:: cina islam | 2011 :: |
- Dr Hatta, Nik Amar tanding naib presiden ?
- Kenyataan Media Dato' Husam Musa
- Semak arah kiblat , Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011
- Adun Limbongan dijangka keluar hospital Khamis ini
- Husam tanding Naib Presiden PAS, Mazlan cuma tanding AJK
- Pencalonan jawatan naib ketua dewan pemuda pas pusat
- Pemimpin Umno hanya berpandu ‘kitab’ Utusan
- Bulgaria : hormati hak beragama,kikis sifat perkauman
- 40 Peratus Rakyat Terkesan Jika RON95 Naik 20 Sen
- Pas Perak ucap takziah kepada mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim At-Taqwa
- Larangan berkhawat untuk elak zina
- Anwar kembali ke tirai besi?
- Gambar Anak-Anak Yatim Ketika Latihan Nasyid, Beberapa Minit Sebelum Kejadian tanah runtuh
- Kenapa kos loji kumbahan meningkat RM500 juta?
- Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini
- 100 bekas ahli Umno sertai PAS, cawangan Umno bakal berkubur
- Nizar tetap disokong sebagai MB, jika Pakatan Rakyat tawan Perak
- DAP lancarkan portal berita Melayu Roketkini
- Chelsea pecat Ancelotti
- BN usaha bagi IC segera pada warga asing
- Angkasawan ISS selamat mendarat di Kazakhstan
- Kenderaan Rasmi Presiden Obama tersangkut di Dublin (Video)
- Budak lemas dalam kereta bapa
- Letusan gunung berapi di Iceland ancam Eropah
- Jumlah kematian akibat puting beliung di AS meningkat
Dr Hatta, Nik Amar tanding naib presiden ? Posted: 24 May 2011 05:36 AM PDT 22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Harakahdaily/- KUALA LUMPUR, 24 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli dijangka akan menyertai saingan naib presiden. "Sedia untuk bertanding naib presiden," tulis Nik Amar kepada Harakahdaily jam 7.15 malam ini. Seorang lagi calon, Datuk Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah masih belum diketahui sikapnya. Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, Azizan akan membuat keputusan esok samada bertanding atau tidak. Dr Hatta, anggota Parlimen Kuala Krai, dikenali sebagai aktivis parti yang sangat lasak di samping mempunyai latar belakang akademik yang baik iaitu memiliki master dalam kesihatan awam dan menjadi pensyarah perubatan di Univerditi Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum aktif dalam PAS sepenuhnya. Nik Amar, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pernah menyertai pertandingan naib presiden sessi lepas tetapi tewas. Tengahari tadi, Datuk Husam Musa mengesahkan penyertaannya untuk jawatan naib presiden manakala pagi tadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan penyertaannya untuk jawatan timbalan presiden.Muktamar PAS kali ini akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini. Pemilihan akan berlangsung di hari kedua muktamar iaitu Sabtu 4 Jun. Muktamar PAS akan dirasmikan pada hari Jumaat jam 9 pagi dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding. Pada 1 Jun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Dewan MBSA Shah Alam. Muktamar penuh ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun. Pemuda di MBSA, Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam dan Ulama di Dewan KUIZM. |
Kenyataan Media Dato' Husam Musa Posted: 24 May 2011 05:09 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA DATO' HUSAM MUSA Bismillahirrahmannirrahim Pada mulanya saya hanya bercadang untuk bertanding Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat sahaja. Sebabnya, supaya saf Naib-Naib Presiden yang ada tidak diganggu di atas prestasi dan hala tuju yang memuaskan yang tunjukkan oleh mereka. Namun dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap muktahirnya menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi, maka saya terpaksa menimbang semula pendirian saya. Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutama di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti. Hal ini bertepatan dengan kedudukan Kelantan, sebagai tapak utama PAS pada waktu ini, tetapi juga untuk PAS keseluruhannya. Saya percaya polisi PAS untuk menjalinkan gabungan kepimpinan ulama dan profesional melalui konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional, yang telah terjalin selama ini, perlu terus diperkukuhkan. Dalam hal ini, kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, diharap dapat diperkukuhkan dengan gabungan tersebut. Oleh itu di atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri, dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan saf kepimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke-57 ini. Kepada Allah saya bertawakal dan saya berharap bimbingan saf kepimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah amat berat. HUSAM MUSA Chengdu, China 20 Jamadil Akhir 1432 bersamaan 24 Mei 2011 |
Semak arah kiblat , Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011 Posted: 24 May 2011 02:53 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka'bah. Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata'ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka'bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A'zam (Istiwa Utama). Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH 'Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH… — Bilakah Istiwa A'zam berlaku?Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
Sebelum
Ketika peristiwa ini berlaku:
Selepas.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH… Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas WAllahu Ta'ala A'lam. |
Adun Limbongan dijangka keluar hospital Khamis ini Posted: 24 May 2011 02:41 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Harakahdaily melaporkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menziarahi Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat di Hospital Raja Perempuan Zainab II yang sehingga hari ini masih dirawat sejak dimasukkan pada 19 Mei lalu akibat pendarahan usus. Ini adalah kali yang kedua Tuan Guru menziarahi Zainuddin dalam tempoh beliau mendapat rawatan di situ, lapor portal MTD Limbongan. Zainuddin yang telah dipindahkan dari Wad CCU ke Wad 10 dua hari lepas kini sedang menjalani rawatan susulan bagi memastikan tahap kesihatan betul-betul pulih sebelum kembali bertugas. Menurut kata Dr Nur Atiqah, pegawai perubatan yang merawat beliau, Zainuddin dijangkakan dapat pulang ke rumah pada Khamis ini. Dalam pada itu, Tuan Guru Menteri Besar berpesan seluruh warga khasnya di Limbongan agar tidak perlu risau lagi tentang ketiadaan Adun buat sementara waktu dan berharap rakyat sekalian akan terus berdoa memohon kepada Allah SWT agar Zainuddin akan kembali bertugas seperti biasa. Zainuddin ketika ditanya, menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan agama yang syumul dan insya Allah akan kembali bertugas untuk terus memikul amanah rakyat seawal yang boleh. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin dengan masalah kesihatan yang dialaminya dan tidak lupa juga kepada semua yang datang menziarahinya di situ. |
Husam tanding Naib Presiden PAS, Mazlan cuma tanding AJK Posted: 24 May 2011 02:21 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Husam Musa mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan kali ini. "Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden. "Kepada Allah saya bertawakkal dan bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan pada mulanya hanya bercadang untuk bertanding untuk AJK Pusat sahaja. Namun, katanya dengan perkembangan terbaru di mana Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap mutakhirnya menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan-kawasan, terutama atas pandangan perlunya satu wakil Kelantan di peringkat yang lebih tinggi di dalam parti. Mazlan Aliman yang menerima pencalonan bagi dua jawatan iaitu naib presiden dan ahli jawatankuasa hari ini mengesahkan hanya menerima satu daripadanya. Dalam perkembangan yang berkaitan Mazlan Aliman mengesahkan menerima untuk bertanding jawatankuasa PAS Pusat, iaitu jawatan yang sedang disandangnya. Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Lajnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya. "Setelah menimbang beberapa perkara, saya hanya bersedia untuk bertanding bagi jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat sahaja dan menolak untuk jawatan naib presiden. "Saya takut hilang fokus terhadap lajnah tanah yang saya pegang sekarang," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini. |
Pencalonan jawatan naib ketua dewan pemuda pas pusat Posted: 24 May 2011 02:00 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat bagi Muktamar Tahunan kali ke – 52 Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1 – 2 Jun ini di Shah Alam nanti. Saya amat yakin pencalonan yang telah saya terima adalah satu tugas berat dalam konteks Negara bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Malah tugas penting ini juga bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Sudah tentu saya yang berasal daripada Negeri Perak juga mempunyai tugas amat berat untuk mengembalikan Kerajaan Negeri Perak kepada PR setelah dirampas oleh Barisan Nasional (BN) dengan cara yang kotor dan jijik sekali. Bahkan tugas yang kini saya pikul memperkenalkan Parti PAS dalam konteks Pemuda kepada dunia terutamanya melalui Lajnah Antarabangsa. Saya yakin mood rakyat kini untuk bersedia menghadapi PRU 13 dan saya yakin penumpuan PR juga kearah yang sama. Saya dengan rendah diri dan menghormati pencalonan-pencalonan yang telah diberikan kepada saya pada kali ini. Dan saya yakin di atas beberapa faktor pemberian pencalonan tersebut kepada saya. Bagi saya yang keduanya, tugas berat ini tidak mampu saya pikul dan bagi mencapai matlamat jika tidak mendapat sokongan semua pihak. Apapun amanah yang akan diterima nanti sudah pasti diinginkan pencapaian Pemuda PAS di atas pentas yang tertinggi hendaknya. Perkara inilah yang memerlukan sokongan semua pihak bagi sama-sama untuk kita capai bersama. Setelah mendapat pentunjuk dan nasihat daripada sahabat-sahabat, saya dengan rasa rendah diri akan menerima pencalonan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat pada kali ini. Saya berharap dapat memberikan sumbangan dan buah fikiran bagi memantapkan lagi Dewan Pemuda PAS Pusat dan seterusnya menjana laluan dan alternatif kepada anak muda Malaysia dalam menyumbang kepada pembangunan fizikal dan spiritual Negara. Juga hasrat untuk memanfaatkan kreativiti anak muda dewasa ini untuk pengisian semasa dan mendatang serta membantu Pemuda PAS menjadikan Dewan Pemuda PAS sebagai 'shuttle' Anak Muda Malaysia. DR RAJA AHMAD AL-HISS |
Pemimpin Umno hanya berpandu ‘kitab’ Utusan Posted: 24 May 2011 01:45 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 24 Mei: Kitab rujukan bagi peimpin Umno ialah Utusan Malaysia apabila mempercayai bulat-bulat laporan berasas persepsi buruk akhbar terbabit mengenai Perhimpunan 10,000 anak muda di Padang Perdana Jumaat lalu. Akhbar itu mengenakan tajuk 'PAS peralatkan pelajar agama' dan keesokan harinya diulas pemimpin Umno dengan paparan tajuk 'Nik Aziz bertopeng imej warak' dan 'PAS Kelantan terdesak eksploitasi pelajar agama'. Wartawan akhbar terbabit sebenarnya gagal membezakan di antara pelajar dan pemuda PAS yang sendat memenuhi padang di mana ramai yang berjubah serta memakai t-shirt berwarna hijau. Sedangkan jumlah pelajar sekolah agama yang hadir hanya sekitar 2,000 orang. Jumlah keseluruhan kehadiran kira-kira 15,000 orang. Hanya berpandu laporan akhbar Umno yang melapor secara tempang, tiba-tiba Pemuda Umno Kelantan dan beberapa pihak yang berselindung di sebalik nama NGO melantah. Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) berkata, dakwaan Utusan Malaysia dan pemimpin Umno kononnya PAS memperalatkan pelajar tidak berasas. "Pelajar sekolah termasuk dari pusat pengajian tahfiz yang dijemput hanya sekitar 2,000 orang dan selebihnya kira-kira 13,000 lagi pemuda PAS yang datang dari seluruh Kelantan. "Pelajar terbabit dijemput khas kerajaan negeri untuk menyertai acara khatam al Quran dan bermunajat bersama pemuda-pemuda PAS. "Mengapa Umno cemburu sangat. Ini tidak lain lagi kerana perhimpunan tersebut jauh mengatasi kehadiran pada gelombang biru dilancarkan Umno Kelantan sejak tahun lepas," katanya di sini. Pelajar dijemput khas kerajaan negeri bagi mengikuti program khatam al Quran dan munajat yang bermula selepas Maghrib sehingga Isya. Sebaliknya akhbar Umno terbabit pada laporannya Ahad lepas mendakwa PAS memperalatkan pelajar sekolah agama apabila rata-rata mereka yang hadir berjubah. Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, tidak timbul pelajar sekolah diperalatkan kerana mereka datang untuk mengkhatamkan al-Quran. Menurutnya program khatam dan munajat berakhir dengan solat Isyak dan ada sebahagian pelajar pulang selepas itu. "Program ceramah umum yang berlangsung selepas solat Isyak tidak ada lagi kaitan dengan Munajat Anak Muda," ujarnya. Kata beliau Pemuda Umno Kelantan melatah kerana mahu menutup kelemahan mereka yang gagal menarik ramai demostrator hadir di hadapan Kota Darulnaim 16 Mei lalu. (ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran terdekat). Harakahdaily/- Oleh : M Faqih |
Bulgaria : hormati hak beragama,kikis sifat perkauman Posted: 24 May 2011 01:30 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat (LA DPPP) menyelar tindakan tidak bertamadun ahli-ahli fanatic Parti Nasionalis Attack Bulgaria dibawah pimpinan Volen Siderov yang mengganggu jemaah Islam yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Banya Bashi di Bandar Sofia, Bulgaria kelmarin. Tindakan yang tidak bertamadun ini tidak sepatutnya berlaku di Negara Eropah yang terkenal dengan sikap terbuka dan berpegang kepada prinsip hak asasi kemanusiaan. LA DPPP khuatir, sekiranya pihak pemerintah Bulgaria tidak bertegas terhadap parti-parti di Bulgaria agar tidak menjadikan hak beragama dan kebebasan mempraktikkan kebebasan bersuara, suasana tidak harmoni pasti timbul dikalangan rakyat pelbagai agama disana. LA DPPP juga berharap, pihak polis Bulgaria dapat memastikan anasir-anasir perkauman yang ditiupkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya dikalangan umat Islam ditangkis dengan kadar segera. Adalah satu pernyataan yang sangat dangkal oleh Parti Nasionalis Attack yang menggunakan sentimen perkauman dalam usaha mendapat sokongan rakyat Bulgaria . Suasana pertama ahli Parti Nasionalis Attack yang membaling telur kearah jemaah yang mendirikan solat jumat adalah satu tindakan yang sangat dikesali. LA DPPP berharap, Perdana Menteri Bulgaria akan segera menyelesaikan konflik yang dicetuskan oleh Parti Nasionalis Attack sebelum ianya merebak ke Bandar-bandar utama yang lain. RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB |
40 Peratus Rakyat Terkesan Jika RON95 Naik 20 Sen Posted: 24 May 2011 01:20 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 24 MEI : Kerajaan Pemerintah kini giat mencanang betapa kabinet hari ini terpaksa menanggung beban yang sangat tinggi akibat memberi subsidi kepada rakyat. Akan tetapi, dalam masa yang sama, kerajaan pemerintah enggan menerima pelbagai cadangan yang dikemukakan pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat menjamin kebajikan rakyat marhaen. Malah analisis demi analisis dibuat yang hanya menampakkan seolah- olah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak ini akan 'nazak' jika terus memberikan subsdidi kepada rakyat. Hari ini, firma penyelidikan pelaburan, AmResearch pula meramalkan harga RON 95 akan naik 20 sen bulan hadapan menjadikan harga bahan bakar itu mencecah RM2.10 seliter. Analisis itu turut menyebut kenaikan itu perlu berikutan harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu. Analisis itu disambut dingin Ahli Parlimen Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin. Beliau menyifatkan kenaikkan itu, walaupun 20 sen, akan memberi impak yang besar kepada golongan yang mempunyai pendapatan bulanan RM2000 kebawah. "Kita tahu bahawa Malaysia sekarang, rakyat yang teramai tu mempunyai pendapatan yang rendah, lebih kurang 40% rakyat Malaysia berpendapatan kurang daripada RM 2000, maka pemotongan subsidi sekarang betul-betul menyusahkan rakyat," katanya. Tze Tzin menyertai pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, mengutuk tindakan 'liat' kerajaan memotong subsidi berjumlah RM19 bilion kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) tetapi rakus mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat terbanyak. "Saya rasa ini adalah masalah UMNO-BN, di mana mereka sekarang kurangkan subsidi kepada rakyat tetapi kekalkan subsidi kepada kroni-kroni mereka," katanya. Baru- baru ini, Najib Razak dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu menyatakan subsidi ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet. Kenyataan itu dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpim Pakatan Rakyat yang lain, sebagai tidak bertanggungjawab. "Jadi ini adalah polisi UMNO-BN langsung tidak menjaga kepentingan rakyat, 1Malaysia apa? siapa didahulukan? sebenarnya 1Malaysia, kroni-kroni didahulukan dan rakyat menjadi mangsa," katanya. Hari ini AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 yang mengalami empat kali kenaikan tahun ini dijual RM2.90 seliter sekarang. Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan. Tv Selangor/- |
Pas Perak ucap takziah kepada mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim At-Taqwa Posted: 24 May 2011 01:00 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, turut menyatakan simpati atas tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat Kajang, beliau mewakili seluruh ahli dan pimpinan PAS Perak merakamkan ucapan takziah atas ujian yang telah diberikan Allah SWT itu. Memetik ucapan beliau,"Saya mewakili PAS Perak merakamkan tanda simpati dan takziah kami kepada mangsa-mangsa tanah runtuh iaitu rumah anak yatim at-Taqwa, terutama sekali kepada mangsa anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah" "Namun begitu, PAS Perak menyeru kepada seluruh ahli PAS Perak untuk memberi bantuan berbentuk kewangan dan material untuk meringankan beban mangsa dan keluarga" katanya lagi. " Semoga mangsa anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah di tempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah." "Saya juga mengharapkan agar mangsa-mangsa rumah anak yatim at-Taqwa tersebut tabah dalam menghadapi segala ujian Allah." katanya lagi. mohd hafez sabri |
Larangan berkhawat untuk elak zina Posted: 24 May 2011 12:45 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Rasulullah s.a.w. dalam hadis daripada Ukbah bin Amir menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi) Mungkin ramai yang tidak tahu mengapa rasulullah melarang lelaki berkhalwat dengan wanita. Mungkin pada mereka larangan itu menyekat kebebasan hak asasi mereka. Sebab itu ada yang berkata, pertemuan itu hanya sekadar bualan biasa, tidak lebih daripada itu. Tetapi sebenarnya rasulullah sendiri sudah memberi jawapan yang jelas, iaitu tatkala mereka berduaan akan ada syaitan di antara keduanya. Syaitan yang sifatnya suka menggoda, akan meniupkan ransangan seks wanita dan kemudiannya lelaki. Ransangan syaitan itu lambat laun akan berhasil dan ketika itu pasti berlaku perzinaan. Tetapi jika antara mereka ada orang ketiga tentu pasangan itu akan merasa malu untuk melakukan zina itu. Sebab itu bagi menyelamatkan keadaan rasulullah menyarankan pasangan itu berteman orang yang ketiga seperti sabdanya yang bermaksud: "Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah/ kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk bukuFiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq). Sebenarnya larangan berduaan di tempat yang mencurigakan dan sebaliknya digalakkan bertiga dalam sesuatu pertemuan adalah untuk merealisasikan perintah Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah al-Isra' :32) Jelas dalam ayat di atas Allah tidak melarang berzina secara langsung tetapi melarang umat Islam menghampir perbuatan zina. Bayangkan kalau menghampiri zina tidak berlaku, bolehkah berlaku perzinaan. Sudah pasti tidak berlaku zina. Jadi, larangan menghampiri zina itu merujuk kepada larangan berkhalwat, pergaulan bebas dan seumpamanya. Undang-undang Jenayah Syariah Umat Islam yang memahami perintah Allah dalam al-Quran dan larangan Rasul dalam hadis di atas, pasti tidak tergamak untuk melakukan dosa khalwat. Malah dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, kesalahan khalwat dijelaskan bahawa; lelaki atau perempuan yang didapati berada bersama seorang atau lebih yang bukan mahramnya di mana-mana tempat terselindung dalam keadaan boleh menimbulkan syak mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral. Manakala hukuman kesalahan jenayah khalwat ini diperuntukkan dalam undang-undang jenayah syariah pada Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, bila sabit kesalahannya, dendanya tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Walaupun sudah ada larangan Allah tetapi umat Islam belum terdidik dengan perintah Allah dan larangan Rasulullah. Malah tidak gentar dengan peruntukan undang-undang Syariah di atas. Umat Islam tidak takut dengan ancaman undang-undang itu kerana pada mereka kalau kena denda, tidak sukar untuk membayarnya. Dan kalau kena penjara, tidaklah lama bahkan akan dihidangkan dengan makanan yang terkawal lagi baik. Jelas, penjenayah ini bukan sahaja tidak takut kepada undang-undang dan hukumannya malah tidak takut kepada Allah dan hukuman-Nya. Mereka juga tidak malu kepada Rasulullah dan jiran-jirannya. Ya, kalau begitu keadaannya, boleh jadi mereka ini tidak pernah sujud menyembah Allah. Kenapa wanita dan lelaki ambil jalan pintas? Menyedari keadaan ini, suka saya mengingatkan wanita yang terlibat juga mereka yang berniat untuk terlibat dalam aktiviti khalwat, hargailah diri anda. Tubuh wanita adalah ciptaan Allah yang termahal, maka tidak wajar diberikan percuma kepada seseorang lelaki. Ya, wajarkah barang yang mahal milik anda diberikan kepada seseorang begitu sahaja? Tentu tidakkan? Sebenarnya dalam kes khalwat ini, wanita tersebut telah menggadaikan maruahnya kepada lelaki tanpa mendapat apa-apa manfaat kecuali mengandung anak luar nikah. Tetapi tahukah anda, seorang lelaki dalam keadaan ini boleh menyelamatkan diri dan meninggalkan anda bersama kandungan yang memalukan. Jadi, apa faedahnya wanita menggadaikan maruahnya hanya kerana keseronokan sementara. Sebenarnya walaupun wanita itu tidak mengandung anak luar nikah,hati wanita itu tetap menderita dan hidup dalam keadaan ketakutan. Walaupun secara zahirnya mereka rasa seronok melakukan dosa dan maksiat tetapi hakikatnya hati mereka diburu rasa takut. Percayalah ketika melakukan melakukan kesalahan itu, hati mereka sentiasa rasa bersalah orang kampung dan mereka takut kalau dikesan oleh mereka. Mereka juga takut kalau-kalau ditangkap pihak berkuasa agama. Pada masa yang sama, mereka takut kalau-kalau diketahui ibu bapa masing-masing. Bayangkan kalau setiap hari mereka dalam keadaan itu, di manakah kebahagiaan mereka. Kenapa memilih kebahagiaan sementara sedangkan kebahagiaan sebenar boleh diperoleh dengan berkahwin? Tetapi bagaimana kalau wanita itu mengandung anak luar nikah, di mana hendak disimpankan rasa malu kepada jiran, keluarga terutama ibu bapa. Sesungguhnya ibu bapa dalam keadaan ini akan lebih terasa malu jika anak yang dididiknya sehingga dewasa mencemarkan nama baik mereka. Malah akan terlebih malu kalau anaknya dibiarkan mengandung tanpa suami. Tetapi bolehkah si anak itu membayangkan akan kesedihan dan kekecewaan ibu bapanya? Percayalah kalau semua ini dapat dirasakan oleh wanita sebelum atau semasa hendak melakukan dosa dan maksiat itu, pasti kenikmatan sementara itu boleh ditinggalkan dengan senang hati. Apatah lagi kalau dia rasa takut kepada Allah dan hukuman yang bakal diterima nanti. Umat Islam mesti mencegah Gejala bersekedudukan atau khalwat ini boleh dibasmi dalam sesuatu komuniti jika semua pihak dapat berintak sebagai pencegah. Di sini, masyarakat tempatan perlu peka dengan jiran mereka dan mengenal pasti siapa jiran mereka itu. Seseorang yang baik akan mengambil tahu status jirannya supaya dengan itu dapat mengesan mana jiran yang melakukan dosa dan maksiat sama ada pada waktu malam atau siang. Perhatian jiran ini akan menjadikan lelaki dan perempuan yang berniat untuk melakukan dosa dan maksiat terhalang. Hal ini kerana sikap masyarakat setempat itu telah menjadi mata dan telinga masjid dan kerajaan. Oleh sebab itu ibu bapa perlulah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka sama ada lelaki mahu perempuan agar menjauhi dosa dan maksiat. Ingatkan anak perempuan bahawa sentuhan lelaki boleh menyebabkan mereka mengandung. Ingatkan juga, jika mereka mengandung bukan sahaja dia akan malu tetapi ibu bapa juga malu. Dan ingatkan juga anak lelaki jika mereka merosakkan maruah wanita, hakikatnya dia telah merosakkan maruah ibu bapanya sendiri. Inilah asas didikan iman yang boleh diberikan kepada anak-anak. Jiwa mereka perlu disuburkan dengan rasa takut kepada Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Jika semua ini dapat direalisasikan diri diri semua umat Islam pasti mereka akan menjaga maruah masing-masing. Ketika itu umat Islam akan berada dalam masyarakat harmoni, yang tidak diselubungi gejala maksiat. Kalau di rumah boleh rasa bahagia, dalam masyarakat juga boleh rasa bahagia, dan pastinya dalam negara turut rasa bahagia. Ahmad Baei Jaafar |
Posted: 24 May 2011 12:30 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II. Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian. Ketika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak." Jauh di sudut hatinya, Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih mengandung persoalan. Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya? Apakah pula yang akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil alih parti itu dalam ketiadaannya? Beliau memberikan beberapa kata nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai parti KITA. Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan: Malaysiakini: PKR terus diserang berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang betul? DSAI: Anda tahulah ada suara-suara liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga yang perlu dibayar. Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal, tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada peti undi yang hilang. Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh terima. Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti. DSAI: Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya. Malaysiakini: Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan datang? DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan bertanding. Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali ke penjara? DSAI: Ya. Barangkali tidak... Tidak ada sebab (untuk didapati bersalah). Malaysiakini: Datuk Seri pasti? DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh? Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat keputusan seperti itu? Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang ini. Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik. Malaysiakini: Datuk Seri bersedia sekiranya kembali dipenjarakan? DSAI: Saya telah melalui yang terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke penjara). Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat bukan? DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya). Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen dan anda terpengaruh. Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak mahu. Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh mengambil alih? DSAI: Tiada siapa yang kekal. Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi Tuhan, anda perlu tahu. Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti. Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja daripada sistem. Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa disukai dalam parti. DSAI: Ya. Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk perbaiki imejnya. DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya, orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan semua itu. Malaysiakini: Jadi dia juga perlu dipenjara? DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?' Jadi Azmin perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau kelemahannya. Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya bila orang mula buat bandingan. Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa kenyataannya. Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia dulu [Ketawa] Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang baik? DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar... Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan. |
Gambar Anak-Anak Yatim Ketika Latihan Nasyid, Beberapa Minit Sebelum Kejadian tanah runtuh Posted: 24 May 2011 12:17 AM PDT |
Kenapa kos loji kumbahan meningkat RM500 juta? Posted: 24 May 2011 12:15 AM PDT |
Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini Posted: 24 May 2011 12:09 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 24 Mei: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini. Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankausa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional. "Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Bagaimana pun, beliau menjelaskan, keputusan sama ada untuk sama-sama membubarkan Dun atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan tidak lama lagi. Pakatan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Perak dimenangi secara sah oleh Pakatan dalam PRU 2008 tetapi dirampas secara haram oleh Umno dan BN setahun kemudian. Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kajian terbaru yang dibuat oleh Pakatan negeri itu menunjukkan PAS, DAP dan PKR mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi Dun Perak. "Dalam PRU 2008, kita menang 31 kerusi dan berjaya bentuk kerajaan. Selepas BN rampas Dun Perak, kajian yang kita buat menunjukkan jika pilihan raya negeri diadakan pada ketika itu, kita mampu menang sehingga 40 kerusi, iaitu menang dua pertiga majoriti," katanya. Beliau menambah, keadaan pada masa itu menggambarkan kemarahan para pengundi Perak berikutan taktik kotor Umno dan BN. Beliau menjelaskan, walau pun kajian terbaru menunjukkan kemungkinan pengutan kerusi berkurangan, ia adalah lebih baik daripada keputusan yang Pakatan catatkan pada 8 Mac 2008 dan terus menjamin kemenangan. Sebelum itu, Guan Eng menyatakan pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, kini dan sekiranya Pakatan kembali menguasai negeri itu.HD/- |
100 bekas ahli Umno sertai PAS, cawangan Umno bakal berkubur Posted: 24 May 2011 12:00 AM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Di tengah-tengah kekalutan Umno mengadakan demontrasi membantah Ladang Rakyat dan pelancaran gelombang merah, lebih 100 bekas ahli Umno di bahagian ini menyertai PAS. Kemuncaknya apabila bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Soberi Shafii (gambar) mengambil langkah sama menyerah borang menyertai PAS baru-baru ini. Sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang tiga bekas anggota jawatankuasa Umno Ketereh menyertai PAS termasuk Hussin Mat dan Abdul Manaf Abdullah. Soberi pernah berjuang selama 38 tahun bersama Umno berkeyakinan lebih ramai lagi pengikutnya di Ketereh terutamanya anak muda menunggu masa sesuai untuk meninggalkan Umno. "Hanya menunggu masa yang sesuai dan InsyaAllah kita akan lihat ada cawangan Umno di Ketereh akan dibubarkan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil keahlian PAS kepada 100 bekas ahli Umno di sini, baru-baru ini. Mereka yang diketuai Mohamad Abdul Rahman menerima sijil daripada Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Majlis itu diadakan di Kampung Padang Lepar, Kadok. Soberi juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 1995 di Dun Kadok menjelaskan gelombang merah dilancarkan Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya retorik semata-mata. "Umno sebenarnya tidak ada pendekatan kukuh untuk meyakinkan rakyat Kelantan. "Bagi saya gelombang merah tidak memberi kesan langsung kepada rakyat negeri ini," ujarnya. Azami pula berkata, hasil kesedaran rakan-rakan bekas pemimpin Umno di Kerereh membolehkan rakyat menilai perjuangan sebenar dibawa Umno sekarang. -Harakahdaily |
Nizar tetap disokong sebagai MB, jika Pakatan Rakyat tawan Perak Posted: 23 May 2011 11:58 PM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - http://perakite.blogspot.com Pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti itu tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, jika Pakatan Rakyat kembali menguasai negeri itu. Kenyataan ini dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang disiarkan dalam Portal Berita Roketkini.com. hari ini. Sejak peristiwa hitam rompakan kuasa BN terhadap kerajaan negeri Perak, DAP sudah berkali-kali menegaskan bahawa mereka tetap menyokong kepimpinan Nizar jika ditakdirkan PR kembali berkuasa di Perak. Portal itu juga menyiarkan keyakinan DAP Perak bahawa mereka akan kembali berkuasa jika Pilihanraya Umum diadakan pada masa terdekat. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koh Ham berkata PR dijangka memenangi 33 dari 59 kerusi Dun Perak. Ulasan : Kenyataan berulang kali seperti diatas sejak sekian lama telah diucapkan oleh pemimpin DAP Pusat dan Perak namun masih diputar belit oleh pemimpin BN dan terkini Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim menuduh perkara yang sama, kononnya DAP akan meletakkan calon Melayu untuk menjadi MB Perak. Saya kira isu ini telah selesai, namun Pakatan Rakyat mesti bersedia untuk menjawab secara terus menerus tanpa jemu menafikan fitnah jahat musuhnya. |
DAP lancarkan portal berita Melayu Roketkini Posted: 23 May 2011 11:45 PM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Dalam usahanya untuk menonjolkan imej sebagai parti untuk semua, DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini. Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung parti itu, melancarkan portal berita itu dan mengumumkan Wan Hamidi Hamid sebagai editornya. Lim memberitahu wartawan bahawa Roketkini akan menjadi wadah untuk menyampaikan dan membetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk memburukkan imej DAP. |
Posted: 23 May 2011 11:30 PM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - LONDON - Chelsea telah memecat pengurus pasukan itu, Carlo Ancelotti awal pagi semalam. Chelsea mengambil keputusan untuk memecat Ancelotti selepas penggendali dari Itali itu gagal membantu skuad The Blues memenangi sebarang gelaran musim ini. Andre Villas-Boas yang membawa Porto menjuarai Liga Europa dan Liga Portugal dianggap calon pilihan untuk menggantikan tempat Ancelotti itu. Turut dikaitkan ialah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini merupakan jurulatih Real Madrid dan pengurus Turki, Guus Hiddink. Pada aksi terakhir Liga Perdana England awal pagi semalam, Chelsea tewas 0-1 kepada Everton untuk menamatkan saingan musim ini di tempat kedua selepas ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester United. Dengan pemecatan Ancelotti itu, Chelsea sudah pun mempunyai seramai tujuh orang pengurus sejak hartawan Rusia, Roman Abramovich mengambil alih kelab London itu pada 2003. "Chelsea dengan ini mengesahkan bahawa Ancelotti telah pun berpisah dengan kelab ini pada hari ini (semalam)," menurut satu kenyataan di laman web rasmi Chelsea kira-kira dua jam selepas tamat pertemuan dengan Everton itu. "Pemilik kelab dan juga ahli lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti di atas sumbangan dan pencapaiannya sejak memegang jawatan pengurus pada Julai 2009. "Ia termasuk kejuaraan berganda musim lalu yang merupakan kali pertama berjaya dilakukan dalam sejarah kelab ini." Jelas kenyataan itu lagi, persembahan musim ini yang jauh merosot daripada apa yang diharapkan telah membuatkan kelab berpendapat bahawa inilah masa terbaik untuk melakukan perubahan bagi menghadapi musim depan. "Objektif jangka panjang Chelsea dan cita-cita kelab ini tidak pernah berubah. Kami kini akan memberi sepenuh tumpuan dalam mengenal pasti identiti pengurus baharu," tambah kenyataan itu. Chelsea tampak bermula garang musim ini apabila menang kesemua lima perlawanan awal liga dengan ledakan 21 gol. Segalanya tampak bermasalah pada November lalu apabila mereka tewas kepada Liverpool, Sunderland dan Birmingham selain beberapa keputusan seri lain yang memudahkan United mengambil alih kedudukan pendahulu. - Reuters |
BN usaha bagi IC segera pada warga asing Posted: 23 May 2011 11:11 PM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 24 Mei: PAS mengesyaki wujud usaha BN memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing di Tumpat, Kelantan bagi memberi undi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) hari ini mendedahkan maklumat mengenai program yang dinamakan "program pelaksanaan operasi mydaftar" yang akan berlangsung Sabtu, 28 Mei ini. Menurut beliau, program tersebut diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat. Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat. Menurut maklumat yang diterima kata Kamarudin, program tersebut bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat negeri Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan. Ianya merangkumi lima perkara iaitu pendaftaran, kelahiran, kematian serta anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegaraan, khidmat nasihat semua urusan JPN, dan khidmat nasihat oleh Jabatan Imegrisen Malaysia. "Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor," kata beliau yang juga ahli Parlimen Tumpat pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini. Sehubungan itu, PAS mendesak program ini dihentikan kerana ia membantu kehadiran pengundi hantu seperti yang berlaku sebelum ini. |
Angkasawan ISS selamat mendarat di Kazakhstan Posted: 23 May 2011 09:22 PM PDT KAPSUL angkasa Soyuz TMA-20 Russia mendarat di bandar Dzhezkazgan, Kazakhstan hari ini. Kapsul itu membawa pulang angkasawan Itali, Paolo Nespoli, Cady Coleman (Amerika Syarikat) dan Dmitry Kondratiev (Russia) ke Bumi selepas enam bulan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). - Foto AP 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - MOSCOW: Kapal angkasa, Soyuz membawa seorang rakyat Itali, Russia dan Amerika Syarikat yang dibawa pulang dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selamat tiba di Kazakhstan, kata pusat kawalan operasi, hari ini. "Mereka sudah mendarat dan dalam keaddan ini. Merek mendarat kira-kira jam 6.27 waktu tempatan, kata jurucakap," katanya. - AFP |
Kenderaan Rasmi Presiden Obama tersangkut di Dublin (Video) Posted: 23 May 2011 09:05 PM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Kenderaan rasmi kalis peluru Presiden Obama, yang dikenal dengan julukan The Beast atau binatang buas, tersangkut bahagian bawannya dengan bonggol ketika ke luar dari Kedutaan Amerika Syarikat di Dublin, Republik Irland. Kejadian itu berlaku semasa enderaan pengiring sedang ke luar satu persatu sementara di seberang gerbang ratusan orang mengalu-alukan Presiden Obama. Tiba-tiba terdengar suara kuat ketika kenderaam yang membawa Presiden Obama dan istrinya, Michelle Obama, sedang melepasi pintu gerbang. Rupanya bagian bawah limosin hitam Cadillac yang kebal peluru itu tersangkut bonggol yang terdapat di gerbang pintu masuk itu. Para petugas keselamatan nampak sibuk, dan pintu Obama di bagian belakang kelihatan dibuka. Namun sebuah bas bercermin gelap diminta bergerak ke depan untuk menutup pandangan orang ramai yang berhimpun, termasuk para juru gambar, sehingga tidak diketahui kenderaan mana yang akhirnya digunakan Obama dan istrinya. Pernah jadi perhatian Insiden ini terjadi ketika Presiden Obama akan menuju County Offaly, yang merupakan daerah asal usul nenek moyangnya . Tahun 2009, The Beast juga menjadi perhatian semasa membawa Obama berkunjung ke Britain pada tahun 2009. Limosin itu berupaya untuk berputar di jalan Downing Street yang sempit, tempat kediaman resmi Perdana Menteri Britain. Selasa 24 Mei, Presiden Obama dan istri akan tiba di London dan menginap di Istana Buckingham sebagai tamu Ratu Elizabeth II. Dari London, Presiden Obama -tanpa didampingi Michelle Obama- akan meneruskan kunjungan ke Prancis dan Poland. |
Posted: 23 May 2011 09:00 PM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - ISHAK (kiri) bersama kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II melihat kereta Perodua Kancil yang menyebabkan Nor Izyan lemas di Tumpat kelmarin. TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin. Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat. Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter. Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen. Oleh KHAIRI MOHAMAD khairi.mohamad@kosmo.com.my |
Letusan gunung berapi di Iceland ancam Eropah Posted: 23 May 2011 08:53 PM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - REYKJAVIK 24 Mei - Debu panas yang meletus dari gunung berapi di Iceland kini menuju ke Britain dan memaksa penerbangan dibatalkan termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang terpaksa mengubah pelan lawatannya ke benua itu. Letusan gunung berapi Grimsvoetn menimbulkan kebimbangan bakal mengakibatkan gangguan kepada laluan penerbangan seperti tahun lalu menyebabkan ruang udara Eropah terpaksa ditutup dan disifatkan sebagai terburuk sejak Perang Dunia Kedua. "Angin bertiup pada paras rendah... dan ia bertiup kencang menuju ke UK," kata Peitur Arason dari Pejabat Meteorologi Iceland. Trafik kawalan udara British pula menjangka awan panas itu akan sampai ke Scottland hari ini. Obama pula meninggalkan Ireland menuju ke Britain pada sebelah malam Isnin, iaitu sehari lebih awal daripada dijadualkan kerana bimbang awan panas menjejaskan perjalanan. Ireland merupakan destinasi pertama dilawat Obama dalam rangka lawatan enam hari ke Eropah. - AFP |
Jumlah kematian akibat puting beliung di AS meningkat Posted: 23 May 2011 08:48 PM PDT 21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - JOPLIN: Jumlah kematian akibat puting beliung yang melanda negeri barat tengah Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 116 orang sekali gus menjadikannya sebagai kejadian puting beliung paling berbahaya melanda negara itu dalam tempoh enam dekad. Ramalan kaji cuaca memberi amaran lebih banyak ribut sedang dalam perjalanan menuju sekeliling Joplin, Missouri yang melanda bahagian berkenaan Ahad lalu mengakibatkan 116 maut, menyamai jumlah kematian yang dicatatkan ketika kejadian puting beliung terburuk sejak kiraan zaman moden Amerika Syarikat bermula pada 1950. Puting beliung pada 1925 dikatakan mengorbankan 695 terbunuh di Missouri, Illinois dan Indiana, tetapi perangkaan itu kurang tepat. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan