Rabu, 11 Januari 2012

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa discusses Anwar Ibrahim's acquittal

Posted: 11 Jan 2012 07:49 AM PST

Click on this link to watch R. Sivarasa discussing Datuk Seri Anwar Ibrahim's acquittal, the political considerations and the implications for PKR.

http://mobtv.my/talkshow-679.html

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Posted: 11 Jan 2012 06:21 AM PST

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


PELANCARAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN

Posted: 10 Jan 2012 11:48 PM PST

SEMUA DIJEMPUT HADIR

SAKSIKAN PELANCARAN MANIFESTO SUARA RAKYAT, PENGISYTIHARAN TONGGAK NAN 9

15 JANUARI 2012 - GEMAS - AHAD - 8 MALAM



SKANDAL NFC - Rakyat nilaikanlah

Posted: 10 Jan 2012 11:27 PM PST



Rakyat diberi ruang secara fakta untuk menilai watak-watak kepimpinan seumpama ini? Inikah wajah pemimpin anda? Atau kita lakukan perubahan bersama pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

RISALAH AUDIT N. SEMBILAN & ISU FELDA

Posted: 10 Jan 2012 11:03 PM PST






















Sama-samalah kita fikirkan dan nilai prestasi UMNO/BN mentadbir dengan Pakatan Rakyat. Bandingkan 3 tahun Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang & 21 tahun di Kelantan dengan 54 tahun UMNO/BN mentadbir Persekutuan dan negeri-negeri yang lain.

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan


道路多处有坑洞居民申怕生命受威胁

Posted: 10 Jan 2012 06:15 PM PST

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KAJIAN TERBARU : PENGUNDI CINA AKAN BERUBAH; BNJOHOR AKAN JATUH...?

Posted: 10 Jan 2012 11:06 PM PST

JOHOR BARU, 11 Johor — Menteri  Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah mula turun padang sejak Oktober lalu, menghabiskan sekurang-kurangnya empat hari seminggu dilihat sebagai persiapan awal Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang berdepan prospek kehilangan lebih banyak undi kaum Cina.
Lebih mengagumkan beliau memulakan jelajah dengan berkunjung ke Gelang Patah, Tebrau, Kulai, Pulai dan Muar (dua kali), semua kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, dilihat persediaan awal agar tidak menerima nasib sama seperti di Pulau Pinang dan Perak pada pilihan raya umum 2008.
Selain menemui pengundi dan penyokong parti, Abdul Ghani (gambar) menghabiskan masa beberapa jam setiap hari mendengar taklimat daripada jentera BN tentang sentimen pengundi, tahap sokongan di setiap kawasan pinggir bandar.
"Beliau telah turun padang di semua kerusi yang pembangkang fikir boleh menang," kata pegawai tertinggi pentadbiran Abdul Ghani kepada The Malaysian Insider.
Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, Abdul Ghani mempunyai alasan untuk berasa bimbang.
Gelombang kebangkitan telah menawan sebahagian Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008, yang mana Pakatan Rakyat gagal memecahkan benteng kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 56 kerusi yang ditawarkan.
Tetapi Profesor Abu Hassan Hasbullah, yang menjalankan pusat kajian Universiti Malaya memberitahu kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat.
Pemimpin pembangkang menganggarkan mereka memenangi 55 peratus pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu tetapi Abu Hassan berkata sokongan daripada kaum itu telah meningkat hampir 90 peratus.
"Kami lihat tentang apa yang boleh digelar revolusi senyap Tionghua," katanya kepada The Malaysian Insider menambah sokongan pengundi Cina di Johor meningkat kepada 68 peratus selepas pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat kepada 79 peratus pada 2010.
Menurut Abu Hassan, sokongan orang Melayu terhadap pembangkang tidak berubah sejak pilihan raya umum 2008 dan ia kekal di antara 25 hingga 30 peratus, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri.
PKR telah mengadakan kongres nasional di Johor pada akhir November, mendakwa  bersedia mengambil alih pentadbiran negeri.
Penganalisis berkata perubahan aliran sokongan di kubu kuat BN secara praktikal bermaksud Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 Ahli Parlimen untuk menawan Putrajaya.
Bagaimanapun rakan gabungan telah memberi amaran bahawa peluang di Johor akan mengakibatkan serangan-serangan Umno yang menuduh "kerajaan Cina".
"Ia jelas bahawa jika kita menang ia datangnya dari sokongan pengundi Cina. Selepas tuduhan-tuduhan di Pulau Pinang dan Perak, mudah bagi Umno menyerang kita dengan bertanyakan siapa akan menjadi MB," kata Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Sungai Abong dari PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh.
Pengerusi DAP Johor  Dr Boo Cheng Hau juga bersetuju dengan ahli jawatankuasa PAS negeri bahawa yang lebih penting adalah menumpukan perhatian untuk menambah sokongan pengundi.
"Kita perlu pastikan tidak terjatuh ke dalam perangkap dan mengelak soalan tentang MB dan pembentukan kerajaan negeri. Strategi kita adalah untuk tidak mengejutkan pengundi tetapi memberitahu mereka kita perlu menafikan dua pertiga BN," kata Adun Skudai menambah Pakatan Rakyat berada di kedudukan terbaik untuk menambah tujuh ahli Parlimen dari negeri itu.
"Kemudian jika kita membentuk kerajaan, kita akan pastikan orang Melayu MB dan rakyat akan terima keputusan pilihan raya."
PKR pula menolak untuk menjawab soalamn tentang calon MB tetapi ketua cabang memberitahu The Malaysian Insider "kita tiada sesiapa sejak Abdul Razak Ahmad", merujuk kepada bekas pengerusi negeri itu yang meninggal dunia pada 2007.
The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Pontian terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan kembali bertanding di Johor.
Sembrong, kerusi Parlimen mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berdekatan Kluang, dikatakan menjadi pilihan terbaik meletakkan Salahuddin bertanding.
Khabar angin yang tersebar mengatakan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi, kerusi yang dilihat selamat yang mungkin akan dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah digugurkan dari Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak apabila mengambil alih kuasa pentadbiran pada 2009.(malaysianinsider)

MAHFUZ : NGAPA PULA KUMPULAN 901 NAK LETUPKAN DIRI SENDIRI

Posted: 10 Jan 2012 11:00 PM PST

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dibawa oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

NONEKatanya, ini kerana bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

"Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz merujuk laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang memetik sumber polis mendakwa letupan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Selain kumpulan itu, turut mengadakan perhimpunan pada pagi yang sama adalah kira-kira 50 penyokong pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri kebanyakan mereka oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida).

NONEKehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun juga mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka berarak ke kawasan mahkamah tetapi berjaya dileraikan polis.
Mahfuz juga berkata kebocoran maklumat polis itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu siasatan dijalankan sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat.
Hasan Ali

"Polis jangan begitu mudah buat andaian ia (letupan itu)  dibuat oleh peserta (perhimpunan), katanya selepas mengumumkan perkembangan konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star pada Sabtu ini.

NONE"Saya percaya polis ada kamera? Itu sesuatu yang malang jika tiada kerana kita boleh lihat bagaimana kejadian berlaku," kata Mahfuz.

Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah pada Isnin lalu. Kejadian itu mencederakan lima peserta perhimpunan dan merosakkan beberapa kenderaan, termasuk yang dimiliki oleh wartawan, ahli politik dan peserta.

Mengenai langkah-langkah tambahan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang di Alor Setar, hujung minggu ini, Mahfuz berkata: "Minta polis dapat kawal bukan sahaja di sana tapi juga di (semua) program biasa."

Hasan ali pcDitanya wartawan, siapa yang akan menggantikan exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat dari PAS Ahad lalu, Mahfuz berkata jawatankuasa pusat PAS belum membuat keputusan.

"PAS pusat tak buat keputusan lagi. Surat rasmi dah dihantar.

"Saya tak nak komen (pasal impak pada Pakatan) takut ia akan diputar-belitkan menjadi serangan peribadi. Tapi bagi PAS dan Pakatan akan teruskan perjuanagan," katanya sambil menambah Hasan telah menerima surat pemecatannya dan parti akan membuat keputusan apabila tiba masanya.(harakahdaily)

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Confirmation By Malaysian Institute of Economic Research (MIER) That Malaysia Will Go Bankrupt By 2019 (en/bm/cn)

Posted: 10 Jan 2012 11:21 PM PST

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 11.1.2012

Confirmation By Malaysian Institute of Economic Research (MIER) That Malaysia Will Go Bankrupt By 2019 With Debt To GDP Ratio Of 100% Demonstrates The Importance Of Change Of Government At The Next General Elections For PR To Save Malaysia From Bankruptcy

Malaysia will become a fully indebted nation before the end of the decade at the current rate of massive borrowing and irresponsible spending by the BN Government.

The Federal government debt to GDP (Gross Domestic Product) ratio has increased yearly from 53.1% in 2010, 53.8% in 2011 and 54.8% in 2012. This is extremely alarming and nearly touching the national debt ceiling of 55%.

According to Malaysian Institute of Economic Research (MIER) fellow Mohd Ariff Abdul Kareem, if the Federal Government continues to borrow at the current rate, our debt to GDP ratio will be 100% of GDP by 2019!

In absolute terms, Federal Government debt rose by 71% in 4 years to RM456 billion at end 2011 from RM266 billion at end 2007. At the same rate of expansion, our national debt will be RM780 billion by 2016, and RM1.3 trillion by 2020.

Mohd Ariff also noted that what is more worrying is that our rate of borrowing is far outpacing our economic growth, so much so that he was quoted as saying, "If nothing is done to reverse the current trends in government expenditures and revenues, extrapolation suggests that Malaysia's national debt will explode to 100 per cent of GDP by 2019."

This is extremely dangerous, and even more disastrous when coupled with statistics from Bank Negara's Annual Report 2010, which revealed that Malaysia's household debt at the end of 2010 was RM 581 billion or 76% of GDP, thus giving us the dubious honour of having the second-highest level of household debt in Asia, after South Korea. In addition, the Malaysian household debt service ratio stood at 47.8 per cent in 2010, meaning that nearly half of the average family's income goes to repaying debts.

Not only are Malaysians debt-laden, cost of goods are also skyrocketing while income and salaries have stagnated. While infant milk powder has risen by nearly 50% in recent times, other basic commodities have also gone up by leaps and bounds, such as:
1. Sugar: RM1.45/kg (Jan 2010) to RM2.30 (May 2011) – 58% in 18 months.
2. Eggs: B grade RM9/30eggs (sept 2010) RM10/30eggs (now).
3. Electricity tariff: average increase of 7.12% in June 2011.
4. The tarik and kopi susu: increase RM0.10 to RM0.20 (9.1% to 18.2%.
5. Gardenia bread: 5%-14% hike (2011).
6. Service tax increase 1%: additional RM720 million in taxes to Federal Government.
7. Onions: price up 17% (Dec 2010).
8. Milo: up 5% 1st half 2011; 4% 2nd half 2011.
9. Nescafe: price went up further 6% in 2nd half 2011, when price is already >RM20 per 300gm
10. Favorite food items like roti canai, char koay teow and nasi kandar have become smaller even portions at the same price.

In contrast, Pakatan Rakyat-managed states have successfully managed their finances and not overburdened the people with debts. In fact, Penang managed to reduce state debt from RM630 million at 8 March 2008 to only RM30 million as at end of October 2011. This represents a debt reduction of 95% or RM600 million, which is the highest debt reduction of any state in Malaysia's history!

Clearly, Malaysians who wish to have a better life for themselves and their future generations must make a choice between a government that is spendthrift and that borrows irresponsibly without being able to make the pie grow bigger, or a government that is prudent and transparent that will put the concerns of the rakyat first.

Confirmation By Malaysian Institute of Economic Research (MIER) That Malaysia Will Go Bankrupt By 2019 With Debt To GDP Ratio Of 100% Demonstrates The Importance Of Change Of Government At The Next General Elections For PR To Save Malaysia From Bankruptcy.

LIM GUAN ENG

—– BM Translation—-
Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 11.1.2012

Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Bahawa Malaysia Akan Bankrap Menjelang 2019 Dengan Nisbah Hutang Kepada KDNK 100% Menunjukkan Keperluan Untuk Menukar Kerajaan Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang Supaya PR Boleh Menyelamatkan Malaysia Daripada Kemuflisan

Malaysia akan menjadi negara penghutang sebelum akhir dekad ini jika Kerajaan BN meneruskan cara-cara perbelanjaan dan peminjaman yang tidak bertanggungjawab.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012. Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.

Mengikut felo Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019!

Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007. Jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020.

Yang lebih menrunsingkan, Mohd Ariff juga menyatakan bahawa kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi. Beliau dipetik berkata: "Jika tindakan tidak diambil untuk menyongsangkan trend dalam perbelanjaan dan pendapatan kerajaan, ekstrapolasi menunjukkan bahawa hutang negara Malaysia akan menjadi 100% KDNK menjelang 2019."

Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas "menobatkan" Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan. Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang.

Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Susu bayi pun telah naik harga sebanyak 50% baru-baru ini. Antara kos barangan harian yang meningkat adalah:

1. Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.
2. Telur: Greg B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).
3. Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.
4. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).
5. Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011).
6. Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).
7. Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).
8. Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.
9. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm.
10. Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.

Sebaliknya, negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berjaya mengurus kewangan supaya rakyat tidak dibebani hutang. Di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri telah dikurangkan daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011. Ini merupakan pengurangan sebanyak 95% ataupun RM600 juta, iaitu pengurangan yang paling besar dalam sejarah mana-mana negeri di Malaysia!

Adalah jelas bahawa rakyat Malaysia yang menginginkan kehidupan yang lebih baik hari ini dan untuk generasi masa depan hendaklah membuat pilihan di antara sebuah kerajaan yang boros dan meminjam secara tidak bertanggungjawab di samping gagal menjana perkembangan ekonomi, dengan sebuah kerajaan yang berhemat dan telus serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100% menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan.

LIM GUAN ENG

—- Mandarin Translation —

民主行动党秘书长兼巴眼区国会议员林冠英于2012年1月11日在吉隆坡发表声明:

马来西亚经济研究所(MIER)确认,在债务占国民生产总值比率的100%时,马来西亚将在2019年破产,这显示下届大选改朝换代的重要性,让民联来拯救濒临破产的马来西亚!
________________________________________________________________

由于国阵不负责任地大肆借贷、挥霍无度,马来西亚将在接下来的10年内,逐步成为负债累累的国家。

联邦政府债务占国民生产总值的比率已经从2010年的53.1%,增加至2011年的53.8%, 2012年的54.8%。这是一个严重的警钟,接近了国家债务顶限的55%。

根据马来西亚经济研究所研究员莫哈末阿里夫透露,如果联邦政府继续目前的借贷率,我国的债务占国民生产总值比率将在2020年达致100%!

确切而言,联邦政府的债务在短短四年内,从2007年的2660亿令吉增加71%至2011年的4560亿令吉。依据同样的扩展率,我国的国债将在2016年达致7800亿令吉,在2019年达致1.3兆令吉。

莫哈末阿里夫也指出,最让人担心的是我们的借贷率高出我国的经济增长率,他说:"如果政府对于目前的开销与税收问题,继续坐视不理,预料马来西亚的国债到了2019年将是国民生产总值的100%。"

这是非常危险的,更糟的是,2010年世界银行年度报告指出,马来西亚的家庭债务在2010年达5810亿令吉(国民生产总值的76%),成为全亚洲家庭债务第二高的国家,仅次于韩国。2010年,马来西亚家庭收入支出比率为47.8%,意味着很多家庭近乎一半的收入是用来偿还债务的。

马来西亚人不只欠债累累,我国的物价也在节节上升,但是收入和薪水并没有增加。婴儿的奶粉最近也上涨近50%,其它的商品也大幅度涨价:
1. 白糖 – 每公斤1.45令吉 (2010年1月) 涨至 2.30令吉 (2011年5月) – 18个月内上涨了58%
2. 鸡蛋: B级 每30粒 9令吉 ( 2010年9月) 涨至现在每30粒10令吉
3. 电费 – 在2011年6月平均涨了7.12%
4. 奶茶和咖啡:涨价10仙至20仙 (9.1% 至18.2%)。
5. Gardenia面包 –涨了 5%-14% (2011年)
6. 服务税涨1% – 联邦政府额外征收7亿2000万令吉税收
7. 洋葱- 上涨17% (2010年12月)
8. 美禄价格 -2011年上半年上涨 5% ;2011年下半年上涨 4%
9. Nescafe 价格在2011年下半年上涨了6%,价格已经是每300克20令吉。
10. 大家喜爱的印度煎饼、炒果条、黄姜饭的虽然没起价,可是份量却越来越小。

相反地,民联各州属理财有道,不让人民承担太多债务。事实上,槟城的债务从2008年3月8日的6亿3000万令吉减少至2011年10月的3000万令吉,减少了95%。成为马来西来史上债务减少最多的州属。

很显然地,那些想要让自己及下一代拥有更好的未来的马来西亚人必须选择,你们要的是一个乱花钱、乱借钱的政府,还是一个谨慎理财、透明化、以人民利益为依归的政府。

马来西亚经济研究所(MIER)确认,在债务占国民生产总值比率的100%时,马来西亚将在2019年破产,这显示下届大选改朝换代的重要性,让民联来拯救濒临破产的马来西亚!

林冠英

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


MUSLIMAT DI HIMPUN 901- KEGEMBIRAAN MUSLIMAT DISENSASIKAN UTUSAN MALAYSIA

Posted: 10 Jan 2012 06:59 PM PST

Hari ini akhbar Utusan Malaysia telah menghebahkan gambar dari rakaman You Tube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan DSAI dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS. 

Kegembiraan yang dizahirkan secara nyayian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong UMNO dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS. Satu kesinambungan usaha UMNO/BN untuk memburukkan PAS. Maka mereka cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Rakaman ini sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di HIMPUN 901 dan akan melihat rakaman tersebut diluar konteks peristiwa. 

Kami menduga ianya akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka-mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun. 

Anak-anak muda ini menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim UMNO/BN. Rakaman ini diharapkan akan menimbulkan keresahan sebahagian penyokong PAS yang sekarang dipasak dengan idea yang PAS telah lari dari perjuangan asal.

Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam HIMPUN 901 dari awal hingga peserta HIMPUN 901 bersurai. Saya juga acapkali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat. 

Sesiapa yang ada bersama pada HIMPUN 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan DSAI. Kami telah mengetuai bacaan Ma'thurat dan Yasin. 

Malah pengumuman pembebasan DSAI diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yasin. Sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui ditempat perhimpunan. Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. (Ini semua tidak pula dimasukkan ke you tube). Selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan sepontan.

Tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat. Nyanyian pun dalam sekitar 10 minit. Memang semua yang hadir dari sebelum subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan DSAI. Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila nabi s.a.w sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan. 

Bukan saya nak menyamakan DSAI dengan Nabi s.a.w tetapi untuk mengatakan tidak haram disisi Islam untuk menyanyi dan bergembira yang tidak melampaui batas. Tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah. 

Kalau nak dipertikaikan melodi (yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah) yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama in digunakan oleh anak muda semasa berdemo. Mungkin yang kasar sikit ialah "MAMPOS UMNO". Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.

Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa (Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam) yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad. Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini.

DMPP yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa. Ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat. Apalah "kesilapan" yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum Hudud yang dilakukan pimpinan UMNO/BN serta Fitnah I dan II terhadap DSAI?

Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat , bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati dengan perangkap UMNO/BN dimasa akan datang.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on MAS paid 8 month bonus in 2010 to Firefly staff! by leo57

Posted: 11 Jan 2012 07:33 AM PST

JJ
I still maintain you must be sleeping under some rock to think that Maseu leaders are working for their members or MAS interests. Lets put this simply – if they are not happy, they want to strike? Ini kerja bodoh. If you are not happy with CCF, you go on strike, what happens? MAS is the one who suffers, not AA or Tony. In fact, Tony would be very happy if maseu call a strike. Semua kapal MAS tak jalan, siapa dapat bisnes? If Maseu leaders have any brains, tell your members. kalau nak sabo, sabo la kapal AA yang berlambak nak datang ke MAS untuk maintenence tu. Ini, bila tak happy, suroh staff delay kapal MAS! Sepatutunya bila kapal AA masuk hangar kita, itu la masanya kita kena kerja perlahan-lahan. Isnt that simple logic ke?
Bukan union lain got no balls, its because union lain got MORE brains.
Anyway I still maintain Maseu punya wayang sandiwara memang hebat, kat members cerita lain, dalam dilog dengan AJ/Danny bukan main sokong lagi.
At leaat all other unions are consistent, they are the ones yang betul-betul
BBQ AJ dengan danny. Get your facts right. And, keep questioning whenever the maseu guys brief you on their “agendas”.

Comment on Another nail in MAS coffin? by leo57

Posted: 11 Jan 2012 07:15 AM PST

Old Man
you are right, it’s a ploy that is as clear as daylight robbery, and people are still left wondering? what is there to wonder about? the script will be used over and over again until MAS becomes history. Shame does not appear in the vocabs of people like Tony and his supporters, which btw includes his ‘protege’ danny rashdan, who now is handed a new ‘toy’ called mas shorthaul. with danny’s track record of questionable ‘successes’ it is almost certain that he will make short work of the short haul, in the process destroying MAS. Shame on all of them!

Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by leo57

Posted: 11 Jan 2012 06:55 AM PST

Jaqueline Phua

there is nothing to check out, all this is open knowledge which MAS staff see happening in front of their eyes. But, what can be done? All that is being done is with the blessings of our national “leaders” starting with the PM who has got to save his brother’s bank, to which AA owes billions. Do you for one minute think that Tony and the gang are bothered about being caught? No way. Tajuddin Ramli did the same, looting MAS like it was his personal bank account for him and family members. Years later, what is MAS told to do? Just drop the charges. TR continues his lavish lifestyle and MAS? MAS is reduced to rubble after the so-called execution of the WAU. Yes, internally MAS is pretty screwed-up too, so it makes it easy for others to come and finish the job, under pretences like ‘collaboration’. MAS staff are many of the silent majority in Malaysia, we will be breaking our ‘silence’ when it is time to vote in the next GE.

Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by Musnah Harapan

Posted: 11 Jan 2012 06:43 AM PST

Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by Jacqueline Phua

Posted: 11 Jan 2012 03:29 AM PST

Tuan Wee,

Check this out : Evidence of broad daylight heist plot by Tony Fernnadez and his gangsters – Part I (somemore part I???)

at malaysiaairlinesfamilies.wordpress.com

Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by Ami

Posted: 11 Jan 2012 03:28 AM PST

I would like to suggest MAS LOYAL to picket first setting exemplary for the UNIONS to move since you’re so clever in PICKETING comment. I bet to differ MAS LOYAL will pee in his pants than PICKETING.

Comment on MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia by Atticus

Posted: 11 Jan 2012 03:07 AM PST

MAS idiot like Rashdan

Yes, there are many good and loyal staff in MAS, but “good” for what, in what, and loyal to whom?
How to identify and develop and prepare “good” people for high positions
when MAS does not have proper Career Planning, Training and Development,
Talent identification, etc etc? The so-called Talent dept issued a CPN (career planning note) to staff giving a few days to fill the form up.Out of 20 questions in the CPN, 15 Qs were things like name,stf number, gender, date joined etc, data that SHOULD be in the HR system. Q18 asked where we wanted to be and by when? At that time the CEO’s position was vacant. Many for the fun of it actually answered “to be MD”! Knowing full well HR/Talent will have absolutely no clue how to make that happen anyway. Every time there is a position vacant, more often than not, it’s WHO you know and who knows and likes you that gets you the promotion. Meritocracy is practically unheard of, but mediocrity is rewarded. At a time when the rest of MAS were told that recruitment, replacement of positions were frozen, HR upgraded/promoted no less than 18 people to managerial positions!The HR division is the laughing stock of staff, although they themselves think otherwise. HR rolls out plan after plan that has no alignment to the Business needs. A good example is now when MAS is bleeding, HR organises kite flying
contests, HR expects Managers outside HR to conduct training, disciplinary inquiries etc (all the functions of HR managers and executives) under the label “engagement” when executive time should be focussed on the critical areas of the business ie to MAKE money! The Management talks about productivity,
but HR doesn’t have a clue how to even define it, much less implement programs to increase it, or even to measure what this thing called “productivity” is! Well, maybe they do. Almost on a monthly basis, HR will close shop for a day or half day, quite forgetting they are a service unit, to do what? One recent example is, all the management of HR closed shop on a Friday afternoon for a karaoke session in a nearby shopping complex, to bid
farewell to one of their own! later on 30th December, another close shop day, again for farewell cum year end party!. Note that HR is the only division in MAS to do this. So back to your question, why not promote internal people,
where are they? HR as you can see, is too busy with having a good time.
So, as a very long serving staff, I will be getting my 30-year award soon,
I WELCOME people from outside, if they can do the job, and do it well.
Back to the “Kamarudin Meranun’s” relative – she is a damn sight better than the people who have been there for years, at least she is groomed well, speaks well, and from all accounts, quite competent too.
Staff morale has already hit rock bottom with years and years of people mismanagement, don’t look for scapegoats in the form of “outsiders” .
If there is any one thing that MAS should overhaul, it is the HR division.
In time, the rest will fall into place.

Comment on Abused of “1MALAYSIA” logo by weechookeong

Posted: 10 Jan 2012 08:19 PM PST

Tuan Johari Hamzah

Selamat pagi. Salam sejahtera kepada Tuan dan semua pembaca/komentar

Untuk rekod dan makluman Tuan, saya tidak pernah sama menghalang mana-mana pihak daripada mencari rezeki samada
pekerja, peniaga dan/atau penjaja. Saya sentiasa menyokong sesiapa untuk mencari rezeki yang tidak menimbulkan masalah gangu-kacau kepada masyarakt majoriti di kawasan tertentu. Saya amat faham kesusuahan para-penjaja dan golongan rendah kerana sejarah saya juga adalah
daripada keluarga anak penjaja. Pada masa yang sama kita semua perlu perihatin masalah sosial dan memberi prioriti kepada Gaya Hidup Sihat.

Namun begitu saya percaya Tuan dan penduduk-penduduk di Kaasan Prima Setapak dan lain-lain tempat tidak boleh menerima adanya keadaan ganggu kacau di kawasan kediaman kerana mereka adalah dari golongan perkerja, peniaga dan penjaja
yang memerlukan masa rehat yang cukup bersama-sama keluarga (quiet enjoyment of their surrounding) selepas mereka pen at dari perkerjaan mereka. Saya percaya Tuan pun ada perasaan demikian selepas Tuan balik dari ofis.

Dengan keadaan di Prima Setapak, Sdr sedia maklum bahawa masalah
kesesakan jalanraya di kawasan tersebut adalah amat meruncing sequel
sedangkan dalam keadaan sekarang ini pun penduduk-penduduk mengeluh
kerana ketiadaan tempat meletakan kenderaaan mereka.

Selain daripada itu sekiranya cadangan mengadakan Bazar tersebut
diteruskan sudah tentu masalah-masalah baru seperti kesesakan jalan
raya, noise pollution, air pollution serta gangguan kesihatan kerana masalah
kekotoran sekeliling. Masalah jenayah seperti pecah kereta, ragut dan ugut
juga akan meningkat. Kesemua ini tidak memberikan kebaikan kepada semua
pihak.

Tuan sedia maklum bahawa ada ramai budak-budak sekolah berjalan kaki ke sekolah SRJK Mun Yee dan keselamatan mereka juga perlu diambil kira.

Masalah-masalah yang diakibatkan oleh Bazar Larut di Danau Kota perlu kepada penduduk-penduduk di Danau Kota perlu diambil kira seebagai satu conbtoh. DBKL dna Kementerian WP juga amat perihatin masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di sana. Kerana inilah pihak berkuasa setuju bahawa Bazar larut tersebut perlu dipindah ke kawasan jauh daripada rumah kediaman. A win-win situation. Peniaga-peniaga masih boleh berniaga dan pada masa yang sama gangu-kacau, noise pollution dan masalah sosial boleh dielakan.

Saya berharap Tuan tidak tersalah anggap dengan tindakan yang telah diambil oleh penduduk-penduduk Prima Setapak dan/atau Danau Kota, ini semua adalah demi menjaga kehormonian semua pihak agar boleh menjalani kehidupan dengan rasa selesa dan selamat.

Untuk rekod sekali lagi, dalam keadaan di Baza Larut UpTown Danau Kota atau di mana-mana, pihak saya tidak pernah
memohon supaya Bazar ditutup, tetapi meminta untuk memindahkan Bazar tersebut ke kawasan yang lebih sesuai iaitu jauh daripada kawasan
kediaman. Ini adalah permitaaan yang amat reasonable daripada ramai penduduk-penduduk di Danau Kota. Kita sentiasa perlu memengang kepada prinsip bahawa kawasan kediaman tidak boleh ada apa-apa aktiviti yang menimbulkan gangu-kancau dan hak-hak “quiet enjoyment” penduduk di kawasan kediaman mesti diutamakan dan dipertahankan pada semua masa.

Terima kasih.

Wee choo keong

Comment on Launching of the Petition Campaign against the “Bazar Sore” in Prima Setapak by Resident in Danau Kota

Posted: 10 Jan 2012 07:37 PM PST

Such bazaar operating daily until after midnite in any residential area must not be allowed. This is not proper and healthy for the people. Inconveniences and social problems will be order of the day for the people. I support the petition campaign. All parties must cooperate to stop it. Unfortunately, the MCA Yew Teong Look, the champion of press conference is keeping very quiet. He is good in coming out in newspapers for showing up for picture of go tong royong only but when it comes to the people problems he will be hiding away. Danau Kota flat was Yew Teong Look’s baby when he was the MP for Wangsa Maju. I hope that he is not directly or indirectly involved in this Bazar Sore in Prima Setapak.

Comment on Complaints for DBKL by Norziela Mahmud

Posted: 10 Jan 2012 07:27 PM PST

1)Selenggara alatan permainan di Taman Permainan Flat Taman Desa Cheras.Terdapat banyak kerosakan alatan.

2)Mohon jalan di flat Taman Desa Cheras dan jalan sekitarnya di turap.Jalan sudah berlubang dan berlopak.

3)Mohon agar di cat semula Flat Taman Desa Cheras bagi menceriakan pemandangan yang kusam seperti sekarang ini.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Penyampaian bantuan Kerajaan Negeri Selangor kepada KAFA Integrasi Al Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang pada 6 Jan 2012 oleh YB Iskandar A. Samad sebanyak RM20,000.

Posted: 11 Jan 2012 07:01 AM PST

Pada 6 Januarl lepas YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka telah menyampaikan bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kepada KAFA Integrasi Al Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang.

Pengetua KAFA itu, Ustaz Diman Abdullah telah menerima cek bernilai RM20,000 dari Iskandar.

Menurut Iskandar, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap pendidikan agama dan telah memperuntukkan RM6 juta kepada sekolah-sekolah agama setiap tahun.

Abdul Jalil Hasan, Pengerusi KAFA itu, berkata di zaman Barisan Nasional mereka pernah memohon bantuan dari Kerajaan Negeri tetapi ditolak di atas alasan status tanah di mana sekolah itu dibina tidak jelas.

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Bantahan Keras Terhadap Projek Pelupusan Sisa Pepejal

Posted: 10 Jan 2012 10:36 PM PST

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Nurul: ‘Kami akan bersama papa, juang hingga ke akhir’

Posted: 10 Jan 2012 06:53 PM PST

(Dari Sinar Harian, terbitan 11 Januari 2012)

Oleh LAILATUN KHALILAH NASIR

SHAH ALAM – “Dan, saat mendengar satu persatu patah bicara yang keluar daripada mulut Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang jelas membebaskan papa dari tuduhan itu, saat itu air mata saya, mama dan adik-adik gugur satu persatu.

“Papa bebas! Syukur tidak terhingga saya panjatkan kepada Ilahi, wajah mama dan adik-adik melintas di mata.”

Demikian luahan hati anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dalam temu bual bersama Sinar Harian semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai penggal pertama ini menambah: “Saya cari mereka, saya gapai mereka. Kami bersatu dalam pelukan mama yang hangat dengan kasih…. tidak dapat digambarkan kedamaian dan kesyukuran yang menerjah diri ini.”

Menceritakan detik-detik menjelang hari penentian kes liwat dihadapi Anwar, Nurul Izzah berkata, beliau membisik ayahnya bahawa “akan kupeluk papa, kami sayang papa, ALLAH akan lindungi papa.”

“Allah bersama kita Izzah. Apapun, kita akan kembali ke rahmatullah; maka jangan ditangisi kezaliman manusia…” kata-kata Wan Azizah menyusup masuk ke telinga Izzah, mengalir dalam dada dan meresap jauh ke dalam hati. Ia kekal di situ hingga saat ini.

Izzah dan adik-adik bangun seawal 5.45 pagi. Alunan surah Yasin yang mendayu-dayu cukup menggambarkan hiba mereka sekeluarga. Selepas solat Subuh mereka kemudiannya menjamah sedikit sarapan sekadar mengalas perut. Seperti biasa papa (panggilan untuk Anwar) tetap dengan makanan kesihatannya. Mama (panggilan untuk Wan Azizah) menjadi pemerhati setia. Ketika itu Izzah saling bertatap pandang wajah-wajah di sekelilingnya. Papa, mama dan adik-adik. Semuanya berhimpun. Merenung dalam kesayuan, jauh di sudut hati mereka tidak mahu berharap, walaupun tidak putus mendoakan kebebasan untuk si ayah.

“Saya tadah tangan, syukur atas kasih sayang berpanjangan dan jitu antara kami sekeluarga. Kami jarang dapat kumpul bersama seperti yang terjadi malam itu. Suasana sungguh memilukan, namun ia juga damai dan membahagiakan. Indah seketika dapat bersama seluruh insan kesayangan di saat kami diuji sebegitu rupa,” luah Izzah.

Malam sebelumnya detik yang paling meresahkan buat Izzah. Jika Izzah berasakan itu apatah lagi yang dirasakan oleh mama dan papanya.

Pastinya Izzah tidak dapat melupakan pada malam 8 Januari, ketika tengah malam anaknya Safiyah tiba-tiba bangun, menangis mahukan papaToknya (Anwar).

Safiyyah merengek kepada Izzah. “Kakak rindu papaTok, papaTok sihat ke mama…” pertanyaan Safiyah menyentap hati Izzah.

Anak kecil itu juga dapat berasakan kemungkinan papaToknya dirampas dari pangkuan keluarga.

Izzah hanya bermunajat, menyerahkan ketentuan kepada yang Esa.

Anak sulung yang bakal memikul segala tanggungjawab jika papa dan mama ‘pergi’ satu hari nanti itu pasrah.

“Kami sekeluarga berdoa, berharap meletakkan ketentuan masa depan papa kepada ALLAH SWT. Fikir saya, kita selaku manusia akan kembali kepada ALLAH. Teringat pesanan mama. Maka kita perlu bersedia melalui sebarang dugaan yang diputuskan olehNya. Dan di kala itu, kami perlu tetapkan iman, dan perkukuhkan tekad terus berjuang.

“Yang memberi kekuatan kami ialah keyakinan papa tidak bersalah dan kami ada perjuangan yang masih belum selesai. Kami perlu berjuang demi masa depan negara,” kata Izzah menceritakan saat penting yang dilaluinya sekeluarga.

Membayangkan jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada papanya, Izzah tenang menjawab, “akan saya peluk papa seerat mungkin, saya akan bisik ke telinganya, kami sayang papa, ALLAH akan melindungi papa dan kami akan bersama papa, berjuang sehingga ke akhirnya.”

Seperti yang ditetapkan, mereka bersama-sama meninggalkan rumah dengan seribu andaian.

Memasuki kenderaan dan meredah pagi 9 Januari itu dengan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi.

“Pemergian kami sekeluarga ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta merupakan satu perjalanan yang sangat panjang. Keresahan di hati semua ahli keluarga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Papa, mama walaupun tenang, tetapi mereka menanti dengan debar.

“Apabila kami semakin menghampiri mahkamah, Subhanallah…, hati saya dipenuhi rasa girang. Saya tersentuh dengan kehadiran begitu ramai penyokong. Di dalam hati, kudoakan mereka. Moga ALLAH membalas budi kalian.

“Ketika menuruni kenderaan, walaupun teringin sentiasa menggenggam tangan mama untuk mengalirkan semangat juang yang masih ada, namun saya akur apabila dia tidak dapat melakukan itu.

“Saya terpaksa berdiri mengenangkan ramai pimpinan Pakatan Rakyat sudi hadir.

“Detik yang ditunggu tiba jua, di saat hakim muncul untuk mengumumkan keputusan, saya lihat wajah mama tidak keruan. Sabarlah mama, tawakal pada yang Esa, walaupun tidak berbicara, namun hati kami saling berkongsi rasa.

“Dan, saat mendengar satu persatu patah bicara yang keluar daripada mulut Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang jelas membebaskan papa dari tuduhan itu, saat itu air mata saya, mama dan adik-adik gugur satu persatu. Papa bebas! Syukur tidak terhingga saya panjatkan kepada Ilahi, wajah mama dan adik-adik melintas di mata. Saya cari mereka, saya gapai mereka. Kami bersatu dalam pelukan mama yang hangat dengan kasih…. tidak dapat digambarkan kedamaian dan kesyukuran yang menerjah diri ini.

“Sekitar Kompleks Mahkamah dibasahi dengan air mata. Runtun hati saya melihat mama dan papa berpelukan erat.

“Detik itu amat menyentuh hati, tanpa sedar, saya hadiahkan doa buat mereka… “Ya ALLAH, janganlah pisahkan lagi kedua-dua insan ini – papa dan mamaku…”

“Seperti tersedar kami di khalayak dan laungan penyokong yang ramai, kami membalas sokongan mereka. Lambaian tangan papa dan senyuman kami hadiah buat mereka. Perlahan-lahan kami melangkah keluar mahkamah, manis sekali rasanya detik itu. Saya mendengar sokongan rakyat. Semangat reformasi menyala dalam diri.

“Destinasi kami selepas itu adalah Masjid Segambut. Kami ingin menyembah kepadaNya. Kata mama, ia rahmat buat kami sekeluarga.

“Tidak ada apa yang mampu saya balas budi mereka yang setia bersama papa dan mama dan juga bersama perjuangan Keadilan (PKR) yang mana kini saya menjadi Naib Presidennya.

“Saya mahu berjuang dengan ikhlas, Demi Rakyat. Semuanya tidak terhenti dengan pembebasan papa.

“Pengakhiran hidup, walau di mana pun kita bermula, pastinya kita mahukan yang terbaik. Kami semua berharap sentiasa diberkati ALLAH SWT dengan keikhlasan dan kasih kepada rakyat sebagai pengisian utamanya.”

Nuffnang