Selasa, 8 Januari 2013

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Ucapan Adun Bangi Sempena Lawatan Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor Ke Tapak SRA Sungai Tangkas BBB

Posted: 08 Jan 2013 04:33 PM PST

Ucapan Pengerusi Pembangunan Masjid Al-Umm Sempena Lawatan Kerja Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor Ke Tapak Masjid Al-Umm

Posted: 08 Jan 2013 01:44 AM PST

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Will UMNO Continue With Its Insane Lies Against The DAP By Accusing DAP Next Of Being Responsible For Shaariibuugiin Altantuyaa’s Murder?(en/bm/cn)

Posted: 07 Jan 2013 08:15 PM PST

Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng And MP For Bagan In Kuala Lumpur on 8.1.2013.

DAP demands that Umno supreme council member and Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi show proof or else withdraw and apologise for his lies that DAP is printing an astonishing 100,000 Bahasa Malaysia copies of the Bible using the word “Allah”. Mohd Puad's lies are insane and without any basis whatsoever.

Mohd Puad's lies are insane because DAP has never been involved in religion believing that religion is a matter of personal faith for the individual that should neither be exploited nor politicised. Further DAP has neither the resources nor the ability to afford to print and distribute 100,000 copies of a Bahasa Malaysia bible. Unfortunately these insane lies by an UMNO leader was also printed in all UMNO controlled newspapers in New Straits Times, Berita Harian and Utusan Malaysia.

Puad was quoted as saying in a press conference in Putrajaya, “The opposition party(DAP) is planning to print at least 100,000 copies of the Holy Book and will be distributing it for free in several states, including Kedah and Kelantan".

With the approaching general election, will UMNO continue with its insane lies against the DAP to win votes by accusing DAP next of being responsible for Mongolian model Shaariibuugiin Altantuyaa's murder? DAP is disgusted with such dangerous tactics by UMNO that wants to foment hate against the DAP amongst the majority Muslim population and amongst the various religions in Malaysia.

I will direct DAP leaders to lodge police reports for action against Puad and the 3 UMNO-controlled papers tomorrow for such insane and dangerous lies to create public disorder. DAP will also consider other legal measures against Puad and the other 3 UMNO-controlled newspapers.

DAP is not so dishonest like UMNO or BN in playing dirty by not admitting its responsibility. "baling batu, sembunyi tangan". In upholding truth and justice, DAP is willing to pay the price as we will not live a lie.

In footballing terms, BN is like Liverpool Luis Suarez – a racist, diver and a cheat, as compared to DAP willingness to openly admit of a honest mistake made under our own volition without any pressure from BN, just like Liverpool's Robbie Fowler sense of fairplay so many years ago when Robbie protested against the referee for wrongfully giving Robbie a penalty in Liverpool's favour against Arsenal.

Lim Guan Eng

—-BM Version—

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bagan di Kuala Lumpur pada 8.1.2013

Adakah UMNO Akan Meneruskan Fitnah Yang Tidak Masuk Akal Terhadap DAP Dengan Mendakwa Bahawa DAP Bertanggungjawab Ke Atas Pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa?

DAP menuntut supaya Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi mengemukakan bukti atau menarik balik dan meminta maaf atas fitnah beliau bahawa DAP akan mencetak 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah "Allah". Fitnah Mohd Puad tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali.

Fitnah Mohd Puah langsung tidak masuk akal kerana DAP tidak pernah terlibat dalam hal ehwal agama. Pendirian parti menganggap agama itu adalah hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan. Malah, DAP tidak mempunyai sumber kewangan atau keupayaan untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia. Malangnya, fitnah yang tidak masuk akal oleh pemimpin UMNO ini disiarkan dalam semua akhbar kawalan UMNO iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Puad telah dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di Putrajaya bahawa "Parti pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,00 naskhah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Kelantan."

Di ambang pilihan raya umum, adakah UMNO akan meneruskan fitnah yang tidak masuk akal terhadap DAP demi memenangi undi dengan mendakwa bahawa DAP sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan model Mongolia Shaariibuugiin Altantuyaa? DAP berasa meluat dengan taktik UMNO yang bertujuan untuk membangkit kebencian terhadap DAP di kalangan masyarakat Islam dan juga di kalangan masyarakat agama-agama lain di Malaysia.

Saya akan mengarahkan pemimpin-pemimpin DAP untuk membuat laporan polis terhadap Puad dan ketiga-tiga akhbar kawalan UMNO esok kerana menyebarkan fitnah yang tidak masuk akal dan bertujuan untuk mengacau ketenteraman awam. DAP juga akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Puad dan ketiga-tiga akhbar kawalan UMNO tersebut.

DAP bukan parti yang tidak jujur dan bersikap "baling batu, sembunyi tangan", seperti UMNO dan BN yang suka main kotor dan tidak mengaku kesilapan. Demi menegakkan kebenaran dan keadilan, DAP sanggup berkorban daripada menipu.

Dalam konteks bola sepak, BN umpama pemain Liverpool Luis Suarez – seorang rasis, "penerjun" dan penipu, berbanding DAP yang sanggup mengakui kesilapan dengan rela hati tanpa tekanan seperti BN, sepertimana semangat "fair play" pemain Liverpool Robbie Fowler yang dahulu pernah membantah apabila pengadil tersilap memberi penalti kepada Robbie dalam perlawanan menentang Arsenal.

Lim Guan Eng

—-Mandarin Version —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2013年1月8日在吉隆坡发表声明:

巫统会不会继续散布关于行动党的谎言,甚至在接下来指责行动党必须对于阿旦杜亚被杀害一事负起全责 ?

行动党要求巫统最高理事会兼副教育部长莫哈末弗亚医生拿出证据,否则他必应撤回言论并道歉。他诬指行动党正印刷10万本马来文版并使用"阿拉"字眼的《圣经》。莫哈末弗亚的谎言是疯狂、毫无根据的。

莫哈末弗亚的谎言是疯狂的,因为行动党从来没有涉及宗教事务,我们相信宗教是个人的信仰,不应该被利用也不应该被政治化。再说,行动党也没有资源、能力来印刷并派发10万本马来文版《圣经》 。不幸的是,这些出自巫统领袖的疯狂谎言,也被巫统所控制的所有报章《新海峡时报》、《每日新闻》及《马来西亚前锋报》所报道。

弗亚也在布特拉再也的记者会上说"行动党计划印刷至少10万本《圣经》,并且在数个州属包括吉打及吉兰丹免费派送。"

大选即将来临,巫统会不会继续他们对行动党所编撰的疯狂谎言,为了选票,甚至要行动党为蒙古女郎的命案负起责任?行动党觉得嫌恶,巫统竟然玩弄如此危险的手段,企图煽动大多数穆斯林群体及各宗教群体仇恨行动党。

我会指示行动党明天向警方报案,要求警方采取行动对付弗亚及上述三家巫统控制的报章,他们企图利用这种疯狂及危险的谎言来扰乱社会秩序。行动党也会考虑其它的法律途径,对付弗亚及上述三家巫统控制的报章。

行动党不会像巫统或国阵那样不诚实,玩弄肮脏政治还不愿意认错,敢做不敢当。行动党宁愿为了捍卫真相及公义而付出代价,也不愿活在谎言中。

以足球的用词来说,国阵就像是利物浦的 路易斯苏亚雷斯 – 一个种族主义、潜水员也是骗子,不像行动党那样,我们在本身的意愿下诚实地公开承认错误,正如多年以前利物浦的罗比福勒那样公平的竞赛,他在一场对垒阿申纳的竞赛中,遭评判错误罚点球而向评判抗议。

林冠英

Direct Free Kick

Direct Free Kick


PUSAT KHIDMAT ADN CHEMPAKA BUKA BILIK GERAKAN AIR DAN SEDIAKAN PAM AIR UNTUK PENDUDUK.

Posted: 08 Jan 2013 02:22 AM PST

Pusat Khidmat saya telah membuka sebuah bilik gerakan bagi berhadapan dengan kejadian bekalan air yang terputus di sekitar Ampang dan Cheras sejak 10 hari yang lalu.

Bilik gerakan tersebut terletak di Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya dan boleh dihubungi di talian 010 2637 662 ( En. Zahriezan ), 019 759 8622 ( Haji Suhaimi ) dan 013 246 9027 ( En. Hafiz ).

Petugas-petugas bilik gerakan itu akan sedaya upaya cuba membantu penduduk yang berhadapan dengan bekalan air yang tidak menentu iaitu sama ada tiada bekalan langsung atau tekanan air yang rendah.

Mereka juga akan berhubungan dengan Syabas agar Syabas memastikan kawasan-kawasan yang terlibat mendapat bekalan air sama ada melalui lori tangki air atau tangki air statitk.

Di dalam pertemuan di antara saya dan wakil-wakil Syabas pada 4 Januari lepas, saya telah menegaskan bahawa Syabas mesti membekalkan air yang secukupnya ke kawasan-kawasan yang terlibat. Mereka mesti memastikan tangki-tangki statik sentiasa diisi untuk digunakan penduduk.

MPAJ juga mempunyai lori-lori tangki air tetapi jumlahnya amat terhad.

Hadir pada pertemuan tersebut adalah Tuan Haji Yusof Saroji ( Pengarah Eksekutif Operasi Syabas ), Kelvin Siew ( Pengurus Besar Syabas ) dan ahli-ahli Majlis MPAJ bagi kawasan-kawasan terlibat.

Sebagai usaha tambahan Pusat Khidmat saya akan mendapatkan 10 pam air untuk membantu penduduk di pangsapuri-pangsapuri di mana tekanan air adalah rendah. Satu dari pam itu telah diuji di Pandan Jaya tengah hari tadi.

Mereka yang inginkan khidmat pam itu bolehlah menghubungi bilik gerakan.

Petugas-petugas dari Unit Amal Pandan juga telah dikerahkan untuk membantu warga emas dan mereka yang tidak berkemampuan untuk mengangkat air.

Sekiranya terdapat orang ramai yang ingin turut membantu bolehlah menghubungi bilik gerakan.

Walau bagaimanapun ingin saya menegaskan di sini bahawa Syabas adalah sebuah syarikat swasta dan bukan di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri tidak boleh secara lansung menentukan operasi syarikat tersebut. Ini adalah di antara sebab utama kenapa Kerajaan Negeri mahu menstrukturkan semula industri air di Selangor. Agar urusan membekalkan air kepada rakyat ditadbir sendiri oleh Kerajaan Negeri.


Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
8 Januari 2013

Foto-foto : Pam air sedang diuji di Pandan Jaya

1 pam berjaya diuji di Pandan Jaya, 10 lagi akan didapatkan bagi membantu penduduk yang menghadapi tekanan air rendah.

Posted: 07 Jan 2013 09:53 PM PST

KENYATAAN AKHBAR NGO "HAYAT" TENTANG KETIADAAN AIR

Posted: 07 Jan 2013 03:09 PM PST

KENYATAAN AKHBAR "HAYAT" (HAK AIR UNTUK RAKYAT) TENTANG BEKALAN AIR YANG TERPUTUS DI KAWASAN CHERAS DAN AMPANG.

HAYAT kesal dengan kegagalan Syabas untuk membekalkan air yang secukupnya di sebahagian besar taman-taman dan kampung-kampung di Cheras dan Ampang.

Terdapat taman-taman seperti Pandan Jaya, Taman Nirwana, Taman Dagang, Taman Cahaya dan Ampang Mewah yang telah tidak mendapat bekalan air lebih dari satu minggu.

Kami tidak boleh menerima alasan-alasan yang diberikan oleh Syabas kerana adalah menjadi tugas mereka untuk melakukan perancangan dan persedian agar rakyat Selangor sentiasa mendapat bekalan air bersih tanpa gangguan.

Kami tidak yakin lagi dengan keupayaan Syabas kerana telah banyak kali berlaku kejadian ketiadaan air di Selangor. Pada kami Syabas telah gagal maka adalah wajar tugas membekalkan air ini dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.

Kegagalan demi kegagalan kepada sistem Syabas dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya. Pertama kegagalan di rumah pam Wangsa Maju dan kedua di Rumah Pam Pudu Hulu.

Oleh yang demikian kami mahu satu siasatan yang terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat untuk memburuk-burukkan Kerajaan  Negeri.

Siasatan ini mestilah melibatkan pakar-pakar yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor dan didedahkan umum.

Kami juga menuntut Syabas memulihkan bekalan air kepada kawasan-kawasan yang terlibat secepat mungkin.

Hj Arshad Ahmad
Pengerusi
Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT)
019 352 1894
7 Januari 2013

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Tahun baru, pilihan baru

Posted: 07 Jan 2013 07:46 PM PST

NURUL IZZAH ANWAR
8 Januari 2013

Saya percaya setiap ahli politik perlu melihat dan menilai sesuatu perkara dari kaca mata seorang pengundi. Oleh itu sebagai seorang Muslim, Melayu, wanita, ibu dan wakil generasi muda; berdasarkan Daftar Pemilih terkini, wanita merangkumi 50.19 peratus jumlah pengundi keseluruhan – memberikan golongan kami kuasa memilih yang besar tetapi juga tanggungjawab sama besar dalam menentukan masa depan negara lebih baik.

Mengikut pandangan lazim, seorang pengundi akan menggunakan akal dan analisa, diganding dengan perasaan hati, kadangkala emosi dalam membuat pilihan di peti undi.

Paling mencabar adalah memberikan ruang mengguna akal fikiran untuk atasi sentimen perasaan emosi yang mudah diapi-apikan dengan isu menakutkan melalui hujah perkauman, agama atau kehilangan kuasa kelompok.

Dalam Islam, kita disaran tidak menurut nafsu atau perasaan hati yang tidak berpaksikan pemikiran tenang dan menilai semua fakta sesuatu perkara mengikut prinsip kemuliaan dan kebenaran.

Justeru, pada pilihan raya umum akan datang, bagaimana seorang Muslim, Melayu, wanita, ibu dan generasi muda, malah semua pengundi membuat penilaian dan menjalankan tanggungjawab perlu berdasarkan apakah akan menjamin masa depan semua, terutama untuk anak-anak, pewaris negara nanti.

Dengan itu mungkinkah persoalan-persoalan berikut memberikan garis panduan untuk berfikir secara rasional dan bukan mengikut emosi dalam membuat pilihan terbaik? Siapakah lebih beriman, berilmu dan beretika mewakili rakyat membentuk sebuah kerajaan yang akan membela hak rakyat dan tidak mengutamakan kroni dan keluarga dalam pemberian projek berbilion ringgit?

Siapa yang akan hapuskan gejala rasuah yang membarah dan menjarah harta rakyat? Siapa lebih beramanah, bertanggungjawab dan berkebolehan mengurus pentadbiran kerajaan tanpa pembaziran dan penindasan?

Siapa dapat menjamin masa depan anak-anak yang diamanahkan dengan merangka sistem pendidikan, termasuk pendidikan percuma agar modal insan negara lebih berdaya maju dan kompetitif dalam dunia penuh cabaran?

Siapa lebih mampu mengurus ekonomi negara agar kewangan seimbang dan bukan defisit – hutang negara dikurangkan – projek dan pembelian harta kerajaan tidak mahal serta membazir – dasar ekonomi yang telus, adil dan berdaya maju?

Siapa dapat menurunkan harga barang, minyak, kereta, rumah yang akan memberikan kesejahteraan dan keadilan ekonomi untuk semua? Siapa akan perkasakan wanita dan golongan ibu dengan skim caruman wanita tahunan – kemudahan penjagaan anak tersusun – peningkatan penglibatan wanita dalam pucuk kepimpinan dan pemberian peluang merapatkan jurang jantina dalam semua sektor pekerjaan?

Siapa dapat upayakan generasi muda dengan peluang pekerjaan, pendidikan, perniagaan dan kepimpinan dalam membangunkan masyarakat dan negara? Siapa dapat menjamin keselamatan dan membendung kadar jenayah yang semakin tinggi dengan menumpukan tenaga anggota keselamatan lebih kepada memerangi penjenayah dan bukan merisik rakyat?

Siapa dapat beri yang terbaik untuk penjawat awam dari segi memberikan ruang menjalankan tugas secara profesional tanpa gangguan politik – kemudahan hidup – skim gaji dan kenaikan pangkat yang adil?

Siapa dapat menyemak semula dan memperbaiki hak milik tanah peneroka Felda, tanah Kampung Baru Kuala Lumpur serta hak pemilik tanah mahupun perumahan rakyat di seluruh negara agar tidak menjadi mangsa pengambilan tanah untuk keuntungan golongan korporat?

Siapa akan melaksanakan skim gaji minimum yang mampu memberikan rasa terjamin dan kemampuan menyara keluarga tanpa perlu berhutang dengan bank atau ah long setiap bulan?

Siapakah akan menyatukan rakyat majmuk dengan memelihara keseimbangan hak setiap kaum berdasarkan Perlembagaan Persekutuan serta institusi raja-raja Melayu dengan lebih saksama dan harmoni?

Akhir sekali, rakyat wajib menilai pihak mana berusaha memberi fakta agar rakyat dapat berfikir dan pihak mana pula hanya guna sentimen dengan berbagai konspirasi menakutkan atau membangkitkan amarah dan emosi dalam menghadapi PRU?

Jawapannya mungkin terletak pada siapa sedia berdebat dan siapa tidak mahu berdebat agar rakyat tahu siapa patut diberikan amanah mewakili rakyat membina Malaysia lebih baik untuk semua. Tahun baru, pilihan baru!

Dipetik dari Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/tahun-baru-pilihan-baru-1.118965

Khalid Samad

Khalid Samad


Kenyataan Maaf Dr Novandri

Posted: 07 Jan 2013 04:49 PM PST

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti-rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya. Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.


Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui. Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat. Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ianya budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia.

Saya mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara kita.

Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik UMNO/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Melalui kemenangan PR dalam PRU ke 13 ianya akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insyaAllah.

Berkaitan:
Shah Alam MP Khalid and blogger reach settlement (The Star)
Blogger apologises to Khalid Samad for crucifix caricature (The Malaysian Insider)
Pro-Umno blogger apologises to Khalid Samad (Malaysiakini)
Blogger Umno minta maaf kepada Khalid Samad (HarakahDaily)


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


‘Toyol’ pecah kedai dipenjara

Posted: 07 Jan 2013 06:33 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Perbuatan dua sahabat yang layak digelar 'toyol' melakukan pecah kedai dan mencuri pelbagai barangan runcit bernilai keseluruhan RM500 menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Hukuman itu diputuskan selepas kedua-dua mereka, Muhamad Aminurdin Mamat, 32, dari Kampung Kuala Bekah, di sini, dan Muhammad Hishamudin Baharun, 29, dari Kampung Pulau Musang, di sini, mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah bangunan. Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai buruh itu mengaku bersalah melakukan pecah kedai runcit milik Suhaimi Abdul Ghani, 67, terletak di Jalan Kamarudin, di sini, pada 27 Disember lalu lebih kurang antara jam 5 pagi hingga 5.30 pagi. Mereka turut mengaku bersalah telah mencuri enam botol minyak wangi jenama Al-Habib; 13 batang pemetik api jenama Aladin; tujuh kotak pemetik api jenama Yeppi; tiga bungkusan tembakau rokok gulung jenama Cherry Choice; dua bungkusan tembakau rokok gulung jenis perisa Blueberry dan wang syiling berjumlah RM13.70 yang melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM500. Justeru itu, mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala kedua-dua mereka tidak diwakili peguam. Susulan pengakuan bersalah kedua-duanya, Noradila menjatuhkan hukuman lima bulan penjara terhadap Muhamad Aminurdin manakala tiga bulan penjara bagi Muhammad Hishamudin. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 5.05 pagi, mangsa telah pergi ke kedai miliknya bagi membuat persiapan awal sebelum memulakan operasi perniagaan seperti biasa. Bagaimanapun, setibanya di kedai, mangsa ternampak kelibat dua lelaki tidak dikenali sedang terjun dari bumbung kedainya sebelum bertindak menangkap seorang daripada mereka, Muhamad Aminurdin manakala seorang lagi iaitu Muhammad Hishamudin, berjaya melarikan diri. Mangsa membuat laporan di Balai Polis daerah Kuala Terengganu dan susulan laporan dibuat, pada 28 Disember lalu lebih kurang jam 3.15 pagi, Muhamad Hishamudin yang berjaya melarikan diri itu ditangkap ketika berada di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, Chabang Tiga, di sini. Sinar Harian

Penyamun masuk melalui tingkap

Posted: 07 Jan 2013 06:31 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - PORT DICKSON – Seorang pengusaha sebuah kedai serbaneka di sini mengalami kerugian lebih RM1,000 apabila kedainya dipecah masuk, malam kelmarin. Kejadian disedari oleh pemilik kedai, Mohd Ikram Azmi, 26, dan isterinya Nurul Nabilah Kamal, 27, ketika membuka kedai mereka pada jam 9.20 pagi semalam. Mohd Ikram berkata, dia mengesyaki kedainya dimasuki penyamun selepas 4 pagi kerana mesin tambah nilai telefon yang diletakkan di kedainya berfungsi sehingga 3.50 pagi dan selepas itu bekalan elektrik dipercayai diputuskan oleh mereka. "Sebaik memasuki kedai, isteri saya curiga dan bertanyakan kenapa saya tidak menutup laci ketika meninggalkan kedai. Dari situ saya terus mengesyaki kedai dipecah masuk ditambah pula rokok yang disusun pada rak sudah kosong. "Saya segera memeriksa laci tempat menyimpan wang dan mendapati wang berjumlah RM501 turut hilang," katanya ketika ditemui di kedainya, semalam. Menurutnya, dia kemudiannya segera memeriksa bahagian belakang kedai dan mendapati tiga keping cermin tingkap telah dipecahkan selain besinya dibengkokkan. "Sejak setahun saya berniaga di sini, ini adalah kejadian pertama kedai dipecah masuk pencuri dan sebelum ini kedai saya pernah disembur cat dipercayai perbuatan remaja nakal di sini," katanya. Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir remaja di kawasan itu, Mohd Ikram turut menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pencuri ini dengan memberi maklumat terus kepada polis ataupun kepadanya untuk tindakan memerangkap mereka bagi mengurangkan kejadian seperti ini. Katanya, akibat bekalan elektrik yang telah diputuskan oleh pencuri menyebabkan banyak aiskrim cair dan rosak serta tidak boleh dijual lagi. "Pada masa akan datang, saya khuatir kejadian seumpama ini akan berlaku lagi memandangkan kawasan ini sering dijadikan tempat melepak remaja sehingga lewat malam," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lukut. Tinjauan Sinar Harian mendapati, beberapa keping cermin yang dipecahkan dibiarkan berselerak berhampiran kedai berkenaan. Sinar Harian

Nenek, cucu dituduh miliki heroin

Posted: 07 Jan 2013 06:30 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - AYER KEROH - Seorang nenek dan cucunya dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki lebih 2 gram dadah, di Sungai Udang, minggu lalu. Tertuduh, Norma Hamid, 71 dan cucunya Shaharudin Mohd Zin, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majisret, Ida Rahayu Sharif. Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya didakwa memiliki dadah jenis heroin berat kasar 2.3 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Sungai Udang kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 3 Januari 2013. Mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum minima dua tahun dan maksima lima tahun dan sebat dari tiga hingga sembilan kali sebatan. Shaharudin turut dituduh memiliki heroin seberat 0.3 gram pada tarikh, masa dan lokasi yang sama. Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya. Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM3,000 bagi pertuduhan yang dihadapi kedua-dua pertuduhan dan RM3,000 bagi pertuduhan dihadapi Shaharudin. Bagaimanapun, hanya Shaharudin yang merupakan pekerja mekanik merayu jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menyara nenek dan ibunya. Selepas mendengar rayuan tersebut, Ida Rahayu kemudian menetapkan ikat jamin RM1,000 terhadap Norma dan RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dihadapi Shaharudin. Beliau menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Februari depan bagi mendengar laporan kimia untuk mengetahui berat sebenar dadah. Sinar Harian

OKU, pembantu dibunuh kejam

Posted: 07 Jan 2013 06:29 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - MANJUNG - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bersama pembantunya ditemui mati dibunuh kejam di sebuah rumah di New Vilage, Kampung Koh, petang semalam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian itu pada jam 4.30 petang. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku awal pagi semalam sebelum disedari rakan mangsa yang ke kediaman tersebut untuk melawat mangsa. "Mangsa OKU dikenali sebagai Nga Mee Jai @ Nga Mee Kok, 68, manakala pembantunya dikenali sebagai D Hemalata, 23, yang datang setiap hari untuk menjaganya dan membersihkan rumah sebelum pulang pada waktu malam. "Semasa dijumpai, keadaan rumah mangsa berselerak dipercayai dilakukan oleh suspek terlibat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, mangsa OKU mengalami kecederaan di leher manakala pembantunya mengalami kecederaan di kepala. "Kita masih lagi menyiasat motif pembunuhan ini dan suspek terlibat sedang diburu," katanya yang menjelaskan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Jaafar berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Manjung untuk bedah siasat. Sinar Harian

4 polis dibelasah tahanan, sembur serbuk lada

Posted: 07 Jan 2013 06:28 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - BUTTERWORTH - Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam. Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam. Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri. Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari. Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth. "Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang. "Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang," katanya. Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut. "Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT. "Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan," katanya. Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu. Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan. Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya. Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat. "Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian. "Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan," katanya. Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28. "Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor. "Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya," katanya. Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah. Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan. Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit. Sinar Harian

Umno Titiwangsa dicabar debat isu tanah Kg. Baru

Posted: 07 Jan 2013 06:25 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi mencabar Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani untuk berdebat tentang isu 'Umno gadai tanah Kg. Baru'. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) melontarkan cabaran debat itu di dalam satu ceramah di perkarangan pejabat PKWR Titiwangsa di sini Kelmarin. "Saya cabar Umno Titiwangsa untuk berdebat, kamu bentangkan fakta kamu dan kita akan kemukakan segala fakta bahawa Umno sedang menggadaikan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur untuk kaut keuntungan kepada kroni," jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Pemuda PAS Malaysia. Menurut beliau, Umno sengaja membodohkan orang Melayu di Kampung Baru dengan memutar belitkan fakta sebenar. Menurutnya lagi, Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2012 (APPKB) telah diluluskan secara tergesa-gesa, dibahas hanya dalam masa 4 jam sebelum diluluskan di Parlimen. Zamri mengulangi pendirian bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan satu-satunya tanah orang Melayu di tengah kota Kuala Lumpur ini akan dipelihara sepenuhnya hak pemilik dan pewaris yang asal. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan penduduk Melayu di Kampung Baru agar tidak termakan penipuan Umno dalam usaha merampas tanah warisan mereka. "Kita tidak mahu tanah milik orang Melayu di Kampung Baru menerima nasib sama seperti tanah Kg. Abdullah Hukum dan Kg. Kerinchi. "Orang Melayu merempat di tanah sendiri, kononnya mahu dibuat pembangunan. Walhal ia adalah gedung-gedung mewah untuk golongan kaya," ujar beliau. Terdahulu, Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, APPKB 2012 akan dibatalkan dan tanah warisan itu akan dikembalikan kepada penduduk, pemilik dan pewaris yang asal. Turut sama dalam program ceramah itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Cabang Titiwangsa, Zahir Hasan, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Abdul Hadi. Harakah Daily

AES: 34,980 dipanggil ke mahkamah Slim River hari ini

Posted: 07 Jan 2013 06:24 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - TANJONG MALIM: Seramai 34,980 Orang Kena Saman (OKS) diminta hadir ke Mahkamah Majistret Slim River di sini pagi ini bagi sebutan kes saman berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Difahamkan sebutan kes bermula jam 8.45 pagi ini. Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan berada di sana bagi membantu mereka yang dituduh. Sementara itu, satu sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Mohd Misbahul Munir Masduki akan diadakan tengah hari ini di perkarangan mahkamah di sini. Sidang media akan disertai Ketua Penerangan PAS Negeri Ahmad Nuri Al-Amin. Sebelum Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan AES, yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan. Harakah Daily

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat : Pekan Bau, Sarawak 06/01/2013

Posted: 08 Jan 2013 02:07 AM PST


Explain RM207bil Compensation, Says Anwar

Posted: 07 Jan 2013 11:45 PM PST

Malaysiakini

PKR de facto leader Anwar Ibrahim is taking the BN government to task and wants it to explain what became of the RM207 billion compensation allegedly paid by the Japanese government to surviving victims and the heirs of over 30,000 Malayans used as forced labour for the infamous Death Railway from Siam to Burma during World War II.

He has claimed that the money was not transferred to the Treasury when he was finance minister back in the 1990′s.

"I have said that this money was not dispersed to the Treasury. This RM207 billion is something which the present BN government can't stay silent.

"Like the issue brought up in the transfer of suspected illicit funds following the report by the Global Financial Integrity group, where over RM190 billion was unaccounted for. So far, there has not been any comment from the prime minister or the Treasury on this issue. There is a clear neglect of the country’s finances," he said.

Anwar was asked to comment on the revelation by former Perak menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin that the Japanese government had allegedly paid the compensation to the Malaysian government in the 1990′s.

Nizar had said that he does not know if the money is still in the keeping of the government or had already been disbursed to the victims.

“There were 30,000 who had survived to come back to Malaysia, though some had died, they have heirs who formed the Association of former labourers and heirs of the Siam-Burma 1942-1946 railway construction,” Nizar was quoted saying in a Harakahdaily report.

Kenyataan Media Presiden PAS Berhubung Isu Kalimah Allah

Posted: 07 Jan 2013 11:27 PM PST

Harakah

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah” pada bulan januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah “Allah” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah “Allah” tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Aallah” dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (Ali-imran:64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
8 Januari 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


JOM KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

Posted: 07 Jan 2013 08:31 PM PST


Nuffnang