Jumaat, 9 Ogos 2013

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Penerbitan Dewan Sastera Wadah Kegiatan Sastera

Posted: 09 Aug 2013 04:37 PM PDT

Direct Free Kick

Direct Free Kick


TEKANAN DARI DALAM PARTI.

Posted: 09 Aug 2013 08:08 AM PDT

Dari komen FB, reposted : Memang saya akui YB-YB memang menerima TEKANAN dari org2 Parti utk dahulukan org Parti bila hendak menyampaikan sumbangan. Walaupun ada bukan org Parti yg lebih layak. 

Alasannya org2 Parti tolong menangkan YB jadi YB kena tolong org Parti dulu. 

Ini berlaku dalam semua Parti. Sudah tentu dalam Umno. Dan berlaku juga dalam PAS. 

Jadi YB-YB kena ada "a strong sense of accountability". Akhirnya yg kena jawab YB sorang-sorang. Sama ada atas dunia atau dalam kubur. 

Jadi buat yg betul. Takde org nak tolong dalam kubur kelak. Kalau kena maki pun, kejap aje atas dunia ni. Dalam neraka kho lidi nafi ha abada.

CABARANNYA ADALAH MENCARI YANG BENAR-BENAR LAYAK.

Posted: 09 Aug 2013 07:42 AM PDT

Pada saya cabaran utama utk menyampaikan bantuan adalah bukan jumlah wang yang perlu diperuntukkan tetapi utk mencari org yg betul2 layak utk menerima bantuan.

Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kpd mereka yg tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan.

Saya juga percaya mereka yg betul2 layak atau atau betul2 melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan utk dtg berjumpa YB, Nazir Masjid, Pengerusi Surau, Penghulu atau Ketua Kg.

Sama ada tak kenal mereka, segan, takde duit tambang, takde kenderaan, takde handphone nak tel atau sms, malu nak cakap atau semata-mata bependirian tak mahu menyusahkan org.

Adalah menjadi tugas kita utk turun padang cari DARI PINTU KE PINTU.

Tetapi agak susah sebab org yg betul2 melarat sebenarnya mempunyai jati diri yg tinggi. Mereka tak mahu ke depan.

Mungkin ramai yg tak percaya bahawa kami pernah jumpa sekeluarga yg berbuka puasa dgn nasi dan kicap sahaja! Ini cerita benar! Berlaku di tempat kita.

MUNGKIN RAMAI LAGI YG TAK PERCAYA KALAU SAYA BERITAHU ADA SEORANG PELAJAR MELAYU SEKOLAH RENDAH YG TERLAMPAU LAPAR SEHINGGA TERPAKSA MAKAN CICAK DI SEKOLAH!

KETIKA PELAJAR2 LAIN KE KANTIN, BELIAU MENCARI CICAK UTK DIMAKAN.

INI CERITA BETUL, BERLAKU DI KL BUKAN DI CONGO ATAU ZIMBABWE.

HANYA SETELAH PERISTIWA ITU BARULAH GURU2 SEKOLAH TERSEBUT TAHU AKAN BETAPA MELARATNYA KELUARGA BUDAK TERSEBUT.

TETAPI SEBELUM ITU DIA TAK PERNAH BERITAHU APA2 KPD GURU2.

PENGAJARAN-PENGAJARAN DARI KES LIF ROSAK DESA MENTARI.

Posted: 09 Aug 2013 06:51 AM PDT


Penduduk marah kenapa lif2 masih belum dibaiki walaupun telah 2 minggu peruntukan kerajaan negeri diluluskan. 

Pada awalnya kerajaan negeri hendak melantik kontraktor yg boleh membaikpulih secepat mungkin. Tetapi kami dapati JMB ada kontrak penyelenggaraan dgn pembuat (manufacturer) lif - Ryoden Mitsubushi. Jika kontraktor lain menyentuh lif itu maka ia akan menjejaskan kontrak penyelenggaraan dgn Ryoden. 

Oleh itu, kerajaan negeri akur kpd keputusan JMB agar lif2 itu dibaikpulih oleh Ryoden. Memang keputusan JMB itu tepat sbb lebih baik guna spare part yg original. 

Tetapi spare part original ambil masa utk sampai. Kena order dari Jepun. Walau bagaimanapun setelah didesak, Ryoden setuju utk baikpulih 2 dari 5 lif yg hendak dibaiki guna spare part dari kontrak mereka yg lain. 

Tapi makan masa 2 minggu juga. Utk baki 3 lif lagi akan ambil masa 4 bulan. Saya telah arah Lembaga Perumahan (LPHS) utk desak lagi Ryoden supaya percepatkan kerja2 baikpulih atau cari alternatif yg lebih cepat. 

PENGAJARAN-PENGAJARAN : 

( 1 ) UTK REPAIR LIF AKAN AMBIL MASA TERUTAMANYA YG DAH LAMA TAK DISELENGGARA.

( 2 ) PASTIKAN CAJ PENYELENGARAAN DIBAYAR MENURUT JADUAL SUPAYA PENYELENGGARAAN DAPAT DILAKUKAN.

( 3 ) KALAU ADA YG BAYAR DAN ADA YG TIDAK MAKA KESEMUA PENDUDUK AKAN TERSIKSA. ITU SEBAB KERAJAAN NEGERI TELAH MULA DAKWA DI MAHKAMAH MEREKA YG DEGIL TAK MAHU BAYAR.

PENJELASAN TENTANG DEWAN TERBUKA KG PANDAN.

Posted: 09 Aug 2013 06:27 AM PDT


Seperti yg pernah saya jelaskan, cukup payah nak dapat peruntukan dari Geran Selangorku.


Utk mendapatkan peruntukan membina dewan itu memakan masa berbulan-bulan walaupun kosnya tidak tinggi, manfaatnya banyak dan amat diperlukan. 

Pada majlis pecah tanah, saya memberitahu saya terpaksa menulis 8 pucuk surat kepada Menteri Besar untuk mendapatkan kelulusan peruntukan. Itu pun dapat separuh kos aje, MPAJ kena biayai separuh lagi kos. Dan itu pun dapat dewan terbuka bukan tertutup.

Geran Selangorku ditadbir oleh satu JK Khas. Tidak ada wakil Exco di dalamnya. Tidak ada wakil PAS di dalamnya. Mereka tidak melaporkan kepada Exco.

Jadi pada pandangan saya kita terima dulu dewan terbuka. Nak dapat dewan terbuka ni pun macam 3 kali mati hidup balik. Untuk fasa kedua kita buat penambahan untuk jadikan ia tertutup.

Ada yang kata mereka tak nampak "nilai positif" pada dewan terbuka itu, sabar dulu! Kita tunggu fasa kedua.

BODOHKAH KERAJAAN NEGERI CUBA MEMBANTU PENDUDUK DESA MENTARI?

Posted: 09 Aug 2013 06:23 AM PDT


Ada org kata Kerajaan Negeri bodoh kerana campur tangan isu lif rosak di Desa Mentari. Ia bukan masalah kerajaan. Caj penyelenggaraan yg dikutip pemaju tidak cukup utk selenggara lif. Ramai penduduk tak bayar caj RM45 sebulan yg ditetapkan oleh pemaju.

Akhirnya Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menyita lif2 itu kerana ia tidak lagi selamat. Ada kabel lif telah putus. Tinggal satu aje. Kalau itu pun putus ........ habis!

Jadi ia di antara pemaju dan penduduk. Kalau penduduk bayar maka pemaju akan repair. Lif2 itu pun boleh bergerak semula. Takde kena mengena langsung dgn kerajaan. Kalau kerajaan tak mahu bantu pun takpe! Kenapa tak mahu bayar caj penyelenggaraan bulanan.

Tapi saya telah bentang kes ini di dalam Mesyuarat Exco dan Exco setuju luluskan RM100,000 dibawah CERIA utk repair lif. Lembaga Perumahan akan memantau kerja2 baikpulih.

Ada yg kata ini kerja gila! Kata mereka kerajaan telah menghulur kepala utk disembelih! Kalau ada masalah dgn kerja2 baikpulih maka kerajaan akan disalahkan.

Patutnya org yg tak bayar yg kena bantai tapi sebab kerajaan dah campur tangan maka kerajaan akan jadi mangsa.

Hari ini terbukti betul kata mereka! Utk repair lif bukan mudah. Terutamanya lif yg dah lama tak diselenggara.

Spare part lift bukan macam spare part kereta. Bukan boleh beli di tepi jalan. Kena order, ambil masa.

Kerajaan dah percepatkan pengeluaran peruntukan. Tapi kerajaan takde kawalan ke atas kerja2 repair. Nak lantik kontraktor pun satu hal. Tak boleh lantik suka2 aje. Silap lantik warranty utk seluruh lif akan batal.

Kalau dah siap pun perlu disahkan oleh JKKP sebelum boleh digunakan. Ye lah ia melibatkan nyawa, tak boleh hentam aje.

Sekarang kerajaan kena bantai sebab proses baikpulih masih berjalan.Adakah berbaloi kerajaan campur tangan?

Pada saya menjadi tanggungjawab kerajaan utk bantu rakyat. Sama ada rakyat nak ucap terima kasih atau nak maki, itu di antara mereka dan Allah. Dalam kubur sama2 kita jawab.

SUARA PERAK

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Perompak bawa lari mesin ATM di Kulaijaya

Posted: 09 Aug 2013 02:10 AM PDT

2 Syawal 1434 H. [MOD] -

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) merekodkan suspek yang memakai penutup muka memecah dan melarikan mesin wang automatik (ATM) di salah sebuah bank di pekan Kulai, awal pagi tadi. - Foto NSTP

KULAIJAYA: Dalam suasana tenang menyambut Aidilftri, sekumpulan penjenayah mengambil kesempatan merompak bank dengan membawa lari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Pasar, dekat sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 2.45 pagi itu, dipercayai sekumpulan tiga hingga lima penjenayah melarikan sebuah mesin ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum dibawa lari menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV). 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian terbabit dan katanya pihak polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan mengesan penjenayah itu. 

Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam

Posted: 08 Aug 2013 09:28 PM PDT


2 Syawal 1434 H. [MOD] -



Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.
    
Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.
    
Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
    
"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.
    
Noor Aziah berkata situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun mengetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu.
    
Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian sekali gus membentuk sebuah keluarga bahagia.
    
"Sebenarnya institusi keluarga itu adalah asas pembangunan sesebuah negara dan kalau institusi keluarga itu berjalan dengan baik maka negara pun akan jadi lebih baik," katanya.
    
Menyentuh mengenai belia pula, beliau meminta kerajaan memperbanyakkan penganjuran program keilmuan dan keagamaan kepada golongan belia di negara ini dalam usaha melahirkan belia berakhlak mulia, pada masa hadapan.
    
Noor Aziah berkata berdasarkan dapatan hasil kajiannya, mendapati gejala sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah dan minum arak dalam kalangan belia Islam kini, berada pada tahap membimbangkan.
    
"Antara beberapa kaji selidik yang saya lakukan adalah Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009, Kajian Belia, Dadah dan HIV:Punca dan Hak pada tahun 2010, dan Kajian Pembinaan Modul Ta'dib di Sekolah Henry Gurney, Melaka 2011.

"Hasil kajian ini membuatkan saya risau akan akhlak golongan belia pada masa ini yang mana bagi pandangan saya berpunca daripada tidak menghayati ilmu agama sepenuhnya walaupun ada pendidikan agama tetapi tidak mengamalkan ilmu agama yang ada itu. Kebanyakan responden menjawab tidak tahu sembahyang atau sudah lupa macam mana hendak sembahyang sewaktu ditemu bual," katanya kepada Bernama.
    
Beliau yang juga pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata penularan gejala tidak sihat itu bakal memberi impak negatif kepada pembangunan modal insan negara ini sekiranya tidak ditangani segera.
    
"Dari kajian yang saya buat, saya dapati kanak-kanak pun mula mencuba seks semuda 12 tahun dan saya juga mendapati semasa saya membuat kajian 'Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia' pada 2007, mendapati ibu paling muda mengandung yang saya temu bual ialah 13 tahun.
    
"Macam mana negara ini hendak melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai personaliti terhormat pada masa depan sekiranya belia kini tidak mempunyai akhlak sepatutnya dikehendaki dalam Islam," katanya.
    
Apabila ditanya pendekatan kreatif yang boleh dilaksanakan bagi menarik minat belia terhadap program itu, Noor Aziah berkata ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya mencari 'role model' dari kalangan belia yang berjaya dalam bidang tertentu seperti johan Tilawah al-Quran, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia, jaguh sukan dan artis.
    
Noor Aziah juga berkata kira-kira 80 peratus golongan belia bermasalah datang daripada keluarga ibu tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa.
    
Beliau yang juga anggota Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak Malaysia itu berkata angka itu didapati menerusi Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009 yang melibatkan responden berumur 15 tahun hingga 40 tahun.
    
Sehubungan itu, beliau berkata peranan institusi kekeluargaan juga penting untuk memartabatkan pembangunan sahsiah diri golongan belia negara.
    
"Di sini peranan ibu bapa penting memberi pendidikan agama sepenuhnya kepada anak-anak. Pada pemerhatian saya kebanyakan anak-anak hanya dapat ilmu agama daripada guru agama dan apabila bersama ibu bapa mereka tidak belajar.
    
"Oleh demikian, saya menyarankan supaya kita semua kembali kepada perkara asas iaitu didikan agama dan memperbaiki mutu keluarga yang sedia ada dan yang akan dibina," katanya.

- Bernama

Sandiwara pemimpin MCA, masih pegang jawatan k'jaan.

Posted: 08 Aug 2013 09:21 PM PDT

2 Syawal 1434 H. [MOD] -
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang. 



"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam. 
     
Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.
    
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai 'Duta Khas Perdana Menteri ke China', anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.
    
Minggu lepas, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju Datuk Yew Tian Lock bersama-sama dengan pengerusi bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah serta enam lagi pengerusi bahagian lain menegaskan bahawa mereka akan menghantar memorandum kepada jawatankuasa disiplin parti sekiranya Dr Chua masih enggan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang. 
  
Enam lagi bahagian yang turut menggesa Dr Chua untuk meletakkan jawatan kerajaan itu adalah MCA Teluk Intan, Bentong, Kuala Selangor, Kual Krau, Raub dan Paya Besar 
     
MCA sebelum PRU13 telah memutuskan untuk tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menerima sokongan penuh masyarakat Cina. 
     
Namun, Dr Chua dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi parti telah memutuskan bahawa mana-mana jawatan yang dipegang sebelum PRU13 masih boleh diteruskan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam parti.


Berita asal Bernama diubah tajuk

Pendukung Mursi sambut Idulfitri di lokasi demonstrasi

Posted: 08 Aug 2013 09:00 PM PDT


2 Syawal 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,09 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Hari Raya Aidilfitri dirayakan para pendukung presiden yang digulingkan tentera Mesir, Muhammad Mursi dengan turun ke jalan. 

Memetik tulisan blog Kelab Greenboc, mereka menuntut jawatan Mursi dikembalikan. Mereka merayakan Aidil-fitri pada hari Khamis (8/8) di lokasi demonstrasi di Nasr City.

"Pendemo di sini sekarang jumlahnya ramai, mengatakan kepada pemerintah, Mursi adalah presiden yang sah, dan mereka tidak akan pergi sehingga kedudukan Mursi dikembalikan," ujar laporan Aljazeera.

Kedua belah pihak, pendukung dan penentang Mursi meminta pendukung masing-masing untuk protes. Presiden sementara Mesir, Adly Mansour dalam pesanannya sempena Aidil-Fitri menyatakan Mesir dalam keadaan kritikal. Pemerintahan sementara akan menekankan rancangannya sendiri untuk membuat pemilihan baru dalam sembilan bulan.

"Kereta masa depan sudah berangkat, dan setiap orang harus sadar momen dan menangkapnya, siapa saja yang gagal menyadari momen ini harus bertanggungjawab terhadap keputusannya," ujar Mansoour.

Sebelumnya, utusan AS, William Burns menjadi orang tengah kompromi di antara pemerintah dan Ikhwanul Muslimin. Utusan Eropah, Bernardino Leon juga berada di Kaherah untuk usaha yang sama. Brussel dan Washington mengatakan semua pihak di Mesir harus mengatasi masalah yang dinilai telah berbahaya.


"Situasi ini sangat rapuh, yang tidak hanya berisiko lebih banyak pertumpahan darah dan polarisasi di Mesi, tetapi juga menghalang pemulihan ekonomi yang sangat penting bagi kejayaan transisi Mesir," ujar Menteri Luar Negeri AS, John Kerry dan ketua urusan luar negeri Kesatuan Eropah, Catherine Ashton dalam pernyataan bersama.

isteri Mursi, Naglaa Mahmoud, yang jarang kelihatan di depan umum turut ikut serta dalam demontrasi aman semalam. Ia berbicara di hadapan para demonstran di Kaherah dengan menyerukan suaminya untuk diizinkan kembali ke tampuk kekuasaan. Para peserta aksi menyambut pidato Naglaa dengan teriakan "Kembali! Kembali!".



'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan jadi panas

Posted: 08 Aug 2013 08:58 PM PDT


2 Syawal 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,09 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: 'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia' akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya, tulis Aspan Alias. 

Tulisnya lagi, the pre publication remarksyang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.

Lebih-lebih lagi, menurutnya  tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. 

"Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar ke depan untuk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi," tulisnya di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com sebagaimana di bawah.


'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia' akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya. 'The pre publication remarks' yang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.

Lebih-lebih lagi tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar ke depan untuk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi. 

Segala-gala kemudharatan yang negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah.

Mahathir berkata yang beliau belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari apa yang disebutkan oleh Abdullah dalam publisiti 'pre-launching'nya itu Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat di mana-mana nanti.

Abdullah selama ini berdiam diri apabila di'seksa' oleh Dr Mahathir tetapi kali ini Abdullah keluar dan waktu dan masa ini adalah waktu yang paling terbaik bagi Abdullah untuk menjawab segala tuduhan dan kata-kata penghinaan Dr Mahathir terhadap beliau. Di antara Dr Mahathir dan Abdullah ini ibarat dua orang yang sedang bermain gasing. 

Sudah begitu lama Dr Mahathir hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi sedemikian rupa.

Bagi saya jika ada kesalahan Abdullah itu, ia juga adalah kesalahan Dr Mahathir kerana Abdullah adalah ciptaan Dr Mahathir dalam kepimpinan negara. Mahathir telah mencipta Abdullah untuk dijadikan pemimpin yang boleh disuruh arah dan dipandu oleh pengaruh beliau setelah bersara. Media telah memaparkan Abdullah sebagai orang baik. Tetapi dari awal tidak pula media ini memaparkan sebagai seorang pemimpin yang baik, hanya sekadar orang baik sahaja. 

Tetapi ciptaan Mahathir tidak menepati kegunaan yang diharapkan oleh beliau (Dr Mahathir), iaitu untuk menyuruh arah Abdullah. Mahathir terlupa yang Abdullah yang lembut itu adalah seorang yang degil. Abdullah tidak mudah melakukan sesuatu kerana memandang kearah telunjuk pemimpin yang telah mencipta beliau dan pengganti beliau (Dr Mahathir). Bagi Abdullah jika beliau dijadikan PM, jadikanlah beliau sebagai PM yang sebenarnya dan bukannya sebagai PM boneka kepada seseorang yang lain.

Itulah sebab bermulanya perselisihan di antara Abdullah dengan Dr Mahathir dan Mahathir bertindak cepat untuk mengkritik Abdullah secara terbuka dan kesemua kesalahan terhadap negara beliau lemparkan kepada Abdullah untuk bertanggungjawab. Sejak dari saat itu semua kesalahan terletak di bahu Abdullah dan bermula dari zaman pentadbiran Abdullah. Di sebaliknya semua yang boleh dipersepsikan sebagai baik adalah kepunyaan dan menjadi tuntutan Dr Mahathir sebagai sumbangan beliau kepada negara.

Apabila Dr Mahathir sedar yang Abdullah tidak mahu tunduk kepada kemahuannya maka Abdullah terpaksa menerima segala keburukan walaupun perkara itu dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri. Segala keburukan berlaku dari zaman Abdullah Badawi.

Rasuah yang berlaku secara besar-besaran mengikut pandangan Dr Mahathir berlaku dari zaman Abdullah. Mengisi kepimpinan yang berbudaya mengampu dan 'burung balam' itu bermula dari zaman Abdullah.

Tidak siapa boleh percaya rasuah yang begitu besar dan dilakukan secara sistematik oleh kerajaan itu berlaku dari zaman Abdullah. Lazimnya rasuah yang sampai ke tahap seperti yang dialami negara sekarang memakan masa paling kurang dua puluh tahun untuk berkembang seperti yang kita lihat sekarang.

Mahathir tidak memberikan tumpuan untuk membina dan menyuburkan benih kepimpinan di kalangan UMNO kerana membina kepimpinan bermakna akan membunuh niat beliau untuk berkuasa dalam tempoh yang lama terhadap negara. Sedangkan semua mereka yang berkepimpinan dan yang terbina di zaman Tun Razak dan Hussein Onn pun diketepikan oleh Dr Mahathir dengan begitu halus, bagaimana seseorang itu boleh mengharapkan beliau untuk membina dan membentuk barisan pemimpin yang berkepimpinan.

Akhirnya Abdullah Badawi yang dari awal tidak pernah dilihat sebagai orang yang berpotensi untuk menjadi PM pun boleh manjadi PM dan mereka yang ada disekeliling Abdullah itu adalah dari ciptaan Mahathir senditri. Mereka mempunyai ciri yang serupa, baik Abdullah, Najib dan akan berterusan dengan kepimpinan acuan yang sama, baik Muhyiddin atau kesemua Naib-Naib Presiden UMNO yang ada pada hari ini.

Saya selalu menyebut sesiapa yang mentadbir negara selepas Dr Mahathir merupakan dari kumpulan yang sama, tidak boleh diharapkan apa-apa yang besar dari mereka. Mereka adalah 'tot' dari Dr Mahathir dan tidak mungkin ada dikalangan yang berkuasa dalam UMNO sekarang mampu memimpin negara dengan betul.

Dr Mahathir itu sendiri menerima akibat kritikan dan pemimpin yang mengambil beliau sebagai pemimpin negara. Hussein Onn sendiri pernah menzahirkan penyesalan beliau kerana memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi cara mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang baik mereka tidak mengkritik Dr Mahathir seperti Dr Mahathir mengkritik Abdullah dan sekarang kritikan beliau akan hinggap pula kepada batang tubuh Najib Tun Razak.

Walau bagaimana pun mari kita baca dahulu apa yang tertulis dalam 'Awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' yang akan dilancarkan oleh pemimpin pembangkang Nurul Izah Anwar itu.

Selepas itu kita bahaskan sama-sama. Apa yang saya komen ini hanyalah merupakan 'preamble' terhadap apa yang mungkin saya komen setelah membaca buku itu dengan sepenuhnya nanti.

Isu ini pastinya merupakan satu topik yang di minati ramai. Kita tunggu. Tidak lari gunung dikejar.

Pemandu Teksi Cedera Dikatakan Tertembak Diri Sendiri

Posted: 08 Aug 2013 08:56 PM PDT

2 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi cedera di tapak tangan kirinya dengan mendakwa ia akibat tertembak dirinya sendiri di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun yang juga pengutip bil sambilan itu dikatakan menemui sebuah beg sandang hitam di tempat duduk belakang teksinya.

"Selepas selesai mengutip bil di sebuah restoran, mangsa mendakwa pergi ke tempat duduk penumpang di bahagian belakang teksi untuk mengambil sebotol air dan ternampak sebuah beg sandang sebelum menemui sepucuk pistol di dalamnya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mangsa dikatakan cuba mengeluarkan pistol itu dari beg berkenaan namun satu das tembakan terlepas secara tiba-tiba dan terkena tapak tangan kirinya.
Polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada apa yang dilaporkan berlaku oleh lelaki itu benar atau sebaliknya.
Pemandu teksi itu menjalani pembedahan tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. - BERNAMA

Bouncer pusat hiburan cedera ditembak di Pulau Pinang

Posted: 08 Aug 2013 08:51 PM PDT

2 Syawal 1434 H. [MOD] -

GEORGE TOWN 9 Ogos - Seorang 'bouncer' di sebuah pusat hiburan di Jalan Keramat di sini, cedera di paha selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini.

Chong Peng Meng, 43, dari Flat Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim bersama rakannya ditembak seorang suspek bertopi keledar sejurus tiba di tempat letak kereta pusat hiburan itu pada pukul 12.50 pagi.


"Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang sedang turun dari keretanya jenis BMW dan satu das tembakan mengenai paha sebelah kiri mangsa," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama di sini.

Kong Meng berkata, mangsa yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dilapor dalam keadaan stabil manakala rakannya tidak cedera.

Siasatan awal polis di tempat kejadian menemukan tujuh kelongsong peluru jenis 9mm dan mendapati satu das tembakan mengenai kereta jenis Perodua Myvi milik orang awam, katanya.

Katanya, polis percaya kejadian ada kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Tan, 43, berkata, suspek yang berkulit cerah telah mengacukan pistol ke arah tempat duduk pemandu ketika mangsa sedang keluar dari kereta itu.

"Suspek yang bertopi keledar hitam telah melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal yang tidak diketahui nombor plat dan jenisnya," katanya. - BERNAMA

5 cedera, 1,800 dipindahkan akibat kebakaran di timur Los Angeles

Posted: 08 Aug 2013 08:47 PM PDT

2 Syawal 1434 H. [MOD] -

5 cedera, 1,800 dipindahkan akibat kebakaran di timur Los Angeles

LOS ANGELES: Seribu anggota bomba California dikejarkan ke lokasi kebakaran di timur Los Angeles yang mencederakan lima orang dan memaksa kira-kira 1,800 penduduk meninggalkan kediaman mereka, kata pihak berkuasa hari ini. 

Mereka yang cedera termasuk empat anggota bomba dan seorang awam, kata Jabatan Bomba County Riverside. 


Ketua Bomba, John Hawkins berkata mangsa dikeluarkan daripada kawasan kebakaran menggunakan helikopter. 


Kira-kira 15 bangunan musnah dalam kejadian kira-kira 150 kilometer di timur Los Angeles itu. - AFP

7 rumah setinggan di Sentul Pasar hangus terbakar

Posted: 08 Aug 2013 08:45 PM PDT

2 Syawal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh rumah setinggan di Kampung Chubadak, Sentul Pasar di sini musnah dalam satu kebakaran malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad, berkata kedudukan rumah yang sesak dan terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan banyak rumah musnah kerana api marak dengan pantas. 



"Kami masih belum boleh nyatakan jumlah sebenar rumah yang terbakar 
kerana kami sedang mengumpul pemilik rumah berkenaan kerana kebanyakannya 
bercuti raya di kampung masing-masing. 

"Yang menjadi masalah utama adalah sumber air yang agak jauh, kita terpaksa 
menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke mari," katanya ketika ditemui di 
lokasi kejadian malam tadi. 
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.52 malam, dan 
anggota serta jentera bomba tiba 14 minit kemudian serta dapat mengawal 
kebakaran dalam tempoh 40 minit. 


"Kami telah menghantar lima jentera iaitu Balai Bomba Sentul, Balai Bomba 
Hang Tuah, Balai Bomba Setiawangsa, Balai Bomba Gombak Selatan dan Balai Bomba 
Sri Hartamas," katanya. 

Katanya, semua mangsa yang terbabit selamat dan tiada kecederaan 
dilapor berlaku dalam kejadian. 

"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

Sementara itu, Endra Yusman, 30, bersyukur kedua ibu bapanya tiada di rumah 
ketika kejadian kerana pulang beraya di kampung di Bandar Baru Kedah. 

"Sudah hampir 50 tahun ibu bapa saya tinggal di sini," katanya ketika 
ditemui dilokasi kejadian. 

Pasangan suami isteri Roslan Mun, 41, dan Normiza Halim, 31 turut bersyukur 
kerana sempat menyelamatkan diri. 

"Ketika kejadian saya bersama kira-kira 20 anggota keluarga sedang menonton 
televisyen di ruang tamu apabila terdengar suara jiran menjerit ada api. Saya
dan anggota keluarga segera mengambil anak-anak masing-masing dan barangan 
berharga serta bergegas keluar rumah," kata Normiza. 

- BERNAMA

Trafik perlahan sebelum Plaza Tol Gombak ke Bentong

Posted: 08 Aug 2013 08:42 PM PDT

2 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Peningkatan kenderaan di beberapa lebuh raya utama pagi ini menyaksikan pergerakan trafik sedikit perlahan terutama di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong. 


Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama, bagaimanapun secara keseluruhan keadaan adalah terkawal, manakala trafik di lebuh raya lain masih lancar setakat 9 pagi ini.


Projek Lebuhraya Usahasam Berhad (PLUS) menerusi laman Twitternya pula  melaporkan berlaku kemalangan di Kilometer 168.4 arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi,membabitkan lorong kecemasan. 

Bagaimanapun keadaan trafik adalah terkawal. 

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini dengan menghubungi talian bebas  tol Plusline di 1800-88-0000 atau Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 atau Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. 

- BERNAMA

Nuffnang