Rabu, 17 April 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Pakatan Rakyat Selangor Di Landasan Yang Tepat Sebab.....

Posted: 17 Apr 2013 06:09 PM PDT

Manifesto Barisan Nasional PRU 13 untuk rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khususnya meniru dan mengambil iktibar dari kejayaan dan kemantapan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 2008-2013. Apa yang selama ini BN cuba menafikan dan memperkecilkan usaha kerajaan Pakatan Rakyat selama satu penggal kini terbukti berkesan dan boleh digunapakai oleh mana-,mana kerajaan negeri yang telus, amanah, adil  dan berkebajikan.

Apa yang digembargemburkan oleh BN sebagai agenda dan program memasyarakatkan ekonomi boleh membawa kepada kebankrapan negeri atau negara kini bulat-bulat ditiru oleh BN dalam manifestonya.

Jika gagal sudah pasti BN tidak akan cuba mengulangi "kesilapan" yang konon telah dilakukan selama lima tahun Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Syabas Pakatan Rakyat,  Mu di landasan yang tepat sekali....teruskan atau ke peringakat yang lebih tinggi lagi.


.




Dr Shafie Abu Bakar

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


任由郑可扬挑选三语辩论,倪可汉呼吁郑氏别做政治逃兵‏

Posted: 16 Apr 2013 10:26 PM PDT





'与其让郑可扬在报章上说谎,不如我挑战他辩论,让人民在听过双方政见后自行判断行动党或是民政党适合成为木威区国会议员为人民服务'。这是倪可汉在今日阅读关于郑可扬在报章说他没服务的新闻后所抛出第一句话。

原任木威区国会议员拿督倪可汉今日发表文告说,辩论是从政者发表政见的最佳平台,除了我方可以展示自己的施政方针,也可在聆听对方的陈述后,当场反击对方的言论,绝对是个公平的君子之战。倪可汉说,辩论是从政者所需的最基本条件,因为议员在国会或州议会必须在参与多次的辩论后,才能成功拟定一项政策。放眼海外美国总统辩论和国内林冠英和蔡细历的王者之辩,都是民主的最佳典范。所以,今天倪可汉向郑可扬下战书,任由郑氏挑选三语即马来文、英语或华语来辩论,希望郑可扬别做政治逃兵。


另外,针对郑可扬在报章谎称倪氏兄弟拿出服务文件只是'做戏',并声称他若是搬出文件将会是倪氏兄弟的五倍,今日倪可汉也挑战他也把文件拿出来,要不然郑可扬是在说谎。倪氏说,自己所出示的文件都是为民服务的证据。地方上的问题如路灯有问题、沟渠阻塞、马路有洞等都是由助理写信至各政府部门如市议会、土地局、水务局来解决,所储存的档案清楚证明他是个为民服务的国州议员。


最后,倪可汉谴责郑可扬说他是个大选才露脸的国会议员,只在大选才近时出现。倪氏说,他是第四代爱大华人,是个土生土长的爱大华人,就算出了社会工作后还是选择定居在爱大华。人民若是有问题可以随时找到他,成为木威区国会议员五年里时常走访选区,解决民生问题。倪可汉欢迎郑可扬到访行动党服务中心,查看过去他五年服务人民所有的文件,让郑可扬在证据面前口服心服。

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by kiasu

Posted: 17 Apr 2013 11:09 AM PDT

The best day? Bishop says do it only on his birthday!

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by nik aziz

Posted: 16 Apr 2013 08:45 PM PDT

do it in weekdays, people complaint they have to work and cannot vote.
do it in saturdays, people complaint they have to travel back very far and no enough time to go to polling station
do it on sundays, people complaint have to go to church
so when the best day?

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by xMAS

Posted: 16 Apr 2013 07:21 PM PDT

Even the Vatican didn’t object yo Italy holding its general election on the 24Feb2013 – a SUNDAY.

This guy is doing nothing but trying to stir up hate.

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by arah

Posted: 16 Apr 2013 11:35 AM PDT

Once, when Jesus sent his disciples out, he advised them, “Do not go among the Gentiles, or enter any town of the Samaritans. Go rather to the lost sheep of Israel” (Matthew 10:5-6). In another place we find Jesus said to a woman of Canaan, “I was sent only to the lost sheep of the house of Israel” (Matthew 15:24).

Is this disrespect of the Christian to Jesus, and is to be denounced.???

Comment on Rev Bishop Paul Tan condemns polling on Sunday but there were 3 GEs held on SUNDAY by kiasu

Posted: 16 Apr 2013 10:52 AM PDT

Bishop Paul Tan probably thinks that only Malaysian Christians are true christians. Christians from any country that conducts general election on a sunday, Venezuela included, are not real Christians. Christians who do not go to church and pray from 8am to 5pm are not real Christians.

I am really confused with what this Bishop and DAP Christians want actually.

There were also Street Demonstrations and Sport Events organised on sundays. Shopping Malls and Cinemas are opened every sunday too. Why are Christians busy going to these places instead of spending the whole day in church?

I think the Bishop actually condemns Christians. Or maybe, the Bishop is not a Christian after all. Or different country different type of christianity.

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Penerimaan Watikah Perlantikan Calon Barisan Nasional PRU 13

Posted: 16 Apr 2013 06:48 PM PDT







16 April 2013, Alhamdulillah kelmarin telah menerima watikah perlantikan calon Barisan Nasional bagi DUN Seberang Takir. Tahniah kepada semua calon yang bertanding bagi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) bagi negeri Terengganu. Semoga Barisan Nasional terus menjadi pilihan rakyat negeri Terengganu.

Berikut senarai penuh calon BN Terengganu yang diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said  pada 16 April 2013 bertempat di Kediaman Seri Iman.


P33 BESUT- Dato' Seri Idris Jusoh

N1 KUALA BESUT- Dr A Rahman Mokhtar

N2 KOTA PUTERA- Mohd Mahdi Musa

N3 JERTIH- Mohd Pehimi Yusof

N4 HULU BESUT- Nawi Mohamad


P34 SETIU- Che Mohd Zulkifli Jusoh

N5 JABI- Mohd Iskandar Jaafar

N6 PERMAISURI- Dato' Mohd Jidin Shafie

N7 LANGKAP- Sabri Mohd Nor

N8 BATU RAKIT- Mazlan Abd Rahman


P35 KUALA NERUS- Dato' Nasir Ibrahim Fikri

N9 TEPUH- Muhamad Ramli Nuh

N10 TELUK PASU- Dato' Abdul Rahin Mohd Said

N11 SEBERANG TAKIR- Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman

N12 BUKIT TUNGGAL- Ismail Nik



P36 KUALA TERENGGANU- Mohd Zuber Embong

N13 WAKAF MEMPELAM- Wan Mahyuddin Wan Ngah

N14 BANDAR- Dato' Toh Chin Yaw

N15 LADANG- Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh

N16 BATU BUROK- Dato' Che Mat Jusoh



P37 MARANG - Dato' Yahya Khatib Mohamad

N17 ALUR LIMBAT- Alias Abdullah

N18 BUKIT PAYUNG- Zaidi Muda

N19 RU RENDANG- Nik Dir Nik Wan Ku

N20 PENGKALAN BERANGAN- A Latif Awang



P38 HULU TERENGGANU- Dato' Jailani Johari

N21 TELEMUNG- Rozi Mamat

N22 MANIR- Yusof Awang Hitam

N23 KUALA BERANG- Dato' Tengku Putera Tengku Awang

N24 AJIL- Razali Taib



P39 DUNGUN- Dato' Rosli Mat Hassan

N25 BUKIT BESI- Rosli Daud

N26 RANTAU ABANG- Dato' Za'bar Mohd Adib

N27 SURA- Zakariah Ali

N28 PAKA- Matulidi Jusoh


P40 KEMAMAN- Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek

N29 KEMASEK- Ir Rosli Othman

N30 KIJAL- Dato' Seri Ahmad Said

N31 CUKAI- Dato' Wan Ahmad Nizam

N32 AIR PUTIH- Wan Abd Hakim Wan Mokhtar

Kunjungan Hormat dari YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Posted: 16 Apr 2013 06:34 PM PDT


16 April 2013, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah meluangkan masa untuk melawat Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing. Kami warga DUN Seberang Takir amat berbesar hati di atas kesudian Dato' Seri dan mengucapkan selamat datang ke Seberang Takir.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN PANDAN : DAKWAT KEKAL BOLEH MENYEBABKAN UNDI ROSAK.

Posted: 17 Apr 2013 02:38 AM PDT

Terdapat pengundi-pengundi di Chempaka yang telah datang berjumpa saya kerana bimbang undi mereka tidak akan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ).

Mereka bimbang jika dakwat kekal yang dicalit di kuku mereka akan terkena pada kertas undi dan undi mereka akan dikira sebagai undi rosak.

Menurut peraturan pilihan raya sekiranya lebih dari satu kotak pada kertas undi ditanda maka kertas undi tersebut dikira sebagai undi rosak.

Kata mereka tidak mustahil kuku yang telah tercalit itu terkena pada kertas undi.

Saya bersetuju dengan pandangan ini dan menggesa SPR membuat penjelasan tetang perkara ini.

SPR mesti menerangkan bahawa sebarang tanda yang dibuat oleh dakwat kekal pada kertas undi tidak dikira dan tidak boleh merosakkan kertas undi tersebut.

Kami tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan dari kekeliruan ini.

PAS Kawasan Pandan akan menulis surat rasmi kepada Pengerusi SPR mengenai perkara ini.

Iskandar A Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
Selangor DE
17 April 2013

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


积极实行利民方针 刘永山自我评价70分

Posted: 16 Apr 2013 11:00 PM PDT

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Senarai Ceramah di Lembah Pantai

Posted: 16 Apr 2013 08:42 PM PDT

Rabu, 17 April, 5pm 
Ceramah kelompok di Flat Sri Pahang, Bangsar

Khamis, 18 April, 9pm
Ceramah Perdana ‘Menuju Putrajaya’ di PPR Kerinchi
DS Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Dr Dzul, Jen (B) Dato Hadi

Jumaat, 19 April, 9pm
Ceramah kelompok di PPR Cempaka, Pantai Dalam

10113_162822763881759_1121280005_n

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Huru-hara: Jangan Takutkan Pengundi Buat Perubahan

Posted: 16 Apr 2013 09:59 PM PDT

Harakah

Rakyat Malaysia diingatkan tidak perlu takut untuk membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 Mei nanti biarpon dimomokkan akan berlakunya huru-hara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, rakyat tidak perlu panik dengan dakwaan akan berlakunya huru-hara jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara kerana pasukan keselamatan adalah profesional dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman.

Katanya, apa sahaja keputusan yang akan diumumkan pada pilihan raya ini nanti, pasukan keselamatan perlu menjaga kemananan dalam tempoh itu.

"Perdana Menteri, Najib Razak sendiri memberikan jaminan akan berlaku peralihan kuasa secara aman. Kita menasihatkan bahawa perlunya wujud peralihan secara aman," kata Musa dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian semasa Forum Untuk Keamanan dan Peralihan Kuasa Secara Aman Pasca PRU-13 yang berlangsung di sebuah hotel ibu negara di sini.

Disamping itu, beliau berkata pemimpin politik tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang komen yang menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai dakwaan akan berlaku huru-hara, supaya rakyat akan merasa tenteram.

“Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka,” kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

“Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut,” tambahnya.

Beliau juga percaya pasukan keselamatan mempunyai keupayaan perisikan yang mantap jika ada mana-mana kumpulan yang mahu mencetuskan sebarang kekacauan dengan mengambil tindakan lebih awal.

Turut serta pada forum itu bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid sementara Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mazlee Malik menjadi perantara.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat akan menimbulkan huru hara pada hari mengundi.

Katanya, Pakatan Rakyat bertindak demikian kerana semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Video Kempen PRU13: KeAdilan Untuk Semua

Posted: 16 Apr 2013 01:25 PM PDT

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PRU13: Kelantan cuti peristiwa 5 Mei

Posted: 17 Apr 2013 07:32 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 5 Mei depan sempena pilihan raya umum ke-13.
    
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perisytiharan cuti itu dibuat bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta rakyat negeri ini mengundi pada hari itu.
    
"Mereka tidak perlu lagi memohon cuti atau keluar sementara untuk mengundi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.
    
Beliau berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu kerana Ahad adalah hari bekerja di negeri ini.

- Bernama

Faizal Tahir rasa terhina dengan calon Shah Alam

Posted: 17 Apr 2013 07:29 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -




Sejak diberitahu kepada umum bahawa Najib Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah memilih Zulkifli Noordin sebagai calon mesra BN untuk kerusi Parlimen P108 Shah Alam.

Ekoran itu, maka tersebarlah tweet di alam maya dari penyanyi popular Faizal Tahir yang meluahkan rasa dirinya serta keluarganya yang bermaustatin di Bandar Shah Alam merasakan diri mereka cukup-cukup terhina.

Apakah perasaan dihina begitu rupa akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti?

Klik untuk lihat laporan penuh blogger ini.

Harakahdaily/-

Calon BN Dun Manjoi nafi dakwaan beliau anggota Pas

Posted: 17 Apr 2013 03:53 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


IPOH - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed hari ini menafikan dakwaan Pas bahawa beliau adalah anggota parti itu.

Calon muka baru yang berumur 38 tahun itu menganggap dakwaan Pas itu sebagai satu provokasi.
 
Bendahari Umno bahagian Tambun itu berkata beliau menyertai Umno kira-kira 10 tahun lepas.

"Saya tidak pernah percaya kepada perjuangan Pas. Saya yakin dengan perjuangan BN," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohamad Ziad mengulas dakwaan Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss bahawa beliau adalah anggota Pas.

Raja Iskandar dalam sidang media hari ini berkata menurut rekod, Ziad mendaftar sebagai anggota PAS pada tahun 1997 dan keanggotaannya dalam parti gugur secara automatik setelah dinamakan sebagai calon BN semalam.  

Mohamad Ziad adalah antara 40 calon muka baru pilihan raya umum ke-13 di Perak yang diumumkan oleh Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Bernama

Calon BN Manjoi ahli PAS

Posted: 17 Apr 2013 03:51 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini mendedahkan calon BN di Dun Manjoi yang diisytiharkan oleh Pengerusi BN Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir semalam adalah ahli PAS.


(Raja Ahmad dalam sidang media hari ini)

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, calon tersebut, Muhammad Ziad Zainal Abidin, 38,  telah menyertai PAS pada tahun 1997.

Katanya, sehingga hari ini, menantu kepada Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali itu tidak pernah mengumumkan dirinya keluar daripada parti.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat ahli serta penyokong Umno di Manjoi tidak mengetahui tentang identiti Ziad termasuklah dirinya pernah menyertai parti lawan.

Zaid katanya dikatakan baru aktif di bahagian Tambun dan baru sahaja dilantik sebagai bendahari bahagian tersebut.

"Persoalan timbul, adakah beliau sudah keluar daripada PAS?," soal beliau ketika sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor, Safarizal Saleh dan Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, pencalonan Ziad seolah-olah BN Perak ketandusan calon yang 'winnable candidate' dari kalangan ahli serta pimpinannya.

Jelasnya, pihaknya turut mempersoal adakah BN Perak khasnya telah menyemak latar belakang calon-calonnya sebelum mereka diberikan tanggungjawab sebagai calon.

Ketika ditanya penglibatan Ziad di dalam PAS, Raja Iskandar berkata, beliau tidak memegang mana-mana jawatan tetapi beliau banyak membantu gerak kerja parti termasuklah ketika pilihanraya 2008 yang lalu.

Ujarnya, Ziad telah mendaftar keahliannya pada 5 Oktober 1997 dengan kaedah daftar terus bernombor 0441563.

"PAS Perak mengalu-alukan pencalonan Ziad sebagai calon dan kami mengucapkan maju jaya kepada beliau dalam pilihanraya ini," jelasnya lagi.

Harakahdaily/-

Hadi: Umno guna 'khadam NGO' menang PRU

Posted: 17 Apr 2013 02:17 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 menghampiri hari penamaan calon, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno, yang menurutnya "sangat gelabah" dengan perkembangan mutakhir, sedang menggunakan khadam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan-kawasan bukan Islam.

Kata beliau, tindakan pendek politik seumapam itu hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau Umno yang sedang  bergelumang dengan kemungkarannya.

Hadi merujuk kepada NGO Islam seperti Isma yang bertanding atas nama Berjasa dan meletakkan calon-calon yang ditandingi bukan Islam.

Penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

"Sekiranya kita memahami demografi pengundi dan politiknya, dicampurkan dengan faktor jumlah kerusi yang sangat kecil ini, maka mereka ini perlu faham bahawa tindakan bertanding ini tidak akan membolehkan mereka untuk menegakkan negara atau menjadi pembangkang.

"Tindakan mereka ini hanya berjaya menjadi khadam menyelamat kemungkaran yang sedang berakar umbi," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Hadi menambah, ada kalangan media Melayu Islam mengambil pendekatan menakutkan orang bukan Islam dengan undang-undang syariat seperti hudud dan lain–lain tanpa penjelasan hikmat, proses kehakiman dan caranya yang adil.

Malah, kata beliau, ada juga yang mengambil pendekatan semangat perkauman dan agama untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan sikap sangat bersimpati terhadap Pas, pada hal merekalah tangan yang menzalimi penyokong Pas selama ini.

"Dalam masa ini, wujud satu lagi golongan yang mendakwa ingin menarik undi Melayu Islam di atas nama Islam, tetapi tujuannya nyata untuk memenangkan BN bukannya memenangkan Islam.

"Mereka hanyalah sekadar khadam kepada BN Umno atau askar upahan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanya bertanding di sejumlah kecil kerusi sahaja, dan kawasannyanya hanya sekangkang kera yang tidak boleh bertanam dan membina rumah," kata beliau lagi.

Hadi berkata, NGO sedemikian bertanding bukan bertujuan untuk menang dan mendokong suara Islam dengan berani dan tegas, tetapi untuk memberi kemenangan kepada kebatilan yang telah berlalu lebih daripada lima puluh tahun, bermakna sejak belum mereka dilahirkan ke dunia.

Kata beliau, "kalau kail hanya sejengkal, jangan memancing di lautan yang dalam."

"Politik dalam Islam adalah amanah besar,  perlu dipelajari dan difahami kalau mahu berpolitik berlandaskan Islam dan matlamatnya.

"Ketahuilah bahawa politik Islam itu ada hukum dan feqahnya, seperti juga feqah sembahyang, haji dan zakat," kata beliau lagi.

Sehubungan itu Hadi yang akan bertanding mempertahankan kerusi Marang berkata, "marilah kita sama-sama bandingkan dengan amanat (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir Mohamad, 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang kita tidak kenali."

Justeru beliau bertanya, "bolehkah berkawan dengan parti yang politiknya dipisahkan daripada Islam?"

"Adapun orang yang bukan Islam pula, terdapat juga di kalangan mereka yang diizinkan oleh ALLAH untuk kita bekerjasama dengan mereka, di atas sifat dakwah dan kemanusiaan sejagat yang diwajibkan ke atas masyarakat madani dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh ALLAH dan Rasulnya SAW bagi menegakkan adil terhadap semua.

"Fahamilah feqah politik Rasulullah SAW sebelum tegaknya negara bersama dengan sahabatnya yang setia dan ikhlas bersama Islam, dan bersama bukan Islam seperti Abu Tholib, Mut'im bin 'Adi dan lain-lain yang belum Islam dan tidak bermusuh atau tidak keras kerana masih ada sifat–sifat kemanusiaan.

"Rasulullah SAW mengizinkan Abu Bakar RA menggunakan khidmat seorang bukan Islam ketika berhijrah yang sangat memerlukan ciri keselamatan, seterusnya bertahaluf dengan kalangan bukan Islam ketika menegakkan negara di Madinah," kata beliau lagi.

Barisan Nasional yang memerintah sejak pilihan raya umum pertama telah mengumumkan calonnya semalam dan beberapa nama hari ini.
Pas, komponen PR, telah mengumumkan beberapa nama sebelum ini dan dijangka mengumumkan senarai penuh hari ini atau esok.
Sinar/-

Ong Tee Keat timbang jadi calon bebas

Posted: 17 Apr 2013 02:16 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ong Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi parlimen Pandan, selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya 2013.

Dalam tulisan di laman Facebooknya hari ini, beliau bertanya kepada pengundi:"Pengundi Pandan, apakah anda akan menyokong Ong Tee Keat sebagai calon bebas?"

Awal pagi ini sekumpulan penyokongnya dilihat di pasar basah di Pandan untuk menunjukkan sokongan kepadanya, tulis Leslie Lau, Pengarang Eksekutif The Malaysian Insider.

Malam ini, satu lagi kumpulan merancang demonstrasi untuk menyokongnya.

Dengan hari penamaan calon semakin hampir pada Sabtu, Ong masih belum memberikan komitmen untuk bertanding, lapor TMI.

Spekulasi mengenai apa akan dilakukan Ong  dimainkan dengan latarbelakang permusuhannya dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dilihat sebagai di belakang keputusan penyingkiran itu.


MCA 'jual' 3 kerusi

Sementara itu, pelbagai pihak mendakwa, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek 'menjual' tiga kerusi Parlimen MCA kepada Umno untuk mempastikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mencalonkan Ong Tee Kiat di Pandan.

Kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada Umno dalam pilihan raya ini adalah Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju.

Sebelum ini, Chua sudah memberikan amaran kepada Umno, pilih MCA atau Ong Tee Kiat.

Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam  pilihan raya umum kali ini, menjadikan ianya satu sejarah dalam negara apabila ketua parti komponen utama BN tidak bertanding.

Harakahdaily/-

PAS Kelantan tampilkan 16 muka baru

Posted: 17 Apr 2013 02:09 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KOTA BHARU: Ketika Umno menampilkan ramai calon tidak dikenali dalam misi mengangkat Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Menteri Besar BN, PAS pula mengentengah ramai calon baru.

Ada di antaranya pensyarah universiti, doktor perubatan, peguam, ahli perniagaan pegawai kanan kerajaan, pengetua dan ulama.

Mereka diturunkan di peringkat Dun bagi menggantikan beberapa wakil rakyat veteran yang mengundurkan diri.

Selain itu ada juga bekas wakil rakyat yang bertukar kerusi bertanding di kerusi parlimen bagi membolehkan suara rakyat diketengahkan ke peringkat nasional.

Jurucakap Perhubungan PAS Kelantan berkata, calon-calon tersebut dikenali umum dan sebahagian besar tinggal di kawasan yang akan ditandingi mereka.

Katanya, saringan pemilihan calon dilakukan sejak tahun lepas, di mana dikemukakan bermula dari peringkat akar umbi.

"Nama-nama tersebut akan diumumkan secara rasmi oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Machang malam ini.

"Program tersebut bermula solat Maghrib, munajat, solat Isya dan kemudian diikuti majlis pengisytiharan calon," katanya di sini.

Ceramah perdana pula akan menampilkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud dan anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Program tersebut bertema "Kekalkan Kelantan Ubah Putrajaya".

Dijangka puluhan ribu rakyat Kelantan bakal membanjir padang Majlis Daerah Machang malam ini, mengulangi sejarah yang pernah dicatat sebelum ini.

Sementara itu kemelut dalaman Umno semakin terserlah selepas nama-nama calon diumumkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan semalam.

Difahamkan banyak kumpulan yang tidak puas hati dengan calon yang ditampilkan. Mereka sebelum ini dikatakan akan berhimpun di hadapan pejabat Perhubungan Umno Kelantan, namun tidak ramai hadir kerana hujan lebat.

Malah suara-suara tidak puas hati mulai kedengaran di Rantau Panjang dan Kubang Kerian apabila ketua bahagian di kawasan tersebut dipinggirkan.

Ekoran masalah dalaman tersebut kemungkinan besar calon PAS di Rantau Panjang dan Kubang Kerian tidak berdepan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Di Gua Musang pencalonan semula Tengku Razaleigh Hamzah menyebabkan beberapa anggota jawatankuasa Umno Gua Musang melahirkan rasa tidak puas hati.

Malah ada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan. 

Harakahdaily/-

Ikan paus pembunuh dilihat berenang di utara New Zealand

Posted: 17 Apr 2013 01:25 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



WELLINGTON - Sekumpulan ikan paus pembunuh spesies pseudo orca dilihat berenang di luar pantai Paihia di kawasan Bay of Islands di Pulau Utara, New Zealand pada Sabtu lalu.

Ikan paus tersebut kerap berenang bersama ikan lumba-lumba bottlenose.

Kepulauan itu memang terkenal sebagai destinasi pelancongan dalam kalangan pelancong asing dan tempatan yang mahu melihat ikan lumba-lumba dan paus. - Agensi

Kami tak akan disakiti lagi’

Posted: 17 Apr 2013 01:15 AM PDT

Foto
6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

London: Seorang ibu yang sarat mengandung dipercayai membunuh diri bersama tiga anaknya selepas menulis dalam laman Facebooknya: "Kami tak akan disakiti lagi."

Fiona Anderson dikatakan terjun dari sebuah bangunan tempat letak kereta setinggi 15 meter.

Beberapa jam kemudian tiga anaknya, Levina, tiga, Addy, dua dan Kyeden yang berumur 11 bulan ditemui mati di rumah panagsanya, kira-kira suku kilometer dari bangunan berkenaan.

Rakannya mendedahkan, Fiona, 'ibu pintar' yang berusia 23 tahun meninggalkan beberapa mesej meluahkan rasa kecewa selepas Craig McLelland, bapa ketiga-tiga anaknya, meninggalkannya untuk bercinta dengan wanita lain.

Dia sebelum ini menulis: "Tidak ada siapa inginkan kami. Tidak ada siapa yang membantu kami. "Orang sepatutnya membantu kami menipu dan cuba mengambil anak saya. Hanya Craig yang kami ada, tetapi dia juga sudah pergi." Fiona dari Lowestoft, Suffolk, juga menulis: "Ibu amat sayangkan kamu dan saya akan sentiasa menjaga kamu. Saya memohon maaf kerana menyebabkan kamu kecewa. Kita tak akan disakiti lagi." Pakar Patologi dari Pejabat Dalam Negeri semalam melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu untuk menentukan punca kematian mereka.

McLelland tiba di rumah pangsa Fiona selepas dimaklumkan ada orang membunuh diri. "Saya dapat merasakan siapa dia," katanya.

RUMAH pangsa tempat mayat kanak-kanak itu ditemui.
Rakan Fiona Karleigh Burlingham, 20, berkata, Craig meninggalkan wanita itu kira-kira sebulan lalu.

"Ketiga-tiga anaknya sihat dan dibesarkan dengan baik. Dia melalui saat getir." Seorang rakan lain berkata: "Kami diberitahu dia menulis dalam laman Facebooknya malam tadi: 'Anak saya akan pergi bersama saya.' Tidak sangka ada orang terfikir dia akan mencederakan dirinya, lebih-lebih lagi anaknya. - The Sun

Aksi penyamun dirakam CCTV

Posted: 17 Apr 2013 12:47 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
GOMBAK – Dua penjenayah bersenjatakan parang pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka menyamun seorang lelaki telah dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan kini tersebar di laman sosial Facebook.

Kejadian pukul 8.39 pagi di Selayang Jaya di sini kelmarin berlaku apabila mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang memanaskan enjin kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di luar rumah sebelum ke tempat kerja.

Secara tiba-tiba, dua lelaki menaiki motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh mendekati mangsa sebelum salah seorangnya memecahkan tingkap pemandu dengan parang.

Lebih memeranjatkan, kejadian berlaku ketika penduduk di taman perumahan itu sedang sibuk keluar untuk ke tempat kerja. Rakaman CCTV yang dipasang di hadapan rumah mangsa itu berdurasi selama 1.05 minit.
Difahamkan, suspek cuba mencederakan mangsa ketika dia mengarahkan lelaki itu menyerahkan barang-barang berharga seperti dompet, telefon bimbit dan kunci kereta sebelum melarikan diri.

kosmo/-


Tak pernah daftar tapi disenarai sebagai pengundi pos Taiwan

Posted: 17 Apr 2013 12:15 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 APRIL: Runsing selepas menerima surat pengesahan sebagai pengundi pos, seorang wanita segera mengadukan hal itu kepada KEADILAN kerana dakwanya, dia tidak pernah mengundi walaupun sekali apatah lagi belum mendaftar sebagai pengundi.

Perkara ini didedahkan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siddik Ibrahim selepas menerima aduan itu di Bilik Gerakan Utama di Parlimen Lembah Pantai baru-baru ini.
Katanya, wanita yang bekerja di Kuala Lumpur itu menerima surat menggunakan alamat kampungnya di Johor.

Mangsa turut menjelaskan isi kandungan surat itu yang antara lain menunjukkan beliau disahkan sebagai pengundi pos di Taipei, Taiwan.

"Beliau hairan bagaimana namanya boleh disenarai sebagai pengundi di Taipei sedangkan dia bekerja di Kuala Lumpur dan berasal dari Johor.

"Saya sendiri ada menggesa beliau untuk melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, tetapi beliau bimbang atas faktor publisiti media yang mungkin menjejaskan kerjayanya," kata Siddik kepada Keadilan Daily.

Menurut Siddik, wanita itu berjanji untuk menghubunginya kembali bagi membantu siasatan salahguna maklumat peribadi. – NS

Tiga bilik gerakan Umno Shah Alam tutup

Posted: 17 Apr 2013 12:12 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dicalonkan di kawasan idamannya, Pasir Mas, mempersoalkan mengapa beliau tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli dipilih menjadi calon BN.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli yang menjadi Naib Presidennya dalam Perkasa dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," laman Astro Awani memetik beliau berkata.
Saifuddin memandu jentolak pada Majlis Pecah Tanah Tapak Gelanggang Bola Keranjang di Taman Saga Indah.
MENTAKAB – Kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM1 juta tahun lalu bagi pembinaan gelanggang bola keranjang tertutup bertaraf nasional untuk pembangunan akar umbi sukan itu.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, gelanggang yang dijangka siap tahun hadapan itu memudahkan lebih banyak penganjuran kejohanan bola keranjang bertaraf nasional diadakan di sini.

Menurutnya, ia mampu menjadikan Temerloh sebagai tuan rumah bagi kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia, Piala Milo bawah 16 tahun, Piala Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) dan Piala Agong sukan bola keranjang.

"Kementerian Pelajaran Malaysia memilih daerah ini sebagai pusat kecemerlangan bola keranjang manakala Universiti Malaysia Pahang (UMP) dipilih Kementerian Pengajian Tinggi sebagai pusat kecemerlangan bola keranjang institut pengajian tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Tapak Gelanggang Bola Keranjang di Taman Saga Indah, dekat sini. 

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, usaha sedang giat dijalankan untuk membangunkan akademi bola keranjang.

Menurutnya, akademi bola keranjang itu akan menempatkan kursus kejurulatihan, pengurusan dan pembangunan ahli sukan peringkat akar umbi.

"Saya harap Temerloh akan jadi pusat kecemerlangan bola keranjang dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.

harakahdaily/-

Calon Umno Pasir Mas akan terbatal kerana masalah teknikal?

Posted: 17 Apr 2013 12:03 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Sebaik sahaja Datuk Ibrahim Ali(gambar) disahkan tidak termasuk dalam senarai calon BN, sms bertebaran memaklumkan ia hanya wayang Umno untuk memujukkan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sms itu, Ibrahim Ali akan disahkan sebagai calon BN apabila calon BN yang diumumkan, Datuk Johan Che Pa akan ditolak dengan beberapa masalah teknikal.

"Ketika itu, bila calon BN tidak sah kerana masalah teknikal, para penyokong BN akan diminta menyokong Ibrahim Ali.

"Itulah rancangan Umno, jadi orang-orang  Cina dan India dan lain-lain tak boleh kata Ibrahim adalah tajaan Umno," kata SMs itu.

Ia disebarkan di merata kawasan bahkan di Pasir Mas sendiri.

Sebelum ini, ketika tidak diumumkan sebagai calon, Ibrahim Ali melahirkan rasa kesalnya.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata tidak mengetahui mengapa dirinya tidak terpilih sebagai calon PRU Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," katanya dipetik dari laman sesawang Astro Awani.

Ekoran itu, beliau mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas.

Harakahdaily/-

Calon: Macam mana BN Kelantan mahu perkasa Islam

Posted: 17 Apr 2013 12:00 AM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Hasrat dan janji Umno BN untuk memperkasakan Islam sekiranya diberi mandat oleh rakyat ternyata tidak menepati jika dilihat dari kredibiliti calon yang diumumkan parti itu semalam.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata hanya seorang sahaja yang benar-benar ustaz jika dilantik senarai pencalonan parti itu semalam.

"Kalau seorang amat tidak cukup, macam mana nak memperkasakan Islam," ujarnya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, seterusnya berkata hasrat untuk memperkasakan Islam tidak akan berjaya sekiranya hanya seorang saja yang bergelar ustaz.

Ketika disebut media ada empat orang ustaz, sambil tersenyum beliau berkata "itu saya tak tahulah, sebab yang benar-benar ustaz dan saya kenal seorang sahaja," ujarnya.

Mohd Amar seterusnya berpendapat ia tidak memberikan janji baru apabila melihat latar belakang calon BN tidak sama dengan kenyataan pimpinan negeri sebelum ini.

Berhubung dengan calon PAS, beliau tidak menafikan ada beberapa muka baru ditonjolkan sehingga mencapai hampir 30 peratus termasuk di Dun dan Parlimen.

harakahdaily/-

Ibu Noh Omar meninggal dunia

Posted: 16 Apr 2013 11:59 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


TANJONG KARANG - Ibu kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Basah Din, 62, meninggal dunia kerana sakit darah tinggi pada kira-kira 10 malam tadi.
   
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 2 Sungai Burong di sini pada kira-kira 10.30 pagi ini selepas disembahyangkan di kediaman Noh di sini.
   
Allayarham yang menetap bersama adik tiri Noh di Sungai Buloh, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
   
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor serta calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Karang, ketika ditemui pemberita di sini berkata ibunya berada dalam keadaan lemah secara tiba-tiba ketika sedang menunaikan solat maghrib semalam.
   
"Kali terakhir saya jumpa arwah dua minggu lepas dan arwah ada nyatakan mahu kembali dan menetap di rumah ini.
 
"Ibu saya ada juga tanya sama ada saya masih jadi calon, saya jawab belum pasti dan minta dia doakan dan kata arwah InsyaAllah saya dapat sebab sudah kerja keras" katanya
   
Noh berkata beliau diberitahu adiknya bahawa arwah ibu mereka sempat menonton siaran berita bagi memastikan beliau sah dipilih menjadi calon walaupun telah dimaklumkan oleh adiknya.
   
"Saya percaya doa ibu antara faktor saya masih dipilih menjadi calon untuk pilihan raya umum ke-13," katanya.  - Bernama

Keluarga Aminulrasyid Amzah saman polis, kerajaan RM50 juta

Posted: 16 Apr 2013 11:57 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Aminulrasyid Amzah

Aminulrasyid Amzah
SHAH ALAM - Keluarga remaja Aminulrasyid Amzah yang maut terkena tembakan polis di sini tiga tahun yang lalu, hari ini memfailkan saman RM50 juta ke atas polis dan kerajaan.
Saman juga difailkan terhadap Koperal Jenain Subi dan dua yang lain.

Saman difailkan kira-kira jam 11 pagi tadi di  Mahkamah Tinggi di sini.

Turut dinamakan dalam tuntutan itu ialah Ketua Polis Daerah Shah Alam dan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sinar/-

Kajian: Rakyat tidak percaya video kaitkan Anwar

Posted: 16 Apr 2013 10:59 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) berhubung video seks yang dikaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapati majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayaainya.

Daripada 2044 responden, 728 dari mereka tidak mempercayai video tersebut, 919 tidak pasti manakala hanya 402 yang memilih percaya.

"Kajian yang dilakukan secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur melibatkan etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain mendapati bahawa mereka yang percaya kepada video seks yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sekitar 16-20 peratus sahaja.

"Manakala jumlah yang tidak percaya dan tidak pasti menyumbangkan peratus yang tertinggi," kenyataan mereka dipetik.

Mereka juga menyimpulkan bahawa kajian yang dilakukan dalam bulan November hingga Disember 2011 menunjukkan bahawa publisiti besar-besaran yang dilakukan bagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video tersebut gagal meyakinkan rakyat Malaysia untuk percaya tentang perkara itu.

harakahdaily/-

Mazlan bukan lawan kepada Anwar Ibrahim – AMK Permatang Pauh

Posted: 16 Apr 2013 09:40 PM PDT

anwa6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PULAU PINANG 17 APRIL: Pengalaman Dr Mazlan Ismail sebagai bekas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang bukan kelebihan kepada calon BN itu apabila berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, berkata Mazlan mungkin mengetahui serba sedikit strategi PAS tetapi ia tidak boleh digunakan apabila melawan Ketua Umum KEADILAN itu.

"Malah, sepanjang menyandang jawatan itu, Mazlan gagal membentuk kemenangan PAS di negeri itu.
"Jadi, jawatan itu bukan faktor yang boleh Umno gunakan sekalipun kita yakin Umno akan tabur banyak wang untuk raih undi," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas pencalonon bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail sebagai calon Umno BN di Parlimen Permatang Pauh.

Amir berkata, Umno cuba menggunakan imej Mazlan selaku bekas pemimpin PAS sebagai faktor tarikan seolah-oleh lupa kepada keputusan PRU 11.

"Ketika itu, Umno letak tokoh agama popular, Ustaz Pirdaus Ismail sebagai calon tetapi KEADILAN tetap mengekalkan kerusi Permatang Pauh," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, petugas KEADILAN Parlimen Permatang Pauh tidak bekerja sambil lewa untuk memastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Parlimen Permatang Pauh terbahagi kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

Pada pilihan raya kecil 2008 yang dianggap sebagai 'Mother of The By-Eceltions', Anwar mudah menewaskan calon Umno BN, Arif Shah dengan majoriti 15,671 undi.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada PRU 12 mengalahkan Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388 undi sekaligus mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU 11.

keadilandaily/-

Zulkifli Nordin yang menghina Hindu dipilih oleh Najib untuk jadi calon BN

Posted: 16 Apr 2013 09:24 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


GEORGE TOWN, 16 APR: Pengumuman Zulkifli Nordin sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam oleh Pengerusinya Najib Razak memperlihatkan bahawa sebenarnya konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan BN hanyalah retorik semata-mata.

Penolong Setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) Pulau Pinang, Satees Muniandy menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai tidak menghormati perasaan masyarakat India beragama Hindu, lantaran tersebarnya sebuah klip video baru-baru ini yang memaparkan bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menghina kepercayaan orang Hindu.

"Walaupun, Zulkifli kemudianya memohon maaf dan memberitahu bahawa ucapanya itu dibuat 10 tahun dulu, ketika beliau menanggotai PAS, saya telahpun membongkarkan bahawa Zulkifli Nordin tidak ikhlas dalam permohonan maafnya dan menipu.

"Dewa Murugan yang dibina di luar Batu Caves yang disebut dalam ucapan Zulkifli Nordin hanya siap dibina pada 2006, iaitu tujuh tahun lalu dan bukanya 10 tahun." ujar beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
"Beberapa laporan polis dibuat ke atas Zulkifli Nordin namun tiada tindakan diambil terhadapnya. Masyarakat Hindu di Malaysia, amat tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa yang enggan mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin itu," tambah beliau lagi.

UMNO-BN telah membuktikan bahawa ia menyokong ektremisme dengan membenarkan Zulkifli yang juga Naib Presiden kumpulan ultra-Melayu, Perkasa, untuk bertanding atas tiket BN.

"Pencalonan Zulkifli Nordin membuktikan Laungan 1Malaysia oleh Najib dan pemimpin BN adalah retorik kosong untuk mengaburkan mata rakyat saja," kata Satees.

"DAPSY Pulau Pinang mengecam tindakan BN yang melindungi ekstremis bernama Zulkifli Nordin ini dan menawarnya bertanding sebagai calon BN pada PRU-13 ini," ujarnya, sambil bertanya samada MIC dan parti India yang menyokong BN akan berkempen menyokong Zulkifli Nordin secara terbuka.

Zulkifli Nordin, pernah menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dipecat daripada parti terbabit pada Mac 2010 dan menjadi wakil rakyat bebas yang bersekutu dengan BN. – Roketkini.com

Helikopter tentera AS terhempas di Korea Selatan

Posted: 16 Apr 2013 09:18 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
 
SEOUL - Sebuah helikopter milik tentera Amerika Syarikat (AS), Sikorsky CH-53 terhempas semasa mendarat di sebuah pangkalan tentera Korea Selatan semalam, kata polis dan beberapa pegawai tentera.
Helikopter pengangkut itu mendarat di padang sasar di pangkalan tentera tersebut yang terletak di Cheorwon, 88 kilometer ke utara Seoul.

Menurut agensi berita Yonhap News Agency, helikopter tersebut mendarat selepas ia menyertai satu latihan ketenteraan selama tiga jam.

Lima buah lagi helikopter turut terlibat dalam latihan itu.

Helikopter tersebut kemudian terbakar selepas ia terhempas.

Semua 21 askar AS yang menaiki helikopter itu terselamat.

Seramai 15 daripada 21 askar itu telah dibenarkan keluar dari hospital selepas mereka menerima rawatan.
Enam lagi askar tersebut yang masih dirawat dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi

Letupan bom gegar maraton di AS

Posted: 16 Apr 2013 09:04 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



BOSTON, Massachusetts - Dua letupan kuat menggegarkan salah satu acara sukan utama di Amerika Syarikat (AS) kelmarin dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 150 lagi cedera.

Serangan berdarah itu berlaku semasa acara larian Maraton Boston sedang berlangsung di sini.

Letupan berkembar itu yang berlaku selang 13 saat terjadi lebih sedekad selepas hampir 3,000 orang terbunuh dalam serangan ke atas bandar raya New York, Washington dan Pennsylvania pada 11 September, 2001.

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan antara yang terbunuh dalam letupan bom semasa maraton tersebut berlangsung. 

Akhbar Boston Globe menamakan mangsa sebagai Martin Richard manakala bapanya, William bertanding dalam larian tersebut.

Ibu dan seorang saudara perempuannya parah dalam serangan itu.
Rakaman video di televisyen AS menunjukan bom tersebut meletup di belakang deretan bendera kebangsaan negara itu dekat garisan penamat.

Badan seorang pelari berusia 78 tahun berkecai manakala sejumlah penonton terpelanting di jalan raya akibat letupan kuat itu.

Seorang pemilik hotel, Mark Hagopian menyatakan, beliau melihat beberapa cebisan kaki manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Boston, Edward Davis berkata, letupan ketiga berlaku sejam selepas kedua-dua letupan tersebut dekat sebuah perpustakaan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Menurutnya, sebanyak dua butir bom turut ditemui dan dimatikan pada penghujung laluan maraton sepanjang 40 kilometer tersebut.

Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.
Jarak antara letupan bom pertama dan kedua ialah 90 meter. Kumpulan Taliban menafikan terlibat dalam insiden tersebut.

"Kami menyokong menyerang AS dan sekutu-sekutunya tetapi kami tidak terbabit dalam serangan itu," kata jurucakap Tehreek-e-Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan.

Susulan insiden tersebut, Presiden Barack Obama dalam ucapannya di televisyen AS menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang tuduhan berhubung dalang yang melakukan letupan tersebut.
"Kita akan mencari siapa yang melakukan serangan itu. 

"Kita akan membawa mana-mana individu atau kumpulan yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," kata Obama.

Namun, seorang pegawai White House memberitahu, letupan berkembar itu jelas merupakan 'perbuatan keganasan'.

Dalam perkembangan berkaitan, tahap keselamatan di bandar raya-bandar raya utama di AS dipertingkatkan ekoran kebimbangan berulangnya serangan pengganas pada 11 September 2001.
Kira-kira 27,000 orang mengambil bahagian dalam larian sejauh 42 kilometer itu.
Ia merupakan antara maraton paling berprestij di dunia. - Agensi

Video Seks: Polis Perlu Tangkap Dan Dakwa Blogger Pro-UMNO

Posted: 16 Apr 2013 08:41 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Blogger pro-UMNO diantara penyebar awal video seks "Mustafa Ali"
Masyarakat Anggap Sebar Video Kerja Umno - Prof Ridhuan

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman melihat, penyiaran video lucah akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan "kerja Umno".

"Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.

"Begitu juga dengan video terbaru ini yang turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno," katanya merujuk kepada isu terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS.

Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya.

Semalam Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan Umno tidak ada kaitan dengan pembikinan dan penyebaran video lucah Datuk Mustafa Ali.

Peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun juga menghantar surat notis meminta Harakahdaily menarik balik penyataan yang mengatakan Umno terlibat dengan video lucah ini.

Ridhuan berkata, berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu. -HD

Amaran polis jangan sebar video seks dikait pemimpin Pas

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PRDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pihak yang terbabit dalam penyebaran video seks didakwa mirip pemimpin kanan Pas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sama ada penyebaran itu dibuat melalui laman sosial mahupun dalam bentuk fizikal, kesemuanya akan berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Katanya, setakat ini tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya mengeluarkan amaran keras kepada semua termasuk blogger, pemilik akaun facebook dan pengguna telefon bimbit yang memiliki, menyimpan ataupun menyebarkan video itu.

"Kita tidak mengambil kira pelaku di dalam video itu, yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang ialah penyebar video berkenaan.

"Di Kelantan, ada kes video itu dijumpai di Kuala Krai, tetapi kami masih cuba mengesan dan belum berjaya menahan mereka yang mengedar video ini," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini.

Video didakwa mirip pemimpin kanan parti itu dikesan tersebar sejak seminggu lalu di laman-laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada golongan pemimpin dan masyarakat.
-SH



Besi datang melayang

Posted: 16 Apr 2013 08:39 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

FotoPetaling Jaya: Ibarat nyawa di hujung tanduk, itu detik cemas dialami seorang wanita mengandung bersama suaminya yang nyaris tercucuk besi penghadang jalan Lebuhraya Persekutuan berhampiran sebuah pusat pameran kereta selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pasangan suami isteri terbabit yang menaiki kereta Nissan Slyphy tergamam apabila terlihat sebatang besi terbang ke arah mereka sebelum menembusi cermin hadapan dan nyaris terkena mereka.

Kejadian berlaku selepas sebuah treler menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan selepas tayarnya pecah sebelum merempuh kereta Proton Wira di hadapannya menyebabkan kereta terbabit turut hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.

Malah, akibat rempuhan terbabit, satu besi penghadang jalan tertanggal dan terpelanting ke arah kereta dinaiki pasangan terbabit di laluan bertentangan.
BESI penghadang jalan terpacak menembusi cermin depan kereta dinaiki pasangan suami isteri.

Isteri pasangan berkenaan yang juga sedang mengandung sebulan, Nuryanti Nordin, 31, berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong terkejut apabila terlihat satu objek terpelanting ke arah mereka.

metro/-

Masalah Kemudahan Asas di Kg Tg Belipat Belum Dapat Diatasi Sepenuhnya

Posted: 16 Apr 2013 08:35 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SIBUTI - Kg Tg Belipat berdekatan dengan Taman Negara Gua Niah
merupakan suatu perkampungan yang agak terpinggir. Terletak dalam
parlimen Sibuti dengan penduduknya terdiri dari berbagai suku kaum
yang hidup dalam keadaan yang agak jauh ketinggalan dari arus
pembangunan kalau dibandingkan dengan mereka yang tinggal di pinggir
kawasan bandar.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk Kg Tg Belipat adalah tiada
infrastruktur dan juga kemudahan asas seperti bekalan air bersih,
jalan raya yang baik dan juga masalah penduduk tanpa pengenalan diri.

Salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Ismail mengadu kepada
pihak kami berkaitan dengan masalah dua orang anaknya yang masih belum
memiliki surat beranak walaupun beliau adalah anak tempatan yang
pemastautin di Sarawak.

Disebabkan anaknya tidak memiliki surat beranak menyebabkan anaknya
sukar untuk bersekolah. Pihak sekolah tidak menerima pelajar yang
tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Begitu juga dengan masalah bekalan air bersih yang belum lagi
dipasangkan. Walaupun menerima bantuan tangki air 1Malaysia tetapi
saluran paip air tidak dipasang dalam kawasan mereka. Mereka terpaksa
menadah air hujan atau terpaksa berjalan kaki sepanjang 1 km untuk
mengambil air untuk keperluan harian seperti mandi, minuman dan
mencuci pakaian. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku lagi dalam
negeri Sarawak yang sudah lama membangun.

Seorang lagi penduduk yang di kenali sebagai Jemaya juga mempunyai
masalah yang sama dengan Ismail. Beliau sudah memeluk Islam melalui
perkahwinan dengan seorang wanita tempatan tetapi masih menunggu
Mykad. Sudah lama beliau cuba untuk mendapatkan Mykad tersebut tetapi
sehingga kini masih belum ada jawaban dari pihak yang berkenaan.
Kawasan tempat tinggal beliau juga menghadapi masalah kemudahan asas
sama seperti Ismail.

Menurutnya lagi, ada ura-ura tanah dan tapak rumah tempat mereka
tinggal sekarang kemungkinan akan diambil oleh pihak berkuasa untuk
digazet menjadi tapak Taman Negara tanpa diberi pampasan. Beliau sudah
beberapa kali memohon rumah PPRT (Program Pembangunan Rakyat
Termiskin) tapi masih belum berjaya dan beliau hampa dengan sikap
pihak yang berkenaan tanpa memberi sebarang jalan penyelesaian.

Kita mengesa pihak yang terbabit atau pihak yang berkenaan segera
mengatasi masalah ini dari berpanjangan. Mereka yang mengadu masalah
ini sangat memerlukan perhatian dari pihak kerajaan agar masalah
mereka dapat diatasi dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik.

Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini
amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Siapa Menteri Besar Selangor?

Posted: 16 Apr 2013 08:19 PM PDT

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PRU13

PRU13
SHAH ALAM – Sejak Timbalan Pengerusi Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan empat calon disenarai pendek sebagai menteri besar sekiranya BN dapat merampas kembali negeri ini, banyak pihak mula berteka-teki.

Baik pengamal media, penyokong BN serta orang awam cuba membuat telahan sendiri berdasarkan maklumat, pemerhatian, pemantauan serta kajian pendek yang dibuat ke atas beberapa calon yang dirasakan layak.

Nama calon-calon yang diumumkan di peringkat Dun diteliti satu persatu dan diperhatikan berulang kali bagi mengetahui siapa yang bakal menerajui Selangor nanti selain melihat kepada sumbangan khidmat bakti mereka kepada rakyat.

Beberapa bulan sebelum ini ada cerita kononnya, Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor bakal diangkat sebagai menteri besar Selangor sekiranya BN kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke 3 (PRU13) seolah-olah membenarkan namanya disenarai pendek.

Malah beberapa rakan dari parti pembangkang pernah menyebut, sekiranya BN berjaya mengambil alih Selangor, mereka lebih selesa jika Muhammad Bushro menjadi menteri besar berbanding pemimpin Umno lain.

Ini menunjukkan beliau yang dikekalkan di Dun Paya Jaras itu antara yang berpotensi besar untuk mengepalai Selangor selepas PRU13 kelak bagi mengubah persepsi negatif sesetengah rakyat kepada BN.

Sementara itu, pemimpin Umno Selangor yang dilihat berkaliber dengan jawatan menteri besar adalah calon dan juga penyandang Dun Taman Templer, Datuk Subahan Kamal.

Ketegasan dan kebijaksanaan yang ditonjolkan setiap kali mengambil bahagian dalam perbahasan pada Sidang Dun Selangor menyebabkan beliau dikagumi semua pihak.

Sikap membela dan mengambil berat terhadap rakyat di kawasan beliau yang begitu terserlah itu membawa nama beliau bakal menteri besar Selangor.

Tidak kurang juga Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dicalonkan di Dun Batu Tiga menentang calon PKR, Rodziah Ismail.

Melihat kepada perjalanan politik dan sejarah keluarganya yang boleh dikatakan 200 peratus menyokong BN, Sinar Harian tidak menolak kemungkinan beliau juga berpeluang bergelar menteri besar Selangor.

Lebih menguatkan lagi apabila beliau dicalonkan di peringkat Dun, bukannya di parlimen walaupun beliau dikatakan layak dan mampu menentang penyandang Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Penyandang dan calon Dun Sungai Burung, Datuk Shamsudin Lias juga ada disebut-sebut sebagai calon menteri besar Selangor.

Orang lama dalam Umno dan BN Selangor dianggap sebagai seorang pemimpin yang cukup tenang dan penuh berpengalaman terutamanya dalam bidang pentadbiran kerana pernah memegang jawatan Pegawai Daerah di Sabak Bernam, Petaling serta Kuala Selangor.

Sinar/-

Nuffnang