Selasa, 20 November 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Muslimat kemuka 31 calon berpotensi

Posted: 20 Nov 2012 12:25 AM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Muslimat berharap status quo kerusi yang sedia ada dikekalkan, di samping mengharap ada pertambahan calon mewakili muslimat di setiap negeri.

"Kita juga berharap dapat mengekalkan kedudukan sekarang. Muslimat telah menyerah 31 nama mengikut negeri-negeri untuk pertimbangan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.

"Muslimat berharap sekurang-kurangnya diberi satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dun di setiap negeri," kata ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini bermakna 14 negeri termasuk Sabah dan Sarawak akan ditampilkan calon muslimat.

Kata beliau usaha itu dilakukan bagi membolehkan suara muslimat berada di peringkat penggubal dasar sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Beliau berkata, suara Muslimat perlu berada di peringkat penggubal dasar bagi membolehkan usaha memartabatkan golongan wanita lebih menyeluruh dan berkesan.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, pendekatan Tahaluf Siyasi yang diamal PAS ternyata berjaya membentuk lanskap baru politik di negara ini.

Menurutnya kaedah Tahaluf Siyasi berjaya menarik sokongan non muslim bagi mendekati perjuangan PAS.

"Apa yang kita buat berteraskan prinsip dan aqidah berdasar al-Quran dan Sunnah serta ijmak ulama. Jadi Insya-Allah tidak ada masalah dan tiada kompromi dalam isu ini," ujarnya.

Beliau juga berkata, Dewan Muslimat akan turun ke seluruh negara bagi menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan bagi memberi manfaat kepada rakyat.

harakah/-

Kepala bayi terhantuk

Posted: 19 Nov 2012 11:56 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

ROSAK...kereta pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan.
ROSAK...kereta pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan.
REMUK...Perodua Kembara yang terbabit kemalangan, kelmarin.
REMUK...Perodua Kembara yang terbabit kemalangan, kelmarin. 
 
PASIR GUDANG: Seorang bayi berusia setahun antara lima yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua Perodua Viva serta masing-masing satu Perodua Kembara dan motosikal di Jalan Masai-Kong-Kong, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, kemalangan berlaku apabila V Sadhees, 23, yang menunggang motosikal Honda EX5 dari Johor Bahru gagal memotong kenderaan lain di garisan berkembar.

Akibatnya, kata Mohd Roslan, motosikal itu bertembung sebuah Perodua Kembara dinaiki tiga lelaki, S Varathan, 35, (pemandu) S Sivakumar, 40, dan Mohamad Ismail Abdul Rahman, 46.

"Berikutan itu, penunggang motosikal terbabit mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala. Perodua Kembara itu pula hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali dan merempuh sebuah Perodua Viva berwarna perak.

"Rempuhan itu menyebabkan ketiga-tiga lelaki yang berada dalam Perodua Kembara mati di tempat kejadian," katanya.

metro/-

Terkejut diacu pistol

Posted: 19 Nov 2012 11:48 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

MUSNAH...keadaan kenderaan Kam yang hangus dijilat api.
MUSNAH...keadaan kenderaan Kam yang hangus dijilat api.
BEGINI...Kam menunjukkan bagaimana  penjenayah mengacukan pistol  ke arahnya.
BEGINI...Kam menunjukkan bagaimana penjenayah mengacukan pistol ke arahnya. 
 
SUBANG JAYA: Seorang jurutera hampir maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik sebelum terbakar ketika cuba melepaskan diri daripada dikejar dua lelaki menaiki kereta Proton Wira yang mengacukan pistol ke arahnya di Lebuhraya Persekutuan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Kam Peng Wah, 53, terselamat selepas merangkak keluar dari Toyota Harrier dipandunya sebelum kenderaan berkenaan meletup dan terbakar di susur keluar Lebuh Raya Persekutuan ke Subang Jaya di sini, kelmarin.

Kam yang ditemui wartawan di tempat kejadian, mendakwa tidak menyedari kehadiran kereta dinaiki dua penjenayah terbabit sehinggalah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arahnya ketika dia berada di lorong kanan.

"Ketika kejadian, saya baru mengeluarkan wang RM2,000 dari mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan dan tidak sedar diekori sesiapa.

"Ketika mahu memasuki susur keluar ke Subang Jaya, saya menyedari sebuah Proton Wira mengekori rapat di belakang dan apabila memotong kenderaan saya, seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah saya," katanya yang masih gementar ketika ditemui.

metro/-

Premis jual DVD gay diserbu

Posted: 19 Nov 2012 11:33 PM PST

Premis jual DVD gay diserbu6 Muharram 1433H. [MOD] -

Razak (baju biru) bersama Zaki (kanan) memeriksa DVD yang dirampas dalam satu serbuan di Jalan Kampar.
 
IPOH – Sebuah kedai menjual cakera padat digital (DVD) di Jalan Kampar, di sini mengejutkan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila didapati hanya menjual filem khusus untuk golongan homoseksual atau gay.

Premis yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu menjadi tumpuan golongan itu untuk mendapatkan bekalan filem lucah dengan harga RM20 sekeping.

Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar dalam satu serbuan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan yang membabitkan empat premis di bandar raya ini, kelmarin.

Dalam operasi yang bermula jam 5 petang itu, lebih 12,000 keping DVD yang tidak mempunyai sijil perakuan B di bawah Akta Penapisan Filem 2002 yang bernilai RM96,000 dirampas.

Setiausahanya, Razak Drahman berkata, hanya sebuah kedai didapati menjual lebih 100 keping DVD lucah untuk golongan gay dan permintaan terhadap filem berkenaan juga didapati meningkat.

"Penjaga kedai berkenaan hanya menyediakan katalog untuk dipilih oleh pelanggan sebelum dibeli. Bagaimanapun, risikan dari semasa ke semasa berjaya mematahkan gejala tidak bermoral ini," katanya selepas mengetuai operasi tersebut bersama Ketua Cawangan Negeri, Zaki Mohamed.

Seramai 24 anggota penguat kuasa dari Putrajaya dan negeri terlibat dalam operasi yang berakhir dua jam kemudian.

Menurutnya, seorang remaja berusia 17 tahun yang merupakan penjaga salah sebuah premis yang diserbu ditahan bagi membantu siasatan.

"Semua premis itu pernah diserbu beberapa kali dan mereka masih berdegil walaupun pernah dikenakan tindakan undang-undang.

"Aktiviti ini perlu mendapat kerjasama dari semua pihak terutama orang awam yang disarankan untuk membeli DVD 'original'. Kita arahkan setiap negeri melaksanakan operasi lebih kerap," katanya.
Razak berkata, keempat-empat premis berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Penapisan Filem 2002 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM30,000 atau penjara.

SINAR/-

115 peneroka Felda Wilayah Jengka tidak layak terima durian runtuh

Posted: 19 Nov 2012 11:25 PM PST

115 peneroka Felda Wilayah Jengka tidak layak terima durian runtuh6 Muharram 1433H. [MOD] -
 
Wan Salman (dua, kiri) dan Saari (tiga, kiri) bersalaman dengan kontinjen terlibat dengan perbarisan bersempena Sukan Warga Felda Wilayah Jengka, Sabtu lalu.
 
BANDAR TUN RAZAK - Seramai 115 peneroka di Felda Wilayah Jengka tidak layak menerima durian runtuh kerana mereka bukan lagi pemegang hak milik asal tanah Felda.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, peneroka itu telah menggadaikan tanah mereka kepada pihak lain, justeru pemegang tanah kini, mahupun pemilik asal, kedua-duanya tidak layak menerima durian runtuh.

"Perkara ini juga melibatkan anak peneroka terbabit. Mereka juga tidak layak untuk menerima durian runtuh ini dan tidak berhak menuntut habuan ini," katanya ketika merasmikan Program Sukan Warga Felda Wilayah Jengka di Mini Stadium, di sini.

Katanya,  anak peneroka ganti juga tidak layak menerima durian runtuh tersebut kerana mereka bukan lagi generasi kedua Felda.

"Peneroka ganti bukan generasi kedua kerana dia mengambil alih tanah daripada peneroka generasi pertama.

"Bagi peneroka ganti ini, mereka perlu mengagihkan habuan tersebut dengan adik-beradiknya yang merupakan generasi kedua Felda," katanya.

Kata Saari, Felda Wilayah Jengka sudah mula membuat pembayaran cek durian runtuh fasa ketiga bermula 16 November lalu dan penyerahan tersebut dijangka selesai dalam minggu ini.

Dalam pada itu, Adun Jengka, Wan Salman Wan Ismail yang hadir merasikan program sama pula berkata, generasi kedua dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa menunaikan cek durian runtuh yang diterima.

"Biasanya cek yang diberikan mempunyai tempoh selama tiga bulan untuk ditunaikan di bank berdekatan.

"Dengan tempoh yang diberikan, saya rasa tidak perlu penerima tergesa-gesa untuk menunaikan cek terbabit," katanya.

SINAR/-

Lapor polis: Pengendali AES menyamar penjawat awam

Posted: 19 Nov 2012 11:23 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) hari ini membuat laporan polis berhubung dengan tindakan dua syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang telah menyamar sebagai penjawat awam.

Laporan polis terhadap syarikat tersebut dibuat secara berasingan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan juga Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Menurut Mahfuz, laporan ini dibuat apabila dua syarikat pengendali kamera AES telah bertindak menyamar sebagai penjawat awam iaitu dengan mewarnakan kenderaan milik syarikat dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Saya mengesyaki kedua-dua syarikat tersebut telah melakukan kesalahan yang amat serius apabila menyamar sebagai penjawat awam dengan mewarnakan kenderaa milik mereka menyerupai warna kenderaan JPJ.

"Mereka melakukan penyamaran ini sewaktu mengendali kamera mobile AES di beberapa lokasi," jelasnya.

Tambahnya lagi, hasil carian yang dibuat melalui JPJ dan Polis mendapati kedua-dua kenderaan tersebut adalah milik ATES Sdn Bhd dan Preferred Synergy Sdn Bhd yang beralamat di Petaling Jaya dan bukannya milik JPJ.

"Perkara ini merupakan satu kesalahan yang amat serius dan pihak polis perlu mengambil tindakan segera atas penyamaran tersebut.

"Kita tidak mahu sesuatu berlaku atas kekeliruan penyamaran itu dan rakyat terus menjadi mangsa dalam pelaksanaan AES," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, peguam Kase, Zulhazmi Sharif juga turut hadir sewaktu laporan dibuat.

Laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.

Sementara itu, kira-kira 30 anggota NGO Aktivis Bantah AES (Bantah AES) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi memberi amaran kepada kerajaan agar membatalkan AES dengan segera.

Himpunan tersebut diketuai Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja.

Jurucakap Bantah AES, Saifullah Zulkifli berkata, jika kerajaan enggan berbuat demikian, himpunan besar-besaran bagi membantah AES akan diadakan.

"Hari ini hanya wakil sahaja yang datang menyerahkan memorandum dan mendesak Kementerian Pengangkutan membatalkan AES.

"Kami bagi amaran, jika kerajaan tidak juga menghiraukan bantahan kami, himpunan lebih besar akan diadakan melibatkan semua rakyat," katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Turut bersama dalam himpunan tersebut Tian Chua (PKR-Batu), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) dan Jeff Ooi (DAP-Jelutong).

HARAKAH/-

Gaza: Lebih 100 maut serangan Israel

Posted: 19 Nov 2012 11:16 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

Israel bom pejabat PM Palestin
Anggota bomba Palestin berusaha memadam api selepas serangan udara Israel di Gaza City, baru- baru ini. - Foto ihsan Reuters
 
GAZA CITY - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh di Semenanjung Gaza selepas enam hari Israel menyerang dan meneruskan pengeboman dengan alasan serangan dilakukan untuk menghentikan  serangan roket ke Israel.

Kematian semalam termasuk melibatkan komander kumpulan militan Jihad Islam.

Lebih 100 roket dilancarkan ke Israel semalam tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan selain tiga kematian melibatkan penduduk Israel minggu lepas.

Kabinet Israel mengadakan perbincangan berhubung syor gencatan senjata dibawa Mesir.

Bagaimanapun, pelan Mesir masih lagi tidak diketahui tetapi kedua-dua Hamas dan Israel sudah membentangkan usul mereka.

Israel menggesa sebarang serangan dari Hamas dihentikan manakala Hamas pula menuntut supaya sekatan ke atas Gaza dihentikan.

Mesir telah menerajui usaha dalam perjanjian damai ini dan menurut pegawai Mesir, beliau berharap dapat membuat pengumuman hari ini.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon juga telah tiba di Kaherah bagi mengadakan rundingan berhubung gencatan senjata ke atas Israel dan bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Menurut satu kenyataan dari White House, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut berkata semalam kepada rakan sejawatannya dari Mesir, Mohamed Mursi dan Netanyahu bagi membincangkan satu cara bagi merungkaikan krisis di Gaza.

Obama turut melahirkan rasa kesal atas kematian penduduk awam Palestin yang ramai terkorban dan juga kematian penduduk Israel gara-gara serangan yang tidak berhenti sejak enam hari lalu.

SINAR/-

Pakatan sokong usul Gaza, gesa ketegasan Malaysia

Posted: 19 Nov 2012 10:56 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyatakan sokongan ke atas usul yang dibentangkan berkaitan serangan Israel, tetapi menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas bagi melindungi kepentingan rakyat Palestin di Gaza.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan negara-negara lain wajar mengambil langkah melawat dan menghadirkan diri di Gaza dan kawasan berdekatan untuk menegaskan inisiatif-inisiatif diambil.

Menurutnya, kerajaan juga perlu  memperluaskan skop bukan hanya mengecam Israel, tetapi memberi tekanan ke atas Amerika Syarikat kerana negara itu memberi bantuan dan sokongan kepada Israel secara berterusan.

"Itu (Gaza) hanya cebisan daripada kekejaman Israel, memang Israel itu pengganas, saya sokong tapi kerajaan perlu ambil langkah lain.

"Saya gesa kerajaan bukan hanya kecam Israel tapi bagi tekanan," kata beliau yang juga Ketua Umum PKR ketika membahaskan usul dibentangkan di  Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, DAP menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan oleh Parlimen.

Beliau yang juga Penasihat DAP  turut melahirkan rasa kecewa terhadap serangan Israel ke atas Gaza dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menyokong Israel.

"Saya wakil dari DAP dan PR menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan.

"Saya dukacita atas serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh Zionis Israel itu dan saya kecewa dengan Obama," katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyatakan sokongan kepada usul tersebut tetapi mengemukakan beberapa cadangan untuk memberi tekanana kepada Israel.

Hadi yang juga Presiden Pas berkata, pemulauan ekonomi ke atas Israel perlu dibuat termasuk media yang digesa supaya tidak membela rejim Zionis.
Hadi juga berkata, jika perlu, pasukan ketenteraan juga boleh dihantar untuk memberi bantuan dalam perkara itu, selain mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang zalim.

Tambahnya, "kita boleh ambil tindakan menyenarai pemimpin zalim dan dimasukkan ke dalam jenayah perang antarabangsa dan membiarkan masyarakat antarabangsa menghukumnya."

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar turut menyokong kesemua 10 ketetapan dalam usul yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

SINAR/-

PAS gesa pulau ekonomi, media pro Israel

Posted: 19 Nov 2012 10:50 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS berpendirian, sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan yang pro aktif dalam menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar berhubung serangan terbaru Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza.

Demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat ketika berbahas menyokong usul mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi "Pillar of Defence", 14 November lalu ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.

"Sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan yang pro aktif dalam menangani isu ini khususnya melalui OIC untuk mengadakan sidang tergempar mempengaruhi rakan-rakan OIC dan rakan-rakan negara Arab.

"Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM harus membuat keputusan yang lebih tegas terhadap Israel dan menyokong pembukaan sempadan yang dibuat oleh Mesir sekarang ini.

"Kita ucapkan syabas kepada Mesir yang berani membuka sempadan dan saluran itu boleh menjadi saluran untuk membantu rakyat Palestin yang dikepung melalui udara dan laut dan serangan darat boleh dilakukan bila-bila masa sahaja," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, pemulauan ekonomi dan media yang pro Israel harus dilakukan segera.

"Tindakan tegas seperti pemulauan ekonomi terhadap Israel perlu dilakukan. Pemulauan media, media termasuk di negara kita sendiri supaya memainkan peranan di Asia Tenggara. Jangan dipengaruhi Reuters atau AP yang  masih dikuasai Zionis seolah-olah membela Israel yang zalim sejak beberapa lama," katanya.

Beliau juga mencadangkan pemimpin-pemimpin Israel disenaraikan sebagai pengganas perang kerana bertindak kejam terhadap nyawa yang tidak terbabit.

"Seterusnya mengambil tindakan yang tegas dengan menyenaraikan pemimpin-pemimpin Israel dalam senarai pengganas perang kerana melakukan suatu tindakan yang kejam yang diketahui umum membunuh mereka yang tidak terlibat dalam peperangan seperti wanita,kanak-kanak, hospital dan sebagainya.

"Kalau perlu bantuan ketenteraan disediakan untuk mengajar negara Israel," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pagi tadi.

HARAKAH/-


Umno pun tak berdoa supaya PAS kuat

Posted: 19 Nov 2012 10:30 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan tampil membalas mainan media terhadap isu doa kehancuran Umno BN di Himpunan Kebangkitan Rakyat sempena Muktamar Pas ke-58, Jumaat lalu.

"Isu doa tak perlu jadi polemik. Kita harus beza doa kepada manusia dengan badan atau negara. Doa agar Umno tumbang, lemah dan lain-lain tidak bercanggah dengan syarak," tegas Tuan Ibrahim dalam satu tulisan di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir apakah orang mengharapkan PAS nak doa agar Umno menjadi kuat.

"Takkan PAS nak doa agar Umno kuat, Umno pun tak doa PAS agar kuat," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Apapun, kata Tuan Ibrahim, PAS sentiasa mendoakan ahli Umno dan lainnya agar semua diberi petunjuk dan hidayah.

"Kita mencontohi Rasulullah bila mana Baginda mendoakan hidayah kepada kaum yang tidak mengetahuinya," kata beliau.

Sementara itu, Nasrudin berkata doa itu hadir dari hati sanubari masyarakat yang tertindas sejak sekian lama.

"Hak mereka dinafi, sebahagian di tukar tempat kerja jauh ke pendalaman, terdapat yang dipenjara dibawah akta ISA, malah ada pemimpin yang dibunuh mati seperti peristiwa Memali dan Lubuk Merbau.

"Hasil negeri mereka turut dinafikan apabila royalti dihalang. Semuanya Umno dan BN bertanggungjawab," kata beliau dalam satu tulisan di Facebook.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata terdahulu doa ini telah dimakbulkan apabila Umno telah hancur dan musnah dan kini digantikan dengan Umno Baru.

"Semoga Umno dan BN hancur dan binasa lagi, sementara kami menggamit dan melambai kepada semua ahli-ahli Umno dan BN supaya meninggalkan "kapal" yang hampir karam itu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai PAS dan PR.

"Usah bimbang pada doa itu. Doa tersebut supaya kapal Umno karam, sementara kami telah menyediakan platform dan dermaga yang utuh untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari kapal yang semakin dimasuki air dan bakal tenggelam itu," kata beliau.

harakah/-

MIAT: Tender terbuka jimat, selamat wang negara

Posted: 19 Nov 2012 10:21 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan memperolehi penjimatan yang lebih baik, selain dapat menyelamatkan wang negara sekiranya projek Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dilaksanakan secara tender terbuka.

Menyedari projek tersebut bukan merupakan projek keselamatan, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata tender tersebut masih boleh dilakukan secara terhad bagi membuka peluang yang lebih luas.

"Memandangkan ia bukan projek keselamatan yang menghalang untuk rundingan secara terbuka dilakukan, saya fikir masih boleh dibuat secara terhad, berbanding secara 'direct nego'," kata beliau ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menjelaskan mengapa tender untuk projek itu tidak dibuat secara terbuka bagi memastikan penjimatan yang lebih baik dapat diperoleh.

Menjawab solan itu, Timbalan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Hasan Malek, berkata kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan rundingan secara terus berdasarkan beberapa pengalaman kerajaan.

"Berdasarkan pengalaman kerajaan yang banyak mengendalikan pelbagai cara rundingan, kita putuskan prijek ini dibuat secara runding terus.

"Adakala kita buat secara terbuka, ada kala secara terus. Ada yang gagal, ada yang berjaya.  Namun, dengan projek ini, berdaarkan rundingan kita, kita yakin projek ini boleh berjaya dan bersama-sama doakan ia berjaya," kata beliau.

Sebelum itu, Mahfuz dalam soalan asalnya meminta kementerian terbabit menyatakan kos keseluruhan projek tersebut dan nama syarikat yang dipilih untuk membina projek itu.

Beliau juga meminta penjelasan sam ada kerajaan menjalankan 'Value Management Lab' bagi memastikan ia dilaksanakan secara optima dengan siling yang ditetapkan.

Projek tersebut yang dikendalikan syarikat Nadi Cergas Sdn Bhd  sebelum ini berada di Sepang, dan kini dipindahkan ke Subang berdasarkan keperluan pihak-pihak yang terlibat dengan institusi tersebut.
Kos keseluruhan bagi projek tersebut sebanyak RM179,779,310.

harakah/-

Pelunasan hutang Talam keputusan komersil yang bijak - Kertas Putih

Posted: 19 Nov 2012 10:05 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd ("KPMG") yang membuat audit terhadap pelunasan hutang-hutang Talam mendapati ia satu keputusan komersil yang bijak.

Ini juga bukan satu "bailout" kerana tiada sebarang bayaran samada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya.

"KPMG berpandangan bahawa keputusan Kerajaan Negeri untuk memulakan dan melengkapkan Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA)  merupakan keputusan komersil yang bijak," kata kertas putih yang dibentang kepada kerajaan negeri Selangor hari ini.

Kertas putih ini disediakan oleh KPMG, sebuah firma oudit yang bertauliah, selepas dilantik oleh kerajaan untuk menilai pelunasan hutang-hutang Talam.

Berikut adalah ringkasan Kertas Putih yang disediakan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor.

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam


Skim Pelunasan Hutang Talam dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada 2 November 2009 dan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 16 November 2009.

Hutang-hutang Talam timbul hasil usahasama Talam dengan kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi pembangunan tanah (1994-2002), manakala hutang kepada Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB/ Universiti Industri Selangor (UNISEL) hasil perjanjian penswastaan bagi pembinaan Universiti Industri Selangor pada 2001 & 2003.

Hutang kepada KHSB dan PNSB kerana Talam gagal memenuhi obligasi untuk membayar bahagian keuntungan mereka dalam usahasama tersebut.

Dalam kes UNISEL pula, Talam telah tidak dapat meneruskan pembinaan Universiti setelah perjanjian ditamatkan.

Walaupun kerajaan negeri terdahulu berusaha melaksanakan skim pelunasan hutang-hutang Talam ini dari 2005-2008 tetapi ia gagal dilaksanakan dan tiada wang yang berjaya dikutip.

Kerajaan Negeri Selangor pada 2009 / 2010 memikul tanggungjawab untuk memulakan usaha baharu bagi mengutip hutang-hutang tersebut menerusi Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dengan Talam bertujuan menyelesaikan kutipan hutang-hutang Talam secara sekali gus.

Ini ekoran wujudnya satu keperluan yang mendesak untuk Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan isu hutang-hutang Talam kerana kegagalan rancangan pelarasan kewangan Talam boleh memberikan impak buruk kepada semua GLC yang berkenaan.

Ini kerana, Talam menghadapi masalah kewangan yang serius dan telah dikategori sebagai syarikat berstatus PN17 di antara 1 September 2006 dan 10 Jun 2010 kerana kegagalannyamembuat bayaran bagi pinjaman dan bon.

Justeru, Talam perlu melaraskan kedudukan kewangannya dengan mengemukakan satu pelan pelarasan kepada Bursa Malaysia Berhad.

Sehubungan itu, GSA pilihan terbaik kerana cara tersebut telah membawa kepada penyelesaian penuh, muktamad dan kutipan semula pembayaran hutang-hutang Talam itu akan menjadi lebih terjamin.

Ini kerana, Di bawah GSA, Talam mengakujanji untuk melunaskan sejumlah RM392 juta ("Tuntutan Boleh Terima") dengan cara memindahkan aset-aset mereka kepada MBI. Sila rujuk Lampiran bagi senarai aset berkenaan.

Talam juga mengakujanji dan memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan pelunasan seluruh Tuntutan Boleh Terima yang tertunggak iaitu sebanyak RM392 juta.

Berdasarkan jaminan dan akujanji tersebut, Kerajaan Negeri berkeyakinan bahawa seluruh jumlah Hutang Talam sebanyak RM392 juta itu akhirnya akan dilunaskan.

Pengambil alihan hutang-hutang Talam kepada Kerajaan Negeri (akhirnya diletakkan di bawah MBI) tidak membabitkan wang awam.
Hutang-hutang Talam ini dipindahkan kepada MBI bagi membolehkan MBI mengawal proses penyelesaian termasuk penjualan Aset Yang Dilunaskan.

Dalam proses pengambil alihan hutang-hutang ini kepada MBI, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM420,000 yang mana sebahagian besarnya yuran perundangan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

Faedah GSA


Pelunasan hutang melalui GSA ini membolehkan pengutipan semua hutang Talam disatukan di peringkat Negeri yang mana MBI akan memastikan proses pengutipan hutang
Disediakan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
diselesaikan secara holistik berbanding cara sebelum ini yang mana tiap-tiap anak syarikat Negeri berurusan secara berasingan dengan pihak Talam.

Dengan menyelesaikan pelunasan hutang-hutang Talam, ia secara langsung dapat menaik taraf kedudukan kewangan GLC menerusi pengukuhan lembaran kewangan syarikat masing-masing.


Penilaian


1. Tanah Bukit Beruntung


Penilaian oleh Suleiman & Co pada 6 Ogos 2009 menetapkan nilai tanah tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Jabatan Penilaian) bertarikh 3 Mac 2010 menetapkan nilai tanah pada RM113 juta. Perbezaan ini kerana nilaian Jabatan Penilaian mengambil kira status kategori kegunaan tanah sebagai "pertanian" manakala nilaian Suleiman & Co telah mengambil kira kategori kegunaan tanah tersebut sebagai "pembangunan bercampur".

Permohonan menukarkan "pertanian" kepada "pembangunan bercampur" telah dibuat oleh Talam pada 1994 dan bayaran premium telah dibuat sebanyak RM8 juta tetapi proses pertukaran belum diselesaikan kerana pada masa tersebut Talam belum menjelaskan caruman perparitan sebanyak RM4 juta.

MBI telah menyelesaikan RM4 juta pembayaran untuk caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan tanah kepada PNSB. Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh Suleiman & Co. adalah lebih menepati nilai sebenar Tanah Bukit Beruntung.


2. Tanah Bestari Jaya


Tanah Bestari Jaya telah ditukarkan sebagai balasan bagi pembinaan kampus UNISEL pada 2001 pada nilai RM115,000 seekar.
Penilaian oleh Mitra Valuers pada 30 November 2009 pada kadar purata RM88,000 seekar kerana muka bumi yang tidak rata dengan sebahagiannya adalah tasik-tasik bekas lombong, yang memerlukan penimbusan tanah bagi pembangunan masa hadapan.
Mitra Valuers telah mengambil kira faktor-faktor keadaan tanah tersebut dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi nilainya secara umum.

Oleh itu, nilai purata RM80,000 seekar telah dipertimbangkan dan diterima oleh MBI di dalam GSA. Ini telah memberikan kelebihan kepada MBI berbanding dengan harga RM115,000 seekar yang telah diguna pakai dalam transaksi terdahulu.

3. Tanah Danau Putra


Nilaian Jabatan Penilaian bertarikh 20 Julai 2012 telah menetapkan nilai tanah tersebut pada RM17.66 skp. Penilaian tersebut dibuat atas permintaan MBI selepas GSA termeterai.

Penilaian itu hanya dilakukan setelah penjualan 2 plot tanah setiap satunya kepada Golden Sprint Sdn Bhd (GSSB) dan Perikatan Progresif Sdn Bhd (PPSB), dengan harga RM15 skp, iaitu sama dengan balasan kasar yang dinyatakan di dalam GSA. Kedua-dua tanah tersebut yang dijual kepada GSSB dan PPSB berasaskan nilai mengikut GSA. Oleh itu, MBI telah berjaya mendapat nilai penuh kedua-dua tanah tersebut seperti yang dinilaikan di dalam GSA.

Laporan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Talam, sebahagian besar Tanah Danau Putra merupakan tasik-tasik bekas lombong dan diliputi air. Dalam menetapkan nilaian, kedua-dua penilai telah mengambil kira anggaran kos penimbusan tanah bagi kawasan-kawasan yang diliputi air.

Pampasan kepada GLC


Walaupun hutang-hutang Talam ini telah dipindahhak kepada Kerajaan, namun MBI telah bersetuju untuk menyediakan pampasan tambahan kepada GLC sebagai balasan pelunasan hutang Talam. Pampasan ini adalah:

 pampasan kepada UNISEL berjumlah RM248.7 juta, MBI akan mengambil alih sejumlah aset tetap yang sedia ada atau perbelanjaan modal masa hadapan dan pinjaman bank yang berkaitan dengan UNISEL. Ini akan meringankan UNISEL daripada bebanan perbelanjaan modal pada masa hadapan.

 Bagi KHSB, MBI telah bersetuju untuk menyediakan satu geran khas bernilai RM115 juta yang akan dibayar dalam bentuk aset dan wang tunai.

 Bagi PNSB pula, MBI telah bersetuju untuk menyediakan satu geran pembangunan bernilai RM28 juta.
Kesimpulan


Pelunasan hutang-hutang Talam menerusi GSA dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Selangor mampu mengutip semula hutang-hutang Talam.
Ini bukan satu "bailout" kerana tiada sebarang bayaran samada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya.

KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd ("KPMG") yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang-hutang Talam berpandangan bahawa keputusan Kerajaan Negeri untuk memulakan dan melengkapkan GSA merupakan keputusan komersil yang bijak.

harakah/-

Pelakon Hairie Othman akhiri zaman duda...inilah isterinya

Posted: 19 Nov 2012 10:02 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -


Comel dan segak bergaya.. Moga berkekalan hingga ke Syurga. Tahniah diucapkan kepada pelakon Leftenan Adnan iaitu Hairie Othman kerana sudah bergelar suami. Majlis pernikahan dijalankan dalam suasana sederhana di Dewan Semarak Kayangan.

harakah/-

PAS cadang tetapkan had minimum harga getah

Posted: 19 Nov 2012 10:01 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan kerajaan menetapkan had minimum harga getah bagi memastikan ia memberi faedah pulangan kepada rakyat memandangkan harga pasaran getah tidak menentu.
 Malah, penetapan itu juga dilihat mampu mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar sekiranya ia dapat dikawal selia dengan lebih baik.

Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) berkata harga pasaran getah yang kadangkala naik dan turun itu menimbulkan kebimbangan, lebih-lebih lagi kepada negara yang merupakan pengeluar getah.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan di sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata harga pasaran komoditi tersebut tidak boleh ditetapkan kerana terpaksa mengikut pasaran dunia.

"Selain itu, kita juga bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam urusan tersebut. Sebab itu kita adakan kerjasama dengan Thailand dan Indonesia.

"Dalam hal ini, kita akan mengadakan rundingan bersama jika harga getah jatuh ke tahap membimbangkan, selain akan merangka mekanisme-mekanisme lain bagi mengatasi masalah jika harga pasaran getah semakin membimbangkan," tegas beliau.

Bagaimanapun, Hamzah berkata sehingga hari ini, harga pasaran getah selalu berada dalam keadaan menaik, di mana pada 2001, ianya berharga RM2.05 sekilogram, dan sehingga semalam berharga lebih dari RM8 sekilogram.

Sebelum itu, dalam soalan asalnya, Che Uda meminta kementerian terbabit menyatakan sama ada sasaran kerajaan untuk menyumbang sebanyak RM52.9 bilion menjelang 2020 di bawah NKEA akan tercapai memandangkan turun naik harga getah yang tidak terkawal.

harakah/-

Gambar ini buktikan kebenaran Al Quran tentang kebaculan Israel

Posted: 19 Nov 2012 09:44 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -



Miracle in the Quran proving the cowards of Israel.

لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعاً إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاء جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعاً وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ

harakahdaily/-

PAS Berdoa Demikian Kerana Tiada Tempat Lain Untuk Mengadu

Posted: 19 Nov 2012 07:56 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

Berdoa kepada ALLAH, kerana tiada tempat mengadu

SHAH ALAM – Pas mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin disebabkan kezaliman yang dibuat terhadap rakyat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Pas berbuat demikian kerana parti itu didakwa tidak ada tempat untuk mengadu menyebabkan mereka berdoa dengan ALLAH.

Menurutnya, Pas berbuat demikian kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

"Doa harus bagi yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) dengan ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maszlee berkata, Pas seharusnya menggunakan perkataan yang baik dan berhikmah ketika berdoa.

"Cadangan saya untuk mengelakkan supaya didoakan keburukan, setiap pihak perlu diberikan peluang dan ruang demokrasi, kembalikan hak rakyat dan pihak terlibat," katanya. -SH

Ulasan GB

Ketara sangat UMNO BN kini terlalu takut dan kecut dengan doa PAS berkenaan.

Jika yakin tidak melakukan kesalahan dan kezaliman sepatutnya UMNO BN tidak perlu rasa takut dan kecut kerana orang-orang PAS berdoa demikian, seperti kata Dr. Maszlee di atas, adalah kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

Jika UMNO BN tidak zalim, doa orang-orang PAS itu tidak terangkat ke langit. TETAPI jika benar UMNO BN itu zalim maka barulah doa itu dimakbulkan Allah swt seperti hadith menyebut:

Daripada Abdullah bin Abbas ra baginda berkata bahawa Rasulullah saw telah mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman dan baginda bersabda: " Takutlah akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya ia (doa tersebut) tidak ada hijab (pendinding) antaranya dengan Allah swt." 



Ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University

Posted: 19 Nov 2012 07:53 PM PST

Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.  1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!  2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!  3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.  4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.  5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.  6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.  7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.  8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.  9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.  10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.  11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.  12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.  13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.  14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.  15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.6 Muharram 1433H. [MOD] -

Perd
Ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.


Ibu pejabat polis Hamas sasaran terbaru Israel

Posted: 19 Nov 2012 07:44 PM PST

Ibu pejabat polis Hamas sasaran terbaru Israel6 Muharram 1433H. [MOD] -
 
 Ibu Pejabat Polis Abbas ranap selepas dibedil Israel awal pagi, semalam.
 
GAZA CITY - Serangan Israel ke atas Gaza memasuki hari keenam dengan menyaksikan pertempuran sengit terus tercetus semalam, apabila serangan udara membedil Ibu Pejabat Polis Abbas.

Bedilan itu adalah serangan kedua terbesar selepas Pejabat Presiden Palestin, Ismail Haniyeh musnah dalam bedilan kelmarin.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu menyebabkan banyak kediaman dan bangunan di kejiranan Rimal rosak termasuk berpuluh kenderaan.

"Ratusan penduduk awam mengalami kecederaan namun tiada kematian dilaporkan setakat ini," katanya.
Minggu lalu, serangan udara Israel turut meranapkan Ibu Pejabat Polis Arafat, yang menempatkan kemudahan utama anggota polis Hamas. - AFP

Mesir dan Turki akan pertahan Gaza - Erdoğan

Posted: 19 Nov 2012 07:42 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoğan melalui ucapannya di Cairo University mengajak pemuda Mesir yang membuat revolusi di negara itu sebelum ini bersama-sama pemuda Turki mempertahankan Gaza yang kini sedang diserang Israel.

Dalam ucapan itu,  Presiden AKP Turki itu berkata, bagaimana Gaza boleh dibiarkan diserang oleh Israel begitu sahaja sedangkan di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki?

Di kiri dan kanannya juga ada Mohamad Morsi yang menjadi Presiden Mesir dan Recep Tayyib Erdoğan yang menjadi Perdana Menteri Turki.

Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

harakah/-

Kokain RM22 juta dirampas

Posted: 19 Nov 2012 07:31 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah semakin kreatif dan terbaharu polis dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah kokain yang dilarutkan dalam tin berisi santan kelapa dipercayai didalangi warga Nigeria.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JKDM yang memeriksa sebuah kapal kontena yang tiba di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor pada pukul 2 pagi Isnin minggu lalu.

Pemeriksaan ke atas kapal kontena yang belayar dari Guyana, Amerika Syarikat itu dilakukan hasil maklumat risikan pihak Pentadbiran Penguat Kuasa Dadah Amerika Syarikat.

Dalam serbuan tersebut, kapal itu didapati membawa muatan 980 karton tin mengandungi santan kelapa dan tin berisi ketulan nanas yang diproses.

Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, ujian ke atas 16 karton berisi 384 tin santan kelapa dikesan dicampur dengan larutan dadah jenis kokain tetapi baki tin santan kelapa dan nanas tidak mengandungi larutan dadah tersebut.

"Kita menganggarkan larutan dadah yang ditemui daripada 16 karton tin berisi santan kelapa itu mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 76 kilogram dadah kokain yang nilai pasarannya hampir RM22 juta apabila diproses," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

sinar/-

Hentikan spekulasi isu doa, kata adik Nik Aziz

Posted: 19 Nov 2012 07:28 PM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

Nik Razi Nik Mat
Nik Razi Nik Mat
 
KOTA BHARU - Adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di sini, semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.
Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.

"Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.

"Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.

Menurutnya, beliau berada sama ketika solat Hajat yang dihadiri lebih 40,000 orang.

sinar/-

18 maut dalam rempuhan di India

Posted: 19 Nov 2012 06:00 PM PST

6  Muharram 1433H. [MOD] -

PATNA, India – Sekurang-kurangnya 18 orang maut, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera akibat rempuhan dalam satu festival keagamaan, di sini semalam.

Menurut pegawai polis, Jayant Kant, kejadian itu berlaku apabila jambatan sementara yang dibina di sungai Ganges tiba-tiba runtuh, menyebabkan orang ramai panik dan berasak-asak menyelamatkan diri.

"Sebanyak 10 wanita dan lapan kanak-kanak merupakan antara yang terkorban dalam kejadian itu dan kebanyakan mangsa maut akibat dipijak dan sesak nafas," katanya. – AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang