Ahad, 12 Jun 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


POLITIK KALKATU

Posted: 12 Jun 2011 03:26 AM PDT

Salam 2 all.

"Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh mnyapu segala sampah yang ada besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya".

Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasululllah saw lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin & Ansar yang bersatu sabagai satu umat - umat Islam.

Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikaitkan dengan agama. Dita'rifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam dibawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.

Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Qiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan ALLAH jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu dibawah naungan Al Quran.

Dan yang lebih malang, bukan sekadar tidak bersatu, ada kalangan umat Islam bangsa Melayu yang bersedia menjadi barua non-Muslim bukan Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu masing-masing; yang akhirnya menyebabkan bangsa Melayu itu menjadi lemah, lesu dan layu.

Sejarah bangsa Melayu membuktikannya. Kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka bukan kerana kekuatan Portugis. Tetapi hanya kerana pengkhianatan bangsa sendiri yang bernafsu mahu menjadi Bendahara. Maka pengkhianat-pengkhianat ini sanggup bersekongkol dengan penjajah. Akhirnya tumbang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, tidak bangkit-bangkit sehingga hari ini.

Begitu juga kejatuhan Kerajaan-Kerajaan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Ianya bukan kerana kekuatan British. Mereka hanya sedikit. Tetapi British pandai mengadu-domba bangsa Melayu, sehingga mencetuskan perang saudara dikalangan orang Melayu. Akhirnya Kerajaan-Kerajaan Melayu tumbang, dan British yang jumlahnya terlalu sedikit berjaya berkuasa dan menjajah Tanah Melayu. Bangsa Melayu hanya terlopong menjadi bangsa merempoat dinegara sendiri.

Kesilapan paling besar yang dibuat oleh bangsa Melayu ialah apabila mereka terlalu ghairah mahu merdeka, mereka sanggup menggadaikan kewarganegaraan Tanah Melayu kepada bangsa asing.

Walaupun ditentang hebat, segelintir Melayu sanggup bersekongkol dengan British dan menerima prinsip "jos solai - hak kewarnegaraan mutlak berdasarkan kelahiran". Dan hak ini diberi berserta dengan hak memiliki tanah, hak menentukan kerajaan pemerintah dan pelbagai hak lain. Akhirnya, walaupun merdeka dari segi politik, tetapi menjadi hamba tambatan dinegeri sendiri. Tepat saperti yang disebut dalam satu hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!!!".

Dan kesan daripada itu, bangsa Melayu hari ini membayar dengan harga yang mahal akan kesilapan nenek moyang mereka. Hari ini dimana-mana pun sering dikompangkan bahawa kuasa Melayu bergantung kepada undi Cina. Pengundi Cina adalah penentu. Pelik, dibumi tanah Melayu tetapi bukan Melayu dikatakan menjadi penentu. Maka riuhlah parti orang Melayu menggadai prinsip menjual perjuangan demi undi Cina. Dan hari ini, warisan pengkhianatan dan persekongkolan silam diteruskan oleh bangsa Melayu.

Kita lihat dihadapan mata kita hari ini bagaimana bangsa Melayu menjadi begitu lemah. Bukan sahaja mereka gagal memperkasakan kuasa politik yang sedia ada untuk menafaat dan kebajikan bangsa sendiri, malah hak mereka yang sedia ada pun habis dicabar dan tergadai.

Lihat bagaimana isu biasisiswa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan khas hanya untuk bangsa Melayu, akhirya bukan sahaja bangsa lain mendapat habuan besar, hak Melayu sendiri terhakis; ramai anak Melayu menangis sepi tidak mendapat hak biasiswanya, dan dinafikan hak pendidikan yang dimaktubkan kepadanya.

Kita lihat pula isu perhimpunan haram yang hendak dibuat pada bulan Julai ini. Ada segelintir bangsa Melayu yang bersedia diperkudakan oleh himpunan haram yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreevanasan. Sedangkan mereka tahu inilah kumpulan yang kuat menentang Islam, penganjur IFC, penyokong kes murtad Lina Joy. Tetapi demi memenuhi nafsu ghairah kekuasaan, segelintir Melayu ini sanggup menjadi kalkatu yang rela diperkudakan kerana terpukau dengan sinaran palsu kekuasaan! Melayu-Islam menjadi lemah dan rosak akibat "tangan-tangan kotor" mereka sendiri!

Dan yang paling hina, ada segelintir bangsat dikalangan orang Melayu yang bersedia menjual agamanya atas nama "political survival", ditopengkan dengan label 'arab "siasah syara'iah. Maka halal lah bibel Melayu versi Indonesia! Proses menghina diri ini sampai kepuncaknya apabila orang Melayu sanggup menjual kalimah ALLAH nama tuhannya demi mendapat sedikit pangkahan kuffar!!! Walau ulama'nya sendiri mengisytiharkan kafir sesiapa yang meredhai kemungkaran itu! Namun para politikus lacuran ini terus menerus melacurkan diri, sehingga ke peringkat anak isteri jadi bahan dagangan politik.

Bangsa yang sanggup menggadai agamanya, hatta Tuhannya sendiri, dan menganggap anak isteri sebagai komoditi politik murahan adalah bangsa yang sedang membunuh dan menghancurkan diri sendiri! Apakah begitu parah dan bansgatnya segelintir Melayu-Islam hari ini?

Kerana apa terdapat segelintir politikus Melayu-Islam yang sampai begitu sanggup melacurkan perjuangan dan prinsipnya? Adakah kerana Melayu tiada kuasa politik? Jawapannya tidak. Hakikatnya kuasa politik Melayu berkuasa mutlak. Kita punya majoriti mutlak dalam Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Muslim bangsa Melayu hari ini lebih daripada 130 orang, sudah boleh membentuk Kerajaan Persekutuan bersendirian tanpa perlu bangsa lain.

Dan dengan kuasa mutlak itu, kita bulkan sahaja boleh membela dan memperkasakan bangsa Melayu, malah boleh memartabat dan mendaulatkan Islam.

Tetapi kenapa itu semua gagal dicapai? Kerana umat Islam bangsa Melayu bukan sahaja tidak bersatu, malah bersedia bersekongkol dengan golongan kafir anti Islam anti Melayu; semata-mata untuk memenuhi nafsu mahu berkuasa. DAP tidak kuat! MCA tidak hebat! Gerakan tidak mantap! MIC tinggal nama!

Yang hebatnya UMNO, yang gagahnya PAS! Tetapi dek kerana sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang, kehebatan menjadi kebejatan, kegagahan menjadi kedayusan. Malah ada yang sanggup menjual roh perjuangannya, tunduk kepada tuntutan rakan kongkolan. Akhirnya menjadi parti "mayat hidup", tinggal nama tanpa roh perjuangan!!!

Lihat apa yang terjadi di Iraq, Afghanistan, dan sekarang Libya. Kerana nafsu segelintir yang mahu berkuasa, mereka sanggup bersekongkol dengan kafir untuk menjahanamkan negara sendiri. Akhirnya menderita, yang sengsara, yang merempat ialah umat Islam bangsa sendiri.

Lihat apa yang terjadi Syria. Hanya kerana keghairahan mahu berkuasa, mereka sanggup merosakkan negara, menyebabkan Kerajaan dan Angkatan Tentera Syria sibuk mempertahankan negara. Dan kesempatan itu diambil oleh Israel zionis la'natullah untuk membunuh dan menyembelih umat Islam Falastin di sempadan Golan-Syria yang tidak dapat dipertahankan dan dibela oleh tentera Syria!

Wahai umat Islam bangsa Melayu! Bangkitlah! Sedarlah! Kamu sedang menjadi kaum yang "self-destructive" - menghancurkan diri sendiri. Jangan ulangi kesilapan silam. Jangan diwarisi sikap pengkhianatan dan persekongkolan songsang ini. Kita sebenarnya kuat! Kita sebenarnya hebat! Kita sebenarnya gagah!

Apa yang penting sekarang semua wadah dan platform umat Islam bangsa Melayu, samada parti politik, NGO, pertubuhan atau individu-individu berpengaruh; wajib duduk satu meja dan mengadakan muzakarah dan perbincangan untuk memperbetulkan saf dan halatuju perjuangan umat Islam bangsa Melayu. Saya cadangkan diadakan Himpunan Melayu-Islam bagi tujuan mencari satu "win-win formula" bagi memartabatkan, memperkasakan dan membela agama dan bangsa.

Dimana sebenarnya kekuatan bangsa Melayu? Pada ekonominya kah? Atau kekayaannya kah? Sebenarnya kekuatan Melayu terletak kepada huruf "Mim" - Mim Lam Alif Ya Wau - Melayu. Tanpa huruf "Mim" bangsa ini akan jadi "Layu". Dan huruf "Mim" itu adalah kerana Melayu itu Muslim. Disitulah letaknya kekuatan bangsa Melayu - iaitu pada agamanya!

Oleh itu, formulanya mengembalikan kekuatan dan keperkasaan Melayu hanya satu! Survival bangsa Melayu hanya satu. Bersatu, berpadu dibawah naungan Al Quran. Persoalan besar yang perlu ditanya oleh umat Islam bangsa Melayu hari ini ialah: adakah Melayu mahu hidup hanya untuk berpolitik, atau Melayu mahu berpolitik kerana agama dan bangsa! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Jangan nanti kita menjadi hanya sebatang lidi yang tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi ikatlah lidi-lidi menjadi seberkas penyapu yang kuat, dan dengan penyapu itu umat Islam bangsa Melayu boleh menyapu semua sampah yang boleh menganggu gugat umat dan bangsa. Jika tidak, anasir luar akan dengan mudah mematah-riukkan kita menjadi hancur dan lebur.

Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH mengampunkan kita, dan memberi kekuatan ukhwah serta istiqomah demi kesinambungan umat Islam bangsa Melayu didalam negara Tanah Melayu ini.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Rejab 1432
12 Jun 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


cari,cari,cari,kaji maklumat.Kita ada hak!

Posted: 12 Jun 2011 09:20 AM PDT

Akibat kita sub con aktiviti berfikir kita merana kerana tertipu 5 tahun sekali sebab terbiasa dengan
bak kata orang Lu fikir lah sendiri

Hadiah berjumlah RM16 300 untuk blog terbaik> JOM SERTAI!

Posted: 12 Jun 2011 08:28 AM PDT

http://selangoridamanku.com/posters

Sayang Tok Guru PAS kepada artis dunia akhirat

Posted: 12 Jun 2011 06:47 AM PDT

Siapakah golongan yang menyayangi artis bukan sahaja di dunia tetapi kekal hingga akhirat.Pemimpin tertinggi PAS ini meluangkan masa untuk membawa mesej Islam sebagai rahmat untuk sekelian alam termasuk untuk artis dan orang seni yang perlu terbimbing supaya berada dalam naungan rahmat Ilahi dan tidak menyalahgunakan bakat mereka hingga menggelap hidup di dunia dan hidup di akhirat.

PAS for all! PAS ada ruang untuk artis

Posted: 12 Jun 2011 06:33 AM PDT

PAS tidak perbah menggadai prinsip. PAS sebenarnya lebih bijak menggunakan hikmah atau kebijaksanaan dalam menangani apa-apa masalah tanpa berkompromi tentang masalah prinsip atau dasar.
Mereka yang celik mata hati lebih mudah untuk memahami jalan perjuangan PAS yang sudah banyak pengalaman praktikal dalam dakwah bil hikmah. PAS menguasai kegopohan berdakwah dan siyasah kerana PAS parti futuristik yang realistik dan bertongkatkan amal jama'ie

Bagaimana iman kita boleh bertambah bila faham peristiwa israk mikraj?

Posted: 12 Jun 2011 05:42 AM PDT

Apakah rahsia di sebalik peristiwa israk mikraj sebagai panduan hidup kita agar berjaya dunia akhirat.
Kejayaan hakiki bukan kejayaan palsu bersifat sementara dan sentiaa bertukar-tukar

Source of strength

Posted: 12 Jun 2011 04:42 AM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


【中国报】匪扮修电员入门行劫 . 逾170户烦民生也忧治安

Posted: 12 Jun 2011 07:52 AM PDT

Lokasi 地点: Taman Suria Jaya, Balakong  无拉港区太阳园大红花组屋

Serdang MP Saudari Teo Nie Ching has visited low cost flat Taman Suria Jaya with ADUN Balakong Saudara Yap Lum Chin today morning to offer their help to the residents pertaining to various issues surrounding this residential area. Only 50% of the residents are paying monthly maintenance fees hence the flat is in a rather bad condition.


报导:张翠莹

泊车场被野草掩盖,甚至遍布大型家具垃圾,使居民无法泊车。

(加影12日讯)无拉港区太阳园(TMN的苏利亚亚)大红花组屋问题一箩筐,居民投诉垃圾处处,野草丛生霸占泊车位,街灯失灵,沟渠崩塌,摩哆掠夺,甚至还有匪徒佯装修电员入门抢劫,令人畏惧。

有关组屋约有20年历史,170多个单位,居民投诉发展商在这十多年来,没妥善管理组屋,联合管理机构(JMB里)接管后,问题依旧。

多次被断水电

居民说,组屋卫生环境欠佳,因为居民习惯乱丢垃圾,垃圾槽堆满垃圾后溢出,即使清洁工人处理后,四周还会出现垃圾,继而引发老鼠为患及蚊虫滋长问题。

“此外,位于组屋后方的野草不曾修剪以致野草丛生,连泊车位也被野草掩盖,造成居民泊车位减少。”

居民今日向沙登区国会议员张念群,无拉港区州议员叶南进及加影市议员李亚成投诉时,这么指出。

(More......)

[June 12] Kem Motivasi Jati Diri Pelajar di Surau Impian Ehsan..

Posted: 12 Jun 2011 01:56 AM PDT

Menghadiri Majlis Penutup Kem Motivasi Jati Diri Pelajar di Surau Impian Ehsan untuk menyampaikan sijil dan hadiah :-)

Johan Kem Motivasi Jati Diri - Pasukan Semangat Berpasukan! Tahniah~ :-D :-)

Tempat Kedua: Pasukan Wonder Boy

Tahniah kepada Muslimat Hebat yang mendapat tempat Ketiga dalam Kem Motivasi Jati Diri, anjuran Surau Impian Ehsan!!

Pasukan Super Nova :-)

(More......)

[June 11@Seri Kembangan] Persembahan Kebudayaan Hakka Huiyang 中国客家艺术团沙登交流演出

Posted: 11 Jun 2011 09:59 PM PDT

Persembahan Kebudayaan Hakka Huiyang, China di Seri Kembangan pada 11 Jun 2011.

(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


LANTIKAN AJK PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA SESI BARU ...!

Posted: 12 Jun 2011 03:17 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

SUMBANGAN KEPADA MANGSA RUMAH TERBAKAR DI KG. TERENGGANU

Posted: 11 Jun 2011 10:55 PM PDT


TELUK INTAN, 12 Jun - Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah positif dengan menggumpulkan pakaian terpakai untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran di Kg. Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi Lujnah Kebajikan, Hj. Akram bersama muslimat sibuk membungkus pakaian.

Kotak-kotak pakaian dimasukkan ke dalam lori oleh Unit Amal.
Pengerusinya Hj. Mohammad Akram bin Mohd. Ayub berkata, selaras dengan hasrat PAS mempromosikan Negara Berkebajikan, usaha ini dilihat sebagai satu bukti bantuan dihulurkan kepada yang yang memerlukan tanpa mengira sempadan politik. majlis penyampaian pakaian ini akan dadakan dalam tempoh masa terdekat ini insyallah, katanya.

Kebakaran besar di Kg. Terengganu, Teluk Intan pada 31 Mei lepas telah memusnahkan 16 buah rumah. Namun sebaik sahaja berlaku kebakaran, Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan serta ADUN Changkat Jong telah melakukan usaha mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran.

Malam sebelumnya, pihak lujnah serta Dewan Muslimat PAS Kawasan telah bersama-sama memilih pakaian-pakaian terpakai yang sesuai dan baik untuk disumbangkan. Kesemua pakaian yang terpilih telah dimasukkan ke dalam kotak-kotak.
Banyak sumbangan diterima hingga memenuhi sebuah lori.

Bersedia untuk menghantar sumbangan ke Surau Kg. Terengganu.

Pada pagi tadi (12 Jun 2011) Unit Amal Teluk Intan serta Pemuda Kawasan Teluk Intan telah bergotong-royong mengangkut kotak-kotak pakaian tersebut dengan menggunakan lori untuk dibawa ke Surau Kg. Terengganu.

Di sana, kotak-kotak tersebut diletakkan di dalam surau sehinggalah hari penyampaian sumbangan pada hari Selasa nanti. Terima kasih kepada Unit Amal dan Dewan Muslimat..!
Kotak pakaian disusun di dalam surau.

Hj. Akram bersama imam surau.
intanhijau.blogspot.com

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Candid dari Istanbul : PRU Turki

Posted: 12 Jun 2011 12:12 AM PDT

‎2 hari suntuk bersama dgn aktivis AK parti. Kemenangan pasti dlm tangan cuma mrk nak 2/3 majoriti utk pinda perlembagaan
 Bersama para pemimpin AK di hadapan Pejabat dan didalam pejabat mereka.
BERITA BERKAITAN

Hari ini, 50 juta rakyat Turki yang layak mengundi akan membuang undi mereka dengan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) yang memerintah bersedia untuk menang kali ketiga berturut-turut.


Ini bermakna mereka bersedia untuk mencatatkan sejarah bersama dengan parti pimpinan Sulaiman Menderes yang pernah mencatat rekod yang sama dalam sejarah demokrasi Turki.

Sulaiman adalah satu-satunya pemimpin yang memimpin parti politik yang pernah memenangi pilihan raya Turki tiga kali berturut-turut dan kini AKP sedia untuk menyamai rekodnya itu.

(Kiri: Penulis bergambar di depan bangunan gudang yang menempatkan pusat operasi AKP Istanbul untuk pilihan raya umum ini.)

Namun AKP mahu memecahkan rekod itu dengan mencatatkan pencapaian yang lebih baik iaitu dengan peningkatan undi walaupun selepas tiga kali menang berbanding dengan parti pimpinan Sulaiman yang turun pencapaiannya dalam pilihan raya ketiga.

Orang ramai yang ditemui yakin, AK akan membuat pencapaian yang lebih baik kali ini berbanding 47 peratus undi popular dalam pilihanraya 2007 lalu. Pandangan ini bukan sahaja dikongsi oleh penyokong AKP bahkan juga dari parti lawannya iaitu Saadet pimpinan Rejjab Kuttan.

"Saya fikir mereka akan dapat sekitar 48 - 52 peratus kali ini berdasarkan sokongan ramai yang mereka terima," kata Hassan,  seorang peniaga makanan manisan Turki di Grand Bazaar yang merupakan penyokong kuat Saadet.

Bagaimanapun beliau berharap kali ini Saadet akan turut bersama dalam kerajaan Turki untuk membantu melaksanakan dasar-dasar negara bagi kepentingan Islam di Turki.

Saadet umpama PAS manakala AKp umpama PKR di Malaysia. Pemimpin AKP, Raccip Toyyib Erdogan adalah Ketua Pemuda parti Refah pimpinan Almarhum Necmetin Erbakan, ketika Erbakan pernah menjadi pemimpin Turki satu masa dulu.

Parti yang dipimpin Erbakan sentiasa sahaja berdepan dengan pemansuhan oleh mahkamah perlembahaan Turki atau pihak tentera apabila mereka dilihat mahu melaksanakan Islam.

Selepas Refah diharamkan, Erdogan memilih jalan sendiri dan membentuk AK pada tahun 2001 sebelum menyertai pilihan raya Turki 16 bulan selepas itu dan menang 34 peratus undi popular pada tahun 2002.

Pada ketika itu, Erdorgan tidak dapat menyertai pilihan raya itu ekoran sekatan undang-undang selepas dipenjarakan enam bulan kerana membaca satu syair yang dikira bercita-cita mahu melaksanakan syariah di Turki.

Abdullah Gul telah dipilih menjadi Perdana Menteri AKP yang pertama. Selepas sekatan undang-undang selesai, Erdorgan menyertai satu pilihan raya kecil melalui perletakan jawatan salah seorang anggota parlimennya dan menang.

Erdorgan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul tidak beberapa lama selepas itu dipilih menjadi Presiden Turki sehingga kini.

Mulai 2002, AKP membentuk kerajaan sehingga kini, Dalam pilihan raya umum 2007, undi mereka meningkat keppada 47 peratus dan membentuk kerajaan tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.

Berdasarkan pengalaman Refah dan Erbakan, AKP mengambil pendekatan lebih terbuka dan inklusif dimana partinya tidak menampakkan untuk Islam semata-mata bahkan untuk semua pihak.

Hasilnya AKP umpama PKR di Malaysia. Ahlinya terbuka kepada semua pihak yang bercita-cita untuk mengubah Turki kepada negara yang lebih baik.

Semalam, kami menyertai satu majlis kempen AKP di Istanbul. Majlis bermula dengan berjalan (Walk about) melalui kawasan-kawasan perumahan dengan didahului oleh van yang balut khasnya dengan banner kempen disamping menyiarkan lagu AK.

Perarakan yang bermula dengan petugas sukarelawan dan pemimpin AKP berkembang dari satu lorong ke satu lorong apabila ia turut disertai oleh penduduk tempatan.
Pendekatan inklusif AKP bukan sahaja menarik perhatian rakyatnya bahkan para pemimpin politik negara Balkan dan persekitarannya. Mereka turut sama menyertai perarakan ini dan bangga dikaitkan dengan Erdogan.

(Gambar: Peristiwa Perdana Menteri Erdogan menyalahkan Perdana Menteri Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia menjadi gambar utama kempen AKP dalam pilihan raya ini dan diletakkan di mana-mana termasuk di ibu pejabat operasinya.)

"Di Malaysia, ada yang kaitkan saya dengan kumpulan Erdorgan dalam PAS...nampaknya, saya juga berbangga dengan jolokan itu dengan apa yang dibuat Erdogan untuk rakyat Turki," kata Dr Siti Mariah Mahmud, anggota Parlimen PAS dari Kota Raja yang mengetuai rombongan PAS memerhati perjalanan pilihan raya ini.

Seorang ahli politik dari Kosovo yang turut serta dalam perarakan itu berkata, beliau berbangga dengan apa yang dibuat oleh AKP untuk Turki.

"Saya yakin AKP akan membuat percapaian yang lebih baik kali ini berdasarkan apa yang beliau buat untuk rakyat Turki," kata beliau ketika bersama-sama menyertai perarakan itu.

Sebagaimana budaya kaum Cina dan India di Malaysia, program di Istanbul bermula jam 5 petang lagi. Ketika Azan Maghrib bergema dari corong masjid berdekatan, mereka menghentikan sekejap muzik yang bergema yang dibuat di sebuah pentas yang terletak di sebuah taman rekreasi itu. (Umpama panggung Aniversari di Lake Garden, Kuala Lumpur).

Selepas azan berhenti, muzik disambung kembali dan 15 minit selepas itu majlis bermula dengan persembahan tarian tradisi Turki.

Selepas itu, majlis ucapan bermula dari pemimpin tempatan dan calon-calon yang bertanding. Turut dijemput naik ke pentas dan memberikan ucapan adalah Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk mini stadium itu. Selepas majlis selesai, penonton dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi popular Turki yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.

"Cara AK memang mendapat sokongan ramai dan saya yakin mereka akan menang besar lagi kali ini," kata Hassan penyokong Saadet itu.

Selain pendekatannya yang mendapat sokongan ramai, AK mempunyai tiga tunggak besar yang menjadi pillar kepada sokongan ke atasnya, kata Dr Umar Faruk, seorang pemimpin muda AK yang menjadi penyelaras kepada tetamu dari luar Turki.

"Pertama kami mempunyai pemimpin yang berkarismatik iaitu Erdorgan," kata Umar.

Kepimpinan Erdorgan terserlah ketika beliau menjadi Datuk Bandar (Mayor) Istanbul. Ketika Istanbul mempunyai pelbagai masalah kronik. Dari jalan raya yang sentiasa sesak tanpa peraturan dan susunan yang baik hinggalah kepada masalah air yang meruncing.

Erdorgan berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah ini dengan baik dan kini Istanbul menjadi pusat kewangan utama yang menarik pelbagai pihak.

"Yang kedua organisasi AK yang mantap menjadikannyaa sebuah parti yang menarik untuk semua pihak. Di Istanbul misalnya mempunyai 39 daerah dan 1000 bandar kecil. Di semua bandar ini kami ada cawangan dan sasaran kami, sembilan orang di setiap pusat pengundian yang berjumlah 31,000 itu," cerita Omar.

Faktor ketiga adalah pencapaian kerajaan Turki selama 10 tahun di bawah AK.

"Aktiviti dan polisi yang dibuat kerajaan Turki sepanjang tempoh itu menjadi bahan  kempen kami kini," kata Omar yang sangat bangga dengan pencapaian partinya.

Untuk itu, sepanjang kempen ini, AK menyediakan satu banner khasnya untuk menceritakan kejayaan kerajaannya atau succes story yang memapar perbezaan antara kerajaan Turki di bawah AK dan sebelum ini.
Di pejabat AK Istanbul, ia dijadikan satu banner besar yang dipaparkan dipintu masuk ke pajabatnya. Semua tetamu dan petugas akan melihat banner itu.

Yang menarik dari segala-galanya adalah konsep atau pendekatan kerja pilihan raya AK bermula sehari selepas pengundian tamat,

"Kerja pilihan raya kami akan datang bermula Isnin ini selepas pengundian tamat petang esok (Ahad)," kata Omar.

Kerja utama mereka sepanjang masa adalah mendaftar seramai mungkin ahli. Untuk mengelakkan sebarang halangan untuk menjadi ahli, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada mana-mana pihak untuk menjadi ahli parti itu.

Kerja mendaftar keahlian ini antara aktiviti utama hatta sepanjang kempen pilihan raya umum yang sedang berjalan sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan ramai yang merasa AK adalah parti mereka.

Hasilnya, AK mempunyai 5 juta ahli di seluruh negara. Dengan 50 juta pengundi Turki bermakna, 10 peratus dari mereka adalah ahli AK.

Parti pembangkang terbesar sekarang adalah CHP (Parti Demokratik Rakyat) yang hanya mempunyai 750,000 ahli.

Dengan latar belakang inilah parti AK pimpinan Erdorgan menyertai pilihan raya kali ini dan mereka sangat yakin akan kekal sebagai pemerintah di samping berusaha memecahkan rekod Sulaiman Damires.
 

TGNA : sikit lagi PAS potong Umno

Posted: 11 Jun 2011 07:06 PM PDT

Nuffnang