Talam: Kenyataan Muhyiddin malukan BN Posted: 18 Sep 2012 01:30 AM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Predana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan Selangor dengan isu Talam Corporation Berhad (Talam) 'memalukan' BN. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kemungkinan besar Muhyiddin telah diberi maklumat tidak tepat oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang selama ini keliru tentang 'Pelan Pungutan Hutang Talam' (Talam Debt Recovery Exercise). "Seluruh rakyat Selangor tahu bahawa (ketika) pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor dulu Talam berhutang kepada tiga anak syarikat negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - RM28.2 juta, Pendidikan Industri Yayasan Selangor Bhd (PIYSB) - RM248.7 juta dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) - RM115.1 juta "Isu hutang Talam adalah sejak dari zaman pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor lagi, kenapa sejak dulu mereka tidak berusaha untuk mendapatkan kembali hutang dari Talam," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. Beliau yang juga merupakan jurucakap rasmi Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu hutang Talam itu turut mempersoal kerajaan BN yang gagal memungut hutang-hutang tersebut walaupun RM1 setelah tiga kali mereka mencubanya iaitu pada tahun 2005, 2007 dan 2008. Dr Dzulkefly memberitahu, melalui perancangan dan pelan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Talam telah melunaskan hutang-hutang mereka dalam bentuk bayaran yang telah ditetapkan. Malah menurut beliau lagi, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh firma audit bebas KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah satu keputusan yang bijak (a sound business decision). "Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak menbayar walaupun RM1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri," katanya. Laporan itu menyebut bahawa Talam telah membayar RM340.89 juta dalam bentuk tanah dan aset iaitu tanah di Bukit Beruntung - RM150.28, di Bestari Jaya RM105.3 juta, di Ulu Yam dan 60 peratus ekuti saham dalam Ulu Yam Golf dan Country Resort dengan nilai RM22.2 juta. Selain itu tanah di Danau Putra seluas 134 ekar - RM52,1 juta dan 5 unit pejabat di Menara Pandan bernilai RM11.1 juta. Manakala selebihnya yang berjumlah RM51.12 juta pula dibayar dalam bentuk tunai itu RM12 juta dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 juta melalui 'cash assignments' dai EON, RM7.68 juta pula dari kerja 'earthwork' di Universiti Selangor (Unisel). RM9.04 juta diperolehi dari jualan 25,94 ekar tanah di Bukit beruntung dan RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya. Ahli Jawatankerja PAS Pusat itu turut menegaskan Umno-Barisan Nasional mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah tersebut tetapi mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmanatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan persekutuan. harakahdaily/- |
Shahrizat tak usah sibuk agenda wanita Pakatan Posted: 18 Sep 2012 01:27 AM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail (gambar) mengingatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya tidak mencampuri dasar Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan Pakatan Rakyat baru-baru ini. Ini kerana kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan Selangor itu, Umno BN hanya mampu merancang tetapi gagal melaksanakan agenda wanita termasuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, lapor KeadilanDaily. "Berapa ramaikah wanita yang dicalonkan untuk menjadi Ahli Parlimen di kalangan BN? Malah Umno BN juga gagal meletakkan 30 peratus wanita untuk menjadi Ahli Parlimen. "Menteri Wanitapun diletakkan di bawah Datuk Seri Najib Razak. Tidak adakah wanita dalam BN yang layak untuk memangku jawatan itu?" sindirnya ketika dihubungi. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Shahrizat kononnya pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu sebagai ketinggalan zaman. Shahrizat mendakwa semua yang ingin diperjuangkan Pakatan Rakyat sudah dilakukan BN sejak merdeka lagi. Mengulas lanjut, Rodziah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga mencabar bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menyenaraikan kejayaan mengangkat martabat wanita di bawah pemerintahan Umno BN. "Tidak ada pencapaian yang dilakukan oleh mereka! Cuma perancangan tetapi implementasinya gagal. Setiap perancangan itu sepatutnya disusuli dengan tindakan," ujarnya. Beliau berkata, dalam memperjuangkan wanita, Pakatan Rakyat lebih ke depan termasuk meletakkkan lebih ramai calon sebagai Ahli PArlimen. Menurutnya lagi, Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memberi lebih peranan kepada golongan itu untuk menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). "Di Selangor, kita mempunyai hampir 40 peratus bilangan wanita dalam barisan exco dan juga sebagai Adun. Ia melebihi indeks yang disasarkan BN," katanya. Pakatan sasar 40 peratus Menteri Wanita Menurut Rodziah, Indeks Global Jurang Gender menunjukkan wanita Malaysia menduduki tangga paling bawah jika dibandingkan dengan negara-negara Asean lain membuktikan Umno BN mendiskriminasikan wanita. Dalam Indeks Global Jurang Gender sedunia 2012, Malaysia di tangga 97 daripada 135 negara, lebih rendah dari Filipina di tangga 28, Afrika Selatan, (14), Cuba (20), Mozambik (26), Argentina (28), Sri Lanka (31), Kazakhtan (49), Thailand (60), Bangladesh (69), Brunei (76), Indonesia (90). Beliau berkata, wanita perlu diletakkan setaraf dengan kemampuan mereka dalam menyumbang secara signifikan kepada politik, sosial dan ekonomi di Malaysia. "Dalam hal-hal tertentu, wanita patut diberi peluang untuk membuat keputusan tanpa diskriminasi. Sebab itu kalau kita berjaya memerintah, Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan 40 peratus wanita sebagai menteri penuh," katanya. harakahdaily/- |
'Ops Kantoi 2020' dedah konspirasi dalam UIA Posted: 18 Sep 2012 01:10 AM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sebelum ini gerakan mahasiswa di peringkat nasional seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pro-Mahasiswa Nasional dan sebagainya telah mendedahkan dan membongkarkan rahsia di sebalik perancangan konspirasi Ops 2020 yang menunjukkan keterlibatan Umno dalam pilihan raya kampus kali ini. Rentetan daripada itu, beberapa orang mahasiswa yang bertindak sebagai kumpulan volunteer untuk membuat siri-siri pendedahan konspirasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah melancarkan 'Ops Kantoi 2020'. Secara umumnya, perancangan ini telah melibatkan pihak tertinggi dalam Umno dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pejabat Rektor UIA. Siri-siri pembongkaran ini akan disalurkan dan dimuatkan melalui medium FB Buletin Uiam. Semenjak kehadiran rektor yang baru, pelbagai sekatan dan kes yang telah berlaku dan ianya sangat tidak disenangi oleh warga UIA bahkan masyarakat di luar. Tujuan pendedahan ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi adalah untuk menyelamatkan UIA sebagai institusi ilmu yang menjadi kebanggaan Malaysia serta menjaga imej baik UIA untuk jangka masa panjang harakahdaily/- |
Hina Nabi: Himpunan di kedutaan AS Jumaat ini Posted: 18 Sep 2012 01:06 AM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) telah membuat persediaan untuk menganjurkan Perhimpunan Aman bagi membantah filem kontroversi 'Innocence of Muslim' di hadapan Kedutaan Amerika pada 21 September ini sejurus selepas solat Jumaat. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata penerbitan filem itu merupakan satu provokasi melampau yang boleh mencetuskan keganasan seperti berlaku di Libya dan tidak mustahil merebak ke negara umat Islam lain jika tidak dihentikan. "Kita minta Barack Obama mengambil tindakan segera kerana ianya memburukkan lagi persepsi masyarakat dunia terhadap dasar luar Amerika khususnya berkait hubungan dengan negara Islam. "Beliau perlu menunaikan janji awal beliau untuk pulihkan hubungan barat dengan umat Islam," katanya. Sementara itu, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, beliau telah membuat pengerahan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri menghantar sekurang-kurangnya 5 ribu anggota Pemuda PAS dalam himpunan ini. Manurutnya, DPPM juga telah mengarahkan agar 1000 anggota Jabatan Amal untuk menjalankan tugas sepanjang himpunan ini diadakan nanti. Makluman secara rasmi kepada pihak keselamatan katanya akan dibuat dalam masa yang terdekat bagi memastikan bahawa himpunan ini dapat dilaksanakan dengan aman tanpa diganggu oleh provokasi mana-mana pihak. "Kita menggesa agar seluruh umat Islam di negara ini untuk turut serta dalam himpunan aman ini bagi menyatakan rasa cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhamad s.a.w serta menyatakan sikap kita terhadap kebiadapan Sam Becile dan sekutunya yang tidak bertanggung jawab ini. "Kita juga menjemput seluruh pemimpin parti politik untuk bersama dalam himpunan ini sebagai satu isyarat bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima penghinaan terhadap Rasulullah dan tindakan menghina Islam perlu dihentikan segera," katanya. harakahdaily/- |
Penyokong BERSIH bebas tuduhan perhimpunan haram Posted: 18 Sep 2012 12:54 AM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Dua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis. Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008. Menurut mahkamah, terdapat jurang dalam kes pendakwaan ekoran testimoni saksi-saksi yang tidak konsisten. "Berikutan ini, tidak perlu untuk memanggil tertuduh untuk membela mereka. Mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata Hakim Hayatul Akmal. Mereka yang didakwa termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng, paderi Katolik Paulino Francesco Miranda serta peguam S Ashok Kandiah. Yang lain adalah K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah, Ambrose Poh Teik Huat, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Thengaran, Ong Boon Keong, Mohd Fasya Mohd Tajudin, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil and Goh Chien Yee. kesemua mereka berumur antara 29 dan 66 tahun, dengan majoritinya dari Lembah Kelang dan yang lainnya dari Alor Setar, George Town dan Tampin. malaysiakini/- |
Pemimpin BN Songlap RM200,000 Geran Bantuan Setengah Juta Posted: 18 Sep 2012 12:49 AM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM). Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam. Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen. Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000. Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012. Dokumen tersebut, jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi BN yang membantu PBPM mendapatkan geran bantuan. Dalam minit mesyuarat persatuan merekodkan bahawa PBPM perlu membayar RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran tersebut. "Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri," dedah Chegu Bard dalam kenyataannya. "Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen," kata beliau lagi. "Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantiasa menjadi rutin dalam kehidupan mereka. "Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan," tegas Chegu Bard. -KD |
Survival: Najib cuba takutkan orang Melayu Posted: 18 Sep 2012 12:12 AM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu. Kenyataan Najib itu juga didakwa sebagai cubaan secara halus untuk menanamkan sifat kebencian orang Melayu terhadap orang bukan Melayu. "Najib bimbang dengan kebangkitan rakyat, atas sebab itu cuba menggambarkan kepada orang Melayu, survival politik melayu akan hilang jika tidak memilih Umno dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, pagi tadi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang mengatakan survival politik Melayu Islam akan hilang jika memilih BN dalam pilihan raya umum akan datang. Najib dikatakan berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Umno Pekan, 15 September lalu. Tambah Mahfuz, kebimbangan Najib itu menyebabkan presiden Umno itu mengambil pendekatan tersebut, sedangkan apa yang dibimbangi beliau sebenarnya ialah kehilangan kuasa Umno itu sendiri. Justeru, Mahfuz mengingtkan rakyat agar melihat persoalan ini dengan serius bagi membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang. Lebih-lebih lagi, katanya ungkapan Najib itu tidak wajar dikeluarkan ketika seluruh rakyat Malaysia berada di ambang sambutan Hari Malaysia. Beliau juga meminta Najib menghentikan politik kuno tersebut, yang tidak memberikan keuntungan kepada sesiapa, melainkan kepada BN itu sendiri. HARAKAHDAILY/- |
Mahfuz: 'Umno, BN cukup takut hilang kuasa' Posted: 18 Sep 2012 12:02 AM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Pas mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan "survival" Melayu baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan hanya menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat Melayu. Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan itu jelas memperlihatkan yang Barisan Nasional (BN) dan Umno sendiri sedang berada di ambang keresahan. "Kenyataan yang dibuat Najib ini menunjukkan yang mereka cukup takut untuk kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti. "Beliau juga takut jika rakyat berpaling tadah dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan ini supaya rakyat terus bersama Umno," katanya pada sidang media, hari ini. Dua hari lalu, Perdana Menteri berkata yang PRU13 bukan sebarang pilihan raya tetapi penentu kepada survival bangsa Melayu. Mahfuz menambah, kenyataan Najib itu juga akan menambah kebencian masyarakat bukan Melayu negara ini terhadap Melayu. "Saya ingin mengingatkan kepada masyarakat Melayu negara ini agar buat pilihan secara bijak. Kenyataan ini hanya menjurus kepada survival politik Umno, bukan survival politik Melayu," tegasnya. Beliau menambah, rakyat negara ini perlu membuat perubahan yang sewajarnya bagi memastikan pilihan raya umum akan datang akan memberi keadilan kepada semua pihak. "Umno juga terpaksa membuat ugutan agar ahlinya kekal dalam parti. Buktinya mereka dengan senang hati mengugut jika berlaku sabotaj, jawatan dalam parti akan lucut serta-merta. "Ini salah satu cara penghambaan secara halus yang dibuat Umno terhadap ahli mereka," katanya. SINAR HARIAN/- |
Pencacai UMNO Menghina Sunnah Rasulullah Posted: 17 Sep 2012 11:59 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Gambar di atas adalah satu penghinaan yang tiada taranya bukan sahaja ke atas TG Nik Abdul Aziz, tetapi juga ke atas sunnah Rasulullah. Apakah menghirup makanan dari pinggan di pandang sebagai sesuatu yang tidak sopan oleh pencacai UMNO lalu menyamakannya dengan khinzir? Sedangkan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dan kebanyakan ulamak adalah untuk menghabiskan makanan di pinggan. Ia adalah perkara basic di dalam ugama yang ramai pencacai UMNO tidak tahu sebab cetek pengetahuan di dalam pelajaran ugama sendiri. Hadith: Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan" (HR. Muslim) Di dalam Islam yang tidak sopan itu ialah yang mensia-siakan rezeki, yang membazir dan yang tidak habiskan makanan di pinggan/piring untuk menjadi jamuan kepada syaitan. kelab grennboc/- |
Filem hina Nabi: Youtube tak akan buang video Posted: 17 Sep 2012 11:56 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - WASHINGTON: Google menolak permintaan White House untuk membuang video klip yang menghina Nabi Muhammad di Youtube, tetapi akan menyekat akses kepada video itu di negara-negara tertentu. Rumah Putih Jumaat lalu berkata bahawa mereka telah meminta Youtube untuk mengkaji sama ada video tersebut melanggar terma penggunaannya. Youtube, laman perkongsian video dalam talian adalah hak milik Google. Youtube dalam satu kenyataannya Jumaat lalu berkata bahawa video itu boleh didapati dengan meluas di Web dan "secara jelas mengikut garis panduan kami dan akan kekal di Youtube." Filem pendek "Innocence of Muslims" memburuk-burukkan Islam dan Nabi Muhammad. Filem ini berperanan dalam mencetuskan keganasan terhadap kedutaan AS di Timur Tengah. Filem ini turut dipersalahkan kerana memainkan peranan dalam serangan di Libya, di mana Duta AS dan tiga yang lain telah dibunuh walaupun punca sebenar serangan masih di bawah siasatan. Pegawai Amerika Syarikat dan Libya sedang menyiasat sama ada protes di Libya adalah strategi pihak militan, kemungkinan pesimpati al-Qaeda, yang menjalankan serangan terselaras ke atas Konsulat AS di Benghazi dan membunuh warga Amerika. Washington telah menggunakan penyiasat FBI untuk mengesan campur tangan militan di sebalik serangan itu. Sedang protes ke atas video tersebut semakin hangat, Youtube menyekat akses kepada video tersebut di Libya dan Mesir. Youtube memberi alasan "situasi yang sangat sensitif" di kedua-dua negara tersebut. YouTube kemudiannya juga menyekat akses kepada video tersebut di India dan Indonesia selepas kedua-dua kerajaan ini memberitahu Youtube video tersebut melanggar undang-undang mereka. Dalam kenyataannya Jumaat lalu, Youtube berkata video tersebut akan kekal di laman webnya di negara selain Libya, Mesir, India dan Indonesia. "Kami bekerja keras untuk mewujudkan satu komuniti yang boleh berseronok dan juga yang membolehkan orang ramai meluahkan pendapat yang berbeza," jelas kenyataan Youtube. "Ini adalah satu cabaran kerana apa yang okey di satu negara boleh jadi menyinggung di tempat-tempat lain. Video ini - boleh didapati secara meluas di Web – dan secara jelasnya dalam garis panduan kami maka ia akan kekal di Youtube. "Walau bagaimanapun, kami telah mengehadkan akses kepada video ini di negara-negara di mana ia telah diharamkan seperti India dan Indonesia, juga di Libya dan Mesir, memandangkan situasi yang sangat sensitif dalam kedua-dua negara ini. Pendekatan ini adalah sepenuhnya selari dengan prinsip-prinsip yang kami bentangkan pada 2007. " Garis panduan komuniti Youtube mengatakan syarikat itu menggalakkan kebebasan bersuara dan membela hak semua orang untuk meluahkan pandangan yang tidak popular. Tetapi Youtube turut mengatakan ia tidak membenarkan 'ucapan berunsur kebencian'. "Ucapan berunsur kebencian' merujuk kepada kandungan yang mempromosikan kebencian terhadap ahli-ahli kumpulan yang dilindungi," jelas garis panduan itu. "Kadang-kadang ada garis pemisah yang sangat halus antara apa yang dianggap sebagai ucapan berunsur kebencian dan apa yang tidak. Sebagai contoh, secara umumnya adalah okey untuk mengkritik sesebuah negara, tetapi ia tidak okey untuk membuat generalisasi yang menghina orang dari negara tertentu." harakahdaily/- |
Lima rumah diserang kepala angin Posted: 17 Sep 2012 11:53 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KEMAMAN – "Saya lihat depan mata pusaran angin menerbangkan atap zink rumah, waktu itu saya sedang berbaring di atas katil bersama kakak dalam bilik tidur," kata Nor Hamizah Husin, 21, yang terkejut melihat musibah diserang kepala angin yang mengakibatkan atap di lima buah rumah musnah, di Kampung Bukit Mentok, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, sebahagian besar atap dan struktur kayu bumbung musnah hingga ruang dalam rumah dibanjiri air hujan kerana ketika kejadian cuaca hujan lebat. Nor Hamizah yang bekerja di taska berkata, ketika itu apa yang terlintas di hatinya hanya mahu keluar dari bilik tidur dan menyelamatkan diri tanpa terfikir untuk menyelamatkan barang berharga mahupun dokumen penting. "Bukan sahaja zink, malah kayu bumbung rumah juga terangkat. Terkejut dengan kejadian tanpa disangka itu saya dan kakak, Nor Hasiati, 25, bingkas bangun dari katil dan keluar dari bilik tidur. "Waktu keluar kami sekali lagi terkejut kerana lihat keseluruhan atap di ruang tamu juga sudah tiada," katanya sambil mengakui dia tidak keluar kelmarin sebaliknya rehat sahaja di rumah sempena cuti Hari Malaysia. Rumah berkenaan dihuni Nor Hamizah bersama kakak dan ibunya, Robiah Mohamad yang mana ketika itu ibunya sedang makan di ruang dapur. Atap melayang bagai kertas Sementara itu, Robiah yang juga ibu tunggal enam anak berkata, bencana itu berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu kira-kira 10 minit kesemua atap di bahagian ruang tamu dan bilik tidur melayang bagaikan kepingan kertas. "Semasa saya sedang makan nasi, secara tiba-tiba saya dengar bunyi angin kuat disertakan dengan hujan lebat. Saya cepat-cepat menjengah ruang tamu dan lihat atap zink melayang diterbangkan angin. "Ada atap yang jatuh di belakang rumah dan ada yang diterbangkan lebih jauh sehingga ke kaki bukit kira-kira 10 meter di belakang rumah kami. Kemudian saya pergi bahagian depan rumah diikuti dua anak saya yang bergegas keluar dari bilik tidur apabila mereka sedar kejadian cemas itu," katanya. Panik dengan kejadian itu, mereka sekeluarga tidak sempat mengalihkan barang elektrik yang berada di ruang tamu dan ia dibasahi hujan sebelum jiran tetangga serta saudara mara datang membantu mengalihkan barangan berharga. Pun begitu, Robiah yang tidak pernah berhadapan dengan situasi itu seumur hidupnya bersyukur kerana dia dan dua anaknya terselamat serta tidak mengalami apa-apa kecederaan selain cepat mendapat bantuan. Rumah rosak dibaiki segera Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di rumah mangsa semalam mendapati, kerja memasang atap asbestos baru di rumah Robiah dan kesemua mangsa terlibat rancak dilakukan. Terdahulu, Rofiah sekeluarga turut menerima kunjungan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar; pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kemaman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Mentok, Che Wan Daud Che Wan Sulaiman. Dalam pada itu, Che Wan Daud memberitahu, rumah mangsa yang rosak dibaiki segera dan kesemuanya disiapkan semalam agar mangsa tidak mengalami kesulitan. |
Hari tanpa kereta di Brussels Posted: 17 Sep 2012 10:46 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BEBERAPA orang mengayuh basikal di sebatang jalan raya di Brussels kelmarin. BRUSSELS, Belgium - Beberapa batang jalan raya di bandar raya ini tidak dilalui sebuah kenderaan pun sempena Hari Bebas Kereta kelmarin. Sejumlah orang berjalan, berbasikal, menunggang skuter dan memakai kasut roda semasa mereka melalui jalan tersebut. Ia diadakan bagi menggalakkan orang ramai tidak menggunakan kereta ketika berada di kawasan bandar. - Agensi |
16 hilang terowong runtuh di China Posted: 17 Sep 2012 10:20 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BEIJING - Sekurang-kurangnya 16 hilang dikhuatiri tertimbus selepas terowong yang dalam pembinaan runtuh di tenggara China. Agensi media Xinhua melaporkan, anggota penyelamat masih mencari mangsa yang terperangkap selepas terowong yang sedang dibina itu runtuh pada malam Ahad lalu berdekatan bandar Ganzhou, wilayah Jiangxi. Terowong yang runtuh itu membabitkan sebahagian daripada hampir keseluruhan laluan lebuh raya dari utara ke selatan China sepanjang 3,429 kilometer. Sementara itu, pegawai penyelamat berkata, data terkini mangsa terperangkap belum diperoleh. "Dipercayai reka bentuk dan bahan binaan serta struktur kurang bermutu menyebabkan runtuhan itu berlaku," katanya. - AP |
Politik Ganas: Cermin kereta YDP PAS Pekan kena pecah Posted: 17 Sep 2012 09:48 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PEKAN, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat awal pagi tadi. Kenderaan beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Perbuatan khianat itu dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 pagi dan terdapat saksi yang mengatakan penjenayah terbabit merupakan seorang dewasa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5. Beliau dikatakan telah masuk ke rumah mangsa dan melontarkan dua biji baru bata. Salah satu daripadanya terkena cermin belakang dan satu lagi terkena pada bumbung dan bahagian depan kereta berkenaan. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya. Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini. Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit. "Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah berikan petunjuk kepada pihak terbabit. Polis juga diharap dapat bertindak secara adil siasat kes ini", katanya. Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan [Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu. Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian suadara seperti ini. Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudia terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat. Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini]. harakahdaily/- |
[PERLU TAHU] Mengapa Mereka Potong Subsidi Rakyat, Tidak Gaji Menteri? Posted: 17 Sep 2012 09:46 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri 1. Gaji Pokok RM18,000 2. Elaun Keraian RM10,500.00 3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah 4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - 5. Elaun parking RM 5,700.00 Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja Lain-lain kemudahan 1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit. 2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00 6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma. 7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut. 8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. -malique |
Wanita campak anak direman Posted: 17 Sep 2012 09:44 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu. Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya. "Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya. "Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala," katanya. Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit. Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka 'benda' itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya. Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. sinar harian/- |
Ustaz Azhar Idrus gegarkan Kuala Kangsar! Posted: 17 Sep 2012 09:41 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA KANGSAR: Dianggarkan lebih 20,000 hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar berhampiran Koleh Islam Darul Ridzuan semalam. Sejak petang lagi, rakyat dari seluruh negeri Perak berpusu-pusu memasuki Kuala Kangsar untuk bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh Daie Sejut Ummat itu. Pelbagai lapisan termasuklah anak-anak muda, hadir ke program tersebut dan ternyata auranya sangat sehinggat dapat mengumpulkan puluhan ribu masyarakat. Tidak perlu membuat konsert rock yang melalaikan, tidak perlu artis-artis yang popular, hanya seorang Ustaz dapat menarik orang ramai. Telatah Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana dan program tersebut ternyata lebih baik daripada program Kerajaan Negeri iaitu konsert rock malam Hari Malaysia baru-baru ini yang melalaikan umat Islam. Sudah pasti Umno tidak senang dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus semalam! harakahdaily/- |
Sikap Menjengkelkan Penunggang Motosikal Posted: 17 Sep 2012 09:29 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Kita sudah melihat pelbagai kerenah merbahaya penunggang motosikan sama ada bergerak secara melulu tanpa menghiraukan kenderaan lain atau pejalan kaki, mengabaikan lampu insyarat serta kengganan menggunakan lorong motosikal di lebuh raya. Sikap tidak bertanggungjawab itu terus menghantui pengguna jalan raya yang lain kerana turut meletakkan mereka dalam bahaya. Kemarahan orang ramai terhadap situasi sedemikian terus memuncak apabila The Star menerima banyak aduan tentang sikap penunggang motosikal yang tidak menggunakan lorong khas untuk mereka, tidak menghiraukan lampu isyarat serta mengabaikan lintasan zebra. Menurut statistik polis, 225,154 kemalangan yang berlaku di seluruh negara antara Januari dan Jun hingga mengakibatkan kematian berjumlah 1,169 adalah di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. Sikap tidak menghiraukan undang-undang dan tidak sabar adalah antara sebab utama kemalangan motosikal seperti kejadian tragis di Alor Setar pada Ahad lalu apabila seorang remaja terbunuh manakala kakaknya cedera parah. Motosikal mereka dilanggar keretapi selepas mereka cuba menyeberangi landasan walaupun halangan diturunkan. Pihak berkuasa turut mendapati bahawa ramai penunggang motosikal menunggang kenderaan mereka tanpa lesen memandu atau dengan lesen tamat tempoh. Daripada 24,187 kesalahan yang direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, 6,398 penunggang motosikal menunggang tanpa lesen manakala 540 yang lain menggunakan lesen tamat tempoh. mstar/- |
Pasti kini jadi pilihan masyarakat Posted: 17 Sep 2012 09:07 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PENGKALAN CHEPA: Permintaan masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya. Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Hassan Abdullah, berkata, pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam. Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka. "Mereka memerlukan pendidikan akhlak, mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu. "Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,"ujarnya. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia. Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra'. "Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,"ujarnya. Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia. Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu. Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan. harakahdaily/- |
NGO lapor SPRM, dakwa ahli politik terlibat sogokan Posted: 17 Sep 2012 08:26 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ''sogokan'' melibatkan sebuah jabatan kerajaan dan pemimpin kanan sebuah parti politik. Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard mendakwa, sogokan itu melibatkan bayaran komisen 40 peratus yang disalurkan kepada satu syarikat yang kurang dikenali di Klang pada tahun ini. Beliau mendakwa, bayaran itu disalurkan daripada sejumlah bantuan kebajikan oleh kerajaan berjumlah RM500,00 kepada sebuah NGO. Ketika ditemui di Pulau Pinang sebelum kumpulan itu menyerahkan maklumat itu kepada SPRM, Badrul Hisham berkata, bukti tersebut melibatkan surat rasmi dan minit mesyuarat yang berlangusng pada Mac tahun ini. Beliau mendakwa, dokumen berkenaan menjelaskan secara terperinci pihak terbabit. malaysiakini/- |
Russia mahu haram Innocense of Muslims Posted: 17 Sep 2012 08:24 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - MOSCOW - Pihak berkuasa Russia mahu mendapatkan kebenaran bagi mengharamkan film Innocense of Muslims yang telah mencetuskan keganasan dan protes di seluruh dunia. Pejabat Pendakwa Raya semalam berkata, pihaknya akan meminta kebenaran mengharamkan filem tersebut atas alasan ia "ekstremis dan menyinggung penganut" agama Islam. Selain itu Pejabat Pendakwa Raya juga berkata, pihaknya telah menggesa penyedia Internet utama agar menyekat filem itu daripada terus disebar ke seluruh dunia. Filem kos rendah yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) itu telah ditayangkan sejak tiga bulan lalu dan trelernya dimuat naik di YouTube baru-baru ini. Pendakwa Raya berkata, Russia bimbang bahawa filem itu akan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan komuniti Islam di negara itu. Interfax melaporkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya "bersedia untuk memohon kepada mahkamah agar mengiktiraf filem itu, yang disebarkan di Internet dan memudaratkan penganut (agama Islam), sebagai bahan ekstremis." Protes dan keganasan di 20 negara telah meragut 17 nama setakat ini di Afrika Utara dan Timur Tengah sinar harian/- |
Dua firma Jepun tutup operasi Posted: 17 Sep 2012 08:20 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - DUA penunjuk perasaan merosakkan sebuah pasar raya Jepun di Shenzhen, selatan China kelmarin. BEIJING - Sekurang-kurangnya dua firma utama Jepun menggantung operasinya di China ekoran peningkatan protes anti-Jepun pada hujung minggu lalu, kata kedua-dua syarikat berkenaan semalam. Kakitangan kilang Canon Inc. di bandar Zhoushan, dalam wilayah Guangdong di selatan China diberikan cuti dua hari bermula semalam selepas berlaku tunjuk perasaan yang berlaku di berpuluh-puluh buah bandar di negara berkenaan berhubung pembelian tiga kepulauan kecil oleh kerajaan Jepun. Pulau-pulau berkenaan turut dituntut oleh Beijing. "Notis yang diterima menyatakan kami diberikan dua hari cuti dan akan mula bekerja pada 19 September ini," kata seorang kakitangan kilang Canon. Menurutnya, cuti tersebut diberikan "kerana hal ehwal dalaman" pihak pengurusan kilang tersebut. Seorang kakitangan kilang firma Panasonic Corp. di bandar Zuhai yang terletak berdekatan Zhoushan pula memberitahu bahawa mereka diberikan cuti sehingga esok. Pekerja Panasonic itu yang dikenali sebagai Liao menyatakan beberapa pekerja kilang berkenaan melancarkan mogok berhubung pemilikan tiga kepulauan kecil tersebut. Gugusan pulau berkenaan dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun. "Sekitar 12 pekerja China melancarkan mogok kerana isu kepulauan Diaoyu," kata Liao. "Anda tahu, kami marah berhubung isu ini (pembelian kepulauan berkenaan oleh kerajaan Jepun," tambahnya. Media Jepun pula melaporkan Canon menggantung operasinya di dua kilang lain di China semalam. Media negara berkenaan menyatakan, peruncit Jepun, Muji telah menggantung jualan di beberapa kedainya di sini manakala beberapa kedai dan restoran berkaitan Jepun di bandar raya ini turut ditutup semalam. Serangan ke atas beberapa kereta buatan Jepun dan kedai serta restoran berkaitan Jepun turut dilaporkan di sini dan beberapa bandar raya lain pada hujung minggu lalu. Dalam usaha mengawal bantahan tersebut, polis dan media China semalam menggesa penunjuk perasaan supaya bertindak secara rasional dan mematuhi undang-undang serta mengelak daripada menyerang hartanah dan rakyat Jepun. - dpa |
Masalah hakisan, bimbang 'ditelan' sungai Posted: 17 Sep 2012 08:11 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BATU KURAU – Tempoh hampir sembilan tahun sudah cukup perit buat seorang warga emas, di sini, apabila terpaksa berdepan masalah tebing sungai berhampiran yang runtuh setiap kali hujan lebat melanda. Ranyemah Md Said, 75, berkata, sudah 30 tahun dia mendiami rumah berkenaan dan masalah tebing terhakis semakin buruk dalam tempoh hampir sembilan tahun ini. Menurutnya, bukan hanya dia berdepan masalah itu malah beberapa penduduk lain turut menerima nasib sama, namun ada sebahagiannya telah selesai. "Setiap kali hujan lebat, bahagian tebing sungai pasti runtuh sedikit demi sedikit. Kalau dulu jarak rumah dengan sungai 18 meter, kini hanya tinggal sembilan meter sahaja. Saya tidak sanggup kehilangan rumah ini," katanya. Ranyemah berkata, bukan sahaja berdepan masalah itu, masalah banjir juga terpaksa diharungi dan ada ketikanya sehingga ke paras pinggang. Sementara itu, katanya, dahulu rumah asal terletak di kawasan sungai sedia ada, namun nekad mengubah kedudukannya ke hadapan supaya jauh daripada sungai. "Bagaimanapun, usaha tersebut nampaknya tidak berhasil kerana hari ini kedudukan sungai mula menghampiri rumah lagi. "Kejadian terbaru pada Julai lalu, sebahagian besar tebing sungai di belakang rumah runtuh akibat hujan lebat. Lebih merugikan apabila kira-kira 30 pokok buah-buahan musnah akibat hakisan ini," katanya. Sementara itu, anaknya, Normah Mat Isa, 50, berkata, masalah itu menjadi semakin rumit apabila semua pihak yang bertanggungjawab seolah-olah lepas tangan. "Masalah telah berlarutan hampir sembilan tahun tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang penyelesaian. "Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk beberapa kali berhubung dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun tetap tiada maklum balas," katanya. Bagaimanapun pada 2010 lalu pihak berkenaan cuba menyelesaikan masalah penduduk dengan meletakkan batu-batu besar di bahagian tepi tebing untuk mengelak hakisan. "Namun, ternyata ia tidak berkesan apabila kini semuanya runtuh semula dan tebing sungai lebih kerap terhakis. "Difahamkan projek ini telah menggunakan kos sebanyak RM60, 000," katanya. Tambahnya, difahamkan juga peruntukan untuk meluruskan dan membaik pulih sungai itu telah ada, namun hanya pada 2014 sahaja projek berkenaan boleh dilaksanakan. Normah berkata, terbaru dia pernah mengajukan masalah itu ke pengetahuan Menteri Besar, namun tetap tiada jalan penyelesaian. "Penduduk di sini hanya mahu sungai ini diluruskan agar tidak berlaku hakisan dan sepatutnya ia tidak dilengah-lengahkan. Jika pihak yang berkenaan tidak mempunyai peruntukan yang banyak, cukup sekadar meluruskan sungai ini," katanya. Katanya, apabila sungai itu diluruskan, potensi untuk hakisan berlaku akan berkurangan. "Oleh itu, saya berharap masalah ini diselesaikan segera kerana tidak mahu rumah ranap 'ditelan' sungai ," katanya. sinar harian/- |
Bekas polis kanan: Mahathir boleh disiasat kerana subahat Posted: 17 Sep 2012 08:01 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material. Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar. Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat. Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut. Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor. Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan. Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar. Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk "mencuri" sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut. Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA. "Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?," kata Mat Zain. malaysiakini/- |
AWAS!! Baca kalau berani... Posted: 17 Sep 2012 07:54 PM PDT 2 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Khas buat makcik dan pakcik Felda serta mak mak penakan kat hujung kampung. Tepuk dada tanya selera samaada berani atau tidak untuk berubah. Semua tu terletak pada diri anda sendiri.... Yang pasti, segala penerangan atau segala macam hal yang berkaitan untuk anda membuat keputusan dan penilaian telah diberikan... Tak tau la nak kata apa kalau masih ada rasa was-was dan takut mati kebuluran tanpa Be End... Jangan menyesal dikemudian hari sudah.. harakahdaily/- |