Selasa, 12 Mac 2013

.

.


Seorang lagi jeneral sertai Pakatan

Posted: 12 Mar 2013 03:32 AM PDT


Roketkini.com,11 Mac 2013
SHAH ALAM: Walaupun konflik berdarah di Lahad Datu terus dimanipulasi media kawalan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengaitkannya dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi semakin ramai pula mantan jeneral tentera menyertai PR.

(Anwar bersalam dengan Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan)
 
Terkini ialah penyertaan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein bersama PKR pada 6 Mac lalu.

Sebelum ini Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada PR.

Fenomena ini sudah tentu memberi gambaran jelas wujudnya krisis keyakinan yang parah terhadap pentadbiran BN berhubung isu pertahanan dan keselamatan negara.

"Siapa dua tahun lalu terfikir bahawa lima orang Jeneral (tentera) termasuk yang berpangkat tertinggi memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat? Siapa dua tahun lalu yang terfikir Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, pendakwa kes saya pada 1998 dan ketua pendakwa kes pada 2008 sekarang menjadi peguambela saya?

"Siapa yang menjangka bapa Saiful (Azlan Lazim) tiap hari keluar masuk mahkamah sekarang memohon maaf kepada saya, Azizah dan keluarga, dengan menyatakan ada konspirasi yang melibatkan pegawai pejabat Perdana Menteri dalam kes Liwat II. Semua ini tidak akan berlaku tanpa iringan doa dari rakyat," ujar Anwar.

Mengulas isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumpahan darah boleh dielak jika kerajaan bertindak segera menghantar pasukan tentera.

"Mana boleh kita biarkan (pencerobohan), ini soal maruah dan kedaulatan rakyat dan negara yang kita kena pertahankan," tegasnya ketika berucap pada Majlis Sambutan 5 Tahun Kerajaan Negeri Selangor, malam tadi.

Menurut Anwar, seperti yang dijelaskan kepadanya oleh seorang daripada bekas jeneral angkatan tentera, kerajaan lewat menghantar pasukan tentera sehingga menyebabkan pertumpahan darah.

Sehubungan itu, Anwar kecewa apabila isu keselamatan negara terus dijadikan mainan politik media kawalan UMNO-BN dengan memberi gambaran buruk sehingga lagu "Tanya sama Najib" yang sering dinyanyikan beliau di majlis PR dikaitkan dengan pencerobohan gerombolan bersenjata 'Sultan Sulu' di Lahad Datu.

"Dalam lagu itu, saya maksudkan rakyat Sabah nak tolak BN pada pilihan raya dan bukannya nak bagi Sabah kepada kumpulan penceroboh. Itupun (lagu) ditayangkan tidak habis," jelas beliau di hadapan lebih 5,000 orang.

Justeru itu pada 8 Mac baru-baru ini, beliau memfailkan saman berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan TV3 berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dengan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Hadir sama dan turut berucap ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim, Yang Dipertua PAS Selangor, Dr Abdul Rani dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.


MB jawab Dr M: 'Kerajaan Selangor berjaya martabatkan Islam, Melayu'

Posted: 11 Mar 2013 09:20 PM PDT

NURULFATIHA MUAH
12 Mac 2013
MB jawab Tun M
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak mengikuti perkembangan semasa di Selangor apabila mengeluarkan kenyataan negeri itu patut diselamatkan daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk menjamin hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, sepanjang PR menerajui Selangor, penggunaan masjid di negeri itu kerap kali diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan.

"Dr Mahathir akan terperanjat kalau beliau diberitahu qiamullail dihadiri beribu orang dalam satu masjid.
"Ini tak berlaku langsung dalam zaman (pemerintahan) Dr Mahathir. Penggunaan rumah ibadat Islam (masjid dan surau) sangat diterima rakyat (ketika PR memerintah)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Teresa Kok dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.
Kelmarin, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kelemahan dua parti yang dipimpin orang Melayu dalam PR dengan mudah mengikut kata rakan parti menyebabkan orang lain tidak lagi menghormati hak Melayu dan Islam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mempersoalkan keupayaan Dr Mahathir meningkatkan ekonomi orang Melayu ketika melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia dilihat tidak mencapai matlamat.
"Masa dulu beliau buat pun tidak berjaya juga. Ketika beliau melaksanakan DEB, tetapi yang dapat (manfaatnya) bukan orang Melayu.

"Kalau kita tengok penswastaan yang dibuat, berapa peratus yang akhirnya sampai ke tangan (golongan) Bumiputera?," katanya.

Beliau berharap supaya Dr Mahathir berhenti daripada membuat kenyataan seperti itu.

Dalam satu majlis lain, Abdul Khalid berkata, pembubaran Dun Selangor bakal dilaksanakan dalam bulan Mac ini bagaimanapun, tarikh belum diumumkan.

Menurut beliau, pembubaran Dun akan dilakukan pada bulan ini setelah semua keputusan telah dicapai namun tarikh belum diumumkan.
"Kerajaan negeri telah buat keputusan bubar Dun dalam bulan ini, insya-Allah kalau tidak apa-apa halangan ia akan diadakan dalam masa terdekat ini," katanya.

Seorang lagi jeneral sertai Pakatan

Posted: 11 Mar 2013 03:26 PM PDT


Roketkini.com,11 Mac 2013
SHAH ALAM: Walaupun konflik berdarah di Lahad Datu terus dimanipulasi media kawalan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengaitkannya dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi semakin ramai pula mantan jeneral tentera menyertai PR.

(Anwar bersalam dengan Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan)
 
Terkini ialah penyertaan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein bersama PKR pada 6 Mac lalu.

Sebelum ini Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada PR.

Fenomena ini sudah tentu memberi gambaran jelas wujudnya krisis keyakinan yang parah terhadap pentadbiran BN berhubung isu pertahanan dan keselamatan negara.

"Siapa dua tahun lalu terfikir bahawa lima orang Jeneral (tentera) termasuk yang berpangkat tertinggi memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat? Siapa dua tahun lalu yang terfikir Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, pendakwa kes saya pada 1998 dan ketua pendakwa kes pada 2008 sekarang menjadi peguambela saya?

"Siapa yang menjangka bapa Saiful (Azlan Lazim) tiap hari keluar masuk mahkamah sekarang memohon maaf kepada saya, Azizah dan keluarga, dengan menyatakan ada konspirasi yang melibatkan pegawai pejabat Perdana Menteri dalam kes Liwat II. Semua ini tidak akan berlaku tanpa iringan doa dari rakyat," ujar Anwar.

Mengulas isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumpahan darah boleh dielak jika kerajaan bertindak segera menghantar pasukan tentera.

"Mana boleh kita biarkan (pencerobohan), ini soal maruah dan kedaulatan rakyat dan negara yang kita kena pertahankan," tegasnya ketika berucap pada Majlis Sambutan 5 Tahun Kerajaan Negeri Selangor, malam tadi.

Menurut Anwar, seperti yang dijelaskan kepadanya oleh seorang daripada bekas jeneral angkatan tentera, kerajaan lewat menghantar pasukan tentera sehingga menyebabkan pertumpahan darah.

Sehubungan itu, Anwar kecewa apabila isu keselamatan negara terus dijadikan mainan politik media kawalan UMNO-BN dengan memberi gambaran buruk sehingga lagu "Tanya sama Najib" yang sering dinyanyikan beliau di majlis PR dikaitkan dengan pencerobohan gerombolan bersenjata 'Sultan Sulu' di Lahad Datu.

"Dalam lagu itu, saya maksudkan rakyat Sabah nak tolak BN pada pilihan raya dan bukannya nak bagi Sabah kepada kumpulan penceroboh. Itupun (lagu) ditayangkan tidak habis," jelas beliau di hadapan lebih 5,000 orang.

Justeru itu pada 8 Mac baru-baru ini, beliau memfailkan saman berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan TV3 berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dengan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Hadir sama dan turut berucap ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim, Yang Dipertua PAS Selangor, Dr Abdul Rani dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Najib: Kakitangan awam bebas pilih kerajaan

Posted: 11 Mar 2013 08:53 AM PDT


NIZAM ZAIN
11 Mac 2013
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
PUTRAJAYA - Kakitangan awam negara ini, yang merupakan hampir 10 peratus daripada pengundi berdaftar, bebas untuk menentukan kerajaan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional menasihatkan kakitangan awam agar menggunakan kuasa memilih mereka dengan sebaik yang mungkin dan jangan mudah terpedaya dengan janji pihak tertentu yang masih gagal melunaskan janji meskipun memerintah empat negeri.

"Kita berupaya mengukur kejujuran dengan melihat prestasi rekod mereka yang berjanji.

"...kalau sejarah menunjukkan janji yang lama pun tidak mampu ditepati atau ditunaikan, maka berhati-hati dengan janji baru," kata beliau dalam ucapan pada Majlis Perdana Pekhidmatan Awam ke-13 di sini.

Beliau tidak mahu pengundi khususnya penjawat awam agar mudah terpedaya dan percaya pihak pembangkang bagi membentuk kerajaan sebelum menilai kejujuran dalam pembiayaan program mereka.

"Mereka perlu berterus-terang dengan rakyat, tidakkah pembiayaan semua program mereka memerlukan kepada cukai dinaikkan?

"... kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari segi menepati janji, ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukannya janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka itu," soal beliau.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan salah satu kandungan manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Februari lalu, yang mahu mengecilkan saiz perkhidmatan awam jika mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak wajar sebaliknya perlu dibuat penambahbaikan sahaja agar terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Ada janji dibuat oleh pihak tertentu dalam manifesto mereka, kononnya hendak melihat dan menyusun semula perkhidmatan awam.

"...dengan kata lain, mereka mahu memberhentikan sebahagian besar penjawat awam.

"...siapakah yang mereka mahu berhentikan? Mahu berhentikan guru? Anggota polis? Anggota tentera? Pensyarah? Doktor? Jururawat? Kumpulan pelaksana? Siapa?" soalnya lagi.

Sementara itu, Najib juga menggesa penjawat awam supaya menguasai kemahiran teknologi komunikasi seperti blog dan media sosial dalam membantu kerajaan memberi maklumat tepat dan perkhidmatan terbaik walaupun di luar waktu bertugas.

"Kepimpinan sektor awam tidak boleh lagi mengelak daripada berhadapan dengan media dan orang ramai.

"...penjawat awam haruslah bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat, bersandarkan ketepatan tanpa melanggar peraturan agar perjalanan sistem pentadbiran tidak dikompromikan keabsahannya," jelasnya.

Perdan Menteri juga mengingatkan supaya penjawat awam menjauhi tiga penyakit iaitu rasuah, salah guna kuasa dan membocorkan maklumat.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan integriti penjawat awam terpelihara termasuk memastikan tidak berlakunya ketirisan wang dan maklumat yang boleh menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam.

Di samping itu, penjawat awam juga perlu memastikan bajet besar setiap tahun untuk pembangunan dibelanjakan dengan betul dan mengikut jadual supaya dapat dimanfaatkan rakyat dan mencerminkan kerajaan telah menunaikan janji.

Najib juga berkata, kerajaan sentiasa istiqamah untuk menjadi sebuah kerajaan yang adil dan penuh bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan sehingga merosakkan kedudukan dan kewangan negara.
  
Beliau berkata jika mahu, kerajaan Barisan Nasional boleh sahaja mengambil sikap populis dengan menjanjikan pelbagai perkara seperti kenaikan gaji dan elaun yang tinggi, tanpa mengira kemampuan kewangan sepertimana yang dicanangkan pihak tertentu.
  
"Memang kerajaan seperti itu akan menjadi lebih popular, semua akan merasa seronok, teruja tetapi itu hanyalah buat seketika.
  
"Sebenarnya kita perlu berfikiran waras apa akan jadi kemudian hari nanti, akibat daripada tindakan populis itu," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang