N45 Dr Halimah Ali |
RAMADHANKU BERMAKNA ( MEANINGFUL RAMADHAN EXPERIENCE) Posted: 04 Aug 2012 03:23 PM PDT Ramadanku Bermakna di Kampung Delek, Klang KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan menganjurkan Program Ramadhanku Yang Bermakna selama seminggu bermula Ahad ini di kampung Delek, Klang. Program yang akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali itu merangkumi aktiviti untuk kanak-kanak, belia dan dewasa. Pada 5 Ogos, sebelah paginya diadakan kelas memasak dan membuat kuih raya serta kelas menjahit bersama selebriti, program khatam al-Quran berkelompok oleh pelajar-pelajat KITTIS, Komtas/Sekolah Al Farabi dan Sekolah Wahidah dan majlis pelancaran program pada sebelah malam di Masjid Nurul Amin, Kg. Delek, Klang. Forum Nuzul Quran akan diadakan pada hari Isnin manakala pada hari Rabu dan Khamis akan berlangsung seminar GeMS Daerah kelang di KITTIS. Dr Halimah akan menyampaikan taklimat dan konsep kampung Delek sebagai Mini Serambi Mekah diikuti majlis berbuka puasa mahasiswa bersama penduduk kampung di Masjid Nurul Amin. Pada Sabtu iaitu hari terakhir program, Pembantu Exco Agama ADUN, Dr Rani pula akan merasmikan Seminar Mengehsankan Insan di Selangor pada hari Sabtu disusuli program motivasi remaja (SPIES). Sementara itu, program mewarna dan melukis disediakan untuk kanak-kanak pada hari tersebut. Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program sepanjang minggu tersebut sebagai mengimarahkan bulan Ramadan. Sumber: harakahdaily |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |