Selasa, 24 Mei 2011

MY VOICE FOR NATION

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


KEMPEN ANTI ZINA KE 3 MALAM HARI KEKASIH SELANGOR

Posted: 24 May 2011 08:57 AM PDT

http://drhalimahali.blogspot.com/2011/05/sharing-with-you.html

sharing with you

Posted: 24 May 2011 07:53 AM PDT

TANAH RUNTUH ANAK YATIM:BERITA yang tak akan masuk TV dan media massa perdana

Posted: 24 May 2011 07:29 AM PDT

Isteri MB dan YB Dr Halimah serta muslimat PAS depan pusat Taqwa
 Ahad
23.5.11
Saya tengah bermesyuarat di Batu Caves, KL apabila mendapat berita tentang kejadian tanah runtuh yang melibat sebuah Pusat Penjagaan anak yatim AT TAQWA di BT 14 HULU LANGAT.Tidak lama selepas saya menerima sms tentang berita itu, saya menerima pesanan ringkas dari jauh iaitu daripada YAB MENTERI BESAR SELANGOR yang berada di USA.Beliau meminta YB Rodziah selaku EXCO KEBAJIKAN dan saya selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR untuk mengerakkan YAYASAN AMAL ke tempat kejadian.
Saya terus meminta YAYASAN AMAL MALAYSIA yang terkenal dengan pengalaman dalam keadaan bencana dan BRIGED AMAL SELANGOR ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kemanusiaan.
  Belum habis mesyuarat saya bergegas pergi ke tempat kejadian.Semakin hampir saya mula perasan bahawa saya juga telah ke tempat berhampiran itu semasa kejadian PUSAT TAHFIZ HAYAATUL ULOOM terbakar hingga mengorban satu nyawa Ramadhan yang lepas..
Saya bertemu dengan YB Rodziah di LEMBAH AZWEN yang menempatkan 20 orang anak yatim yang tidak terlibat dengan kemalangan kerana mereka tidak berada dalam khemah yang ditimpa tanah runtuh.
Rata-rata wajah mereka menggambarkan kepiluan dan trauma.
Saya sempat berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang sama tidak ceria.Tidak kurang ada keluarga yang berdebar berlinang air mata kerana anak mereka belum dijumpai.Entah hidup entah tidak.

YB DR HALIMAH berbincang dengan SUK SELANGOR,YDP MPKJ,PENGARAH JKR SELANGOR
 Kemudian saya terus berjalan kaki daripada LEMBAH AZWEN RESORT hingga ke tempat kejadian.Air hujan menyebabkan tanah kuning yang becak,licin dan berlopak.
Saya bertemu dengan ahli UNIT AMAL dan BRIGED AMAL yang telah bermula daripada awal membantu pasukan penyelamat mencari mangsa.
DYMM SULTAN SELANGOR diberi taklimat

YB Dr Halimah bertanya dengan Ketua pasukan Perubatan HOSPITAL AMPANG
 Saya melihat tempat tanah runtuh di belakang bangunan PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM AT TAQWA.Kelihatan pasukan penyelamat mengorek tanah yang menimbus khemah dengan berhati-hati kerana dikhuatiri terkena mangsa yang akan cedera sekiranya terkena alat penyodok dan cangkul.
Anjing-anjing membantu mengesan mangsa.Ada yang tersepit kaki dan perlu dipotong. Ada tersepit tangan. Mangsa yang ditemui dihantar ke satu lokasi yang berdekatan dengan ambulans.Yang disah meningal diminta waris mengesan.Yang masih hidup dirawat dan dihantar segera ke hospital.
Ramai orang berpusu-pusu ke tempat kejadian walaupun hari hujan dan jalan agak gelap..Saya terlihat di surau pelbagai ukiran ayat al Quran yang menyejukkan mata serta mengingatkan saya kuasa Ilahi.
Pasukan bomba bergegas membawa chain saw.Ada mangsa yang mereka temui dan sukar dikeluarkan....

 Banyak pengajaran bagi semua pihak dalam tragedi ini.Ia mengajar manusia merancang dengan baik.Ia juga mengajar kita supaya meneiliti ciptaan Allah seperti bukit dan gunung dan apakah tujuan ia dijadikan.
   Ia mengingatkan kita supaya peka kepada alam sekitar kerana ia bersangkut paut dengan kesejahteraan hidup kita.
Ia latihan kesabaran.Ia menerangkan hakikat satu kehidupan dan satu kematian.
Kerajaan negeri menyumbang RM1000 kepada mangsa yang selamat dan Lembaga Zakat Selangor memberi sumbangan khas kepada semua dan RM100000 kepada PUSAT PENJAGAAN ANAK YATIM AT TAQWA.
Moga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang telah mencurah khidmat dalam usaha menyelamat dan rakyat yang prihatin







Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Tiga Buah Rumah Terbakar Teruk Di Sungai Ramal Luar !

Posted: 24 May 2011 04:51 PM PDT

Program Pemerkasaan Desa Selangor

Posted: 24 May 2011 02:43 PM PDT

Rasmi Sukan Taski Yayasan Takmir

Posted: 24 May 2011 06:45 AM PDT

Menghargai Jasa Guru

Posted: 24 May 2011 01:21 AM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Istimewa sangatkah Roketkini.com? – oleh Aspan Alias

Posted: 24 May 2011 06:28 AM PDT

~ Oleh Aspan Alias

24 MEI – Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Roketkini yang sedang melangkah setapak lagi dalam usaha membetulkan persepsi yang sebenarnya tentang DAP sebuah parti halal yang dibenarkan menjalankan kegiatan mengikut undang-undang negara kita. Roketkini akan berusaha untuk memberikan gambaran sebenar tentang DAP dan tidak payah mendengar pandangan dari pihak lain.

Sesungguhnya usaha ini sepatutnya telah dilakukan oleh DAP dari awal-awal lagi kerana DAP telah dimomokan oleh pihak yang tertentu sebagai parti yang buruk dan ada pula yang memberikan panggilan sebagai parti chauvinis dan berbagai lagi panggilan yang tidak menyelerakan. DAP, melalui Roketkini akan mampu memberikan segala kesedaran kepada rakyat bagaimana parti ini telah menempuh badai yang begitu hebat dengan jatuh bangunnya dalam perjuangannya.

Mendekati semua rakyat berbilang kaum melalui roketkini akan dapat membantu DAP membersihkan dari persepsi negatif dan buruk sangka orang ramai terhadapnya. Saya sendiri telah meminta DAP memberikan saya naskah perlembagaan parti itu dan saya telah meneliti setiap ayat dan perkataannya. Saya ingin tahu apakah benar DAP ini begitu buruk seperti yang digambarkan oleh seteru-seterunya.

Apakah benar DAP merupakan parti yang hanya boleh disertai oleh kaum Cina semata-mata dan mempunyai niat yang begitu buruk terhadap negara yang mereka sendiri adalah rakyatnya. Saya telah membaca perlembagaan parti itu berulang kali dan akhirnya saya membuat kesimpulan momokan terhadapnya selama ini merupakan momokan politik pihak yang tidak mahu parti ini berkembang.

Membaca dan memahami perjuangan sesebuah parti itu tidak semestinya kita bersama tetapi yang pentingnya pemahaman itu akan memberikan rakyat cara pengadilan terhadap nilai kewujudannya itu diberikan pertimbangan yang baik oleh semua pihak.

(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


PRU 13, Mengapa BN perlu ditendang keluar dari Putrajaya?

Posted: 24 May 2011 05:26 AM PDT


(A fren posted this piece in my gmail. Despite not knowing Damian, a lot of what this young man is saying ( in his list) resonates with many of us. I'm taking liberty to extend it to others. Not that Pakatan is the best choice, as he alludes, but allowing BN to continue governing this country will ruin this nation beyond redemption. That's surely is not an option. So standup and be counted, you from the Gen Y and Gen Z . As Ghandi aptly puts it: "Be the Change You want to see in the World!"- Dr Dzul)

Damian Murphy Denis www.realitybytesdmd.blogspot.com

Reading the latest happenings about our country is a pain for many of us. Seeing the kind of filth BN politicians churning day in and day out makes you think that Malaysia is in a state of anarchy.

Would anyone disagree? Politically, economically and socially our nation is sinking lower and it seems we are reaching the point of no return.

We were considered to be a model country at one time but today we are on the way to become the "Next Sick Man of Asia" or the next Somalia.

Can we re-claim our country from these corrupt and good for nothing BN politicians? I say we have too. And we need too.

And we need to do it this coming GE13. Personally, I have 7 good reasons to kick BN out of Putrajaya come GE13:-

1) When BN is voted out you vote out people like Ibrahim Ali, Dr M, Perkasa and the likes. When you vote these people out you too vote out extremism, racism and bigotry from our nation. This is something we need to do as the current regime under Najib has failed to reprimand these racist politicians. In fact, Najib and his crony has been giving tacit support and approval by giving some of the most ridiculous statements in our nations history. Let us remember that "Perkasa adalah Perkakas UMNO" (Perkasa is UMNO's tool).

2) When you vote BN out you vote against corruption. This is a curse our nation has to endure since money politics has become so entrenched in our system. Every contract and business awarded has to be accompanied by a certain cut or percentage for those who walk in the corridors of power.

Heard of the 10% men and his allegedly Maika shares? Of course, you have the BMF scandal, Perwaja and the latest PKFZ issue which is the hottest topic today but the current BN government seems to be dragging its feet to take those responsible to court. Why??? We can never expect BN to provide us with good governance as this is such an alien word to this bunch of crooks.

3) When you vote BN out you vote against all that stands for freedom and justice. What justice can a man on the street find for himself whenever his NCR land is taken over by BN cronies? What good is freedom if tomorrow he gets up to find his son has been gun down by the police in the wee hours of the morning? We not only need a dedicated and corrupt free cops/courts but also cops/courts who are able to perform their duty without fear or favor!

4) Vote BN out and you vote out an education system that supports mediocrity and second or third best. Look at our education system which is tainted with racism in the form of Biro Tata Negara (BTN) & quota system for university entry etc. If you look at our schools these days we will not fail to see how the standard has dropped from, let's say 15-20 years ago to today.

Our teachers are not equipped to teach English well and this is causing our future graduates to suffer in the employment market. Yet, BN leaders especially the Education Minister has been giving us excuses after excuses till today and the young ones are the most affected. So, why keep these incompetent BN ministers in power? Get rid of them to redeem our education system NOW!

5) When you vote BN out you vote against the likes of Utusan, The Star, TV3 and many other mainstream media which has been controlled, manipulated and shackled by the powers that be. These newspapers especially Utusan has been spewing lies after lies and are still doing so as their political masters are the ones dictating to them what should be the menu of the week.

Responsible journalism is such a foreign word to this big time corporate liars. Their recent report on the Christian state and PM is a case in point! They must be stop at all cost and we are the ones who will do it by bringing down BN in the next GE13.

6) Under BN rule Malaysia is facing a serious brain drain in the last few years. The major factors are the lethargic country's economy, educational opportunities, lack of religious freedom, social inequality and BN's affirmative policy in the form of NEP. These factors has made many young Malaysians fed-up with the current state of affairs and this has brought about the a wave of brain drain which is already affecting our economy today.

The best brains in our country feels they are not being appreciated and welcomed as most of them are not of the Bumiputera group. Between 2008 & 2009 a total of 300,000 Malaysians has emigrated overseas just after the 2008 tsunami election. We need to put a stop to this brain drain and the starting point is to get rid of BN and vote in a government which is more inclusive and fair in its administration.

7) When we vote BN out, we vote for a better livelihood for all. And I mean for all and not just for the selected few cronies or the elites. Since the Asian Financial Crisis and Anwar's sacking in the late 1990?s our ecomony has never really prospered well. The BN government is planning for another round of petrol price hike come this June 2011. And Najib has the gall to say that subsidy has become an opium to the masses. Little did he realise that corruption and money politics in his own party UMNO is the real opium and the root of all evil!

And the list goes on. I'm very sure sure you have your own reason/s not to vote BN this time around. Do add in and see how long the list goes.

I'm convinced that for our country to move forward we need to put BN in its right place which is OUT of Putrajaya. As of now, I can only imagine Pakatan Rakyat as the only viable party to take over this government.

I have made my decision.

How about you?

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Malaysia has dropped six places from 10th in 2010 to 16th in the IMD’s 2011 World Competitive Rankings(en/bm/cn).

Posted: 24 May 2011 12:16 AM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Penang On 24 May 2011.

Despite the Government Transformation Programme (GTP) and Economic Transformation Programme (ETP), Malaysia has dropped six places from 10th in 2010 to 16th in the Institute of Management Development's (IMD) 2011 World Competitive Rankings. This downtrend is in tandem with the findings of the World Economic Forum's (WEF) Global Competitiveness Index for 2010-2011 as well, which saw Malaysia slipping from 24th (down from 21st the year before) to 26th now.

According to the Switzerland-based Institute of Management Development (IMD), Malaysia had performed badly in two out of the four main factors of the survey – government efficiency and business efficiency, falling from 9th and 4th in 2010 to 17th and 14th respectively in 2011. The other two factors are economic performance and infrastructure.

On the other hand WEF pointed out that Malaysia's lack of competitiveness stems from poor institutional capacity, with two of the most telling problems listed as 'irregular payments and bribes' as well as the lack of 'judicial independence'. Clearly WEF is addressing the problem of corruption and cronyism just as the IMD report listed business efficacy and government efficiency hampered lack of open tenders and transparency.

Malaysia is seen to be running a budget deficit that is fast spiralling out of control in proportion to its growth. Household debt to gross domestic product (GDP) is highest in Asia after Japan, from approximately 64% in 2008 to close to 76% or RM581 billion in 2010. In other words, our budget balance and debt control is deemed to be unsustainable in the long run.

Other factors include poor infrastructure, education (low secondary and tertiary enrolment rate) and labour market efficiency. It would be safe to say that we are displaying the classic case of an export-led low wages low productivity economy that is struggling to come to terms with today's realities.

Whilst subsidies cuts may improve competitiveness, DAP questions the rationale, logic and justice of subsidy cuts for small items like sugar and diesel that saves hundreds of millions but not big-ticket items like gas subsidies to independent power producers (IPPs) and the commercial power sector that costs RM 19 billion a year. In other words, if the Prime Minister claims that subsidies are akin to 'opium', then why not first remove the 'Big Opium' in the form of subsidies to independent power producers (IPPs) before removing the 'Small Opium' of subsidies in sugar, diesel and petrol which hurt the masses directly.

The Malaysian economy is in a state of stagnation. Just like other post-manufacturing economies, we are struggling to overcome the effects of inflation due to a very low growth in income levels. The purchasing power of the average Malaysian is weakening by the day, being now only 40% of the average New Yorker.

Kuala Lumpur residents have to work four times more than New Yorkers in order to afford 1kg of rice, while the working time required to purchase 1kg of bread is double what a New Yorker has to put in.


Source: UBS AG / TMI

Unless the BN government address the problems of rampant corruption, rising inflation, stagnant income growth and socio-economic injustice facing Malaysians today, the proposed subsidy cuts in June 2011 will only worsen these problems with subsidy cuts that targets the poor but spares the rich companies.
LIM GUAN ENG

———- BM Translation ————-

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 24 Mei 2011 di Pulau Pinang.

Walaupun mempunyai Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kedudukan daya saing Malaysia di bawah Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam daya saing antarabangsa 2011 telah jatuh enam anak tangga dari tangga ke -10 pada tahun 2010 ke tangga ke- 16 pada tahun 2011. Perkara ini turut disokong dengan pendedahan laporan World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness Index (GCI) untuk tahun 2010- 2011 di mana menunjukkan Malaysia kini jatuh dari tangga 24 (berada di tangga ke 21 untuk tahun sebelumnya) ke tangga 26.

Menurut Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) di Switzerland, Malaysia menunjukkan prestasi yang teruk dalam 2 daripada 4 faktor utama kajian – kecekapan kerajaan dan kecekapan pengurusan, jatuh dari tangga ke 9 dan tangga ke 4 pada tahun 2010 ke tangga 17 dan tangga 14 masing-masing pada tahun 2011. Dua faktor lain adalah prestasi ekonomi dan infrastruktur.

Selain itu, WEF menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kurang daya saing di kalangan kapasiti masyarakat miskin, dengan dua permasalahan utama mengatakan bahawa sistem pembayaran yang tidak teratur dan rasuah serta kurangnya kebebasan dalam sistem penghakiman. Jelas sekali WEF merujuk kepada masalah rasuah dan kroni seperti mana yang dilaporkan oleh IMD bahawa kecekapan pengurusan dan kecekapan kerajaan terjejas kerana kurangnya sistem tender terbuka dan ketelusan.

Malaysia dilihat mempunyai perbelanjaan defisit di luar kawalan yang cepat dan tidak berkadar terus dengan pertumbuhan. Hutang isi rumah terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia selepas Jepun- daripada 64 peratus pada tahun 2009 kepada hampir 76 peratus atau RM581 bilion pada tahun 2010. Dalam erti kata lain, anggaran perbelanjaan dan kawalan hutang dianggap tidak berterusan untuk jangka masa panjang.

Faktor lain termasuklah infrastruktur yang lemah, pendidikan ( rendah dan kemasukan ke peringkat menengah ) dan kurangnya kecekapan dalam pasaran tenaga kerja. Ia boleh diungkap bahawa kita berdepan dengan kes yang klasik- ekonomi rendah, produktivi rendah di mana kita berjuang untuk menghadapi realiti hidup ketika ini,

Berhubung dengan pemotongan subsidi dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, DAP mempersoalkan tentang rasional, logik dan keadilan daripada pemotongan subsidi untuk barangan kecil seperti gula dan diesel yang boleh menjimatkan beratus- ratus juta tetapi bukan barangan besar seperti pemberian subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan sektor kuasa komersial yang menelan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun. Dalam erti kata lain, sekiranya Perdana Menteri mengatakan bahawa subsidi adalah seperti 'candu', jadi kenapa tidak menghapuskan 'candu besar' iaitu pemberian subsidi kepada IPP sebelum menghapuskan 'candu kecil' melibatkan subsidi gula, petrol dan diesel yang nyata telah membebankan masyarakat umum secara langsung.

Ekonomi Malaysia berada dalam stagna (tidak baik). Sama seperti ekonomi sektor pasca pembuatan, kita berusaha keras untuk mengatasi kesan inflasi akibat pertumbuhan yang sangat rendah dari segi pendapatan. Keupayaan membeli rakyat Malaysia semakin lemah dari hari ke hari, di mana sekarang hanya 40 peratus dari keseluruhan penduduk New York.

Warga Kuala Lumpur harus bekerja empat kali melebihi warga New York untuk mampu membeli 1kilogram beras, dan masa bekerja yang diperlukan untuk membeli 1kilogram roti adalah dua kali ganda daripada apa yang warga New York perlu lakukan.


Sumber: UBS AG / TMI

Melainkan jika Kerajaan BN mengatasi masalah rasuah yang bermaharajalela, peningkatan inflasi, memperbaiki pertumbuhan pendapatan dan ketidakadilan sosio-ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini, pemotongan subsidi yang dicadangkan pada Jun 2011 hanya akan memburukkan lagi masalah di mana pemotongan subsidi ini akan menjadikan golongan miskin sebagai sasaran tetapi menyelamatkan syarikat- syarikat kaya.

———– Chinese Translation —————-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2011年5月24日在槟城发表声明:

尽管我国推出政府转型计划(GTP)及经济转型计划(ETP),马来西亚还是在洛桑国际管理发展学院(IMD)世界竞争排名中,从2010年第10名,滑落到2011年第16名。这项退步的成绩与世界经济论坛(WEF)2010-2011全球竞争力指数的结果一致,有关指数指我国竞争力不断下滑,从之前21名、滑跌到24名、现居26名。

瑞典洛桑国际管理发展学院指出,在四大调查要素中,我国其中两项要素表现逊色:政府效率和商业效率,分别从2010年排名第9、第4,滑落到2011年排名第17、第14。另外两个要素是经济表现和基础建设。

另一方面,世界经济论坛指出马来西亚缺乏竞争力,源自表现不佳的机构能力,最常发生的问题就是"不寻常的支出和贿赂"以及"司法不独立"。很明显地,世界经济论坛点出的问题就是贪污与朋党,正如洛桑国际管理学院所指出,政府效率和商业效率因没有公开招标及透明制度而被拖累。

马来西亚看来一直处于财政赤字,与它的成长相比形成失控的局面。我国的家庭债务占国内生产总值的比率,在亚洲仅次于日本,从2008年64%,增加到2010年76%或5亿8100万令吉。换句话说,我们的预算平衡与债务控制长远来说是不可持续的。

其它要素包括基础建设不佳、教育程度(中学低年级和高等教育入学率)以及劳工市场效率。可以说,我们的市场正是典型的出口导向低工资、低生产率经济,才会出现今天这种窘境。

虽然削减津贴可能可以提升竞争力,行动党却要质问:为什么政府不从那些大笔津贴着手,比如每年给予独立发电厂及商用发电领域的190亿令吉津贴,反而削减像白糖、柴油这种只能省下区区几亿令吉津贴,这算合理、符合逻辑和公正吗?换句话说,如果首相将津贴比喻为"鸦片",那么,在取消老百姓的白糖、柴油、汽油津贴之前,为何不首先撤除像独立发电厂津贴的"大鸦片"?

马来西亚的经济正停滞不前。与其它后制造业经济体一样,我们正在挣扎克服通货膨胀的影响,因为我们的薪水起幅很小。国人的购买能力越来越差,只是纽约人的40%。

吉隆坡的居民必须比纽约人多付出四倍的努力,来换取1公斤白米;在工作时间 方面,也要比纽约人多劳动双倍的时间,才能买到1公斤的面包。


资料来源: UBS AG / TMI

除非国阵政府正视国人面对的贪污、通货膨胀、薪金没有调升、社会经济不公义问题,否则,2011年6月起削减津贴的做法只会让上述问题恶化,最后苦的是贫穷老百姓、乐的是富有的公司企业。

林冠英

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


TUAN IBRAHIM BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN

Posted: 24 May 2011 04:34 AM PDT


Perebutan bagi jawatan timbalan presiden PAS semakin panas apabila Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.

Setakat ini, bekas naib presiden Mohamad Sabu mengumumkan bertanding jawatan tersebut manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa akan mempertahan jawatannya dalam muktamar parti awal bulan depan.

Dalam satu kenyataan, Tuan Ibrahim berkata, beliau telah dicalonkan
untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan naib presiden, dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Katanya, beliau sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasratnya yang lebih berminat mempertahankan jawatan naib presiden sekiranya menerima pencalonan mencukupi.

"Namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang diterimanya bagi jawatan timbalan presiden.

Namun, katanya, ianya suatu jumlah yang "memerlukan saya memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan."

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja," tambahnya.

"Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama saya menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan," tambahnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan beliau.

"Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

"Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam," tegas Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan Tuan Ibrahim memperolehi 39 pencalonan di belakang Mohamad Sabu (47) dan Nasharudddin (43).

Juga difahamkan kira-kira 15 kawasan lagi yang berhasrat untuk mencalonkan Tuan Ibrahim bagi jawatan timbalan tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab teknikal berkaitan dengan tarikh tutup.

Sekiranya, mereka sempat membuat pencalonan, maka Tuan Ibrahim akan memperolehi pencalonan tertinggi untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Besok merupakan tarikh tutup penerimaan pencalonan bagi calon-calon yang layak bertanding jawatan utama parti itu bulan depan.(malaysiakini)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 24 May 2011 12:14 AM PDT

MadelChing

Terima kasih atas aduan dan maklumat Sdri.

Merujuk kepada aduan Sdri, dari maklum balas yang kami terima dari pihak DBKL melalui Jabatan Kerja Awam telah bersetuju untuk mengkaji semula supaya diadakan hentian bas sebagaimana yang diminta iaitu di hadapan kedai perabot di Jalan Genting Kelang.

Sebagai langkah awal pihak Jabatan kerja Awam akan meminta Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL supaya mendirikan papantanda isyarat hentian bas bagi memberi pertunjuk kepada pemandu bas berhenti di lokasi tersebut untuk mengambil penumpang.

Pihak kami juga telah menulis surat kepada pihak DBKL supaya hentian bas tersebut dapat diadakan semula demi kemudahan kepada penduduk-penduduk sekitar untuk mendapatkan perkhidmatan awam.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut Sdri boleh lah menghubungi saya di no 012 2186929 atau 03 41433322.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Program Pendidikan Imam Muda 2011 Terengganu

Posted: 23 May 2011 04:42 PM PDT





Pada19 hingga 21 Mei yang lalu Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu dan Yayasan Taqwa telah menganjurkan Program Pendidikan Imam Muda 2011 Terengganu di UMT. Peserta program ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah harian biasa, sekolah menengah agama, IMTIAZ, Institut Al-Quran Terengganu, IPGM, UniSZA, UMT dan NGO/Pemuda UMNO.

Program ini merupakan program yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai golongan pelajar dan belia yang boleh dilatih menjadi imam dan pemimpin masyarakat yang serba boleh, berilmu, berketerampilan, berkemahiran dan berkebolehan hingga mampu menjadi model kepada generasi belian lain.

Tahniah diucapkan kepada saudara Mohd Sabir bin Mohd Sabri yang dinobatkan sebagai Imam Muda terbaik keseluruhan sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung di UMT.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Andai Sultan Melaka memerintah

Posted: 23 May 2011 08:36 PM PDT

(diterbit di Sinar Harian, 24 Mei 2011)

Menyingkap kembali sejarah saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat dibawah pemerintahan seorang raja yang mulia lagi beriman dan budiman?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM1 bilion? Apa pula dengan ketirisan ekonomi berjumlah RM28 bilion setahun berterusan sehingga hanya kelompok elit yang bertambah kaya manakala rakyat jelata terus melata berkais pagi makan pagi?

Kalau Sultan Melaka memerintah, mungkinkah laksamana angkatan laut akan membeli kelengkapan perang, termasuk kapal yang mampu timbul atau yang sengaja tenggelam dengan harga berpatutan tanpa komisen beratus juta ringgit kepada seorang baginda yang hanya pada nama dan bukan pada takhta? Bagaimana pula dengan perbelanjaan lain negara, adakah ia secara berhemah dan bijaksana atau boros membazir tanpa penghujung? Adakah jalan keretapi akan dibina dengan harga berlipat ganda dari biasa ibarat landasan bersalut emas?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah hulubalang dan pahlawan penjaga keamanan akan mempertahankan rakyat atau menangkap lalu dikurung dan dipukul rakyat jelata tanpa sebab dan bicara kerana memelihara kepentingan puak tertentu. Janganlah penjaga aman cepat menahan reman rakyat yang mungkin di'Kugankan' atau di'Aminulrasyidkan' atau di'Beng Hockan' atau di'Sarbanikan' tanpa saksi, warna kulit, umur dan hayat. Adakah begitu murah dijual janji ikrar sumpah pahlawan untuk beberapa keping emas atau kepingan timah tanda gelaran disemat di dada baju?

Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah rakyat dibiarkan menanggung beban hidup melampau tanpa subsidi hasil khazanah negara yang sememangnya mencukupi jika tidak diboroskan atau dikalihkan untuk projek-projek mewah maha membazir? Harga barang naik termasuk gula melaka tetapi subsidi korporat besar dikurangkan dengan begitu perlahan sehinggakan sang siput dinobatkan juara pertandingan lari merentas desa?

Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah tanah jajahan Pulau Batu Putih, Blok L dan M atau sumber air mentah diserahkan tanpa sebarang suara pahlawan berteriak marah atau keris keramat dihunus berani melainkan di perhimpunan agung para lanun buat tontonan dicermin sendiri?

Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah tata susila bangsa dan agama yang mencerminkan nilai-nilai murni sejagat menjadi pencorak budaya dan amalan rakyat?

Adakah baginda sanggup melihat martabat qazaf direndahkan dengan hanya lafaz sumpah buat selindung fitnah mengorbankan syariah akibat kerenah tiga sekawan yang buta hukum tetapi celik konspirasi berbayar demi mengaut untung sementara duniawai tetapi mengecap kerugian kekal ukhrawi?

Adakah baginda akan berjuang memperkasakan perlembagaan mensejahterakan rakyat atau berdiam saja apabila lanun politik memperkosakan janji kemerdekaan hak rakyat? Di manakah Sultan Melaka atau pemerintah Melayu yang akan membela rakyat secara jujur?

Itulah dia seribu kemungkinan perjalanan sejarah yang menjadi tanda tanya kerana tidak lama lagi kita rakyat semua dapat membuat pilihan menentukan masa depan negara dan mencorak sejarah kita sendiri yang lebih baik, lebih makmur dan lebih saksama di peti undi, itupun kalau tidak dirompak lanun politik.

Marilah kita belajar dari sejarah untuk mencipta sejarah lebih gemilang kerana sudah tiba masanya kita laksanakan reformasi politik secara berkesan dan menyeluruh.

Kenyataan Media – Loji Rawatan Kumbahan Lembah Pantai

Posted: 23 May 2011 08:28 PM PDT

LOJI RAWATAN KUMBAHAN PANTAI 2: PANTAI 2 SEWAGE TREATMENT PLANT: TRANSPARENCY AT STAKE

Saya mewakili penduduk Lembah Pantai dan Kuala Lumpur secara umumnya, mengalu-alukan usaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 bagi mengurangkan bau dan bahaya loji tersebut kepada orang ramai.

Saya difahamkan Kementerian di peringkat akhir penganugerahan kerja-kerja penaiktarafan tersebut kepada kontraktor. Saya mengalu-alukan usaha mengubah loji rawatan kumbahan berdasarkan teknologi kolam terbuka kepada loji berjentera sesuai dengan pawai keselamatan terkini. Pun begitu saya juga menyeru agar wang rakyat yang besar yang dibelanjakan untuk projek ini diuruskan dengan telus.

Penaiktarafan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 tidak terkecuali. Sebelum ini anggaran bebas meletakkan kerja-kerja penaiktarafan pada harga kira-kira RM500 juta.

Justeru, saya teramatlah prihatin memandangkan dalam pengetahuan saya, tiada usaha tender terbuka dibuat bagi kerja penaiktarafan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2. Jika Kementerian sudahpun berada di peringkat akhir menganugerahkan kerja-kerja tersebut, ini bermakna projek tersebut dibuat secara rundingan terus dengan kontraktor. Apa yang membimbangkan saya ialah projek tersebut akan dianugerahkan pada nilai kontrak RM1 bilion, iaitu 100 peratus lebih mahal daripada anggaran pasaran.

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan kepada rakyat bahawa amalan rundingan terus akan ditamatkan. Maklumat ini membuktikan program-program transformasi yang dijaja oleh Barisan Nasional tidak mempunyai sebarang makna. Apabila kita mengambilkira jumlah hutang kerajaan yang akan diwarisi oleh generasi mud anegara kita, dakwaan peningkatan kos 100 peratus ini teramatlah mendukacitakan.

Dengan ini saya menyeru Menteri yang bertanggungjawab untuk menjelaskan sama ada usaha tender telah pun dibuat untuk mendapat harga terbaik untuk projek ini. Saya juga berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai projek ini untuk tampil ke hadapan dan memberikan lebih maklumat agar kita dapat menghentikan sebarang penyalahgunaan wang rakyat.

Saya akan memantau secara dekat pelaksanaan projek ini untuk memastikan rakyat di Lembah Pantai dan Malaysia amnya mendapat nilai terbaik untuk wang mereka.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
24 MEI 2011

Nuffnang