway Authority (MHA) has been urged to stop narrowing the two-lane exit from Subang Jaya to the Federal Highway.
Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh said the ongoing road work near Glenmarie in Shah Alam had reduced the exit to only one lane.
"It has created traffic congestion in the morning as the exit is one of the main access roads for Subang Jaya residents to get out of the township.
"I have received many complaints from the residents last Thursday and Friday regarding the road work," she said.
Yeoh added that she had highlighted the matter to Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad, who was coordinating with the Shah Alam City Council (MBSA) to supervise the work.
"According to mayor Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, the road work falls under MHA, since it is on the Federal Highway.
"MHA should not narrow the road since it affects thousands of Subang Jaya residents in the morning," she said.
Yeoh added MBSA should brief the Subang Jaya Municipal Council, on the traffic plan for the new development.
"It seems that there would be criss-crossing of traffic especially motorists heading towards the development and those from Subang Jaya," she said.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Dialog Bersama Penduduk Subang Suria

Posted: 25 Mar 2012 11:22 PM PDT

Pada Hari Ahad, 25hb Mac, Sivarasa turun bersama penduduk-penduduk Subang Suria di U5, Shah Alam.

Dalam lawatan ini, Sivarasa juga berpeluang untuk dialog dengan penduduk-penduduk yang membangkitkan berbagai masalah kepada wakil rakyat mereka.

Isu-isu yang dibangkitkan termasuk skim air percuma, masalah strata serta kekurangan tempat letak kereta.

Masalah kekurangan barangan dan infrastuktur telah juga dibangkitkan oleh AJK Surau.

Lebih 300 penduduk-penduduk mengambil kesempatan untuk bersama wakil rakyat mereka, untuk bergambar dan bersalam.

Dalam program ini, Sivarasa telah memberikan sumbangan sebuah Khemah untuk kegunaan surau.

Banner yang disediakan penganjur program

Sivarasa mendekati penduduk semasa memberi ucapan

Bersama pimpinan masyarakat dalam sessi dialog

Press Conference at Parliament - Pictures

Posted: 25 Mar 2012 11:10 PM PDT

At press conference in Parliament with YB Tian, YB Fuziah and YB Nurul Izzah

PC re: Electoral Roll Abuses by SPR

Present in support, James Ng, Councillor MBSA

Sivarasa menyokong Tuntutan SRJK Effingham

Posted: 25 Mar 2012 11:05 PM PDT

Sivarasa turun memberi sokongan moral kepada kumpulan NGO REFLEX (Return Effingham Land).

Kumpulan ini menuntut kembali 3 ekar tanah Sekolah Rendah Tamil Effingham di Bandar Utama, yang telah dicuri oleh MIC. Pihak pemaju Bandar Utama telah memperuntukan 6 ekar tanah untuk SRJK Effingham. Sekolah tersebut telah dibina atas 3 ekar tanah sahaja dan baki 3 ekar telah ditukarmilik kepada MIC.

Kumpulan ini telah membuat lapuran polis serta lapuran kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Pada setial hari Sabtu, jam 8:00malam, di Brickfields, kumpulan ini akan mengadakan vigil lilin untuk menuntut kembali tanah ini daripada MIC. Vigil Lilin ini juga bertujuan untuk menghebohkan  penyelewengan MIC mencuri tanah sekolah.

Hadir bersama adalah Exco Sgor dan ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong

Turut Bersama Memberi Sokongan, YB Tian Chua, MP Batu dan Naib Presiden PKR

Sivarasa memberi ucapan sokongan

Anak-anak muda Ara Damansara bersama memberikan sokongan

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Buku Bangi Bandar Ilmu Diedarkan Kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor

Posted: 26 Mar 2012 04:14 PM PDT

Penggulungan Dari Perbahasan Dan Soalan - Hari Keenam

Posted: 26 Mar 2012 07:52 AM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[ Parlimen ] Ucapan Pada 20hb Mac, 2012

Posted: 26 Mar 2012 05:19 PM PDT

Ucapan saya di Parlimen pada 20hb Mac, 2012

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Beberapa isu yang saya hendak sentuh. Perkara pertama adalah tentang pembinaan SJK(C). Saya rasa pada kebelakangan ini, pada tahun yang lalu pada 6 April, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong baru pergi ke Sungai Long di Cheras untuk satu majlis pecah tanah untuk SJK(C) Sungai Long tetapi sekali lagi pada tahun ini, pada 1 Mac, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali lagi pergi ke Sungai Long, Cheras untuk majlis pecah tanah kali kedua.

Saya rasa untuk sebuah SJK(C), pemimpin-pemimpin Barisan Nasional boleh mengadakan dua majlis pecah tanah. Ini adalah satu rekod yang baru. Sebenarnya bukan satu rekod yang baru. Mereka sentiasa buat macam ini. Akan tetapi saya rasa ini adalah satu rekod yang amat memalukan dan saya berharaplah semua orang pun tahu pilihan raya umum sudah dekat. Jadi, sekarang tidak hairan pun pemimpin Barisan Nasional sekarang banyak menggunakan isu SJK(C) untuk memancing undi tetapi saya haraplah janganlah begitu sering kali menggunakan isu SJK(C) ini untuk menipu rakyat.

Isu kedua, saya hendak tanya adalah pada 30 Januari 2008, enam buah sekolah yang baru iaitu SJK(C) telah dijanjikan tetapi sampai hari ini SJK(C) Bukit Serdang yang telah pun dijanjikan pada masa itu, sampai hari ini pun tiada apa-apa perkembangan. Tiada apa-apa perkembangan. Setakat ini walaupun kita telah mengenal pasti 12 keping tanah rizab kerajaan untuk sekolah di taman-taman perumahan berhampiran Bukit Serdang dan di antaranya sembilan keping keluasannya adalah melebihi lima ekar. Akan tetapi sampai hari ini kita pun tidak tahu di mana SJK(C) Bukit Serdang ini akan dibina?

Saya hendak tanya, sudah ambil masa empat tahun. Sampai hari ini pun tidak boleh, tidak dapat mengenal pasti mana satu tapak untuk membina SKJ(C) Bukit Serdang? Saya rasa ini adalah satu – ini adalah amat tidak adil kepada pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Serdang. Saya rasa sekiranya memanglah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak mengambil berat tentang pengundi-pengundi di Serdang, jadi saya rasa pengundi-pengundi Serdang akanlah mengajar mereka lagi satu kali pada pilihan raya yang akan datang ini.

Selain daripada itu, sudah beberapa kali saya rasa menjadi satu cadangan daripada Presiden MAC, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengatakan bahawa hendak wujudkan tanah rizab pendidikan untuk SJK(C) sahaja di taman perumahan yang melebihi daripada tiga ribu unit rumah di mana penduduk-penduduk kebanyakan mereka adalah bangsa Cina. Saya hendak tahu, setakat ini sudahkah polisi ini diimplikasikan? Saya rasa Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA sudah beberapa kali cakap, beliau akan dan sedang berbincang isu ini dengan Timbalan Perdana Menteri.

Jadi, saya hendak tahu sama ada dia hanyalah memberi perkataan yang kosong sahaja, yang tidak berusaha sebenarnya, memberi kenyataan yang kosong kepada media, kepada surat khabar dan sebenarnya Kabinet kita tidaklah berniat untuk menjalankan polisi ini.

Selain daripada itu, semasa di majlis pecah tanah SJK(C) Sungai Long, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga membuat satu pengumuman bahawa bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran tol 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang dimansuhkan berkuat kuasa pada tengah malam pada 2 Mac tahun ini. Lebuhraya Cheras-Kajang telah dibina secara penswastaan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. dan perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 19 September 1995. Lebuh raya ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 15 Januari 1999. Lebuh raya ini sepanjang 11.5 kilometer itu bermula dari persimpangan Connaught, Cheras hingga ke persimpangan Saujana Impian, Kajang. Tempoh konsesi adalah selama tiga puluh tahun pada masa perjanjian konsesi ini ditandatangani.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2002, tempoh konsesi telah dilanjutkan kepada tahun 2027 kerana kerajaan tidak membenarkan Grand Saga Sdn. Bhd. untuk menaikkan kadar tol seperti perjanjian. Bukan sahaja tempoh konsesi dilanjutkan tetapi Grand Saga Sdn. Bhd. juga diberi pampasan wang oleh kerajaan. Pada tahun 2003 dan tahun 2004, Kerajaan Pusat memberi Grand Saga Sdn. Bhd. Sebanyak  RM104.93 juta sebagai pampasan. Tambahan pula Kerajaan Pusat juga mengetepikan faedah dan hutang yang sebanyak RM59 juta sebagai pinjaman sokongan untuk konsesi lebuh raya tersebut. Akan tetapi pada tahun 2011, sekali lagi Kerajaan Pusat melanjutkan tempoh konsesi kepada tahun 2030 oleh sebab jalan keluar masuk dari Mahkota Cheras ke Bandar Tun Hussein Onn dibuka. Kos untuk membina lebuh raya ini hanyalah sebanyak RM282 juta yang ditanggung oleh syarikat konsesi, manakala kos pengambilan tanah sebanyak RM194.5 juta ditanggung oleh kerajaan. Jumlah kutipan tol Lebuh Raya Cheras – Kajang dari tempoh mula beroperasi hingga 31 Disember 2010 ialah sebanyak RM585.5 juta. Kos operasi dan penyelenggaraan untuk tempoh yang sama adalah sebanyak RM147.31 juta.

Jadi, sudah jelas di sini bahawa sebenarnya syarikat konsesi ini sudah membuat keuntungan yang cukup banyak untuk kos pembinaan mereka, untuk kos operasi dan kos penyelenggaraan mereka. Jadi sekarang, dua tol telah dimansuhkan dan saya hendak tanya di sini. Berapa pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada syarikat konsesi berhubung dengan pemansuhan tol di Lebuhraya Cheras-Kajang kali ini ataupun tempoh konsesi ini akan dilanjutkan lagi. Apakah itu implikasi kewangan kepada Kerajaan Pusat untuk pemansuhan kedua-dua tol di Lebuhraya Cheras-Kajang tahun ini. Saya harap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri janganlah sahaja memainkan peranan sebagai Santa Claus tetapi haruslah menjadi lebih telus dan jujur dengan rakyat Malaysia. Kita perlu tahu dan kita berhak untuk tahu sama ada berita yang bagus ini, kita rakyat jelata perlulah bayar pampasan tol ataupun tempoh konsesi untuk lebuh raya ini akan dilanjutkan kerana sekiranya rakyat jelata perlu bayar pampasan tol ataupun tempoh konsesi ini dilanjutkan sekali lagi, saya rasa sebenarnya berita ini, pengumuman ini bukanlah satu pengumuman yang baik untuk rakyat jelata.

(More......)

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Anwar Ibrahim di Lukut - Ribuan Rakyat Bersama

Posted: 25 Mar 2012 10:05 PM PDT

SOALAN PARLIMEN - MAC 2012 - MP TELOK KEMANG

Posted: 25 Mar 2012 09:39 PM PDT

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEDUABELAS

JAWAB LISAN

1. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

a. Rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu; dan

b. Bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit.

2. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Cara mana Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dikatakan memegang saham secara langsung dalam syarikat tersenarai FELDA Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) sekiranya ditubuhkan FELDA Asset Holdings Co. Sdn Bhd. (FAH) untuk memegang saham-saham tersebut dan mewakili KPF dalam Lembaga Pengarah FELDA Global Ventures Berhad (FGVB).

3. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

a. Kriteria-kriteria yang melayakkan Syarikat Europlus Bhd melaksanakan Projek

Lebuhraya Banting-Taiping dan apakah ianya diuruskan melalui tender terbuka; dan

b. Apakah rasional penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion kepada

Europlus dan kadar faedah serta jangka masa pembayaran.

4. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

a. Penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Trans-Pasific Partnership (TPP) dan manfaat

kepada ekonomi negara; dan

b. Setakat mana Bank Negara mengambil tindakan menyiapkan bank tempatan untuk

menghadapi pasaran terbuka (open market) menjelang tahun 2015.

5. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

a. Pinjaman dan Geran yang telah di berikan kepada Projek Berimpak Besar selain

National Feedlot Centre (NFC) seperti Pembangunan Zon Industri Akuakultur (ZIA),

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Pembangunan Usahawan Industri

Asas Tani (UIAT) & Ladang Kontrak; dan

b. Status perkembangan projek-projek tersebut berbanding sasaran.

6. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Jumlah dan sumber dana yang digunakan bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) di seluruh negara dan pecahan yang menerima mengikut negeri.

7. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Perkembangan penyiasatan kes dakwaan rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk yang melibatkan arwah Ahmad Sarbaini

Mohamed.

8. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

a. Jumlah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak kepada Curtin University of Technology Sarawak.

9. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

a. Kewajaran menjual saham Proton kepada DRB-Hicom dengan harga RM 5.50

sesaham apabila Harta Ketara Bersih (Net-Tangible Asset) Proton bernilai RM 9.81

sesaham; dan

b. Jumlah keuntungan yang dihasilkan oleh Khazanah Nasional Berhad dalam transaksi ini.

10. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

a. Pelancaran Ninebio Sdn. Bhd (9Bio) pada tahun 2003 dengan peruntukan awal

sebanyak RM 350 juta yang telah meningkat kepada RM 1.9 bilion.

b. Apakah yang telah berlaku ke atas perkembangan projek tersebut berbanding

sasaran.

JAWAB BERTULIS

1. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

a. Jangkamasa rancangan Kerajaan untuk membina pengkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan dimulakan dan jumlah kos projek tersebut.

2. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN menyatakan :-

a. Jumlah dan sumber dana yang digunakan untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan berapakah jumlah kedai tersebut diseluruh negara.

3. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Apakah perbezaan diantara pendekatan atau Konsep Wasatiyyah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dengan Islam Hadhari dan kos yang digunakan bagi membiayai Institut Wasatiyyah dan dimana letaknya Islam Hadhari dalam konsep tersebut.

4. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a. Kesediaan Perdana Menteri dan Kabinet untuk mengisytiharkan harta kepada rakyat; dan

b. Bagaimanakah mekanisme pengisytiharan harta tersebut.

5. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

a. Dasar luar negara berkaitan prinsip Penyelesaian Dua Negara (Two-States Solution) sebagaimana yang diungkapkan oleh Menteri Luar Negeri ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York.

Dato' Kamarul Baharin Abbas

Telok Kemang

Nuffnang