Penjenayah diburu Maut ditembak Polis Posted: 28 Apr 2011 06:00 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
TAWAU — Polis Lahad Datu menembak mati seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Oyong' selepas disyaki terlibat dalam empat kes rompakan di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditembak di Kilometer 14, Jalan Silam-Kunak pada 7.35 malam tadi setelah melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba meloloskan diri.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata sebelum itu, Oyong yang menunggang motosikal, dikatakan bertemu seorang rakan apabila terserempak dengan sepasukan anggota polis.
"Sebaik keluar di jalan raya, anggota polis memberi amaran agar berhenti, namun tidak diendahkan suspek, sebaliknya memecut motosikal sehingga polis terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer sebelum berjaya memintasnya.
"Selepas dipintas, penjenayah berkenaan turun dari motosikal dan terus melepaskan satu das tembakan ke arah polis. Polis yang bertindak mempertahankan diri melepaskan dua das tembakan dan mengenai perutnya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Polis Daerah seluruh Sabah hari ini.
Polis menemui sepucuk pistol yang berisi lima butir peluru dan 44 peluru hidup di tempat kejadian.
Hamza berkata, polis juga memburu rakan suspek yang dikenali sebagai Dul Kibe, berusia lingkungan 30-an dengan alamat terakhir di Ladang Permai Lahad Datu, yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.
Katanya, Dul amat dikehendaki polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi polis dengan segera. |
Kemalangan Ragut Nyawa Pembantu Khas Zahid Hamidi Posted: 28 Apr 2011 05:36 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SUNGAI PETANI 28 April — Ahmad Shaari Abdul Rani, pembantu khas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100 cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai esok.
Jurucakap polis berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat.
Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini. |
Liga Juara-Juara: Messi ledak dua gol buat Barca Posted: 28 Apr 2011 02:30 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
MADRID - Bintang Argentina yang dua kali dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia, Lionel Messi meledakkan dua gol bagi membantu Barcelona melakar kemenangan 2-0 ke atas musuh ketat, Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, semalam. - AFP |
Apa motif AS mencipta kekacauan di Syria? Posted: 28 Apr 2011 02:00 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PROTES atau ketidakpuasan hati rakyat terhadap kepimpinan sesebuah negara adalah fenomena biasa yang dapat kita lihat hari demi hari.
Di dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang demokratik, juga terdapat pelbagai pandangan berbeza dan bantahan rakyat terhadap sesuatu isu yang tidak dipersetujui.
Bantahan rakyat dibuat dengan pelbagai cara, sama ada menerusi laman sesawang, memorandum, demonstrasi dan sebagainya.
Cuma sejauhmana tahap bantahan itu ditentukan oleh keadaan semasa sebagaimana yang dapat kita lihat berlaku di Tunisia, Mesir, Bahrain, Yaman dan beberapa buah negara termasuk yang terkini, di Syria.
Penulis tertarik untuk mengupas persoalan ini, khususnya yang berkaitan dengan Syria kerana sudah beberapa kali berkunjung ke Syria, Lubnan dan Jordan yang paling hampir di sempadannya. Dalam kamus Islam selain ketiga-tiga negara ini, termasuk Palestin dikenali dengan bumi Syams yang pernah dikunjungi Nabi Muhammad s.a.w sebanyak dua kali.
Dalam lawatan ke ibu kota Damsyik baru-baru ini, penulis berkesempatan mengunjungi bandar Nawa yang merupakan tempat kelahiran Imam Nawawi Rahimahullah dan juga ke kota Busra, tempat persingahan dan perdagangan sejak zaman Abu Talib bapa saudara Nabi Muhammad membawa baginda ke sana sewaktu kecil.
Di Busra, Nabi Muhammad bertemu dengan Buhaira pendeta Yahudi yang menjadi rahib Kristian, yang melihat sendiri tanda-tanda kenabian Muhammad. Kesan-kesan kota dan tempat pertemuan paling bersejarah dalam dunia Islam masih kekal sehingga kini.
Perjalanan ke kedua-dua kota penting dalam sejarah Islam ini memakan masa dua jam dari kota Damsyik. Kami melewati kota Daraa di mana berlakunya kejadian bantahan rakyat yang berlaku tumpahan darah.
Sebelum itu juga dilaporkan wujud beberapa bantahan kecil di Damsyik. Pada tanggapan penulis, ketika itu bantahan yang diuar-uarkan berlaku di seluruh Syria, hanya meliputi beberapa tempat yang khusus dan tidak menjejaskan perjalanan keseluruhan sebuah negara.
Untuk mudah difahami, misalnya berlaku demonstrasi di Jalan Tunku Abdul Rahman di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, aktiviti rakyat di kawasan sekelilingnya, termasuk di pejabat HARAKAH di Jalan Pahang (kira-kira 4 km dari lokasi), tidak terjejas sama sekali.
Berbalik kepada soal Syria, media antarabangsa seperti CNN dan BBC membuat liputan yang agak besar, khususnya mereka mendakwa Presiden Bashar Assad menjalankan pemerintahan secara kuku besi dan menindas rakyat.
Mereka cuba menyamakan Bashar dengan rejim Zien al-Abiden Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir. Rakyat dihasut supaya bangkit untuk menentang kerajaan.
Penulis tidak berhasrat untuk menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku di Syria. Namun yang paling jelas, dilaporkan minggu lepas Wikileaks mendedahkan bahawa Amerika Syarikat turut campur tangan membiayai golongan pemberontak.
Sebagaimana yang dilaporkan Associated Press (AP) dan Washington Post, Jabatan Negara AS secara rahsia membiayai penentang Presiden Bashar untuk melakukan pemberontakan.
Salah sebuah rangkaian yang ditaja AS adalah Barada TV, sebuah TV satelit yang berpangkalan di London, yang diketuai oleh Malik al-Abdeh, pengasas kumpulan penentang kerajaan yang berada dalam buangan.
Wikileaks mendedahkan bahawa AS telah menyalurkan sebanyak USD6 juta, termasuk beberapa buah kumpulan pembangkang dalam Syria. Untuk memudahkan AS menyalurkan 'sokongan' tersebut, AS baru sahaja membuka kedutaannya di Damsyik.
Bagaimana pun menurut Washington Post, tidak dipastikan sama ada sekarang ini AS masih membiayai penentang Bashar walaupun terdapat dokumen menunjukkan pembiayaan dibuat pada September 2010.
Pentadbiran Presiden Barack Obama tidak menyembunyikan kebimbangan mereka. AS cuba untuk mengaitkan Iran dalam pergolakan di Syria.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner mendakwa Iran membantu Bashar untuk meredakan protes rakyat terhadap syria
Laporan Wikileaks ini sebenarnya mendedahkan bahawa AS secara terbuka memberikan tekanan kepada pentadbiran Bashar supaya agak lunak dalam menangani persoalan Israel, Lubnan dan Iraq di mana Bashar dilaporkan menentang keras campur tangan AS.
Tekanan turut dikenakan terhadap Bashar, kerana beliau melindungi kumpulan Islam yang dianggap sebagai ekstremis oleh AS seperti Hamas, Jihad Islam dan sebagainya.
Yang paling penting Bashar Assad merupakan sekutu rapat kepada Republik Islam Iran yang amat digeruni AS.
Penindasan yang didakwa berlaku di Syria, hakikatnya tidak seteruk yang berlaku di Arab Saudi, Yaman, Bahrain dan sebagainya. AS cuba menutup protes dan pertumpahan darah di negara-negara terbabit kerana mereka adalah sekutunya di Asia Barat.
Berbeza dengan Bashar Assad yang begitu contrast dengan kehendak AS. Bashar rapat dengan Iran, bersahabat dengan Hizbullah di Lubnan dan yang paling jelas melindungi Hamas, Jihad Islam serta lain-lain kumpulan pro Islam yang berjuang membebaskan Palestin.
Dalam ertikata lain kedudukan Syria dan sokongan Bashar terhadap semua ini, merupakan ancaman yang paling besar terhadap negara haram Israel.
Jika dahulunya Mesir menjadi pelindung dan pembantu utama Israel, kini sekutu rapat Israel sudah tumbang. Mesir berada di kawasan Selatan. Di Utara terletaknya Lubnan, yang sentiasa tegang dengan Israel, di sebelah Timur terdapat Syria dan Jordan.
Sempadan Israel-Syria hanya terpisah dengan Bukit Golan. Manakala sempadan dengan Jordan dipisahkan dengan Laut Mati. Perkembangan di Timur Tengah menjadikan kedudukan Israel sudah tidak lagi strategik.
Jika berlaku peperangan, jalan keluar masuk untuk Israel hanyalah di sebelah kanan, menerusi Laut Mati ke Amman, Jordan dan di sebelah kiri Lautan Mediterranean. Selatan ke Mesir sudah tiada, di Utara ada Lubnan, di sebelah Timur Laut, terletaknya Syria.
Israel berada dalam keadaan yang tertekan dan terpaksa mengelakkan peperangan daripada berlaku di kawasan tersebut. Hakikatnya, selepas ketiadaan Mesir, Israel hanya ada Jordan sebagai rakan.
Justeru, dapat difahami bahawa campurtangan AS di Timur Tengah berlaku kerana, AS terpaksa berusaha menyelamatkan kedudukan Israel, kerana ia diancam dengan kebangkitan Islam di negara yang berada di sekelilingnya.
AS tiada jalan lain, selain menjatuhkan Bashar ataupun mengenakan tekanan supaya Syria sedikit lunak dengan Israel. Jika usaha ini tidak dibuat, kemungkinan penghapusan negara haram Israel yang diidamkan umat Islam, hampir menjadi kenyataan.
Harakahdaily/- Oleh : Mohd Rashidi Hassan |
Tukar kerajaan selesai masalah rasuah Posted: 28 Apr 2011 01:45 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 28 April: PAS berpendapat hanya dengan menukar parti pemerintah sahaja akan mampu menyelesaikan masalah rasuah dalam negara.
Bercakap dalam wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Rasuah Pemusnah Tamadun' di Shah Alam petang semalam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, masalah rasuah dalam negara kita sukar diatasi kerana berpunca dari peringkat pemimpin atasan negara.
Ujarnya, ia berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat yang menolak amalan rasuah dan telah dibuktikan pada negeri-negeri diperintah mereka.
"Faktor terpenting kenapa terjadinya rasuah adalah kerana pemimpin itu sendiri melakukannya. Oleh itu perubahan mesti dibuat dari peringkat atasan.
"Dalam konteks Malaysia, satu-satunya cara memerangi rasuah adalah dengan menukar kerajaan sedia ada. Jika perkara ini tidak boleh dilakukan, jangan mimpi gejala rasuah ini boleh diselesaikan," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Selain Nizar, wacana tersebut turut menampilkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk seri Abu Kassim Mohamed, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr Ary Ginanjar Agustian.
SPRM perlu jadi badan bebas
Abu Kassim pula dalam hujahnya berkata, apa yang perlu diperjuangkan oleh seluruh rakyat dan pihak yang menentang rasuah adalah undang-undang bagi membolehkan SPRM manjadi sebuah badan bebas.
Hanya dengan itu katanya, SPRM mampu menjalankan tugas membenteras jenayah rasuah dengan lebih berkesan.
Sebelum ini, Jawatankuasa Khas SPRM yang ditubuhkan di bawah parlimen turut mengesyorkan kepada kerajaan agar hak pendakwaan kes rasuah diberikan sepenuhnya kepada pihak SPRM dan bukan lagi di bawah kuasa Peguam Negara, bagi menjadikan badan itu lebih bebas.
Materialistik punca utama rasuah
Sementara itu, Dr Ary Ginanjar berkata punca utama rasuah di negara ini adalah sikap individu yang terlalu materialistik.
Rakyat negara ini katanya terikut-ikut dengan amalan negara barat sehingga mengenepikan nilai murni.
"Apabila hati sudah terbentuk, tiadak mustahil rasuah akan selesai.
"Sebenarnya kekuatan kita apabila kita mengabdikan diri kepada Allah," katanya.
Harakahdaily/- |
Prosiding Suruhanjaya Kematian Teoh Beng Hock Ditangguh 3 Mei Posted: 28 Apr 2011 01:30 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 28 APRIL : Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei setelah semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.
Beliau berkata pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.
Bercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.
Namun, katanya sekiranya saksi belum selesai memberi keterangan, suruhanjaya akan dilanjutkan seperti yang telah ditetapkan iaitu pada 25 Jun depan.
Seramai 18 saksi yang terdiri daripada 15 pegawai SPRM dan tiga pegawai syarikat telekomunikasi telah dipanggil memberi keterangan bermula Isnin lepas (25 April).
Sementara itu, adik perempuan Teoh iaitu Lee Lan, yang hadir pada prosiding itu kerana menemani rakan mendiang, Mandy Ooi memberitahu pemberita beliau tidak berpuas hati dengan pihak suruhanjaya kerana tidak menyatakan mengapa bapanya, Teoh Leong Hwee perlu hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya pada 4 Mei ini.
"Kenapa bapa saya perlu memberi keterangan dalam suruhanjaya sedangkan beliau telah ditemu bual oleh pakar psikiatri secara tertutup di sebuah bilik di kompleks mahkamah di sini, pada 15 April lepas.
"Bapa saya juga terpaksa datang jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur dan saksi-saksi seperti kami bukannya 24 jam perlu bersedia untuk datang ke suruhanjaya kerana kami perlu mengambil cuti," katanya kepada pemberita dalam bahasa Mandarin ketika ditemui di luar bilik suruhanjaya.
Mandy, yang merupakan bekas rakan sekerja Teoh di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sepatutnya memberi keterangan di suruhanjaya hari ini tetapi diminta untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.
Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.
Tv Selangor/- |
Pusat jangan politikkan isu air Posted: 28 Apr 2011 01:20 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
GUA MUSANG, 28 April: Kerajaan Pusat diingat tidak bertindak seumpama 'lontar batu sembunyi tangan' terhadap isu air di negeri Kelantan.
Ingatan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada majlis penerimaan permohonan milik tanah peneroka Felda Chiku, Aring dan Perasu, di sini.
Katanya, sudahlah bantuan tidak diberikan kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masaalah itu, pada masa yang sama memburukkan kerajaan negeri kerana tidak mampu menyelesaikan isu air.
"Cara ini amat tidak adil, sudahlah kita (kerajaan Pusat) tidak mahu membantu kerajaan negeri, pada masa yang sama memburukkannya pula kononnya kita (kerajaan negeri) gagal menangani masaalah air.
"Kalau negeri lain kerajaan Pusat boleh membantu secara percuma melalui peruntukan 'geran' dengan nilaian ribuan juta, kenapa pada Kelantan tidak boleh dilayan cara yang sama?"soalnya lagi.
Tambah Husam, kerajaan Pusat membantupun tidak sampai RM600 juta dalam tempoh 11 tahun, itupun dalam bentuk pinjaman dan bukannya berupa geran.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan Kerajaan Pusat menghentikan permainan politik terhadap isu air, kerana sumber itu amat penting pada kehidupan manusia.
Jelasnya, sejarah Islam pernah menceritakan bagaimana seorang wanita dijamin masuk syurga apabila membantu seekor anjing yang kehausan di padang pasir.
Menurutnya lagi, masaalah air berlaku hampir di setiap negeri termasuk Pahang sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.
"Namun kerana dendam politik yang tidak pernah berkesudahan Kelantan sentiasa ditekan dan diperbesarkan dalam segenap isu dan masaalah, walaupun negeri lain menghadapi isu yang lebih besar,"ujarnya.
Hanya RM10 untuk miliki tanah
Terdahulu Husam menerima 142 borang permohonan milik tanah peneroka bagi membolehkan mereka mempunyai geran tanah sendiri.
Mereka bukan sahaja bakal mempunyai geran tanah, sebaliknya kerajaan negeri telah mengistiharkan keputusan yang mengejutkan peneroka terbabit apabila mereka hanya perlu melunaskan RM10 daripada RM3,523 premium yang perlu dibayar.
Langkah ini dbuat kerajaan negeri untuk membolehkan semua peneroka memiliki tanah yang mereka terokai itu.
Harakahdaily/- Oleh : Rizal Tahir |
PKR gantung Murali Posted: 28 Apr 2011 01:00 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PETALING JAYA, 28 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantung keanggotaan Murali a/l Subramaniam dari Cabang Puchong berkuatkuasa serta-merta.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jawatankuasa telah menerima aduan daripada empat anggota PKR pada tahun 2010 dan setelah mengadakan pendengaran dan mendapat penjelasan daripada S. Murali, secara sebulat suara mendapati beliau bersalah atas beberapa dakwaan.
Jelasnya, kesalahan itu kerana mengkritik kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengenai peruntukan Kerajaan Selangor terhadap Sekolah-Sekolah Tamil di dalam media, merusuh atau mengganggu perjalanan dialog yang dipengerusikan Dr. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor di Annexe SUK Selangor serta mengetuai sekumpulan orang menyerang Kumareval a/l Subrayan dalam dialog tersebut dan bersikap kasar terhadap Teresa Kok ketika beliau melawat Sekolah Tamil di Puchong.
"Justeru, keputusan Jawatankuasa Disiplin tentang Sdr Murali telah dimaklumkan kepada Biro Politik pada 27 April 2011, dan dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Pusat, Biro Politik memutuskan untuk menggantung keanggotaan Murali dengan serta-merta," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Harakahdaily |
Misteri Tisu Dalam Video Lucah Babak Dua Posted: 28 Apr 2011 12:45 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 28 APRIL : Sejurus selepas video lucah babak kedua Datuk T dinaikkan di Youtube semalam, pelbagai "kecacatan" mengenai rakaman itu terdedah, sama seperti video babak satu yang disebarkan sebelum ini untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain wajah pelaku utama video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' tidak jelas, susuk badan pelaku dan gaya rambutnya terus menguatkan hujah bahawa Datuk T dan juak-juak Umno termasuk media arus perdana menabur fitnah yang begitu jijik sekali.
Faktor paling menonjol dalam klip terbaru adalah visual yang jelas menunjukkan seorang individu membaling kertas tisu ketika orang yang dikatakan mirip Anwar memakai seluar dalamnya.
Sebelum itu pelaku dalam video seks dilihat bersedia memakai seluar dalamnya apabila beliau tiba-tiba berhenti, meletakkan kembali seluar dalam itu di atas katil.
Beliau kemudiannya mengambil kotak tisu di meja bersebelahan katil untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan.
Ketika ini rakaman menunjukkan wanita berkenaan menuju ke bilik air.
Jelas kelihatan dalam video - segumpal tisu kemudian dilontar - mungkin disasarkan ke dalam tong sampah yang berhampiran terletak di bawah meja.
Pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.
Gumpalan tisu yang dilontar itu jelas kelihatan pada saat 0:45 hingga 0:47 dalam video yang disunting itu.
Ia menjadi petunjuk penting kehadiran orang ketiga dalam bilik itu, sekurang-kurangnya ketika pelaku yang dikatakan mirip Anwar dan wanita berada dalam keadaan bogel.
Persoalannya adakah logik Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel malah melakukan aksi seks dan kemudian menawarkan kertas tisu kepada individu berkenaan.
Dalam video pertama yang dimuatkan di Youtube 4 April lalu, bayang-bayang yang begitu ketara di dinding bilik mengundang hujah, kamar berkenaan diterangkan dengan lampu perfileman.
Kamera night vision pula digunakan untuk mendapatkan rakaman hitam putih yang hanya menunjukkan wajah pelaku secara samar-samar.
Tv Selangor/-
|
Dua pegawai kastam ditahan bersama 7kg ganja Posted: 28 Apr 2011 12:45 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KANGAR 28 April – Polis menahan dua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri ini dan merampas tujuh kilogram ganja di kawasan letak kenderaan berat Bukit Keteri di Padang Besar dekat sini malam tadi.
Kedua-dua pegawai berusia 42 dan 44 tahun itu ditahan pukul 9.30 malam, dipercayai sedang menunggu pembeli di kawasan tersebut. – Utusan |
Email 1Malaysia: Rocky sambut saranan Mahathir Posted: 28 Apr 2011 12:30 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 28 April: Penasihat editorial The Malay Mail, Datuk Akhirudin Atan atau Rocky Bru (gambar) menjadi pemimpin media yang pertama menyahut nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad agar media utama bercakap benar.
Dalam tulisan terbaru dalam blognya, Rocky mengkritik pedas langkah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib memberikan projek email 1Malaysia kepada Tricubes Berhad, syarikat yang sedang hadapi masalah kewangan.
Sebelum ini media melaporkan Tricubes adalah syarikat yang sedang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan telah diberikan amaran akan dikeluarkan dari penyenaraian Bursa Malaysia jika tidak menyelesaikan masalahnya.
Syarikat milik penuh kerajaan, Mavcap telah melabur sebanyak RM5.3 juta untuk projek email 1Malaysia ini.
Tricubes adalah anak syarikat kumpulan CIMB Berhad pimpinan Datuk Seri Nazir Razak.
"Keputusan yang baik untuk Tricubes, tetapi pil yang pahit untuk 15,000 pekerja Pos Malaysia," tulis Rocky dalam blognya.
Langkah Mavcap disifatkan Rocky sebagai tindakan penyelamatan yang menggunakan sepenuhnya wang pembayar cukai negara ini.
Sebelum ini, Najib secara peribadi memberi jaminan kepada rakyat Malaysia tidak ada wang awam digunakan untuk projek ini.
Jaminan ini diberikan Najib dalam satu kenyataan melalui Twitter beliau ketika pelbagai pihak bimbang wang awam digunakan untuk projek ini bagi menyelamatkan syarikat yang ada kaitan dengan keluarga beliau itu.
Ekoran itu Najib didakwa telah menipu rakyat Malaysia.
Rocky, penyokong tegar Tun Dr Mahathir, dalam postingnya kali mempertikaikan kenapa projek tidak dibuka kepada umum untuk dibida.
"'Kerajaan sepatutnya membuat perkara yang betul. Kerajaan sepatutnya meminta Pos Malaysia, Myeg dan lain-lain syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk membuat proposal baru bagi projek email 1Malaysia ini," tulis Rocky.
"Ingatlah, 15,000 pekerja Pos Malaysia boleh mengubah keputusan pilihan raya di luar bandar," tambah Rocky dalam tulisannya.
Menjelang pilihan raya umum 2008, sumbangan Tun Dr Mahathir dianggap antara sumbangan bermakna dalam memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat.
Mahathir telah menjadikan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi sebagai 'beg tinju' apabila beliau mengkritik setiap tindakan Abdullah terutama segala aktiviti menantunya, Khairy Jamaludin.
Harakahdaily |
Polis tembak mati tiga lelaki rakyat Indonesia Posted: 28 Apr 2011 12:20 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
MARAN 28 April — Polis menembak mati tiga lelaki warganegara Indonesia selepas dipercayai merompak sebuah rumah peneroka di Felda Jengka 18 di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira 3 pagi, sepasukan polis mengejar tiga lelaki terbabit yang melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.
Beliau berkata, suspek yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang anggota polis sebelum ditembak mati di ladang kelapa sawit berhampiran Felda Jengka 18. — Bernama
|
3 maut dalam serangan terbaru ke atas bas tentera laut Pakistan Posted: 28 Apr 2011 12:00 AM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KARACHI: Sekurang-kurannya tiga maut manakala 15 yang lain cedera selepas sebuah bas tentera laut terkena bom tepi jalan di bandar pelabuhan Karachi hari ini, serangan ketiga seumpama itu minggu ini.
"Bom yang diletakkan di tepi jalan itu meletup apabila bas tentera laut Pakistan melaluinya. Seorang pejalan kaki terbunuh manakala 15 yang lain cedera," kata pegawai kerajaan negeri, Sharfuddin Memon.
Pegawai tentera laut pula berkata, seorang doktor wanita dan pegawai tentera laut turut terbunuh manakala sembilan pegawai lain cedera. "Seorang doktor wanita dan seorang pegawai mati syahid dalam serangan itu dan sembilan lagi pegawai cedera," katanya.
Kelmarin, dua bas yang membawa pegawai tentera laut Pakistan turut dibom di Karachi, menyebabkan empat orang terbunuh. - AFP |
Guru takmir umpama cahaya pada masyarakat Posted: 27 Apr 2011 11:30 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KEPALA BATAS, 28 April: Jasa dan pengorbanan guru takmir yang senantiasa memberikan ilmu di surau dan masjid seluruh Negeri Pulau Pinang tidak pernah dilupakan malahan selalu diingati kerana mereka ibarat cahaya yang menjadi pedoman kepada masyarakat.
Itulah antara kata-kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp), Ustaz Saleh Man ketika merasmikan Ijtimak Guru-Guru Takmir Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Takmir Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2011 di Auditorium Dewan Melinium Kepala Batas, kelmarin.
Baginya peranan yang dimainkan oleh guru takmir di surau mahupun di masjid tidak ternilai dengan wang ringgit walaupun wang merupakan sumber yang perlu ada untuk kehidupan masa sekarang.
"Jasa para Guru Takmir seluruh Pulau Pinang kita amat hargai maka hari ini Unit Takmir Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) meraikan mereka sekali lagi pada majlis ijtimak yang diadakan setiap tahun, " ujarnya.
Menurut beliau, walaupun pendapatan guru takmir tidak setinggi mana namun pengorbanan masa dan tenaga amat penting semata-mata untuk memastikan masyarakat Islam terus beriman, bertaqwa dan hidup dalam keberkatan.
Tidak dinafikan, teguran mereka menerusi kuliah yang diberikan kadang-kadang tidak boleh diterima oleh segelintir masyarakat tetapi hasil ketekunan serta berhemah rata-rata yang tidak faham mengenai ilmu Islam dapat menerima dengan ikhlas.
"Sebenarnya ramai lagi orang Islam sendiri yang tidak mahu hayati Islam secara menyeluruh, maka timbul konflik berkaitan sesuatu perkara. Setelah diberikan secara berhemah kini dah ramai faham," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.
Harakahdaily/- Oleh : Mohd Sabri Said
|
Laluan motosikal antara Km18.1 dan Km19 Lebuhraya Persekutuan hala KL ditutup sebulan Posted: 27 Apr 2011 09:45 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Laluan motosikal antara Km18.1 dan Km19 dekat persimpangan Subang Jaya menghala Kuala Lumpur di Laluan II Lebuhraya Persekutuan akan ditutup mulai hari ini sehingga 27 Mei.
Plus Expressway Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jalan akses keluar ke kawasan pembangunan perniagaan dan stesen petrol di lokasi itu.
Menurutnya semua penunggang ke laluan itu akan dilencongkan ke laluan kecemasan sepanjang tempoh tersebut.
Pengguna dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik yang disediakan di samping mengikuti arahan petugas PLUS di kawasan berkenaan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai penutupan itu boleh menghubungi PLUSLine dengan menelefon 1800-88-0000.
Sinar Harian/- |
Kerajaan perlu telus dalam isu Lynas Posted: 27 Apr 2011 09:00 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 28 April: Sebelum mempertimbangkan panel 'pakar bebas' antarabangsa, kerajaan mestilah bersikap telus kenapa membenarkan Lynas membina dan mengendalikan kilang nadir bumi.
"Dan kenapa Lynas begitu yakin bahawa penelitian semula selama satu bulan akan mengesahkan ia selamat," kata Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Abdul Aziz Raja Adnan bahawa AELB akan mendapatkan pertolongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk memilih pakar bagi mengkaji keselamatan projek kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
Pertama, katanya IAEA ditubuhkan untuk menggalakkan penggunaan tenaga nuklear dan bertindak sebagai polis untuk memeriksa sama ada sesebuah negara itu menjalankan program senjata nuklear secara terselindung.
Pada hakikatnya, kata beliau IAEA membantu negara membangun dalam rancangan mereka untuk membina loji tenaga nuklear.
"Berdasarkan mandatnya ia adalah merupakan satu khayalan untuk membayangkan bahawa IAEA berada dalam kedudukan untuk meletakkan bersama panel "pakar bebas" antarabangsa untuk menjalankan kajian yang tidak dapat dipertikaikan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Begitu juga, tamnbahnya dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang ditubuhkan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk mengawal penggunaan tenaga nuklear.
Peranan AELB adalah untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan dan penggunaan tenaga nuklear dan aktiviti berkaitan di negara ini.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata, AELB telah mengeluarkan lesen kepada Lynas untuk membina dan menjalankan kilang memproses nadir bumi, menyedari sepenuhnya bahawa sisa thorium radioaktif akan dihasilkan.
Malah, ujarnya AELB akan membuka pejabat cawangannya di Gebeng.
Kedua, tambah beliau lagi kerajaan merancang untuk membina dua buah reaktor nuklear.
"Dalam hubungan ini jelas terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kerajaan akan menggunakan thorium sebagai bahan api untuk reaktor nuklear yang dirancang," katanya.
Jelasnya, perlu diingat bahawa Malaysia tidak memihak kepada simpanan plutonium atau uranium berpusat antarabangsa, ini akan menjadi peluang keemasan untuk mendapatkan akses untuk kuantiti thorium yang tidak terhad di tempat sendiri untuk bahan api reaktor nuklear yang dirancang.
Ini juga, katanya lagi bermakna reaktor nuklear kemungkinan besar akan ditempatkan di kawasan Kuantan atau berdekatan di mana laporan akhbar baru-baru ini mendedahkan bahawa salah satu loji nuklear akan ditempatkan di Temerloh.
Ketiga, jelasnya thorium boleh digunakan untuk menghasilkan uranium.
Tambahnya, thorium boleh digabungkan dengan americium untuk membuat reaktor nuklear mudah alih.
Bagaimanapun, ujarnya americium dilaporkan berbahaya dan toksik sepertimana plutonium.
"Ia akan menjadi satu kesilapan besar dan boleh membunuh jika kita mengambil jalan ini untuk menghasilkan loji tenaga nuklear," katanya.
Harakahdaily |
SPRM kesan saksi bantu siasatan Posted: 27 Apr 2011 08:50 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PUTRAJAYA, 28 April: Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan seorang saksi bagi membantu dalam satu kes siasatan.
SPRM dalam satu kenyataan memberitahu saksi berkenaan adalah Abd Rashid Jaffar, 46, (gambar) dengan nombor kad pengenalan 650316-01-5677 yang beralamat terakhir di No 39, Jalan KP 1/2, Taman Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang, Selangor dan No. 56, Parit Hj Abd Salam, Simpang Lima, 83020 Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Sehubungan itu mohon kerjasama kepada sesiapa yang terlihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi berkenaan, menghubungi Pegawai Penyiasat Penolong Kanan Penguasa Roslan Deraoh di talian 03-88800632 atau 012-4275673.
Untuk makluman saksi itu dikehendaki bagi membantu dalam satu kes siasatan SPRM.
Harakahdaily |
Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar Posted: 27 Apr 2011 08:30 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 27 April: Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji guru tahun ini, ekoran bebanan hidup akibat kenaikan harga barangan, membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh PAS berhubung perkara itu selama ini adalah benar.
Walaupun kerajaan BN menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai termasuk penjawat awam, tuntutan Cuepacs yang mewakili sektor awam ternyata dengan sendirinya telah mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji guru tahun ini.
Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN.
Katanya, disebabkan realiti itulah, PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyusun perkara itu dengan kemas dengan menjanjikan pemberian elaun khas sebanyak RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberikan amanah oleh orang ramai memerintah negara ini dalam PRU Ke-13 ini, seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.
"Itu dah ditegaskan oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam Janji 100 Hari Pertama Pakatan Rakyat, namun ia ditertawakan oleh kerajaan BN dengan mengatakan kerajaan akan bankrap jika dilaksanakan perkara itu.
"Pada hal hujah kerajaan BN itu ternyata meleset kerana janji itu sendiri dibuat oleh Pakatan Rakyat setelah mengambil kira segala aspek termasuk kemampuan kerajaan dari segi kewangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Bernama hari ini melaporkan, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.
Katanya, penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka.
Selain itu, beliau berkata, Cuepacs turut mencadangkan agar bantuan sara hidup (COLA) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.
"Ini kerana kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar," katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis di Kangar.
Cuepacs juga, katanya, mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.
"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, PAS memang bersetuju dengan tuntutan itu, malah ia bukan sahaja perlu mengambil kira penyelarasan gaji guru, tetapi juga penjawat-penjawat awam lain.
"Malah dalam hal ini, PAS dan Pakatan Rakyat sendiri berharap agar sektor awam sendiri turut menyokong segala perkara yang dijanjikan seperti yang digariskan dalam Buku Jingga kerana itu semua telah mengambil kira segala keperitan hidup rakyat di semua peringkat," katanya.
Selain itu, katanya, sektor awam dan orang ramai di semua peringkat juga perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana turut berhasrat untuk melakukan pelbagai kebaikan lain lagi jika diberikan mandat memerintah negara, termasuk untuk menangani masalah tol seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.
"Kenaikan tol juga telah kita kenalpasti sebagai punca bebanan hidup rakyat. Jadi jika masalah tol dapat ditangani dengan baik, ia pasti akan turut mengurangkan bebanan hidup kakitangan awam dan semua pihak," tegas beliau.
Harakahdaily/- Oleh : Aziz Muda |
Artis Bob Lokman memilih PAS Posted: 27 Apr 2011 08:00 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
ORANG lulus Universiti Azhar dengan ijazah PhD, bertabur firman dan hadis di hujung jarinya, tidak memilih PAS sebagai medan mengembangkan ilmu dan jihadnya.
Antaranya memilih Umno. Atau Allah memilih mereka menjadi Umno.
Yang Allah pilih menjadi ahli PAS ialah artis penulis lirik Bob Lokman. Dunia Bob dulunya di alam wayang. Tetapi dia memilih menjadi ahli PAS.
Bukan mudah bagi seseorang untuk memilih menjadi PAS. Menjadi hafiz dan PhD. Pengajian Islam belum tentu Allah pilih dia jadi orang PAS, tetapi Bob Lokman, sebagai penulis lirik Allah pilih jadi orang PAS.
Bob Lokman boleh bersyukur atas pemberian Allah itu. Dan umat Islam seluruhnya bersyukur kerana Bob Loman mula menjadi aktivis PAS.
Dia mengaku pilihannya betul setelah ada yang mencemik pemilihannya itu. Itulah ujian awal yang Bob hadapi. Dan mula gelaplah gambar dan karya seninya dari dada TV dan media perdana.
Tetapi Bob tetap memberitahu, setiap kali dia hendak meninggalkan, setelah berada dalam PAS, dia tahu langkahnya adalah betul dan mula merasai manisnya berpolitik dalam PAS.
Orang lain belum merasa manis itu, tetapi Bob sudah merasa manisnya.
Sudah ada rakan-rakan artisnya mula mendekatinya dan mahu mengikutnya.
Begitulah ada orang menyertai PAS kerana mengikut kuliah Tok Guru Mursyidul Am Dato' Nik Aziz. Ada yang masuk kerana terasa sedapnya kata-kata mantik Ustaz Fadzil Noor. Demikian juga memahami Islam melalui kuliah Ustaz Abdul Hadi.
Tetapi ada juga kerana mengikut daya jelas Bob Lokman.
Seperti saya menanda tangani borang menyertai PAS 30 tahun dulu, saya didorong oleh pelakun filem Yusuf Suria. Saya berbuat bersamanya dengan Dato' Asri, pemimpin PAS masa itu.
Tiba-tiba Yusuf berkata kapada saya di depan Dato' Asri, 'I ini bukan orang agama, tetapi I mahukan Islam. You orang beragama, tetapi pasal apa tak mahu ikut Islam?'
Saya tidak dapat memberi jawapan. Lalu dia menyuakan borang PAS kepada saya. Saya ambil borang itu dari tangannya. 'Isi!' suruhnya.
Dato' Asri mengambil borang itu, dia minta kad pengenalan saya. Diisinya borang itu. Saya pun menjadi ahli PAS dan mula merasa manisnya berjuang dalam Islam.
Kira-kira 35 tahun dulu pelakon Yusuf Suria yang banyak berlakon di bawah arahan P.Ramlee dan menyokong kuat Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato' Harun Idris menjadi ahli PAS.
Ke sana ke mari dia menggalas borang PAS. Ramai orang ditemuinya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur diajaknya masuk PAS. Saya tengok beberapa pelakon kecil dan pelakun tambahan yang datang makan di gerainya, Restoran Semporna mengisi borang menjadi ahli PAS.
Dia rajin masuk ke luar-luar bandar berceramah mengajak orang masuk PAS.
Yusuf mahu jadi orang baik. Dia tidak banyak mendapat didikan agama. Jika ada orang PAS yang ada masa, boleh menumpukan penuh masa kepada Yusuf, dia boleh jadi aktivis Islam yang gigih.
Malangnya PAS ketika itu bertempur antara yang menyokong dan menentang Dato' Asri, maka tidak yang dapat membeberi masa untuk membimbing artis-artis yang menyertai PAS masa itu.
Beberapa tahun selepas itu Jamal Mohamad yang dikenali sebagai Jamal Kerdil. Dia meninggalkan terus dunia hiburannya. Isterinya membawanya ke sana ke mari di seluruh negara memenuhi jemputan mengadakan ceramah PAS.
Dia tidak berapa sihat. Selalu masuk hospital. Tetapi bila keluar hospital selalu menghadhirkan diri dalam kegiatan PAS. Dunia hiburannya sudah terputus baginya. Dia tidak suka lagi diingatkan dengan zaman dunia hiburannya.
Bintang-bintang terkenal seperti Tompel, Ibrahim Din dan P.Ramlee yang baik dengannya, kalau boleh nama-nama itu tidak boleh disebut di depannya. Dia tidak suka dikaitkan dengan masa lampaunya.
Di hari tuanya dia tinggal di Dengkil. Dia hari-hari tuanya dengan mengingati kebesaran Allah. Semangat PASnya masih tinggi.
Jika Bob Lokman mahu tahu akan manisnya menyertai politik PAS mengikut pengalaman dan pandangan seorang bekas seorang artis, pergilah berkunjung ke rumah Pak Jamal Kerdil di Dengkil.
Tanya dia tentang manis dan indahnya PAS.
Harakahdaily/- Oleh : Subky Abdul Latif |
Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin Posted: 27 Apr 2011 07:30 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.
Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.
" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T," kata Saifuddin kepada TVSelangor.
" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.
Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.
" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka," kata beliau.
Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk "memperketatkan" fakta kes.
Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.
Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.
Gandingan 'Datuk T" iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana "mahu menyelamatkan negara" .
Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk "membinasakan" Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.
Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.
Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.
" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri," kata Saifuddin.
Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, " kata Saifuddin.
Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.
Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.
Tv Selangor/-
|
Keadaan Rasuah Negara Membimbangkan Posted: 27 Apr 2011 07:12 PM PDT 24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 28 APRIL: Budaya rasuah yang semakin berleluasa di Malaysia kini berada dalam keadaan yang membimbangkan seolah-olah ia tidak dapat dibendung lagi, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Malah katanya, budaya ini juga mula menular sejak 24 tahun lalu terutamanya ketika berada dibawah pemerintahan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Nizar berkata, gejala rasuah ini bukan sahaja akan menyebabkan keruntuhan sistem pentadbiran negara malah ia turut disifatkan seperti najis.
"Budaya rasuah telah wujud dalam Negara kita sejak 20 hingga 23 tahun yang lepas. Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhithaudden sendiri mengakuinya bahawa rasuah telah lama berleluasa di negara ini. Ini bermakna ia bermula sejak bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin negara pada ketika itu, sekali gus berkembang dan terus membiak," katanya.
Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, sebagai contoh pengalaman di Rusia dan Filipina termasuk Arab yang dahulunya mempunyai tamadun sendiri turut tumbang berikutan desakkan rakyatnya sendiri yang menolak rasuah.
"Ya, memang benar rasuah boleh menjatuhkan tamadun. Sekiranya rasuah ini tidak dibendung dan dibasmikan di Malaysia, maka kita juga mungkin akan turut sama jatuh," katanya.
Nizar berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Shah Alam, semalam.
Turut serta dalam wacana tersebut adalah adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr Ary Ginajar dan Zulkifli Bujang sebagai moderator dari Bernama TV.
Jelas Nizar, perubahan yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menukar Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Nizar berkata, tindakan tersebut sedikitpun tidak memberi apa-apa kesan yang baik seperti mana yang dijanjikan kepada rakyat.
"Apabila penerajuan SPRM diambil, rakyat Malaysia dijanjikan dengan satu paradikma baru dimana amalan bukan sahaja akan dikurangkan malah ia akan terus dibasmi," katanya.
"Malangnya, apa yang kita lihat sekarang indeks rasuah semakin hari semakin menurun dan terus menurun," ujarnya.
"Janji yang ditaburkan kepada rakyat selepas Parlimen meluluskan Akta SPRM dan jawatankuasa ditubuhkan ia bukan sahaj gagal malah rasuah terus berleluasa," tegasnya.
Mengulas lebih lanjut, Nizar berkata sewajarnya SPRM dan Peguam Negara tidak berada di bawah nasihat Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.
Soalnya, bagaimana mungkin kedua-dua badan itu boleh menyiasat perkara yang menyentuh kepentingan politik pemimpin-pemimpin Umno-BN.
Tegasnya, oleh yang demikian, Pakatan Rakyat meminta semua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis, Pengerusi Felda, Petronas dan sebagainya haruslah dilantik oleh dan diletakkan di bawah Parlimen.
Menjawab soalan sama ada PAS ingin meniru bentuk kebangkitan rakyat di negara luar untuk melakukan demontrasi jalanan sehingga tertumbangnya pemerintah zalim, Nizar dengan tenang menidakkannya.
"Pakatan tidak pernah meminta rakyat untuk meniru kebangkitan rakyat sehingga jatuh beberapa negara terbabit kerana rasuah dan salah laku.
"Rakyat inginkan perubahan dalam hal-hal berkaitan rasuah, contohnya, kenapa hanya ikan bilis sahaja yang terkena siasatan dan hukuman sedangkan bagaimana dengan isu Khir Toyo dan Taib Mahmud," ujarnya.
Lebih 200 orang hadir bagi menyaksikan wacana rasuah ini sehingga menyebabkan kelancaran majlis ini beberapa kali terganggu dengan pekikan kuat dipercayai dilakukan kumpulan sorak yang dibawa oleh pihak tertentu untuk membuat bising terutamanya ketika Nizar memberikan hujah mantapnya.
Ketika Dr Ary Ginanjar berkata, malangnya dalam suasana wacana itu, iblis dan syaitan juga turut serta, mereka tidak ingin agar rasuah itu dibanteras.
Tv Selangor/- |
Lima Terbunuh Kereta Api Gelincir dihempap Pokok Posted: 27 Apr 2011 06:45 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
TAIPEI 28 April – Sekurang-kurangnya lima terkorban manakala 84 penumpang terdiri daripada pelancong warga China cedera apabila kereta api yang dinaiki dihempap oleh sebatang pokok tumbang ketika melalui kawasan pergunungan di tengah Taiwan.
Menurut pegawai biro perhutanan Taipei, kereta api berkenaan ketika itu sedang melalui kawasan hutan di lereng Gunung Ali sebelum sebatang pokok tumbang lalu menghempap empat gerabak.
Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan jumlah kematian setakat ini seramai lima orang, manakala 84 cedera dengan 42 orang parah.
AFP |
Lagi Serangan Tentera Yemen, Sembilan Terbunuh Posted: 27 Apr 2011 06:30 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SANAA 28 April – Seramai sembilan orang terbunuh dan lebih dari 100 mengalami kecederaan apabila pasukan tentera Yemen melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-rejim di Sanaa semalam.
Menurut sumber, lapan mayat yang terkorban sudah dibawa ke sebuah hospital swasta manakala satu lagi di bawa ke hospital umum berdekatan dengan kem protes yang aktif sejak tiga bulan lalu.
Sementara itu, 10 daripada 100 yang cedera mengalami kecederaan serius.
AFP |
Lapan Tentera AS Terkorban Dalam Serangan di Kabul Posted: 27 Apr 2011 06:15 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KABUL 28 April – Lapan anggota tentera dan seorang kontraktor warga Amerika Syarikat (AS) terbunuh semalam apabila seorang pesara juruterbang warga Afghanistan melepaskan tembakan di pusat latihan NATO.
Walaupun serangan tersebut dipercayai bukan berpunca dari serangan pemberontak, namun ketidakstabilan keselamatan di Afghanistan sejak 10 tahun lalu ditekankan sebagai punca kejadian.
Dalam pada itu, serangan tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai usaha NATO untuk melatih pihak berkuasa Afghanistan bagi menyiapkan diri untuk mengawal keselamatan negara selepas tamat peperangan pada 2014.
AFP |
Sikap Umno: Tak Dapat Tanduk Telinga dipulas Posted: 27 Apr 2011 06:00 PM PDT 23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 28 April: Sebagai warga Malaysia yang merdeka, rakyat mempunyai hak-hak kebebasan untuk menyokong mana-mana parti politik.
"Hak-hak ini dijamin oleh Perlembagaan," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya tindakan penganiayaan tidak direstui oleh rakyat dan lambat laun rakyat yang sedar akan menghukum Umno dengan menolak mereka di dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pertukaran Cikgu Maarof Abdul Mutalib, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen, Segamat yang telah mendapat surat arahan tukar ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi.
Surat arahan daripada Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran itu bertarikh pada 28 Mac 2011 diterima oleh Guru Besar SMK Tenang Stesen pada 19 April, sedangkan arahan tukar itu berkuatkuasa pada 16 April.
Tambahnya, tidak pula dinyatakan sebab apa arahan perpindahan itu dilakukan, tetapi umum mengetahui bahawa Cikgu Maarof adalah suami calon PAS pada PRK Tenang yang lalu, Nomala Sudirman atau Cikgu Mala.
Katanya, tidak juga diketahui bahawa SMK Tanjung Pengelih ada terdapat kekurangan guru.
"Kita juga tahu bahawa Cikgu Maarof mendapat cuti sakit yang sah daripada sebuah Klinik Kerajaan semasa kempen PRU Tenang yang lalu.
"Apakah sebenarnya motif Jabatan Pelajaran Johor bertindak sedemikian?" soalnya.
Beliau juga mempersoalkan jika atas dasar tindakan disiplin kerana Cikgu Maarof dikatakan telah berkempen untuk isterinya, kenapa tindakan disiplin yang sama tidak diambil terhadap Markom Gilan kerana jelas beliau juga menyokong dan berkempen untuk calon Umno kepada guru-guru seperti yang tertera pada video Youtube di internet.
Malah, katanya PAS telah menghantar notis bantahan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung tindakan Markom itu.
"Tindakan double standard ini jelaslah bermotifkan politik balas dendam seperti kata pepatah – tak dapat tanduk telinga dipulas," ujarnya.
Tambahnya, tindakan itu sebenarnya ditujukan untuk Cikgu Mala, juga boleh ditafsirkan sebagai tindakan amaran kepada semua guru-guru supaya tidak terlibat dan menyokong parti-parti pembangkang.
Menurutnya, Umno sebenarnya sangat bimbang dengan tawaran imbuhan RM500 yang akan diberi oleh Pakatan Rakyat, seperti yang tertera di dalam Buku Jingga.
"DMPP tidak terkejut dengan tindakan tidak bertamadun ini. Tindakan yang kuat dipengaruhi Umno ini bukan satu kes baru dan terasing," katanya.
Malah, beliau menambah telah menjadi lumrah kepada para penyokong PAS dari kalangan guru-guru sejak dulu lagi, lebih dahsyat lagi ada beberapa penyokong PAS yang telah ditukarkan ke Sabah dan Sarawak semata-mata di atas inisiatif mereka terlibat dengan PAS.
Sesungguhnya, kata beliau telah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai para guru yang terlibat dengan Umno di peringkat bahagian dan negeri, bahkan terdapat mereka yang memegang jawatan-jawatan penting dalam Umno duduk dengan selesa.
"Mereka juga tidak pernah termimpi akan diambil tindakan disiplin. Anehnya Umno menabik dada bahawa mereka adalah sebuah parti yang sentiasa membela rakyat. Sedangkan tindakan penganiyaan terhadap guru-guru tersebut dicemuh oleh semua yang mempunyai pemikiran yang waras," ujarnya.
DMPP, tegasnya amat kesal dengan tindakan Umno yang tidak demokratik itu dan mendesak agar tindakan itu ditarik balik.
"Adalah satu tindakan yang mulia untuk berpatah balik jika kita tersilap melakukan sesuatu tindakan," ujarnya.
H/daily |