N50 Dun Sri Muda |
Rakyat Harus Teliti Senario Politik Negara & Membuat Pilihan Bijak Posted: 11 Mar 2013 10:24 PM PDT RAWANG - Pemimpin kanan PKR meminta rakyat meneliti secara mendalam senario politik negara ini dan mereka perlu berani memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui tampuk kerajaan demi memperbetulkan segala kepincangan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional selama ini. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, rakyat perlu terus memberi kepercayaan kepada semua parti dalam PR iaitu PKR, DAP dan Pas yang berniat baik ingin mengubah sistem pentadbiran negara yang rosak berpunca masalah rasuah. "PR mengamalkan prinsip muafakat dan berbincang iaitu suatu budaya baru dalam menyelesaikan masalah dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. "Rakyat telah memberi harapan dan perlu dihargai dengan membawa ke arah ekonomi yang lebih baik dan negara aman dalam skop keluarga besar," katanya di hadapan lebih 5,000 orang yang menghadiri majlis makan malam anjuran PKR Cabang Selayang untuk mengumpul dana menjelang Pilihan Raya umum ke-13, kelmarin. Antara yang hadir Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, Adun Rawang, Gan Pei Nei, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jayakumar dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng. Beliau turut menuntut supaya rakyat mengundi untuk masa depan negara yang lebih baik dan manifesto baru yang dikeluarkan oleh PR menunjukkan parti itu berani membuat perubahan untuk kesenangan rakyat. Sementara itu, Jui Meng pula berkata, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya lapan kerusi parlimen Johor bakal memihak kepada PR. "Johor kubu kuat BN akan beralih kepada PR. Ia dapat dilihat selepas Himpunan Bersih apabila rakyat kini semakin berani dan memberi sokongan setiap kali ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan. "Ramalan itu ada benarnya apabila lima jeneral yang tegak pertahankan negara kini memberi sokongan kepada PR dan yakin PRU ke-13 adalah milik PR," katanya. sinarharian |
Kenaikkan Gaji Pasukan Keselamatan Tidak Menjamin Undi BN Posted: 11 Mar 2013 08:31 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Mac — Langkah Putrajaya untuk menaikkan gaji anggota polis dan tentera menjelang Pilihan Raya 2013 tidak semestinya menguatkan sokongan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), kata penganalisis. Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak (gambar) bersetuju untuk menyetarakan gaji pasukan keselamatan dengan penjawat awam lain seperti diumumkan semalam, menelan belanja RM1.5 bilion untuk meningkatkan gaji bagi mereka yang tidak dinaikkan gaji tahun lalu, satu langkah dilihat untuk meningkatkan sokongan BN dalam pilihan raya akan datang. Persepsi umum adalah pengumuman tersebut bermakna sokongan lebih kuat pasukan keselamatan oleh kerana tentera dan polis dilihat sebagai penyokong tradisonal BN. Akan tetapi maklumat lebih bebas di internet, tempat berkempen bagi pembangkang menyebabkan persepsi tersebut dicabar, kata penganalisis. "Secara tradisionalnya, mereka diketahui menyokong kerajaan, akan tetapi untuk mengatakan mereka tidak mampu membuat keputusan termaklum dengan aliran maklumat bebas kini adalah keterlaluan," kata Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada The Malaysian Insider. Sebelum pengumuman, PAS bergerak untuk menyaingi usaha terakhir Najib bagi memenangi hati penjawat awam dengan menjanjikan kemudahan sama dan memperbaiki apa-apa janji perdana menteri untuk meningkatkan gaji dan elaun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Langkah tersebut menunjukkan persaingan bagi memenangi hati penjawat awam yang merupakan kunci undi dari kalangan 13.3 juta pengundi berdaftar untuk membuang undi dalam pilihan raya umum tahun ini. PAS dan sekutunya DAP dan PKR menggemparkan BN dalam Pilihan Raya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen. Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan (Pakatan Rakyat) PR ditubuhkan. PKR dari PR dilihat bekerja keras untuk mendapatkan undi dari 250,000 pengundi dari kem polis dan tentera di seluruh negara. Untuk memperkuatkan kempen mereka, parti tersebut telah merekrut bekas jeneral dan polis ke dalam parti mereka. Pengaruh mereka penting untuk mendapatkan undi demografi ini kepada PR, kata pemimpin parti. Penganalisis dari Universiti Putra Malaysia Dr Jayum A Jawan mengatakan walaupun peningkatan gaji menyebabkan lebih sukar bagi pembangkang untuk melonggarkan cengkaman BN terhadap anggota keselamatan, dalam keadaan politik sekarang, tiada apa yang pasti. "Ya secara umumnya mereka (pasukan keselamatan) diketahui menyokong kerajaan hari ini. Akan tetapi ini tidak bermakna mereka menyokong parti pemerintah," katanya kepada The Malaysian Insider. "Walaupun ianya mungkin mempengaruhi sokongan untuk BN, tetapi ianya hanya satu sektor. Untuk menang pilihan raya, kamu perlu gandingan kombinasi pelbagai faktor lain," tambah beliau. themalaysianinsider |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan