Selasa, 17 Mei 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Memperkukuh Azam, Mohon Restu Dari Allah Dapat Siapkan Surau Al-Faizin

Posted: 17 May 2011 04:46 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG HADIAH CENDERAHATI DAN KAD ISTIMEWA SEMPENA HARI GURU

Posted: 17 May 2011 09:53 AM PDT

YB Dr Halimah berucap dalam sambutan HARI GURU
 16.5.11
ISNIN

Semua guru menanti-nanti 16.5.11 SEBAGAI HARI ISTIMEWA untuk mereka, HARI GURU.
Kebiasaannya mereka menerima hadiah berupa kad atau bunga.Yang pasti ramai anak murid mereka sekurang-kurangnya mengucap SELAMAT HARI GURU,Cikgu.
   Hati guru yang mana tidak merasa bahagia bila jasa mereka sebagai pendidik dihargai dan mendapat perhatian.Tidak kira siapapun yang sudi menunjuk empati dan tulus mengiktirafkan sumbangan dan pengorbanan mereka yang gtelah melayan kerenah pelajar disamping menurunkan ilmu kepada mereka..
 Dengan kesedaran ini, lebih-lebih lagi selaku EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali mengambil masa turun ke Sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, sekolah Cina untuk bertemu guru secara peribadi untuk mengucap SELAMAT HARI GURU dan membawa sedikit cenderahati dan kad untuk semua guru.
 Guru-guru rata-rata sangat gembira atas kunjungan yang tidak diduga itu.Mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan mereka dan ada yang ambil kesempatan bergambar dengan YB EXCO.
 YB menyerahkan cendrahati kepada pengetua SMK
 Guru yang berada di atas kerusi roda juga amat terharu dengan layanan istimewa yang diterima.
 Ada guru-guru yang memberi signal 'good' ketika rakan setugas menerima cenderahati daripada YB EXCO.
YB EXCO juga sempat mentantuni bayi dalam rahim seorang guru ketika menghadiahkan cenderahati kepadanya.

GURU: TERIMA KASIH BUKU JINGGA

Posted: 17 May 2011 12:24 AM PDT

 Nampaknya kesan buku jingga sudah berputik dan cepat mengembang. Buahnya akan dituai pada Januari 2012. Orang pertama yang bakal menuainya adalah para guru. Mereka dijanji oleh kerajaan Najib 5 kaedah kenaikan pangkat..Pakatan Rakyat mengeluarkan manifesto yang dijenamakan buku JINGGA dimana guru-guru akan diberi kenaikan gaji sebanyak RM500 dalam tempoh 100hari PAKATAN RAKYAT ambil alih PUTRAJAYA.Itu bermakna semua guru. Yang diumum oleh PM adalah segelintir guru.Apakah jasa guru-guru yang lain tidak diutamakan.
Adakah amalan guru yang 'bernasib baik' naik pangkat adalah di antara kaedah yang tersirat dan TIDAK TERSURAT selama ini ialah hanya guru-guru yang diperhambakan oleh UMNO/BN untuk tujuan politik mereka seperti menggunakan ruang sekolah untuk UMNO mengadakan mesyuarat agung atau program UMNO/BN.
Adakah ini juga kaedah(ke enam?!) yang akan diguna pakai menjelang 1.1.12? Kesian cikgu-cikgu didera sebegini.....

PM umum guru nikmati lima kaedah naik pangkat
MALAYSIAKINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

NONEDalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di Kuching, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

education high school girls 040405Najib berkata sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," kata Perdana Menteri.

Katanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

NONEKaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya, katanya.

Beliau berkata pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan, katanya.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya.
- Bernamahttp://www.malaysiakini.com/news/164294

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


‘Tamil school problem still being ignored’

Posted: 17 May 2011 10:21 PM PDT

‘Tamil school problem still being ignored’

Posted: 17 May 2011 10:21 PM PDT

Tuduh DAP di belakang Kristian untuk apa?

Posted: 17 May 2011 06:28 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Ceramah - Jelajah Sgor Tawan Malaysia - 13 Mei 2011

Posted: 17 May 2011 09:50 PM PDT

Sivarasa sedang berucap


Penceramah termasuk Haniza, MB, Sivarasa dan Irwan

YB Dr Nasir Hashim

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

YB Haniza Talha, Timb Speaker DUN Sgor

Sivarasa Rasiah
Sivarasa bersama PKR Cabang Subang telah menganjurkan ceramah bertajuk JELAJAH SELANGOR - TAWAN MALAYSIA pada Jumaat 13hb Mei bertempat di Kampung Melayu Subang Tambahan. Hadir bersama pada malam tersebut adalah Mentri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Zuraida, Ketua Wanita PKR, YB Dr Nasir ADUN Kota Damansara, YB Haniza Timbalan Speaker DUN Sgor dan Sdr Izwan Ismail Ketua AMK Sgor.

Wesak Day Celebration at Bandar Utama

Posted: 16 May 2011 11:39 PM PDT

YB Sivarasa, Ahli Parlimen Subang telah diberi penghormatan untuk melancarkan perayaan menyambut Hari Wesak oleh Persatuan Penganut Buddha Bandar Utama. Turut hadir bersama adalah YB Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan.

Perayaan bermula dengan mengibarkan Jalur Gemilang, nyanyian lagu Negara-ku dan ucapan perasmian oleh YB Sivarasa. Ini diikuti dengan persembahan oleh kanak-kanak persatuan tersebut serta upacara doa untuk memberkati semua yang hadir dan mendoakan pendamaian untuk Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Sivarasa mengingatkan semua yang hadir mengenai tanggungjawab masing-masing untuk bersuara menuntut  Keadilan untuk semua. Sepertimana dalam ajaran Gautama Buddha, apa yang kami lakukan sekarang hasilnya adalah untuk generasi yang akan datang.

Begitu juga, sekiranya kami pilih untuk berdiam diri, walaupun melihat ketidak adilan dalam masyarakat; maka anak cucu kami lah yang akan menerima padah nya.




Perayaan Hari Wesak di Bandar Utama dijadikan lebih bermakna lagi dengan adanya program menderma darah dan juga sumbangan sebanyak RM35,000 membantu mangsa Tsunami di Jepun.

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


【星洲日报】美华岭龟裂房屋或拆修 ‧ 发展商进行巩固斜坡工程

Posted: 17 May 2011 07:52 AM PDT

Lokasi: Taman Bukit Mewah, Kajang

Penghuni-penghuni di Taman Bukit Mewah yang mengalami keretakan dinding rumah disebabkan kehilangan air bawah tanah kini dapat melegakan perasaan gelisah mereka. Syarikat pemaju kawasan perumahan Taman Bukit Mewah telah memulakan projek penstabilan struktur cerun bukit pada bulan yang lalu. Projek ini dijangka akan siap pada akhir bulan Jun. Selepas projek ini selesai, pihak pemaju akan berunding dengan pemilik-pemilik rumah yang mengalami keretakan dinding tentang butiran memperbaiki atau membina semula rumah mereka.

Ahli Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching memberitahu media bahawa beliau telah mengikuti perkembangan insiden keretakan dinding rumah di Taman Bukit Mewah sejak memulakan perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat pada tahun 2008. Atas usaha dan kerjasama pelbagai pihak, kerajaan negeri Selangor telah melantik IKRAM untuk menyiasat dan memeriksa struktur cerun bukit Tamnn Bukit Mewah pada tahun 2009. Hasil kajian IKRAM menunjukkan bahawa struktur tanah di cerun bukit adalah tidak stabil. Berikutan pembentangan laporan kajian ini, syarikat pemaju bersetuju untuk menanggung perbelanjaan untuk menstabilkan struktur tanah di kawasan tersebut serta berunding dengan pemilik-pemilik rumah yang mengalami kerosakan.

张念群(中)与众人巡视巩固山坡工程,工程预料将于今年6月杪竣工。(图:星洲日报)

由于斜坡下方的住家出现龟裂,发展商先稳固山坡结构,然后再与居民商讨下一步行动,并可能重建或维修龟裂房屋。(图:星洲日报)

(雪兰莪‧加影16日讯)等待了12年,加影美华岭20及21路龟裂房屋终出现曙光,发展商正进行巩固斜坡工程,并或将重建或维修龟裂房屋。

行动党沙登国会议员张念群表示,当地住家后方为斜坡,由于受斜坡水压影响,导致住宅区土地移位,令42户住家出现龟裂。

她指出,自308大选后,她一直跟进此课题,而雪州政府经济行动理事会也在2009年杪,委任大马公共工程研究院(IKRAM)研究山坡结构。

她披露,该研究院在去年7月完成研究,而发展商在一个月前,耗资100万令吉稳固斜坡,工程预料将于今年6月杪竣工。

她今早与发展商代表巡视斜坡工程时说,发展商使用500支泥钉(soil nail)注入斜坡内,以稳固山坡结构。

(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SENARAI CALON YANG BERTANDING DI MUKTAMAR PAS PUSAT

Posted: 17 May 2011 06:24 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.

Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:

1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2. Mahfuz Omar (naib presiden)
3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)
5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat)
6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak)
8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)

Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti. Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato' Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato' Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.
19. Hanipa Maidin, Hj
20. Hashim Jasin, YB Ustaz
21. Hassan Ali, YB Dato' Dr.
22. Hayati Othman, YB Dr.
23. Husam Musa, YB Dato'
24. Idris Ahmad, Ustaz
25. Iskandar Abdul Samad, YB
26. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
27. Khairuddin Dato' Abdul Malek, Dr.,
28. Khalid Abd Samad, YB Hj.
29. Khalil Idham Lim, YB
30. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.
31. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
32. Mahfuz Omar, YB Dato'
33. Mazlan Aliman,
34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
35. Mohamad Abdullah, (Sabah)
36. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
37. Mohamad Sabu, Hj.
38. Mohd Anuar Tahir, Hj
39. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
40. Mohd Firdaus Jaafar, YB
41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
42. Mohd Nasir Mustafa,
43. Mohd Nasir Zakaria, YB,
44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato' Seri
45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
47. Mustafa Ali, Dato'
48. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
50. Nasuruddin Hj Daud, Dato' Ustaz Hj
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
54. Norazli Musa, Ustaz Hj.
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh, Ustazah
57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato' Hj
58. Razman Zakaria,
59. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
60. Rosidi Hussin
61. Sa'ari Sungib, YB Hj.
62. Salahudin Ayub, YB,
63. Salleh Man, YB Ustaz
64. Sallehen Mukhyi, Ustaz
65. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
67. Siti Zailah Yusoff, YB
68. Suhaizan Kaiyat,
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato'
71. Takiyuddin Hassan, YB Dato'
72. Taufek Ghani, YB
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
74. Wan Hasrina Wan Hassan,
75. Wan Nik Wan Yusof,
76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
77. Yusof Embong, Ustaz Hj.
78. Zainuddin Yusof, YB Hj
79. Zaki Ibrahim, YB
80. Zuhdi Marzuki, Dr.
81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu:

1. Hussin Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir
4. Nasuruddin Daud, YB
5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato'

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak.

"Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya.

Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu.

Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima. Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula Jun depan. (harakahdaily)

HAJI NAJIB KATA PENGEBOM BERANI MATI BUKAN SYUHADA, BUKAN MEWAKILI ISLAM

Posted: 16 May 2011 08:49 PM PDT



OXFORD, 17 Mei — Datuk Seri Najib Razak menggesa masyarakat dunia untuk mengamalkan kesederhanaan sebagai cara terbaik untuk bertindak dan untuk maju ke hadapan. 

Perdana Menteri menegaskan kesederhanaan bukan konsep yang asing kepada manusia dan juga bukan bersifat teori semata-mata.

Ketika menyampaikan syarahan di Sheldonian Theatre, Universiti Oxford di sini, Najib berkata, kesederhanaan boleh membantu mencipta masa depan lebih baik sepertimana dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin pada tamadun-tamadun terdahulu.
Inikah Islam sederhana ? (Maaf, hanya gambar hiasan sahaja)

"Jurang sebenar bukanlah di antara Timur dan Barat atau antara negara maju dan membangun atau malahan antara orang Islam dan bukan Islam.

"Ia antara golongan sederhana dan ekstremis daripada semua agama," katanya dipetik laporan Bernama.
Syarahan beliau bertajuk "Kesederhanaan dan Persefahaman Antara Tamadun".

Memberikan contoh sikap sederhana yang diamalkan pada awal ketamadunan Islam, Barat dan pemimpin terkemuka seperti Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela, Najib berkata, prinsip kesederhanaan bukannya baru dalam Islam dan turut ditekankan dalam agama kristian dan agama lain.

"Sebenarnya tidak wujud apa yang dikatakan sebagai Islam liberal atau ekstremis Islam, Islam konservatif atau Islam makrifat, jihad Islam atau Islam ihsan, Islam moden atau Islam pertengahan.

"Hanya Islam, cara hidup yang sempurna. Bersikap sederhana tidak boleh dianggap sebagai bacul, tidak berprinsip, lemah atau ihsan," katanya.

 "Dalam kitab suci Quran, Allah SWT berfirman bahawa Dia mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan sebagai suatu rahmat agar mereka boleh berkenal-kenalan dan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka," katanya.

Najib berkata mereka yang memasang bahan letupan di badan mereka dan meletupkan diri mereka bukannya tergolong sebagai syuhada dan tidak mewakili Islam.

Beliau berkata dunia bebas daripada keganasan bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi ia memerlukan mereka yang menganjurkan sifat sederhana; menuntut agar tidak ada lagi menjadi golongan majoriti yang hanya berdiam diri, tetapi mula mempamerkan keberanian dan keyakinan dalam menunaikan tanggungjawab.

"Kita perlu menangani perkara yang menjadi punca berlakunya keganasan global dan mampu untuk membezakan antara gejala dan punca utama yang menyebabkannya berlaku. Melalui cara ini sajalah, kita akan dapat mencapai penyelesaian berkekalan."(malaysianinsider)


(Dr. Yusuf Qurdhawi berpendapat, pengeboman berani mati yang mensasarkan serangan ke atas kem-kem tentera musuh atau post-post musuh dianggap syahid seperti yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Palastin ke atas tentera Israil. Pendapat ini mendapat kecaman dari Amerika dan media-media kafir tetapi menjadi pendapat yang paling dipersetujui oleh ulamak dan juga orang-orang awam Islam. Bahkan ini juga selalu berlaku di Iraq dan Afghanistan, di mana pejuang-pejuang berani mati meletupkan diri dan meranapkan konvoi-konvoi tentera Amereka dan Nato. Perbuatan yang mengoyang keyakinan tentera kafir ini tidak dianggap bunuh diri, kerana pengertian bunuh diri adalah jika seorang muslim membunuh dirinya untuk melepaskan diri dari kehidupan yang malang.)

HA HA HA..INILAH DASAR UMNO..SAPA KAKI KIPAS DIALAH DAPAT...!

Posted: 16 May 2011 08:22 PM PDT

 Presiden KIMMA dilantik Senator
KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari.

The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim (gambar), 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu.

"Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

"Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu," kata sumber ketika dihubungi.(malaysianinsider)

GURU DISERU BERJUANG BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Posted: 16 May 2011 06:20 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Muslimat PAS Pusat menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab berkata, pihaknya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2011.

"Kepada semua yang bergelar pendidik yang terdiri daripada guru-guru di sektor awam dan swasta di semua peringkat persekolahan, Pasti, tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi  tinggi, kakitangan pejabat-pejabat pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua yang terlibat dengan profession perguruan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir.

Tambahnya, guru-guru berada di seluruh pelosok negara dan menjadi nadi yang menghidupkan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan.

Menurutnya, mereka tekad menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi profesyen perguruan tanpa mengira dan mengenal penat-lelah.

"Mereka jugalah yang diamanahkan untuk mempersiapkan dan menyediakan generasi pemimpin pelapis, yang berkebolehan dan berkeupayaan menyumbang tenaga dan bakti untuk kesejahteraan ummah dan  ekonomi negara di masa hadapan negara," ujarnya. 

Oleh itu, tambahnya guru-guru mesti bersifat cekal dan anjal serta istiqamah dan bertaqwa kerana proses pendidikan sambung-menyambung dalam dunia yang semakin mencabar.

"Didiklah anak-bangsa tanpa mengira ras keturunan, insya Allah pengorbanan dan khidmat bakti anda akan membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat mengambil teraju kepimpinan negara di dalam PRU13 akan datang," katanya.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan.

Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara', Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno.

"PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat," ujarnya.(harakahdaily)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on HAPPY WESAK DAY by Siva

Posted: 17 May 2011 06:29 AM PDT

Happy Wesak to you YB. I believe that you must be a Buddhist like me. I also hope that we have less politics in order to have peace and prosperity in Malaysia. Regards

Comment on HAPPY WESAK DAY by Happy Wesak Day

Posted: 17 May 2011 06:02 AM PDT

06th June 2011 – Hong Kong MTR

http://www.manymany3m3.blogspot.com/

17th May 2011 Wesak Day …. When Vegetables Price Will Down ???

Comment on Issues for your MP by Yaacob

Posted: 17 May 2011 02:08 AM PDT

Azman

Terima kasih atas aduan dan maklumat tuan.

Untuk makluman tuan masalah pasar pagi ini telah pun dilapurkan kepada pihak DBKL atas aduan penduduk-penduduk sebelum ini dimana aktiviti pasar pagi ini telah menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk-penduduk sekitar.

Untuk makluman tuan juga, isu sebenar disini ialah tapak pasar pagi ini tidak pernah di gazetkan sebagai tapak pasar pagi justeru itu pihak kami telah pun menulis surat kepada DBKL supaya pematauan berterusan sekurang-kurang untuk 2 minggu dapat dilakukan supaya peniaga-peniaga tanpa lesen boleh dikawal dan seterusnya boleh menghentikan aktiviti-aktiviti pasar pagi di kawasan tersebut.

Pihak kami dimaklumkan bahawa pihak DBKL telah pun mengeluarkan notis dan kompaun kepada peniaga-peniaga tanpa lesen dan dijangkakan tindakan yang lebih keras akan diambil oleh pihak DBKL dalam masa terdekat ini.

Berkenaan dengan penjualan daging khinzir di pasar tersebut bukanlah suatu isu besar sekiranya peniaga tersebut mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Yang Berhormat sendiri menjelaskan, sebagai contoh di Negeri Kelantan penjualan daging khinzir di pasar-pasar pagi bukanlah dibuat di kawasan tertutup. Jadinya saya berharap kita sama-sama menghormati sensitiviti kaum-kaum lain selagi ianya tidak melanggar syarat dan peraturan yang sedia ada. Apa pun pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas makluman tuan.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Marilah kita sama-sama berdoa Abang Dollah, ahli kariah Surau Ubudiah, Pandan Indah yang sekarang di HKL cepat sembuh.

Posted: 17 May 2011 04:01 AM PDT

Gambar : Abang Dollah bersama isteri, Kak Mai dan pengerusi surau, Sdra. Zamri Safaie di HKL.

Tahniah kepada JPN Selangor di atas pelancaran gerakerja pilihanraya PAS Selangor 15 Mei 2011 !

Posted: 17 May 2011 03:28 AM PDT

Nuffnang