Sabtu, 24 Disember 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Al-Qur`an Keperluan Bagi Kesempurnaan Amalan

Posted: 24 Dec 2011 03:10 PM PST

A HAPPY CHRISTMAS

Posted: 24 Dec 2011 02:56 PM PST

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Nga gets dressing down

Posted: 24 Dec 2011 06:31 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Dr. Mariah menyatakan kekesalan PAS terhadap LPF

Posted: 24 Dec 2011 08:14 AM PST

PAS amat kesal dengan langkah Lembaga Penapis Filem (LPF) kerana melepaskan tanggungjawabnya kepada pihak penerbit dan pengarah sepenuhnya dalam urusan penapisan filem di negara ini.

Tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan sekadar memperlihatkan sikap lembaga itu yang ingin lari dari melaksanakan tugas pentingnya, tetapi diyakini akan mendatangkan kesan lebih buruk terhadap masyarakat.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, penapisan filem merupakan satu perkara amat penting yang sepatutnya mesti dilaksanakan oleh sebuah agensi kerajaan yang berwibawa.

Menurutnya, tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan dengan baik, tetapi langkah terbaru LPF untuk tidak lagi melakukan kerja-kerja itu mulai tahun depan jelas menunjukkan badan tersebut atau pihak kerajaan hanya memandang mudah perkara itu.

Katanya, langkah terbaru LPF itu pasti menimbulkan kehairanan kepada pelbagai pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan pihak kerajaan tidak peka dengan tanggungjawabnya sendiri.

"Dengan melepaskan tanggungjawab itu dibimbangi akan lebih memburukkan keadaan apabila filem-filem yang mengandungi adegan-adegan yang sepatutnya dipotong turut ditonton oleh orang ramai," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Meletakkan tanggungjawab menapis hanya kepada pihak penerbit filem dan pengarah, menurutnya, pasti akan menimbulkan pelbagai risiko bagi perlaksanaan tanggungjawab moral kerana mereka mempunyai tanggapan tersendiri terhadap sesebuah filem yang dihasilkan oleh mereka.

Begitu juga dengan adegan-adegan yang terdapat di dalam filem yang mereka hasilkan itu kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri meskipun tidak disenangi pihak lain.

"Disebabkan perkara itu, dapatkah pihak penerbit dan pengarah itu sendiri yang diharapkan memainkan peranan itu dengan baik, apatah lagi jika mereka itu bukan beragama Islam?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau yakin tindakan LPF itu bukan akan membantu mengatasi masalah gejala sosial di negara ini, malah akan mempertingkatkannya, ekoran filem-filem yang akan ditayangkan di negara ini nanti lebih banyak mempunyai adegan yang berunsur negatif.

"Ini tidak terkecuali sama ada filem-filem tempatan dan dari luar negara yang dibawa masuk ke negara ini kerana bagi filem-filem dari luar negara, tanggungjawab itu juga akan diserahkan kepada mereka yang membawa masuk filem-filem itu sendiri," ujarnya.

Jika sebelum ini di bawah tanggungjawab agensi itu sendiri pernah berlaku adegan-adegan yang sepatutnya dipotong tidak juga dipotong sehingga turut ditayangkan kepada umum, kejadian seperti itu diyakini lebih berleluasa setelah LPF mengambil langkah itu.

Pada hal di bawah tanggungjawab LPF, kejadian itu diyakini berlaku kerana masalah-masalah tertentu yang mungkin tidak disengajakan atau terlepas pandang.

"Dengan langkah baru LPF itu nanti, jika berlaku pasti bukan lagi masalah terlepas pandang, tetapi disengajakan oleh pihak penerbit dan pengarah ekoran perbezaan anutan agama, budaya dan tahap tanggungjawab moral di kalangan mereka," tambahnya.

Untuk mengimbangi langkah itu, pihak LPF digesa mengeluarkan garis panduan yang jelas kepada pihak penerbit, pengarah dan mereka yang terbabit dalam urusan membawa masuk filem-filem dari luar negara ke negara ini.

Katanya, menerusi garis panduan itu, pihak LPF mestilah menyatakan dengan jelas tentang filem-filem dan adegan-adegan yang tidak boleh ditayangkan di negara ini agar masing-masing dapat mengelakkan dari memasukkan unsur-unsur negatif ke dalam filem masing-masing.

Beliau turut menyarankan LPF agar menguatkuasakan undang-undang berhubung perkara itu untuk dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhinya agar mereka tidak memandang ringan terhadap tanggungjawab moral.

"Hanya dengan itu yang dapat diharapkan agar filem-filem yang dihasilkan dan ditayangkan di negara ini bebas dari unsur-unsur negatif termasuk unsur lucah, mempersendakan Islam, jenayah dan sebagainya," ujar beliau

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SAYA TARIK BALIK KRITIK NEGARA BERKEBAJIKAN (Alhamdulillah, mari kita rapatkan saf, hadapi musuh sebenar)

Posted: 24 Dec 2011 12:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

"Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

"Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

"Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on MAS paid 8 month bonus in 2010 to Firefly staff! by kamarudin

Posted: 23 Dec 2011 10:42 AM PST

MAS is finished with Rashdan, a crony of Amok. AJ is just a Mr Blur who has been led by the nose. Lets forget about MAS. Let Rashdan screwed it up. Aj please wake up. We know you are OK but of late you are behaving like a budak suruhan!

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


老摩哆跨州超速?老婦接5年前烏龍傳票

Posted: 23 Dec 2011 11:42 PM PST

市议员:归纳美容保健有如按摩业 市会应拟新中医条例

Posted: 23 Dec 2011 06:44 PM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mahathir’s Side of History: As They Say, Liars Are Sightless

Posted: 23 Dec 2011 08:18 PM PST

Malaysia chronicle

Abraham Lincoln had this to say: "You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all the people all the time."

They say liars are sightless. They swathe their eyes to the truth and trust that people they talk to are as dim as themselves. Why do most politicians customarily lie? They discern that the majority will follow rather than think for themselves. A lie told often enough becomes the truth. To lie in politics is a Machiavellian mode of manipulation and conspiracy.

Mahathir's intelligence and political astuteness are generally acknowledged by his acquaintances and enemies. Mendacity or mendacious propaganda is Machiavellian. The people are already familiar  with his political  slant as he understands the Malay minds better than any of the past and present leaders in UMNO. The book 'The Malay Dilemma' (1970) that he wrote 11 years before he became Malaysia’s 4th Prime Minister is worth reading. It is an insightful analysis of the Malay mind.  The Malays in general have a feudal mindset and Mahathir has acknowledged this in many of his writings and intellectual discourse. He either failed or did not want to do enough to change the mindset of the general Malays despite helming the nation for many years, for fear that an enlightened Malay race could not be easily manipulated. The Malays – especially the rural folks –  can be easily manoeuvred by leaders to make them believe a lie to be truth if it is well propagated.  The UMNO propaganda tools – newspapers and the electronic media – are ever ready to help their political masters to remain in power.

Must have lied routinely

Telling lies is for political expediency and we can expect this from Mahathir. He must have lied routinely in his political career. It is noteworthy, throughout his career as a prime minister and past this era he has seldom admitted his mistakes. It is not his character or principle to accept his mistakes or weaknesses. To Mahathir, 'to admit one's mistake is to admit one's weakness'. Critics say that  'he has a very strong character'. The people seldom hear him apologise for his mistakes, hence dealing with this Machiavellian persona, his political enemies must learn to be equally incisive.

Understanding Mahathir's wiliness is as simple as having to accept him as he is. Reading his 843-page Memoirs – 'A Doctor in the House' (2011) – noticeably, some relatively hard-to-believe facts are written about issues and personalities who were never in his good book. Anyway, this is only his side of the stories.

Even Chin Peng had his side of the stories as told in his book,  'My Side of History'(2003) – a 527-page 'recorded journey of a man who opted to travel along a different road to pursue a dream he had for his country'. Reading his 'journey' makes us understand how stoic this man was and how he stuck strong to his principles till the end of his struggle. Leaders – good or bad – are often 'successful' due to their strong character.

Mahathir has his side of the stories to tell on many issues that must have incurred the wrath of the people for the past many years. Some of these narrations from his Memoirs can never go unchallenged in the court of opinion.

His view of the Chinese: "Losing my Parliamentary seat hurt terribly and on the ride home with Hasmah, I could not help shedding  tears. The taste of defeat was unfamiliar and it was painful. I was also angry at the Chinese, in particular the MCA, who I felt were responsible for my defeat and with it the undermining of my political future." (p196).

So the insinuation here is that it was not his fault then, but the Chinese who did not vote for him. Mahathir had lost the Kota Setar Selatan parliamentary seat to a PAS candidate Haji Yusof Rawa in 1969.

On Anwar Ibrahim: "Anwar should have been the Prime Minister of Malaysia today. But if he is not, it is because of his own actions." (p698)

In other words, Mahathir blamed Anwar for his 'disillusionment' but not the former's ultimate resolution to dismiss the latter from the government for trying to 'dislodge' him.

Complaining about the noise

On the dismissal of Salleh Abbas as Lord President and the judiciary:  "… the Agung showed me a letter that Tun Salleh had written to him: complaining about the noise  that was being made in the course of repairing the Agong's private residence near Tun Salleh's own house." (p565).  "I recently called the Attorney General at the time, …. and asked him where was the first letter. He said it was with the Government. I can have no access to it now but I am prepared to swear on the Quran that it was the letter and the instruction from the Agung which caused action to be taken to remove Tun Salleh Abas." (p568). "Tun Salleh demanded that the tribunal be made up of his peers. We obviously could not find enough Lord Presidents… Tun Hamid Omar, who by then was the Acting Lord President, chaired the tribunal."  (p568)

So, he did not blame himself but the Agung and the lack of Lord Presidents to be in the tribunal for Salleh's predicament.

On Tengku Razaleigh:  "We also heard Team B spent RM20 million on their campaign, with most of the money provided by Tengku Razaleigh himself." (p541).

Beyond doubt, given the chance Razaleigh would like to refute this feral accusation against him.

I don't remember

On the permanent government administrations (such as the police or the judiciary): "Ultimately, we had no way of enforcing our decisions on them." (p551)

But we have heard of the 'fixing of judges' and of how a well-known lawyer with good political connection wrote the judgement for a judge. Even when this was revealed in the VK Lingam RCI (Royal Commission of Inquiry) the matter was just swept under the carpet. Mahathir was reported to have said to this,  ”I don’t remember.”

On interfering with an ACA investigation: "Though some witnesses were hostile towards me, nobody came forward to say that I forced him to tell lies to support me. Datuk Shafee Yahya who had earlier accused me of interfering  with an ACA investigation…. Our meeting did not go well and Shafee became angry, accusing me of interfering with his duties. Actually, the affair with the ACA had nothing to do with Anwar's case. But Shafee had his day in court and seemed to be happy to vilify me." …." (p695)

Shafee was only doing his fair duty as an obedient ACA officer like any other dutiful government servant but this had hurt Mahathir.

On the removal of Ghafar Baba: "I criticized some UMNO leaders in Terengganu for staying too long and not giving a chance to young aspirants….. he interpreted my advice there to mean that I wanted older leaders to step down." (p411). " I did not want to remove Tun Ghafar but what would have happened if I did not appoint the new Deputy President of UMNO….." (p411)

Ghafar realising that he was only  being  'made use of' by his superior in the party during the latter's 'bumpy' times in politics was very humiliated, caved in and resigned. Seeing which side of the bread was buttered at the time of crisis, only one UMNO politician at the time came to sympathise with Ghafar and she was Rafidah Aziz – sighting that it was against Malay tradition and etiquette to disgrace an elderly man.

But Soros did it and made a lot of money

On Tajuddin Ramli and MAS, after the debacle in forex trading by Bank Negara:  "Claiming that he had bought Malaysia Airlines out of national duty, Tajuddin demanded that he receive the price per share that he had paid when he bought them." (p711) " But I knew that he had bought the company because he felt it was a good investment." (p711). "Our purchase of his stake received a lot of criticism because we paid him RM8 a share, at a time when the market value was RM3.62 per share." (p711)

If only Tajuddin was given a chance to rebut this. The MAS fiasco has still been a hot issue long after Mahathir left the government.

Malaysia did it and lost a lot of money. But Soros did it and made a lot of money: "….It was a matter of taking calculated risks, and when one of our speculative ventures failed, we lost a lot of money. After that lesson, we got out of the business. " (p671). "I mentioned Soros by name as one of the traders who had manipulated the currencies of Southeast Asian countries and undermined their development." (p671)

Soros must be smarter then our Bank Negara executives then.

On his ancestor: " I admit that some Indian, or more accurately South Asian blood flows in my veins, but from which part of the Indian subcontinent my ancestors came from I do not know." (p24)

We have to forgive him on this for his selective memory. He almost forgot where 'exactly' his ancestors came from. As Abraham Lincoln once said,  "No man has a good enough memory to make a successful liar."

He was the Prime Minister

Despite what has been documented clearly that Malaysia did seek loans from the World Bank to overcome the 1999 financial crisis, he has adamantly denied that it was not he who sought it. The blame – as usual –  falls on Anwar though Anwar was at the time and prior to his dismissal from the government only the Finance Minister when Mahathir was the Prime Minister. Any layman would discern that without the blessing of the Number 1 in the government it would not have been possible for his subordinates to bulldoze their ideas through especially when it involved loans from the World Bank amounting to millions of dollars.

At the height of the Asian financial crisis, Mahathir sacked Anwar in 1998 and subsequently served as the Finance Minister till his retirement in 2003. The Finance Ministry could not have endorsed any colossal deal without Finance Minister Mahathir's knowledge and consent.

It is the mainstream media – the  propaganda implement – that has been misleading the rakyat all these while about Mahathir and Anwar. No economists during the economic turmoil in 1997 could deny that, without the urgent loans taken from the World Bank at the time to ride out the financial crisis Malaysia it would have roughly affected the country. Just accept this fact. The loans came in at the right time to at least cushion the effect of the bad recession during the time until sometime later when the country subsequently pegged the ringgit against the US dollars and gradually began to recover from the economic smithereens. Is it a shame not to tell the truth?

Despite not being in favour of George Bush, Mahathir had the knack to engage Jack Abramoff using 'taxpayer's money' to lobby for a chance to meet Bush. The lobbying part of the story was not highlighted by the local media until the news broke out very much later by other sources. Is it also a shame here not to tell the truth?

To swear on the Quran

Excepts from one of the documents from the World Bank supported the evidence that the country did seek financial help from this international body:

"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path."

"The Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past."

"The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project."

Reportedly, officially World Bank documents showed huge loans were taken by the Malaysian government from the international bank, when Mahathir denied the claims and challenged Anwar to swear on the Quran over the allegation that the former had sought the loans. His challenge to swear on the Quran reflects poorly on his understanding of Islam and his credibility as an elder statesman. It says in the Quran, "…that the Believers who succeeded … are those who turn away from ill speech… but whoever seeks to go beyond that, these are that exceed the limits."  (23:1,3&7).

Playing politics in the name of God is a misdeed. It simply shows weakness and lack of the ability to sustain one’s emotions at times when patience is required. It shows a person being incapable of performing the right action such as providing a rightful answer to a particular situation. It also smacks of undertones that are meant to abuse the truth seekers.

To lie in politics is Machiavellian

As opposed to Mahathir's rigid regulation of foreign investment and currency control method to avoid the weak ringgit that was prone to future currency attacks – bogged down with the syndrome of blaming currency attackers as root cause of the financial fiasco, the Anwar formula had during the 1997 Asian financial crisis supported the International Monetary Fund (IMF) and World Bank plan for economic recovery. Anwar also established a rigorous package that cut wastage on government expenditures, cronyism and endemic corruption among politicians and government bodies and also deferred most major mega projects.

He advocated a free-market strategy to the crisis, which included trade liberalisation favourable to foreign investment. Complying to these prescriptions, it was successfully done in South Korea, Thailand, Indonesia and many other countries with the help of loans from the international bodies. And these countries recovered from the economic recession with much pride very much earlier and faster than Malaysia – in fact within two years of the IMF and World Bank prescriptions.

If truth be told, Malaysia did indeed get monetary aid from the World Bank after the sacking of Anwar in 1998. If Mahathir has said, "I can't remember, he would be excused for his age as he has been known to have a selective memory. But if he wants to portray himself as an honest politician by again telling a lie this reflects on his false pride.

There's one way to find out if a man is honest ~ ask him. If he says, "Yes," you know he is a crook. ~ Groucho Marx.

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Merry Christmas!

Posted: 24 Dec 2011 03:03 AM PST

What’s fair?

Posted: 24 Dec 2011 03:33 AM PST

— Hussaini Abdul Karim The Malaysian Insider Dec 24, 2011 DEC 24 – The headline in The Star’s report by Nurbaiti Hamdan, Friday December 23, 2011 read, "Khir Toyo gets 1 year jail for graft" Former Selangor Mentri Besar Dr Mohd Khir Toyo was found guilty by the High Court here Friday of knowingly purchasing [...]

DAP stung by deathwish?

Posted: 24 Dec 2011 05:19 AM PST

24/12/11 – 6pm http://twitter.com/limkitsiang @limkitsiang Landed @LCCT from KK 2news of another Karpal-Ramasamy blow-up.We must learn hard way BN mainstream media coverage serve BN political agenda @limkitsiang As Nik Aziz told PAS leaders: “Selesaikan perselisihan pandangan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh” @limkitsiang Ppl asking whether DAP leaders stung by death [...]

.

.


Saya tarik balik kritik negara berkebajikan - Hasan Ali

Posted: 24 Dec 2011 05:56 AM PST

Saya tarik balik kritik negara berkebajikan - Hasan Ali | |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

"Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

"Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

"Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7207-saya-tarik-balik-kritik-negara-berkebajikan-hasan-ali

PAS kembalikan kedaulatan Islam di Terengganu

Posted: 24 Dec 2011 01:53 AM PST

PAS kembalikan kedaulatan Islam di Terengganu |
Khairul Azlam Mohamad
MARANG, 23 Dis: Pemerintahan kerajaan Islam Terengganu yang diasaskan oleh Sultan Zainal Abdin (III) telah dikembalikan ketika kerajaan PAS memerintah negeri ini tahun 1999-2004.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, undang-undang Islam yang digubal di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) bukti Islam pernah berdaulat di negeri Terengganu.

Katanya, Itqan Al-Muluk Bi Ta'Dil As-Suluk itu berlaku di zaman Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran baginda.

Menurutnya, baginda mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh ulama-ulama dan pembesar negeri waktu itu.

"Perlembagaan Negeri Terengganu Itqan Al-Muluk Bi Ta'Dil As-Suluk ini berlaku di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran beliau.

"Baginda Sultan mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh ulama-ulama dan pembesar negeri waktu itu. Itqan Al-Muluk Bi Ta'Dil As-Suluk itu nama Perlembagan Negeri Terengganu," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika wawancara khas mengenai undang-undang Itqan Al-Muluk Bi Ta'Dil As-Suluk di zaman kerajaan Sultan Zainal Abidin (III) di kediamannya, Rusila pagi tadi.

Menurutnya, dalam undang-undang negeri tersebut dicatatkan Terengganu sebuah negeri Islam yang dipimpin oleh orang Melayu yang beragama Islam.

Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Terengganu tahun 1999-2004 menjelaskan kerajaan PAS Terengganu berjaya mengembalikan semula kedaulatan Islam di negeri ini.

Menurutnya, kemenangan besar PAS yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999 telah meminda Perlembagaan Negeri Terengganu.

Katanya, kerajaan PAS Terengganu telah meminda perlembagaan negeri dengan meletakkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan aias sebagai hukum tertinggi negeri.

"Ini kita kembalikan semula kedaulatan Islam sebagaimana yang diasaskan oleh Nabi s.a.w. yang tidak sempat disempurnakan oleh Sultan Zainal Abidin (III). Jadi kita kembalikan semula dan menjadi tanggungjawab kita," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya, ia merupakan suatu catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Hadir sama pada wawancara tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7191-pas-kembalikan-kedaulatan-islam-di-terengganu

Isa sepatutnya jadi peneroka dulu, baru jadi pengerusi koperasi.

Posted: 23 Dec 2011 07:17 PM PST

Isa sepatutnya jadi peneroka dulu, baru jadi pengerusi koperasi.


Isa sepatutnya jadi peneroka dulu, baru jadi pengerusi koporasi.

FELDA tidak akan sama lagi seperti dahulu. Perpecahan yang nyata berlaku di FELDA, samada di kalangan peneroka dan pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan perbadanan yang tertua negara itu. Kalau dahulu Felda merupakan satu perbadanan yang terurus dengan agak baik tetapi sekarang oleh kerana wujud elemen pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan politik peribadi ke atas Felda ini maka unsur-unsur perpecahan dalam tanah rancangan ini sedang bertambah teruk dan menakutkan.

Felda sejak tertubuhnya adalah di bawah Kementerian Tanah dan Wilayah dan dengan tekun serta kerja tidak mengenal penat lelah oleh mereka yang bertanggungjawab maka Felda telah maju dan menjadi di antara perbadanan yang paling kaya samada dalam bentuk tunai dan essetnya.

Kalau perbadanan ini mula di tadbir oleh pelaksana yang jujur seperti Tan Sri Taib Andak perbadanan ini telah berkembang di bawah kelolaan Raja Tan Sri Alias Ali sehingga Felda terkenal di seluruh dunia sebagai tanah rancangan yang paling tersusun dan ditadbir dengan baik serta beretika di bawah pimpinan Raja Tan Sri Alias Raja Ali selama 3 dekad beliau berada di sana.

Politik tidak begitu masuk campur dalam hal Felda selama ini. Kalau ada pun politik di dalamnya ianya terbatas kepada mempastikan yang matlamat asal penubuhan Felda itu di capai mengikut kehendak dasar-dasar yang di kepilkan dengan penubuhannya itu. Kerjasama semua pihak, pengurusan dari ibu pejabat sehingga pejabat pentadbiran wilayah-wilayahnya sehinggalah kepada individu-individu peneroka serta pengorbanan mereka semua telah menjadikan Felda sebagai perbadan yang paling baik pentadbirannya.

Kebaikan pentadbiran perbadanan ini tentulah di sebabkan perbadanan ini di ketuai oleh pelaksana yang sangat komited terhadap tanggungjawab yang di amanahkan oleh pimpinan Melayu negara. Komitmen Raja Tan Sri Alias dalam membina Felda sehingga sampai ketahap ini memang menjadi contoh kepada semua pihak.

Nama Raja Alias di Felda itu terpahat sehinggakan ism pelaksana dasar kerajaan ini tidak akan mudah dilupakan oleh pegawai dan kakitangan Felda serta peneroka keseluruhannya. Apabila Raja Alias bersara Felda masih utuh kerana ism dan sistem tadbiran di bawah Raja Alias itu sangat berkesan dan 'follow through' dengan sistem Raja Alias itu terus menjadi asas pembangunan Felda sehingga orang politik mengetuai lembaga Pengarah perbadanan itu bernama Tan Sri Yusuf Nor.

Tan Sri Yusuf Nor tidak mencuba-cuba untuk mengali dan menganjak cara Raja Alias di dalam perbadanan itu maka tidak adalah masalah besar berlaku di bawah pengerusinya TS Yusuf Nor itu.

Felda telah begitu berjaya sehinggakan ada pihak yang begitu cair air liurnya kerana kekayaan perbadanan ini hasil dari penat jerih ratusan ribu peneroka yang berada di bawah paying Felda itu. Denagn senyap-senyap Felda dipandang oleh setengah pihak sebagai perbadan yang boleh di kudakan untuk kepentingan politik setengah pihak. Maka Felda telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dan duduk di bawah dagu Najib Tun Razak sejak beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri sehinggalah sekarang.

Sejak perpindahan Felda dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada pentadbiran Najib Razak inilah Felda mula di hinggapi penyakit yang berbagai-bagai. Sejak di bawah tadbiran Najib ini Felda telah menjadi tempat pelahap-pelahap negara mengambil kesempatan dan peneroka-peneroka rancangan tanah ini.

Sebelum ini peneroka dan rakyat tidak berapa menyedari apa yang telah dilakukan kepada mereka, Sekarang mereka telah celek dan mulalah anak-anak generasi Felda ini terutamanya mengambil langkah melakukan tentangan terhadap pihak berkuasa kerana tindakkan unilateral kerajaan persekutuan dalam menentukan corak Felda menghadapi masa depan yang kian mencabar.

Hasrat peneroka untuk Najib memberikan ummph yang lebih terhadap Felda nyata meleset. Najib mula memperbetulkan apa yang kurang betul tetapi beliau melakukan pembetulan itu dengan cara ibarat tikus membaiki labu. Penggubal dasar yang tidak tahu apa dan bertanggungjawab dengan sepenuhnya terhadap peneroka-peneroka yang jumlahnya ratusan ribu keluarga itu.

Beberapa ketika dahulu selepas Felda di bawa ke bawah jabatan, Najib peneroka telah mempersoalkan wang 'reserve' Felda yang berjumlah RM4,08 billion telah mengecil sehingga menjadi RM200 juta. Sampai sekarang isu itu belum terjawab.

Sekarang timbul isu yang belegar dikeliling Isa Samad, pengerusi baru Felda. Sekarang pengerusi Felda sedang berperang dengan peneroka dalam isu pengerusi koporasi Felda kerana Isa telah mengambil alih jawatan pengerusi koporasi Felda dari pengurus besar Felda Dato Zulkifli Wahab. Mengikut undang-undang koporasi itu, pengerusinya adalah secara automatik dipegang oleh pengurus besar Felda atau seorang peneroka yang setidak-tidaknya telah menjadi peneroka selama 2 tahun.

Kedua-dua syarat ini membuatkan Isa tidak layak menjadi pengerusinya Isa hanya pengerusi Lembaga Jemaah Felda dan bukannya peneroka atau pun pengurus besar Felda. Kenapa undang-undang ini dilanggar. Kenapa tidak mengikut prosidure yang betul.

Kalaulah Isa hendak juga menjadi pengerusi koporasi itu, Isa sepatutnya memilih untuk menjadi peneroka dahulu. Isa sepatutnya masuklah ke tanah rancangan dan jadilah peneroka selama dua tahun dahulu dan apabila sudah cukup dua tahun jadi peneroka barulah Najib boleh lantik beliau menjadi pengerusi koporasi Felda itu. Isa boleh jadi peneroka di Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan ada dua wilayah Felda. Isa boleh pilih mana-mana rancangan tanah Felda di NS.

Isa boleh jadi peneroka di Pasoh satu hingga Pasoh empat. Atau pun Felda Serting atau pun Felda Palong. Cukup dua tahun Isa boleh bertanding menjadi pengerusi koporasi Felda. Ikut undang-undang kerana undang-undang itu di gubal oleh law-makers negara.

Isa mesti ingat, tugasnya hanyalah di peringkat Lembaga Pengarah sahaja. Tugas beliau ialah untuk menjadi menjaga dasar dan pelaksanaan Felda berjalan dengan betul, bukannya untuk membuat kekecuhan. Jangan bersikap sombong; hendak melutu orang itu dan orang sana. Jangan garang dan bisa mulut tak bertempat. Ingat kuasa rakyat kekal di negara ini. Kuasa ahli politik seperti beliau itu hanya sementara sahaja.

Hanya kita berharap tindakan peneroka mengambil tindakan mahkamah pada 4 hb Jan 2012 nanti akan memberikan penyelesaian terhadap isu ini. Isa mesti faham, kita hidup mesti ikut undang-undang. Kita mesti mentadbir dengan kepala, jangan mentadbir dengan kaki, menendang orang di mana-mana dia pergi.

Isa masih tidak belajar dari kesilapan dan kesalahan yang lalu.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/12/isu-pengerusi-koporasi-felda-isa.html

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pesakit mati selepas alat kelamin putus digigit tikus

Posted: 24 Dec 2011 01:19 AM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.

Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut.

- Bernama

Saya tarik balik kritik Negara Berkebajikan - Hasan Ali

Posted: 23 Dec 2011 11:10 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

"Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

"Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

"Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Rakyat Korea beri penghormatan terakhir kepada Kim Jong il

Posted: 23 Dec 2011 07:33 PM PST

28 Muharram 1433H - RAKYAT Korea Utara membanjiri Kim Il Sung Square bagi memberikan penghormatan terakhir kepada bekas pemimpinnya, Kim Jong il di Pyongyang, Jumaat (waktu tempatan). Malah, jutaan rakyat negara itu di kawasan perkampungan dan bandar seluruh negara turut berkabung. Imej diambil menerusi televisyen KRT - Foto AP

Al Fatihah : Adun Tendong meninggal dunia

Posted: 23 Dec 2011 04:50 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

PASIR MAS, 24 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Tendong, Dr Muhammad Md Daud (Gambar) telah pulang kerahmatullah jam 12.55 malam tadi.

Menurut Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad, Dr Muhammad dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan tengah hari ini iaitu selepas solat zohor.

Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimaklumkan dan dijangka akan hadir sama untuk menyolatkan jenazah tersebut.

Jenazah Adun berkenaan kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu.

Hanifa berkata, pagi kelmarin allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Hanifa juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham.

Al Fatihah : Hamid Othman meninggal

Posted: 23 Dec 2011 04:48 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman

Bekas Menteri di JPM diserang angin ahmar ketika bekerja

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman,(Gambar) 72, meninggal dunia semalam dipercayai akibat serangan angin ahmar. Allahyarham yang bertugas sebagai Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira jam 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Pegawai peribadinya, Nor Azhar Yusof, berkata sebelum serangan itu beliau kelihatan sihat namun tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong.

Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (KEWAJA) itu meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin serta lima orang cucu.

Allahyarham yang dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.

Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada tahun 1990 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. – BERNAMA

Gempa bumi kuat gegar Christchurch

Posted: 23 Dec 2011 04:41 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kawasan New Brighton dan Burwood ditenggelami banjir lumpur selepas gempa bumi dengan kekuatan 5.8 melanda Christchurch semalam.
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kawasan New Brighton dan Burwood ditenggelami banjir lumpur selepas gempa bumi dengan kekuatan 5.8 melanda Christchurch semalam.

Empat mangsa terselamat, semua kompleks beli-belah terpaksa ditutup

WELLINGTON: Gempa bumi kuat melanda bandaraya Christchurch di New Zealand semalam, menggegarkan bangunan, menyebabkan barangan di atas rak runtuh serta mencetuskan panik di kalangan penduduk yang sibuk membeli belah. Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan bandar terselamat daripada kerosakan besar.
Seorang penduduk cedera di sebuah pusat beli belah di bandar dan dirawat di hospital, empat orang diselamatkan selepas terperangkap akibat runtuhan batu, kata polis Christchurch dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan jelas atau kerosakan meluas di bandar, yang baru pulih daripada gempa bumi Februari lalu yang mengorbankan 182 orang serta merosakkan kebanyakan kawasan di bandar lama.

Agensi Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan, gempa pertama dengan magnitud 5.8 berlaku tengah hari semalam, 26 kilometer di utara Christchurch dengan kedalaman empat kilometer, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Beberapa minit kemudian, satu gegaran susulan dengan magnitud 5.3 pula melanda dan kira-kira sejam selepas itu, bandar itu digegarkan dengan gempa magnitud 5.8. Kedua-dua gegaran susulan berlaku pada kedalaman kurang lima kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami.
Lapangan terbang bandaraya itu dikosongkan selepas gempa pertama dan semua pusat beli belah di bandar itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengurus Pihak Berkuasa Pemulihan Gempa Bumi Canterbury, Warwick Isaacs, berkata kebanyakan bangunan dikosongkan "sebagai langkah kecemasan."

Kawasan itu merekodkan lebih 7,000 gempa susulan sejak gempa bumi dengan magnitud 7 menggegarkan bandaraya itu pada 4 September tahun lalu.

"Runtuhan batu dan banjir lumput berlaku di sebuah kawasan apabila tekanan gempa memaksa air bawah tanah memancut menerusi tanah yang longgar, di beberapa kawasan," kata Isaacs kepada Radio Nasional New Zealand.

"Ada banyak barang jatuh dari almari, rak di kedai berulang kali. Ia bermula perlahan kemudian kuat. Ia adalah gegaran besar namun bukan mengejutkan atau seganas Februari lalu," kata penduduk Christchurch Rita Langley.

Keadaan gegaran teruk berlaku di bandar pelabuhan berhampiran di Lyttelton, pusat gempa 22 Februari lalu.

"Kami tinggal di dalam bangunan sehingga gegaran berhenti. Kemudian barulah kami keluar," kata penduduk Andrew Turner. "Penduduk secara emosinya terkejut dengan apa yang berlaku tengah hari ini."

Kira-kira 15,000 rumah dilaporkan terputus bekalan elektrik selepas jaringan bekalan rosak di pinggir timur bandar ini. Perkhidmatan pembetungan juga terputus. Beratus kilometer pembetung dan saluran air dibaiki di bandar itu sejak gempa Februari lalu.

Sebahagian bangunan yang runtuh dan sebuah rumah kosong runtuh selepas gempa semalam, kata polis.

Pengurus Persatuan Perniagaan Pusat Bandar Paul Lonsdale berkata gempa itu muncul ketika hari paling buruk buat peruncit, dengan penduduk bergegas menghabiskan beli belah untuk Krismas.

Walaupun gempa besar, tiada kerosakan nyata di daerah pusat perniagaan, di mana 28 kedai dibuka semula di kontena perkapalan selepas bangunan mereka musnah dalam gempa Februari lalu, katanya. – AP

40 maut dalam serangan bom berani mati di Syria

Posted: 23 Dec 2011 04:39 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

DAMSYIK 24 Dis. - Lebih 40 orang terbunuh dalam dua serangan bom berani mati di bangunan-bangunan kerajaan di sini, semalam, kata Kementerian Luar Syria.

Menteri Luar Syria, Faisal Meqdad berkata, serangan itu menyebabkan lebih 40 orang maut manakala 100 lagi cedera.

"Kejadian ini merupakan 'hadiah' daripada pengganas dan al-Qaeda untuk pasukan pemantau dari Liga Arab yang baru tiba di negara ini," katanya. - AFP

Saluran minyak Colombia meletup, 7 maut

Posted: 23 Dec 2011 04:37 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

BOGOTA 24 Dis. - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam kejadian letupan saluran paip minyak di barat Colombia, awal pagi semalam.

Datuk Bandar Dosquebradas, Luz Ensueno Betancur berkata, kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kes kecurian minyak.

Katanya, punca letupan masih lagi disiasat. - AFP

Satelit komunikasi Rusia terhempas selepas dilancarkan

Posted: 23 Dec 2011 04:35 PM PST

28 Muharram 1433H. [MOD] -

MOSCOW 24 Dis. - Sebuah satelit Rusia dilaporkan terhempas di Siberia, selepas dilancarkan, semalam, menjadikan ia sebagai kejadian terbaru membabitkan program angkasa negara Komunis itu yang menemui beberapa kegagalan pada tahun lalu.

Agensi berita Interfax yang memetik sumber agensi angkasa Rusia berkata, satelit komunikasi Meridian 'terhempas di kawasan Siberia' sebaik berlepas dari tapak pelancaran Plesetsk.

Katanya, satelit itu dipercayai terhempas di pekan Tobolsk di barat Siberia. - AFP

Nuffnang