Jumaat, 1 Februari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PROF MADYA DR AGUS YUSOFF: KEDUDUKAN SENGIT DAN SEIMBANG

Posted: 01 Feb 2013 09:47 AM PST

 Setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit kata Prof Madya Datuk Dr Agus.
"Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi. Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus" ujar beliau.



Agus Yusoff.:..  Kedudukan menjelang PRU 13 Setiap parti masih ada peluang yang seimbang untuk menang'..

PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.

Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.

Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?

AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.

Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.

Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.

Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.

Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.

Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.


Kelebihan dan kekurangan BN-PR

SINAR HARIAN ONLINE: Oleh kerana Malaysia satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu, adakah Prof menjangkakan peralihan kuasa itu akan berlaku sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain?

AGUS: Saya telah nyatakan bahawa, kedudukan setiap parti yang bersaing sekarang ini sengit dan masing-masing parti belum menunjukkan "winning posture" yang jelas bahawa mereka akan memenangi pilihan raya ini.

Banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian. Saya perhatikan isu-isu kempen, kekuatan jentera parti, janji-janji politik parti, kredibiliti calon, dan imej parti adalah seimbang. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

Jika dilihat dari aspek kewangan dan media, saya fikir kekuatan BN melebihi PR dalam soal ini. Tetapi kelebihan BN tidak jauh kerana sekarang ini yang menentukan kemenangan sesebuah parti tidak bergantung semata-mata kepada 3M ('money', 'machinery' dan media) sepertimana dahulunya, tetapi adalah sikap pengundi.

Inilah yang menarik untuk dikaji iaitu tentang sikap pengundi muda, pengundi bandar, pengundi kelas menengah, pengundi kampung, pengundi wanita, pengundi atas pagar, pengundi diam, pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Dengan banyaknya faktor yang masih perlu diambil kira dan senario yang ada sekarang, terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan kerajaan.

Satu yang saya pasti ialah jika kerajaan BN masih lagi dapat mengekalkan keselesaan hidup rakyat, maka peluang "status quo" kekal adalah tinggi.



Tsunami 2008 PRU13 berbeza

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula tsunami politik 2008, sejauh mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berjaya melenyapkan gelombang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti?

AGUS: Tsunami 2008 dengan PRU 2013 adalah berbeza. Tsunami 2008 datang tanpa dijangka dan di luar dugaan. Dalam PRU ini, apa juga keputusannya rakyat telah menjangkakannya kerana tidak ada satu parti pun yang akan menang dengan majoriti yang besar.

Apakah kepimpinan Perdana Menteri dapat melenyapkan tsunami 2008 dalam PRU ini? Saya tidak fikir semudah itu kerana seperti yang saya katakan tadi, semuanya adalah seimbang.

Apatah lagi dalam banyak program transformasi yang diumumkan oleh PM, rakyat masih belum menikmati lagi kejayaan dari program tersebut, cumanya dapat menerima beberapa bantuan sosial yang diberi secara "one-off" sahaja. Saya tidak fikir sekadar bantuan "one-off" dapat melenyapkan tsunami 2008.

SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mengatakan, tsunami 2008 itu berlaku disebabkan rakyat kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam BN, khususnya Umno baik dari segi salah guna kuasa, rasuah, sabotaj calon PRU12, politik wang dan perebutan kuasa. Oleh sebab itu, rakyat beralih arah kepada pembangkang untuk memberi pengajaran kepada BN supaya insaf dan perbaiki kelemahan parti. Sejauh mana pandangan itu mempunyai asasnya?

AGUS: Semua pandangan di atas mempunyai asasnya dan saling berkait antara satu sama lain.  Namun, masih ada empat lagi faktor besar yang menyumbang kepada berlakunya tsunami 2008.

Pertama ialah kemarahan rakyat kepada kenaikan kos hidup disebabkan oleh tindakan kerajaan waktu itu menaikkan harga minyak dalam kadar yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun sebelum ini.

Kedua, pengaruh media alternatif yang cukup luar biasa dalam mempengaruhi pengundi muda dan kelas menengah untuk menolak kerajaan.

Ketika itu, kerajaan BN tidak memberikan perhatian yang besar sangat kepada pengaruh dan keberkesanan media ini berbanding dengan sekarang ini.

Ketiga, faktor calon BN yang menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin dalam BN sendiri. Hal ini panjang untuk dihuraikan tetapi telah dibahaskan dengan baik oleh ramai penganalisis sebelum ini.

Satu lagi faktor yang mempunyai persamaan dengan kedudukan BN sekarang ialah tentang janji-janji politik.

Jika pada 2008, rakyat menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada slogan bekerja bersama saya, menghapuskan rasuah, dasar pembangunan koridor bagi setiap wilayah, sekarang ini rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi kepada kejayaan pelaksanaan gagasan 1Malaysia, NKRA dan pelbagai program transformasi kerajaan.

Jika pada 2008, harapan tinggi rakyat gagal diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan, saya fikir rakyat juga sedang menilai dengan penuh teliti kejayaan pelaksanaan dasar kerajaan seperti yang saya tadi.


SINAR HARIAN ONLINE: Pembangkang sangat sinonim dengan budaya himpunan jalanan dan demonstrasi di negara ini, yang terbaru ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat atau #KL112 di Stadium Merdeka yang telah mencatatkan sejarah apabila ia berlangsung dengan aman, tanpa provokasi pihak tertentu dan tanpa keganasan yang melampau. Adakah ia petanda awal Umno-BN akan berkubur pada PRU13 apabila majoriti yang menyertainya adalah orang Melayu?

AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan  Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti. Jika perhimpunan berlangsung aman, maka itulah yang kita harapkan dan itulah yang kita mahu.

Biarpun majoriti yang hadir dalam  Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah orang Melayu, data yang kumpulan penyelidik saya kutip mendapati majoriti orang Melayu di desa, di tanah rancangan, hatta di bandar masih bersama dengan BN.

Yang menjadi masalah kepada BN sekarang ialah sokongan bukan Melayu kepada PR sekarang ini padu, satu kelainan ketara dari sikap pengundian mereka sebelum PRU 2008.
Jadi, masalahnya sekarang ialah BN menghadapi krisis keyakinan dari bukan Melayu, bukannya orang Melayu.



'One-off' hanya gula-gula sementara

SINAR HARIAN ONLINE: Sejak akhir-akhir ini Datuk Seri Najib dilihat mendahului pembangkang dengan mengguna pakai idea pembangkang yang diubah suai berhubung program kebajikan seperti BR1M, Bantuan Awal Persekolahan, rebat telefon pintar, PR1MA dan sebagainya. Adakah BN ketandusan idea untuk memikat hati pengundi dengan mengubahsuai idea pembangkang dan menjadikan BN semakin popular. Sejauh mana ia memberi kesan kepada sokongan dan menyumbang kepada peningkatan undi pada PRU13 nanti?

AGUS: Menerima pakai idea pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya kerajaan bersedia untuk melaksanakan apa juga idea pembangkang yang baik untuk kesejahteraan rakyat.

Persoalannya bukan itu pada saya. Yang penting dijawab ialah sejauh manakah idea pembangkang itu baik?  Dan sejauh manakah bantuan 'one-off' itu memberi kesan positif pada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat?

Saya harus nyatakan tawaran mana-mana parti yang berbentuk 'one-off' itu hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat bagi mendapat sokongan dalam pilihan raya. Langkah PR yang menjanjikan banyak 'barang percuma' sekiranya memerintah dan selepas itu cuba diikuti rapat oleh BN bukanlah dasar ekonomi yang baik.

Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat.

Saya harap selepas PRU13 nanti, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada semuanya sama ada kepada rakyat mahupun ekonomi negara.

Terakhir yang perlu saya jawab ialah sejauh manakah bantuan di atas mempengaruhi sokongan pengundi?  Saya tidak nampak memberikan kesan yang signifikan. Rakyat tidak lagi ghairah dengan bantuan tersebut sehingga ada yang sudah menganggap itu sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memberikannya.

Rakyat yang tidak menyokong kerajaan juga sudah diberitahu supaya ambil sahaja bantuan yang diberi kerajaan, tetapi undi jangan bagi. Kesedaran politik rakyat kita sudah semakin banyak berubah.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Prof melihat keterdesakan BN dan PR dalam meraih sokongan hingga menjadikan politik samseng sebagai salah satu cara untuk menjajah minda pengundi dan menyekat kebebasan menyampaikan dakyah masing-masing kepada rakyat.

AGUS: Rakyat tanpa mengira dari parti apa pun tidak boleh menerima politik samseng. Jadi, bagi mana-mana parti yang menggunakan taktik ini, yakinilah itu bukannya yang rakyat mahu.

Oleh itu, harapnya kita sama-samalah meraikan perbezaan parti dan pendapat dengan penuh semangat demokrasi. Buat apa takut pada parti lawan sehingga perlu kepada politik samseng? Saya tidak nampak relevannya sikap seperti ini untuk mendapatkan undi rakyat.



Maksimumkan isu

SINAR HARIAN ONLINE: Politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Sejauh manakah Prof melihat pelbagai isu kontroversi yang ditimbulkan pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Adakah mereka ingin menjadikannya sebagai polemik hingga pilihan raya nanti?

AGUS: Isu hudud, isu kalimah ALLAH, isu cincin, isu rasuah, isu Teoh Beng Hock, isu air di Lembah Klang dan Kelantan dan apa juga isu yang boleh dipolitikkan akan digunakan sampai ke tahap maksimum untuk mempengaruhi rakyat dalam kempen pilihan raya nanti.

Ini kerana isu adalah sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Saya tidak ada masalah dengan penggunaan isu-isu dalam kempen politik, tetapi masalahnya ialah apabila ada isu yang digunakan itu adalah bersifat peribadi dan mengaibkan. Inilah yang tidak baiknya sehingga menampakkan sikap politik kita yang jauh dari matang.

Oleh sebab itulah, saya melihat ahli politik negara kita ini, adalah antara yang terkuat mentalnya di dunia. Ini kerana untuk terjun dalam arena politik negara, maka mereka mesti bersedia bukan hanya sekadar menadah telinga untuk mendengar pujian dan cacian, tetapi juga bersedia untuk ditelanjangkan dan diaibkan.

Saya sendiri jika ditanya bersediakah untuk terjun dalam dunia politik praktis, saya akan segera jawab tidak mahu dan tidak mungkin kerana saya tidak mempunyai kekuatan itu.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan layanan kerajaan kepada pembangkang dari segi kebebasan bersuara menerusi media arus perdana sepertimana yang diamalkan di Eropah dan negara barat yang lain? Permintaan Presiden Pas untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi menerusi stesen tv kawalan kerajaan hingga ke hari ini menjadi persoalan dan pembangkang melihat BN tidak mengamal dasar demokrasi yang luhur dalam hal ini.

AGUS: Saya tidak lihat pembangkang mempunyai peluang untuk mendapat liputan berita yang baik dalam media perdana di negara kita. Sebab itulah ramai sarjana mengatakan pilihan raya di negara kita ini bebas tetapi tidak adil.

Bebas kerana kita adakan pilihan raya secara berkala apabila tiba masanya dan kita boleh terlibat dalam politik tanpa banyak gangguan, tetapi tidak adil kerana media massa perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

Mujurnya, bagi mengimbangi penguasaan media perdana kerajaan, wujud media alternatif yang membolehkan parti pembangkang turut bermain 'politik dalam ruangan.'

Tetapi melihat dari sudut yang lain, saya dapati media pembangkang juga mensensasikan berita sama seperti media kerajaan sahaja.  Itu sudah menjadi tahap profesionalisme kewartawanan berlesen yang ada di negara kita.

Mengenai kebenaran untuk (Presiden Pas Datuk Seri) Tuan Guru Haji Hadi (Awang) muncul di TV kerajaan bagi menjelaskan isu Amanatnya, saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa Pas perlu mencari alternatif lain bagi membolehkan Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasannya secara langsung, iaitu melalui media online.

Hujah saya ialah untuk menamatkan Amanat Hadi ini dari terus dipolemikkan. Hujah orang kampung tidak boleh menontonnya jika diadakan secara langsung melalui TV online kerana tidak ada kemudahan internet di rumah.

Telah saya jawab dengan menyatakan perkara ini boleh dimuat naik dalam Youtube atau jualkan sahaja kaset sepertimana amalan Pas sebelum ini.

Saya kira, itu jawapan kepada kekangan yang ada. Tetapi nampaknya cadangan saya tidak diterima. Jika begitu, maka kesemuanya, baik di pihak BN atau PR, sama-sama akan mempolitikkan apa juga isu asalkan di akhirnya akan mendapat laba politik daripadanya.


Sidang Parlimen lebih segar

SINAR HARIAN ONLINE: Pada pandangan Prof, sejauh mana pembangkang mempamerkan kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)?

AGUS: Pembangkang memainkan peranan yang efektif di Parlimen dan Dun (jika di Dun, ini termasuklah peranan wakil rakyat BN sebagai pembangkang di negeri yang dikuasai oleh PR). Mereka banyak menimbulkan isu-isu substantif yang wajar diberi perhatian oleh rakyat dan juga kerajaan. Tindakan mereka di Parlimen dan Dun, suka atau tidak suka telah membuatkan rakyat kita celik politik hari ini.

Masalahnya adalah dari segi masa perbahasan yang singkat. Masalahnya adalah dari segi mutu perbahasan sesetengah ahli parlimen yang menjadikan Parlimen seperti pasar ikan atau pasar malam. Harus diingat, yang menjadikan sidang Parlimen itu kecoh bukan hanya dari parti pembangkang sahaja, tetapi juga di pihak kerajaan. Ada ketikanya mencelah tanpa izin, ada ketikanya tidak ikut peraturan Dewan, ada ketikanya menggunakan 'point of order' di tempat yang tidak betul.

Tapi keseluruhannya, saya lihat Parlimen kita lebih segar dengan adanya pembangkang yang kuat. Cuma yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak munculkan pembangkang yang sihat?



SINAR HARIAN ONLINE: Apakah yang dapat Prof rumuskan berhubung landskap politik di negara ini? Adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak kepada politik baru sepertimana yang dikatakan Datuk Saifuddin Abdullah?

AGUS: Politik kita masih di takuk lama. Di kala dunia bercakap tentang keterbukaan, politik kita masih lagi dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci memaki, benci membenci dan keengganan elit politik untuk berubah. Kempen mereka masih lagi dengan tawaran lama, tanpa ada satu tawaran baru yang lebih menarik. Ini saya lihat kekurangan utama yang ada pemimpin BN khususnya, mungkin kerana sudah cukup selesa setelah sekian lama berada di tampuk kuasa.

Selain itu, di kala kita bercakap tentang hak-hak asasi rakyat, pemimpin kita meminda undang-undang tetapi di akhirnya tidak banyak pun perubahan substantif yang dibuat ke atas undang-undang tersebut. Ia sekadar menukar minuman lama ke dalam botol baru sahaja.

Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, banyak juga yang masih belum selesai dari segi tingkah laku mereka. Apabila berceramah, mereka akan menimbulkan kebencian dan menyumpah seranah orang. Ini bukan jiwa seorang pemimpin yang besar. Bercakap juga dengan modal idea yang tidak berkembang dengan isu-isu lama yang sudah luput.

Pendekatan politik Datuk Saifuddin Abdullah luar biasa pada saya. Jiwa besar beliau yang memahami aspirasi generasi kini akan menjadikan beliau relevan dalam politik negara dan beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Semoganya selepas PRU13 nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam pentas politik negara.


Saifuddin ikon politik

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kerana Prof berkawan rapat dengan Datuk Saifuddin menyebabkan Prof berkata demikian?

AGUS: Saya mengenali Datuk Saifuddin dan beliau mengenali saya, tapi kami tidak pernah berbincang soal politik secara bersama.  Saya berkata demikian kerana saya tahu ramai anak muda mengangkat beliau sebagai ikon politik yang negara mahukan, bukan kerana beliau BN atau timbalan menteri, tetapi kerana pendekatan politiknya yang mahu membawa perubahan minda kepada ahli-ahli politik.
Saya setuju dengan beliau dalam soal ini, menerima yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.-SINAR HARIAN ON line

"POLITIK" BERKAHWIN DENGAN "WANG"

Posted: 01 Feb 2013 04:10 AM PST

MY VOICE FOR NATION

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Maulidur Rasul Di SRA, Pekan Bangi & Pengagihan Beg Sekolah

Posted: 01 Feb 2013 03:16 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


1kan perkara sama...raikan perkara berbeza

Posted: 31 Jan 2013 04:44 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh yakin, konsep pakatan yang dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat akan memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat dan negara ini.

Ini kerana, kata beliau, konsep yang diterima oleh Pakatan adalah "mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.

"Memang kita ada perbezaan tetapi dengan pakatan kita akan dapat capai yang terbaik," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas pendapat yang mengatakan Pakatan sukar untuk memerintah negara akibat dari perbezaan yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Bagi beliau, sekiranya Pakatan  tidak boleh bersama, sudah lama berkecai Pakatan Rakyat ini tetapi sampai kini masih boleh bersama. 

"Kita masih dapat bermesyuarat bersama, berhimpun bersama, dapat anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka secara bersama dan pelbagai lagi.

"Apa yang berlaku adalah berbeza pendapat. Ya memang ada perbezaan pendapat, tetapi kita memilih titik-titik pertemuan yang boleh menyatukan.

"Kita menerima konsep pilihan raya yang adil, yang telus, pilihanraya yang sebenarnya, menentang kezaliman, keadilan untuk semua. Ini konsep yang diterima oleh semua pihak," jelas beliau.

Beliau mengakui memanglah halal dan haram berbeza antara Islam dan bukan Islam "tetapi Islam membenarkan kita berniaga dengan bukan Islam, membenarkan kita bermuamalah dengan bukan Islam. Ini semua diajar oleh Islam.

"Menurut beliau, Pakatan mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.

"Dengan sebab itu kita namakan Pakatan bukan Barisan. Pakatan ini bermakna kita berpakat dalam perkara yang sama. Dalam perkara yang berbeza masing-masing berpakat juga," katanya.

Bagi beliau, konsep ini wujud sejak zaman Nabi Muhamad saw lagi apabila menyatu Islam dan bukan Islam di bawah negara Madinah.

"Semua diizinkan bebas dengan syarat tidak menimbulkan huru hara. Apa yang penting tidak menimbulkan huru hara," katanya.

Bagi beliau perbezaan pendapat dan perbalahan ada di mana-mana.

"Dalam satu keluarga pun ada tetapi jangan bercerai. Inilah pendekatan yang kita ambil dalam Pakatan," katanya.

Menurutnya, dalam melaksanakan semua ini, ada flexible dan ada juga konsisten.

Dalam pelaksanaan sebuah kerajaan jika Pakatan memerintah juga satu perkara yang mudah, tegasnya.

"Ini perkara mudah. Kita apa sistem federalisme. Ada kuasa negeri ada kuasa pusat.

"DAP misalnya boleh melaksanakan dasarnya di negeri Pulau Pinang yang dia perintah. Dalam masa yang sama kerajaan negeri memberikan hak kepada orang Islam dalam bidang agama kita. 

"Kita (PAS) pula boleh menunjukkan konsep Islam di Kelantan yang kita perintah.

Dalam masa yang sama orang bukan Islam tidak tertindas di Kelantan," katanya.Di peringkat pusat pula, katanya, pelaksanaan dibuat secara pakatan.

"Dalam masa yang sama, kita ada kerajaan pusat yang boleh menyelaraskan perkara-perkara yang umum. Saya yakin ia sangat mudah," katanya.

Bagi beliau, ia tidak berlaku semasa BN kerana tidak menangani hal ini dengan baik dan berlaku kecelaruan.

"Negeri-negeri yang kaya seperti Sabah, Sarawak, Terengganu paling miskin rakyatnya, paling ketinggalan infrastruktornya daripada negeri-negeri lain.

"Negeri pantai barat lebih maju dari negeri pantai timur. Negeri Malaysia Timur lebih teruk, ini warisan British dan Umno dan BN tidak boleh selesaikan warisan Bristih ini dalam kadar yang sepatutnya selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan," jelas beliau lagi.

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics

Comments for Haniza Talha - Landscaping New Politics


Comment on Pusat Dialisis Rakyat Taman Medan by aduntamanmedan

Posted: 31 Jan 2013 11:09 PM PST

maaf, tiada kekosongan

Comment on Pusat Dialisis Rakyat Taman Medan by aduntamanmedan

Posted: 31 Jan 2013 11:06 PM PST

Setakat ini tiada.

Comment on Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin by aduntamanmedan

Posted: 31 Jan 2013 11:06 PM PST

Di Selangor bantuan yang boleh dipohon, jika hantar anak ke sekolah pendidikan khas dapat elaun setiap bulan. Mesti ada kad OKU. Boleh daftar dgn skim MUE jika sudah berumur 15 tahun.

Comment on Kursus kemahiran bagi ibu-ibu tunggal dan wanita by mariyam yusoff

Posted: 25 Jan 2013 11:44 PM PST

as salam….ada tak apa2 kursus kat Shah alam utk wanita,klu ada 2long inform kat saya…mariyamyusoff68@gmail.com

Comment on Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin by gee

Posted: 21 Jan 2013 04:30 PM PST

salam puan…saya ada seorang anak OKQ masala pembelajaran,kalau sy buat bantuan tu boleh dapat ka?

Comment on Pusat Dialisis Rakyat Taman Medan by mohd faris nain

Posted: 21 Jan 2013 06:37 AM PST

assalamualakum..sy mohd faris fresh graduate in nursing..sudah lulus LJM..kalo ada kekosongan harap jasa baik utk maklumkan pada saya ye di 0179749927 atau brofaris1986@gmail.com

Comment on Pusat Dialisis Rakyat Taman Medan by cyida

Posted: 27 Dec 2012 08:30 PM PST

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya RASYIDAH BINTI MOHD RAZALI [MALAYSIA NURSING BOARD MEMBER (101548)], ingin memohon jawatan sebagai Jururawat di organisasi tuan/puan sekiranya masih mempunyai kekosongan jawatan. Saya sertakan no telepon 01112780032 dan emel unicchitoo_sweet@yahoo.com sekiranya pihak tuan/puan berminat.

Sekian, terima kasih.

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


斥责国阵公关政治牺牲人民利益,不是为人民诚意服务

Posted: 31 Jan 2013 11:01 PM PST

(爱大华 1日讯)实兆远州议员拿督倪可汉今日批评国阵霹雳州政府搁置了爱大华阿比匡道路计划4年,使到本可以用500万令吉来实行的计划,费用在几年后飙升至800万令吉。

倪可汉进一步指出,霹雳州还未发生抢夺政权事件时,他本身以霹雳州高级行政议员身份在2009年批准了500万令吉准备实行这项计划。无奈,国阵抢夺政权后,这项计划被抽起,使到本可以惠及爱大华和周边地区人民的计划落空。他说,若没发生抢夺政权事情,按着原定计划进行,这条道路早已经建好,周边的芭地和产业一定升值。就因为国阵一声令下,不只让居民继续绕道而行,经济也停泄不前。

斥责国阵公关行为,有捞选票之嫌

倪氏也质疑国阵霹雳州政府在大选临近时才来宣布此消息,是否诚心诚意为民服务?他说,若要惠及人民,这项计划无论是谁执政都应该照着计划继续实行。但国阵却在大选临近时才来宣布此计划,制造美好感觉的假象,以达到捞取选票的目的。他斥责国阵这种公关行为,为了宣传自己'伟大'政绩而不惜牺牲人民的利益,人民应该看清楚国阵这些政客的虚伪真面目。

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Penang Wants PAAB To Expedite Perak-Penang Inter-state Water Transfer Project(en/bm/cn)

Posted: 31 Jan 2013 11:58 PM PST

Press Statement By Penang Chief Minister and PBA Holdings Chair Lim Guan Eng In George Town, Komtar On 1st February 2013

PENANG WANTS PAAB TO EXPEDITE PERAK-PENANG INTER-STATE WATER TRANSFER PROJECT

PENANG, Thursday: Penang wants Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) to expedite Perak-Penang Water Transfer Project to ensure the state will not face a potential risk of water shortage after 2020.

Penang Chief Minister, Y.A.B. Lim Guan Eng said PAAB Chairman, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali had given assurance that states that had already signed the water restructuring deal with PAAB be given funds to finance their water-related projects.

For the record, the Penang State Government signed the agreement with the Federal Government to facilitate Penang's migration to National Water Services Industry Restructuring Initiative (NWSIRI) on 2 June 2011. PAAB is the nation's water assets owner and manager under NWSIRI. Part of the understanding in the 'migration' of the water assets to the Federal government is the responsibility to fund all water projects in the state estimated at more than RM 3.2 billion.

"The Sungai Perak Water Transfer Scheme proposal was approved by Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) on 30 June 2012 and endorsed by Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), and is now awaiting implementation approval from the Economic Planning Unit, Prime Minister's Department," Y.A.B Lim said.

Y.A.B Lim added that presently, 80% of Penang's water source is derived from Sungai Muda and this can only meet Penang's water demand up to the year 2020. There is an urgent need to implement the inter-state water transfer scheme to provide for future water demand, reduce dependency on one source i.e. Sungai Muda and the uncertainty due to recent logging activities within the Kedah water catchment areas.

The proposed Perak-Penang Raw Water Transfer will be carried out by pumping the raw water to a new tunnel to be constructed across the highlands dividing the Sg. Perak and Kerian basin. The raw water is then extracted from Sg. Kerian near the existing barrage in Penang state for subsequent treatment at the proposed Kerian Water Treatment Plant to supply potable water for the Penang State.

The project involves raw water and treated water infrastructures. In the water supply restructuring business model – Raw water infrastructure shall be financed via a grant from the Federal Government whilst treated water infrastructure shall be financed by PAAB funds. The total estimated costs involved is RM2 billion and will take seven years to complete.

This project is expected to provide a holistic solution to the future water demand requirements for potable water and irrigation needs of Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Lembaga Air Perak (LAP) and Drainage and Irrigation Department (DID) until the year 2050.

Lim Guan Eng

—-BM Version —-
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi PBA Holdings Lim Guan Eng di George Town, Komtar pada 1.2.2013

Pulau Pinang Minta PAAB Mempercepatkan Projek Pemindahan Air Antara-Negeri Perak-Pulau Pinang.

Pulau Pinang, Khamis: Pulau Pinang minta Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mempercepatkan Projek Pemindahan Air Antara-Negeri Perak-Pulau Pinang untuk memastikan negeri ini tidak akan menghadapi risiko kekurangan air selepas tahun 2020.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng berkata bahawa Pengerusi PAAB, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali telah memberi jaminan bahawa semua negeri yang telah menandatangani perjanjian penstrukturan semula dengan PAAB akan diberi modal kewangan untuk pembiayaan projek-projek mereka.

Untuk pengetahuan ramai, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Persekutuan untuk memindahkan aset air di bawah Inisiatif Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air pada 2 Jun 2011. PAAB adalah pemilik dan pengurus aset air negara di bawah inisiatif tersebut. Antara syarat persetujuan untuk pemindahan aset air adalah supaya tanggungjawab pembiayaan semua projek air negeri yang dianggarkan akan menelan belanja lebih daripada RM3.2 bilion akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.

"Cadangan Skim Pemindahan Air Sungai Perak telah diluluskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 30 Jun 2012 dan disokong oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan sedang menunggu kelulusan pelaksanaan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri," kata YAB Lim.

YAB Lim menambah bahawa sekarang, 80% sumber air adalah daripada Sungai Muda dan sumber ini hanya boleh menampung permintaan sehingga tahun 2020. Terdapat keperluan segera untuk melaksanakan skim pemindahan air antara-negeri untuk memastikan permintaan air masa depan dapat dipenuhi, serta untuk mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber iaitu Sungai Muda, dan juga ketidakpastian ekoran aktiviti pembalakan di kawasan-kawasan tadahan air Kedah.

Cadangan Pemindahan Air Mentah Perak-Penang akan dilaksanakan dengan mengepam air mentah melalui terowong baru yang bakal melintasi lembangan Kerian dan Sg Perak. Air mentah akan diekstrak daripada Sg Keriandi kawasan berdekatan dengan bendungan rendah Pulau Pinang untuk rawatan di Loji Rawatan Air Kerian yang dicadangkan untuk membekalkan air yang boleh diminum ke negeri Pulau Pinang.

Projek ini membabitkan infrastruktur air mentah dan rawatan air. Mengikut model bisnes penstrukturan semula air, infrastruktur air mentah akan dibiayai melalui geran daripada kerajaan Persekutuan manakala infrastruktur rawatan air akan dibiayai PAAB. Anggaran jumlah keseluruhannya adalah RM2 bilion dan ia akan mengambil masa tujuh tahun untuk siap.

Projek ini dijangka akan menyediakan penyelesaian holistik bagi keperluan masa depan untuk air minum serta sistem pengairan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Lembaga Air Perak (LAP) dan Jabatan Perparitan dan Pengairan sehingga tahun 2050.

—–Mandarin version —-

槟州首席部长兼槟州控股水务机构主席林冠英于2013年2月1日发表声明:

槟州政府要水务资产管理公司(PAAB)加速霹雳- 槟州跨州输水工程

槟州政府要水务资产管理公司加速进行霹雳- 槟州的跨州输水工程,以确保槟州不会在2020年之后面对潜在的水供危机。

槟州首席部长林冠英说,水务资产管理公司主席拿督斯里达祖罗斯里已经保证,与水务资产管理公司签署水务资产重组议的州属,将能够获得资金进行他们的水务工程。但是,两年过去了,他的承诺没有实现,讲话不算数,国阵的"一诺千金"去了哪里?

槟州政府在2011年6月2日与联邦政府签署了协议,以将槟州资产转移至国家水供业重组计划(NWSIRI)。在上述计划下,水务资产管理公司是国家水供资产的业主及管理人。其中一项针对"转移"水务资产至联邦政府的条件是,联邦政府将出资进行州内所有的供水工程,估计耗资超过32亿令吉。

林冠英说,"能源、绿色工艺及水务部已于2012年6月30日批准霹雳河输水计划,并由国家水务理事会同意,目前在等待首相署经济策划组批准。"

林冠英说,槟州80%的水资源来自慕达河,这只能够应付槟州的水需求至2020年。我们有必须马上进行跨州输水计划,以供应未来的需求,减少对单一水源即慕达河的依赖,以及吉打州境内储水区伐木活动的不确定性。

霹雳-槟州生水输送计划将把生水抽入新的水道,水道将建在霹雳河及吉辇河之间的高原区。我们将从槟州现有的吉辇河抽取生水到计划中的吉辇河滤水站,再转送可饮用水到全槟。

这项计划涉及生水及过滤水基础建设。水供再重组生意模式中,我们利用联邦政府的资金兴建生水设施,而水务资产管理公司将资助滤水站设施。涉及成长约20亿令吉,耗时7年。

这项计划估计能够为未来的槟州供水机构、霹雳水务局及水利灌溉局的水供及灌溉需求提供全方面的解释方案,直至2050年。

林冠英

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Kuala Nerus

Posted: 01 Feb 2013 05:32 AM PST







Pagi tadi, 1 Februari 2013 telah berarak beramai-ramai ke Pejabat UMNO Bahagian Kuala Nerus, Batu 6 dari Seberang Takir sempena sambutan maulidur rasul 1434 H yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Kuala Nerus. DUN Seberang Takir turut tidak melepaskan peluang berharga untuk sama-sama mengingati kelahiran nabi Muhammad S.A.W.

Semua DUN dalam Bahagian Kuala Nerus turut serta dalam program ini iaitu DUN Bukit Tunggal, Tepoh, Teluk Pasu dan Seberang Takir. Program ini turut dihadiri YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri kerana turut serta perarakan sempena sambutan maulidur rasul bahagian Kuala Nerus pada kali ini. Kesudian Dato' Seri amatlah dihargai.

Forum Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Posted: 01 Feb 2013 05:04 AM PST





Malam semalam, 31 Januari 2013 telah berlangsungya satu forum perdana sempena sambutan maulidur rasul 1434H yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir bertempat di Dataran Permata Kg. Baru Seberang Takir.

Forum perdana pada kali ini telah menampilkan 2 orang pakar motivasi sebagai ahli panel iaitu Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan YM. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Manakala moderatornya ialah penasihat agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu, Y.Bhg. Ustaz Kamarudin bin Omar. Forum perdana pada kali ini berkisar tentang tema maulidur rasul tahun ini iaitu "Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". 

Alhamdulillah, ramai yang hadir pada forum perdana semalam. Terima kasih diucapkan kepada para hadirin dan petugas yang menjayakan forum pada kali ini. Semoga forum-forum seperti ini dapat diteruskan di masa mendatang.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


31 Jan 2013 - Majlis sambutan Maulidur Rasul Surau Hidayah, Lorong Bahagia, Kg Pandan.

Posted: 01 Feb 2013 05:29 AM PST

LAPORAN BULETIN TV3 BERHUBUNG KERETAKAN TEMPAT LETAK KERETA APARTMENT INDAH RIA SHAH ALAM

Posted: 01 Feb 2013 12:04 AM PST

Pangsapuri Indah Ria Sekyen 22 Shah Alam adalah pemajuan kos sederhana yang mempunyai 240 unit rumah dan telah siap pada 2008.  Pada 2010 telah dilaporkan terdapat kesan keretakan pada tempat letak kereta. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengarahkan pemaju melakukan pembaikan. Pada penghujung 2012 kesan retakan dilihat semakin ketara.
 
Pada 30 Januari lalu, MBSA telah membawa kes ke pengetahuan MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor). Keputusan MTES adalah seperti berikut
 
a.     Pemaju perlu bertanggungjawab melakukan pembaikan  keretakan dalam masa dua minggu.
b.     Bahagian Kejuruteraan MBSA bertanggungjawab berunding dengan pemaju dan memantau kerja-kerja pembaikan.
c.      Jika pemaju gagal melakukan pembaikan, Kerajaan Negeri akan melakukan pembaikan dan pemaju akan bertanggunjawab membayar kos pembaikan tersebut.
  
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, Setiausaha Kanan Pejabat ini Lt Kamaruzaman Ahmad Nor TLDM (B) boleh dihubungi di talian 013-2069522 atau pertanyaan boleh dilakukan terus ke Bahagian Kejuruteraan MBSA di talian 03-5510 5133.
 
 
ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD
EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN
NEGERI SELANGOR

Bersama Khatib solat Jumaat Surau Al Hilal, Pandan Jaya 1 Feb 2013.

Posted: 31 Jan 2013 10:25 PM PST

Penyampaian anugerah tokoh Maal Hijrah Muslimin Surau Hidayah, Lorong Bahagia, Kg Pandan.

Posted: 31 Jan 2013 05:27 PM PST

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by Anonymous

Posted: 01 Feb 2013 07:52 AM PST

@Kaladin,

You conveniently omit to mention the Haj Charter.

Oh I forgot, you are just filling your master’s traits.

Comment on DCA failed to withdraw the AOC of FAX / AirAsia X in 2007 (Part 3) by Anonymous

Posted: 01 Feb 2013 07:48 AM PST

Tony wanted it for 1USD!

Comment on Misleading advertisment by Proton Edar? by Anonymous

Posted: 01 Feb 2013 04:48 AM PST

hi yb..its look proton had make changes in their promotion after been hentam…good job…nextime should be a leason http://proton-edar.com.my/Experience/Special-Promotions/CNY-2013-Promotion.aspx

Comment on Issues for your MP by GuitarFans

Posted: 01 Feb 2013 02:28 AM PST

i’ve tried to repost – total 6 parts, but part 2 and part 5 seems uanble to show up despite i tried a few times.

FYI, WM sec. 2 just got the water supply fully resume starting 5am, but then suddenly no water again at 12:20pm today – 1 Feb, 2013.
Again, the excuses given are the same, including “permintaan semakin tinggi dan melebihi jumlah bekalan air dari kolam”, in which it’s the same excuses given since last year.

Kindly refer to my 6 parts reports above and below for comparison. We as the consumer sincerely hope that the real truth will be exposed ASAP and whoever are doing the manipulation will be prosecuted.

Comment on Issues for your MP by GuitarFans

Posted: 01 Feb 2013 02:10 AM PST

part 6 – cont.
Apakah SYABAS mahu menimbulkan perasaan panik kepada penduduk negeri selangor, ada sesetengah kawasan bekalan air Paip dari syabas sangat perlahan, apakah yang telah mereka lakukan.

Risalah daripada Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam, yang mirip beberapa iklan besar yang dipaparkan di dalam akhbar-akhbar baru-baru ini, di mana iklan-iklan tersebut menafikan tuduhan daripada beberapa pihak, tetapi apa yang berlaku setakat ini menunjukkan bahawa penafian daripada SYABAS langsung tidak menyakinkan.

> Jika semua rumah pam, pam & infrastruktur air sudah usang sebab dah lama digunakan:

1> mengapa fenemona ini tidak berlaku di negeri-negeri lain, contoh, negeri diperintah BN, tidak ada cerita pun dalam akhbar & TV.
Apakah, fasiliti yang ada di negeri-negeri lain semuanya jenis yang Tahan Lasak, Tak Boleh Rosak ??

2> kalau iapun fasiliti air di negeri Selangor telah rosak, maka mengapa tidak dibuat penyelengaraan yang berjadual serta pembaikan dari masa kesemasa. Kalau perlu digantipun perlu ada laporan teknikal untuk cadangan menggantinya, untuk dipertimbangkan sama ada perbelanjaan
pengurusan atau Pembangunan (CAPEX).

–> SYABAS menyatakan bahawa penyelengaraan yang berjadual ada dibuat. Tapi cuba fikirkan :
jika benar kata SYABAS, mengapa masalah air yang SAMA sekali berulang sejak hujung tahun 2012, sehingga sekarang ?? (part 6 end)

Comment on Issues for your MP by GuitarFans

Posted: 01 Feb 2013 01:53 AM PST

part 4 cont.
> Mengikut penafian daripada SYABAS:

“Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air.

Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan dalam membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap 'overload' untuk memenuhi permintaan yang tinggi.”

–> Cuba fikirkan sejauh mana fakta dari SYBAS ini masuk akal.

> Kerajaan Selangor ingin membantu dalam penyesaian krisis air ini, TANPA rakyat Selangor dan WP untuk menanggung kos akibat hutang dan kerugian syarikat konsesi; dan kerajaan Selangor menyediakan dana untuk menaikkan tarat infrastuktur loji yang sedia ada.

> Mengikut LUAS – LEMBAGA Urus Air Selangor:

- bekalan air mentah Selangoor CUKUP
- simpanan air di 7 buah empangan Selangor MELEBIHI 100% dan MELIMPAH.

> Jan 2012: Kerajaan Selangor membuat tawaran – lebih daripada RM 10 bilion ditawarkan, tetapi tawaran tersebut ditolak olej Puncak Niaga dan SYABAS.

part 5 follows.

Comment on Issues for your MP by GuitarFans

Posted: 01 Feb 2013 01:36 AM PST

Antara fakta yang diketahui setakat ini :

1. # Masalah Pengurusan SYABAS: 1> tidak cekap 2> enggan bekerjasama dengan Kerajaan Selangor

http://www.selangorku.com/?p=13008

http://www.nanyang.com/node/503689 - 2013-01-10 12:22 (bahasa Mandarin)

http://www.nanyang.com/node/503206 - 2013-01-08 12:29 (bahasa Mandarin)

http://tukanglawan.blogspot.com/2012/07/krisis-air-selangor-paip-syabas-yang.html

—————————————–
> Menteri Besar Selangor Khalib melawat Rumah Pam Wangsa Maju pada 2013-01-07, mendapati bahawa:-

- jumlah 5 pam, tapi 1 pam telah berhenti berfungsi
- dan tinggalnya 4 pam berfungsi yang mana 4 pam turut mengalami kerosakan sejak lama

> Mengikut siasatan dalaman kebelakangan ini oleh beberapa pihak profesional dengan pembekal peralatan bagi Rumah Pam Wangsa Maju:
krisis air di rumah Pam Wangsa Maju disebabkan SYABAS tiada kontrak maintenance dengan pembekal bagi maintenance tetap dan hanya buat service maintenance BILA MASALAH TIMBUL.

Comment on Issues for your MP by GuitarFans

Posted: 01 Feb 2013 01:24 AM PST

Greeting MP Wee,

1st attempt to send @ 20130131 4:46pm. i’ve sent to SPAN. And here i sincerely hope that people from high positions will do a serious investigation on the truth hidden from public by SYABAS or any other related parties.

————————-
Salam.

Saya sebagai salah seorang penghuni di kawasan Wangsa Maju selama beberapa tahun, dan sampai masa ini jam pukul 4pm pada 31 Jan, 2013 masih mengalami masalah putus air selepas lebih daripada 12 jam, sejak 9pm semalam iaitu 30 Jan 2013, dan kerana itu HIDUP dan KERJA kami
terjejas, ingin melaporkan keadaan kami sebagai pengguna/ customer SYABAS, seperti berikut.

Ini kerana kami sebagai pengguna/ customer SYABAS sudah amat marah dengan alasan-alasan SYABAS tetapi masih gagal menyesaikan masalah krisis air ini.

Gangguan air di semua kawasan di bawah Wangsa Maju sudah berturut-turut dengan lebih serius sejak Nov 2012.
Daripada putus air sekali setiap 2 minggu, sehingga sekali setiap minggu, sehingga kebelakangan ini sekali setiap hari.
Dan dari semalam sampai sekarang telah tiada air lebih daripada 12 jam.
Dan sebenarnya masalah yang SAMA berlaku tahun lepas.

Berapa banyak kali lagi kami perlu melaporkan masalah yang berulang ini? Di samping menjejaskan masa hidup dan kerja kami ??? Sedangkan kami masih perlu membayar bill kepada SYABAS pada masa yang tepat ???

Comment on DCA failed to withdraw the AOC of FAX / AirAsia X in 2007 (Part 3) by Kaladin

Posted: 01 Feb 2013 01:02 AM PST

“Batavia Air ruled as bankrupt” (The Straits Times, Feb 1, 2013)

“Indonesia’s commercial court has declared budget carrier Batavia Air bankrupt months after AirAsia, South-east Asia’s top low-cost airline, aborted a deal to buy it. A bankruptcy petition filed by US-based International Lease Finance Corporation was approved after the airline failed to pay a US$4.7 million debt due on Dec 13.” (Associated Press)

Didn’t Tony Fernandes and AirAsia get a lot of criticism for pulling out of the Batavia Air deal? If I remember right, certain parties used this to claim that AirAsia was being “targetted” by the Indonesian authorities yadda yadda.

In hindsight, they (AirAsia) did the right thing by pulling out of a dodgy deal.

Let’s see now if Batavia Air manages to restructure itself and exit bankruptcy a la Japan Airlines.

Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by Kaladin

Posted: 01 Feb 2013 12:39 AM PST

anti betrayal

And here we go again….

Sir – do you understand how the free market works? Do you understand the economics and realities of the aviation industry?

No airline, be it full service, national “flag carrier” or low-cost carrier can survive for long (at least not without bailouts or subsidies) flying unprofitable or low-margin routes.

Ask yourself the following:

(1) was MAS making profits on the KL-Jeddah route?

(2) is MAS “obliged” to operate the KL-Jeddah route for “national service” reasons, regardless of profitability?

(3) which, then, raises the question of what are “national service” routes (shall we revisit the issue of rural air services in East Malaysia?) and what are “free market” routes?

(4) is the Malaysian government obliged to subsidise passengers on MAS flights on the KL-Jeddah route (such subsidies being paid out of public funds) so that MAS doesn’t incur operating losses on this route?

It’s easy to make gallery-pleasing populist comments without delving into hard economic facts and industry realities.

Nuffnang