Direct Free Kick |
- Kerajaan Negeri Selangor belanjakan lebih RM3.1 juta untuk membaiki lif dan pam air di PPR Kota Damansara dan Lembah Subang.
- Kampung Sri Temenggong villagers given affordable housing deal
- PEMBELI RUMAH SAUJANA PUTRA FASA 5B SELESAI
- 72 ORANG PENDUDUK KG. KEMENSAH TERIMA KUNCI
- SOALAN NO. 48 - RUMAH MAMPU MILIK DAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI.
Posted: 26 Mar 2012 10:12 AM PDT Susulan lawatan YAB Dato' Menteri Besar Selangor ke PPR Kota Damansara dan PPR Putra Damai, Lembah Subang pada 23 Oktober 2011, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan bagi membiayai, 1.) Kerja-kerja pembaikan lif 2.) Penggantian pam air yang telah rosak sejak sekian lama. Untuk pembaikan lif, kontrak-kontrak berikut telah diberikan, 1.) PPR Kota Damansara - RM973,393.00 untuk 12 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 8 Mac 2012. 2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM1,936,257.00 untuk 17 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 7 Januari 2012 dan 8 April 2012. JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN LIF - RM2,909,650.00 Sementara untuk pembaikan pam air pula, kontrak-kontrak berikut telah diberikan, 1.) PPR Kota Damansara - RM197,600.00 untuk 8 pam (semua pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012. 2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM87,500.00 untuk 16 pam (termasuk 1 pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012. JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN PAM AIR - RM285,100.00 Status kerja-kerja pembaikan lif adalah seperti berikut, 1.) PPR Kota Damansara i.) Blok A, B dan D - Kerja-kerja pemasangan peralatan mekanikal dan elektronik masih berjalan walaupun telah berlaku kecurian kabel di Bilik-Bilik Riser. ii.) Blok C - Kerja-kerja pembaikan hampir siap dijalankan. 2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang. i.) Blok A, B dan C - Kerja-kerja utama telah siap dijalankan dan tinggal hanya kerja-kerja akhir sahaja. ii.) Blok D, E, F dan G - Menunggu beberapa peralatan yang ditempah tiba dari kilang. 1.) PPR Kota Damansara i.) Blok A, B, C dan D - Kerja-kerja pemasangan pam baru sedang berjalan. 2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang. i.) Blok A, B, C, G dan H - Kerja-kerja telah disiapkan. ii.) Blok D, E dan F - Kerja-kerja telah disiapkan walaupun telah beberapa kali kabel dicuri di Blok F. Kerajaan negeri akan memastikan kerja-kerja pembaikan ini dapat disiapkan secepat mungkin. Kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan memberi bantuan kewangan untuk membiayai pembaikan-pembaikan ini maka sudah tentu ia tidak akan membiarkan rakyat tanpa pembelaan. Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 27 Mac 2012 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kampung Sri Temenggong villagers given affordable housing deal Posted: 26 Mar 2012 08:08 AM PDT GOMBAK, 5 OCT 2011 - After countless attempts to resist eviction, the remaining 29 families of former Kampung Sri Temenggong, Selayang was offered affordable housing priced at RM42,000 by the Selangor government, yesterday. State exco for housing, building development and squatters Iskandar Samad briefed the residents in a dialogue last night, in which he said each unit of the flats will have 850sq ft of built up space. He said the space is two times the size of the unit previously offered by the BN government in 2005, with a slightly higher price. "Last time (the BN government) sold it at RM42000, but for the villagers could get it at RM35,000," "Now the selling price for these are around RM90,000, and you can get it at RM42,000," he told 30-odd villagers who attended the dialogue. He added that market value of these flats are up to RM150,000, which is definitely a big gain for the villagers. In spite living in the area for half a century, some 166 families of Kampung Sri Temenggong have never gotten a land permit and was labelled as squatters by the former BN state government in 2005. Many of them took up the low-cost flats offer, and the village was torn apart to erect a concrete building. However, the 29 families, who stayed on four parcels of lands, remain steadfast in rejecting the offer. Following the change of government in 2008, Iskandar said the state now focuses on building medium-cost housings for the medium income group. 5000 units to be built in Selangor Village head Dasir Parkor (left), who met with Iskandar before hand, said he generally agreed with the offer but wanted a clearer form of the terms and conditions in written form. Villager Abdul Ayud asked Iskandar should they accept the offer, where and how will the villagers be accommodated during the construction period. Iskandar said he plans to demolish only a less concentrated area of the village and build a block first, so the smallest number of villagers will be affected and all of them can shift in after it is completed. Villagers Ujang Ismail wants to have everything in black and white and asked whether a change of government in the next general election will affect the promised deal. "That's why I hope we can do it fast. If we can seal the sales and purchase document before general election then there won't be any problem," Iskandar responded. He also said the flats can be completed in three years. Speaking to media later, he said the state plans to build 5000 units of affordable housings in Selangor, where 450 units will be located in Kampung Sri Temenggong. He added that the developer is yet to be confirmed but indicated there was a high chance that the Selangor State Development Corporation (PKNS) could be taking up the project. After countless attempts to resist eviction, the remaining 29 families of former Kampung Sri Temenggong, Selayang was offered affordable housing priced at RM42,000 by the Selangor government, yesterday - Komunitikini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PEMBELI RUMAH SAUJANA PUTRA FASA 5B SELESAI Posted: 26 Mar 2012 04:46 AM PDT PUCHONG, 8 NOV 2010 : 110 pembeli rumah teres satu tingkat projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B boleh menarik nafas lega apabila kediaman mereka telah mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan atau CF dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Satu majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad, pada 2 November lepas. Majlis telah turut dihadiri oleh Pembantu Exco, Saari Sungib. Projek tersebut telah dimulakan dalam tahun 2003 dan dijangka siap dalam tahun 2005 tetapi pemaju telah gagal menyiapkannya menurut perjanjian jual beli. Satu jawatankuasa khas telah memantau dan mengadakan beberapa siri rundingan dengan pemaju, pembeli, MDKL dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam usaha untuk memastikan projek terbengkalai itu dapat disiapkan. Akhirnya usaha ini telah berhasil apabila masalah-masalah seperti bekalan air dapat diselesaikan dan MDKL telah bersetuju untuk mengeluarkan CF untuk rumah-rumah tersebut. Projek perumahan ini adalah di antara lebih 500 buah kediaman di Puchong yang dipantau oleh jawatankuasa ini. "Ternyata sekali kaedah pemantauan dan rundingan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut adalah berkesan di dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai," kata kenyataan dari pejabat Iskandar Samad itu - Harakahdaily. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
72 ORANG PENDUDUK KG. KEMENSAH TERIMA KUNCI Posted: 26 Mar 2012 04:32 AM PDT HULU KELANG, 13 MAC 2011 - Seramai 72 orang penduduk di Kg Kemensah telah menerima kunci rumah "town house" masing-masing pagi semalam. Majlis penyerahan kunci rumah ini telah mendapat kerjasama daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor. Penyerahan kunci rumah ini telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar B. Abdul Samad. Iskardar berkata, PNSB, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan tanggungjawab untuk menempatkan semula penduduk -penduduk asal Kg Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor. "Projek ini yang dibangunkan oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd merangkumi 72 buah unit 'town house" yang merangkumi Block A, B, C, D dengan keluasan 850 kaki persegi dan dijual dengan harga RM50,000.00 seunit. Pembangunan projek Kemensah Hilir yang akan dinamakan Bukit Kemensah Indah, meliputi tanah seluas 15.6 ekar yang mengandungi unit-unit rumah teres, rumah kelab dan dewan, ujar Iskandar. "Saya harap agensi-agensi kerajaan yang terbabit untuk melaksanakan projek-projek penempatan semula setinggan perlulah prihatin dan memastikan bahawa setiap projek berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual serta berkualiti kerana kelewatan menyiapkan projek akan melewatkan perpindahan penduduk," kata Iskandar di dalam ucapannya. "Saya bersyukur kerana rumah yang diidamkan selama ini telah diterima tetapi saya berasa sedih kerana isteri saya tidak sempat melihat rumah tersebut kerana meninggal dunia 4 bulan dahulu," ujar Mohd B. Manan yang telah menetap di rumah setinggan yang dikenali sebagai Kg Kemensah Hilir yang bermula 1962 sehingga 2005 Turut hadir bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor (PNSB) Ahmad B. Omar serta Pengerusi Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB) Samad Maharuddin - Komunitikini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SOALAN NO. 48 - RUMAH MAMPU MILIK DAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI. Posted: 26 Mar 2012 01:10 AM PDT KENYATAAN AKHBAR JAWAPAN Y.B. TUAN ISKANDAR ABDUL SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR KEPADA PERTANYAAN NO. 48 OLEH TUAN HAJI SULAIMAN (PERMATANG). a) Kerajaan Negeri amat prihatin dan memandang serius terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam penyediaan kediaman yang mampu dimiliki oleh golongan tersebut. Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru hanya dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 8 Jun 2011 di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak 124 unit. Tetapi untuk menjawab pertanyaan ini, kategori-kategori Rumah Kos Rendah (RM 35,000.00 hingga RM 42,000.00), Rumah Kos Sederhana Rendah (bawah RM 72,000.00) dan Rumah Kos Sederhana (bawah RM 100,000.00) akan dilaporkan kerana hanya ada satu projek Rumah Mampu Milik yang sedang dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri. Secara keseluruhannya, sebanyak 23,637 unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh PNSB dan PKNS bagi tempoh April 2008 sehingga kini. Berikut adalah pecahan unit mengikut kategori: i. Rumah Kos Rendah (RM 35,000.00-RM 42,000.00).
Bilangan unit siap dan diduduki : 287 unit Bilangan unit dalam pembinaan : 826 unit Bilangan unit belum dibina : 4,499 unit ii. Rumah Kos Rendah (RM 42,001.00-RM 72,000.00).
Bilangan unit dalam pembinaan : 16 unit Bilangan unit belum dibina : 2,516 unit iii. Rumah Kos Sederhana Rendah (RM 72,001.00 - RM 100,000.00).
Bilangan unit dalam pembinaan : 5,510 unit Bilangan unit belum dibina : 9,983 unit b. Daripada 23,637 unit-unit rumah yang dibangunkan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, hanya projek 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak oleh PKNS yang terlibat dengan pemulihan projek terbengkalai. Status kemajuan projek tersebut telah mencapai 72 peratus dan dijangka mula siap menurut fasa mulai Jun 2012. c. PKNS merancang untuk membina lebih 11,000 unit Rumah Mampu Milik dari 2011 hingga 2021. Terdapat 16 tapak di mana pembinaan telah dimulakan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Di antara projek-projek yang dijangka dilancar tahun ini adalah di Kg. Seri Temenggong (Gombak), Seksyen 12 (Shah Alam), Kota Puteri dan Antara Gapi. Iskandar bin Abdul Samad EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor Darul Ehsan 26 Mac 2012 |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan