Rabu, 23 November 2011

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Crisis in the Chambers | Free Malaysia Today

Posted: 23 Nov 2011 04:35 PM PST

Weak management ‘systemic’ problem in government projects, says PAC

Posted: 23 Nov 2011 02:01 AM PST

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Ibu Bapa Dan Masyarakat Prihatin Terhadap Anak-Anak

Posted: 23 Nov 2011 03:06 PM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[Nov 14]Parliament Debate on Cheras Kajang toll concession agreement that extended till 2013

Posted: 23 Nov 2011 01:23 AM PST

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, lima minit, okey. Saya cepat sahaja. Butiran 060200 - Bayaran Pampasan Tol.

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: Tuan Pengerusi, DAP sudah banyak Tuan Pengerusi, PKR pun banyak, PAS tidak dapat langsung.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya sudah terlanjur jemput Yang Berhormat daripada Serdang. Saya faham Yang Berhormat, saya ada lihat senarai, ada dekat sini. Sila Yang Berhormat.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Okey, saya cepat sahaja. Saya hendak sentuh tentang Lebuh Raya Cheras-Kajang kerana saya rasa ini adalah sebuah lebuh raya yang telah dibina pada tahun 1999. Kos untuk pembinaan lebuh raya tersebut adalah sebanyak RM282 juta dan kos penyelenggaraan dan operasi sejak hari itu sampailah Disember tahun yang lalu adalah sebanyak RM147.3 juta. Maksudnya, tetapi setakat 31 Disember tahun lepas jumlah kutipan yang telah
dikutip oleh syarikat konsesi adalah sebanyak RM585.5 juta. Maksudnya, setakat ini keuntungan syarikat konsesi untuk Lebuh Raya Cheras-Kajang adalah sebanyak RM156.2 juta. Akan tetapi saya tidak faham kenapa pada dahulunya, sebenarnya apabila perjanjian konsesi ditandatangani, tempoh konsesi adalah setakat 2025. Akan tetapi sekarang tempoh konsesi ini telah dilanjutkan kepada September 2030.

Jadi, saya rasa ini tidak munasabah kerana setakat ini syarikat konsesi sudah ada keuntungan tetapi Kementerian Kerja Raya lagilah melanjutkan tempoh konsesi ini. Jadi, saya hendak minta satu penjelasan kenapa Kementerian Kerja Raya tidak membela rakyat jelata dalam isu ini? Isu kedua adalah tentang Terowong Kajang Utama di Kajang. Pembinaan Lebuh Raya SILK telah mengakibatkan penduduk-penduduk Taman Kajang Utama perlu mengambil perjalanan lebihan sebanyak 5 kilometer setiap kali mereka keluar masuk dalam taman mereka. Satu terowong yang menghubungkan Taman Kajang Utama dengan bandar Kajang telah dipersetujui oleh bekas Menteri Kerja Raya ketika merasmikan operasi Lebuh Raya SILK pada Jun 2004. akan tetapi selepas tujuh tahun, terowong tersebut masih belum dibinakan lagi kerana tidak dapat peruntukan dari EPU.
(More......)

[Nov 16] Parliament debate on educational issues & BN's RM100 handouts to school students

Posted: 23 Nov 2011 01:21 AM PST

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, ada beberapa perkara, satu adalah tentang pada 30 September tahun ini, kerajaan negeri Selangor telah memberi dua keping tanah, satu kepada SJK(C) Yak Chee dan juga sekeping tanah lagi di Taman Tasik Prima kepada SMJK Katolik. Jadi saya hendak tanya sama ada kementerian akan memberi kelulusan kepada SJK(C) Yak Chee dan juga SMJK Katolik untuk membina sekolah-sekolah mereka di tapak yang diberi oleh kerajaan negeri Selangor? Itu perkara pertama.

Kedua, adalah tentang Sekolah Menengah Confucian, mereka sudah lama hendak cari satu tapak untuk membina sekolah mereka yang sekarang ini mereka berkongsi SMPC Confucian. Saya tahu mereka telah buat satu permohonan untuk sekeping tapak rizab sekolah di Sentul, sudah lama, lebih daripada satu tahun. Jadi saya hendak tanya, apakah kedudukan permohonan mereka?

Ketiga ialah tentang SMPC Kuantan dan SMPC Segamat. Saya rasa kedua-dua jawatankuasa untuk sekolah ini sudah lama mengemukakan permohonan mereka untuk membuka balik SMPC Kuantan dan juga SMPC Segamat. Saya rasa isu ini sudah berulang kali dibangkitkan semasa pilihan raya kecil. Jadi, saya hendak tanya apa kedudukan permohonan mereka sekarang ini? Sama ada kementerian bersedia untuk memberi mereka satu kebenaran untuk membina dan membuka balik SMPC Kuantan dan Segamat.

Keempat, adalah tentang polisi yang sudah beberapa kali dinyatakan bahawa di tempat perumahan yang lebih daripada tiga ribu unit rumah, di mana penduduk kebanyakan mereka adalah bangsa Cina di taman perumahan tersebut, akan mewujudkan satu keping tanah rizab untuk SJK(C). Saya hendak tahu polisi ini sudah sampai tahap mana? Sudah implement atau belum lagi dilaksanakan?

Kalau sudah dilaksanakan, setakat ini sudah berapa keping tanah rizab pendidikan telah dirizabkan untuk SJK(C) dan juga SJK(T). Selain daripada itu, saya juga hendak sentuh tentang isu bantuan RM100 kepada pelajar untuk membeli kelengkapan barangan sekolah. Saya rasa ini adalah satu polisi yang baik tetapi selain daripada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya di sini juga hendak baca sepucuk e-mel yang saya terima pada hari Isnin yang lalu, e-mel ini ditulis dalam bahasa Inggeris, jadi dengan izin saya quote:

(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat

Posted: 23 Nov 2011 07:06 AM PST

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengingatkan Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR) bersikap adil dengan tidak memberi tekanan kepada negeri-negeri Pakatan rakyat sahaja untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, SPR harus mengadakan pertemuan dengan semua kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut.
"Saya kecewa bila pengerusi SPR kata mereka mahu berjumpa dengan negeri Pakatan Rakyat.
"Mengapa baling bola ke gelanggang Pakatan Rakyat...kenapa tidak balik ke gelanggang Barisan Nasional juga.
"Kalau SPR adil maka perkara ini harus dibincang secara bersama di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat," kata beliau pada sidang media lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Pulau Pinang bersedia untuk berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya serentak sekiranya ia diadakan tahun hadapan.
Pulau Pinang sebelum ini menyatakan pendirian tidka bersetuju jika pilihan raya umum diadakan akhir tahun ini kerana beberapa faktor.
Faktor-faktor tersebut ialah ramai umat Islam mengerjakan ibadat haji dan negeri-negeri Pantai Timur mengalami musim tengkujuh.
Selain itu, faktor kerajaan sendiri yang masih belum menunaikan janji mereka seperti menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan janji-janji lain, Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai baik pulih pilihan raya belum selesai menjalankan tugasnya dan kerajaan BN gagal menjelaskan laporan Ketua AudiT Negara khususnya berkaitan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
"Kalau pilihan raya umum diadakan tahun hadapan, kita bersedia berbincang dengan Kerajaan Pusat," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf seperti dilaporkan media berkata, beliau akan menemui pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor berhubung pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pakatan Desak Tarik Balik Akta Perhimpunan Aman

Posted: 23 Nov 2011 01:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Pakatan Rakyat hari ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan BN menarik balik Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ketetapan itu dibuat memandangkan akta tersebut jelas menekan rakyat, malah lebih zalim berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dimansuhkan itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sehubungan itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan bantahan keras terhadap akta tersebut di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) esok pada jam 1.30 tengah hari.

Menurut beliau, selain itu, Pakatan Rakyat akan turut mengadakan beberapa siri perhimpunan besar dengan dimulakan di Shah Alam pada 4 Disember, di Ipoh pada 10 Disember dan di Melaka pada 16 Disember nanti.


Katanya, perhimpunan besar Pakatan Rakyat bagi membantah akta tersebut akan turut diadakan setiap tahun mengikut jadual yang akan dibuat dalam waktu terdekat.

"Akta Perhimpunan Aman 2012 itu ternyata bercanggah dengan janji Perdana Menteri untuk menghormati hak rakyat kerana jelas lebih menekan rakyat," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Penekanan terhadap rakyat menerusi akta itu, menurutnya, jelas terserlah apabila pihak polis diberikan kuasa lebih besar dan mutlak, walaupun Seksyen 27 Akta Polis dimansuhkan.

Katanya, menerusi akta itu, rakyat diminta mengemukakan permohonan kepada polis sehingga 30 hari sebelum perhimpunan diadakan, tanpa keizinan polis tidak boleh diadakan perhimpunan, selain terpaksa membuat rayuan kepada menteri.

"Ini jelas menunjukkan kongkongan pihak pemerintah terhadap rakyat, sama seperti di negara-negara ekstrim Arab dan Myanmar," tegasnya.

Dalam usaha membantah akta itu, tambahnya, beliau dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan turut menyebutnya pada persidangan Dewan Rakyat secara berterusan.

Beliau turut berbangga kerana Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen yang turut dianggotai PAS dengan diwakili Ketua Pengarah Pilihanraya parti itu, Dr Mohd Hatta Ramli, wakil PKR dan DAP, telah menunjukkkan semangat dan kesungguhan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di tanah air.

Namun beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 selagi 8 tuntutan Bersih tidak dilaksanakan.

"Antara 8 tuntutan Bersih itu termasuklah penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya yang mestilah dilaksanakan oleh SPR," katanya yang juga Kerua Umum PKR.

Beliau turut berharap agar SPR atau pihak Kerajaan BN tidak menjadikan penubuhan jawatankuasa itu sebagai hujah untuk mengelaburi mata rakyat bagi mengelakkan 8 tuntutan Bersih itu dilaksanakan dalam pilihanraya di negara ini.

Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Sumber: Harakahdaily

Selangor Sedia Kerjasama Dengan Pusat Di Bidang Pembangunan

Posted: 22 Nov 2011 01:00 AM PST

TOKYO, 22 NOV: Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan setiap projek pembangunan berjalan lancar.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai pandangan politik berbeza namun beliau tetap bersikap profesional demi memastikan setiap projek pembangunan dapat dilaksana demi kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan Negeri telah menunjukkan bahawa kita boleh bekerjasama. Saya adalah sebahagian dari Jawatankuasa Bersama antara Negeri dan Pusat untuk projek Greater Kuala Lumpur and Klang Valley dan saya telah bekerjasama dalam menyediakan tanah untuk pembangunan yang dirancang," kata beliau ketika berucap kepada pelabur Jepun yang menghadiri "The 30th Jameca - Majeca Joint Conference" di Tokyo hari ini.

Katanya kerja sama ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri memastikan projek The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley diuruskan dengan telus dan memberi nilai maksima kepada rakyat.

"Sebagai contoh saya mendapat tahu RM5 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan sistem pembentungan. Saya harap pemilihan syarikat dibuat secara tender terbuka kepada syarikat tempatan dan juga antarabangsa termasuklah dari Jepun.

"Ini jelas menunjukkan perbezaan politik bukan masalah bagi saya. Sebab itu saya berada di sini untuk memantau jika pelabur Jepun ada masalah supaya kita dapat mencari penyelesaian bersama," katanya yang menghadiri persidangan sehari itu sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke Jepun.


Sumber: TVSNEWS

Produk KR1M: Mengapa Kementerian Membisu?

Posted: 21 Nov 2011 01:00 AM PST

21 November 2011 - Kementerian Kesihatan hari ini dituduh berkomplot dengan pembekal produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), berikutan tindakannya yang membisu berhubung dakwaan beberapa barangan yang dijual berkualiti rendah.

Merujuk susu formula bayi 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata bahawa kementerian kesihatan masih belum membuat sebarang pendirian mengenai perkara itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," katanya.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar di Parlimen hari ini, Pua berkata pengumuman di laman web itu tidak mencukupi, tetapi sebaliknya KR1M perlu mengiklannya dalam semua akhbar arus perdana.

"Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi. Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna.

"Mereka yang membeli barangan KR1M ini, bukan pengguna yang biasanya menyemak di internet untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, syarikat berkenaan mesti menyiarkan iklan dalam akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian," katanya.

Minggu lalu, Pua mendakwa susu 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

Sumber: Malaysiakini

Sos Cili: Jangan Abai Keselamatan Pengguna

Posted: 20 Nov 2011 12:30 AM PST

20 November 2011 - Dakwaan Mydin bahawa sos cili 1Malaysia yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah selamat, bercanggah dengan kepentingan sendiri kerana ujian makmal dilakukan sendiri oleh pembekalnya, kata ketua pegawai eksekutif, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), DN Ratna.

Sebelum ini, Standards Users mendakwa sos cili berkenaan dikesan mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Bagaimanapun, pengendali KR1M dalam satu kenyataan berkata: "Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan."

"Ini antara kata-kata awak san saya. Ia (ujian itu) harus dilakukan oleh pihak berkuasa yang mempunyai autoriti yang kompeten.

"Autoriti itu bukan saya, bukan (ahli parlimen Petaling Jaya) Tony Pua, dan juga bukan Mydin - ia sepatutnya Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti di bawah Kementerian Kesihatan," kata Ratna ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kenyataan KR1M Rabu lalu bahawa syarikat itu tidak akan menarik balik sos cilinya kerana didakwa mematuhi peratutran yang ditetapkan.

Ujian makmal Standards Users ke atas sos cili berkenaan mendapati terdapat 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri, sedangkan, tahap yang dibenarkan adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Ratna berkata sos cili 1Malaysia itu sepatutnya ditarik balik dari pasaran sehingga disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Apabila berurusan dengan barangan pengguna, kita patut ambil langkap berjaga-jaga. Jika terdapat tanda-tanda bahawa ia tidak selamat, ia harus ditarik balik sehingga ada bukti yang mengatakan ia selamat," katanya.

Khalid kepada BN : Jangan Korbankan Rakyat untuk SYABAS

Posted: 18 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 18 NOVEMBER : Kerajaan Negeri akan menggunakan semua kekuatannya untuk menentang sehabis mungkin usaha menyerahkan aset pengurusan air kepada syarikat yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rancangan menyerahkan aset air Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyerupai komplot golongan 'rentier' memperkayakan diri mereka.

Kerajaan Persekutuan harus sedar sekiranya aset air Selangor diserahkan kepada Syabas, setiap isi rumah dipaksa membayar 70 peratus caj air yang lebih mahal dari kadar sepatutnya.

Ini berbeza dengan kerajaan negeri yang menawarkan kenaikan hanya 12 peratus dan skim air percuma 20 meter padu, sekiranya aset air dikembalikan semula kepada Selangor dan diuruskan pentadbiran Pakatan Rakyat.



"Kalau diuruskan kerajaan negeri, caj air tidak akan dinaikkan melebihi 12%. Tetapi Kerajaan Persekutuan mahu serahkan kepada syarikat yang mahu naikkan caj air setinggi 70%," kata Abdul Khalid.

"Sekarang zaman putar-belit. Orang yang ada duit menggunakan duit itu untuk mempertahankan kepentingan mereka, bukan menolong rakyat Selangor," kata Abdul Khalid.

"Adakah rakyat akan rugi hasil dari kita tidak buat perkara ini? Ya rakyat rugi. Adakah kita takut kepada Kerajaan Persekutuan dan Syabas? Tidak! Rakyat mahu kerajaan yang berani pertahankan hak mereka," tambah beliau.

Khalid berkata demikian ketik ditemubual wartawan TVSelangor dalam rancangan Fokus Berita. Kerajaan Negeri kini menghadapi saman dari Syabas kerana menghalang komplot tersebut.

Di sesi temubual sama, Abdul Khalid membidas golongan rentier dan berikrar Kerajaan Selangor akan memerangi budaya "rentier" – atau amalan mengikis duit rakyat oleh orang-orang tengah.

Tegasnya amalan rentier ini dibudayakan Barisan Nasional sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ketirisan yang masuk ke poket-poket kroni.

"Reformasi ini akan mengubah cara tatakelola pentadbiran. Biasanya dahulu ada orang tengah dalam perjalanan perniagaan kerajaan.

"Ketua Pembangkang (Satim Diman) dahulunya dapat tanah pada harga yang murah dari syarikat kerajaan dan terus menjualnya kepada orang lain untuk mendapat keuntungan," kata Abdul Khalid.

"Kontrak-kontrak kerajaan persekutuan di selangor juga dibuat begini. budaya ini merosakkan rakyat. Laporan Audit menunjukkan kita kerugian ribu juta ringgit akibat penyakit ini," kataAbdul  Khalid.


Sumber: Selangorkini

Pilihanraya Selangor Hanya Selepas Jun 2012

Posted: 17 Nov 2011 02:30 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOVEMBER : Selangor hanya akan menyertai piliharaya Umum sekiranya dilakukan selepas bulan Jun tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor berkata tempoh selepas Jun dianggap relevan dan sesuai selepas belanjawan negeri dapat dilaksana dan dinikmati oleh rakyat.

"Kalau tidak apa guna kita buat belanjawan sekiranya belanjawan tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat.

"Kalau dalam bulan Jun, Julai dan Ogos tahun depan kita akan sertai pilihan umum bersama pusat kalau tidak kita akan buat berasingan," kata beliau yang juga Adun Ijok.

Menurut Khalid, adalah amat berhemah sekiranya belanjawan sebanyak RM 1.6 bilion dapat dinikmati oleh rakyat Selanor supaya keikhlasan kerajaan Selangor dapat dinilai oleh rakyat.

"Kita masih ingat semasa Pilihanraya Umum 2008 dahulu dimana pilihanraya Umum dilakukan pada bulan Mac dan semua belanjawan tersebut telah habis dalam masa hanya tiga bulan oleh pentadbiran BN," jelas beliau di sidang media sejurus selepas tamat sidang DUN Selangor.

Ketika di tanya berhubung persetujuan parti di peringkat pusat beliau berkata kepimpinan tertinggi parti memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk memilih tarikh untuk mengadakan pilihanraya negeri.

Ditanya mengenai kebimbangan sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri sekarang Khalid berkata tidak ada sesiapa pun boleh memberi jaminan berhubung sokongan rakyat.

"Perlembagaan negara membenarkan pilihanraya dalam tempoh lima tahun dan tempoh empat tahun lebih yang kita pilih adalah amat sesuai dan munasabah.

"Rakyat pun bukan mahu kita buat pilihanraya setiap tahun tetapi rakyat mahu melihat pentadbiran dan pengurusan kerajaan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut Khalid lagi, beliau menyerahkan seluruh kepercayaan kepada rakyat negeri Selangor untuk memastikan kepimpinan negeri dimasa akan datang.


Sumber: Selangorkini

DUN Lulus Tambah Peruntukan DiRaja

Posted: 17 Nov 2011 02:15 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOVEMBER : Sidang Dun Selangor hari ini meluluskan pembiayaian perbelanjaan emolument bagi kakitangan Istana serta perbelanjaan mengurus dan pembangunan antara RM 35,000 hingga RM11.76 juta bagi meningkatkan kecekapan dan tugasan pihak Istana dengan lebih lancar.

Adun Bukit Tunku (DAP), Lau Weng San (gambar) membahaskan isu ini bersetuju dengan pertambahan peruntukan tersebut bagi memastikan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan pejabat Tuanku dapat menjalankan tugas baginda dengan lebih lancar, cekap dan profesional.

Beliau berkata dengan pertambahan peruntukan tersebut akan membolehkan kerajaan Selangor mengambil lebih ramai golongan cendekiawan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam meningkatkan kecekapan serta khidmat nasihat khususnya dalam bidang undang-undang, kewangan dan ekonomi dan sebagainya.

"Sememangnya Tuanku diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Selangor. Walaupun begitu, ramai yang mungkin sudah lupa bahawa Tuanku juga berkuasa untuk menjaga kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain." tegas beliau.

Sehubungan itu beliau berharap agar kerajaan dapat mengadakan satu laman web yang komprehansif untuk memperkenalkan sejarah raja berperlembagaan di Selangor dan menjadikan istana kerajaan di Selangor sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan.

"Di England beberapa Istana disana telah menjadi ikon kepada negara tersebut dan menjadi destinasi pelancongan yang amat manarik serta memberi pulangan yang baik bagi menampong pendapatan istana," kata beliau.

Menyentuh isu yang sama Adun Kinrara (DAP), Teresa Kok menyokong usaha menjadikan istana lama dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

"Tuanku juga mahukan supaya sejarah landasan keretapi dari Johor Bharu ke Singapura dipamerkan di Istana Alam Shah bagi membuktikan wujud hubungan antara Tanah Melayu dengan Singapura." jelasnya.

Dun Selangor meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) tahun 2011 mengenai pembiayaian perbelanjaan emolument bagi kakitangan istana akan dinaikkan kira-kira RM35,000 ke RM4.49 juta.

Turut di luluskan pertambahan perbelanjaan RM900,000 hingga RM11.76 bagi perbelanjaan di bawah tuntutan elaun, perjalanan kakitangan pejabat istana, perbelanjaan utiliti, bekalan dan penyelenggaraan istana.


Sumber: Selangorkini

Laksana Gaji Minima Beri Tekanan Pada Pusat

Posted: 17 Nov 2011 01:45 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOVEMBER : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menggesa rakyat di negara ini menyokong baik usaha kerajaan negeri dalam pelaksanaan gaji minima sekaligus memberi tekanan atas keengganan kerajaan persekutuan melaksanannya secara menyeluruh diperingkat nasional.

Khalid berkata jika rakyat Malaysia sebulat suara menyokong pelaksanaan gaji minima, mereka boleh bertindak atas kuasa mutlak sebagai seorang rakyat dengan bertindak menukar pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Rakyat mesti sokong usaha ini agar kerajaan Persekutuan memutuskan adanya gaji minima ini. Jika Malaysia mahu gaji minima ditetapkan dan tahu kerajaan Persekutuan tidak mampu lakukan maka mereka perlu kerajaan baru pada PRU-13.

"Ini juga sebagai inspirasi kepada masyarakat Malaysia bahawa gaji minima boleh dilakukan sejak 30 tahun lalu," katanya.

Khalid berkata demikian ketika sesi perbahasan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Pada 9 November lalu, ketika Pembentangan Belanjawan Selangor 2012, Khalid mengumumkan pelaksanakan dasar gaji minima, RM1,500 sebulan sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.

Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Mengulas lanjut, Khalid menafikan dakwaan pembangkang (Umno-Barisan Nasional) kononnya pelaksanaan gaji minima ini membelakangkan pegawai kerajaan lain dengan hanya membantu rakan bisnes dan kakitangan GLC negeri.

Beliau sebaliknya berkata pihak pembangkang menggunakan kenyataan sedemikian untuk memberi memutar belit usaha baik kerajaan negeri.

"Pelaksanaan gaji minima ke atas kakitangan GLC ini memandangkan kita mempunyai kuasa pentadbiran dan mengambil kira keupayaan pengurusan yang boleh dipantau.

"Saya tidak mahu perkara ini digunakan pihak pembangkang Umno-BN dengan berkata kerajaan Pakatan asyik membantu GLC dan membelakangkan beribu pegawai kerajaan lain. Malah saya tengok tweet yang kata saya menolong orang bisnes tapi bukan penjawat awam lain. Itu kenyataan yang cuba diputar belit," tegasnya.


Sumber: Selangorkini

22,234 Unit Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat

Posted: 17 Nov 2011 01:20 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOV : Impian memiliki kediaman sendiri oleh golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor adalah terjamin dengan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi memenuhi kehendak rakyat yang berbeza kemampuan.

EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad turut menjelaskan bahawa ketika ini, terdapat 3,317 unit rumah kos rendah sedang dalam pembinaan sementara 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan akibat terbengkalai sebelum ini.

Kerajaan juga meluluskan 8,579 unit rumah kos rendah untuk dibina menjadikan kesemua jumlah rumah kos rendah yang akan siap dibina adalah sebanyak 22,234 unit.

Secara terperincinya, sebanyak 980 unit PPR Kg. Baru HICOM di Seksyen 26, Shah Alam dan 396 adalah unit kosong, PPR Taman Tasik Teratai di Serendah dengan 300 unit dan 215 unit kosong, PPR Kota Damansara dengan 1,152 unit dan 293 unit kosong serta PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang dengan 3,004 unit dan 488 unit kosong.

Selain itu, nilai sewa rumah bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan atau yang mempunyai tanggungan ramai yang pernah dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada Jun 2007 juga telah diturunkan.

"Mereka yang berhak menyewa rumah PPR tidak perlu membayar deposit sekaligus dan bagi yang berpendapatan rendah, deposit boleh dibayar secara ansuran.

"Kerajaan Negeri juga di dalam peringkat akhir rundingan untuk menyediakan pinjaman perumahan di bawah skim pinjaman khas bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji contohnya mereka yang bekerja sendiri," Iskandar memberitahu sidang DUN.

Skim ini dinikmati oleh bekas peneroka bandar Kg. Rimba Jaya dahulu dan akan diperluaskan lagi selepas ini

Sumber: TVSNEWS

PBT Selangor Antara Paling Cemerlang

Posted: 17 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 17 NOV: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor adalah antara paling cemerlang dalam melaksanakan sistem 'Star Rating' yang sedia ada bagi memastikan peningkatan daya saing dalam memelihara kecekapan dan keberkesanan organisasi terus berfungsi dengan berkesan.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Sistem penggredan adalah berpandukan kepada empat(4) kriteria utama iaitu pengurusan (30%), perkhidmatan-perkhidmatan teras (35%), pengurusan pelanggan (15%), dan penyertaan komuniti dan pandangan penduduk; penglibatan komuniti (10%), dan pandangan penduduk - soal selidik (10%).

Katanya Negeri Selangor berjaya menempatkan diri di antara 5 daripada 11 PBT yang mencapai prestasi 4 bintang.

Ronnie juga menjelaskan kerajaan negeri sentiasa menyelia prestasi PBT dengan mengadakan mesyuarat, taklimat, bengkel dan pertemuan di antara kerajaan dan pihak PBT dari semasa ke semasa.

"Kaedah ini menjadi platform kepada Kerajaan Negeri untuk memantau prestasi PBT sepanjang tahun," beliau berkata.

Menjawab soalan lisan yang diajukan ADUN Kajang, Lee Kim Sin mengenai pengambilan juruaudit 'dalaman'daripada Jabatan Audit Negeri yang bertindak terus kepada Ketua Audit Negeri, Ronnie menjawab tiada keperluan untuk bertindak sedemikian.

"Sudah memadai dengan adanya pegawai yang dilantik oleh PBT masing-masing dalam menjalankan tanggungjawab untuk memastikan wujudnya 'check and balance' dalam pengurusan kewangan dan pengurusan korporat PBT melalui Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat (KPAPK) yang telah bermula pada tahun 2009," jelas Ronnie.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerajaan akan menggunakan khidmat Bahagian Audit Dalaman Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekiranya terdapat isu-isu berbangkit yang perlu diaudit atau disiasat.


Sumber: TVSNEWS

Rumah Ibadat Semua Agama Dibantu Kerajaan Selangor

Posted: 16 Nov 2011 02:00 AM PST

SHAH ALAM, 16 NOV : Penganut-penganut bukan Islam di Selangor gembira dengan keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap mereka sejak menerajui kerajaan negeri.
Sebelum ini, pentadbiran kerajaan Barisan Nasional terdahulu tidak pernah menyediakan peruntukan untuk rumah ibadat selain Islam dalam belanjawan tahunan.

Bagi melaksanakan dasar ini, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyerahkan sumbangan berjumlah RM292,500 kepada 19 buah rumah ibadat bukan Islam di Selangor di Dewan Annex semalam.

Pertubuhan Akhlak Maitreya, merupakan salah sebuah badan keagaaman yang menerima sebanyak RM10,000 daripada peruntukan semalam.

Wakilnya Foong See Jong meluahkan kegembiraan dan terharu dengan sumbangan ini.

"Dengan sumbangan ini pihak kami pasti dapat menjalankan pelbagai aktiviti untuk komuniti dengan lebih aktif bagi semua peringkat umur samada tua dan muda. Aktiviti-aktiviti ini diharap dapat mendidik generasi muda terutamanya daripada terjebak kepada perkara yang kurang sihat seterusnya dapat melahirkan generasi yang berakhlak tinggi," katanya.

Pemberian sumbangan ini adalah di bawah peruntukan Belanjawan 2012 Negeri Selangor. Bagaimanapun, sumbangan ini adalah berbeza-beza dan bukan secara automatik. Sebaliknya ia di beri berdasarkan keperluan setiap rumah ibadat.

Seorang lagi wakil penerima sumbangan, Datuk Ang Choo Hong, Pengarah Yayasan Belia Buddhist Malaysia juga menzahirkan rasa syukur dan gembira pada kerajaan negeri.

"Kami ingin melahirkan rasa terima kasih pada kerajaan negeri di atas sumbangan RM50,000 bagi membina sebuah kuil Buddha di Seksyen U12 Shah Alam," katanya.

Sementara itu, menurut Ronnie pada tahun pertama dan kedua sebanyak RM 3 juta diperuntukkan setiap tahun bagi rumah ibadat selain Islam. Tahun ini pula peruntukan meningkat kepada RM 4 juta.

Ronnie juga memberi harapan bahawa peruntukan ini akan dinaikkan kepada RM 6 juta pada tahun akan datang memandangkan terdapat banyak permintaan untuk membaik-pulih rumah ibadat sedia ada mahupun bagi pembinaan rumah ibadat yang baru.


Sumber: TVSNEWS

SYABAS Berniaga Secara Berhutang Bukan Ikut Kemampuan

Posted: 16 Nov 2011 01:15 AM PST

SHAH ALAM, 16 NOVEMBER : Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan tindakan beberapa syarikat konsesi air seperti Syabas yang menjalankan operasi perniagaan mereka secara berhutang dan bukannya berdasarkan kemampuan kewangan syarikat terbabit.

Kesan daripada itu mengakibatkan Syabas terpaksa menaikkan tarif air bagi membayar pelbagai tunggakkan kepada pihak yang memberi hutang.

Menurut Abdul Khalid, selepas Syabas mendapat kontrak bagi konsesi perbekalan air, syarikat tersebut menjadikan perjanjian kontrak tersebut sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang dari pasaran-pasaran kewangan.

"Syabas telah berhutang sebanyak RM3 bilion dari syarikat-syarikat kewangan sejurus selepas memperoleh perjanjian konsasi tersebut.

"Ini menunjukkan asas perniagaan Syabas adalah dari sumber hutang bukannya dari kemampuan kewangan syabas sendiri." kata beliau ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Abdul Khasim Abdul Aziz.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata akibat dari bebanan hutang yang tinggi, bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan cara Syabas menaikkan tarif air.

"Apabila hutang tidak dapat dibayar Syabas telah meminta dari kerajaan persekutuan.

"Disebabkan nak bantu syarikat kroni kerajaan pusat telah menggunakan wang rakyat dengan memberi pinjaman sebanyak RM300 juta tanpa faedah selama tujuh hingga lapan tahun." jelas Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid lagi akibat daripada ketidakcekapan Syabas serta beberapa syarikat konsasi air di Selangor ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana yang tinggi untuk mengambil alih industri air di negeri ini.

"Selangor perlu menggunakan hampir RM10 bilion untuk mengambil alih air Selangor kerana kos tersebut turut melibatkan hutang-hutang syarikat konsasi tersebut dengan pasaran-pasaran kewangan.

"Walaupun bayarannya agak besar tetapi industri air ini perlu diselamatkan bagi menjamin tidak berlaku penguasaan yang sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya dibebankan kepada rakyat." ujar beliau lagi.


Sumber: Selangorkini

MB Bongkar Penyelewengan Umno-BN Dan Satim

Posted: 16 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 16 NOVEMBER : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.

Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah.

Dalam sesi penggulungan itu, Abdul Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elite Sdn Bhd untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.

Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.


Sumber: Selangorkini

Situasi Kejadian Penyakit Denggi Di Negeri Selangor - Sehingga 12 November 2011

Posted: 15 Nov 2011 02:35 AM PST

Sebahagian Ucapan Penggulungan YB Tuan Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kesihatan Negeri Selangor
Pada 15 November 2011

Situasi Kejadian Penyakit  Denggi Di Negeri Selangor (Sehingga 12 November 2011)
Sehingga 12.11.2011, Negeri Selangor telah melaporkan 6,515 kes denggi berbanding dengan 15,199 kes denggi untuk tempoh yang sama pada tahun 2010 (penurunan 57%). Untuk tempoh yang sama, 8 kematian denggi telah dilaporkan berbanding dengan 42 kematian denggi untuk tempoh yang sama tahun 2010 (penurunan 81%).

Pada 12/11/2011, terdapat 2 hotspot denggi iaitu di daerah Hulu Langat dan Klang. Empat daerah yang yang menjadi penyumbang utama kes penyakit denggi, sehingga 12/11/2011, di Selangor adalah daerah Petaling (1,674 kes), Hulu Langat (1,649 kes), Gombak (1,334 kes) dan Klang (1,116 kes).

Antara strategi yang telah dilaksanakan untuk mencegah dan mengukuhkan kawalan denggi di Selangor adalah pengendalian Mesyuarat Wabak Denggi  Mingguan Pelbagai Agensi di daerah yang mengalami wabak denggi, mengukuhkan kerjasama kawalan denggi di antara Pejabat Kesihatan Daerah dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mengaktifkan Pasukan COMBI ('Communication for Behavioral Impact') di kalangan penduduk setempat terutamanya di lokaliti yang berwabak dan mempergiatkan lagi aktiviti promosi kesihatan masyarakat saperti memperkenalkan Ikon Denggi/ pameran lori

bergerak di lokaliti wabak sebagai usaha menarik perhatian orang ramai bekerjasama membanteras Denggi.

Kerjasama masyarakat berterusan untuk mencegah dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes melalui penjagaan kebersihan alam sekeliling, pembuangan sampah teratur, pemeriksaan berkala rumah dan tempat kerja untuk pembiakan |Aedes dan aktiviti gotong-royong perlu dikekalkan dan pergiatkan lagi untuk terus menurunkan kejadian penyakit demam denggi di negeri Selangor.

Pendapatan Usahawan Selangor Terus Meningkat

Posted: 15 Nov 2011 01:45 AM PST

SHAH ALAM, 15 NOVEMBER : Hampir 80 peratus daripada 2,917 usahawan yang menyertai Program Pemerkasaan Usahawan Negeri Selangor 2011 meraih pendapatan sekitar RM10,000 sebulan.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar, Yaakob Sapari melahirkan rasa sukacita kerana program kelolaan Kerajaan Negeri Selangor ini berjaya meningkatkan pendapatan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) antara 40 peratus sehingga 130 peratus.

"Kerajaan negeri tidak menjalankan program-program berimpak tinggi tetapi sebaliknya lebih tertumpu kepada program-program untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti pengeluaran," kata Yaakob.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada pertanyaan Adun Sungai Tawar Raja Ideris Raja Ahmad.

Program Pemerkasaan Usahawan ini digerakkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan. Ia menawarkan kursus pengurusan Asas Perniagaan, Pemasaran, Pengurusan Kewangan dan Rancangan Perniagaan.

Usahawan yang menyertai program ini terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan khususnya peruncitan, makanan, perhidmatan dan pembinaan.

"Kira-kira 15% (usahawan) memperolehi pendapatan sehingga RM20,000 sebulan, manakala 5% memperolehi pendapatan lebih dari RM20,000 sebulan," jelas Yaakob.


Sumber: Selangorkini

Hasil Negeri Lebih Tinggi Di bawah Pakatan Rakyat

Posted: 15 Nov 2011 01:30 AM PST

SHAH ALAM 15 NOVEMBER : Geran Selangorku yang mencecah RM300 juta ringgit ternyata mengejutkan bekas pentabiran Barisan Nasional Selangor yang lama dan mereka tidak habis menyoal bagaimana Kerajaan sekarang mampu menyediakan jumlah yang begitu besar.

Malah ADUN BN di dalam perbahasan bajet 2012 sering kali menuduh berlakunya salahurus tadbir di anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah tidak mungkin jumlah itu mampu dihasilkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Suhaimi Shafiei menjelaskan geran ini dikumpul dari hasil keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang kini lebih cekap dan lebih menguntungkan, selepas bebas dari kepentingan ahli-ahli politik.

"Meraka yang bertanya ini sebenarnya terkejut. Semua hasil negeri dari sumber tanah, pasir, bahan batuan, hutan dan sebagainya kita kembalikan kepada rakyat. Dibawah pentadbiran terdahulu keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri dimasukkan dalam Hasil Disatukan pada jumlah yang kecil. Dalam perjalanan kepada kerajaan negeri itu, banyak 'tol-tol' yang perlu dibayar."

Kerajaan Negeri Selangor mempunyai tidak kurang dari 50 anak syarikat. Sasaran ditetapkan dimana mereka perlu menyerahkan sebahagian keuntungan mereka kepada kerajaan negeri dalam bentuk royalti dan dividen.

Jelas Suhaimi dasar telus dan bertanggungjawab membolehkan royalti ini dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat, melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor dan Skim Mesra Usia Emas.

"Kumpulan Semesta pada tahun 2011 setakat 30 Oktober sudah memberi royalti lebih dari RM18 juta ringgit."

"Semasa pemerintahan lama, paling tinggi yang pernah mereka dapat dalam setahun adalah RM3.5 juta. Kita mengatasi mereka dengan lebihan RM15 juta.

Dari sudut perniagaan pula, keuntungan Kumpulan Semesta mencecah RM28 juta daripada sasaran RM30 juta ringgit. Dicampurkan dengan royalti, kita berada di hadapan sebanyak 10 kali ganda."

Suhaimi menegaskan belanjawan pro-rakyat seperti Belanjawan Selangor 2012 mustahil dirumus dibawah pemerintahan lama. Katanya Belanjawan Selangor 2012 menuntut iltizam kuat untuk mengagihkan kemewahan Selangor kepada rakyat terbanyak.

"Apabila kita mengambil alih kerajaan selangor, kita kesan perjanjian-perjanjian perniagaan yang amat berat sebelah dirangka untuk memberi keuntungan kepada kroni terlibat."

Beliau menambah Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah-besar untuk memperbetul kepincangan-kepincangan yang berlaku sepanjang Selangor diperintah Barisan Nasional.

"Pernah suatu ketika kerajaan negeri tidak mempunyai rekod hutang atau jumlah perkongsian modal usahasama anak-anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat-syarikat terlibat."

Kes hutang Talam Corporation yang kini berjaya dialihkan menjadi sumber pendapatan lumayan disebut Suhaimi sebagai contoh hasil-kerja kerajaan Pakatan yang berhemah.

"Walaupun yang kita ambil-alih hutang itu, tetapi sebenarnya untuk masa jangka panjang ia adalah aset berharga. Nilai hutang dahulunya RM398 juta ringgit, hari ini nilai aset dinilaikan hampir RM600 juta ringgit."

Tegasnya bukan sahaja keuntungan anak-anak syarikat negeri diserahkan semula melalui MES, tetapi juga setiap hutang turut dikejar untuk dipulangkan kepada rakyat Selangor.

Tiada Sebab Tangguh Gaji Minima

Posted: 15 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM 15 NOVEMBER : Kerajaan Negeri Selangor tetap meneruskan rancangan merintis perlaksanaan gaji minima disebalik desas-desus negara berkemungkinan menghadapi kemelesetan ekonomi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Suhaimi Shafiei berkata jumlah rizab tunai yang mantap dan prestasi anak-anak syarikat yang lebih baik membolehkan program perintis dibuat di 4 anak syarikat kerajaan negeri.

Tegasnya, faktor-faktor ini selain dari tekanan kos kehidupan semasa mendorong Pakatan Rakyat untuk tidak menangguhkan skim gaji minima.

"Jika kita tidak tetapkan gaji berpatutan untuk rakyat pada waktu sekarang, bila lagi kita mahu mulakan?" jawab Suhaimi ketika diwawancara program Fokus Berita TV Selangor.

Media melaporkan Kerajaan Negeri Selangor mahu memperluaskan skim gaji minima meliputi semua penjawat anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Kerajaan Selangor mempunyai tidak kurang dari 50 anak syarikat. Melalui skim gaji minima, Suhaimi berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Perbadanan Permodalan Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd menganjak standard penggajian pekerja di negeri Selangor.

"Kita mulakan di empat syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Saya percaya kerajaan negeri mempunyai perancangan bukan sahaja menetapkan gaji minima pada RM1,500 untuk semua penjawat awam, tetapi juga cara terbaik untuk mendapat hasil negeri bagi menampung gaji minima untuk semua kakitangan negeri Selangor," tegas Suhaimi.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memperuntukkan dana RM10 juta untuk menjayakan skim gaji minima di anak-anak syarikat yang tidak sekukuh empat syarikat gergasi itu.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dilaporkan menyeru kerajaan-kerajaan negeri yang lain menuruti jejak Selangor merintis perlaksanaan gaji minima.

MTUC berpendapat ekonomi bukan lagi mewujudkan peluang pekerjaan sahaja, tetapi juga menyediakan kerja-kerja berkualiti dengan gaji yang selaras dengan perbelanjaan kediaman, kesihatan, pendidikan pengangkutan, makanan dan kekeluargaan.

"Kita sasarkan juga meletakkan gaji minima untuk kakitangan awam Gred 27 (bawah RM1,500) dan kebawah. Kita mungkin tidak mampu untuk menaikkan gaji mengikut skala yang ditetapkan suruhanjaya perkhidmatan awam, tetapi kita boleh tambah melalui Elaun Sara Hidup, Elaun Perumahan dan sepertinya," kata Suhaimi.

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dilaporkan berkata kenaikan kos pembayaran gaji akibat dari perlaksanaan gaji minima boleh diseimbangkan dengan produktiviti yang lebih tinggi, latihan kemahiran pelbagai, dan kestabilan tenaga kerja.

Sumber: Selangorkini

Sistem Kupon Air Percuma Untuk Pangsapuri

Posted: 15 Nov 2011 12:30 AM PST

SHAH ALAM, 15 NOV : Semua penduduk pangsapuri kos rendah diserata Selangor bakal menikmati air percuma oleh Kerajaan Negeri menerusi sistem kupon air percuma sebelum 31 Januari tahun hadapan.

Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat melancarkan bantuan pemberian 20 meter air percuma atau rebet RM11.40 sebulan kepada pengguna domestik bermeter. Ini memberi faedah kepada lebih 4 juta pengguna di Selangor.

Namun, pemberian ini terbatas kepada penduduk pangsapuri kos rendah kerana menggunakan sistem meter pukal yang mana perlu di migrasi kepada sistem meter individu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata menyedari hakikat ini kerajaan negeri mengadakan beberapa siri rundingan dengan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menyegerakan proses migrasi tersebut.

"Tetapi, ia (proses rundingan dengan SYABAS) belum cukup untuk mempercepatkan proses migrasi.

"Oleh itu, untuk memastikan rakyat di Pangsapuri kos rendah mendapat pemberian air percuma, Kerajaan Negeri memperkenalkan sistem kupon air percuma,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Setakat ini, 116 kawasan yang merangkumi 38,746 unit pangsapuri berjaya menerima pemberian air percuma hasil pengenalan sistem kupon.

Mengulas lanjut, Iskandar yang juga Adun Cempaka berkata kerajaan negeri turut memberi pemotongan (diskaun) pada bil air bermeter pukal sebagai kaedah memastikan lebih ramai rakyat menikmati program kebajikan ini.

"Diskaun ini akan diagihkan kepada setiap kediaman di pangsapuri. Pihak pengurusan mesti memberi potongan kepada setiap bil-bil individu yang dikeluarkan."katanya.


Sumber: TVSNEWS

Kajian Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup Generasi Muda Sedang Dilaksana

Posted: 11 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 11 NOVEMBER : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan, kerajaan negeri sedang membuat satu kajian dalam mencari mekanisme terbaik untuk menangani peningkatan kos sara hidup generasi muda di negeri ini.

Katanya, kajian ini perlu dilakukan sebelum kerajaan negeri memutuskan langkah terbaik dan sesuai dalam membantu generasi muda yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Jelas beliau, kajian yang dilakukan di Singapura dijadikan contoh untuk mencari pendekatan yang sesuai dan satu "town hall meeting" atau mesyuarat awam secara tidak rasmi akan diadakan dan hasil perbincangan tersebut akan diterangkan kemudian.

"Saya sedang membuat kajian berapa jumlah pendapatan yang dapat menampung suami isteri dan tiga orang anak. Kajian di Singapura sebagai contoh. Kita kena buat kajian untuk pendapatan munasabah lima orang dalam satu keluarga. Saya rasa pendapatan RM700 sebulan tidak munasabah," katanya.

Ujar beliau lagi, kekurangan pendapatan dengan peningkatan sara hidup merupakan antara punca gejala seperti rasuah diamalkan bagi menampung kos kehidupan.

Untuk Program Keusahawanan Muda, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta sebagai peluang menambah nilai perniagaan mereka melalui dana yang disediakan kerajaan negeri.


Sumber: Selangorkini

Program Jom Shopping Dapat Sambutan Hangat Rakyat

Posted: 10 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER : Sejak diperkenalkan hampir tiga bulan lalu, seramai 160,000 orang warga emas berjaya didaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk menyertai program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri.

Jom Shopping adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung di dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Melalui program ini, setiap peserta di beri wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata kerajaan negeri bakal melancarkan program lanjutan menjelang tahun hadapan setelah program pertama untuk golongan warga emas ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

"Nampak nilai RM100 macam kecil. Pasaraya juga menyediakan saguhati sebagai nilai tambah kepada warga emas. Jumlah ini dilihat sedikit kerana kita melihat dari sudut nilai semata-mata," beliau berkata demikian bagi menjawap soalan Adun Teluk Datuk Phillip Tan Choon Swee.

Ujar beliau, pada peringkat awal sahaja setiap Dun boleh menghantar 200 orang setiap bulan namun kini bilangannya bertambah memandangkan jumlah yang berdaftar semakin meningkat.

Dalam perkembangan yang sama, sehingga Oktober tahun ini, sejumlah 20,382 warga emas yang mendaftar telah dibawa berbelanja di pasaraya-pasaraya terpilih.

Daripada jumlah penyertaan itu, Kerajaan Negeri dijangkakan akan membelanjakan sejumlah RM2,038,200 keseluruhannya.

Namun sejak penganjuran Jom Shopping, Kerajaan Negeri telah membayar RM1,042,000 kepada semua pasaraya yang terlibat dan bakinya akan menyusul.
Sumber: Selangorkini

Bajet 2012 Selangor : Masyarakat Luar Bandar Terus Dibela

Posted: 09 Nov 2011 01:45 AM PST

SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Kerajaan Selangor memberikan tumpuan kepada masyarakat luar bandar dalam usaha membasmi kemiskinan dan membantu meningkatkan taraf kehidupan.

Untuk basmi kemiskinan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta manakala  RM2.2 juta untuk program pembangunan ekonomi petani, nelayan dan penternak dan RM500,000 untuk kebajikan golongan ini.

Selain itu, Program Pembangunan Pekerja Ladang mendapat peruntukan sebanyak RM300,000.

Sejumlah  RM4.7 juta pula untuk pembangunan produk pelancongan seperti kraf tangan dan RM2 juta untuk industri kampung.

Untuk pembangunan sosial, sebanyak  RM4 juta  diperuntukkan untuk Program Kerajaan Prihatin yang melibatkan kos tambahan bina baru dan baik pulih rumah keluarga miskin, bantuan bencana alam, bekalan makanan asasi, penyelenggaraan rumah PPRT, baik pulih lif rumah kos rendah dan penyerahan kunci pemilikan rumah.

Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM4 juta untuk memasang CCTV di kawasan strategik dengan pencahayaan yang baik untuk tujuan peningkatn keselamatan dan pencegahan jenayah.

Manakala RM1 juta pula diperuntukkan untuk pembangunan perpustakaan desa dan daerah di Klang serta Tanjung Karang.

Selain itu, sebanyak RM500,000 untuk membaiki dewan orang ramai, RM5 juta untuk Program Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat selain peruntukkan untuk Penggerak Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM22 juta.


Sumber: Selangorkini

Bajet 2012 Selangor : RM300 Juta Pelaksanaan Geran Selangorku

Posted: 09 Nov 2011 01:30 AM PST

SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi pelaksanaan "Geran Selangorku" yang akan digunakan pada tahun 2012 untuk faedah rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 berkata, geran ini adalah berasaskan dana sumbangan dividen daripada GLC Negeri serta keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang-hutang lapuk dari Syarikat Talam Corporation.

Menurut Abdul Khalid, ia juga adalah hasil penstrukturan semula projek Canal City dan pengenalan polisi pemberi milikan tanah mengikut harga pasaran.

"Jika dahulu keuntungan ini hanya dimanfaatkan oleh rakan kongsi usaha sama yang berat sebelah serta kroni orang-orang yang berkuasa, kali ini habuan besar ini akan diagihkan kepada rakyat Selangor.

Ini sekaligus membuktikan bahawa pentadbiran tanpa rasuah dan kronisma serta pengurusan yang cekap dan tiada ketirisan telah memberi menfaat kepada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata, geran ini akan diuruselia oleh MBI memandangkan pengurusannya adalah bersepadu dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Antara program yang akan dilaksanakan melalui Geran Selangorku adalah pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrastruktur sukan, program sokongan pendidikan, program dari kebajikan kepada pekerjaan dan program jangkaan kehidupan bandar.

Selain itu, program pembasmian rasuah dan penyelewengan, program pengukukan demokrasi, program pengukuhan budaya, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, program penerangan maklumat negeri dan pembaikan industri.


Sumber: Selangorkini

Bajet 2012 Selangor Peruntuk RM1.6 Bilion, Program MES Diperkasakan

Posted: 09 Nov 2011 01:15 AM PST

SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Bajet 2012 Selangor yang dibentangkan  oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memperuntukkan sejumlah RM1.6 bilion iaitu kenaikan 11.89 peratus berbanding RM1.430 billion pada 2011 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat dalam usaha mengagihkan kekayaan negeri demi membela rakyat.

"Ini kali keempat berturut-turut kerajaan negeri membentangkan belanjawan berimbang sejak mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

Belanjawan ini sebagai kesinambungan dan mengukuhkan kepada usaha-usaha mengagihkan kekayaan negeri di bawah dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat  menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor," kata Abdul Khalid semasa pembentangan Bajet 2012 di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ( DUN) di sini.

Menurut Abdul Khalid ,daripada jumlah ini, RM1 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM600 juta atau RM0.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Daripada RM1 bilion untuk perbelanjaan mengurus, sebanyak RM323,085,383 (32.3%) untuk emolumen; bekalan dan perkhidmatan RM371,387,272  ((37.1%), pemberian dan kenaan bayaran tetap RM284,182,697 (28.4%), aset RM8,079,568 (0.8%) dan belanja lain RM13,265,080 (1.5%).

Daripada  RM600 juta untuk perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM411,091,860 atau 68% diagihkan untuk sektor infrastuktur,  RM 100,060,130 (17%) untuk sektor sosial,  RM84,240,010 atau 14% untuk sektor ekonomi dan RM4,608,000 atau 1% untuk sektor perbandaran.

"Hasil Negeri pada 2012 dijangka terus bertambah dengan Hasil Cukai meningkat 8.23% atau RM43,694,000 kepada RM574,674,000 berbanding RM530,980,000 pada 2011.

Hasil Bukan Cukai pula bertambah sebanyak RM187,439,380 atau 40.12% kepada RM654,603,740 berbanding RM467,164,360.
Bagaimanapun, Terimaan Bukan Hasil  dijangka berkurangan daripada RM431,855,640 kepada RM370,722,260 iaitu pengurangan 14.16% atau RM61,133,380," katanya.

Menurut Abdul Khalid lagi, Bajet 2012 akan meneruskan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor menggunakan hasil negeri bagi Fasa Ketiga termasuk memperkenalkan program baru iaitu Elaun Anak ke Nurseri dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diperuntukkan RM7.5 juta, Hadiah Anak Masuk Universiti RM7.7 juta, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM20.7 juta, Pusat Khidmat Sehenti RM50,000 dan Skim Kesihatan Wanita RM1 juta.

Pemberian 20 meter air percuma setiap bulan yang memberi manfaat kepada lebih 4 juta pengguna di Selangor akan diteruskan dengan dibiayai oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

"Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak hakikat bahawa Projek Penyaluran Air Mentah ke Selangor boleh memberikan tambahan bekalan air yang diperlukan tetapi perlu dibincangkan secara bersama dengan penstrukturan semula industri air.

Sekiranya cadangan penstrukturan ini diterima, kenaikan tarif air sebanyak 71% oleh SYABAS dapat dielakkan malah pengguna juga mendapat perkhidmatan lebih cekap, berkualiti serta  kenaikan tarif hanya berlaku pada kadar minima yang tidak membebankan rakyat," katanya.

Sumber: Selangorkini

50 Peratus Hutang Alam Flora Berjaya Diselesaikan PBT

Posted: 09 Nov 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 9 NOVEMBER : Sebanyak 50 peratus hutang berjumlah RM90 juta kepada Alam Flora telah berjaya diselesaikan semua Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sehingga 3 Oktober.

Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu ketika menjawab soalan Adun Sungai Pelek,Yap Ee Wah berhubung jumlah tunggakan hutang yang belum dijelaskan kepada Alam Flora berkata, pembayaran hutang akan diteruskan sehingga selesai.

"Mengikut rekod, tunggakan PBT kepada Alam Flora berjumlah RM90 juta. Semua PBT masing-masing mengambil langkah membayar hutang dan sehingga 3 Oktober, sebanyak 50 peratus telah dibayar oleh PBT kepada Alam Flora.

"Usaha untuk membayar akan diteruskan dan dalam masa yang sama Alam Flora juga berhutang kepada PBT. Mereka membeli peralatan dan sebagainya tapi masih tidak menjelaskan hutang," katanya.



Jelas beliau, sepanjang pengambilalihan pengurusan sisa pepejal mendapat reaksi yang positif dari pihak PBT dan penambahbaikan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Pihak MBSA menyatakan, melalui perkhidmatan ini, pihak PBT dapat memantau secara terus dan aduan dapat dikurangkan. Majlus Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ berkata, keberkasanan perkara ini dapat memudahkan sebarang bantuan dan tindakan percegahan.

"Majlis Perbandaran Klang, MPK pula telah menambah tempoh kutipan sampah dari 3 hari kepada 4 hari untuk perumahan dan sementara untuk komersil, dahulunya sehari sekali telah ditambah menjadi dua kali sehari. Secara keseluruhannya dalam kawalan yang baik dan akan terus diperbaiki," katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri tidak akan campur tangan berhubung isu status pekerja yang bernaung di bawah Alam Flora.

Katanya, kerajaan negeri menasihatkan PBT supaya menyerap semua pekerja dibawah Alam Flora dan setakat ini tidak ada sebarang kontraktor yang dipecat sehingga tempoh transisi yang berakhir pada 31 Disember 2011.

Sumber: Selangorkini

Lebih 3,000 Hadir Rumah Terbuka Deepavali

Posted: 08 Nov 2011 07:50 AM PST

RAWANG, 8 NOVEMBER : Program Rumah Terbuka Deepavali bersama Kerajaan Selangor yang disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di daerah Rawang disambut meriah dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung berbilang kaum di Jalan Maxwell di sini malam tadi.

Program jelajah sambutan Deepavali kali ketiga itu turut dihadiri barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, antaranya Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu, Datuk Teng Chang Khim dan Gan Pei Nei.

Dalam majlis itu, hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis tempatan dan pertunjukan bunga api sebelum Abdul Khalid diarak ke pentas utama untuk memalu peralatan muzik tradisional kaum India iaitu 'Dol Banghra' (gendang) sebagai simbolik pelancaran majlis.



Abdul Khalid dalam ucapan ringkasnya, melahirkan rasa bangga dengan kerjasama erat yang terjalin di kalangan masyarakat Selangor berbilang kaum dalam usaha meraikan dan menghormati sambutan perayaan agama masing-masing.

Justeru katanya, masyarakat Hindu khususnya perlu meraikan sambutan Deepavali kali ini dengan penuh keriangan dan kegembiraan bagi menghayati erti kemenangan.

"Pelbagai kaum berkumpul dengan penuh harmoni untuk meraikan sambutan Deepavali. Selain itu kita juga bertuah untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha yang juga meraikan kemenangan umat Islam di seluruh negara," katanya.

Selain itu, beliau turut mengharagai sikap masyarakat setempat yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mentadbir Selangor.

Jelasnya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan akan terus berusaha untuk melakukan perubahan demi kesejahteraan sejagat.

"Kerajaan Selangor akan meneruskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), malah akan ditambah dan diperhebatkan lagi untuk memberi kebaikan serta manfaat secara terus kepada rakyat," ujar Khalid.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menyumbangkan sejumlah RM521,000 kepada beberapa buah rumah ibadat bukan Islam yang terpilih di sekitar negeri Selangor bagi dibaikpulih untuk kemudahan masyarakat selain memberi ang pow (duit raya) kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.


Sumber: Selangorkini

Nuffnang