N45 Dr Halimah Ali |
Jawapan sidang DUN SELANGOR oleh EXCO Pendidikan Posted: 20 Nov 2012 06:28 PM PST PERTANYAAN – PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO' MARSUM BIN PAING (DENGKIL) TAJUK : PROGRAM SPIES Sejak 2008 kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan modal insan SPIES. Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar : SOALAN a) Nyatakan jumlah peserta yang telah mengikut SPIES dari tahun 2008 hingga kini mengikut kelompok sasaran? JAWAPAN Program SPIES bermula 24 Ogos 2008-Oktober 2012 dan telah melibatkan sebanyak 1,252 sesi kursus dengan penyertaan seramai 101,239 orang seperti berikut :
SOALAN b) Apakah ukuran peningkatan atau kejayaan program SPIES hingga kini? JAWAPAN Platform pembangunan modal insan yang disediakan oleh Kerajaaan Selangor melalui program SPIES merupakan satu pendekatan yang berhikmah dan kontemporari dalam usaha membangunkan modal insan secara bersepadu. Kejayaan kepada program SPIES ini boleh dilihat dari sudut kuantitatif dan kualitatif. Dari segi kuantitatif program SPIES telah berjaya melatih seramai 101,239 orang dan dalam tempoh ini ia merupakan satu kejayaan yang cukup besar dalam mengetengahkan konsep pembangunan insan yang holistik kepada warga Negeri Selangor. Dari segi kualitatifpula, ukuran kepada kejayaan program ini adalah agak abstrak kerana proses pembangunan insan adalah satu evolusi yang berterusan dan sepanjang hayat justeru memerlukan jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan satu ukuran yang boleh membantu untuk melihat kejayaan sebenar program kursus SPIES ini. Perlu diingatkan program SPIES BUKAN sekadar kursus.Kursus hanyalah pengenalan kepada SPIES. Program SPIES sebenarnya adalah penerapan budaya positif dan produktif bermula di dalam jentera kerajaan hingga ke akar umbi. Antara faktor pengukur yang boleh dijadikan panduan adalah melalui beberapa aspek: a. Tahap integriti dan kompetensi kakitangan kerajaan Negeri Selangor melalui peningkatan produktiviti (peningkatan hasil kerajaaan, pengurangan aduan awam), pematuhan prosedur kerja (Laporan Audit Negeri/Negara; b. Budaya ilmu mula subur di negeri Selangor; c. Budaya hidup bertuhan semakin terserlah: masjid dan tempat ibadat semakin dipenuhi; d. Budaya pemutus dan pelaksana dasar yang mempunyai 'guiding principles' atau prinsip yang jelas untuk menjaga kepentingan rakyat jelata; e. Kejayaan menggerakkan program kolaborasi sinergistik antara jabatan/agensi kerajaan negeri/tempatan bersama pimpinan setempat dan aktivis masyarakat, warga pendidik, ibubapa bahkan belia dalam program berkala GeMS adalah di antara hasil kejayaan program SPIES.Sebelum ini begitu sukar untuk jabatan dan agensi kerajaan menghayati kerja berpasukan terfokus; f. Pengurangan kadar krisis rumahtangga – berdasarkan laporan perceraian Manakala, untuk menilai kesan yang paling ketara dan manfaat program ini kepada peserta, indikator terbaik yang boleh digunapakai adalah melalui maklumbalas pesertakursus dan hasil analisa maklumbalas peserta yang dibuat ke atas mereka yang telah menghadiri kursus ini memberikan keyakinan yang tinggi melalui skor yang dinyatakan di atas iaitu 3.48 (markah penuh adalah 4.00). Skor yang ditunjukkan ini bolehlah dijadikan indikator penilaian ke atas keberkesanan program ini secara umumnya kerana peserta terbabit merupakan testimoni yang terbaik untuk menilai keberkesan program SPIES ini. Pengukuran sebenar keberkesanan program ini juga dapat dlihat dari segi komitmen dan minat yang ditonjolkan. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 90% peserta menyatakan program yang dilaksanakan adalah baik dan bersetuju untuk mengikuti program susulan. Selain itu laporan kajian keberkesanan program 2009 yang dibentangkan semasa Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 20 Januari 2010 telah merumuskan perkara –perkara berikut :
Secara umumnya, pelaksanaan program ini dapat diterima dengan baik oleh masyarakat yang mana ianya dapat dilihat menerusi peningkatan ilmu, pemerkasaan potensi kebaikan diri secara holistik, keinsafan jiwa, peningkatan kesediaan diri untuk berubah kearah menjadi aset bernilai kepada negara dan ruang untuk memberi penjelasan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan nilai modal insan. SOALAN c) Adakah asas pembelajaran dalam program SPIES dan adakah ia bebas daripada menjadi alat doktrin politik kepartian? JAWAPAN SPIES bersifat universal. SPIES adalah instrumen perpaduan kerana model ini dicipta merentasi kaum, keturunan dan agama. Bahkan SPIES juga melangkau perbezaan ideologi politik samada daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Ini kerana SPIES adalah model pendidikan yang bersifat neutral. SPIES adalah model (wholesome education) merupakan kerangka pendidikan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang berhati mulia, amanah, berintegriti tinggi, produktif, kreatif menguasai ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya kerana ia mampu mengatasi masalah sepanjang kehidupan. Penekanan kepada pembangunan sinergistik semua elemen – elemen yang interaktif ini insyaallah akan menjadi manusia makhluk terbaik yang diciptakan Allah. Program SPIES bertujuan untuk memberdaya (empower) insan untuk menjadi insan yang paling baik dengan menggilap daripada sumber – sumber sedia ada pada dirinya Mesej SPIES ialah : Kerajaan Selangor mahu " You choose to be the best of you". Oleh itu, Kerajaan Selangor dalam usaha memacukan pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program SPIES menekankan kepada pembangunan dan pembentukkan 3 dimensi utama iaitu:
Tiga (3) dimensi utama ini merupakan satu gabungan yang sempurna dan lengkap untuk melahirkan satu tamadun kemanusiaan yang gemilang serta mempunyai nilai moral yang tinggi seterusnya menjadikan Selangor negeri idaman, maju sejahtera dan berkebajikan. Hasil gabungan tiga (3) dimensi ini telah membentuk model pendidikan holistik Selangor yang dikenali sebagai SPIES, akronim kepada Spiritual, 'Physical', Intelektual, Emosi dan Sosial. Kandungan model SPIES ini juga menggarapkan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam, teori Johari Window, teori Maslow, teori behavioris, kognitif dan konstruktif, yang mana kesemua ini bebas dari doktrin politik. Jika dilihat kepada tiga (3) dimensi yang megandungi lima (5) elemen ini ia menjuruskan kepada pembangunan 2 unsur iaitu Diri dan Masyarakat. Modul - modul yang diajar kepada peserta adalah modul universal dan mampu dihayati oleh setiap insan yang inginkan perubahan sama ada untuk diri mahupun masyarakat. SPIES bebas daripada kepartian tiada unsur indoktrinasi bahkan program SPIES bertujuan membina keupayaan untuk mengkaji segala maklumat bagi memilih sendiri parti politik yang paling sesuai. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |