Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG

N45 Dr Halimah Ali


SENARAI PENUH CALON BN SELANGOR PRU 13

Posted: 15 Apr 2013 10:53 PM PDT

Senarai Mengikut parti komponen BN

PARLIMEN:

1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)

2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA)

3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA)

4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)

5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA)

6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA)

7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA)

8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang

9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu

10. Gombak - Raman Ismail (UMNO)

11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib

12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) - muka baharu

13. Puchong - A. Kohilan Pillay (Gerakan) - muka baharu

14. Subang - A. Prakash Rao (MIC) - muka baharu

15. Shah Alam - Zulkifli Noordin (rakan BN)

16. Kapar - Saktivel Alagappan (MIC)

17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar (MIC)

18. Kuala Langat - Sharuddin Omar (UMNO) - muka baharu

19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) - muka baharu

20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar (UMNO) - penyandang

21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) - penyandang

22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon (UMNO) - Penyandang

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (Gerakan) - muka baharu

2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan) - muka baharu

3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) - muka baharu

4. Kinrara - Wong Hock Aun (MCA)

5. Gombak Setia - Said Anuar Said Ahmad (UMNO)

6. Kota Anggerik - Mohd. Yusof Din (UMNO) - muka baharu

7. Batu Tiga - Ahmad Nawawi M. Zin

8. Seri Andalas - T. Mohan (MIC)

9. Selat Klang - Faisal Yahya (UMNO) muka baharu

10. Chempaka - Muhammad Faizal Sufar (UMNO) - muka baharu

11. Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) - muka baharu

12. Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA)

13. Sungai Pinang - Lee Siew Chee (MCA) - muka baharu

14. Taman Medan - AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu

15. Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA) - muka baharu

16. Bukit Melawati - Jakiran Jacomah (UMNO) - muka baharu

17. Rawang - Lee Li Yew ( MCA)

18. Batu Caves - Rawisandran Narayanan (MIC)

19. Hulu Kelang - Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO)

20. Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) - muka baharu

21. Lembah Jaya - Baderisham Jolly (UMNO) - muka baharu

22. Kajang - Lee Ban Seng (MCA)

23. Bangi - Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) - muka baharu

24. Balakong - Lai Kwong Choy (MCA) - muka baharu

25. Subang Jaya - Gan Meng Foo (UMNO)

26. Seri Setia - Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) - muka baharu

27. Kampung Tunku - Chong Seng Foo (MCA)

28. Damansara Utama - Lim Choon Kin (MCA)

29. Kota Damansara - Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) - muka baharu

30. Meru - Sukaiman Ahmad (UMNO) - muka baharu
 
31. Pelabuhan Klang - Nasarruddin M.Zin (UMNO) - muka baharu

32. Kota Alam Shah - Datuk Maglin De Cruz (PPP)

33. Sri Muda - Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) - mula baharu


34. Sijangkang - Zurihan Yusop ( UMNO) - muka baharu

35. Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA)

36. Sungai Panjang - Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) - Muka baharu

37. Sungai Air Tawar - Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) - muka baharu

38. Sabak - Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu

39. Hulu Bernam - Rosni Sohar (UMNO) - muka baharu

40. Kuala Kubu Bharu - Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) - muka baharu

41. Batang Kali - Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu

42. Sungai Burong - Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) - penyandang

43. Permatang - Sulaiman Abdul Razak (UMNO) - penyandang

44. Jeram - Datuk Amirudin Setro (UMNO) - penyandang

45. Kuang - Abdul Shukor Idrus (UMNO) - penyandang

46. Taman Templer - Datuk Subahan Kamal (UMNO) - penyandang

47. Dusun Tua - Ismail Sani (UMNO) - penyandang

48. Semenyih - Johan Abdul Aziz (UMNO) - penyandang

49. Sri Serdang - Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) - muka baharu

50. Paya Jaras - Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang

51. Sementa - Md Ghazali Md Amin (UMNO) - tukar kawasan dari DUN Meru

52. Morib - Hasiman Sidom (UMNO) - penyandang

53. Tanjung Sepat - Nisman Yusof (UMNO) - muka baharu

54. Dengkil - Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) - muka baharu

55. Sungai Pelek - Ng Chok Sin (MCA) - muka baharu

56. Ijok - K.R. Parthiban (MIC)

Senarai Calon BN mengikut kod Parlimen dan DUN


P092 SABAK BERNAM
BN : Mohd Fasiah Mohd Fakeh

N1 SUNGAI AIR TAWAR
BN : Kamarol Zaki Abdul Malik

N2 SABAK
BN : Abdul Halim Udin

P093 SUNGAI BESAR
BN : Noriah Kasnon

N3 SUNGAI PANJANG
BN : Budiman Mohd Zohdi

N4 SEKINCHAN
BN : Kek Seng Hooi


P094 HULU SELANGOR
BN : P Kamalanathan


N5 HULU BERNAM
BN : Rosni Sohar

N6 KUALA KUBU BHARU
BN : Jessie Ooi

N7 BATANG KALI
BN : Mat Nadzari Ahmad Dahlan


P095 TANJUNG KARANG
BN : Noh Omar

N8 SUNGAI BURONG
BN : Mohd Shamsuddin Lias

N9 PERMATANG
BN : Sulaiman Razak


P096 KUALA SELANGOR
BN : Irmohizam Ibrahim

N10 BUKIT MELAWATI
BN : Jakiran Jacomah

N11 IJOK
BN : K Parthiban

N12 JERAM
BN : Amiruddin Setro


P097 SELAYANG
BN : Donald Lim Siang Chai

N13 KUANG
BN : Abdul Shukor Idrus

N14 RAWANG
BN : Lee Li Yew

N15 TAMAN TEMPLER
BN : Subahan Kamal


P098 GOMBAK
BN : Raman Ismail

N16 BATU CAVES
BN : N Rawisandran

N17 GOMBAK SETIA
BN : Said Anwar Said Ahmad

N18 HULU KLANG
BN : Abdul Rahim Pandak Kamruddin


P099 AMPANG
BN : Rozaidah Talib

N19 BUKIT ANTARABANGSA
BN : Mohamad Nadzim Ibrahim

N20 LEMBAH JAYA
BN : Baderisham Jolly


P100 PANDAN
BN : Lim Chin Yee

N21 CHEMPAKA
BN : Muhammad Faizal Sufar

N22 TERATAI
BN : Liew Pok Boon


P101 HULU LANGAT
BN : Adzhaliza Mohd Nor

N23 DUSUN TUA
BN : Ismail Sani

N24 SEMENYIH
BN : Johan Abd Aziz

N25 KAJANG
BN : Lee Ban Seng


P102 SERDANG
BN : Yap Pian Hon

N26 BANGI
BN : Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria

N27 BALAKONG
BN : Lai Kwong Choy

N28 SERI KEMBANGAN
BN : Chin Toong Kang


P103 PUCHONG
BN : A Kohilan Pillay

N29 SERI SERDANG
BN : Mohamad Yusof Mohamed Yassin

N30 KINRARA
BN : Wong Hock Aun


P104 KELANA JAYA
BN : Loh Seng Kok

N31 SUBANG JAYA
BN : Gan Meng Foo

N32 SERI SETIA
BN : Tengku Rethwan Tengku Mansor


P105 PETALING JAYA SELATAN
BN : Sheah Kok Fah

N33 TAMAN MEDAN
BN : Ab Wahab Ibrahim

N34 BUKIT GASING
BN : Juan Sei Chang


P106 PETALING JAYA UTARA
BN : Chew Hoong Ling

N35 KAMPUNG TUNKU
BN : Chong Seng Foo

N36 DAMANSARA UTAMA
BN : Lim Choon Kin


P107 SUBANG
BN : A Prakash Rao

N37 BUKIT LANJAN
BN : Francis Chong Tuck Chiew

N38 PAYA JARAS
BN : Muhammad Bushro Mat Johor

N39 KOTA DAMANSARA
BN : Halimaton Saadiah Bohan


P108 SHAH ALAM
BN : Zulkifli Noordin

N40 KOTA ANGGERIK
BN : Mohd Yusof Din

N41 BATU TIGA
BN : Ahmad Nawawi M Zin


P109 KAPAR
BN : A Sakthivel

N42 MERU
BN : Sukaiman Ahmad

N43 SEMENTA
BN : Md Ghazali Md Amin

N44 SUNGAI PINANG
BN : Lee Siew Chee

N45 SELAT KLANG
BN : Faisal Yahya


P110 KLANG
BN : Teh Kim Poo

N46 PELABUHAN KLANG
BN : Nassaruddin M Zin

N47 PANDAMARAN
BN : Ching Eu Boon

N48 KOTA ALAM SHAH
BN : Maglin Dennis Dcruz


P111 KOTA RAJA
BN : S Murugessan

N49 SERI ANDALAS
BN : T Mohan

N50 SERI MUDA
BN : Mohd Abdul Roaf Mokhtar


P112 KUALA LANGAT
BN : Sharuddin Omar

N51 SIJANGKANG
BN : Zurihan Yusop


N52 TELUK DATUK
BN : Tan Cheng Chai

N53 MORIB
BN : Hasiman Sidom


P113 SEPANG
BN : Mohd Zin Mohamed

N54 TANJONG SEPAT
BN : Nisman Yusof

N55 DENGKIL
BN : Shahrum Mohd Sharif

N56 SUNGAI PELEK
BN : Ng Chok Sin

Sumber: http://onenewshub.blogspot.com/2013/04/senarai-calon-bn-selangor-pru-13.html

PEMBIKIN DAN PENYEBAR BAHAN LUCAH JATUHKAN LAWAN HIDAP SAKIT JIWA

Posted: 15 Apr 2013 10:26 PM PDT

Pembikin, penganjur, pembiaya, pengedar dan sesiapa yang ada kaitan dengan video serta bahan lucah bagi tujuan mengaibkan sekaligus memalukan musuh atau lawan mereka jika diselidiki lebih mendalam akan anda temui bukan sahaja memiliki personaliti psikopath malah ada yang telah didiagnose atau kenalpasti seorang psikopath tegar. Jika kita temubual pesalah atau banduan yang disabit serta dihukum dengan jenayah rogol atau pembunuh bersiri, kita akan dapati mereka adalah seorang juvana delinkuen semasa di bangku sekolah atau di kolej. Setelah dewasa mereka memiliki sejarah keluar masuk penjara dengan pelbagai kesalahan dan jenayah sosial. Seorang pengendali blog berunsur seks fitnah terkenal di Malaysia yang menghoskan laman webnya beralamat di USA telah beberapa kali dijatuhkan hukum mahkamah kerana sabit melanggar undang-undang negara kita.



Wanita bangkit bantah video lucah

KUALA LUMPUR: Sensitiviti golongan wanita terus meningkat dari hari ke hari ekoran penyebaran video lucah di laman sosial facebook, blog dan juga di tempat-tempat awam.

Hari ini bertalu-talu golongan wanita bangkit bagi menyatakan bantahan mereka itu.

Pakar motivasi terkenal, Profesor Dr Muhaya melalui facebooknya meminta semua pihak menjauhi budaya kotor itu dan meminta orang ramai menolaknya.

"Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak-anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yang di tonton di media massa dan alam siber," tulis Dr Muhaya.

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan macai Umno yang cuba membunuh lawan politiknya.

Bagi Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor, pemimpin BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka.

Dr Halimah berkata, BN seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

Baginya, BN harus rasa malu kerana orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara yang jijik.-harakahdaily

MY VOICE FOR NATION

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG

MY VOICE FOR NATION


Ipoh Ready for Change !

Posted: 15 Apr 2013 07:12 PM PDT

Kit Siang has always championed Indian issues.

Posted: 15 Apr 2013 06:46 PM PDT

Pakatan promises a richer Perak at manifesto launch

Posted: 14 Apr 2013 11:58 PM PDT

Gelang Patah will be my life and death political battle- Lim Kit Siang

Posted: 14 Apr 2013 11:53 PM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG

Dr Shafie Abu Bakar


Membenarkan Mahasiswa Bertanding Pilihanraya Umum - Seriuskah Atau Sekadar Main-Main ?

Posted: 15 Apr 2013 04:25 PM PDT

Hamidah Osman

Posted by Unknown | Posted on 3:12 PTG

Hamidah Osman


Posted: 15 Apr 2013 03:09 AM PDT


Comments for Wee Choo Keong

Posted by Unknown | Posted on 1:19 PTG

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by Anonymous

Posted: 15 Apr 2013 10:12 AM PDT

Venezuelans just elected Nicolas Marudo the new president. Venezuela is 98pc Catholic and the presidential elections was held on Sunday. Only in Malaysia Bishop Paul says cannot because Catholics must pray on Sunday.” – An SMS from a reader

Bishop Paul Tan was quick to condemn Najib Razak’s decision to set the 13th General Election on a Sunday (May 5th) as a show of disrespect to Christians in the country and “just proves that (his) 1Malaysia slogan was merely rhetorical and not intended to be substantive”.

The Bishop intended to sound harsh. Unfortunately, he was also a little too hasty and, I’d hasten to add, pitifully ignorant. He was obviously not aware that Venezuela, where well over 95% of the population adheres to Christianity, had just gone to the polls to elect their new President – on a Sunday.

Sunday is a holy day for the Christians in Venezuela, too, I am sure. So Bishop Paul, you were saying something about disrespect to Christians?

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by Mohamad Sukri Hassan

Posted: 15 Apr 2013 09:05 AM PDT

Bishop Tan is a strong DAP supporter and DAP is increasingly becoming very christian. Any remark that will help christian hate the BN will help DAP. Bravo Bishop Tan

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by aridztechalan

Posted: 15 Apr 2013 09:04 AM PDT

WHAT INSPIRED THIS FELLOW TO COMPLAINED…? HIS BULLSHITTT…..HEHEHOHO

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by paul

Posted: 15 Apr 2013 08:44 AM PDT

hmmmmm…..something fishy about this guy..hah

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by RD.

Posted: 15 Apr 2013 08:25 AM PDT

I am baffle too. I haven’t a slightest idea that this is going to be an issue with Malaysian at all.
The Christian is about 9% and not everybody goes to Church, anyway. Their masses can also be held on Saturday. When Christmas, Easter or any other celebration falls on Saturday and after partying and boozing the whole night, Churches have been known to postpone Sunday’s congregation to another day. I do not see any problem at all.

Or is it a case of ‘sudah besar kepala’ and ‘sudah diberi betis, mahu peha pula’?

For God’s sake, I hope Lim Guan Eng will not support the Bishop on this issue of Sunday being declared a polling day. He will only alienate further DAP supporters who are Buddhist and Hindus, the second and third largest faith in Malaysia, respectively.

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by ylwong

Posted: 15 Apr 2013 07:52 AM PDT

It would be nice if you just leave Bishop Paul Tan’s comments alone. He’s an apolitical church leader after all and it would do you no good to criticise him.

YB Ahmad Razif Blog's

Posted by Unknown | Posted on 1:17 PTG

YB Ahmad Razif Blog's


Ceramah Isu-Isu Semasa PDM Kg. Batin

Posted: 14 Apr 2013 06:18 PM PDT





12 April 2013, telah menghadiri ceramah isu-isu semasa PDM Kg. Batin bertempat di Markas PDM Kg. Batin, Seberang Takir.

Taklimat Sara 1 Malaysia

Posted: 14 Apr 2013 06:14 PM PDT



12 April 2013 telah mengadakan taklimat Sara 1 Malaysia oleh pegawai ASNB bertempat di Pusat khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir.

Mesyuarat Agung Khairat Kematian Pak Tijah/ Telaga Batin

Posted: 14 Apr 2013 06:11 PM PDT






12 April 2013 telah merasmikan mesyuarat agung khairat kematian Pak Tijah/Telaga Batin bertempat di Balai Raya Kg. Pak Tijah

Program Masuk Kampung Bersama Pengarah Yayasan Terengganu

Posted: 14 Apr 2013 05:47 PM PDT







11 April 2013, telah bersama-sama Y.Bhg Haji Zakaria bin Yusof, Pengarah Yayasan Terengganu masuk kampung untuk melawat pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban yang mereka hadapi.

Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kompleks Seberang Takir

Posted: 14 Apr 2013 05:35 PM PDT









11 April 2013 yang lalu telah merasmikan mesyuarat agung PIBG SMK Kompleks Seberang Takir bertempat Dewan Komstar.

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Unknown | Posted on 7:31 PG

:: cina islam | 2011 ::


Kejayaan terbesar Nik Aziz ubah minda rakyat Kelantan

Posted: 15 Apr 2013 03:50 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Nik Aziz

Nik Aziz berucap pada program Bicara Cinta Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengakui kejayaan terbesar beliau sepanjang memerintah Kelantan adalah keberhasilannya mengubah minda rakyat negeri itu ke arah "minda Islam."

Nik Aziz berkata demikian pada program Bicara Cinta dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Program Bicara Cinta dianjurkan oleh Sinar Harian.

Menurut beliau, pendekatan Islam yang beliau gunakan dalam mentadbir kerajaan negeri Kelantan banyak membantu ke arah kejayaan itu.

"Baru-baru ini, ada pelajar Singapura dari Universiti  Australia datang bertemu saya, beliau soal saya, apa Tok Guru buat untuk rakyat Kelantan, saya kata saya bawa perubahan minda kepada masyarakat, sebab itu dianjurkan oleh agama kita," katanya.

"... sebab itulah ketika Nabi berhijrah ke Madinah, Baginda di sambut dengan meriah oleh masyarakat Madinah, sebab mereka tahu Nabi membawa kebenaran dan pencerahan ilmu untuk mereka," ujarnya.

Nik Aziz Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan yang ke-12 dan mula memegang jawatan tersebut sejak tahun 1990.

Di samping itu, ketika menyentuh perihal buku karyanya, beliau menyatakan buku itu banyak menyentuh mengenai erti "cinta".

Katanya, erti cinta sebenar adalah, cinta kepada Ilahi.

"Manusia sering salah erti mengenai ungkapan cinta, erti cinta yang sebenarnya adalah mencintai-Nya melebihi dari segalanya," katanya.

"... hati ini hendaklah dididik mencintai ALLAH, supaya kita selamat dunia akhirat," tambahnya lagi.

Buku Bicara Ini Demi Ilahi diterbitkan oleh Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf.

Pada majlis pelancaran buku ini , 400 naskah berjaya dijual.

Sinar/-

Mat Taib sertai PAS

Posted: 15 Apr 2013 03:11 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -











Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.

Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.

Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

NONE
Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.

Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.

Sumber : Malaysiakini/-

BN bakal bergelora selepas nama calon diketahui

Posted: 15 Apr 2013 02:23 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: MCA bahagian Gelang Patah, Wangsa Maju, Serdang dan Kuantan sudahpun melenting berikutan berita Umno cuba merampas kerusi mereka.

Semalam Malaysiakini melaporkan MCA bahagian Gelang Patah mengisytiharkan berhenti kerja selepas mendapat ura-ura bahawa Pengerusi MCA Gelang Patah Jason Teoh bakal tidak dicalonkan.

Arahan itu dikeluarkan sejurus selepas pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek semalam.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang ditendang dari kerusi DUN Johor dikatakan bakal berentap situ untuk berdepan dengan penasihat DAP Lim Kit Siang.

MCA bahagian Serdang pula memberontak setelah mendapat maklumat bahawa seorang pembelot dalaman bakal dicalonkan sebagai calon parlimen Serdang.

Liew Yuen Keong, Ketua MCA Serdang yang enggan mendedahkan nama pembelot itu berkata rahsia pembelot ini memang diketahui umum di kawasannya.

Ini tidak ditambah lagi dengan pemberontakan di MCA Wangsa Maju dan Kuantan. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob melenting apabila akhbar The Star melaporkan bahawa kerusi Kuantan akan digantikan dengan kerusi Temerloh. Akhirnya The Star terpaksa membuat permohonan maaf dan pembetulan terhadap berita tersebut.

Kerusi Wangsa Maju pula hampir pasti hilang dari tangan MCA apabila Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerusi itu adalah kerusi pinjam dari Umno ke MCA.

Berita perebutan kerusi Umno pula tertutup sehingga kini. Tapi insiden di Putrajaya di mana satu laporan polis dibuat ke atas Tengku Adnan kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau. Ura-ura menyatakan bahawa ia berpunca daripada agihan kerusi.

Ramai yang mengunakan pemimpin veteran parti yang disegani Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk melobi bagi pihak mereka. Kes paling klasik ialah apabila seorang menteri penggal lalu telah mengguna khidmat isteri sendiri untuk melobi supaya beliau dikekalkan.

Dalam pertemuan 10 April, Najib membuat seruan terakhir kepada pemimpin akar umbi BN supaya menerima senarai calon yang bakal diumumkan kelak.

Harakahdaily sempat menelefon sumber Umno untuk bertanyakan mengenai perkembangan calon-calon BN sejurus berita melaporkan bahawa Najib bakal menyerahkan surat tauliah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri di ibu negara.

"Masalah terbesar calon BN ialah perkataan 'winnable' itu. Tiada kriteria pada perkataan 'winnable'. Bukan tengok track record, bukan nilai prestasi dan bukan nilai peluang menang. Ia dinilai siapa yang Kak Ros suka dan Tun Mahathir suka. Di samping itu juga ada percaturan nak pastikan kem masing-masing mendapat calon parlimen yang paling banyak menang.

"Sebab itu baru timbul rasa tidak puas hati melampau. Sekarang buat apa pun silap. Hanya harap Tingkat 2 B4 jangan rumitkan keadaan. Umno tak boleh bentuk kerajaan sendiri sepertimana PAS dulu. Apa yang mereka buat kini ialah biar Umno jalan seorang tanpa rakan-rakannya," kata sumber Umno itu.

Sumber Umno menambah penentuan calon kali ini juga berkait rapat dengan pemilihan parti Umno yang bakal berlaku selepas PRU13.

"Ini yang merumitkan keadaan. Dalam percaturan ada percaturan. Jika ramai memberontak dan situasi dalaman tidak terkawal, tunggu sahaja video fitnah akan keluar lagi untuk mengalih perhatian rakyat. Just be prepared," nasihat sumber Umno itu lagi.

Ketika ditanya samada beliau bakal menjadi calon di PRU13, sumber Umno itu berkata, "Insha-Allah, kalau Kak Ros tak membantah, ya. Saya pernah tersilap kata benda tak baik pada dia dan perkara itu sampai padanya. Kalau Kak Ros masih berdendam, tak ada harapanlah."

harakahdaily/-

Pakatan pembangkang Perak lancar manifesto

Posted: 15 Apr 2013 01:11 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


IPOH: Pakatan pembangkang Perak melancarkan manifesto hari ini yang antara lain menawarkan bantuan bulanan kepada isi rumah miskin tegar, pendapatan kurang RM760. 

Pengerusi pakatan pembangkang Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang melancarkan manifesto itu bersama kepemimpinaan pembangkang negeri juga berkata, tiada kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan kadar air antara tahun 2014 hingga 2018. 

Manifesto itu juga menjanjikan potongan premium tanah sehingga 50 peratus kepada pelaburan baru melebihi RM500 juta atau industri yang menawarkan 500 pekerjaan atau lebih.

Berita Harian/- 

6 maut, 74 cedera letupan bom kereta di Iraq

Posted: 15 Apr 2013 01:02 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


BAGHDAD: Sekurang-kurangnya lima bom kereta diletupkan awal pagi tadi di selatan Iraq dan di bandar utara Baghdad, mengorbankan enam orang manakala 74 lagi cedera. 

Tiga bom kereta meledak selang beberapa minit di pekan Tuz Khurmatu, di utara ibu negara menyebabkan enam maut dan 60 cedera. 

Dua lagi bom kereta diletupkan di Nasiriyah, menyebabkan 14 cecera. - AFP

Ops Daulat diteruskan bagi memastikan FELDA Sahabat benar-benar pulih: Zulkifeli

Posted: 15 Apr 2013 01:01 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


LAHAD DATU: Ops Daulat akan diteruskan bagi memastikan keamanan di gugusan FELDA Sahabat benar-benar pulih, sebelum operasi itu diserahkan kepada pusat pemerintahan Kawalan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata proses penyerahan tugas kawalan di kawasan timur Sabah kepada ESSCOM akan mengambil masa kerana organisasi itu masih di peringkat pembentukan dan belum beroperasi sepenuhnya. 

"Ops Daulat masih berjalan dengan temponya sudah berkurangan, namun keperluan operasi itu menjalankan kerja pengawasan dan kawalan masih berterusan sehingga keamanan benar-benar pulih. 


"Sampai masa Ops Daulat ditamatkan nanti, satu perbarisan khas sebagai simbolik penyerahan tugas kawalan secara rasmi kepada ESSCOM akan diadakan," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Berita Harian/-

3 rumah teres di Taman Tunku Putra, Kulim terbakar

Posted: 15 Apr 2013 01:00 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KULIM - Tiga rumah teres dengan dua daripadanya tidak dihuni di Taman Tunku Putra di sini, musnah dalam kebakaran malam semalam.
   
Ketua Bomba dan Penyelamat Kulim Ahmad Ridwan Yahaya berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pukul 9.24 malam tiba di lokasi 20 minit kemudian dan mendapati api sedang marak di dua rumah kosong itu.
   
"Sebuah lagi rumah bersebelahan didiami beberapa warga asing mengalami kebakaran kecil dan api sempat dikawal dalam masa kira-kira 20 minit selepas pasukan bomba tiba," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
   
Katanya sebanyak lima jentera bomba iaitu dua dari Kulim, satu dari Kulim Hi-Tech Park dan dua pasukan bomba sukarela dari Lunas dan Kulim dengan 20 orang anggota dapat memadamkan kebakaran dalam tempoh sejam.
   
Ahmad Ridwan berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian mangsa masih dalam siasatan. - Bernama

Perbicaraan Mubarak kecoh, hakim tarik diri

Posted: 15 Apr 2013 12:29 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Mubarak
Mubarak diusung pegawai keselamatan ketika ke mahkamah di Kaherah, Mesir.
KAHERAH - Perbicaraan semula bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak bertukar tegang dan kecoh apabila hakim bertindak menarik diri, kelmarin.

Hakim Mostafa Hassan Abdallah membuat pengumuman penarikan diri sebaik perbicaraan semula berlangsung di Akademi Polis pinggir Kaherah.

Sejurus pengumuman itu, satu kekecohan berlaku di luar kamar mahkamah membabitkan puluhan anti-Mubarak menjerit dan sebagai tanda tidak berpuas hati.

Tegas peguam sivil, kesemua yang hadir pada perbicaraan semula Mubarak menginginkan bekas presiden itu dijatuhi hukuman mati.

Sementara itu, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Habib al-Adly dan bekas ketua keselamatan Mubarak, dituduh berkomplot untuk membunuh penunjuk perasaan yang melancarkan protes menggulingkannya pada 2011.

Mubarak, al-Adly dan empat pegawai kanannya dituduh terlibat dalam pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan pada hari ke-18 kebangkitan rakyat Mesir.

Bekas Presiden Mesir itu dipenjarakan sejak Jun lalu sekali gus menjadi pemimpin pertama menyebabkan kebangkitan rakyat dan muncul sebagai pemimpin tunggal dibicarakan secara individu, menurut laporan Al-Jazeera.

sinar/-

Lelaki maut ditembak ketika makan bersama keluarga

Posted: 15 Apr 2013 12:21 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


tembak


Anggota polis forensik sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian seorang lelaki yang mati ditembak di Pusat Komersil Oakland di Seremban malam tadi. - Foto Bernama
SEREMBAN - Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, di sini semalam.


Tan Kok Soon, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan di bahagian belakang badan.



Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan Supt Zazali Hashim berkata Tan ditembak oleh dua lelaki yang datang dari arah belakang ketika sedang makan malam bersama isteri dan dua anaknya pada 6.55 petang.



"Kejadian itu berlaku amat pantas sehingga beberapa pelanggan lain yang  berada di restoran itu tergaman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dipercayai dengan sebuah motosikal.



Polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama

Alahai nasib Soi Lek dan MCA…

Posted: 15 Apr 2013 12:20 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Kurang seminggu sebelum hari penamaan calon dan tinggal tiga minggu sebelum hari pengundian…debaran untuk menyaksikan siapakah pemenang Pilihan Raya Umum ke-13 makin kuat kedengaran.

Ada yang menjangkakan PRU kali ini cukup sengit hinggakan sukar untuk menentukan pemenang dan tidak kurang juga, kalangan yang percaya parti pemerintah sedia ada mampu mengekalkan tampuk kekuasaan yang dipegang mereka selama lebih lima dekad.

Bagi parti-parti politik yang mempamer prestasi buruk pada PRU 2008 lalu, PRU ke-13 merupakan medan utama untuk menebus kembali maruah yang tercalar.

Dalam konteks ini, parti-parti politik seperti MCA, MIC dan Gerakan…PRU 13 bakal menentukan hidup matinya mereka di persada politik tanah air. Apa tidaknya, satu lagi kekalahan memalukan hanya membuktikan bahawa masyarakat yang diwakili mereka telah menolak secara jelas pendekatan politiknya.

Satu-satunya pemimpin politik yang mungkin merasa bahang PRU kali ini ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Ini kerana sekiranya parti pimpinan beliau gagal memperbaiki keputusan PRU 12, beliau bakal berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

Kemungkinan yang dimaksudkan itu termasuk tentangan terhadap kepimpinannya, kuasa menawar MCA yang semakin lemah dan kemungkinan ketiadaan perwakilan Cina dalam Jemaah menteri.

Sepanjang kerjaya politiknya yang mencecah berdekad-dekad lamanya, Soi Lek telah mencipta sejarah dalam pelbagai perkara. Ia termasuk untuk dirinya sendiri mahupun parti politik yang diterajui beliau sejak 2010 yang lalu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang Presiden MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum. Buat pertama kalinya juga, seorang pemimpin yang dilanda skandal seks diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk memimpin parti.

Lebih hebat lagi, beliau juga merupakan satu-satunya pemimpin MCA yang pernah memegang tiga jawatan tertinggi parti iaitu Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden dalam suasana yang penuh kontroversi.

Apa yang menjadikan Soi Lek seorang pemimpin MCA yang cukup digeruni ialah keberanian beliau untuk menentang pemilihan mantan Presiden MCA, Dato Seri Ong Tee Keat sebagai calon BN di Pandan biarpun Tee Keat disenangi pucuk pimpinan tertinggi BN dan rakyat. Dengan erti kata lain, beliau berani menentang arus.

Inilah perwatakan dan kekuatan Soi Lek.  Kita tidak nafikan bahawa Soi Lek bukanlah politikus sembarangan. Lidahnya tajam lagi bercabang manakala otaknya pula sentiasa bergeliga mematahkan hujah-hujah pedas pembangkang. Kekuatannya cukup ketara ketika pembabitan debatnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Begitupun, kekuatan yang dimiliki Soi Lek itu juga merupakan kelemahan utama beliau. Dan kelemahan itu juga yang dijadikan senjata oleh musuh politik untuk memusnahkan reputasi beliau.

Tindak-tanduk dan keputusan yang dibuat beliau dalam beberapa isu khasnya soal pemilihan calon, penyerahan kerusi tradisi MCA kepada parti komponen lain dan keputusannya untuk tidak bertanding menarik perhatian ramai.

Ia juga telah mewujudkan satu precedent atau peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah MCA sejak parti itu ditubuhkan lebih 64 tahun yang lalu.

Pada hemat penulis, precedent yang diwujudkan itu mungkin memakan parti dan dirinya sendiri. Belum pernah dalam sejarah parti MCA dalam persiapan berhadapan dengan PRU, kedudukan dan sokongan masyarakat Cina berada pada paras yang begitu lemah.  Difahamkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang terus mengukuh sejak 2008 dengan peratusan sokongan mencecah hampir 80%.

Mungkinkah kerana faktor-faktor yang disebutkan tadi mempengaruhi Soi Lek untuk tidak bertanding pada PRU ke-13? Dari segi undang-undangnya, Soi Lek sebagai Presiden MCA berhak untuk tidak bertanding dalam PRU kali ini. Malah sebagai kapten parti berkenaan, beliau berhak  memilih untuk memainkan peranan di belakang tabir. Itu adalah hakiki beliau.

Bagaimanapun dari segi psikologi dan percaturan politik, tindakan untuk tidak bertanding mungkin sedikit memberi kesan kepada moral jentera parti. Situasi ini diibarat sebuah kapal tanpa nakhoda. Apabila sesebuah kapal tidak bernakhoda, ia mudah hilang arah dan punca.

Dalam mana-mana perang sekalipun, seseorang kapten wajar menerajui di barisan hadapan dan bukannya di belakang.  Seseorang kapten juga harus memastikan bahawa bala-bala tenteranya sentiasa bersemangat dan dalam keadaan siap-siaga.

Justeru, apabila Soi Lek memberikan alasan bahawa keputusan tidak mahu bertanding PRU bagi memperhebat proses rejuvenasi dalam parti hanyalah satu alasan semata-mata.

Apakah pross rejuvenasi hanya boleh dilaksanakan apabila Soi Lek tidak bertanding pada PRU? Bukankah proses rejuvenasi merupakan satu proses yang berterusan?

Kalau benar proses rejuvenasi sedang giat berlaku dalam MCA, mengapakah barisan kepimpinan MCA sedia ada masih terdiri daripada kalangan pemimpin yang sudah berpangkat veteran?

Agak malang, barisan pemimpin muda tidak begitu menonjol dalam MCA. Yang ada pun hanyalah beberapa kerat sahaja. Perkembangan tersebut jelas tidak akan membantu MCA untuk menarik orang muda menyertai parti berkenaan.

Dan ini membawa kita kepada persoalan apakah Soi Lek sebenarnya takut kalah dan tidak yakin untuk menang pada PRU ke-13? Soi Lek sebenarnya tidak punya banyak pilihan. Jika memutuskan untuk bertanding, Soi Lek akan dilabel sebagai seorang pemimpin yang gilakan kuasa.

Jika tidak bertanding pula, beliau akan dikecam sebagai seorang pemimpin yang bacul dan tidak berani. Akan tetapi bagi mematikan terus kesemua tohmahan, Soi Lek wajar menimbangkan semula keputusannya dan memilih untuk bertanding. Jika kalah sekalipun, sekurang-kurangnya tindakan berani itu akan menutup mulut pengkritik parti.

Selain isu kepimpinan, keputusan parti MCA untuk bertukar kerusi dengan parti-parti komponen dalam beberapa kawasan Parlimen dikecam oleh kalangan pemimpin akar umbi. Keputusan MCA untuk meminjamkan Wangsa Maju kepada UMNO walaupun belum disahkan telah mengundang kemarahan penyokong-penyokong bekas MP Wangsa Maju, Yew Teong Look. Dikhabarkan mereka bersedia untuk memboikot kempen PRU di Wangsa Maju jika kerusi itu dipinjam kepada UMNO.

(Ahli MCA Wangsa Maju mahu kerusi itu dikekalkan di tangan MCA tetapi ia diserahkan oleh Chua Soi Lek kepada Umno ...ini menghasilkan pendekatan perkauman oleh Umno untuk menang pilihan raya)

Bagi mereka, Wangsa Maju secara tradisinya adalah kerusi MCA dan Teong Look merupakan calon yang boleh menang. Apa tidaknya, Teong Look hanya kalah kepada calon PKR ketika itu, Wee Choo Keong dengan 150 undi sahaja.

Selain kerusi Wangsa Maju, MCA kini dilaporkan telah menyerahkan kerusi Kuantan kepada UMNO,  Tronoh kepada MIC, Kota Laksamana kepada PPP dan Tanah Rata kepada Gerakan. Melihat kepada penyerahan kerusi itu, MCA kini dilihat cuba untuk mengurangkan impak kekalahan pada PRU 13. Dalam erti kata lain, damage limitation.

Namun usaha mengurangkan impak kekalahan itu mungkin sia-sia jika senarai calon yang akan diturunkan untuk PRU 13 tidak menyeluruh. Sebelum ini,telah diuar-uarkan bahawa MCA akan menurunkan hampir 40 peratus muka baharu manakala selebihnya gandingan pemimpin berpengalaman.

Akan tetapi, nama mantan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat tidak tersenarai sebagai calon MCA di Pandan. Ramai menyifatkan pengguguran Tee Keat daripada senarai itu sebagai tindakan balas dendam Soi Lek terhadap bekas Menteri Pengangkutan tersebut. Ia juga satu jalan untuk menamatkan terus kerjaya Tee Keat sebagai pemimpin politik.

Ternyata, persengketaan terbuka Soi Lek-Tee Keat bukan lagi satu rahsia bahkan ia mencetuskan kerisauan pemimpin-pemimpin BN lain mengenai kestabilan parti MCA dalam jangka panjang. Ramai juga menganggap bahawa Soi Lek terlalu personal dalam serangannya terhadap Tee Keat hinggakan mengaburi matlamat jangka panjang untuk mengukuhkan parti.

Soi Lek seharusnya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai pemilihan calon khususnya di Pandan. Tidak perlu menentang sebaliknya akur dengan konsep permuafakatan parti komponen yang terbentuk selama ini.

Soi Lek perlu faham bahawa BN perlukan seorang calon berwibawa, kuat dan berpengalaman untuk mempertahankan kerusi Pandan, lebih-lebh lagi calon yang akan dilawannya ialah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Soi Lek juga tentunya sedar bahawa calon selain Tee Keat hanya akan menyaksikan kerusi Pandan itu jatuh ke tangan pembangkang.

Pada PRU 2008, hanya Tee Keat seorang sahaja pemimpin MCA di Selangor yang terselamat daripada tsunami politik pembangkang. Kejayaan Tee Keat untuk menang pada PRU 2008 di sebalik tsunami politik merupakan satu manifestasi kepada keyakinan pengundi terhadap integriti dan komitmen beliau kepada rakyat Pandan.

Dengan hari pengundian kini berbaki 3 minggu dari sekarang, pucuk pimpinan MCA harus merapatkan saf dan mengenepikan segala perbezaan pendapat demi memastikan parti berkenaan dapat memberikan persembahan terbaik pada PRU 13.

Walaupun tidak diberikan peluang untuk menang besar pada PRU kali ini, namun sekurang-kurangnya MCA boleh membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa ia akan berjuang habis-habisan bagi memastikan maruah dan kredibiliti parti tersebut terus terpelihara. Mampukah MCA menangkis kebangkitan dan kemaraan DAP di kawasan yang majoritinya penduduk Cina? - The Malaysian Insider

Pelajar tingkatan 3 maut motosikal rempuh kereta

Posted: 15 Apr 2013 12:19 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di Batu 11, Jalan Kuantan-Maran dalam kemalangan kira-kira 4.20 pagi, semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata Muhammad Amri Abu Samah, 15, dari Felda Lepar Hilir 1, di sini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di dada.
Pelajar itu yang dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Maran telah merempuh belakang sebuah kereta di hadapannya, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di persimpangan lampu isyarat di Km5, Jalan Jerantut-Kuala Tembeling, Jerantut.
Dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi, Wai Thin Soong, 55, dari Sungai Jan Jerantut, mati di tempat kejadian, katanya. - Bernama

PRU di Malaysia lebih kepada 'paksa raya'

Posted: 15 Apr 2013 12:05 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matberkata,  demokrasi negara ini bukannya mengamalkan sistem pilihan raya tetapi lebih kepada 'paksa raya' dalam membentuk kerajaan.

Beliau yang berkata demikian pada program Bicara Cinta di Kompleks Karangkraf di sini, pagi ini.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) mengamalkan sistem 'paksa raya' apabila tidak membenarkan Pakatan Rakyat khususnya PAS membuat penerangan di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai.

"Kita tak diberi peluang langsung untuk membuat penerangan serta menyampaikan maklumat di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai apa yang kita jelaskan.

"Bila ini berlaku rakyat dipaksa oleh mereka (BN) untuk terus mendengar apa mereka kata dan dipaksa memilih mereka, ini bukan pilihanraya tetapi paksa raya," jelas beliau.

Katanya lagi, sistem demokrasi negara adalah membenarkan rakyat membuat pilihan tetapi Umno memusnahkan demokrasi dalam mengekalkan pemerintahan mereka.

Jelasnya lagi, PAS yang dipilih rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab, namun BN menafikan hak tersebut dengan menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang bertindak menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

"Inilah BN mereka menafikan apa yang dipilih oleh rakyat apabila mewujudkan JPP di Kelantan.

"Mereka menerima segala bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan ini seolah-olah wujud dua kerajaan di Kelantan, kita sepatutnya menghormati kerajaan yang dipilih tetapi itu tidak berlaku di dalam BN," kata beliau lagi.

Beliau turut memberitahu kehancuran demokrasi dalam penyampaian maklumat terus berlaku apabila media-media elaktronik milik BN hanya memaparkan keburukan pimpinan Pakatan daripada menyiarkan kebaikan yang dilakukan.

"Mereka menyiarkan keburukan tentang Nik Aziz yang belum lagi sahih, tetapi mereka tidak menyiarkan kebaikan yang dilakukan oleh Nik Aziz seperti hari ini," katanya secara berseloroh.

Tuan Guru Nik Aziz yang turut meminta agar rakyat membuat pilihan mengikut kehendak Islam pada pilihanraya nanti bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang berkualiti serta beramanah.

harakahdaily/-

Air percuma antara tawaran PR kepada rakyat Johor

Posted: 15 Apr 2013 12:03 AM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Johor kelmarin melancarkan manifesto antara lain menawarkan 10 meter padu air percuma kepada pengguna domestik negeri itu jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Manifesto yang dimuatkan dalam buku setebal 24 muka surat itu juga turut menawarkan pengurangan cukai harta bagi kediaman kos rendah dan sederhana serta penurunan kadar cukai tanah.

Manifesto bertemakan Johor Maju dan Berkebajikan itu dilancarkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di sini.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

Selain itu, turut ditawarkan Skim Takaful Warga Emas sebanyak RM2,500 dengan wang tersebut diberikan kepada waris warga emas yang meninggal dunia.

Bagi anak yang dilahirkan di Johor pula mereka akan diberikan bayaran RM100 dan apabila mencapai usia 18 tahun, mereka akan mendapat bayaran RM1,500.

Tawaran lain yang dikemukakan ialah bantuan RM1,000 untuk anak kelahiran Johor yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan menyediakan Tabung Anak Muda Sejahtera bagi program pembangunan belia niaga.

Pakatan juga komited untuk mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dalam masa dua tahun kepada rakyat negeri ini termasuk mewujudkan projek Ladang Sejahtera.

Gaji minima RM1,100 sebulan untuk kakitangan kerajaan negeri juga akan diperkenalkan, serta menghapuskan kompaun letak kereta tertunggak serta perkhidmatan WiFi percuma di bandar utama.

Tempoh perkhidmatan jawatan Menteri Besar dua penggal akan diperkenalkan dengan mengutamakan aspek keadilan, integriti dan akauntabiliti.

Selain itu, polisi Satu Keluarga Satu Rumah, mewujudkan tabung untuk ibu tunggal dan ibu tinggal dengan menyediakan bantuan modal pusingan dan menawarkan RM1,000 bagi setiap pasangan yang menyertai majlis perkahwinan berkelompok bagi semua kaum.

harakahdaily/-

Kesal guru diwajib hadir

Posted: 14 Apr 2013 10:39 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Kesal guru diwajib hadir
Kok Seong menunjukkan surat daripada Jabatan Pelajaran yang mengarahkan guru-guru SJKC di negeri ini hadir perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri di Johor Bahru, Selasa ini.
SEREMBAN – Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong kesal berikutan hampir 400 guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini diwajibkan menghadiri perjumpaan khas dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di Johor Bahru pada Selasa ini.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada beberapa guru yang memaklumkan mereka 'diwajibkan' hadir pada perjumpaan khas itu di SJKC Foon Yew 1, Johor Bahru.

"Selepas parlimen bubar, kerajaan sekarang adalah kerajaan sementara sahaja tetapi mengapa Muhyiddin sanggup mewajibkan guru-guru turun Johor Bahru yang amat jauh untuk bertemunya.

"Cuba bayangkan bukan guru-guru di Negeri Sembilan sahaja diwajibkan hadir, saya menjangkakan seramai 4,000 guru di seluruh negara dijemput hadir perjumpaan tersebut," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau khuatir perjumpaan tersebut akan menjejaskan pembelajaran murid-murid berikutan waktu persekolahan.

"Hari tersebut merupakan hari bekerja dan ia akan menjejaskan pelajaran murid-murid sekolah apabila guru diminta menghadiri perjumpaan tersebut.

"Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya menggunakan Jabatan Pelajaran untuk memaksa guru-guru hadir perjumpaan tersebut yang sebenarnya hanyalah ceramah BN sahaja.

"Jabatan Pelajaran telah dijadikan alat untuk BN berkempen. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan BN memperalatkan Jabatan Pelajaran," katanya.

Kok Seong berkata, pihaknya berharap Timbalan Perdana Menteri dapat memberi penjelasan secara terbuka tujuan apa perjumpaan itu dilakukan.

"Saya melihat perjumpaan ini adalah untuk BN berkempen menarik undi golongan guru-guru pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13)," katanya.

sinar/-

Nik Aziz: Umno-BN tadbir ala komunis

Posted: 14 Apr 2013 10:19 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Bicara Cinta Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengamalkan pemerintahan ala komunis apabila kerajaan negeri pimpinannya iaitu Kelantan dinafikan hak daripada sebarang publisiti media kerajaan.

"Kami kerajaan di Kelantan, kami tak pernah diberi ruang di radio, TV. Ini bukan demokrasi, ini komunis," katanya pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi terbitan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.Dalam ucapannya, Nik Aziz mengingatkan kepada rakyat Kelantan supaya pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tegasnya, mengundi adalah salah satu daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.

Hidup ini katanya, memerlukan kaedah dan antara kaedah ciptaan manusia adalah pilihan raya yang diadakan bagi menentukan barisan kepimpinan di negara ini. Namun katanya, dalam pilihan raya, tidak seharusnya ada paksaan.

Rakyat, kata beliau, harus diberikan ruang selebar-lebarnya untuk memilih barisan kepimpinan yang mereka yakini.

"Saya minta kepada rakyat Kelantan, kita negara demokrasi mesti keluar mengundi. Kerajaan ini dibuat oleh manusia. Semua manusia diminta mengundi. Jangan ada paksaan. Jangan ada paksaan raya," katanya.

Dalam ucapannya, Nik Aziz turut menekankan sebagai umat Islam, manusia perlu patuh kepada pencipta-Nya.

"Kita kena sedar, kita menumpang," kata Nik Aziz.

Pemimpin yang dilahirkan pada tahun 1931 ini kemudiannya membicarakan definisi cinta dalam konteks kehidupannya. Nik Aziz merupakan menteri besar Kelantan sejak tahun 1990.
Kelantan merupakan negeri yang menjadi lambang kekuatan Pas.

Pada PRU13, Kelantan adalah negeri yang menjadi sasaran utama Umno-Barisan Nasional untuk menawan kembali negeri kubu kuat Pas itu. Menggunakan slogan "Bo La Wei" dan "Tukar", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri itu dapat dikembalikan kepada Umno-BN.

sinar/-

GAMBAR TERBAIK : Buah Mangga Ada Lambang PAS

Posted: 14 Apr 2013 10:10 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Seorang pengundi Cina sedang mengecat warna putih di buah mangga.. PAS FOR ALL..

Kepala Batas..

Ulasan GB

Belum wujud keadaan sebelum ini bagaimana kaum bukan Melayu dan bukan-Islam begitu hebat dan berani untuk menyokong PAS secara terang-terangan seperti yang ditunjukkan oleh sahabat kita di dalam senario gambar di atas.

Yang nyata ialah semangat untuk menentang ketidak-adilan dan kezaliman parti yang memerintah kini merentasi semua garis ras, agama dan kaum dan semakin hari ia semakin menebal.

Kita yakin 5 Mei 2013 ini nanti adalah kemuncak penolakan tersebut dan UMNO BN diruntuh dan diturunkan dari bermaharajalela di Putrajaya.


‘Tak payahlah bakar’

Posted: 14 Apr 2013 09:51 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

FotoKajang: "Dia nak curi, curilah, tapi tak payah bakar rumah kami," kata ahli perniagaan, Zolkifle Ahmad, 53, yang kerugian lebih RM350,000 selepas kediamannya bukan saja dipecah masuk, malah turut dibakar dalam kejadian di Saujana Impian, di sini, awal pagi semalam.
Zolkifle bagaimanapun bersyukur ketika kejadian dia dan lima ahli keluarganya berada di kampung mereka di Ipoh, Perak sejak kelmarin.
Menurutnya, dia dihubungi jirannya kira-kira jam 4.40 pagi memaklumkan rumahnya terbakar, namun tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat sehingga dimaklumkan bomba yang memadamkan kebakaran berkenaan.

"Sebaik saja kebakaran berjaya dipadamkan, anggota forensik bomba memaklumkan terdapat kesan rumah saya dipecah masuk dan selepas memeriksa bahagian bawah rumah yang tidak terbakar, saya dapati beberapa barangan seperti komputer riba, barang kemas serta wang tunai pelbagai mata wang bernilai kira-kira RM5,000 lesap.
TINGKAT atas kediaman mangsa musnah dibakar penyamun.

"Suspek memasuki rumah melalui pintu belakang dengan mengumpil pintu jeriji dan juga tingkap sebelum menggeledah bahagian bawah dan kemudian membakar bahagian tengah tingkat atas yang memusnahkan seluruh bahagian atas rumah saya," katanya kepada wartawan Harian Metro.

metro/-

PAS Terengganu bakal buat kejutan 18 April

Posted: 14 Apr 2013 09:40 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata jangan terkejut jika pengisytiharan calon PAS negeri kali ini bakal memenuhi inspirasi anak muda.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding di parlimen dan Dun pada malam 18 April ini.

Jelasnya, ia ditangguhkan dari tarikh 11 April sebagaimana yang diumumkan sebelum ini memandangkan pihak SPR telah mengumumkan hari penamaan calon diadakan pada 20 April iaitu hari Sabtu dan tidak pada 14 April sebagaimana yang dijangkakan sebelum ini.

Tambahnya, timbulnya ulasan dan berita nakal seolah-olahnya penangguhan itu kerana timbulnya masalah dalaman parti Umno BN.

"Ianya tidak sebagaimana dakwaan bahkan PAS Terengganu kali ini lebih bersedia dengan gelombang rakyat serta kebangkitan anak muda.

"Sebab itu jangan terkejut jika pengisytiharan calon kali ini bakal memenuhi insirasi anak muda dengan calon-calon yang akan diumumkan nanti membariskan muka baru dan di kalangan orang muda," tulis beliau di dalam blognya http://ustsaifulbahri.blogspot.com.

Beliau berkata, PAS Terengganu yang peka dengan perubahan yang dituntut rakyat dengan gelombang PAS Ganti Umno (PGU) dan bertemakan 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat & Negeri Berkebajikan' telah melancarkan manifesto yang menjiwai kehendak rakyat dan merasa optimis bahawa 'Ini Kalilah' Wisma Darul Iman akan beralih kepimpinan ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Mengenai majlis pengisytiharan calon, katanya tentatif program tidak berubah sebagaimana asal iaitu Kuliah Maghrib khas yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila beserta solat hajat dan munajat.

"Selepas itu akan diadakan perisytiharan calon di Pentas Dewan Tok Guru. Jumpa di sana," ujarnya.

harakahdaily/-

Kejutan pengundi Melayu, Cina di Dun Sungai Rapat

Posted: 14 Apr 2013 07:30 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Radzi bersama masyarakat Tionghua dalam program Jelajah Dun Sungai Rapat.

GOPENG: Calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon optimis akan menawan Dun tersebut dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Menurutnya, ianya tidak mustahil setelah melihat peningkatan sokongan berlaku dengan cukup baik hasil daripada gerak kerja yang dilakukan oleh jentera parti.

Katanya, persiapan kali ini jauh lebih baik dan bersedia daripada pilihan raya tahun 2008 lalu yang berkesudahan PAS tewas dengan majoriti 636 undi.

Kata Radzi, PAS Kawasan Gopeng telah menggerakkan jentera daripada awal lagi dengan menonjolkan beliau sebagai calon di Sungai Rapat.

Ini, katanya telah memberi kelebihan kepada jentera untuk menggerakkan calon daripada awal lagi.

"Walaupun keputusan tidak menyebelahi PAS di Dun Sungai Rapat dalam PRU12 lalu, saya terus bekerja sepenuh untuk rakyat sehingga hari ini.

"Pusat Khidmat PAS juga sentiasa beroperasi dan pelbagai program kemasyarakatan telah diadakan," katanya ketika ditemui Harakahdaily dalam program Jelajah Dun Sungai Rapat, semalam

Jelasnya, sokongan orang Melayu makin meningkat jika dilihat daripada culaan yang dibuat oleh jentera parti.

Sokongan bukan Melayu katanya sangat luar biasa khususnya kaum Cina yang dilihat akan menjadi peranan besar kemenangan PAS di Dun Sungai Rapat.

"Saya berkeyakinan tinggi kaum bukan Melayu khususnya Cina akan memberi sokongan lebih 80 peratus kepada PAS dan saya tidak menolak kemungkinan orang Melayu akan membuat kejutan kali ini," jelasnya.

Radzi berkata, antara isu besar yang berlaku di Dun tersebut adalah kemiskinan dan setinggan yang terdiri daripada kaum Melayu.

Katanya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang sudah merdeka lebih 55 tahun ditambah lagi Sungai Rapat berada di kawasan bandar.

Pada PRU12, beliau mendapat 9,999 undi manakala Datuk Hamidah Osman memperoleh 10,635 undi.

Majoriti kemenangan BN berjaya dikurangkan daripada 6,269 undi pada PRU11 kepada 636 undi dan ini adalah satu kejayaan besar kepada beliau.

Pertambahan pengundi di Dun tersebut sangat tinggi iaitu kira-kira 15 ribu dan ini bermakna Sungai Rapat adalah Dun kedua tertinggi pengundinya selepas Dun Manjoi.
"PRU12 lalu saya berjaya kurangkan majoriti dan kali ini saya berazam untuk memperoleh kemenangan sulung PAS di Dun Sungai Rapat," tegasnya.

harakahdaily/-

Lakaran sejarah Pakatan Rakyat di Segamat

Posted: 14 Apr 2013 07:25 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PR Segamat telah melakar sejarah apabila pihak Majlis Daerah Segamat membenarkan astaka dan padang awamnya untuk himpunan kebangkitan PRU13.


Solat Isyak di depan astaka

















Hutan terbakar di Korea Selatan

Posted: 14 Apr 2013 07:20 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -




GOSEONG, Korea Selatan - Beberapa buah helikopter daripada Perkhidmatan Perhutanan Korea Selatan memadamkan kebakaran hutan di Zon Bebas Tentera di sini, 330 kilometer ke timur laut Seoul semalam.
Kebakaran itu mula dikesan di bahagian utara zon tersebut kelmarin sebelum ia merebak dalam lingkungan 100 meter dari sebuah pos kawasan pihak berkuasa negara ini.

Punca sebenar kebakaran tersebut masih belum diketahui.
Bagaimanapun, agensi berita Yonhap kelmarin menyatakan, kebakaran itu berjaya dikawal oleh pihak berkuasa Korea Selatan.

Kira-kira 18 jam selepas kebakaran itu dikesan, askar-askar Korea Selatan yang dibantu anggota-anggota bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak. Kawasan Zon Bebas Tentera itu memisahkan negara Korea Utara dengan Korea Selatan.

Beberapa pegawai menyatakan, seramai 80 anggota bomba dan sembilan jentera bomba diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memberikan bantuan tambahan jika diperlukan.

Kebakaran hutan itu berlaku ketika Korea Utara membuat ancaman untuk melakukan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan Jepun.

Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat sekatan pengimportan barang-barang mewah ke Korea Utara.

Sekatan itu dibuat setelah Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu. - Agensi

4 janji Pakatan Rakyat kepada anak muda

Posted: 14 Apr 2013 07:05 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


4 janji Pakatan Rakyat kepada anak muda

Rafizi (tiga, kanan) bersama anak muda Pakatan Rakyat.
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggariskan empat janji kepada anak muda sekiranya berjaya merampas tampuk pemerintahan negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata,  PR komited berjanji sekiranya menang dan menjadi Kerajaan Persekutuan  dalam tempoh sebulan dari sekarang kita akan kurangkan bebanan kewangan golongan muda.

Rafizi dalam  Ceramah Perdana Himpunan Anak Muda Bangkit 13 kelmarin yakin memaklumkan seandainya pakatan menang dalam PRU13 hari pertama sahaja harga minyak akan diturunkan.

"Sekiranya harga minyak turun maka kesemua harga barang lain turun menurun kerana kos pengangkutan yang menjadi beban kita selama ini.

"Masalah orang muda terutamanya yang baru memulakan kehidupan berkeluarga sangat terbeban dengan kos sara hidup tinggi seumpama ini. Oleh itu, PR komited akan mengurangkan bebanan mereka dengan menurunkan harga minyak," katanya.

Dalam perkembangan sama, Rafizi mendakwa selain harga minyak kos pengangkutan lain yang wajar dihapuskan ialah tol.

"Tol yang telah membawa pulangan modal harus dibatalkan kerana ini menzalimi rakyat. Kalau PR menang hari itu juga tol dihapuskan," katanya.

Sementara itu, anak muda turut dijanjikan penurunan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais dan jualan yang membebankan rakyat.

"Rakyat tidak tahu mereka terpaksa menanggung beban cukai sebanyak 100 peratus dalam perjanjian selama sembilan tahun. Cukai sebanyak satu kali ganda ini sangat menzalimi rakyat.

"Sebab itu kalau nak bantu rakyat bukannya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), caranya adalah potong cukai tersembunyi seperti ini " katanya.

Menurut Rafizi, PR berjanji sekiranya berjaya merampas negara daripada Barisan Nasional (BN) rakyat hanya akan membayar harga kereta bukan lagi cukai tersembunyi seperti sekarang.
Sinar/-

Pekerja kilang maut nahas

Posted: 14 Apr 2013 07:05 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Pekerja kilang maut nahas

Keadaan motosikal mangsa selepas bertembung Honda City.
BENTONG - Seorang pekerja kilang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut setelah motosikal ditungganginya terlibat kemalangan di Kilometer 4 Jalan Bentong-Karak, kira-kira jam 5.20 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa, Saifullah Jazuli, 21, beralamat di Kampung Benus menaiki motosikal jenis Kawasaki Ninja dalam perjalanan dari arah Karak ke Bentong.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Motosikal mangsa kemudian bertembung secara hadapan dengan sebuah kereta Honda City dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun," katanya.

Mohamad Mansor berkata, akibat kejadian itu mangsa tercampak ke bahagian belakang kenderaan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat dan dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar/-

12 kanak-kanak maut serangan udara di Syria

Posted: 14 Apr 2013 06:59 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 12 kanak-kanak terbunuh dalam dua serangan udara oleh rejim tentera Presiden Bashar Assad, hari ini. 

Serangan itu mensasarkan perkampungan masyarakat Kurdish di timur laut Syria serta sebuah daerah lain di Damsyik. 

Dalam satu lagi serangan, tentera rejim turut memusnahkan menara masjid bersejarah Omaei di selatan Daraa, iaitu kubu kuat pemberontak. 

"Enam belas penduduk termasuk sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak dan dua wanita mati syahid selepas jet pejuang melancarkan serangan di perkampungan Haddad yang majoritinya masyarakat Kurdish," kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria. 

Rakaman video di laman YouTube menunjukkan beberapa wanita bertempiaran lari membawa kanak-kanak keluar dari kediaman yang rosak teruk akibat serangan di Wilayah Hasakeh. - AFP

AS, China cuba redakan keputusan Korea Utara

Posted: 14 Apr 2013 06:51 PM PDT

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Kerry

Kerry bertemu Xi Jinping untuk berbincang bagi meredakan ketegangan di Semenanjung Korea.
BEIJING - Hari ini menjadi penentu sama ada Korea Utara bertindak nekad melancarkan serangan ke atas Korea Selatan dan sekutunya atau terus bermain teka-teki.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan China Presiden China, Xi Jinping menanti tindakan itu dengan penuh debaran selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memberikan gambaran akan melakukan kejutan pada ulang tahun kelahiran datuknya yang juga pengasas Korea Utara, mendiang Kim Il Sung.

Kerry berkata, AS kini meningkatkan kerjasama dengan China untuk mendesak Korea Utara supaya menghentikan provokasi tersebut.

"AS dan China mahu perkara ini diselesaikan secara aman dan bukannya dengan ancaman, " katanya.

AS sebelum ini, turut bekerjasama dengan Jepun dan Filipina serta Korea Selatan dalam meningkatkan kawalan keselamatan di pangkalan tentera AS di Guam sekiranya perang tercetus.

Sementara itu, penganalisis perang Frida Ghitis berpendapat, Korea Utara berjaya melakukan provokasi sungguhpun belum melakukan sebarang serangan, laporan dipetik daripada Reuters.

"Pyongyang berjaya membuka mata dunia tentang kekuatan mereka untuk muncul sebagai kuasa besar nuklear di rantau ini dan perkara itu sebenarnya yang diinginkan oleh Korea Utara," katanya.

Sinar/-

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP