|      Kenaikan gaji tentera patut diselaras bawah JPA       Posted: 12 Mar 2013 01:44 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
        KUALA LUMPUR: Pengumuman kenaikan gaji dan pemberian dividen sebanyak 16 peratus  kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat tidak sesuai pada masanya  dan sekali gus ianya disifatkan sebagai umpan politik. 
 
 
 
 Demikian tegas Presiden Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota  Tentera Malaysia (Kerabat), Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar).  
  Katanya,  pengumuman itu dibuat kerana kerajaan Umno BN merasakan undi tentera  bakal memihak kepada mereka memandangkan lebih 20 kerusi parlimen  mempunyai undi pos.
  Nazari juga tidak menolak berita baik yang  bakal dinikmati oleh tentera itu ekoran pelbagai tawaran dibuat oleh  Kerabat termasuklah menaikkan elaun RM300 kepada RM500 kepada bekas  tentera dan menyediakan perumahan percuma melalui Lembaga Tabung  Angkatan Tentera (LTAT).
  Beliau turut mempersoalkan pengumuman 16  peratus dividen antara jumlah yang paling besar yang mana sepatutnya  diumumkan dan diberikan pada setiap akhir tahun.
  "Pengumuman yang tidak kena pada masa, biasanya diberi paling lewat akhir November ke Disember setiap tahun.
  "Kenyataan  ini adalah umpan kerajaan BN, tambahan pula tentera kita berhempas  pulas menggadai nyawa dalam Ops Darurat, dalam masa yang sama kerajaan  bagi imbuhan dan kononya kerajaan prihatin kepada tentera," katanya  kepada Harakahdaily.
  Bagaimanapun katanya, tentera berterima  kasih kepada kerajaan kerana duit yang diberikan untuk kenaikan gaji itu  adalah duit daripada pencarum LTAT.
  Tambahnya, kenaikan gaji  kakitangan tentera sepatutnya diselaraskan di bawah Jabatan Perkhidmatan  Awam (JPA) dan ianya dibentangkan dalam kabinet terlebih dahulu. 
  "Kenapa JPA tidak terlibat, hanya tentera dan polis sahaja. Sebab mereka hendak beli undi pilihan raya," tegasnya.
  Hari  ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan  pencarum LTAT akan menerima dividen dan bonus 16 peratus bagi tahun  kewangan 2012, naik satu peratus berbanding tahun sebelumnya.
  Bayaran  itu merangkumi dividen tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas  lapan peratus dalam bentuk unit amanah, yang turut mencerminkan  kenaikan 11.6 peratus di dalam pembayaran keseluruhan berbanding RM680.4  juta yang dicatatkan pada 2011.
  Semalam pula, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan  gred jawatan atau gred gaji bagi pasukan ATM dan Polis Diraja Malaysia  (PDRM).
  Kenaikan gred gaji itu dilakukan melalui Sistem Saraan  Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,  katanya. 
 
 harakahdaily/-     |   
    |      Banduan mati dalam lokap       Posted: 12 Mar 2013 01:38 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 
 
                                                                                                  Paramasivam memberitahu kepada media mengenai kematian seorang banduan dalam lokap ditemani oleh Kong Soon (kiri).                                    IPOH – Seorang banduan yang dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan  selepas didapati bersalah mencederakan seorang peniaga, Isnin minggu  lalu, ditemui mati dalam lokap di Balai Polis Kampar, pagi kelmarin.    Lelaki berkenaan, M Ragu, 47, ditemui mati dalam keadaan terbaring di  sel pada jam 8 pagi oleh seorang pengawal lokap yang sedang menggerakkan  11 suspek lain untuk bersarapan.    Si mati seorang pengganggur ditahan mengikut Seksyen 324 Kanun  Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan  senjata di sebuah kedai di Malim Nawar.    Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, Pegawai  Perubatan Hospital Kampar mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia  ketika dipanggil ke lokap.    "Ketika kejadian, lelaki berkenaan tinggal berseorangan di dalam sel  itu. Selain pegawai perubatan, Majistret Mahkamah turut hadir dan  mengesahkan bahawa tiada unsur-unsur jenayah berlaku.    "Mayat dibawa ke Hospital Kampar dan seterusnya dihantar ke Hospital  Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya pada sidang media di  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.    Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh  'Pulmonary Embolism'(PE) selain mengesahkan tiada sebarang kesan  kecederaan trauma pada tubuhnya.     "PE disebabkan arteri utama paru-paru tersumbat menyebabkan gejala  kesukaran bernafas, sakit dada dan mengakibatkan tekanan darah rendah  serta boleh berlaku kematian secara tiba-tiba.    "Sepatutnya, Ragu dibawa ke Penjara Tapah hari ini (semalam) selepas  dijatuhkan hukuman Jumaat lalu dan dia mempunyai 18 rekod lampau bermula  dari tahun 1985," katanya.    Ditanya mengenai dakwaan ahli keluarga yang tidak berpuas hati dengan  tindakan polis, Paramasivam mengarahkan Ketua Polis Daerah,  Superintendan Ng Kong Soon untuk lengkapkan siasatan secepat mungkin. 
 
  "Saya meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana  siasatan yang sewajarnya akan dijalankan. Kita tidak pernah melindung  apa-apa dan sekiranya ada pihak bertanggungjawab, tindakan akan diambil  mengikut undang-undang," katanya. 
 
 sinar/-      |   
    |      Mohon campur tangan MPKK       Posted: 12 Mar 2013 01:26 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 
 
                                                                                                  Yik Hou menunjukkan kawasan tanah cerun berhampiran kawasan pembinaan berkenaan.                                  SUNGAI SIPUT - Majlis Perbandaran Kuala Kangar (MPKK) digesa campur  tangan bagi menangani masalah hakisan cerun di tapak projek pembinaan  rumah di Taman Kledang di sini.    Tinjauan Sinar Harian, mendapati barisan rumah yang dibina berhampiran  dengan ladang kelapa sawit di situ, berisiko besar untuk berdepan dengan  kejadian tanah runtuh.    Ketika ditemui, pemilik ladang kelapa sawit berkenaan, Khooi Yik Hou  berkata, pihaknya telah dua kali membuat aduan berhubung perkara  berkenaan khususnya bagi memohon agar 'tanah sempadan' dibina demi  mengukuhkan struktur cerun di situ.    Bagaimanapun, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan yang dibuat bagi menangani permasalahan berkenaan.    "Sudah dua kali saya membuat aduan mengenai perkara ini. Yang pertama pada 2010 dan yang kedua pada Jun tahun lalu.    "Malah, wakil bagi pihak MPKK juga ada datang ke sini melihat kejadian  sebenar. Tetapi keadaan menjadi agak tegang hingga mengakibatkan  pergaduhan kecil. Mujur tidak berlaku sesuatu yang serius," katanya.    Sementara itu, ketika dihubungi, jurucakap MPKK menyatakan mereka telah  menyerahkan pelan serta kaedah yang perlu dibuat oleh pihak pemaju.    Bagaimanapun, kelewatan pihak pemaju melaksanakan pelan itu dipercayai menjadi punca kepada rungutan Yik Hou.    "MPKK sudah sediakan pelan untuk dilaksanakan pihak pemaju. Oleh itu,  kita harap mereka akan dapat melaksanakan segera semua cadangan itu bagi  tujuan penstabilan cerun.    "Kita akan pantau dari semasa ke semasa," katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                       sinar/-      |   
    |      Temui ajal ambil bola dalam parit       Posted: 12 Mar 2013 01:23 AM PDT    29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 Johor Bahru: "Saya nekad berenang ke arah kanak-kanak itu yang  terkapai-kapai meminta tolong, tetapi tidak berjaya sebelum melihat  tubuhnya berpusing-pusing dibawa arus deras. 
 
   "Malah, saya juga hampir lemas dibawa arus deras dan terpaksa  berpaut pada rumput di tepi parit," kata penduduk di Taman Cempaka,  Muhammad Fadhil Mujahid, 26, semalam. 
 
     Muhammad Fadhil terjun dalam parit selebar lebih dua meter dan  sedalam lebih dua meter bagi menyelamatkan Abu Hanifah Amir, 12, yang  tergelincir ketika ingin mengambil bola dalam kejadian jam 6 petang  kelmarin. 
    Mayat Abu Hanifah ditemui pada jam 3 petang  semalam berhampiran Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama, Sungai Skudai,  lima kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
 ANGGOTA penyelamat mengangkat jenazah Abu Hanifah yang ditemui di Sungai Skudai, semalam.    Muhammad Fadhil berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak itu.
 
 
 metro/-      |   
    |        Kereta mini elektrik mewah dijual RM211,607       Posted: 12 Mar 2013 01:21 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - ZAGREB, Croatia - Seorang ahli perniagaan, Vjekoslav Majetic  mengendalikan sebuah syarikat Dok-Ing di sini yang mengeluarkan kereta  elektrik mini yang mewah. 
 
 Majetic yang berusia 57 tahun sebelum ini bercita-cita untuk menghasilkan kereta berkuasa elektrik semasa dia masih kecil. 
 
 Beliau yang merupakan bekas jurutera pengangkutan mula menjadikan  ideanya itu sebagai realiti lima tahun lalu apabila sebuah kereta  prototaip yang dihasilkannya, Loox dipamerkan pada Pertunjukan Kereta  Geneva di Switzerland pada tahun 2010. 
 
 Kebanyakan komponen kereta elektrik tiga tempat duduk itu dibuat di Croatia. Komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan kereta tersebut  berkualiti tinggi seperti badannya diperbuat daripada karbon kevlar. 
 
 Bahan-bahan berkualiti tinggi itu menyebabkan harga kereta itu mahal  iaitu AS$68,000 (RM211,607) berbanding kereta elektrik lain.  
 
 Kereta sepanjang 2.9 meter itu boleh mencecah kelajuan sehingga 100  kilometer sejam dalam tempoh 7.5 saat berdasarkan meter laju. 
 
 Masa untuk mengecaj kereta itu ialah tiga hingga lapan jam. Syarikat itu merancang untuk menghasilkan lima buah kereta tersebut menjelang tahun ini. - AFP 
 
     |   
    |      Manusia sudah alami masalah jantung sejak 4,000 tahun lalu       Posted: 12 Mar 2013 12:53 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
  CHICAGO - Walaupun tanpa makanan segera atau rokok, manusia telah  mengalami masalah jantung tersumbat kira-kira 4,000 tahun lalu, menurut  satu kajian ke atas lebih 100 mumia. 
 
 Menurut beberapa penyelidik, penemuan itu menunjukkan sakit jantung  mungkin kerana faktor semula jadi kerana umur manusia semakin tua  berbanding faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tersebut seperti  merokok, memakan makanan berlemak dan tidak bersenam. 
 
 Penemuan itu dibuat menerusi imbasan tomografi berkomputer ke atas 137 mumia. Mumia-mumia itu ada yang berusia sehingga 50 tahun. 
 
 Imbasan tersebut menunjukkan satu pertiga daripada mumia itu mengandungi tanda-tanda aterosklerosis atau pengerasan arteri. 
 
 Ia dilakukan ke atas mumia yang dipercayai pernah menjalani kehidupan yang sihat semasa hidup. Aterosklerosis menjadi punca berlakunya serangan jantung dan strok. 
 
 Lebih separuh daripada mumia yang menjalani imbasan itu berasal dari Mesir. 
 
 Baki mumia lain datang dari Peru, barat daya Amerika dan Kepulauan Aleutian di Alaska. "Sakit jantung telah melanda manusia lebih 4,000 tahun di serata  dunia," kata seorang pakar kardiologi di Institut Jantung Saint Luke's  Tengah Amerika di Kansas, Dr. Randall Thompson. Beliau merupakan ketua penulis kajian itu. 
 
 Mumia-mumia yang didapati mempunyai tanda-tanda aterosklerosis itu didapati mati pada usia yang tua. Penyakit jantung merupakan punca utama kematian lelaki dan wanita di Amerika Syarikat (AS). 
 
 Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, kira-kira 600,000  orang mati pada setiap tahun di negara ini kerana sakit jantung. -  Agensi  
 
     |   
    |      Tahun kedua selepas tsunami       Posted: 12 Mar 2013 12:47 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Foto menunjukkan keadaan bahagian pantai timur Jepun yang dilanda tsunami.                                                                                                                                  Foto menunjukkan keadaan bahagian pantai timur Jepun selepas dua tahun bencana alam.                                  TOKYO - Rakyat Jepun semalam, menyambut ulang tahun kedua bencana  tsunami dan gempa bumi yang meragut 19,000 nyawa sekali gus mencetuskan  kerosakan loji nuklear terburuk dalam dekad ini.    Satu upacara peringkat kebangsaan diadakan di ibu negara bagi mengingati mangsa-mangsa bencana alam itu.    Sepanjang upacara berlangsung, rakyat Jepun bertafakur sejenak tepat  jam 2.46 petang iaitu waktu sebenar tsunami melanda negara.    Pegawai melaporkan, gempa bumi berukuran 9.0 pada Skala Richter yang  menggegarkan timur laut Pasifik pada 11 Mac 2011, mencetuskan gelombang  tsunami dan memusnahkan ribuan kediaman serta loji nuklear Fukushima  Daiichi.    "Loji nuklear berkenaan terjejas teruk di mana berlaku kerosakan pada  sistem penyejuk menyebabkan berlaku letupan dan menjadi insiden paling  buruk berbanding kemalangan Chernobyl pada 1986," kata pegawai.    Walaupun bencana alam itu telah mencapai usia dua tahun, penduduk masih  berusaha membaiki kawasan kediaman mereka yang dicemari radiasi selain  membina semula komuniti.    Lebih 300,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih selamat  selepas kediaman mereka terdedah radiasi nuklear.  - Al-Jazeera 
 
     |   
    |       Demokrasi, pluraliti dan PRU-13        Posted: 12 Mar 2013 12:45 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
  Pilihan  raya dalam sistem demokrasi adalah hari kebesaran kuasa rakyat. Ia  harus disambut dengan semangat hormat terhadap suara rakyat, yang bukan  lagi "suara anjing menyalak bukit", tetapi suara berdaulat yang membawa  kata putus, sebagai aktualisasi prinsip al-sha`b masdar al-sultah  (rakyat adalah sumber kekuasaan).
  Tetapi pilihan raya hanya akan  benar-benar menjadi hari kuasa rakyat, apabila rakyat dapat menggunakan  hak demokratiknya dengan bebas dan cerdas, bijaksana dan penuh rasa  tanggungjawab. 
  Dalam kaitan inilah relevannya gerakan  pencerdasan rakyat untuk memungkinkan mereka membuat pertimbangan yang  adil dan rasional, dan seterusnya menentukan pendirian dan pilihan yang  tepat. 
  Dengan demikian barulah pilihan raya dapat menjadi  mekanisme demokrasi yang menghasilkan pemerintahan dari rakyat, oleh  rakyat, untuk rakyat.
 
  Demokrasi dan Media
 
  Dalam  era kekuasaan media, rakyat seringkali tidak dapat melihat sesuatu  dalam realiti seadanya. Banyak negara yang masih mengamalkan pilihan  raya, tetapi tidak mengamalkan kebebasan media (freedom of the press),  yang diamalkan adalah kebebasan daripada media (freedom from the press)  dalam pengertian pemerintah yang bebas daripada kritik dan sorotan  media.
  Media yang telah kehilangan kebebasan dan diperburuk  dengan kehilangan etika tidak lagi mampu memaparkan kebenaran, tetapi  lebih banyak bertindak sebagai alat propaganda politik, termasuk  menghitamkan yang putih dan memutihkan yang hitam.
  Demikianlah orientasi sebahagian media masa kini sehingga kita harus mengajak rakyat lebih tekun berdo`a:  Rabbana arina 'l-haqqa haqqan wa 'rzuqna 'ttiba`ah, wa arina 'l-batila batilan wa 'rzuqna 'jtinabah 
  (Ya  Tuhan, perlihatkan kami kebenaran itu nyata benarnya dan kurniakan kami  keupayaan mengikutinya, dan perlihatkan kami kebatilan itu nyata  batilnya dan kurniakan kami keupayaan menghindarinya).
  Kebebasan  media adalah bahagian integral daripada demokrasi. Kerana itu pilihan  raya tanpa kebebasan media hanya akan menghasilkan pemerintahan yang  kehilangan legitimasi demokratik (democratic legitimacy).
  Sebagai  image maker media selalu melakukan pencitraan palsu sehingga yang  tampak bukan citra hakiki sebuah parti, dan bukan wajah asli seseorang  calon. Pemalsuan citra yang begitu berleluasa, pasti akan mencederai  demokrasi, kerana ia bererti menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat  yang benar, lengkap dan seimbang tentang calon dan parti yang  bertanding. Bagaimana mungkin rakyat akan membuat pilihan yang tepat  jika sudah tertipu dengan pencitraan kosmetik media propaganda.
 
  Mengundi Sebagai Kesaksian
  Dilihat  dari perspektif agama, mengundi dalam pilihan raya bukan sekadar hak,  yang boleh diterima dan boleh pula ditolak. Lebih daripada itu  sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Shaykah Yusuf al-Qaradawiy, ia  adalah kewajiban pelaksanaan kesaksian (shahadah) yang tidak boleh  ditolak apabila dipanggil,
  "…Dan janganlah saksi-saksi itu  menolak apabila dipanggil. …" -- al-Baqarah:282. Tidak keluar mengundi  bererti menyembunyikan kesaksian (katm al-shahadah), suatu kesalahan  berat yang dicela dalam al-Qur'an, "…Dan janganlah kamu menyembunyikan  kesaksian, kerana barangsiapa menyembunyikannya, sungguh, hatinya kotor  (berdosa)…" --- al-Baqarah: 283.
  Kesaksian dalam konteks pilihan  raya bererti pernyataan sikap dan penilaian yang jujur terhadap  kelayakan seseorang calon dan partinya, berdasarkan kriteria asas:  qawiyyun amin (kuat dan dapat dipercaya) dan hafizun `alim (berintegriti  moral dan berkompetensi intelektual).
  Kerana itu yang harus  layak bukan hanya calon dan parti, tetapi juga pengundi-pengundinya yang  harus memenuhi syarat kesaksian yang terumus pada kata al-`adl  (keadilan), "…dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di  antara kamu…" -- al-Talaq:2. Kesaksian adalah amanah. Mengundi parti  atau calon yang tidak layak adalah penghkhianatan terhadap amanah yang  menepati istilah qawla 'zur (kesaksian palsu) dalam al-Qur'an.
  Memberikan  kesaksian palsu adalah dosa berat yang digandingkan dengan syirik  sebagaimana yang firmankan oleh Allah s.w.t., "…,maka jauhilah  (penyembahan) berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan  dusta." -- al-Hajj:30. 
  Ternyata mengundi dalam pilihan raya  tidak hanya memerlukan kefahaman serba-serbi tentang demokrasi, tetapi  juga kesedaran tanggungjawab moral. Justeru, kesaksian harus  dilaksanakan dengan jujur, semata-mata kerana Allah, bukan kerana  kepentingan diri, kaum kerabat dan suku-sakat, "…dan hendaklah kamu  tegakkan kesaksian itu kerana Allah." --. al-Talaq:2.
  Untuk  memungkinkan rakyat melaksanakan tanggungjawab kesaksiannya dalam  pilihan raya, mereka tidak boleh naïf -- tidak mengerti bahasa politik,  tidak mampu memahami sepak teranjang serta simpang-siur politik, dan  tidak dapat mengenal mana wajah asli dan mana wajah hiasan citra  kosmetik. 
  Ranah politik memang banyak jebakan dan jerangkap  samarnya, ada angguk yang bererti tidak, ada geleng yang bermakna ia,  dan banyak sumpah yang mengandung fitnah.
  Demokrasi hanya akan  sihat dan subur di tengah rakyat yang sedar, cerdas, jujur dan  enlightened. Demokrasi akan mati dalam oreintasi politik ke-fir`aun-an  yang mengekalkan kekuasaan dengan strategi pembodohan rakyat, "(Dengan  yang demikian) maka Fir`aun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka  mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq – derhaka.."  -- al-Zukhruf:54.
  Rakyat yang telah lama diperbodoh tidak lagi  mampu membezakan keadilan daripada kezaliman, mereka tidak tahu bahawa  hak-hak asasinya dirampas, dan tidak sedar kekayaannya dirompak. Yang  mereka tahu siapa yang memberikan wang adalah orang baik yang wajar  disokong, tanpa menyedari bahawa si pemberi sebenarnya adalah penyamun  yang telah merompak habis harta-bendanya.
  Jadilah mereka rakyat  yang senasib dengan kaum Nabi Hud `a.s. yang setia menyokong kezaliman,  "…dan (mereka) menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang  lagi durhaka.' -- Hud:59; atau menjadi rakyat yang bodoh sombong seperti  kaum Nabi Nuh `a.s., "…dan mereka mengikuti orang-orang yang harta dan  anak-anaknya hanya menambah kerugian baginya." -- Nuh:21.  
 
 harakah/- 
 
     |   
    |      Tubuh markas, tanda hampir ke Nusajaya       Posted: 12 Mar 2013 12:43 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
   KUALA LUMPUR: Arus kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan dilihat sukar dikekang  ekoran bercambahnya markas- markas dan pembukaan bilik gerakan di  pelosok negeri Johor.   Terbaru, PAS Cawangan Taman Johor Jaya berjaya ditubuhkan dan mampu  memberi saingan buat BN Johor yang selama ini bangga berstatuskan kubu  kuat mereka, blog  Nusajaya Kini dipetik.   Difahamkan, kejayaan PAS Pasir Gudang membina jentera di peringkat  kawasan sekaligus menolak dakwaan yang ahlinya memberontak seperti  insiden 'lakonan' demonstrasi berhubung kalimah Allah baru-baru ini.   Facebook PAS Cawangan Taman Johor Jaya mencatatkan, Alhamdulilah,  setelah kian lama menunggu PAS Cawangan Taman Johor Jaya dengan  kerjasama PAS Kawasan Pasir Gudang berjaya menubuhkan markaz dan bilik  gerakan PAS Cawangan Taman Johor Jaya di No 23 Jalan Bakawali 64 Tmn  Johor Jaya.   "Segala bentuk sumbangan wang ringgit dan tenaga amat diperlukan.  Sumbangan bolehlah disalurkan melalui Hj Manan 010 3756373 @ Lutfi 017  7190483. Segala sumbangan yang anda berikan akan dinilai ganjaran oleh  Allah SWT," kata sumber itu.  
 
 harakah/-      |   
    |      Fitnah: Tian Chua tidak teragak hantar surat saman       Posted: 12 Mar 2013 12:22 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
  KUALA LUMPUR: Mulai sekarang, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal. 
 
 Naib Presiden PKR itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah. 
 
 Hari ini saya telah menghantar satu lagi surat tuntutan melalui peguam saya kepada Zaini bin Haris (IC: 811104-01-6015) pengurus portal MyMassa. Portal MyMassa merupakan punca berita palsu yang menyatakan kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata "KOMANDO MATI KATAK". 
 
 Selain daripada itu, saya juga telah hantar surat tuntutan kepada Mohamad Salim bin Iskandar (IC: 730709-08-5123) yang mengurus portal Parpukari. Namun, sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari. 
 
 Di samping surat tuntutan, peguam saya telah mengirim surat amaran kepada semua pengendali portal yang menyiarkan berita fitnah yang sama. Mereka ini termasuk: Gelombang Wangsa Maju, Apple Biru, Malaysia Delima, Kelateloni, Pistol Nakal, Aloqlaloq, Talk with Hand, Flying Kick, dan lain-lain lagi. 
 
 Mulai sekarang, saya tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal. 
 
 Harakahdaily/-     |   
    |      Esmail Kiram II Temui Roxas Bincang Cara Terbaik Selesai Isu Pencerobohan Di Sabah       Posted: 12 Mar 2013 12:20 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 MANILA: Keluarga Kiram telah bertemu dengan kerajaan Filipina pada Selasa untuk membincangkan cara terbaik bagi menyelesaikan tragedi berdarah yang berlaku apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh masuk ke Sabah bulan lalu. Adik ketua pengganas yang menceroboh Sabah, Esmail Kiram II memberitahu Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Mar Roxas bahawa Malaysia perlu bersetuju melakukan gencatan senjata bagi membolehkan perbincangan untuk menamatkan krisis di Sabah dilakukan. Esmail dan Roxas enggan mendedahkan butiran lain mengenai perbincangan secara tertutup mereka yang turut disertai beberapa ahli keluarga Kiram dari Selatan Filipina. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tuntutan itu dan meminta adik Kiram, Agbimuddin yang mengetuai pencerobohan di Sabah bulan lalu untuk meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa syarat. Kerajaan Filipina turut mendesak Agbimuddin untuk berundur. Bagaimanapun, Agbimuddin berkata dia sanggup mati daripada menyerah diri. "Jika gencatan senjata dilakukan, walaupun dia tidak boleh hadir, kami bebas untuk pergi ke sana untuk bercakap dengannya," kata Esmail. Sekurang-kurang 62 terbunuh dalam pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang masih lagi bersembunyi di kawasan sekitar Lahad Datu. Polis Malaysia turut menahan 85 lelaki dan wanita yang mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu itu. mStar/-     |   
    |      Bapa William Sebak Lihat Gambar Bedah Siasat Anak       Posted: 12 Mar 2013 12:18 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 PETALING JAYA: Bapa William Yau tidak dapat menahan sebak apabila pihak pendakwaan menunjukkan beberapa keping gambar bedah siasat anaknya ketika prosiding di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa. Yau Kok Kang ditunjukkan 38 gambar oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Mohd Hezri Shaharil untuk mengenal pasti punca kematian William. Menjawab soalan yang diajukan Lee, mekanik berusia 33 tahun itu berkata dia mengecam William, 6, dalam gambar tersebut berdasarkan bentuk muka, parut di sebelah kanan dahi dan pakaiannya. William dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu apabila dipercayai keluar dari kenderaan ketika menunggu kedua ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di Putra Heights, Subang Jaya. Mayatnya ditemui terapung di sebuah sungai dekat Pelabuhan Klang pada 24 Januari lalu. Ibu William, Goh Ying Ying akan dipanggil memberi keterangan pada pukul 2.30 petang, Selasa. Peguam Goh Kim Lian bertindak sebagai pemerhati untuk keluarga Yau. mStar/-     |   
    |      Muslimat Pas Terengganu hadiahkan polis bunga sempena Hari Wanita       Posted: 12 Mar 2013 12:15 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
  
 
 Safinah (empat dari kanan) menyerahkan jambangan bunga mawar merah kepada Napisah sambil diperhati Superintendan Anuar Mohammad KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Pas Terengganu menyeru golongan wanita khususnya di negeri ini memperkasa peribadi dan juga ilmu dalam pelbagai aspek sebagai persiapan menghadapi cabaran mendatang yang lebih mencabar. Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, mereka juga perlu celik dalam semua segi termasuk undang-undang supaya tidak sewenang-wenangnya dipermainkan pihak tidak bertanggungjawab. Menurutnya, masyarakat perlu menghormati peranan wanita dan meletakkan golongan tersebut di tempat sewajarnya sebagaimana Islam yang meletakkan wanita di tempat tertinggi. "Wanita perlu memperkasa bidang agama dan juga perundangan termasuk undang-undang syarak supaya mereka tahu mengenai hak-hak sendiri bagi mengelak dianiaya pihak tertentu. "Jika kita tengok ketika ini, banyak isu yang didedahkan di dada akhbar mengenai gangguan seksual dan juga perdagangan terhadap kanak-kanak serta wanita. Jadi, apabila wanita memperkasa dan membina diri lengkap dengan ilmu, sudah tentu mereka dihormati dalam masyarakat. "Masyarakat juga perlu menghormati wanita sebagaimana Islam menghormati golongan tersebut sehinggakan ada surah 'An-Nisak' (wanita) dan 'Maryam' dalam al-Quran," katanya. Beliau berkata demikian pada program lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi tujuan menghadiahkan bunga kepada kakitangan wanita sempena Hari Wanita Sedunia, di sini, semalam. Program Muslimat Pas itu diadakan serentak di semua daerah di negeri ini dan turut dilaksanakan di peringkat Pusat pada 8 Mac lalu. Pada majlis itu, Safinah menyerahkan sejambak bunga merah kepada Napisah Abdullah iaitu Setiausaha Ketua Jabatan Pengurusan IPK Terengganu, Superintendan Anuar Mohammad. Safinah berkata, program itu membuktikan bahawa mereka sememangnya menghargai jasa dan pengorbanan polis yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Pada masa sama, beliau tidak menolak ia juga keprihatinan terhadap polis dan ahli keluarga mereka yang terkorban dalam pencerobohan di Sabah. "Kita turut bersimpati dengan kesedihan ahli keluarga polis yang terkorban dan kita juga akan melawat keluarga polis di Kampung Kubang Ikan, Besut dan Kampung Jabi di Setiu," katanya. Sinar harian/-     |   
    |      Liwat II: Najib, hang jawab - Anwar       Posted: 12 Mar 2013 12:12 AM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh mahu Datuk Seri Najib Razak menjawab berhubung pendedahan bapa Saiful Bukhari bahawa Fitnah Liwat II adalah konspirasi jahat pihak yang rapat dengan perdana menteri itu. 
 
 Katanya, pendedahan bapa Saiful, Azlan Md Lazim bahawa dalang konspirasi tersebut seorang pegawai khas pemimpin Umno, menimbulkan persoalan adakah Najib juga tahu berhubung konspirasi tersebut. 
 
 "Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah," katanya dipetik KeadilanDaily. 
 
 Anwar dilaporkan berkata demikian di hadapan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak baru-baru ini. 
 
 Pada 8 Mac lalu, Azlan tampil mengadakan sidang media khas membuat kenyataan 'u-turn' bahawa kes liwat membabitkan anaknya terhadap Anwar adalah satu konspirasi politik. 
 
 Beliau juga menamakan dua individu yang digambarkan pegawai yang rapat dengan Najib yang disifatkannya dalang konspirasi tersebut. 
 
 Tolak bertemu Azlan 
 
 Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar turut memberitahu beliau pernah menolak permintaan Azlan untuk bertemu kerana bimbang pertemuan itu nanti menjadi bahan fitnah oleh Umno. 
 
 Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersyukur selepas Azalan menyatakan kesungguhan mahu meminta maaf kepadanya dan keluarga sebelum bersemuka. 
 
 "Dia (Azlan) bagi tahu saya, dia tahu siapa yang terlibat dan dia tahu pegawai khas ... terlibat," katanya. 
 
 Sebagai mangsa fitnah, kata Anwar, beliau berhak mendapat penjelasan Perdana Menteri, apatah lagi tuduhan itu memberi kesan kepada kehidupan isteri dan anak-anaknya. 
 
 Harakahdaily/-     |   
    |      Tujuh tahun hilang suami       Posted: 11 Mar 2013 11:55 PM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
  
 
 Normah bersama peguamnya, Mohd Asri menunjukkan dua gambar yang memaparkan wajah Roslee. IPOH – Seorang tukang masak memohon bantuan orang ramai mengesan suaminya, Roslee Lajat, 62, seorang pesara polis berpangkat Lans Koperal yang tujuh tahun menghilangkan diri. 
 
 Normah Abu Bakar, 58, berkata, suaminya itu dilihat buat kali terakhir pada 3 Disember 2005 ketika keluar rumah pada jam 7 malam dan sejak itu tiada khabar berita diterimanya. 
 
 Menurutnya, tiada perubahan dilihat pada Roslee yang ketika itu keluar sehelai sepinggang namun, dia bersama tiga anaknya berusia 26 hingga 34 tahun tidak berputus asa mengesannya. 
 
 "Menyedari pasport suaminya tiada kecuali kad pengenalan, rekod Jabatan Imigresen mendapati suami saya sah telah ke luar negara pada tarikh dia dilaporkan hilang untuk ke Indonesia. 
 
 "Saya yakin suami ke Indonesia kerana tiga tahun sebelum menghilangkan diri, dia terlalu kerap ke sana (Indonesia) dan tinggal lebih dua minggu di negara itu sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
 
 Normah berkata, walaupun tidak membawa apa-apa pakaian, Roslee turut membawa wang tunai lebih RM20,000 berdasarkan slip pengeluaran bank yang ditemuinya. 
 
 "Buntu dengan keadaan itu dan mengenangkan nasib yang dilaluinya, saya berharap jika ada kenalan Roslee atau mana-mana pihak yang mengenali dapat mengubungi kami. 
 
 "Kami digantung tidak bertali selain menanggung hutang rumah. Khabar angin ada menyatakan dia sudah berkahwin di Indonesia dan tinggal di sana tetapi saya tidak pasti," katanya. 
 
 Sementara itu, peguam Normah, Mohd Asri Osman telah memfailkan pengisytiharan kematian bekas polis itu memandangkan Roslee gagal dikesan lebih tujuh tahun di Mahkamah Tinggi di sini. 
 
 Pesuruhjaya Kehakiman Harminder Singh Dhaliwal telah mengeluarkan perintah pengisytiharan itu pada 19 Februari lalu namun, anak guamnya berharap lelaki itu dapat kembali ke sisi keluarganya. 
 
 "Ini adalah usaha terakhir Normah untuk  mengesan suaminya. Jika dikesan, segala urusan berkaitan pencen dan pinjaman perumahan kerajaan lebih mudah diselesaikan," katanya. 
 
 Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Roslee boleh menghubungi Normah di talian 017-5571305 atau pejabat peguam Asri, Chek Ming & Co iaitu 05-2546885 atau 05-2532200. 
 
 Sinar harian/-     |   
    |      Datum Jelatek: Di mana mereka bila flat diroboh dahulu?       Posted: 11 Mar 2013 11:02 PM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
        Saya adalah salah seorang penduduk asal Keramat dan telah menetap di kawasan ini lebih daripada 40 tahun yang lalu.  Saya melihat anak-anak saya membesar, berkahwin dan kini hidup bersama keluarga mereka sendiri di kawasan ini juga.  Amira  dan Nazib, kedua-dua cucu saya yang sering menziarahi membawa keceriaan  kepada hidup saya setelah 5 tahun bersara daripada menjadi guru. Kehidupan  saya sedikit terganggu kebelakangan ini akibat polemik yang melanda  kawasan Jalan Enggang dan Taman Keramat melibatkan pembinaan projek  pangsapuri mewah Datum Jelatek.  Pelbagai tohmahan, fitnah dan  cerita dilemparkan oleh kedua-dua belah pihak yang menyokong dan  menentang projek ini. Perseteruan ini begitu menjelekkan dan memualkan  rakyat yang sebelum ini hidup dengan aman di kawasan ini. Kawasan  Keramat yang lebih 90% dihuni oleh orang Melayu kini dibayangi persepsi  bahawa ia akan dibanjiri oleh orang China dan warga Singapura yang  diwar-warkan akan membeli pangsapuri tersebut.  Adakah orang  Melayu akan terhakis daripada salah satu penempatan awal Melayu di  bandar Kuala Lumpur? Atau adakah Melayu akan terhimpit di celah-celah  pembangunan pesat seperti mana yang berlaku di Kampung Baru? Apakah  dengan projek ini orang Melayu akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk  sama rendah atau adakah ini satu perancangan untuk meminggirkan orang  Melayu? Sebuah organisasi korporat Melayu, PKNS, dituduh oleh  pihak yang begitu lantang bersuara, merancang dengan begitu teliti untuk  membuang Melayu dari kawasan Keramat.  Manakala, bagi mereka  yang teguh mempertahankan PKNS, mendakwa organisasi inilah yang berusaha  untuk memperkasakan Melayu di dalam dan luar negeri. Bagi penduduk setempat, emosi dan sentimen begitu menusuk hati bagai selumbar untuk membenci PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor. Adakah  rakyat begitu bodoh untuk menerima tohmah dan fitnah tanpa sebarang  usul periksa? Apakah mereka fikir rakyat tidak mempunyai akal dan  pertimbangan yang waras untuk membezakan yang mana intan dan yang mana  kaca? Pertama-tama, projek ini bukan baru sahaja dilancarkan,  ianya telah dibincangkan dan menjadi buah mulut lebih daripada 10 tahun  yang lalu. Malah ada kenalan saya yang gambarnya terpampang di dada-dada  akhbar dua tahun lepas menerima pampasan yang lumayan hampir setengah  juta ringgit daripada PKNS bagi pembangunan semula kawasan tersebut.  Malah  flat empat tingkat asal tersebut bukan baru hendak dirobohkan tetapi  telahpun dirobohkan dan kawasan tersebut diratakan. Proses ini bukan  baru tetapi sudah mengambil masa beberapa tahun.  Soalan saya  kepada Salleh Samad yang menerajui kumpulan anti Datum Jelatek ini, di  manakah tuan semasa perbincangan awal dan pendengaran awam projek ini?  Dimanakah Salleh Samad yang mendabik dada sebagai wira Melayu, semasa  penduduk asal dengan gembira dan berlapang dada menerima pampasan  lumayan daripada PKNS? Dimanakah Salleh Samad ini, ketika jentolak dan  kren merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu?   Kenapa  Salleh dan konco-konco UMNOnya daripada UMNO Bahagian Ampang (Ismail  Kijo), GPRS (Sohaimi Shahadan), GAPS (Hamidzun Khairuddin) dan JMM  (Azwanddin Hamzah) tidak merantai diri mereka ke jentolak dan kren  tersebut untuk menggagalkan rancangan merobohkan flat Jelatek tersebut  dua tahun lalu? Kenapa baru kini mereka berkokok nyaring membakar emosi  dan sentimen Melayu dipinggirkan? Begitu jelas, motif mereka adalah  politik dan mainan mereka adalah emosi rakyat.  Hanya untuk  meraih undi politik, mereka terpekik-pekik melolong menjerit Ketuanan  Melayu. Adakah Melayu selamat di bawah manusia-manusia hipokrit ini?  TIDAK!!! Orang Melayu bukanlah lembu yang boleh dicucuk hidungnya  dan diheret untuk bersama dengan niat serta hati busuk kumpulan lidah  bercabang ini. Usaha ayah dan ibu tanpa mengenal erti penat  menyekolahkan saya dan adik-adik, mengajar saya bahawa ilmu cukup  penting dan maklumat adalah senjata yang cukup ampuh.  Bagaimana  mungkin sebuah organisasi yang 99% warga kerjanya terdiri daripada orang  Melayu sanggup menekan bangsa sendiri. Tidak logik dan tidak masuk  akal. Setelah diteliti, nilai asal hartanah flat lama Jelatek hanya  sekitar RM2.5 juta, manakala pampasan 15 kali ganda bernilsi RM25 juta  yang diberikan kepada 144 penduduk asal telah membolehkan ramai Melayu  kini memiliki kediaman lain yang lebih selesa seperti banglo, semi-d dan  sebagainya.  Kerajaan Negeri yang meletakkan kuota jualan 50%  dan diskaun sebanyak 10% kepada Bumiputera terus menjamin kelangsungan  Bumiputera di kawasan ini. Malah nilai kasar hartanah yang dimiliki oleh  orang Melayu di Datum Jelatek  mencecah RM500 juta dan dijangka  meningkat kepada RM700 juta selepas projek ini selesai dimuktamadkan.  Daripada  nilai pasaran sebanyak RM2.5 juta, nilai milikan hartanah Bumiputera  dijangka mencecah sebanyak RM700 juta selepas projek ini disiapkan. Ini  merupakan lonjakan paradigma sebanyak 280 kali ganda. Sudah pasti yang  untungnya adalah Melayu itu sendiri. Keluasan asal flat lama  Jelatek yang dimiliki Melayu hanyalah sekitar 80,000 kaki persegi dan  setelah projek ini disiapkan orang Melayu akan memilki lebih daripada  350,000 kaki persegi haratanah yang bernilai tinggi. Melayu manakah yang  akan rugi? Fitnah tidak berupaya mematahkan fakta. Adakah Melayu  akan hilang di kawasan majoriti mereka sendiri? Saya dimaklumkan bahawa  PKNS menjual hampir 85% rumah mereka kepada orang Melayu. Projek Alam  Nusantara PKNS di Setia Alam yang merupakan kawasan pegangan bebas itu  lebih 70% dijual kepada orang Melayu.  Siapa yang mengatakan  bahawa Melayu tidak mempunyai kemampuan itu hanya menidakkan dan  memperlekehkan Melayu itu sendiri. Organisasi korporat Melayu seperti  PKNS inilah yang harus disokong dan terus dibantu oleh orang Melayu itu  sendiri.  PKNS seharusnya dipuji dan diangkat kerana menerusi  perancangan pembangunan ini, taraf hidup orang Melayu terus dipertingkat  dan dilonjak lebih tinggi.  Keuntungan yang bakal dicapai oleh  PKNS tidaklah seberapa malah keuntungan ini akan terus disalurkan untuk  membina lebih banyak rumah mampu milik seperti pembinaan 1,422 unit  rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak yang melibatkan kerugian  RM80 juta kepada PKNS demi untuk melihat orang Melayu hidup dalam  keadaan yang lebih selesa.  Mungkin  Salleh Samad, Ismail Kijo, Sohaimi Shahadan, Hamidzun Khairuddin dan  Azwanddin Hamzah semuanya berang kerana mereka tidak berupaya membolot  komisyen daripada projek ini? Mereka tidak mempunyai peluang menjadi  orang tengah kerana PKNS melaksanakan tender terbuka.  Bayangkan  jika mereka membolot 10% komisyen daripada projek ini RM100 juta ringgit  akan masuk kocek mereka tanpa sebarang faedah kepada orang Melayu.  Tetapi akibat daripada komisyen yang mereka tidak terima itu, rakyat  akan mendapat ribuan rumah mampu milik diseluruh Selangor.  PKNS  tidak mengayakan dua tiga kerat pemimpin Melayu elit UMNO yang hidup  dengan komisyen dan rasuah. PKNS mementingkan kehidupan rakyat marhaen  dan terbanyak.  Melayu harus berubah daripada mentaliti gerai dan  menerima gelombang kemajuan dan pembangunan. Kita tidak boleh lagi  terus keinggalan.  Penyediaan puluhan ruang-ruang niaga mampu  milik untuk manfaat Bumiputera di Datum Jelatek akan memberi peluang  kepada orang Melayu terus meningkatkan ekonmi mereka sejajar dengan arus  pembangunan. Walaupun Melayu yang berniaga kerepek dan pisang goreng  dibantu, sebahagian Melayu juga perlu di lonjakkan untuk berniaga di  kompleks niaga seperti di Datum Jelatek. PKNS kini terbuka untuk melatih  usahawan-usahawan Melayu tempatan dari Keramat untuk mengisi kekosongan  ruang-ruang niaga tersebut.  Salleh Samad dan pembesar UMNO,  Ismail Kijo mahu Melayu terus merempat dan kekal sebagai rakyat kelas  ketiga walau di tanah sendiri. Mereka tidak mahu Melayu berjaya dalam  ilm pengetahuan dan perniagaan.  Untuk mereka jika Melayu itu cerdik  dan pandai, maka ia akan menutup peluang mereka untuk rasuah, ia akan  menutup peluang mereka untuk memegang tampuk kekuasaan dan mereka tidak  akan berupaya untuk membuncitkan perut mereka membolot kekayaan. Dua  tiga kerat pemimpin elit UMNO telah lari daripada perjuangan asal  membela rakyat, mereka hidup mewah berkereta besar, rumah agam  bertingkat-tingkat akibat daripada rasuah dan salah guna kuasa. Sebelum  Ismail Kijo mahu mendabik dada kononnya sebagai calon DUN Bukit  Atarabangsa dan meraih undi rakyat Keramat, beliau harus menjawab isu  bahawa beliau jualkan tanah rizab sekolah agama kepada Bukan Melayu.  Pemimpin fasik sebeginikah yang harus kita percaya? Pemimpin bangsawan  UMNO kini menjilat ludah mereka sendiri kerana bersikap anti-pembangunan  bukan kerana mereka prihatin dengan nasib rakyat tetapi mementingkan  kocek dan saku mereka. Tampuk kuasa menjadi motif utama, wang ringgit  menjadi taruhan.  Selamatkan Melayu daripada pembohongan dan fitnah UMNO serta juak-juak mereka! Saya  tidak mahu cucu-cucu saya tinggal di flat lama AU3 yang terbiar dan  tidak terurus Itu. Saya mahu mereka hidup selesa tanpa dibebani masalah  jenayah dan sosial. Datum Jelatek akan membantu mereka mencapai impian  saya untuk kehidupan selesa mereka. Akhirul Kalam, Wassalamu'alaikum warahmatullah. Guru Pencen Taman Keramat 
 
     |   
    |      51 hari Najib bernafas dalam talian hayat parlimen       Posted: 11 Mar 2013 11:01 PM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
   KUALA LUMPUR: Kongres  Melayu Pulau Pinang berpendapat dalam situasi yang munasabah adalah  satu usaha yang sia-sia sahaja sekiranya dibiarkan parlimen terbubar  dengan sendirinya.   Presidennya, Rahmad Isahak  (gambar) berkata, ini  amat jelas di antara tarikh 9 Mac 2013 hingga 28 April 2013 iaitu  bersamaan 51 hari tersebut bererti Kerajaan Malaysia serta penerajunya  beroperasi tanpa mandat dari rakyat tetapi sebaliknya bernafas melalui  talian hayat parlimen semata-mata.   "Amat bertepatan pihak kami katakan dalam tempoh 51 hari berkenaan negara ini sedang ditadbir oleh  caretaker government tanpa sebab yang munasabah," ujarnya dalam satu kenyataan.   Berikut ialah kenyataan penuh beliau.   Tanggal 8 Mac 2008 hingga tarikh 8 Mac 2013 adalah merupakan hari  genap lima tahun kuasa rakyat terhadap pehak pemerintah di negara ini  untuk mentadbir sudah berakhir.   Tempoh 5 tahun berkenaan adalah juga kehendak Perlembagaan negara ini  yang sudah terlaksana semenjak 12 siri pilihanraya umum terdahulu.  Kuasa rakyat bukanlah barang komersial yang boleh diperdagangkan.   Hari ini tercipta satu lagi sejarah hitam di mana mandat rakyat telah  dipermainkan sewenang-wenangnya seakan-akan undi rakyat sudah tidak  bermakna lagi.   Kedudukan kuasa politik dalam situasi kepura-puraan kerana takut  hilangnya kuasa adalah lebih penting dari segala-galanya. Tapi jangan  lupa bahawa pengundi bukannya boleh dipersendakan apatah lagi di  perbodohkan. Lambat laun hukuman dari sudut demokrasi pasti berlaku.   Negara pada hari ini secara pasrahnya sedang bernafas melalui talian  hayat Dewan Rakyat (Parlimen) sehingga 28 April 2013 dan bukan lagi  menerusi nadi rakyat yang berjumlah hampir 29 juta orang.   Bagaimana hendak kita istilahkan keadaan kuasa pentadbir negara ini  pada masa sekarang? Apakah ini hadiah untuk rakyat  selepas kita melalui  12 pilihanraya umum sebelum ini dan wajarkah rakyat didera dalam  menanti detik pembubaran parlimen?   Kemelut demi kemelut, insiden demi insiden serta isu-isu semasa  tumbuh bagai cendawan di mana semua ini perlu dijawab oleh pakar-pakar  politik negara ini yang konsepnya berteraskan amalan demokrasi.   Tetapi adakah persoalan istilah demokrasi tersebut pada masa kini  menguntungkan rakyat? Rasanya tidak, malah lebih menjurus kepada  kemarahan disebabkan hak rakyat tidak diutamakan.   Tidak rasional sedikitpun serta langsung tidak memberikan kesan  positif jikalau sepanjang masa kebelakangan ini pemimpin kita asyik  berjanji dengan bermacam imbuhan sama ada secara tunai mahupun dalam  bentuk prasarana awam.   Apa yang terpenting di sini adalah kembalikan mandat kepada rakyat.  Negara ini bukannya hak milik seorang sahaja malah ianya adalah milik  hampir 29 juta warga negara Malaysia.   Pihak kami berpendapat dalam situasi yang munasabah adalah satu usaha  yang sia-sia sahaja sekiranya dibiarkan parlimen terbubar dengan  sendirinya. Ini amat jelas di antara tarikh 9 Mac 2013 hingga 28 April  2013 iaitu bersamaan 51 hari tersebut bererti Kerajaan Malaysia serta  penerajunya beroperasi tanpa mandat dari rakyat tetapi sebaliknya  bernafas melalui talian hayat parlimen semata-mata.   Amat bertepatan pihak kami katakan dalam tempoh 51 hari berkenaan negara ini sedang ditadbir oleh  caretaker government tanpa sebab yang munasabah.   Apakah tempoh 51 hari berkenaan akan menjadi kenyataan? Apakah itu kehendak rakyat ataupun sebaliknya?   Pihak kami berpendirian hanya YAB Perdana Menteri sahaja yang lebih bijak menilai di antara kualiti dan laibiliti.   Sebagai rakyat biasa pihak kami mengharapkan amalan tulen demokrasi  dapat diterjemahkan semasa proses pilihanraya berlangsung. Kita tidak  mahu rakyat yang menanggung musibah diatas permainan politik rakus  disebabkan kuasa.   Akhir sekali adalah amat tidak menyenangkan apabila Perdana Menteri  akan dikenang dalam lipatan sejarah negara ini kerana gagal  memartabatkan transformasi jangka masa 5 tahun berkenaan. harakah/-       |   
    |      Kini giliran Abim pula saman Utusan       Posted: 11 Mar 2013 11:00 PM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
  KUALA LUMPUR: Selepas pemimpin parti-parti politik, kini giliran NGO iaitu Angkatan  Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia. Saman  ini dibuat berdasarkan kepada artikel bertajuk "PAS BENARKAN TARIAN  LUCAH, ABIM HINA ISTERI RASULULLAH?" yang dikeluarkan akhbar Utusan  Malaysia pada 8 Februari 2013 yang lalu. "Abim menilai penyataan  yang dikemukakan oleh pihak berkenaan berniat jahat serta ingin  menjatuhkan kredibiliti Abim selaku pertubuhan Islam utama di negara  ini," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim. Sehubungan itu, Abim telah memanggil satu sidang media esok, 13 Mac bagi menjelaskan tindakan ini. Ia akan diadakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari  di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. 
 
 harakahdaily/-  
 
     |   
    |      Tersungkur bersama tangkal       Posted: 11 Mar 2013 09:15 PM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 LAHAD DATU - Hajat menggunung kumpulan pengganas Sulu untuk menakluk  Sabah bukan sahaja mendorong mereka menceroboh Kampung Tanduo di sini  menggunakan senjata api dan senjata tajam malah, turut menggunakan  tangkal kononnya untuk membuatkan diri kebal daripada ditembak. 
 
 Lebih teruk apabila mereka yang mengaku beragama Islam dipercayai  mengamalkan ajaran sesat dan ilmu hitam sebagai pendinding diri untuk  merealisasikan angan-angan 'Mat Jenin' untuk merampas wilayah berdaulat  milik Malaysia itu. 
 
 Sejak melakukan pencerobohan pada 12 Februari lalu, mereka percaya  dapat menawan sebahagian besar Pantai Timur Sabah selepas begitu yakin  dengan ilmu dan tangkal yang tertulis ayat-ayat khurafat untuk  membolehkan diri masing-masing tidak lut ditembusi peluru. 
 
 Namun, nasib tidak menyebelahi kebanyakan pengganas apabila mereka  tetap mati di hujung senjata canggih pasukan keselamatan Malaysia. 
 
 Sebagai bukti, pasukan keselamatan yang memeriksa mayat dan peralatan  yang dibawa pengganas menemui beberapa objek pelik seperti tangkal  termasuk kain hijau tertulis ayat-ayat tertentu di kubu persembunyian  kumpulan itu. 
 
 sinar/-     |   
    |      Jane Goodall hidup bersama cimpanzi       Posted: 11 Mar 2013 09:13 PM PDT    29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Jane Goodall                                    "SAYA isytiharkan perang terhadap pemusnah alam. Cara mereka  memusnahkan atau membunuh cimpanzi sama seperti mereka membunuh manusia.  Peperangan ini adalah malapetaka buat alam" 
 
  Pengalaman 50 tahun lalu ketika menyaksikan seekor cimpanzi mengali  lubang anai-anai di Taman Negara Gombe, Tanzania untuk mencari makanan  mengubah keseluruhan, hidup pengasas Jane Goodall Institute, Dr Jane  Goodall dari seorang ahli primatologi kepada aktivis pemuliharaan  cimpanzi dan alam sekitar.    "Ketika itu saya sedang meneropong seekor cimpanzi jantan mencari  makanan. Haiwan itu membengkokkan ranting, dilucutkan daunnya kemudian  mencungkil sarang itu lalu disuapkan ke mulutnya. Perbuatan itu tidak  ubah seperti tindakan manusia untuk mencari makanan.    Bertitik tolak dari situ saya melakukan pemerhatian saintifik tentang  kehidupannya hingga saya mengabdikan seluruh hidup untuk bersama haiwan  itu," katanya. 
 
  Dilahirkan di London, England pada 1934 anak kepada Mortimer Herbert  Morris-Goodall dan Margaret Myfanwe Joseph ini telah didedahkan kepada  dunia cimpanzi sejak kecil.    "Semasa kecil bapa menghadiahkan anak patung cimpanzi diberi nama  Jubilee, sejak dari itu saya mula menyayangi haiwan. Hingga ke hari ini  dan anak patung itu masih saya simpan," katanya.   
 
  Pada 1957, beliau nekad mengambil keputusan berhijrah ke Kenya bersama  rakannya kerana terlalu minat terhadap haiwan di negara itu. 
 
  Ketika itu, beliau bekerja sebagai setiausaha di syarikat perladangan.  Bermula dari situ beliau menawarkan diri melakukan kajian tentang  kehidupan penduduk primitif dikendalikan oleh ahli arkeologi dan  primatologi, Louis Leakey.    "Pada 1958, saya melakukan kajian di Olduvai Gorge di Tanzania. Selama  dua tahun saya tinggal dan menjalani kehidupan bersama mereka. Realiti  kehidupan itu membuatkan saya terpanggil untuk menganjurkan kutipan dana  bagi membantu golongan tersebut, " katanya.    Selepas kajian itu selesai, beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran  kedoktoran dalam bidang Ethologi di Universiti Cambridge selama lima  tahun.    Sepanjang penyelidikan itu, beliau memilih untuk tinggal bersama  keluarga beruk selama 22 bulan bagi mendapatkan perincian sebenar  kehidupan cimpanzi .    "Saya tinggal bersama cimpanzi jantan digelar David dan Goliath.  Humphrey cimpanzi bersaiz besar berperangai pembuli, Gigi pula cimpanzi  betina sentiasa gembira dan digelar sebagai 'makcik' dari cimpanzi muda,  McGregor, cimpanzi paling tua, Flo pula cimpanzi dianggap 'ibu' dan  mempunyai kedudukan tinggi dalam keluarga cimpanzi dia mempunyai anak  seperti Figan, Faben, Freud, Fifi, dan Flint. Frodo, anak kedua Fifi  bersikap agresif dan kerap menyerang Janea," katanya penuh bersemangat.    Kejayaan penyelidikan Goodall, merupakan pencapaian terbesar apabila  beliau dapat membuktikan teori kehidupan cimpanzi, gorila dan monyet  mempunyai berbezaan satu peratus dengan manusia seperti perilaku,  imunisasi tubuh dan autonomi otak.   
 
  "Cimpanzi mempunyai masalah sendiri. Haiwan itu tahu kasih sayang,  berperang, cuma ia berbeza dalam konteks manusia yang lebih menggunakan  fikiran," katanya.  Pada 1964, Goodall berkahwin dengan jurugambar hidupan liar dari  Belanda, Baron Hugo van Lawick dan tiga tahun kemudian, pasangan itu  dikurniakan anak bernama, Hugo Eric Louis.    "Pergaulan saya dengan ibu cimpanzi banyak mempengaruhi kehidupan saya  dan Hugo. Ibu cimpanzi adalah jenis pelindung dan penyayang. Haiwan ini  sanggup menggadai nyawa untuk melindungi anaknya. Cimpanzi boleh  bertoleransi tetapi tidak disiplin," katanya.    Pada 1974, pasangan itu bercerai dan beliau berkahwin dengan pengarah  Taman Negara Tanzania, Derek Bryceson. Empat tahun kemudian suaminya  meninggal dunia kerana barah.    "Ketika itu kehidupan saya amat perit. Namun, saya nekad meneruskan  amanah mendiang suami untuk melindungi hutan dan haiwan di taman itu.  Amanah itu saya laksanakan hingga hari ini. Saya berdiri teguh membela  nasib cimpanzi di Gombe dengan menubuhkan satu kumpulan dianggotai  masyarakat primitif Gombe," katanya.    Pada 1977, beliau menubuhkan Jane Goodall Institute untuk menggalakkan  penyelidikan cimpanzi dan habitat haiwan serta alam sekitar di Gombe. 
 
  Menurutnya, ketika ini banyak kekejaman luar biasa dilakukan manusia  terhadap hutan dan cimpanzi akibat kerakusan membolot dan merompak harta  alam. 
 
  "Saya musuhi mereka. Saya berusaha mendidik generasi baru terutamanya  kanak-kanak untuk menghargai alam dan isinya. Saya percaya semua agama  menentang pencerobohan alam kerana hutan dan haiwan satu ciptaan luar  biasa," katanya. 
 
 sinar/-  
 
     |   
    |      MPAG arah turun kain rentang di halaman rumah       Posted: 11 Mar 2013 08:35 PM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
   KUALA LUMPUR: Seorang penduduk Kampung Paya Rumput, Melaka  tidak berpuas hati  apabila Majlis Perbandaran Alor Gajah  (MPAG) mengarahkan beliau  menurunkan kain rentang di premis miliknya. Zakaria  Daud  menerima notis meminta beliau berbuat demikian ekoran beliau  memasang  kain rentang dengan gambar Penyelia PAS Parlimen Masjid Tanah,  Nasaei  Ismail dan tawaran Pakatan Rakyat di hadapan rumahnya.  Beliau  berkata, tiga buah kenderaan MPAG datang ke rumahnya  kira-kira jam  11.15 malam kelmarin, meminta beliau menurunkan kain  rentang tersebut  sebelum tindakan undang-undang diambil. Namun  Zakaria bertegas  tidak mahu menurunkannya kerana ianya dipasang di  hadapan rumahnya dan  tidak mengganggu laluan orang ramai.  "Kenapa saya nak turunkan pula sedangkan saya pasang kemas-kemas di hadapan rumah saya. Tak ganggu orang lalu lalang. "Saya   tanya orang MPAG kenapa datang tengah malam mereka kata hari itu  mereka  diarahkan untuk turunkan kain rentang," katanya ketika dihubungi   Harakahdaily hari ini.  Beliau juga tidak menolak kemungkinan  ada pihak yang membuat aduan  kepada MPAG berhubung perkara itu kerana  rumahnya dikelilingi rumah  orang kuat Umno termasuk ahli jawatankuasa  keselamatan kampung (JKKK). Tambah  beliau yang juga ahli  jawatankuasa PAS Masjid Tanah, MPAG meminta  beliau memohon lesen untuk  memasang kain rentang yang disifatkan  berunsurkan politik.  "Mereka  suruh saya ke Masjid Tanah untuk buat permohonan untuk  naikkan kain  rentang tetapi saya tak mahu sebab ini kawasan rumah saya,"  tegasnya  yang juga Ketua PAS Cawangan Paya Rumput. harakahdaily/-       |   
    |      Bunuh bapa leteri isteri       Posted: 11 Mar 2013 08:32 PM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
  Miri: Berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan  tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam  pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai  Sawai, Suai di sini, kelmarin. 
 
    Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut  selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa  kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke  dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan. 
 
      Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26  tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya  berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.
      Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya  beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas  mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati  menantunya tidak menyediakan hidangan. 
 
 ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.     Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa  menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan  wanita berkenaan yang mengadu kepada suami.
 
 
 metro/-  
 
     |   
    |      Hentikan Segera Bayaran Ufti Kepada Kesultanan Sulu - Karpal Singh       Posted: 11 Mar 2013 08:17 PM PDT   29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
  Peguam  Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran  penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang  mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.     Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu  kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata  keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima  bayaran berkenaan.
      "Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat  tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa  (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada  lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah  mengetepikan tuntutan itu.
      "Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan  yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status  konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah  diiktiraf kerajaan Filipina," katanya ketika ditemui di Kompleks  Mahkamah di sini hari ini.
      Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan  yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan  bagi mengusir mereka dari Sabah.
      "Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan  keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur  ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya. - Bernama
      
        |   
    |      ‘Tiada arahan berpindah’       Posted: 11 Mar 2013 08:01 PM PDT    29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 Lahad Datu: Ketiadaan ketua Kampung Tegupi di sini, yang gagal  dikesan hingga kini  mencetuskan tanda tanya di kalangan penduduk,  termasuk mereka sukar mendapatkan maklumat mengenai situasi terkini Op  Daulat berikutan kedudukan lokasi perkampungan mereka yang hanya  terletak kira-kira lapan kilometer dari Zon Merah. 
 
   Rata-rata penduduk di perkampungan itu hidup dalam ketakutan dan  berlindung di rumah masing-masing kerana tiada arahan dikeluarkan pihak  keselamatan untuk berpindah. 
 
     Lebih malang, penduduk mengakui tidak mengetahui di mana ketua kampung mereka sebaik pertempuran bermula 1 Mac lalu.
    Penduduk, Adam Ahmad, 29, berkata penduduk bimbang mengenai  keselamatan diri dan keluarga sekiranya pengganas terbabit memasuki  kampung mereka. MOHD Aziz bersama anak saudaranya di halaman rumah mereka.    "Kami tidak menerima sebarang arahan untuk berpindah walaupun sering terdengar bunyi tembakan hampir setiap hari.
 
 
 metro/-      |   
    |      Ibu bapa masih trauma       Posted: 11 Mar 2013 07:59 PM PDT    29 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] - 
 
 Semporna: Masih ramai ibu bapa dari Kampung Simunul dan Sri Jaya di  sini, masih trauma hingga tidak berani menghantar anak mereka ke Sekolah  Kebangsaan (SK) Simunul semalam, berikutan insiden tembak menembak di  kampung berkenaan 2 Mac lalu. 
 
   Tinjauan Harian Metro di sekolah itu pagi semalam, mendapati tidak ramai murid hadir ke sekolah dan hanya enam kelas dibuka. 
 
       Guru Besar SK Simunul, Sarudah Harun, 56, berkata, hanya 193  daripada 640 murid hadir ke sekolah semalam, malah ada kelas hanya  dihadiri empat murid menyebabkan pihak sekolah terpaksa menggabungkan  mereka menjadi enam kelas.
    Katanya, kehadiran guru juga turut tidak memberangsangkan kerana hanya 20 daripada 42 guru datang bertugas.    "Masih ramai keluarga takut menghantar anak mereka ke sekolah  walaupun pihak keselamatan sudah memberi jaminan keselamatan  dipertingkatkan.
 
 
 metro/-      |