Anwar Ibrahim |
- Pakatan mahu Putrajaya tarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman
- EMU: Sampai Bila Mahu Begini?
- Rise Of Unelected Ministers
- Tidak Layak Jadi PM, Populariti Najib Palsu Semata
- Imprison Me, The Climate For Change Will Be Faster
- Sekat Perhimpunan Aman, Najib Gagal Tunai Janji
Pakatan mahu Putrajaya tarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman Posted: 23 Nov 2011 02:48 AM PST Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa agar kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 sambil menyifatkan ia sebagai respons yang tidak demokratik kepada tuntutan-tuntutan kepada hak asasi sivil di Malaysia. Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Parlimen perikatan itu akan membantah rang undang-undang itu apabila ia dibahaskan mulai esok. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Posted: 22 Nov 2011 11:45 PM PST Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad Isu pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd (ZELC) dari China dengan harga RM1.89 bilion secara runding terus atau dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan melalui tender sebelumnya, mula saya bangkitkan di Parlimen pada 29 Jun 2010. Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan Surat Tawaran (Letter of Acceptance – LOA) kepada ZHUZHOU pada 19 Mei 2010. Harga pembelian tersebut pula tidak termasuk kos Maintenance, Repair & Overhaul – MRO yang dikatakan akan diputuskan MOT secara berasingan. Walau pun pembelian EMU dari ZHUZHOU ini dilihat seakan terdapat unsur penyelewengan, MOT tetap meneruskannya dengan menandatangani perjanjian pembelian dengan ZHUZHOU pada 23 Julai 2010. Tindakan tersebut dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana dokumen perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam masa yang begitu singkat selepas LOA dikeluarkan iaitu 2 bulan 4 hari. Persoalannya apakah perjanjian penjualan yang melibatkan kos yang begitu tinggi itu telah diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara? Susulan desakan saya, PAC telah memutuskan pada 27 Julai 2010 bahawa terdapat sebab untuk isu pembelian EMU ini di siasat dengan lebih terperinci. PAC telah mengarahkan SPRM untuk memulakan siasatan. Pada 1 April 2011, saya telah menerima jawapan bertulis dari Y.B Dato' Seri Nazri bin Abdul Aziz, Menteri diJabatan Perdana Menteri bahawa siasatan kes ini masih dijalankan oleh SPRM dan tidak boleh didedahkan kepada umum atas kepentingan siasatan dan unsur kerahsiaan. Bagaimana pun, pada 14 November 2011, Y.B. Timbalan Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa hasil siasatan mendapati tiada unsur irregularity dalam pembelian EMU dari ZHUZHOU. Di sini saya ingin meminta penjelasan lebih lanjut dari Menteri Pengangkutan berhubung perkara-perkara berikut: a. Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas? Saya percaya pemilihan ZELC adalah berdasarkan ZELC menawarkan EMU yang mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu iaitu Tender Membekal Lapan (8) set EMU tiga gerabak. Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010. b. Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak? Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut? Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC. Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta. c. Sehubungan itu, saya memohon jasa baik Y.B Menteri Pengangkutan untuk saya dan juru perunding yang telah saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU yang telah dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC. Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh Y.B Menteri Pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya. Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC. d. Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah? e. Apakah SPRM telah menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China. Saya telah difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh Kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu. f. SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi anti-rasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang dikemukakan oleh ZELC. Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh KTMB, semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar. Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga (3) pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga (3) gerabak sebelum ini. Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk 'elemen komisyen' atau lebih tepat lagi 'kickback' agen tempatan. Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku penokoktambahan harga yang tidak munasabah. |
Posted: 22 Nov 2011 06:57 PM PST Malaysiakini Prime Minister Najib Abdul Razak’s impressive performance in a “popularity poll” conducted by the International Islamic University of Malaysia (IIUM), has nothing to do with his leadership qualities or his ability to charm the voters. His apparent rise in popularity is in proportion to his absence from the country. In short, the electorate is glad he is absent from Malaysia. The IIUM lecturer who devised the poll may have his own reasons for attributing Najib’s enhanced popularity to “his relentless efforts to touch base with the people and steer the country to a promising future”. The PM is besotted with his image as an international statesman and swells with pride when he shakes the hands of the big players like Hu Jintao and Barack Obama. But pride comes before a fall. Najib (left) has taken several overseas trips since he became PM and it is difficult to keep track of him. Last month, he was in Indonesia, China, Australia, and twice in Saudi Arabia. One thing is clear. He emulates former prime minister Dr Mahathir Mohamad by being 'out-of-town’ during national crises. Mahathir allegedly 'disappeared’ during the nationwide clampdown of Operation Lalang in October 1987. It possibly been pre-arranged that Hanif Omar, the IGP at the time, would take the rap and try to leave Mahathir smelling of roses. In the last fortnight, our unelected PM was in Hawaii for the Asia Pacific Economic Cooperation (Apec) followed by a Bali visit to attend the East Asia summit. He should have stayed at home, to deal with the multi-million ringgit misuse of public funds by the National Feedlot Corporation (NFC). The unelected Women, Family and Community Development Minister, Shahrizat Abdul Jalil, is embroiled in the NFC crisis. Token official visit The office of Prime Minister of Malaysia is cheapened by revelations that Najib had arranged a token official visit, during his personal holiday, as an excuse to get the taxpayer to fund, in full, his travelling expenses for him and his extensive entourage. Last July, after visits to Turkmenistan, the United Kingdom and the Vatican, the PM was forced to cut short his holiday to Italy and return home. He had to respond to mounting condemnation of the violent assault against the rakyat during the Bersih 2.0 rally, and try to salvage his reputation. He also had to deal with an Umno plot to oust him from power, allegedly led by his deputy, Muhyiddin Yassin. More of Najib’s insecurities were revealed in the deportation order placed on William Bourdon who was in Malaysia in relation to the Scorpene case. Najib was also perturbed that the veteran Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah (right) was launching Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) to revive the Tunku’s true spirit of Merdeka. Najib, the career politician, only knows life in the political fast lane. He has not struggled like most people to find funds for education or with applying for a job. He has even admitted that his trip on a luxury bus in Perak, was his first bus journey. Even the most hardened and cynical politicians will balk at using someone else’s misfortune to boost their image. Not Najib. He cut short another holiday, in Australia to return home, ostensibly saddened by the death of a journalist in war-torn Somalia. Instead of leaving the family to grieve in private, Najib managed to turn it into a publicity circus by showing his mock compassion. Disturbing questions The NFC scandal raises very disturbing questions about our version of democracy. Who benefits from our democratic process? Why are the unelected ministers given a major say in the running of our country? Why are the chosen few from Umno’s political elite manipulating the role of government? Why are the controls to check such impropriety not in place? Where is the enforcement? Why are the members of royalty who choose to be vocal in some matters, silent when it comes to large-scale corruption and allegations of fraud on a grand scale? Najib’s handling of Umno is rooted in cronyism. How can he speak out against Shahrizat when he has so many skeletons in his own closet? That is why the Umno businesses and those of their cronies are run like a family-business empire. It is like the mafia, with different sections of the business managed by different branches of the family. No one betrays the other. Anyone who tries is silenced or risks having his livelihood threatened. Muhyiddin, who has been tasked to deal with the NFC scandal gives the impression of being out of his depth, really he is just covering up a crime, for one of his cronies. He claims that Shahrizat (left) had nothing to do with the NFC, which is managed by her husband and her children. He did not think Shahrizat had cause to resign. Then he left it for the people to decide. He is right. The rakyat thinks that Shahrizat should be suspended without any pay whilst investigations are carried out quickly. If found guilty, she should be made to repay every sen, and spend time in jail. That goes for him (Muhyiddin) too for misleading the public. The project was approved when he was agriculture minister. He was reticent and sparse with information, only giving out the bare minimum when forced. MPs are accountable to Parliament, and Parliament is accountable to the rakyat. Tighten belts Interestingly, it was another unelected minister, Idris Jala who flip-flopped between saying that Malaysia was going bankrupt and doing all right economically. Last year he said we would have to tighten our belts but a few weeks ago, he said we would manage. Can he be so confident when ministers abuse public funds and treat them as their own bank account? The IIUM popularity survey concluded that PKR’s Anwar Ibrahim, Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz and Penang Chief Minister Lim Guan Eng (left) declined in popularity, unlike Najib and Mahathir. The poll asked 1,500 Malay, Chinese and Indian registered voters, how satisfied they were with the leadership qualities of the five. In October 2008, 35% Malay, 33% Chinese and 41% Indian respondents expressed satisfaction with Najib. In July 2011, their approval increased to 59%, 45% and 62%, respectively. This survey has left many members of the rakyat wondering if a representative cross section of the public was sampled. They also wondered if these 1,500 registered voters were “real voters” or “phantom voters”. As the poll suggests that Najib is so popular now, he might want to call the elections soon, despite the scandals, accusations of electoral fraud and revelations of expensive purchases which are surfacing almost every week. MARIAM MOKHTAR is a non-conformist traditionalist from Perak, a bucket chemist and an armchair eco-warrior. In 'real-speak', this translates into that she comes from Ipoh, values change but respects culture, is a petroleum chemist and also an environmental pollution-control scientist. |
Tidak Layak Jadi PM, Populariti Najib Palsu Semata Posted: 22 Nov 2011 06:20 PM PST Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular. Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi. Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan. Isteri beliau Rosmah Mansor pula langsung bukan aset kepada kerjaya politik beliau. Rosmah juga telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang sudahpun diketahui ramai. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal; apatah lagi memberitahu isterinya batas-batas isteri seorang Perdana Menteri. Isterinya itu bersikap seperti seorang yang degil, keras kepala dan menjalani gaya hidup mewah menggunakan wang awam. Altantuya akan menhantuinya seumur hidup Untuk berlaku adil Najib, beliau boleh membuat tuntutan bahawa beliau adalah sepopular Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi di saat-saat terbaik mereka tetapi hantu model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah diletup dengan C4 sentiasa mengekori bayangan beliau . Hantu itu tidak akan menghilang walau bagaimana sekalipun dia berdoa. Kes bunuh tersebut menghantui beliau dimana jua beliau berada dan itu adalah seperti tindakan bunuh diri untuk politik. Beliau enggan memberi sebarang penjelasan kerana merasa dirinya tidak akan terlepas. Bukan itu sahaja, ada lagi kes rasuah Scorpenes yang berjumlah RM 7 billion Itulah sebabnya beliau cuba memandang remeh kes terseut. Malangnya tiada sesiapa pun yang mempercayai hakikat itu. Persepsi rakyat adalah yang paling penting dalam politik. Kes yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis itu mungkin akan memburukkan lagi keadaan untuk Najib pada bulan-bulan yang mendatang dan mungkin sejurus sebelum Pilihan Raya ke-13 nanti. Sekarang pun sudah nampak bahawa Timbalannya Muhyiddin Yassin, menjauhi dirinya daripada Najib apabila berada di khalayak ramai, memberi tanda bahawa sesuatu yang buruk pasti akan timbul tidak lama lagi. Masih banyak persoalan yang tidak terjawab daripada kes pembunuhan Altantuya: peranannya dalam pembelian kapal selam berbilion-bilion ringgit dari Perancis dan Sepanyol; rekod kemasukan beliau ke negara ini yang dipadam daripada sistem Jabatan Imigresen; hubungan antara Abdul Razak Baginda; pegawai peribadai Najib dan sepupu Altantuya; dan mengapa kedua-dua pembunuh yang disabitkan dalam kes itu masih di penjara dan belum dijatuhkan hukuman mati. Badan Kehakiman perlu memberi banyak penjelasan sebelum PRU 13. Ini semua adalah persoalan-persoalan yang akan muncul sekali lagi pada GE 13. Liwat II Seolah-olah bau busuk daripada membunuh Altantuya tidak mencukupi, peranan Najib dalam kes liwat II juga menjadi pemberat besar yang tergantung dilehernya. Beberapa pihak yang berkenaan percaya bahawa Najib telah bertemu dengan Saiful Bukhari, lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Dakwaan tersebut ditolak oleh pakar perubatan dan seolah-olah mencadangkan,seperti yang telah didakwa Anwar bahawa ada konspirasi peringkat tinggi terhadapnya seperti kes Liwat I Kes Liwat 1, telah dicipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang terpaksa membayar harga yang tinggi apabila beliau pula terpaksa melepaskan jawatan disebabkan pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Akhirnya, Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Anwar tidak meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya. Malah mereka yang membenci Anwar berasa kasihan terhadapnya dan meninggalkan Umno walaupun mereka masih enggan untuk mengundi beliau. Kes Liwat I telah menjatuhkan Umno dalam pilihan raya. Liwat II, seperti Liwat I telah dicipta oleh Mahathir, dan jelas Umno menanggung kerugian besar dalam pilihan raya. Perak yang dicuri daripada PakatanRakyat oleh Umno beberapa bulan selepas GE 12 pada tahun 2008, pasti akan kembali kepada pakatan pembangkang. Terengganu dan Malaysia Timur sasaran sedangkan Najib terus bermain-main Selain Perak, PR sedang memburu Terengganu, Negri Sembilan dan melapangkan jalan-jalan di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri yang dianggap Deposit Tetap Umno kerana banyak pendatang haram dalam daftar pemilih di sana . PR telah meningkatkan pendaftaran pengundi tempatan untuk meneutralkan bilangan pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih. Najib juga tidak dapat melarikan diri daripada persepsi awam bahawa Mahathir memeras ugut beliau dan beliau dalam keadaan berserah diri pada setiap segi dan sudut. Beliau sekarang sudah nampak perangai sebenar Mahathir yang dirahsiakannya daripada orang ramai selama hampir 22 tahun sehinggalah keluarnya kes Liwat I. Sejarah akan mengejar kita Skandal Najib selain pembunuhan Altantuya, Liwat I dan Liwat II juga pengkhianatan terhadap orangkuat Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perbalahan terkenal pada tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno dengan Mahathir. Razaleigh tidak pernah memaafkannya dan terus menahan sokongan beliau yang penting dan juga tidak menghalang kemaraan PAS, ahli gabungan PR. Bau busuk yang sama kuatnya dengan kes Altantuya dari Abdul Razak, ayah Najib, atas peranannya dalam rusuhan Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 di mana Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris juga menjadi dalang. Ketiga-tiga dalang ini juga menjatuhkan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri. Sihir tidak boleh menukar Najib daripada Katak kepada Putera Najib akan mati dengan kematian perlahan tetapi pasti boleh diduga memandangkan beratus-ratus juta wang pembayar cukai telah digunakan untuk perhubungan awam membersihkan imej beliau. Contoh jelas adalah rentetan ’kaji selidik’ populariti beliau. Untuk itu, pujian haruslah diberi kepada ketua media baru yang telah dilantik dan berpusat di NST. Sungguhpun begitu, yang menyedihkan adalah usaha itu secara terang-terangan memalukan. Ahli silap mata terkenal seperti Houdini pun tidak akan dapat mengubah Najib daripada katak kepada Putera! Sama ada dia mengaku atau tidak, suara hati Najib sedang mendambakan hukuman, dan pembersihan daripada dosa. Sesiapapun boleh meneka bagaimana dan bilakah masa kejatuhan beliau akan tiba. Mungkin sedikit akan menitiskan air mata untuk Najib dan Malaysia menanti seorang penyelamat yang akan membawanya keluar dari masalah yang telah ditanggung lebih daripada setengah abad. Najib sememangnya bukanlah orang itu. |
Imprison Me, The Climate For Change Will Be Faster Posted: 22 Nov 2011 05:03 PM PST |
Sekat Perhimpunan Aman, Najib Gagal Tunai Janji Posted: 22 Nov 2011 05:00 PM PST Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun. Beliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di dewan rakyat hari ini. "Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini. Menurut Azmin, Najib pada 16 September lalu turut berjanji bahawa beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan, namun menggantikannya dengan akta lain yang mengekalkan penahanan tanpa bicara. Tegasnya, RUU berkenaan tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun. "Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Terdahulu Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng membidas Rang Undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman. "Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya pada sidang media di Parlimen. Beliau merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan sesuatu perhimpunan dikendalikan dengan teratur. "Ini tidak kena dengan usaha Kerajaan kononnya ingin memberikan hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Ini lebih teruk dari dulu kerana ada tempat-tempat yang disenaraikan dihalang (berhimpun)," ujarnya. Tambah beliau, peraturan baru itu juga meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan dan melipatgandakan jumlah denda kepada penganjur yang terlibat. Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis. Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan. Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. "Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air," kata Guan Eng. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan