Direct Free Kick |
- TEKANAN DARI DALAM PARTI.
- CABARANNYA ADALAH MENCARI YANG BENAR-BENAR LAYAK.
- PENGAJARAN-PENGAJARAN DARI KES LIF ROSAK DESA MENTARI.
- PENJELASAN TENTANG DEWAN TERBUKA KG PANDAN.
- BODOHKAH KERAJAAN NEGERI CUBA MEMBANTU PENDUDUK DESA MENTARI?
Posted: 09 Aug 2013 08:08 AM PDT Dari komen FB, reposted : Memang saya akui YB-YB memang menerima TEKANAN dari org2 Parti utk dahulukan org Parti bila hendak menyampaikan sumbangan. Walaupun ada bukan org Parti yg lebih layak. Alasannya org2 Parti tolong menangkan YB jadi YB kena tolong org Parti dulu. Ini berlaku dalam semua Parti. Sudah tentu dalam Umno. Dan berlaku juga dalam PAS. Jadi YB-YB kena ada "a strong sense of accountability". Akhirnya yg kena jawab YB sorang-sorang. Sama ada atas dunia atau dalam kubur. Jadi buat yg betul. Takde org nak tolong dalam kubur kelak. Kalau kena maki pun, kejap aje atas dunia ni. Dalam neraka kho lidi nafi ha abada. |
CABARANNYA ADALAH MENCARI YANG BENAR-BENAR LAYAK. Posted: 09 Aug 2013 07:42 AM PDT Pada saya cabaran utama utk menyampaikan bantuan adalah bukan jumlah wang yang perlu diperuntukkan tetapi utk mencari org yg betul2 layak utk menerima bantuan. Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kpd mereka yg tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan. Saya juga percaya mereka yg betul2 layak atau atau betul2 melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan utk dtg berjumpa YB, Nazir Masjid, Pengerusi Surau, Penghulu atau Ketua Kg. Sama ada tak kenal mereka, segan, takde duit tambang, takde kenderaan, takde handphone nak tel atau sms, malu nak cakap atau semata-mata bependirian tak mahu menyusahkan org. Adalah menjadi tugas kita utk turun padang cari DARI PINTU KE PINTU. Tetapi agak susah sebab org yg betul2 melarat sebenarnya mempunyai jati diri yg tinggi. Mereka tak mahu ke depan. Mungkin ramai yg tak percaya bahawa kami pernah jumpa sekeluarga yg berbuka puasa dgn nasi dan kicap sahaja! Ini cerita benar! Berlaku di tempat kita. MUNGKIN RAMAI LAGI YG TAK PERCAYA KALAU SAYA BERITAHU ADA SEORANG PELAJAR MELAYU SEKOLAH RENDAH YG TERLAMPAU LAPAR SEHINGGA TERPAKSA MAKAN CICAK DI SEKOLAH! KETIKA PELAJAR2 LAIN KE KANTIN, BELIAU MENCARI CICAK UTK DIMAKAN. INI CERITA BETUL, BERLAKU DI KL BUKAN DI CONGO ATAU ZIMBABWE. HANYA SETELAH PERISTIWA ITU BARULAH GURU2 SEKOLAH TERSEBUT TAHU AKAN BETAPA MELARATNYA KELUARGA BUDAK TERSEBUT. TETAPI SEBELUM ITU DIA TAK PERNAH BERITAHU APA2 KPD GURU2. |
PENGAJARAN-PENGAJARAN DARI KES LIF ROSAK DESA MENTARI. Posted: 09 Aug 2013 06:51 AM PDT Penduduk marah kenapa lif2 masih belum dibaiki walaupun telah 2 minggu peruntukan kerajaan negeri diluluskan. Pada awalnya kerajaan negeri hendak melantik kontraktor yg boleh membaikpulih secepat mungkin. Tetapi kami dapati JMB ada kontrak penyelenggaraan dgn pembuat (manufacturer) lif - Ryoden Mitsubushi. Jika kontraktor lain menyentuh lif itu maka ia akan menjejaskan kontrak penyelenggaraan dgn Ryoden. Oleh itu, kerajaan negeri akur kpd keputusan JMB agar lif2 itu dibaikpulih oleh Ryoden. Memang keputusan JMB itu tepat sbb lebih baik guna spare part yg original. Tetapi spare part original ambil masa utk sampai. Kena order dari Jepun. Walau bagaimanapun setelah didesak, Ryoden setuju utk baikpulih 2 dari 5 lif yg hendak dibaiki guna spare part dari kontrak mereka yg lain. Tapi makan masa 2 minggu juga. Utk baki 3 lif lagi akan ambil masa 4 bulan. Saya telah arah Lembaga Perumahan (LPHS) utk desak lagi Ryoden supaya percepatkan kerja2 baikpulih atau cari alternatif yg lebih cepat. PENGAJARAN-PENGAJARAN : ( 1 ) UTK REPAIR LIF AKAN AMBIL MASA TERUTAMANYA YG DAH LAMA TAK DISELENGGARA. ( 2 ) PASTIKAN CAJ PENYELENGARAAN DIBAYAR MENURUT JADUAL SUPAYA PENYELENGGARAAN DAPAT DILAKUKAN. ( 3 ) KALAU ADA YG BAYAR DAN ADA YG TIDAK MAKA KESEMUA PENDUDUK AKAN TERSIKSA. ITU SEBAB KERAJAAN NEGERI TELAH MULA DAKWA DI MAHKAMAH MEREKA YG DEGIL TAK MAHU BAYAR. |
PENJELASAN TENTANG DEWAN TERBUKA KG PANDAN. Posted: 09 Aug 2013 06:27 AM PDT Seperti yg pernah saya jelaskan, cukup payah nak dapat peruntukan dari Geran Selangorku. Utk mendapatkan peruntukan membina dewan itu memakan masa berbulan-bulan walaupun kosnya tidak tinggi, manfaatnya banyak dan amat diperlukan. Pada majlis pecah tanah, saya memberitahu saya terpaksa menulis 8 pucuk surat kepada Menteri Besar untuk mendapatkan kelulusan peruntukan. Itu pun dapat separuh kos aje, MPAJ kena biayai separuh lagi kos. Dan itu pun dapat dewan terbuka bukan tertutup. Geran Selangorku ditadbir oleh satu JK Khas. Tidak ada wakil Exco di dalamnya. Tidak ada wakil PAS di dalamnya. Mereka tidak melaporkan kepada Exco. Jadi pada pandangan saya kita terima dulu dewan terbuka. Nak dapat dewan terbuka ni pun macam 3 kali mati hidup balik. Untuk fasa kedua kita buat penambahan untuk jadikan ia tertutup. Ada yang kata mereka tak nampak "nilai positif" pada dewan terbuka itu, sabar dulu! Kita tunggu fasa kedua. |
BODOHKAH KERAJAAN NEGERI CUBA MEMBANTU PENDUDUK DESA MENTARI? Posted: 09 Aug 2013 06:23 AM PDT Ada org kata Kerajaan Negeri bodoh kerana campur tangan isu lif rosak di Desa Mentari. Ia bukan masalah kerajaan. Caj penyelenggaraan yg dikutip pemaju tidak cukup utk selenggara lif. Ramai penduduk tak bayar caj RM45 sebulan yg ditetapkan oleh pemaju. Akhirnya Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menyita lif2 itu kerana ia tidak lagi selamat. Ada kabel lif telah putus. Tinggal satu aje. Kalau itu pun putus ........ habis! Jadi ia di antara pemaju dan penduduk. Kalau penduduk bayar maka pemaju akan repair. Lif2 itu pun boleh bergerak semula. Takde kena mengena langsung dgn kerajaan. Kalau kerajaan tak mahu bantu pun takpe! Kenapa tak mahu bayar caj penyelenggaraan bulanan. Tapi saya telah bentang kes ini di dalam Mesyuarat Exco dan Exco setuju luluskan RM100,000 dibawah CERIA utk repair lif. Lembaga Perumahan akan memantau kerja2 baikpulih. Ada yg kata ini kerja gila! Kata mereka kerajaan telah menghulur kepala utk disembelih! Kalau ada masalah dgn kerja2 baikpulih maka kerajaan akan disalahkan. Patutnya org yg tak bayar yg kena bantai tapi sebab kerajaan dah campur tangan maka kerajaan akan jadi mangsa. Hari ini terbukti betul kata mereka! Utk repair lif bukan mudah. Terutamanya lif yg dah lama tak diselenggara. Spare part lift bukan macam spare part kereta. Bukan boleh beli di tepi jalan. Kena order, ambil masa. Kerajaan dah percepatkan pengeluaran peruntukan. Tapi kerajaan takde kawalan ke atas kerja2 repair. Nak lantik kontraktor pun satu hal. Tak boleh lantik suka2 aje. Silap lantik warranty utk seluruh lif akan batal. Kalau dah siap pun perlu disahkan oleh JKKP sebelum boleh digunakan. Ye lah ia melibatkan nyawa, tak boleh hentam aje. Sekarang kerajaan kena bantai sebab proses baikpulih masih berjalan.Adakah berbaloi kerajaan campur tangan? Pada saya menjadi tanggungjawab kerajaan utk bantu rakyat. Sama ada rakyat nak ucap terima kasih atau nak maki, itu di antara mereka dan Allah. Dalam kubur sama2 kita jawab. |
You are subscribed to email updates from Iskandar A Samad's Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan