念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang |
[Nov 14]Parliament Debate on Cheras Kajang toll concession agreement that extended till 2013 Posted: 23 Nov 2011 01:23 AM PST Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, lima minit, okey. Saya cepat sahaja. Butiran 060200 - Bayaran Pampasan Tol. Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: Tuan Pengerusi, DAP sudah banyak Tuan Pengerusi, PKR pun banyak, PAS tidak dapat langsung. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya sudah terlanjur jemput Yang Berhormat daripada Serdang. Saya faham Yang Berhormat, saya ada lihat senarai, ada dekat sini. Sila Yang Berhormat. Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Okey, saya cepat sahaja. Saya hendak sentuh tentang Lebuh Raya Cheras-Kajang kerana saya rasa ini adalah sebuah lebuh raya yang telah dibina pada tahun 1999. Kos untuk pembinaan lebuh raya tersebut adalah sebanyak RM282 juta dan kos penyelenggaraan dan operasi sejak hari itu sampailah Disember tahun yang lalu adalah sebanyak RM147.3 juta. Maksudnya, tetapi setakat 31 Disember tahun lepas jumlah kutipan yang telah dikutip oleh syarikat konsesi adalah sebanyak RM585.5 juta. Maksudnya, setakat ini keuntungan syarikat konsesi untuk Lebuh Raya Cheras-Kajang adalah sebanyak RM156.2 juta. Akan tetapi saya tidak faham kenapa pada dahulunya, sebenarnya apabila perjanjian konsesi ditandatangani, tempoh konsesi adalah setakat 2025. Akan tetapi sekarang tempoh konsesi ini telah dilanjutkan kepada September 2030. Jadi, saya rasa ini tidak munasabah kerana setakat ini syarikat konsesi sudah ada keuntungan tetapi Kementerian Kerja Raya lagilah melanjutkan tempoh konsesi ini. Jadi, saya hendak minta satu penjelasan kenapa Kementerian Kerja Raya tidak membela rakyat jelata dalam isu ini? Isu kedua adalah tentang Terowong Kajang Utama di Kajang. Pembinaan Lebuh Raya SILK telah mengakibatkan penduduk-penduduk Taman Kajang Utama perlu mengambil perjalanan lebihan sebanyak 5 kilometer setiap kali mereka keluar masuk dalam taman mereka. Satu terowong yang menghubungkan Taman Kajang Utama dengan bandar Kajang telah dipersetujui oleh bekas Menteri Kerja Raya ketika merasmikan operasi Lebuh Raya SILK pada Jun 2004. akan tetapi selepas tujuh tahun, terowong tersebut masih belum dibinakan lagi kerana tidak dapat peruntukan dari EPU. (More......) |
[Nov 16] Parliament debate on educational issues & BN's RM100 handouts to school students Posted: 23 Nov 2011 01:21 AM PST Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, ada beberapa perkara, satu adalah tentang pada 30 September tahun ini, kerajaan negeri Selangor telah memberi dua keping tanah, satu kepada SJK(C) Yak Chee dan juga sekeping tanah lagi di Taman Tasik Prima kepada SMJK Katolik. Jadi saya hendak tanya sama ada kementerian akan memberi kelulusan kepada SJK(C) Yak Chee dan juga SMJK Katolik untuk membina sekolah-sekolah mereka di tapak yang diberi oleh kerajaan negeri Selangor? Itu perkara pertama. Kedua, adalah tentang Sekolah Menengah Confucian, mereka sudah lama hendak cari satu tapak untuk membina sekolah mereka yang sekarang ini mereka berkongsi SMPC Confucian. Saya tahu mereka telah buat satu permohonan untuk sekeping tapak rizab sekolah di Sentul, sudah lama, lebih daripada satu tahun. Jadi saya hendak tanya, apakah kedudukan permohonan mereka? Ketiga ialah tentang SMPC Kuantan dan SMPC Segamat. Saya rasa kedua-dua jawatankuasa untuk sekolah ini sudah lama mengemukakan permohonan mereka untuk membuka balik SMPC Kuantan dan juga SMPC Segamat. Saya rasa isu ini sudah berulang kali dibangkitkan semasa pilihan raya kecil. Jadi, saya hendak tanya apa kedudukan permohonan mereka sekarang ini? Sama ada kementerian bersedia untuk memberi mereka satu kebenaran untuk membina dan membuka balik SMPC Kuantan dan Segamat. Keempat, adalah tentang polisi yang sudah beberapa kali dinyatakan bahawa di tempat perumahan yang lebih daripada tiga ribu unit rumah, di mana penduduk kebanyakan mereka adalah bangsa Cina di taman perumahan tersebut, akan mewujudkan satu keping tanah rizab untuk SJK(C). Saya hendak tahu polisi ini sudah sampai tahap mana? Sudah implement atau belum lagi dilaksanakan? Kalau sudah dilaksanakan, setakat ini sudah berapa keping tanah rizab pendidikan telah dirizabkan untuk SJK(C) dan juga SJK(T). Selain daripada itu, saya juga hendak sentuh tentang isu bantuan RM100 kepada pelajar untuk membeli kelengkapan barangan sekolah. Saya rasa ini adalah satu polisi yang baik tetapi selain daripada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya di sini juga hendak baca sepucuk e-mel yang saya terima pada hari Isnin yang lalu, e-mel ini ditulis dalam bahasa Inggeris, jadi dengan izin saya quote: (More......) |
You are subscribed to email updates from 念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan