Isnin, 9 Januari 2012

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Empangan Hanya Dibina Apabila Penduduk Kg. Tambatuon Setuju - Rahman

Posted: 09 Jan 2012 10:46 PM PST

Cadangan pembinaan projek empangan Tambatuon  di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung  berkenaan tidak memberi persetujuan, kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan.

Walaubagaimanapun, Abdul Rahman memohon kerjasama orang-orang kampung terutamanya pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Bertindak yang membantah rancangan pembinaan projek empangan tersebut untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan.

" Jika pihak kerajaan ingin berbincang dengan penduduk kampung  mengenai  isu itu maka perlulah mereka berbincang dengan sebaik mungkin, tetapi kita pastikan bahawa empangan itu tidak akan dibina selagi mereka tidak memberi persetujuan."

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selesai menghadiri program gotong royong anjuran Jabatan KEMAS Kota Belud yang telah diadakan di kampung itu, baru-baru ini.
Seramai 250 orang penduduk kampung hadir pada majlis itu termasuklah semua pemimpin-pemimpin tempatan dan Jawankuasa Bertindak.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berharap kenyataan beliau di media ini tidak akan diputar belitkan oleh pihak pembangkang.

Jelasnya, antara lain kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali harga meningkat tiga kali ganda.

Menurut Abdul Rahman lagi, pihak pembangkang pada ketika itu, telah membuat usul di dalam Parlimen pada tahun 2008 dan dalam usul itu telah diterima dan telah dibahaskan pihak pembangkang dengan sekeras-kerasnya mengkritik kerajaan kerana tidak mengadakan perancangan yang sistematik bagi menangani isu bekalan beras di negara ini iaitu tidak mencapai ke tahap sara hidup yang diharapkan.

Katanya, pihak pembangkang yang meminta pihak kerajaan membuka jelapang padi baru, menambah peningkatan padi dan sebab itu kerajaan dengan usul yang telah dibahaskan oleh pihak pembangkang di Parlimen maka kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah kawasan  jelapang padi termasuklah di daerah Kota Belud.

" Di mana juga jelapang padi akan dibina perlu ada empangan sebagai contoh di  Kada ada empangan, di Mada ada empangan maka di daerah ini juga memerlukan empangan."

" Jika cadangan pembinaan empangan ini ditolak bermakna pihak pembangkang hipokrit , pada masa yang sama mengkritik pihak kerajaan tetapi pada masa yang sama juga mengkritik kerajaan apabila kita membuat sesuatu." tambah Abdul Rahman lagi. (New Sabah Times)
 




Gambar :
BERBINCANG……Abdul Rahman (duduk kanan) sedang berbincang dengan sebahagian penduduk Kg. Tambatuon selepas selesai majlis gotong royong yang diadakan di kampung itu.

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


MAHKAMAH ALLAH MAHKAMAH RAKYAT

Posted: 09 Jan 2012 02:23 AM PST

(Didunia mungkin terlepas, di akhirat tetap akan dibalas)

Salam 2 all.

Mungkin ramai yang terkedu dengan keputusan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah pagi tadi yang melepaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Saiful. Dengan membaca keputusan sebanyak 3 perenggan, dalam masa tak sampai berapa minit, kes yang mengambil masa lebih 3 tahun untuk dibicarakan, dengan lebih 50 kali penangguhan akhirnya tiba ke penghujungnya.

Pelbagai teori, andaian dan spekulasi muncul didunia cyber; dengan masing-masing pihak membuat rumusan masing-masing.

Bagi yang pro-Anwar dan kaum Anwarinas, mereka meraikan keputusan itu sebagai bukti "Imam Mahdi" mereka tidak bersalah! Tidak pulak terdengar maki hamun mereka Langsung tidak kedengaran tohmahan Hakim "sudah dicucuk hidongnya". Zikir harian mereka bahawa Mahkamah kena beli juga langsung tidak kedengaran yop! Semua puji belaka! Malah mereka berikrar akan adakan lalakan seluruh negara untuk "membersihkan" manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini!

Bagi yang anti-Anwar, anti kaum Seks Bebas LBGT, ada yang mendakwa ada yang tidak kena dengan keputusan Mahkamah ini! Malah ada yang mendesak supaya Peguam Negara dan seluruh pasukannya letak jawatan serta-merta!

Sebab itulah Saidina Ali berpesan, jangan sesekali kamu membuat keputusan atau mengambil tindakan dalam keadaan marah, emosional! Sebab dalam keadaan itu, pembuat keputusan sebenarnya ialah syaitan & iblis.

Sebab itu sebaik menerima keputusan, pertama sekali teman cuba mendapat pengesahan apa sebenarnya yang diputuskan oleh YA Hakim! Setelah mendapat fakta sebenar, teman mengambil wudhu dan beristikharah. Kemudian teman baca balik rekod perbicaraan kes saperti yang dilapur media dari mula lagi, ditambah dengan beberapa fakta yang teman sendiri tahu, dan juga synopsis kedua-dua kes yang teman buat sebagai peguam melibatkan Anwar terdahulu!

Setelah pekena kopi Baling secawan, menghirup udara segar disini, memohon ALLAH menjauhkan dan membuang segala sifat mazmumah yang ada, dan berdoa kepada ALLAH memberikan petunjuk, barulah teman mula menaip komen ini.

PEMBOHONGAN & PUTARBELIT TERBUKTI!

Pertama, keputusan YA Hakim Datuk Zabidin membuktikan bahawa segala tohmahan, fitnah dan putarbelit pembangkang, kaum Anwarinas dan Koonyet:2 adalah pembohongan semata-mata! Iaitu mereka membuat tohmahan, fitnah dan putarbelit kononnya pertuduhan meliwat Saiful Bukhori Azlan oleh Anwar adalah konspirasi jahat Dato' Sri Najib dan Kerajaan Persekutuan! Itulah gendang dan kompang yang dipalu oleh kaum Koonyet:2 dan kaum Anwarinas siang dan malam, pagi dan petang!

Kalau benar saperti tohmahan, fitnah dan pembohongan kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bahawa ini semua satu konspirasi, sudah tentu Mahkamah bukan sahaja akan mensabitkan kesalahan meliwat Saiful terhadap Anwar, malah akan menghukum dia dengan hukuman penjara yang lama!

Tetapi itu tidak berlaku! Malahan YA Hakim membuat keputusan kehakiman melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful. Walaupun teman agak kehairanan kerana keputusan sepanjang tiga perenggan itu hanya mengambil beberapa minit untuk dibaca, tanpa alasan penghakiman yang panjang lebar mengupas segala isu yang berbangkit; namun yang jelasnya tiada sebarang konspirasi atau perancangan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, apatah lagi YAB PM untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan meliwat stafnya Saiful!

Malahan, selepas keputusan kehakiman diumumkan dan Anwar dilepaskan, langsung tidak kedengaran tohmahan, fitnah dan pembohongan mengenai konspirasi itu oleh kaum kaum pembangkang, kaum Anwarinas mahupun Koonyet:2! Sebaliknya pujian melangit diberi kepada sistem kehakiman yang menjadi sasaran fitnah dan tohmahan mereka selama ini! Mahkamah yang adil, permulaan kepada harapan baru, kehakiman yang murni, dan macam-macam lagi pujian yang pasti akan memeranjatkan beruk di Zoo Negara kalau disebut oleh pembangkang sebelum daripada ini!

Cuba mike bayang kalau Mahkamah sabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful. Mike boleh bayang sendiri apa kaum Anwarinas dan Koonyet:2 akan melalak? Pergh..Hakim dah kena beli lah, Mahkamah sundal lah, Hakim pilih masuk neraka lah, akan keluarlah segala macam patwa tok lebai dan ostad mengharamkan Hakim daripada mencium bau syurga, akan berkati-katilah maki hamun sumpah seranah terhadap Dato' Sri Najib, Datin Sri Rosmah dan lain-lain!

Ni namanya politik dualam yop: kalau kena batang hidung sendiri lain hukum, kalau kena batang hidung musuh dema lain pulak hukumnya yop! Dalam bahasa mat rempit, perangai ni dipanggil cakap tak serupa bikin, dalam bahasa omputeh dipanggil hipokrit, dalam bahasa syara' dipanggil..eh, mike tau sendirilah yop..berkembar dengan Abdullah bin Ubay ler!

Kalau ikut teori konspirasi kaum Anwarinas dan Koonyet:2, yang berkali-kali mempersoalkan kredibiliti dan kewibawaan Mahkamah, maka keputusan Hakim hari ini tidak boleh diterima lah yop? Bukankah itu yang mereka lalakkan selama ini! Cuba bayang apa dema kata kalau kita kata keputusan Mahkamah tidak boleh diterima, kita tolak keputusan itu. Pasti mereka akan melalak memaki hamun kita dengan pelbagai label dan tuduhan!

Dan kalau ikut teori kaum Anwarinas bahawa pertuduhan liwat dan perbicaraan di Mahkamah adalah konspirasi Dato' Sri Najib, maka selayaknya mereka semua beratur panjang diluar Seri Perdana di Putrajaya untuk berjumpa, bersalam dan mencium tangan dan kaki Dato' Sri Najib kerana berkonspirasi dengan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah untuk membebaskan Imam Mahdi dema daripada kes meliwat stafnya Saiful Bukhori! Tak macam tu sepatutnya yop?!

Apapun, keputusan Mahkamah adalah bukti jelas betapa Mahkamah dan Hakim-Hakim di Malaysia ini sebenarnya bukan sahaja bebas, malah mempunyai kredibiliti, integriti dan kewibawaan untu melaksanakan sistem kehakiman dan keadilan yang bukan sahaja mematuhi standard piawaian dunia, malah memenuhi kehendak keadilan sejagat!

LIWAT PAKSA LIWAT RELA?

Kedua, perlu diingatkan bahawa aduan yang dibuat oleh Saiful dan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui "dubur" terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa! Maka Pendakwaraya mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut:

  1. mesti ada kemasukan kedalam dubur;
  2. kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan.

Secara peribadi, teman cukop yakin beban pembuktian elemen pertama telah berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur Saiful (penetration of the anus). Ini dibuktikan dengan adanya sampel airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan "liwat" mungkin sudah berlaku.

Cuma pembuktian elemen kedua dikatakan menimbulkan keraguan Sebab itulah Karpal Singh membangkitkan isu samada Saiful dipaksa? Sedangkan kata Karpal Saiful pergi sendiri ke kondominium itu, dia membawa bersamanya pelincir KY Jelly, dia mempunyai peluang untuk lari keluar tetapi tidak berbuat sedemikian, dia tidak menjerit atau meminta pertolongan, dia boleh duduk minum kopi bersama Anwar selepas adengan liwat itu, dia tidak terus pergi buat repot polis, dia masih hadir pertemuan bersama Anwar selepas itu; dan lain-lain faktor yang Karpal dakwa tidak membuktikan ujudnya elemen paksaan atau tanpa rela!

Sebab itu ada yang menegaskan bahawa pembuktian yang dikemukakan sekadar membuktikan kegiatan liwat atas dasar suka sama suka antara Anwar dengan Saiful, tetapi tidak ada unsur paksaan atau tanpa kerelaan! Pendek cerita, tidak ada bukti Anwar 'merogol' Saiful!

Ini sinonim dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar, bila Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa "walaupun kami mempercayai berlaku kegiatan liwat ini, namun bukti mengikut kehendak Akta Keterangan tidak cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan jenayah meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!".

Apa maksud semua ini? Ini bermakna walaupun terlepas dari segi kehakiman dan perundangan, tetapi dari segi moral, etika dan politik; akhlak dan moral Anwar Ibrahim sangatlah diragui untuk melayakkan dia menduduki kerusi kepimpinan pembangkang, apatah lagi menjadi calon bakal Perdana Menteri untuk negara umat Islam Malaysia ini!

Dan itulah pendirian YB Datuk Dr. Hasan Ali semasa menegaskan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, apatah lagi menjadi calon Perdana Menteri. Kerana kata Dr. Hasan Ali, Anwar mempunyai masalah akhlak dan moral yang serius. Sehingga Dr. Hasan Ali membuat keputusan tidak akan pergi menyertai himpunan untuk mendengar keputusan kes peribadi Anwar hari ini!

Apapun, teman mencadangkan kepada Pendakwaraya supaya membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapat kepastian legal samada kesemua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pertuduhan dibawah Seksyen 377B yang dikemukakan itu sudah dipenuhi. Lagipun pihak Pendakwaraya berhak membuat rayuan. Dan teman cukop yakin rakyat pasti mahukan rayuan dikemukakan, agar proses kehakiman dan keadilan dapat dilaksanakan secara baik.

Dan sekarang peluang terbaik untuk Anwar memberikan sampel darahnya kepada pihak berkuasa termasuk Mahkamah untuk mendapat ujian DNA perbandingan dengan DNA Lelaki-Y yang ditemui dalam dubur Saiful. Anwar tidak sepatutnya lagi berdolak dalik, hadapilah kebenaran. Berikan rakyat hak untuk mendapat tahu kebenaran. Teman cabar Anwar supaya bersikap saperti anak jantan, dan serahkan sampel darahnya untuk ujian DNA!

MAHKAMAH ALLAH & SUMPAH LA'NAT

Ketiga, memandangkan Mahkamah manusia sudahpun membuat keputusan, maka sudah tiba masa Anwar berani berhadap dengan Mahkamah ALLAH pulak yop! Apa maksud Mahkamah ALLAH?

Maksudnya ialah Anwar dan Saiful patut menyerahkan hakikat kebenaran aduan kes Anwar meliwat Saiful ini kepada ketentuan Ilahi!

Saiful sudah berbuat sedemikian dari awal lagi. Setelah mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin memberikan nasihat kepada kedua-dua Saiful & Anwar supaya membuat sumpah mubahalah, maka Saiful tanpa sedikit pun keraguan terus mengangkat sumpah "Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Saiful Bukhori Azlan dengan ini bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur saya. Jika saya berdusta, maka la'nat ALLAH akan turun keatas saya dan keluarga saya".

Maka teman cabar Anwar supaya berbekalkan keputusan Mahkamah sivil itu, dia sepatutnya tidak lagi berdolak-dalik untuk melakukan sumpah mubahalah saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri itu.

Malah teman mencabar Anwar, berserta dengan Saiful, mengadakan solat hajat perdana bersama ribuan jemaah lain untuk memohon petunjuk dan hidayah daripada ALLAH, menadah tangan bersama-sama supaya ALLAH menunjukkan diantara Anwar dan Saiful; siapa yang benar, siapa yang salah dan berbohong. Dan kepada yang bersalah dan berbohong itu, diminta ALLAH menurunkan la'nat kepadanya! Doanya mudah, iaitu tuan Imam hendaklah berdoa lebihkurang saperti berikut:

"Ya ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian!

Maka dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH, dengan lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini, dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa diantara Saiful & Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH!

Dan kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah Mu itu dengan menurunkan la'nat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut; dengan cara la'nat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan ketetapan Mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara keduanya. Ameen Ya Robbal 'alamin".

Syaratnya kedua-dua Saiful dan Anwar mesti hadir dalam solat hajat perdana tersebut. Siapa sahaja yang berkelayakan boleh menjadi Imam dan membacakan doa tersebut. Samada Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Tan Sri Harussani Zakaria, Dr. Asri Zainul Abidin atau mana-mana individu lain yang difikirkan layak dan sesuai.

Selepas mengadakan solat hajat dan memohon doa saperti diatas, maka kita serahkanlah kepada ALLAH untuk memberikan ketentuan dan taqdir Nya, insya ALLAH!

Kepada Anwar, bersujud syukurlah kerana ALLAH masih memberi mike peluang kedua. Second chance! Bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah! Tinggalkanlah perjuangan peribadi untuk memuaskan nafsu mike nak menjadi Perdana Menteri. Mike memang sudah tidak layak memimpin negara umat Islam ini. Gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan membuat persediaan ke alam kepastian: alam mati! Mike pun sudah berada di umur "subsidi", umur yang Rasulullah saw sebut sudah layak masuk pencalonan ahli barzakh, umur yang pepatah Melayu sebut "rumah kata pergi, kubor kata mari". Sudah-sudahlah tu, pergunakan peluang dan ruang yang ALLAH beri sebaiknya!

Kepada Saiful, ketewasan didunia bukan bermakna kegagalan selama-lamanya. Jangan lupa, pembalasan diakhirat menunggu mereka yang menzalimi dan menganiaya mike. Kesabaran itu kunci ketenangan. Perbanyakkan doa dan munajat kepada ALLAH Yang Maha Esa, pohonlah kekuatan dan petunjuk kebenaran kepada Nya. Ingat pesan Rasulullah saw, tidak ada hijab dengan ALLAH untuk doa orang yang dizalimi. Berdoalah, kerana doa itu senjata orang muqmin!

Kepada rakyat Malaysia, walaupun Mahkamah perundangan sudah membuat keputusan, namun Mahkamah Rakyat juga punya kuasa yang tersendiri. Masih belum terlewat untuk Mahkamah Rakyat membuat keputusan dan menghukum si durjana. Gunakanlah kuasa itu sebaiknya. Kembalikanlah maruah dan harga diri rakyat dan negara ini! Lakukanlah yang ma'ruf, cegahlah kemungkaran! Pastikan si durjana dihukum sebaiknya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Suara rakyat suara keramat. Hak rakyat hak yang tidak boleh digugat! Satu undi penentu masadepan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini!

Dan kepada rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, keputusan Mahkamah ini sebenarnya membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia dibawah kepimpina YAB Dato' Sri Najib adalah Kerajaan anak jantan. Kerana ini adalah Kerajaan yang tidak mahu "berperang" dengan pembangkang didalam PRU 13 dengan Imam Mahdi pembangkang didalam penjara! Malah Anwar dan juak-juaknya kaum Anwarinas & Koonyet:2 diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk berkempen dan berceramah sampai 'pecah kerongkong'! Jangan ada yang menggatal nak kata hak demokrasi mereka dicabul, sebab sang pencabul pun diberi ruang dan peluang berdemokrasi!

Cuma malangnya slogan mereka ialah DemoKrazy4DemoKerusi!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahualam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

15 Safar 1433

09 Januari 2012

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


【念念有辞】人民是否准备就绪?

Posted: 09 Jan 2012 08:23 AM PST

This column article published on the Website of Chinese newspaper www.chinapress.com.my

2012年1月8日,民主行动党在沙亚南Jubli Perak礼堂举行第13届民主行动党党员代表会议。Jubli Perak礼堂着落在雪州政府的行政大楼范围,属于州政府资产。

308以前,谁都没想过我们能有在此召开大会的一天。Jubli Perak礼堂佈置堂皇,倒也让外州党员多少感受到当家作主的气势。

早上十点,可容纳1200人的礼堂已经坐满。来自外州的同志也不少,或许是因为去年砂州州选时的突破,今年来自砂拉越赴会者人数特别多。

每次在大会上看见东马同志都让我格外感动,他们出席大会从来都没有得到半毛钱津贴,机票、住宿都是自费,可是南中国海阻隔不了他们的热情。当然,亚航廉价机票也必须记上一功,大家真是时时都可以感受到竞争带来好处与便利。

(More......)

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan


煙霧異味飄散影響健康‧紅樹林變垃圾場露天燒

Posted: 08 Jan 2012 06:20 PM PST

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAKYAT ADUN CHANGKAT JONG DI PULAU GANDA SULI

Posted: 09 Jan 2012 06:04 AM PST


TELUK INTAN, 7 Januari - Demi merealisasikan 'DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera' maka ADUN Changkat Jong telah meneruskan misi kebajikan dengan mengadakan program Ziarah Rakyat di Pulau Ganda Suli yang merupakan antara tempat yang paling jauh di dalam kawasan Changkat Jong. Ia bersempadan dengan kawasan Sungai Besar, Selangor yang mengambil masa hampir sejam perjalanan.

Rombongan Ziarah Rakyat dari Teluk Intan terdiri daripada pimpinan PAS kawasan Teluk Intan, Pemuda dan Muslimat kawasan. Ia juga turut diserta oleh pimpinan PAS cawangan Sg. Samak dan Sg. Manila serta penduduk di Pulau Ganda Suli.
Berbincang dengan wakil penduduk Pulau Ganda Suli.



Sebanyak 11 buah rumah telah dilawati. Antara penduduk kampung yang dilawati adalah dalam kalangan warga emas, uzur, ibu tunggal dan yang ditimpa musibah. YB Anuar mengambil kesempatan beramah mesra serta bertanya khabar dengan setiap penduduk kampung yang ditemui.
Sempat ziarah rumah yang ditimpa pokok kelapa.

Isteri YB, Hjh. Faridah turut membantu dengan mencatat masalah rakyat.

YB Anuar turut membuat pemeriksaan tekanan darah kepada seorang penduduk.

Hjh. Faridah Rajiah menyantuni seorang wanita yang kena stroke.

Di samping itu, pihak muslimat kawasan telah mengadakan khidmat pemeriksaan tekanan darah kepada setiap penghuni rumah yang diziarahi terutama kepada warga emas. YB Anuar dan ahli romnbongan telah disambut mesra oleh setiap rumah yang diziarahi. YB Anuar juga menyampaikan sumbangan buah tangan kepada setiap rumah tanpa mengira fahaman politik.

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Posted: 08 Jan 2012 09:56 PM PST

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by Anak Malaysia

Posted: 08 Jan 2012 10:09 PM PST

MAS Guy

So MAS pays him very high fee and on top of that give him free passages to where he wants to go. Well paid him to advise them how to bring MAS down. It seems that he always feels proud of himself for the “Turun Padang” thing.

What does the management sees in him, sampai dia dah step down from being a member of Board of Director then MAS take him again as the advisor.

He is really Panamera Deadwood who gets all the perks. Tak malu betul Martin Barrow ini. Don’t depend on AJ, AMOK’s Crony and Danny to stop the leaklage coz they are the one who created this mess and stir shit in MAS, Martin Barrow pun part of this croonies team.

MAS Guy, think you all better voice out your concern pasal Martin Barrow (Mat Salleh yang tak guna ni)

Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by MAS Guy

Posted: 08 Jan 2012 09:37 PM PST

Anak Malaysia

We all know that this Mat Salleh Martin Barrow is another Panamera deadwood. He should be out of MAS for he has no or very little contributions to MAS. His only contribution to MAS was getting all the free ticket for his personal travel to Japan mainly to see his family.

Hope AJ and the Azman MokhtaR’S CRONY, RASHDAN, will stop this leakage. I wonder how much fees he is receiving as an advisor. Advising what? only God knows!

Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by Anak Malaysia

Posted: 08 Jan 2012 07:05 PM PST

Have anyone ever wonder who this Martin Barrow guy is? Got to know he was one of the Board of Director during Idris Jala & Tg Azmil time. then he step down together with Tg Azmil when they announced the “Secret Share Sawp”.

Now he is back in MAS as the Advisor. Wonder why step down and then come back as Advisor. This Martin guy doesn’t do anything except poke his bloody big nose into all MAS departments. Heard from MAS friends that he will always do a so call “turun padang” before he flies out of klia. He will go to the department look around at the staffs table for info. He also have the habit of taking manuals and circular from the staffs table without asking for permission.
He act as though that he is very concern for the compnay but I think he acting the other way round.

He travels very frequently to klia from Japan, Hong Kong and London (He is from London) and all this are free on MAS and on first class too. Well we only know he travel to and from this place…..he might travel to other part of the world which we doesn’t know. All this are on MAS expenses and I think he is hansomley paid too.

A friend of mind told me that he was in klia on saturday evening before he flies home to London and he went to this deparment called RAMP to do his turun padang. Wonder why as an advisor, you have to go to all departments in MAS and do the turun padang thing? Could he be the one that is feeding info to the bloody pariah TF and is he one of MAS leakage? Nobody ever check or investigate what he does in MAS as an Advisory and why he goes around to all MAS department?

Well anyone out there, any idea WHY?

Comment on Complaints for DBKL by orang lama zonR1

Posted: 08 Jan 2012 06:40 PM PST

diharap semua pihak pengurusan(mc) kawasan wangsa maju seksyen 1 , dapat menganjurkan gotong royong bersama-sama pihak dbkl dan alam flora serta pihak yang bertanggung jawab bagi membersihkan kawasan perumahan penduduk wangsa maju ,seksyen 1 .

kawasan ini sudah terlalu semak mata memandang dari segi kebersihan dan pemandangan ( BLOCK A hingga BLOCK F ). diharap pihak yang bertanggung jawab dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya demi penduduk kawasan ini .

Comment on Launching of the Petition Campaign against the “Bazar Sore” in Prima Setapak by Anak Malaysia

Posted: 08 Jan 2012 06:25 PM PST

Thank you YB for having the Petition campaign yesterday and we hope that the Bazar sore 1Malaysia will not take off. Read in STAR today that the organiser of Sore Market (Lau Kok Heng) is not happy with the petition.

Doesn’t he sees the problem that the residents in Danau Kota is facing now. There is NO need to have such bazar, what more like this one that operate from 12pm-12am.

Lau Kok Heng…why don’t you use your bloody brain…now with the morning market the traffic is bad, what more with the setting up of the Sore Market. Any blind man can see that it will cause many more problem other than traffic congestion. We (The residents of Prima Setapak) are not having negative thoughts but we are talking facts. You are helping to invite more crime, more social illness, causing unpeacefulness and on top of that the market is situated near schools.

STOP talking about some traders trying ot earn some money by setting up stalls at Sore Market. This Sore Market actually benefits the organiser rather than the traders. Now you talked about 1.6ha with 350 stalls…..I can bet you after opening for 1 week or so…the number of stalls will increase to maybe 600. Don’t think you can bullshit the residents here.

I sincerely hope and ask that the residents of PRIMA SETAPAK would fully support YB’s in his petiton campaign against the Bazar sore 1Malaysia. I surely don’t want to face the same problem that been faced by residents in Danau Kota & Setapak Indah now due the “Bazar Larut Malam Danau Kota”

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Menyambut Rombongan Berbasikal Kem PGA

Posted: 08 Jan 2012 03:55 PM PST




Pada 8 Januari 2011, telah menyambut rombongan berbasikal di Kem Batalion 9 PGA Kubang Badak.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Lawatan ke Pandan Indah Raihan 9 Jan 2012.

Posted: 09 Jan 2012 07:25 AM PST

Lawatan ke Pandan Indah Raihan 9 Jan 2012.

Posted: 09 Jan 2012 07:11 AM PST

DATO' HASAN PERLU BAWA KEPADA MAJLIS SYURA BUKAN KEPADA MEDIA.

Posted: 09 Jan 2012 05:24 AM PST

Menurut Perlembagaan PAS, Dato' Hasan Ali mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulamak di atas pemecatan beliau sebagai ahli PAS.

Diharap semua pihak akan menghormati hak beliau ini dan tidak akan membuat apa-apa spekulasi atau keputusan yang terburu-buru sehingga tamat tempoh rayuan atau sehingga Majlis Syura selesai membuat keputusan.

Nasihat saya kepada Dato' Hasan, jangan bawa kepada media tetapi bawa kepada
Majlis Syura yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi di dalam PAS.

9 Januari 2012

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat solat Jumaat di Masjid Al Azim, Pandan Indah 6 Jan 2012.

Posted: 08 Jan 2012 03:23 PM PST

Turun padang ke Pangsapuri Inai, Pandan Indah 8 Jan 2012 untuk meninjau masalah rakyat.

Posted: 08 Jan 2012 03:17 PM PST

Turun padang ke Pangsapuri Inai, Pandan Indah 8 Jan 2012 untuk meninjau masalah rakyat.

Posted: 08 Jan 2012 03:13 PM PST

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


决定吊销阿当阿里学籍 大学已成逼害学生机构

Posted: 09 Jan 2012 07:57 AM PST

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Posted: 09 Jan 2012 01:18 AM PST

Khalid Samad

Khalid Samad


Saya Gembira Kerana Tersilap!

Posted: 08 Jan 2012 11:43 PM PST

Amat jarang sekali seseorang berasa gembira apabila terbukti jangkaan dan ramalannya meleset dan tersilap. Barangkali ini adalah di antara masa-masa yang jarang itu.

Saya ucapkan tahniah pada DSAI dan keluarga atas kemenangan mereka. Semoga kemenangan ini menambahkan lagi pacuan kita bersama ke arah Putrajaya.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada ahli dan penyokong parti komponen PR di atas kehadiran mereka di mahkamah pagi tadi. Kehadiran yang ramai, jelas menzahirkan angin perubahan yang bakal melanda dan menggegarkan BN. Walaubagaimanapun, saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama kerana masih sedang berada di Saudi, menunggu visa untuk keluar. Exit Visa mungkin sesuatu yang pelik, tetapi perlu dilalui bagi mereka yang datang ke Saudi seperti saya.

Saya perlu juga mengucapkan tahniah dan syabas pada Tuan Hakim Mohamad Zabidin yang berani menghukum mengikut lunas-lunas keadilan dan menegakkan prinsip kebebasan institusi kehakiman. Semoga diberkati dan dijadikan titik tolak untuk mengembalikan maruah institusi kehakiman supaya tidak lagi dikudakan pihak pemerintah.Tidak lupa juga tahniah dan syabas kepada pasukan peguam DSAI di atas pencapaian dan prestasi mereka.

Sebelum ini Zaid Ibrahim telah meminta maaf dengan DSAI. Seterusnya tukang pura-pura telah dikeluarkan dari PAS. Sekarang DSAI didapati tidak bersalah. Ianya bagaikan mengiyakan perpatah Inggeris yang berbunyi, "All good things come in threes".

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Nuffnang