Jumaat, 21 Disember 2012

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


DNA NATE POLITIK?

Posted: 21 Dec 2012 02:03 AM PST

(Lee Kuan Yew lebih 'islamik' daripada seluruh umat Melayu-Islam UMNO Pok Nik?)

Salam 2 all.

Teman tersenyum membaca kenyataan YAB Datuk Nik Aziz (DNA) yangg menegaskan akan terus bertanding dalam PRU 13 kononnya atas alasan "mahu mencegah kemungkaran UMNO"! Kata DNA, "orang Melayu yang menyokong UMNO melakukan kemungkaran. Selagi orang Melayu menyokong UMNO, selagi itu saya akan terus bertanding! Maknanya bagi DNA, menyokong UMNO adalah menyokong kemungkaran. Dan DNA menghalalkan tindakan untuk terus bertanding atas alasan rapuh itu!

1. Tidak boleh dipercayai!

Kenyataan tersebut membuktikan DNA sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Ini kerana sekitar awal tahun 2000, DNA menyatakan bahawa "kalu Dr. Mahathir letak jawate, esoknya ambo pun letak jawate"! Tun Mahathir telah pun meletakkan jawatan tahun 2003. Sudah hampir 10 tahun berlalu, tetapi DNA bukan sahaja masih belum meletak jawatan, malah berangan nak bertanding lagi!

Ternyata DNA tidak mempunyai ciri-ciri keperibadian seorang pemimpin yang sepatutnya wajib mempunyai sikap amanah dan kebolehpercayaan memegang janji dan kata-katanya, apatah lagi ciri-ciri seorang ulama' kerana memungkiri janjinya sendiri! Keldai dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Jika janji seorang yang dilabel Tok Guru pun tidak mampu dia tunaikan, malah dimungkiri, apakah nilai kemanusiaan & kepimpinan yang ada pada DNA?

2. Tidak konsisten & istiqomah!

Sikap tidak menunaikan janji dan tidak amanah dengan kata-katanya membuktikan DNA seorang yang tidak konsisten dan istiqomah. Dan sikap tidak konsisten DNA ini terserlah sepanjang kepimpinannya. Antaranya UMNO pernah dimurtadkan kerana berkawan dengan MCA! Tidak laksanakan hudud!

Tetapi sekarang DNA sendiri berkawan sekatil sebantal dengan parti cauvinis rasis yang extremis DAP yang menentang perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. Kedua, UMNO difitnah tidak mengikut Al Quran & Sunnah kerana kononnya tidak melaksanakan hudud & tidak menegakkan Negara Islam.

Tapi kini DNA bersetuju, malah mempersaksikan dan merestui perjanjian Memorandum Persefahaman Pakatan DAP-PKR-PAS yang kini diterjemahkan dalam bentuk Buku Jinggay dan manifesto pembangkang DAP-PKR-PAS bahawa 'hudud dan negara Islam tidak masuk dalam agenda pembangkang jika menang PRU 13'! Jadi dimana konsistensi dan istiqomahnya DNA!

Malah teman boleh bariskan banyak lagi sikap & pendirian tidak konsisten DNA yang membuktikan bahawa DNA tidak punya ciri-ciri keperibadian pemimpin Islam; sekadar bersalut serban & jubah yang berjaya mengelabui pengikut yang taksub!

3. DNA aset bagi Anwar & DAP

Atas sikap ketidakboleh-percayaan dan tidak konsisten itulah teman percaya Anwar & DAP akan terus memastikan DNA terus memimpin PAS & bertanding dalam PRU 13 dan kekal sebagai MB.

Ini kerana DNA tidak saperti ulama' lain yang tegas dalam pendirian mempertahankan Islam & istiqomah. Contohnya Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, YB Ustaz Nasarudin Mat Isa dan lain-lain ulama.

Ini adalah kerana mereka adalah ulama dan tokoh ilmuan & pemimpin Islam yang terkenal tegas dalam pendirian mempertahankan Islam dan istiqomah. Orang saperti DNA memang sangat berguna bagi Anwar & DAP dalam melaksanakan agenda impian mereka.

Contoh terbaru kita lihat bagaimana Kerajaan DNA memberikan anugerah tanah kepada kepimpinan kafir DAP yang bukan rakyat Kelantan! Sedangkan undang-undang tubuh Kelantan sangat jelas; tanah di Kelantan hanya boleh dimiliki oleh warga Kelantan, tetapi dibawah DNA semuanya boleh!

Sudah pasti Anwar & DAP akan bersyukur adanya pemimpin PAS saperti DNA yang banyak membantu dan menyumbang kepada menjaya dan melaksanakan agenda mereka! Teman cukup yakin Anwar & DAP berserta para Anwarinas dan parasit yang ada didalam pembangkang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan DNA terus bertanding & kekal sebagai pemimpin PAS & MB Kelantan!

4. Bonus bagi kafir harbi!

Selanjutnya, pengekalan DNA sebagai MB & pemimpin PAS akan menguntongkan agenda cauvinis, rasis & extremis DAP. Ini kerana ternyata DNA telah berjaya menjadi agen pemecah belah umat Islam-Melayu dengan beberapa kenyataan & tindak-tanduk beliau, termasuk melabelkan UMNO sebagai murtad, menghalalkan tindakan mendoakan supaya UMNO dihancurkan dan lain-lain.

Sudah tentu sikap memecah belah dan merosakkan ukhwah & perpaduan umat Melayu-Islam oleh bangsa Melayu sendiri adalah satu bonus besar kepada parti cauvinis, rasis & extremis saperti DAP. DNA adalah aset politik besar bagi Anwar & DAP! It's a BIG BONUS for them!

5. Siapa yang tidak Islamik?

Akhirnya, teman nak tanya DNA, siapa sebenarnya yang mencemari & mengkhianati Islam & risalah suci Islam! Siapa sebenarnya yang tidak mengikut Al Quran & Hadis? UMNO atau PAS?
PAS terbukti sekadar parti politik yang punya labelling Islam sahaja, diselimutkan dengan warna-warni Islam, dipenuhi para pemakai serban & jubah!. Tetapi dari segi pengisian adalah sebaliknya.

PAS hanyalah sekadar "parti Islam kulit bawang".

PAS yang menyokong Anwar yang jelas menganut fahaman pluralisma & liberlisma yang menyamakan semua agama!

PAS menghalalkan kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian sebagai nama ketuhanan 3 dalam 1 yang jelas syirik dan kufur kepada ketuhanan ALLAH Maha Esa!

PAS menghalalkan persekongkolan dengan DAP yang jelas anti perlaksanaan syariat Islam dengan slogan "Islam over my dead body"!

PAS menghalalkan politik rusuhan & keganansan melalui perhimpunan haram!

PAS mengangkat seorang anti-Islam & pro-murtad sebagai ketua dalam himpunan haram!

PAS memecat pemimpin yang mahu menjaga aqidah umat & mencegah kemungkaran tanpa mengikut lunas Islam!

PAS menghalalkan tindakan sesetengah calonnya mengangkat sumpah talaq tiga terhadap isteri masing-masing demi menjaga kepentingan parti!

PAS mahu mengangkat seorang yang menghadapi masalah moral & akhlak yang serius sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat banyak dalil dan bukti!

PAS mengangkat martabat kominis saperti Mat Indera dan mengutuk pejuang yang mempertahankan tanahair dan anggota keselamatan negara yang dibunuh kejam!

PAS melarang ahlinya daripada menghadir Himpunan Umat Islam untuk menyelamatkan aqidah, tetapi menyokong himpunan haram yang diketuai oleh kafir!

Teman boleh bariskan banyak lagi bukti, tindak-tanduk, kenyataan dan pendirian PAS yang jelas bercanggah dan terkeluar daripada Al Quran dan Sunnah!

Memalukan Islam!

Malah, tindak-tanduk PAS kekadang lebih memalukan Islam dari kacamata bukan Islam. Contohnya menyaman wanita bukan Islam yang menggunting rambut lelaki bukan Islam! Adakah ini ajaran Islam? Mana dakwahnya?

Bagaimana pula dengan Kerajaan DNA yang sehingga hari ini,setelah lebih 20 tahun diberi amanah memerintah Kelantan, gagal membekalkan sebahagian rakyat Kelantan dengan air bersih, sehingga air yang dibekalkan kotor dan ada lapuran ianya beracun! Mana pembangunannya? Mana pembasmian kemiskinannya?

Adakah ini ajaran Islam, berdasarkan Al Quran & Sunnah!

Mana dia dasar keselamatan & pertahanan PAS?
Mana dia dasar hubungan luar & antarabangsa PAS?
Mana dia dasar perumahan PAS?
Mana dia dasar pendidikan PAS?
Mana dia dasar pembangunan PAS?
Mana dia dasar pembangunan modal insan PAS?
Mana dia dasar sukan & rekreasi PAS?
Mana dia dasar kebajikan PAS?
Mana dasar membasmi kemiskinan & mengangkat taraf ekonomi umat Islam & rakyat?
Mana dia dasar pertanian PAS?

Teman langsung tidak nampak ini samada di Kelantan, Kedah mahupun Terengganu dahulu!

Apa yang ada sekadar ustad-ustad dan penceramah-penceramah PAS siang malam pagi petang surau masjid berceramah, sampai maki hamun, caci nista sesama umat Islam! Sampai kafir mengkafir, murtad-memurtad, hancur menghancurkan sesama Islam!

Cukup Islam kah PAS kalau sekadar melilit serban & berjubah sambil berceramah siang malam pagi petang? Siap minta derma jihad konon! Mana dia Tabung Memali? Mana dia Tabung Kohilal?

Islam bukan sekadar label!
Islam bukan sekadar agama jerit pekik maki hamun!
Islam bukan sekadar agama caci maki & fitnah sana sini!
Islam bukan sekadar agama 'jual airliur'!
Islam bukan agama untuk diguna sebagai bahan kutip derma!
Islam bukan agama sekadar melilit serban berjubah!
Islam bukan agama hukum menghukum, kafir mengkafir, murtad memurtad!

Islam adalah addeen! Islam adalah cara hidup! Islam itu cantik dan indah, tetapi diburukkan oleh segelintir umatnya sendiri! Islam itu a'la, Islam itu tinggi, tetapi direndahkan maruah dan martabatnya oleh segelintir umat Islam sendiri!

Sebab itu teman berpendapat kenyataan DNA mahu terus bertanding dalam PRU 13 konon untuk mencegah kemungkaran UMNO adalah sekadar untuk menghalalkan nafsu DNA untuk terus memegang jawatan Menteri Besar!

Kalau nak berdakwah, tidak perlu bertanding pilihanraya, tidak perlu memegang jawatan Menteri Besar. Malah pendakwah yang lebih berkesan adalah yang tidak cari makan melalui politik kepartian, melalui jawatan dan habuan, sebaliknya bebas dari segala cengkaman duniawi.

Adakah DNA tidak lebih daripada apa yang disebut dalam loghat Kelate "nate politik", 'political animal- haiwan politik' yang hidup hanya untuk berpolitik kepartian? Mike ada otak, pikior sendirilah yop!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan, memperteguhkan aqidah, dan memberikan hidayah yang berterusan. Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
07 Safar 1434
21 Dis 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ANGKARA BN RAKYAT - NEGARA DI AMBANG BANKRAPSI

Posted: 21 Dec 2012 10:32 PM PST



Seramai 241,740 individu 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.telah diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai."Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Manakala di peringkat negara sendiri, pada tahun 2004  hutang negara berjumlah RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011.

"Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu.

Sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.(sumber)

Negara Greece yang terkenal dengan tamaddun Greek zaman silam akhirnya diisytihar bankrap. Kenapa?Angkara pemimpin yang boros berbelanja dengan duit hutang.

"By the end of 2009, the Greek economy (based on data revised on 15 November 2010 in part due to reclassification of expenses) faced the highest budget deficit and government debt to GDP ratios in the EU. The 2009 budget deficit stood at 15.4% of GDP. This, and rising debt levels (127% of GDP in 2009) led to rising borrowing costs, resulting in a severe economic crisis." (sumber) (sumber)




Reading List
  Kalau negara bankrap, tak guna ubah kerajaan lagi





Dewan Himpunan Penyokong PAS BERSUNGGUH MAHU MEMENANGKAN PAS

Posted: 21 Dec 2012 04:51 AM PST

 DUN SELAT KLANG

Dato' Adnan, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Perak merupakan juga veteran UMNO yang giat berjuang memenang dan melaksanakan propaganda UMNO telah BERHIJRAH!!

Dato' Adnan yang telah berhijrah sudah jelajah seluruh negara memberi maklumat dan mendedahkan apa yang dilakukan UMNO yang beliau sendiri saksi semasa dalam UMNO.Akhirnya Allah buka pintu hatinya untuk melihat kebenaran yang diperjuangkan oleh PAS! Insaf dan sedar apa yang dilakukan selama ini adalah jijik dan kotor percaturan UMNO mencengkam kuasa dengan memperalatka pegawai kerajaan.
 Maha besar Allah! Allahu akbar! Mampu membolak hati manusia.

Takdir Allah juga hati orang India dan Cina telah melihat kebenaran PAS. Mereka berjuang siang malam untuk pastikan PAS menang. Suria daripada DHPP Perak bertolak daripada Tanjong Malim pukul 7malam. Sempat sampai untuk ceramah umum di Pangsapuri Perantau DUN SELAT KLANG.

Harun Abdullah@Aru bekas ahli Kelab Penyokong PAS pula menjadi ahli PAS seumur hidup setelah mengucap dua kalimah syahadat.

PAS FOR ALL!!

"BIG SHOT" MASUK PAS ANDA??!!

Posted: 21 Dec 2012 04:02 AM PST

Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS. Turut sama ialah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah juga tidak mahu ketinggalan memperjuangkan kebenaran, keaadilan dan kesejahteraan umat. FASTABAQUL KHOIRAT


Laporan penuh di SINI

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Sumbangan Kepada NGO

Posted: 21 Dec 2012 03:49 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


PAS sudah siap siaga

Posted: 21 Dec 2012 12:02 AM PST

Pemilihan calon-calon Pas yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah 90 peratus muktamad, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

"Siapa dan kerusi yang akan ditandingi, sudah selesai 90 peratus," kata beliau.

"Lebih kurang, kita ada dua peringkat. Pertama, orang ini layak bertanding, maknanya dari segi Majlis Syura ini sudah lihat, mana yang layak dan tak layak ini.

"Kemudian siapa dan di mana, itu akan dimuktamadkan oleh Pusat... jadi, siapa dan di mana, kita sudah selesai," kata beliau dalam satu wawancara khas di sini.

"Bubar sahaja (Dewan Rakyat), lagi 10 peratus itu akan selesailah," kata beliau, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini berkata, Pas perlu menang sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen dalam menentukan hala tuju parti berusia lebih enam dekad itu.

“Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak.

"Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang,” kata beliau.

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Supports Anwar Ibrahim’s Roundtable To Address The Alarming Outflow Of Dirty Or Illicit Funds From Malaysia Of Almost RM 200 Billion For 2010 And RM871 Billion Over The Last 10 Years (2001-10). (en/cn)

Posted: 21 Dec 2012 02:11 AM PST

Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng on 21 December 2012 in Kuala Lumpur.

As we celebrate Winter Solsistice 2013, there is also a need to initiate concerted efforts to introduce positive energy and efforts towards establishing integrity over corruption. Such efforts have become more urgent following the shocking expose of RM 200 billion in dirty money siphoned out of Malaysia in 2010 and the scandal of RM 871 billon lost over the last 10 years

Washington-based financial watchdog Global Financial Integrity (GFI) 2012, says the level of illicit flows from Malaysia in 2010 was the highest in 10 years. RM 197 billion of dirty money was siphoned out of Malaysia in 2010 compared to RM 93 billion in 2009, an increase of 112 %. Malaysia has the shameful record of being the No.2 country in the world after China, of illicit outflow of dirty money.

The GFI report, 'Illicit Financial Flows From Developing Countries: 2001-2010′, is co-authored by GFI economists Sarah Freitas and Dev Kar, who is a former senior economist at the International Monetary Fund. GFI has warned that capital flight in Malaysia is “at a scale seen in few Asian countries”.

GFI described its estimates of global dirty money as “extremely conservative”. Whilst Malaysia was ranked No. 2 globally in 2010, Malaysia is ranked No. 3 globally over 10 years from 2001-2010. The total 10-year estimate for Malaysia is US$285 billion (RM871.4 billion), while China is US$2,740 billion, and Mexico, US$476 billion.

For this reason DAP fully supports Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's proposal for a roundtable including Bank Negara governor Tan Sri Zeti Akhtar, GFI and all PR mentris besars and Chief Minister to a roundtable next month.to address the alarming outflow of dirty or illicit funds from Malaysia of almost RM 200 billion for 2010 and RM871 billion over the last 10 years (2001-10). DAP agrees with Anwar that BN's poor economic management for Malaysia's alarming ranking in illegal money outflow.

The GFI report merely confirms the findings by the 2012 Transparency International report that Malaysia topped the Bribe Payer's Survey in terms of lost business due to bribery. In this area, Malaysia ranked worst out of the 31 countries, worse than even Indonesia (47%), Pakistan (42%) and Russia (39%). Najib should come clean about this RM 871 billion scandal and wash away the shame it has brought to Malaysia by inviting top GFI economists who drafted the report to get to the root of this scandal.

—— BM Version —-
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 21.12.2012 di Kuala Lumpur

Sokong Meja Bulat Anwar Ibrahim Untuk Menangani Pengaliran Keluar Dana Haram Dari Malaysia Yang Berjumlah Hampir RM200 Bilion Untuk Tahun 2010 Dan RM871 Bilion Sepanjang 10 Tahun (2001-2010).

Sementara kita meraikan Solstis Musim Sejuk 2013, kita juga perlu berusaha dan menggembleng tenaga untuk memerangi rasuah melalui integriti. Usaha ini amat diperlukan ekoran pendedahan bahawa wang haram RM200 bilion telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 dan skandal kerugian RM871 bilion sepanjang 10 tahun yang lepas.

Laporan terbaru badan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpusat di Washington, telah menunjukkan bahawa pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2010 adalah paling tinggi dalam tempoh 10 tahun. RM197 bilion wang haram telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM93 bilion pada tahun 2009, iaitu peningkatan 112%. Malaysia kini memegang rekod memalukan kerana menjadi negara kedua di dunia selepas China bagi aliran keluar wang haram.

Laporan GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan Dari Negara Membangun: 2001–2010" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). GFI telah memberi amaran bahawa pengaliran keluar modal di Malaysia kini berada "di skala yang jarang dilihat di kalangan negara-negara Asia".

GFI telah menyatakan bahawa anggaran wang haram mereka adalah "sangat konservatif". Sementara Malaysia menduduki tangga No.2 di dunia pada tahun 2010, Malaysia merupakan No.3 di dunia sepanjang 10 tahun dari 2011–2010. Jumlah 10 tahun untuk Malaysia dianggarkan pada USD285 bilion (RM871.4 bilion), sementara China adalah USD2,740 bilion dan Mexico USD476 bilion.

Untuk sebab ini, DAP menyokong penuh cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan meja bulat yang akan melibatkan gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar, GFI serta semua menteri-menteri besar dan ketua menteri PR pada bulan depan untuk menangani pengaliran keluar wang haram dari Malaysia yang berjumlah hampir RM200 bilion untuk tahun 2010 dan RM871 bilion sepanjang 10 tahun (2001-10). DAP bersetuju dengan Anwar bahawa pengurusan ekonomi yang lemah oleh BN telah menyebabkan kedudukan Malaysia yang sangat membimbangkan dari segi pengaliran keluar wang haram.

Laporan GFI hanya membuktikan hasil kajian laporan Transparency International 2012 yang menunjukkan bahawa Malaysia mendapat tempat paling teruk dalam Kajian Pemberi Rasuah dalam kategori perniagaan yang hilang akibat rasuah. Dalam kategori ini, Malaysia mendapat tempat paling teruk, lebih teruk berbanding Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%). Najib harus menjelaskan skandal RM871 bilion tersebut dan menyangkal label yang memalukan negara kita dengan menjemput ahli-ahli ekonomi GFI yang telah menyediakan laporan tersebut untuk memahami dengan lebih mendalam skandal ini.

Lim Guan Eng

—– Mandarin Version—-
民主行动党秘书长兼眼国会议员林冠英于2012年12月21日在吉隆坡发表的文告:

支持安华的圆桌会议,以解决2010年2000亿令吉及 过去10年(2001-2010年)共8710亿令吉的黑钱外流的严重问题。

在我们庆祝冬至及2013年来临之际,我们也必须要开始一致的发挥正能量及实践廉洁打击贪污。自马来西亚被揭露在2010年有2000亿令吉及过去10年共8710亿令吉的黑钱外流之后,发挥正能量、实践廉洁打击贪污的行动更显得刻不容缓。

美国全球金融廉正机构报告指出,马来西亚在2010年流出去的黑钱创下10年最高记录。2010年马来西亚流多达1970亿令吉黑钱,比2009年930亿令吉增加112%。马来西亚是全世界黑钱流出第二高的国家,名列中国之后,实在可耻。

上述报告《2001年至2010年之间,发展中国家非法流出的资金》,作者是上述机构的经济学家莎拉菲达斯及迪夫卡尔(国际货币基金前高级经济学家)。报告警告,马来西亚的黑钱流动,在亚洲几个国家是具一定规模的。

全球金融廉正机构也形容,他们所估计的全球黑钱流动是"极为保守"的。 马来西亚的黑钱流出在2010年排名第二。而在2001至2010年期间,我国的黑钱流动"成绩"排名第三,过去10年的黑钱总流失估计为2850亿美元(8714亿令吉),中国为2兆7400亿美元,墨西哥为4760亿美元。

因此,行动党全力支持安华的提议,邀请国家银行总裁丹斯里洁蒂、全球金融廉正机构、所有民联州务大臣及首长出席下个月的圆桌会议,以解决2010年2000亿令吉及 过去10年(2001-2010年)共8710亿令吉黑钱外流的严重问题。

上述机构的报告再次确认2012年国际透明组织调查的结果,马来西亚在一项行贿者调查(Bribe Payer's Survey)中"因贪污而失去生意"排名第一。这方面,我们在31个国家中表现最糟,比印尼(47%)、巴基斯坦(42%)和俄罗斯(39%)还糟。纳吉应该要解释清楚这宗8710亿令吉丑闻,邀请参与上述机构报告的经济学家前来,为我国一雪前耻、解决丑闻。

林冠英

The Penang State Government Is Willing To Help Out Penang Port Sdn Bhd (PPSB) From Sustaining Yearly Losses Of More Than RM18 Million By Taking Over Tanjung City Marina, Swettenham Pier And The Ferry Services.(en/bm/cn)

Posted: 20 Dec 2012 07:55 PM PST

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 21.12.12.

The Penang state government is willing to help out Penang Port Sdn Bhd (PPSB) from sustaining yearly losses of more than RM18 Million by taking over Tanjung City Marina, Swettenham Pier and the ferry services. PPSB managing director Datuk Ahmad Ibnihajar had confirmed that the Transport Ministry and Penang Port Commission(PPC), and not PPSB, was to blame for the failed RM43 million Tanjung City marina project, which fell into disrepair following a storm in 2009.

Ahmad said the failed marina was due to bad design and PPSB had in 2006 told PPC that the design was faulty in 2006. Clearly the Transport Ministry and PPC must bear full responsibility for mishandling the design, construction as well as failing to maintain the Tanjung city marina from 2006 until now when the entire marina has sunk to the bottom of the sea.

All those involved in the PPC and Transport Ministry from this period 2006-2012 should respond to Ahmad's expose that the design fault in the Tanjung City Marina, was doomed to fail right from the very beginning. A full explanation must be given on why the PPC and Transport Ministry wasted RM43 million in public funds to implement a doomed to fail project and whether there are any more of doomed to fail projects.

The next public concern is whether the important Swettenham Pier is also one of those projects as it serves a critical link in serving cruise ships that cater to growing number of foreign tourists. The PPC and Transport Ministry's poor management has caused a complete loss of public confidence. The state government is willing to take over and is confident of turning around the Swettenham Pier, Tanjung City Marina and the ferry services. Even the ferry services can be well run by engaging professionals with expertise as was done in the past.

The state government would also press the Federal government to fulfil its obligations as operator of Penang Port by immediately undertaking the RM355 million project of deepening of the north channel from 11 meters to 15 meters. Deepening the channel is necessary to handle bigger container ships to ensure sustainable revenue growth, which was only RM329 million last year and a slight increase this year, which is low for a significant port like Penang serving one of the most dynamic manufacturing clusters in the world.

—–BM version —–

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 21.12.12 di Komtar, George Town

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk membantu Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada terus menanggung kerugian tahunan lebih daripada RM18 juta dengan mengambil alih Tanjung City Marina, jeti Swettenham dan perkhidmatan feri.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk membantu Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada terus menanggung kerugian tahunan lebih daripada RM18 juta dengan mengambil alih Tanjung City Marina, Jeti Swettenham dan perkhidmatan feri. Pengarah Urusan PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar telah mengesahkan bahawa Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) , dan bukannya PPSB harus dipersalahkan atas kegagalan projek RM43 juta Tanjung City Marina yang rosak berikutan ribut pada tahun 2009.

Ahmad berkata kegagalan Tanjung City Marina disebabkan oleh reka bentuk yang teruk dan PPSB pada tahun 2006 telah memberitahu PPC bahawa reka bentuk tersebut adalah salah pada tahun 2006. Jelas Kementerian Pengangkutan dan PPC mesti menanggung tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan menangani reka bentuk, pembinaan dan jua kegagalan untuk mengekalkan Tanjung City Marina dari tahun 2006 sehinga sekarang apabila keseluruhan Tanjung City Marina telah tenggelam ke dasar laut.

Semua yang terlibat dalam PPC dan Kementerian Pengangkutan dari tempoh 2006 – 2012 harus bertanggungjawab ke atas pendedahan Ahmad berikutan kegagalan reka bentuk Tanjung City Marina, daripada awal projek ini dijalankan. Penjelasan penuh harus diberikan oleh PPC dan Kementerian Pengangkutan atas pembaziran RM43 juta dana awam bagi melaksanakan projek yang ditakdirkan gagal dan sama ada terdapat lagi projek- projek lain yang ditakdirkan gagal.

Kebimbangan awam yang seterusnya ialah sama ada Jeti Swettenham yang penting itu juga merupakan salah satu projek yang gagal kerana Jeti Swettenham merupakan pautan kritikal untuk kapal- kapal layarbagi meningkatkan bilangan pelancong asing. Pengurusan yang kurang cekap oleh PPC dan Kementerian Pengangkutan menyebabkan keyakinan awam telah hilang sepenuhnya. Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil alih dan yakin dapat memulihkan Jeti Swettenham, Tanjung City Marina dan perkhidmatan feri. Malah perkhidmatan feri juga boleh dijalankan dengan lancar dengan melibatkan para profesional yang berpengalaman seperti mana yang telah dilakukan pada masa lalu.

Kerajaan Negeri juga mendesak Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pengendali Pelabuhan Pulau Pinang dengan mengambil alih segera projek RM355 juta mendalamkan saluran utara dari 11 meter kepada 15 meter. Pendalaman saluran tersebut adalah perlu bagi membolehkan kapal kontena yang lebih besar untuk masuk bagi memastikan pertumbuhan pendapatan yang lebih mampan. Tahun lepas, hanya RM329 juta telah diperolehi dengansedikit peningkatan tahun ini. Ini sangat rendah bagi pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai salah satu kelompok pembuatan yang paling dinamik di dunia.

========= Mandarin Version ==================
槟州首席部长于2012年12月21日在槟城乔治市光大发表的文告

槟州政府愿意接管丹绒城市游艇俱乐部、瑞典咸码头及渡轮服务业务,以协助槟州港口有限公司(PPSB)脱离每年亏损1800万令吉的困境。

槟州政府愿意接管丹绒城市游艇俱乐部、瑞典咸码头及渡轮服务业务,以协助槟州港口有限公司(PPSB)脱离每年亏损1800万令吉的困境。槟州港口公司董事经理拿督阿末伊尼哈惹已经证实耗资4300万令吉的丹绒城市游艇俱乐部计划,在2009年暴风雨后失修,以失败告终,并不是槟港口有限公司的错,错在交通部及港务局。

阿末伊尼哈惹说该游艇俱乐部的失败在于奇差无比的设计,槟港口有限公司在2006年已经提醒港务局这样的设计是不对的。很明显的,交通部及港务局必须为丹绒城市游艇俱乐部2006年至今的错误设计、承建还有无法维护而沉入海底,负上全部责任。

港务局及交通部在2006至2012年牵涉该计划的人,必须回应阿莫伊尼哈惹所揭露,丹绒城市游艇俱乐部从一开始设计就有问题。港务局及交通部必须要全盘解释,为何浪费4300万令吉的公币进行一开始就注定要失败的计划,还有到底还有多少这种注定要失败的计划。

另一个公众关心的地方是槟城重要的瑞典咸码头,是不是也会成为此类的失败计划,须知该码头乘载着为大型邮轮服务的重任,而且乘搭邮轮而来的外国游客人数一直在增加。港务局及交通部差劲的管理,已经让公众完全失去信心。州政府愿意接管瑞典咸码头、丹绒城市游艇俱乐部及渡轮服务,而且有信心能扭转局势。即使是渡轮服务也可以如以往一样,让专业的专家来营运。

州政府同时要向联邦政府施压,以尽快兑现其作为槟城港口经营者的任务,立刻进行3亿5500万令吉,从原本11公尺挖深至15公尺的北部海床通道挖深计划。通道挖深计划是必须进行,好让更大型的货柜轮船进港,以维持港口盈利增长。槟港口盈利去年才获得3亿2900万令吉,今年只取得微幅成长,这对槟城作为世界其中一个最具活力的制造业中心来说,我们港口的营运能力实在太低了。

林冠英

Direct Free Kick

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on YB Raja Nong Chik perlu meminta balik diskaun RM36.8 juta demi kepentingan rakyat. Siapakah yang meluluskan diskaun RM36.8 juta? by MandyLow

Posted: 21 Dec 2012 04:39 AM PST

Siapa tak tau Eugene Campos adalah CONM.N di KL. Keep away from Eugene Campos.

Orang sudah tua pun tak sedar lagi

Comment on Australian Court fined AirAsia A$200,000 for misleading advertisements by Adam Yahya (@mdnizamy)

Posted: 20 Dec 2012 06:19 PM PST

Why ask me ? As AA yourself. I just posted the other part of the story that many people seems not to read. Do I care if people don’t read ? No.

Comment on Australian Court fined AirAsia A$200,000 for misleading advertisements by Adam Yahya (@mdnizamy)

Posted: 20 Dec 2012 06:16 PM PST

How much I get is is the same amount you get paid for posting here. In any case here’s my experience with AA so far.

FEB2011 – total RM 90 for 6 to Kuching return
MAY2011 – total RM 50 for 2 to Medan
SEP2011 – total RM 390 for 5 plus an infant to Brunei return
OCT2011 – total RM 45 for 2 to Penang
NOV2011 – total RM 132 for 3 to KK return
OCT2012 – total RM 140 for 2 to Langkawi return

Less in 2012 actually since they reintroduce the fuel surcharge. The point is I read from all and make my own judgement. What do I get ? All of the above and some in 2010 (sorry no record any more). Those are all the bookings that I made where I can actually get the 0 fares. The rest I paid for some optionals + compulsory airport tax. I know what I’ve paid and that’s the only important thing for me.

SUARA PERAK

SUARA PERAK


TEKS PERBAHASAN YB V. SIVAKUMAR DI SIDANG DUN PERAK KE-12 PADA 20 DISEMBER 2012

Posted: 21 Dec 2012 01:24 AM PST

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kompaun lebih RM27,000 dikeluarkan kepada perokok di KLIA dan LCCT

Posted: 20 Dec 2012 11:57 PM PST


7 Safar 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Kompaun berjumlah RM27,774 dikeluarkan terhadap 244 individu termasuk 98 pelancong asing kerana merokok di kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata setiap seorang dikenakan kompaun minimum RM250 dan sekiranya gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan didakwa di mahkamah di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan. 



"Pejabat Kesihatan KLIA banyak menerima aduan mengenai orang awam yang merokok di kawasanlarangan di KLIA dan LCCT. 

"Berikutan itu operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 diadakan selama dua hari bermula 16 Disember lalu dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad 

"Operasi itu memberi fokus kepada penguatkuasaan Peraturan 11 (1)(g) dan 11(1)(e), PPKHT 2004 di kawasan larangan merokok iaitu di Lapangan Terbang dan Hentian Pengangkutan Awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata dalam operasi itu juga sejumlah 494 Notis Kesalahan dikeluarkan kepada perokok di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana merokok di kawasan larangan.

Beliau berkata pihak jabatan akan meneruskan operasi berkenaan secara berkala di KLIA dan LCCT bagi mengawal dan memberi kesedaran kepada perokok serta melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok basi. - BERNAMA

Isu keluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah hangatkan dewan.

Posted: 20 Dec 2012 11:43 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] -

Isu mengenai siapa yang meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah menghangatkan dewan yang bersidang pada sesi petang yang bermula jam 3.00 petang tadi.

ADUN Pasir Panjang mula mencelah semasa wakil Sungai Rapat yang mewakil Kerajaan membuat ucapan penggulungan.

Dato'Seri Nizar bertanyakan bertanyakan kepada Sungai Rapat adakah dia bersetuju bahawa pada sidang yang kepada wakil Pangkor yang juga Menteri Besar Perak telah mengelirukan dewan sesi yang lepas dengan menunjukkan surat yang dikatakan dia meluluskan tanah untuk syarikat dari Brazil itu.

Berlaku perdebatan dan kekecohan pada persoalan itu sehingga reda semula selepas berlaku pertikaman lidah.

Sidang DUN Perak hari ke 5

Posted: 20 Dec 2012 11:17 PM PST


7 Safar 1433H. [MOD] -


Sidang DUN Perak untuk hari yang bermula pada jam 9.00 pagi berlangsung hingga ke sesi petang.

Sidang sebelah pagi dimulai selama sejam dengan sesi jawapan Kerajaan Negeri kepada soalan-soalan lisan.

Antara soalan lisan yang dibangkitkan ialah mengenai Kolam Air Panas di Kg Ara Panjang Kuala Kangsar.

Kerajaan Negeri menjelaskan kawasan kolan air panas itu memilki keluasa sebanyak 20.8 ekar dan akan dimajukan dimasa akan datang. 

Menurut Kerajaan negeri kawasan ini pernah dimajukan pada tahun 2003 dengan menimbun tanah, membina dewan terbuka dan jalan dengan melibatkan kos RM 200,000.


Kes Sg Petani: Pergaduhan biasa antara remaja

Posted: 20 Dec 2012 07:43 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - SUNGAI PETANI: Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (gambar) mengesahkan berita pergaduhan remaja India dengan Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda.

 "Cumanya ianya melibatkan dua kaum," kata Johari, ahli Majlis Tertinggi PKR, dalam kenyataannya. Menurut beliau, ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin. "Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sungai Petani. 

Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu," kata Johari dalam kenyataannya. "Saya amat-amat berharap teman-teman membantu saya dan polis memadamkan berita yang tidak betul ini dan meyakinkan rakyat yang keadaan sudah kembali normal," katanya. 

 Baru-baru ini, khabar angin disebarkan melalui facebook dan blog kononnya berlaku pergaduhan antara kaum berlaku di Sungai Petani. Ia menyebabkan pelbagai spekulasi berlaku dan melahirkan ketakutan di kalangan orang ramai. Sementara itu, Bernama melaporkan, Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim. 

 Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani. Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan. 

 "Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar hari ini.

 Harakah Daily

Jelajah Oren Selamatkan Felda Pahang esok

Posted: 20 Dec 2012 07:42 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - TEMERLOH: PAS Pahang dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka (Anak) akan akan menganjurkan program 'Jelajah Oren Selamatkan Felda' besok, Sabtu dengan konvoi melibatkan empat kawasan parlimen. Menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang, Md Jusoh Darus, konvoi membabitkan 50 buah kereta dan 50 buah motosikal itu akan disertai kepimpinan PAS Negeri Pahang, pimpinan Anak Pusat serta bekas pegawai tinggi Felda merentasi Bera, Maran, Jerantut dan Kuala Krau. "Kembara Oren bertujuan memberi maklumat kepada peneroka khususnya kepincangan yang sedang berlaku di dalam pentadbiran Felda hasil campurtangan orang politik yang bakal membahayakan masa depan satu-satunya agensi Melayu itu. "Warga Felda tidak seharusnya dibuai dengan keseronokan mendapat habuan durian runtuh tetapi dalam masa yang sama mereka terus dibebankan dengan hutang tanam semula pinjaman perumahan yang mencecah hingga ratusan ribu dalam keadaan harga sawit di pasaran sedang jatuh merudum. "Misi Kembara Oren juga adalah untuk mengajak peneroka mempertahankan satu satunya aset warga Felda yang masih ada iaitu Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dianggotai ahli seramai 240 ribu orang terdiri dari kalangan peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda dengan jumlah caruman melebihi RM2 bilion," katanya. Tambahnya, pemegang saham tidak mahu KPF menjadi seperti Koperasi Maika Holding milik MIC yang hanya tinggal nama akibat campur tangan politik. Sementara itu mengenai program besok, Md Jusoh berkata, akan bermula pukul 8 pagi mula berkumpul di Felda Bukit Kepayang, Bera. Selepas itu bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran dan sehinggalah ke Jengka 12 (Parlimen Jerantut). Program akan berakhir dengan ceramah umum di Jengka 11 pada sebelah malam. "Setiap destinasi persinggahan akan diadakan edaran risalah penerangan, ceramah ringkas, ziarah dan sidang media kepada wartawan," katanya. Harakah Daily

Hasrat mencuri terbantut

Posted: 20 Dec 2012 07:39 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - MARANG – Dua lelaki terpaksa berputih mata apabila hasrat mencuri tembaga anti kilat di bumbung bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Jambu Bongkok di sini, tidak kesampaian apabila mereka ditangkap polis. Dua suspek berusia 25 dan 31 tahun itu, dipercayai menceroboh kawasan sekolah kira-kira jam 2.30 pagi semalam, melalui siling bangunan empat tingkat itu dengan memecah bahagian siling bilik air bangunan terbabit. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila sepasukan polis tiba di tempat berkenaan selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh dua pengawal keselamatan sekolah yang menyedari kehadiran dua suspek terbabit. Pengawal keselamatan terbabit, Mohd Zol Deraman, 44, berkata, dia bertugas bersama seorang rakan menyedari kehadiran suspek selepas melihat kelibat dua lembaga menuju ke arah bangunan sekolah itu, awal pagi semalam. "Saya kemudiannya membuat rondaan di kawasan berdekatan, namun gagal mengesan mereka sebelum menemui sebuah motosikal dan selipar yang dipercayai ditinggalkan dua suspek terbabit di luar pagar bahagian belakang sekolah. "Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada rakan setugas sebelum bergegas ke bangunan empat tingkat itu untuk membuat pemeriksaan, lalu mendapati siling tandas di tingkat empat telah dipecahkan," katanya di sini, semalam. Mohd Zol kemudiannya menghubungi pihak pentadbiran sekolah dan pihak polis bagi memaklumkan mengenai kejadian itu kerana mengesyaki dua suspek yang menceroboh sekolah itu, berada di atas siling bangunan sekolah berkenaan. Sekumpulan anggota polis tiba di lokasi kemudiannya berjaya menahan dua suspek terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan. Sinar Harian

Didakwa menipu dua peniaga

Posted: 20 Dec 2012 07:38 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dari Taman Sri Duyung, Seberang Takir, di sini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dua pertuduhan menyamar sebagai pengedar rokok dengan menipu dua peniaga kira-kira tiga tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Affendy Ariffin, 36, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif. Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Affendy mengaku tidak bersalah menipu Sabirah Salleh, 25, dengan menyamar sebagai vendor rokok Dunhill dan mengambil 65 kotak, yang setiap satunya mengandungi 20 batang rokok dan 32 kotak yang mengandungi 14 batang rokok serta berjanji akan menggantikannya dengan rokok yang baru. Dia mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu di Kedai Serbaneka 7-Eleven Bangunan Wisma Wan Chik, Jalan Sultan Mahmud, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi, 18 Disember 2009. Selain itu, Mohd Affendy turut mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan sama dengan menipu Nor Siti Fatihah Jusoh, 19, dan mengambil 23 kotak rokok yang setiap satunya mengandungi 14 batang rokok di sebuah kedai runcit di Lorong Gagak, Kampung Durian Burung, kira-kira jam 5 petang, pada 22 Disember 2009. Bagi setiap pertuduhan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan. Sejurus pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, Noradila menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan dia diikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan dengan seorang penjamin. Sementara itu, rakannya, Muhammad Fakhri Abdul Matin, 37, turut dihadapkan ke mahkamah sama atas dakwaan bersubahat dengannya apabila menerima wang hasil penipuan jualan rokok di Kedai Serbaneka 7-Eleven, Bangunan Wisma Wan Chik, Jalan Sultan Mahmud, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi pada 18 Disember 2009. Bagaimanapun, Muhammad Fakhri mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 420 kanun yang sama. Sejurus pengakuan tidak bersalah Muhammad Fakhri direkodkan, Noradila membenarkan dia diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Ratha manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Sinar Harian

Suri rumah ditemui mati tertiarap di kebun ubi

Posted: 20 Dec 2012 07:36 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - BESUT - Seorang suri rumah ditemui mati oleh sepupunya di kebun ubi kayu di Kampung Bukit Tanah, di sini dekat Jabi, pagi kelmarin. Mangsa Zalina Omar, 45, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam lopak air di kawasan kebun ubi yang terletak hanya 100 meter dari rumahnya kira-kira jam 9.20 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Noor Zainy Mohd Nor berkata, kematian mangsa hanya disedari sepupunya selepas suami mangsa memberitahu isterinya tidak pulang ke rumah sejak patang Rabu. Menurutnya, mangsa dikatakan pergi ke kebun itu untuk mengambil ubi kayu selepas keluar dari rumah kira-kira jam 5 petang kelmarin dan tidak pulang sehingga mayatnya ditemui. "Suami mangsa yang mengalami kecacatan kaki kiri selepas terlibat kemalangan memberitahu saudara bahawa isterinya tidak pulang sebelum mayat isterinya dijumpai pagi kelmarin," katanya. Noor Zainy berkata, mangsa yang tinggal bersama suami dan seorang anak lelaki berusia lima tahun, ditemui berpakaian lengkap dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan ia sebagai mati mengejut serta tiada unsur jenayah. Kata beliau, mangsa berasal dari Kampung Gong Tiong, Keluang di sini, dipercayai diserang penyakit sawan dan terjatuh di dalam lopak itu sebelum meninggal dunia. "Rekod kesihatan menunjukkan si mati menghidap sawan dan sering mendapat rawatan di Hospital Besut," katanya. Sementara itu suami mangsa, Wahab Mustafa, 50, berkata, dia tidak menyangka isterinya yang tidak pulang selepas ke kebun ubi rupa-rupanya meninggal dunia selepas diserang sawan. "Keadaan saya yang uzur menyebabkan saya tidak berdaya untuk mencarinya," katanya. Menurut Wahab, isterinya sering diserang sawan, kadang-kadang dua kali sebulan, namun sebelum ini tidak pernah berlaku di kebun ubi berkenaan. Sinar Harian

Mayat wanita dalam kereta

Posted: 20 Dec 2012 07:33 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KULAIJAYA – Misteri kereta mencurigakan di kawasan kebun rambutan berhampiran Kampung Desa Idaman, Sedenak, di sini, akhirnya terjawab apabila polis menemui mayat wanita yang dibungkus dengan plastik hitam, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mayat itu ditemui pada bahagian tempat duduk pemandu dan terdapat kesan bakar pada tempat duduk berkenaan.. "Mayat ditemui selepas pihak polis menerima panggilan dari orang awam sekitar jam 7.20 pagi. "Berdasarkan siasatan awal, mayat berkenaan dipercayai cuba dibakar berikutan terdapat kesan kebakaran di tempat duduk pemandu. "Bagaimanapun, tindakan itu mungkin tidak berjaya disebabkan kekurangan oksigen di dalam kenderaan jenis Perodua Viva berwarna putih itu," katanya kepada Sinar Harian mengesahkan kejadian, di sini, semalam. Mohd Kamil berkata, hasil pemeriksaan, polis mendapati barang peribadi seperti kad pengenalan atau telefon bimbit milik mangsa tidak dapat ditemui. "Tetapi kami percaya mangsa baru sahaja meninggal dunia beberapa jam sebelum dia ditemui orang awam dan kita masih menyiasat punca kejadian," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga turut mendapati kenderaan terbabit menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan palsu milik kenderaan sebenar yang berada di Kelantan. "Punca sebenar kematian atau kesan kecederaan dialami mangsa juga masih belum dapat dikenal pasti dan mayat telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat," katanya. Sementara itu, salah seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Wak Jalil, 50, berkata, dia menyedari kereta itu diparkir dalam kebun sejak tengah malam kelmarin, namun menyangka kenderaan itu milik pekebun di lokasi berkenaan. "Sejak dari malam tadi (kelmarin), saya perasan ada kereta di kebun itu, tetapi tidak berani untuk tinjau lebih dekat sebab keadaan terlalu gelap dan saya fikir kenderaan itu mungkin milik tuan kebun. "Bagaimanapun, pagi ini kawasan kebun mula dipenuhi orang ramai selepas mendapati terdapat mayat berada di dalamnya. "Kenderaan itu mungkin milik penduduk luar kerana saya tidak pernah melihatnya di sekitar kampung ini sebelum ini," katanya. Sinar Harian

Piala Belanda: Ajax atasi Groningen 3-0

Posted: 20 Dec 2012 07:32 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - AJAX menewaskan FC Groningen 3-0 dalam perlawanan Piala Belanda di Stadium Euroborg, awal pagi tadi (waktu Malauysia). 

Dalam perlawanan itu, Ajax membuka tirai jaringan menerusi S D Jong pada minit ke-25. Selepas itu, pasukan pelawat terus meledak gol kedua menerusi C Eriksen pada minit ke-49 sebelum V Fischer menutup tirai perlawanan dengan gol ketiga buat Ajax. 

 Keputusan perlawanan bola sepak Piala Belanda yang berlangsung awal pagi tadi: FC Groningen 0 Ajax Amsterdam 3 Sinar Harian

Maut tersepit di roda traktor

Posted: 20 Dec 2012 07:31 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - HILIR PERAK - Seorang pemilik traktor terkejut apabila mendapati jentera miliknya bergerak tanpa pemandu di tengah sawah bersama seorang remaja lelaki tersepit pada roda besi jentera berkenaan, petang semalam. 

 Mohd Razali Talib berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Kampung Sungai Lampam Utara untuk mengambil petrol traktor tersebut setelah seharian membajak bendang miliknya di Parit 2, Sungai Rambai, di sini. 

 Menurutnya, ketika di rumah, dia diberitahu oleh adiknya, Mohd Faiz Talib, 17, yang mengatakan traktor miliknya hilang. "Saya bergegas balik ke bendang berkenaan sebelum menjumpai jentera tersebut bergerak di tengah sawah tanpa pemandu.

 "Ketika mahu mematikan enjin traktor itu, saya terjumpa seorang remaja lelaki tersepit pada roda besi dalam keadaan berlumuran darah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Mohd Razali berkata, dia yang terkejut dengan kejadian itu segera memeriksa keadaan remaja lelaki yang juga salah seorang rakan adiknya dan mendapati dia sudah meninggal dunia sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut. 

 Sementara itu, bapa mangsa, Najiri Alkias, 48, ketika ditemui di Hospital Teluk Intan berkata, kali terakhir jumpa anaknya, Mohd Hisamudin Najiri, 14, ketika bersarapan bersama pagi semalam, di rumahnya, di Parit 3, Chenderong Balai, dekat sini. 

 Jelasnya, anaknya itu sempat menjamah cempedak goreng dan minum air teh yang dibuat isterinya, Azizah Abu Hasim, 45, sebelum keluar membantu saudara membajak sawah. "Kira-kira jam 2.30 petang tadi (semalam), saya menerima panggilan daripada rakan arwah (Mohd Faiz) mengatakan anak saya ditimpa kemalangan.

 "Saya yang tidak percaya dengan berita itu berulang-kali bertanya kepada Mohd Faiz sebelum menyuruh dia menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya. Najiri berkata, arwah merupakan anak ketiga daripada lima beradik, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Menengah Sultan Abdullah, Chenderong Balai. 

Katanya, arwah juga adalah seorang periang yang menyerikan rumahnya dan mereka sekeluarga redha dengan pemergian Mohd Hisamudin. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Mohd Zaki Harun ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berkenaan. 

 Sinar Harian

Tanda X di belakang mangsa

Posted: 20 Dec 2012 07:29 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - GEORGETOWN - Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan lehernya dikelar dan beberapa bahagian badan ditoreh oleh penjenayah dalam kejadian di sebuah tempat simpanan barangan kuil Hindu, di Lebuh Penang, kelmarin. 

Mangsa, Muthu Palaniappan, 82, seorang kerani yang juga penjaga barang berharga milik sebuah kuil ditemui anaknya yang melawat ayahnya di premis berkenaan. Difahamkan, suspek cuba mengambil beberapa patung yang bersalut emas dan berlian bernilai jutaan ringgit yang disimpan. 

Mulut mangsa juga disumbat dengan kain bagi mengelakkan mangsa menjerit dan membuatkan dia lemas. 

Menurut sumber, suspek juga membuat tanda pangkah di belakang badan mangsa dengan darah. "Hasil siasatan awal, polis percaya ada kemungkinan suspek yang mengenali mangsa dan dia juga mungkin sudah merancang untuk melakukan perkara ini. 

 "Bagaimanapun, siasatan polis akan menjurus kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berhampiran premis berkenaan," katanya. 

 Siasatan awal kejadian dipercayai bermotifkan rompakan, memandangkan premis tersebut menempatkan berhala, serta barangan kemas milik kuil yang bernilai tinggi. 

 Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, kejadian itu disedari anak mangsa, kira-kira jam 5 petang, ketika datang untuk menemui mangsa. 

 "Siasatan awal, polis mendapati suspek dipercayai menggunakan pintu belakang untuk memasuki premis tersebut. "Ini berdasarkan kesan umpil pada dua pintu besi di belakang, sebelum membunuh mangsa dan melarikan barang berharga. 

Polis turut menggunakan anjing pengesan untuk mengesan bukti kes," katanya. Beliau berkata polis masih memburu suspek dan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dirancang dan dilakukan lebih daripada seorang suspek. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

Sinar Harian

Toure raih Pemain Terbaik Afrika

Posted: 20 Dec 2012 07:28 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - PEMAIN tengah Manchester City, Yaya Toure dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2012, berjaya mempertahankan gelaran itu buat kali kedua berturut-turut, semalam. Majlis penyampaian berlangsung di ibu kota Ghana Accra. Toure menewaskan rakan senegara dan juga bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dan pemain tengah Arsenal, Alex Song, yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Toure, yang memenangi anugerah itu tahun lepas, sebahagian daripada pemain pasukan Ivory Coast yang akan menyertai Piala Negara-Negara Afrika. Ia akan berlangsung di Afrika Selatan bulan depan. Song kini bermain untuk Barcelona manakala Drogba mewakili Shanghai Shenhua sejak Mei lepas. Bagaimanapun gelaran terbanyak pemain terbaik Afrika masih lagi dipegang oleh bekas penyerang Barcelona, Samuel Eto'o yang memenanginya sebanyak empat kali. Dalam pada itu, Zambia yang merangkul juara Piala Afrika pula dinobatkan sebagai pasukan terbaik, dan Herve Renard meraih jurulatih terbaik. Berikut senarai pemenang Pemain Terbaik Afrika: 2006 Didier Drogba 2007 Frederic Kanoute 2008 Emmanuel Adebayor 2009 Didier Drogba 2010 Samuel Eto'o 2011 Yaya Toure 2012 Yaya Toure Sinar Harian

Polis tahan 36 individu bergaduh

Posted: 20 Dec 2012 07:25 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Polis Kedah menahan 36 individu dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani. Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani. Beliau berkata, tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi semalam di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan. "Kita tangkap semua terlibat. Daripada tangkapan itu, ada pertuduhan yang akan kita buat tidak lama lagi. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa lakukan provokasi sehingga mencetuskan hura-hara. Polis juga akan pantau tempat terlibat dan pastikan keadaan terkawal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini semalam. Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan. "Pengamal media sosial diingatkan supaya menghentikan penyebaran berita yang tidak benar. Kalau nak beri maklumat, beri maklumat yang tepat supaya masyarakat tahu apa sebenarnya terjadi di Sungai Petani. "Jadi kalau kita keluarkan berita berbentuk sensasi dan provokasi yang tidak betul, ini membuatkan masyarakat baca dan saya bimbang berita ini akan diterima pakai," katanya. Katanya, berita palsu boleh menyebabkan masalah lebih besar lagi apabila masyarakat percaya berita itu. "Tentu ada puak atau kaum tak berpuas hati. Sedangkan berita ini bukan betul, tidak berlaku pun," katanya. Katanya, semua pihak khususnya orang ramai di Sungai Petani diingatkan agar tidak terpengaruh dan mendapatkan berita tepat dari polis. Sinar Harian

Bayi 18 bulan nyaris maut

Posted: 20 Dec 2012 07:24 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - TAMPIN – Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 18 bulan terselamat dari maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka sempat mengelak dari bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 25, Jalan Tampin-Gemas, di sini, petang kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 petang itu, bayi berkenaan, Rayyan Norarwin yang dipangku ibunya, Nor Yasme Yahya, 26, di bahagian tempat duduk hadapan hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata, ketika kejadian, bapa bayi berkenaan, Norarwin Jumian, 34, yang memandu Toyota Vios sempat mengelak dari bertembung dengan pacuan empat roda yang tiba-tiba masuk dari arah bertentangan.

"Akibatnya sebelah kiri kereta berkenaan dan pacuan empat roda jenis Hilux remuk. Tiga beranak berkenaan kemudiannya dikejarkan ke KK Gemencheh dan dirawat sebagai pesakit luar. "Bagaimanapun, penumpang tempat duduk hadapan pacuan empat roda berkenaan, M. Ramesh, 30, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) bagi rawatan lanjut. "Pemandunya, A. Ganess, 31, mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan turut dikejarkan ke HT," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penumpang pacuan empat roda berkenaan yang duduk di bahagian belakang, S. Partheeban, 20, berkata, ketika kejadian dia tertidur dan hanya tersedar sebaik sahaja terdengar bunyi dentuman. 

 "Bila sedar-sedar sahaja saya lihat pak cik saya yang memandu kenderaan dan rakannya di sebelah sudah mengalami kecederaan parah. Malah, orang ramai juga sudah mulai mengerumuni lokasi kemalangan. "Saya tidak tahu apa yang berlaku kerana seingat saya kami dalam perjalanan pulang dari Tampin ke Gemencheh selepas selesai menukar tayar baru pacuan empat roda ini," katanya. Sinar Harian

Kutip sayur dalam tong sampah

Posted: 20 Dec 2012 07:22 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Penjaja warga Myanmar umpama mendapat untung atas angin apabila tidak perlu mengeluarkan modal untuk berniaga selepas mereka bertindak mengutip sayur yang dibuang pemborong untuk dijual. 

Tinjauan Sinar Harian selama dua jam bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi baru-baru ini mendapati sekumpulan warga Myanmar di antara lima hingga enam orang sedang khusyuk mengutip dan memilih sayur yang dibuang pemborong pada tong sampah besar terletak di luar Pasar Borong Kuala Lumpur. 

Tinjauan juga mendapati seorang wanita berulang alik sebanyak tiga hingga empat kali mengangkut beberapa bakul sayur tersebut ke luar kawasan pasar. Sayur-sayur tersebut dipercayai dijual kepada orang awam di luar pasar borong bermula jam 6 petang.

Meskipun masalah tersebut telah banyak kali dibangkitkan namun penyelesaian masih menemui jalan buntu apabila penjaja Myanmar dilihat masih berniaga seperti biasa. Pengunjung pasar, Latifah Ayob, 46, berkata, perkara itu menjadi rutin masyarakat Myanmar yang tinggal di pasar borong untuk menyara kehidupan.

 "Mereka akan memilih sayur dibuang pemborong, kemudian akan dijual kepada orang awam yang rata-ratanya peniaga kedai makanan kerana harganya murah. "Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beberapa kali membuat operasi penjaja namun permasalahan itu berlarutan dan kini dilihat semakin kritikal," katanya. 

Seorang lagi orang awam yang ditemui, Mohd Fauzi Ishak, 32, meminta badan pemantau dilantik menyelesaikan masalah lambakan warga asing. "Warga asing kini mengatasi warga tempatan, penjaja warganegara dikenakan tindakan kompaun tetapi penjaja asing dibiarkan berleluasa sehingga menjadikan pasar borong umpama perkampungan Myanmar.

 "Kita bimbang sekiranya perkara ini berlarutan dan tidak terkawal akan memudaratkan generasi akan datang kerana anggaran jumlahnya yang semakin meningkat dari tahun ke tahun," katanya. Fauzi mengakui bimbang akan keselamatan diri dan sentiasa berhati-hati setiap kali bersama keluarga ke pasar borong untuk membeli barang keperluan niaganya. Dia berharap, permasalahan itu dapat ditangani secara bijak dan dalam masa sama tidak menjejaskan periuk nasi warga tempatan. Sinar Harian

Israel berkeras bina penempatan haram

Posted: 20 Dec 2012 07:20 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkeras mahu menambah bilangan penempatan haram Yahudi walaupun pelan membina 6,000 unit kediaman dalam kawasan Palestin dikritik negara Barat, semalam. Selain tambahan hampir 2,000 unit rumah awal bulan ini, media Israel melaporkan lebih 3,000 unit rumah Yahudi sedang dalam pembinaan di Baitulmaqdis dan Tebing Barat. Menurut kumpulan pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan, wilayah timur Baitulmaqdis jatuh ke tangan rejim Israel dalam peperangan pada 1967. Keputusan membina ribuan penempatan haram itu diumumkan Netanyahu sebaik sahaja Palestin menerima pengiktirafan sebagai sebuah negara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu. Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan ahli Majlis Keselamatannya, turut mengkritik pelan terbaru Israel. Menurut Ki-moon, kerajaan rejim bertindak menambah penempatan haram mereka sekali gus menjadi ancaman kepada pembangunan Palestin. - Reuters Sinar Harian

Dua beradik mengaku salah terbabit rompakan bersenjata

Posted: 20 Dec 2012 07:18 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KUANTAN - Seorang bekas peniaga pasar malam bersama abang tirinya dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata ke atas seorang pekerja kedai perabot di Taman Datuk Rashid, Jalan Pintasan Kuantan, dekat sini, dua tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Norhasri Abdul Wahab, 26, dan abang tirinya, Khaizuan Khairi, 35, dari Kampung Sungai Batu, Panching, dekat sini, kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan tiga sebatan selepas disabitkan bersalah atas satu lagi tuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang peniaga wanita di Balok Perdana pada April 2010. Manakala seorang lagi saudara mereka, Muhammad Norhisham Abdul Wahab, 28, yang kini berada dalam tahanan reman setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan samun melibatkan peniaga perabot itu masih mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya. Hukuman terhadap dua beradik tiri itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Fathiyah Idris, semalam, selepas kedua-dua tertuduh memilih untuk menukar pengakuan kepada bersalah dalam prosiding yang ditetapkan untuk sambung bicara berhubung kes tersebut. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin manakala semua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hisham Abdul Rahim. Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh didakwa bertindak merompak mangsa sebelum merampas wang tunai RM1,000. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang 26 April 2010 itu, mereka turut menggunakan pisau bagi tujuan menakutkan mangsa berusia 70 tahun sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Manakala Muhammad Norhisham dikatakan menunggu dalam kereta jenis Proton Saga di luar kedai. Susulan kejadian, ketiga-tiga tertuduh berjaya ditahan polis kira-kira jam 11.15 pagi 9 November 2011 sebelum dihadapkan ke mahkamah buat pertama kali pada 22 November 2011 mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Bagaimanapun, semasa sebutan pertama, Muhammad Norhasri dan Khaizuan yang berdepan dua tuduhan mengikut seksyen sama dibenarkan diikat jamin RM12,000 setiap seorang manakala Muhammad Norhisham ditawarkan jaminan RM6,000, bagaimanapun semua mereka gagal membayar jumlah jaminan tersebut. Dalam prosiding sama semalam, mahkamah menetapkan 23 Januari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan melibatkan Muhammad Norhisham dalam mahkamah yang sama. Sinar Harian

Heret, ugut pukul ibu

Posted: 20 Dec 2012 07:16 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Seorang anak bukan sahaja tergamak mengheret ibunya dengan kejam, malah dia turut mengugut akan memukul mangsa menggunakan rantai pengunci motosikal apabila permintaannya untuk mendapatkan wang RM150 tidak dilayan. Bagaimanapun, perbuatan tidak berperikemanusiaan Mohd Hanafi Hasim, 30, dari Kampung Kubang Panjang, di sini, menerima balasan apabila dijatuhi hukuman lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Hukuman itu diputuskan apabila dia mengaku bersalah dengan sengaja mengugut dengan niat mendatangkan ketakutan menggunakan rantai pengunci motosikal untuk mencederakan ibunya, Tuan Rahamah Tuan Sulaiman, 57. Mohd Hanafi yang tidak bekerja itu mengaku melakukan perbuatan itu di Kampung Kubang Panjang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 15 Disember lalu. Dengan itu, Mohd Hanafi mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 kanun yang sama. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L. Rathna di hadapan Majistret Noradila Ab Latif, manakala Mohd Hanafi tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, mangsa yang enggan memberikan RM150 seperti diminta menyebabkan Mohd Hanafi naik angin lalu mengheret ibunya keluar dari bilik. Ketika itu, Mohd Hanafi mengambil rantai pengunci motosikal dan mengugut mahu memukul mangsa. Bagaimanapun, semasa kejadian, salah seorang daripada anak mangsa yang kebetulan berada di dalam bilik menghubungi adiknya memintanya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. Susulan laporan diterima, sepasukan anggota Balai Polis Chabang Tiga menahan Mohd Hanafi yang ketika itu berada di depan rumah. Sebelum ini, Mohd Hanafi pernah mengugut ibunya menggunakan parang sekiranya permintaannya untuk mendapatkan wang tidak ditunaikan. Sinar Harian

Ditemui mati depan bilik air

Posted: 20 Dec 2012 07:15 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU - Misteri bau busuk di kawasan perumahan di Taman Uda Murni terjawab, apabila menemui mayat seorang warga emas mati terbaring di depan pintu bilik air rumahnya, petang semalam. Mangsa, Nik Azimah Nik Hussin, 60, dijumpai anak saudaranya, Nik Azli Nik Osman, 44, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Nik Azli berkata, dia ada menghubungi mangsa namun tidak dijawab dan disebabkan rasa risau dengan keadaan ibu saudaranya, dia terus menuju ke kediaman Nik Azimah, bagi meninjau keadaannya yang tinggal berseorang di rumah. "Sesampainya di hadapan rumahnya, saya melihat pintu utama rumah terbabit tertutup dan cuba memberi salam beberapa kali namun tiada jawapan. "Curiga dengan keadaan itu saya tinjau keadaan sekitar dan tercium bau busuk dari dalam rumah terbabit," katanya kepada Sinar Harian. Azli berkata, melihatkan keadaan itu, dia terus menghubungi polis dan pihak terbabit tiba di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang. "Ibu saudara saya itu tinggal berseorangan selepas anak lelakinya berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur. "Dia mempunyai masalah jantung dan pernah di rujuk di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM) Kubang Kerian bagi mendapatkan rawatan berkala," katanya. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk proses bedah siasat. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian. "Mayat mangsa ditemui anak saudaranya dalam keadaan terbaring di hadapan pintu bilik air dengan berpakaian lengkap dan dipercayai mati dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu. "Mengikut siasatan polis, mangsa dipercayai mempunyai masalah jantung dan kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tiada sebarang unsur jenayah," katanya. Sinar Harian

Ditetak ketika tidur

Posted: 20 Dec 2012 07:13 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU - "Saya terkejut melihat anak saya menerpa ke dapur mengerang kesakitan dengan darah mengalir pekat di lantai dapur," kata bapa kepada dua beradik yang ditetak, Jaafar Ibrahim, 60, dalam kejadian di Kampung Jejulok Binjai petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, Azri Jaafar, 35, mengalami kecederaan parah akibat ditetak ketika sedang tidur di dalam bilik di rumahnya, manakala adiknya Anuar Jaafar, 30, dan rakannya Mohamad Jusoh, 43, ditetak di rumah suspek yang merupakan kenalan mangsa dan ketika itu mereka sedang melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah lelaki berkenaan. Menurut Jaafar, dia tidak menyedari kehadiran lelaki itu yang dipercayai menetak anaknya di dalam bilik, kerana kejadian berlaku begitu pantas dan selepas melihat keadaan anaknya yang parah, dia terus meluru keluar dan hanya nampak sebuah kereta Wira Putih memecut laju. "Hanya cucu saya, Alisya Natasha Azlizu, 10, nampak kelibat lelaki terbabit masuk ke dalam rumah melalui tingkap bilik Azri yang terbuka luas dan mengikut katanya, lelaki itu membawa sebilah parang masuk ke dalam bilik Azri. "Keadaan Azri amat mengerikan apabila belakang badannya terdapat kesan tetakan bertalu-talu yang begitu dalam serta kecederaan parah di bahagian pergelangan tangannya," katanya kepada Sinar Harian. Jaafar berkata, melihatkan keadaan anaknya yang tidak dapat menahan kesakitan, dia bersama menantunya bergegas ke hospital dan dalam perjalanan ke hospital, dia menerima panggilan mengatakan seorang lagi anaknya, Anuar serta rakannya yang melakukan kerja-kerja pendawaian bersama rakannya Mohamad juga ditetak lelaki yang sama sebelum menetak Azri yang berada di rumah. "Saya tidak tahu kenapa lelaki itu yang juga penduduk di kawasan kampung ini mengamuk dan menetak kedua-dua beradik itu termasuk rakan anak saya. "Lagipun Azri dan Anuar sebelum ini tidak pernah mempunyai musuh dan menimbulkan kekecohan dengan sesiapa di kampung ini. Apa pun saya serahkan kejadian ini kepada pihak polis untuk mengesan lelaki itu yang kini masih bebas di luar sana," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian. "Buat masa ini kita sudah mengenalpasti suspek yang berusia dalam lingkungan 24 tahun dan gerakan memburu sedang dijalankan bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai melarikan diri bersama isteri dan anak berusia 1 tahun. "Lelaki terbabit juga bekas penagih dan semasa membuat serbuan di rumahnya, di Kampung Jejabi, dia sudah larikan diri," katanya. Sinar Harian

Piala FA: PKNS boleh lakar kejutan

Posted: 20 Dec 2012 07:11 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - JURULATIH PKNS, Abdul Rahman Ibrahim percaya skuad bimbingannya mampu melakar kejutan di pusingan pertama Piala FA 2013 yang akan bermula bulan depan. Menurutnya, meskipun berdepan naib juara Liga Super, Lions XII merupakan satu tugas getir tapi beliau tidak menolak anak buahnya boleh menangani cabaran ini. "Kita tahu Lions XII sebuah pasukan yang kuat dan itu kita harus akui, dan rekod perlawanan sebelum ini juga kurang memihak kepada kami. "Tapi, itu tidak semestinya kami harus cepat mengalah sebelum berjuang dan itu bukan juga halangan untuk kami melakar kejutan. "Jadi, demi memastikan kami meneruskan persaingan dalam saingan Piala FA, saya akan cuba memasang strategi dan memikirkan taktikal yang terbaik bagi menyekat kemaraan Lions XII," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dengan memiliki penjaring terbanyak Liga Perdana, Patrick Ronaldinho Wleh dan beberapa pemain baru akan memberi kelebihan kepada PKNS, Abdul Rahman menyangkal dakwaan tersebut. Sebaliknya beliau tetap merendah diri dan menyifatkan kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri. "Patrick sememangnya berbisa dan saya percaya pemain ini mampu memberikan kelainan dalam persembahan pasukan, tapi itu bukanlah satu kelebihan buat kami. "Lions XII pun mempunyai barisan pemain yang kuat, mereka juga mempunyai peluang untuk menang. "Jadi, tiada istilah kelebihan buat kami. Apa yang penting sekarang, kita harus fokus dan merancang segala taktikal baru," ujar beliau yang turut berharap beraksi di halaman sendiri pada aksi sulung saingan akan memberi tuah kepada PKNS. "Mungkin sedikit kelebihan apabila beraksi di gelanggang sendiri, penonton merupakan pemain ke-12 jadi saya harap pemain melakukan tugas sebagaimana diarahkan," katanya. Sinar Harian

Sekali lagi Utusan disaman, kali ini TG Nik Aziz

Posted: 20 Dec 2012 07:07 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak. 

Perkara ini dimaklumkan beliau dalam sidang media yang diadakan di JKR 10 semalam ekoran laporan oleh Utusan Malaysia. "Ianya satu fitnah untuk memburukkan saya secara peribadi menjelang pilihan raya," kata beliau. 

Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu. 

Isu ini juga dibangkitkan oleh para Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam sehingga mereka dicabar menyebutnya di luar Dewan. "Saya dah kata sebelum ini kalau keluar berita sensasi dalam Utusan jangan percaya, kena selidik dulu sebab sudah banyak Utusan keluar cerita fitnah," katanya. 

Ekoran itu, katanya, beliau telah membuat arahan kepada pegawainya agar membawa kes ini ke mahkamah. "Semoga apa yang berlaku di mahkamah nanti akan perjelaskan cerita yang sebenarnya," kata TG Nik Aziz.  

Tanding pilihan raya 

 Dalam sidang media ini juga, TG Nik Aziz sekali lagi menegaskan beliau akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang ini. TG Nik Aziz yakin dengan pemikiran yang sihat, beliau boleh lagi melawan Umno. "Tanding dalam politik ni tak perlu sangat badan yang sihat tetapi pemikiran yang sihat. Kalau orang ajak bertumbuk, saya tak mampulah," katanya. 

 Harakah Daily

Gaji minima: Taska dan tadika swasta bakal ditutup

Posted: 20 Dec 2012 07:05 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU: Sejumlah 117 buah taska berdaftar dan hampir 200 buah tadika swasta di seluruh negeri Terengganu bakal ditutup jika dasar gaji minima RM900 sebulan untuk pekerjanya dilaksanakan mulai Januari 2013. Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu, Noraini Mustafa berkata, seramai 80 orang pengusaha Taska dan pengusaha Taska negeri Terengganu bersetuju dengan sebulat suara mendesak pengecualian gaji minima. "Pada hari ini, 20 Disember 2012 bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu bersama 80 orang pengusaha Taska dan pengusaha Tadika swasta negeri Terengganu bersetuju dengan sebulat suara meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan permintaan kami. "Semua pengusaha taska dan pengusaha tadika bersetuju untuk mendesak pengecualian gaji minima kepada kakitangan taska dan tadika swasta, kerana jika tidak kami terpaksa menutup taska dan tadika kerana tidak mampu membayar gaji pekerja dengan pendapatan yang kami ada, kerana kami tertakluk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan nisbah kanak-kanak terlalu sedikit," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika membaca resolusi yang dipersetujui bersama pada Majlis Perbincangan Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, dekat sini, 20 Disember lalu. Menurutnya, peraturan tersebut akan dikuatkuasakan pada Januari 2013 kepada semua pekerja sektor swasta termasuk pengusaha taska dan tadika di seluruh negara. Pengusaha Taska Syaz, Hajah Wan Azihah Wan Isa, 47, dari Kuala Terengganu melahirkan rasa kesal, kecewa serta terkilan dengan keputusan kerajaan melaksanakan gaji minima RM900 sebulan. Ini kerana, katanya peraturan baru gaji minima tersebut membebankan ibubapa serta menyulitkan pengurusan pengusaha taska dan tadika swasta di seluruh negara. Menurutnya, jika tidak dikecualikan semua pengusaha taska dan tadika swata di negeri ini akan ditutup operasi pada tahun depan. "Saya usahakan taska ini selama 25 tahun lalu. Saya rasa kesal, kecewa dan terkilan dengan peraturan baru gaji minima RM900 sebulan yang ditetapkan oleh kerajaan. "Sebab majoriti keluarga yang hantar anak di Taska dan Tadika kita ini bukan di kalangan orang kaya. Keluarga yang hantar pula bekerja berpendapatan sederhana. Andainya, kita (pengusaha) naik (harga) yuran. Ramai di kalangan ibubapa pula yang tidak mampu hendak bayar yuran dua kali ganda. "Kita (pengusaha) tidak mampu untuk menaikkan yuran memandangkan satu faktornya, kita terpaksa bersaing dengan Taska Permata yang ditaja oleh kerajaan sendiri," jelasnya kepada Harakah. Beliau yang mempunyai enam buah cawangan melibatkan hampir 1000 orang ibubapa turut membayangkan akan ditutup jika kerajaan tidak bertolak ansur dalam isu gaji minima tersebut. Manakala, rakannya Puan Wan Badariah Wan Abdullah, 50, dari Taska Sri Nurain, Kampung Gong Pauh Kemaman menyifatkan peraturan baru gaji minima tersebut mengganggu periuk nasi pengusaha taska dan tadika swasta di negeri ini. Beliau merayu agar pihak kerajaan melalui kementerian berkenaan mengkaji semula peraturan mengenakan gaji minima serta dikecualikan kepada pengusaha taska. "Saya dari Taska Sri Nurain, Kampung Gong Pauh Kemaman. Berpengalaman hampir 20 tahun buka Taska ini. Masalah ini sangat mengganggu periuk nasi kami (pengusaha). "Kami buat perusahaan ini semata-mata perkhidmatan dan bukan untuk kaut untung sangat. Kami sangat-sangat memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan (kementerian) untuk mempertimbangkan gaji minima ini. Jika boleh dikecualikan terus dari melibatkan pekerja-pekerja di Taska," ujarnya. Beliau mempunyai seramai lima orang pekerja dengan 20 orang kanak-kanak sudah pasti tidak mampu menawarkan gaji minima RM900 sebulan kepada pekerjanya. Sehubungan itu, katanya berlaku pelanggaran syarat serta penyalahgunaan peraturan dasar sebenar penubuhan Taska Permata oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) sendiri. "Taska Permata yang dikendalikan oleh pihak YPK sendiri tidak mengikuti dasar sebenar Taska Permata. Mereka (Permata) sepatutnya, tidak boleh mengambil anak-anak yang ibubapa mereka berpendapatan lebih RM3,000 sebulan dalam syaratnya. "Saya sendiri alami masalah ada di kalangan ibubapa yang berpendapatan lebih RM3,000 dan pernah menghantar anak-anak mereka ke Taska saya, kini mereka hantar di Taska Permata. "Ini suatu bentuk penganiayaan kepada pengusaha-pengusaha taska swasta serta penyalahgunaan dari segi akta pelaksanaan Taska Permata itu sendiri," tegasnya. Wan Badariah berharap agar masalah tersebut dipandang dengan teliti oleh pihak berkenaan supaya penyalahgunaan itu tidak berlaku serta Taska-taska Swasta juga mendapat pembelaannya. Ketika ditanya kenapa baru sekarang perkara tersebut dibangkitkan beliau menjelaskan bahawa, sebelum ini pengusaha taska mendapat maklumat lisan dari sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain agensi berkaitan peraturan itu dikecualikan kepada pengusaha taska. "Sebelum ini, kami dimaklumkan secara lisan dari sumber JKM dan lain-lain yang berkait bahawa pengusaha taska swasta dikecualikan pelaksanaan gaji minima itu. Tapi, kami (pengusaha) tidak diberi surat 'hitam-putih' tentang pengecualian tersebut. "Sekarang baru kami diberitahu tidak ada pengecualian. Saya pernah menghantar email kepada Persatuan Pengasuh Malaysia tetapi tidak ada sebarang maklum balas," jelasnya dengan emosi. Menurutnya, jika semua pengusaha taska dan tadika swasta tutup di seluruh negeri akan menyusahkan ribuan ibubapa yang bekerja. Harakah Daily

Tanah 606 ekar: Nizar tuntut penjelasan Zambry

Posted: 20 Dec 2012 07:02 PM PST

7 Safar 1433H. [MOD] - IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memohon penjelasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung pemberian 606 ekar tanah di Hutan Simpang Belukar Semang, Pengkalan Hulu, Gerik. "Saya hendak tanya kenapa diberikan kepada satu orang, walaupun satu syarikat 202 hektar tapi (ketiga-tiga) syarikat itu beralamat yang sama dan mempunyai satu pengarah yang sama," katanya ketika berbahas dalam persidangan Dun Perak. Adun Pasir Panjang itu mempersoalkan kenapa diberikan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh seorang individu itu. "Inilah syarikat yang bukan Bumiputera tetapi dinyatakan oleh Umno Hidup Melayu, Hidup Melayu. "Mana pergi Melayu hari ini? Ini satu penganiayaan kepada Melayu kerana diberikan kepada syarikat bukan Melayu untuk menguruskan tukul besi ini," tegasnya lagi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu memohon Dr Zambry menjelaskan kenapa tidak diberikan kepada syarikat bumiputera yang majoriti orang Melayu tinggal di situ. Beliau ingin mengetahui apakah keistimewaan individu terbabit sehingga mudah mendapat tanah dalam jumlah yang sangat besar itu. Harakah Daily

Nuffnang