Sabtu, 6 April 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


BN's manifested bribery list --Martin Jalleh

Posted: 06 Apr 2013 10:26 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


MANIFESTO BN PRU13

Posted: 06 Apr 2013 06:42 PM PDT

MANIFESTO bn PRU12
'Menepati Janji Membawa Harapan'  mengandungi janji BN untuk PRU 13

 1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar:

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap 'kategori tiga teratas' dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

* Mengembangkan persekolahan satu sesi.

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.

* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri .

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

* 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.

16. Gerakan Kesederhanaan Global:

* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.

* Memperbanyakkan program 'outreach' kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.


17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal. - Bernama/mstar

BARU EMPAT HARI BERLALU JANJI DICAPATI

Posted: 06 Apr 2013 06:28 AM PDT


Najib 'langgar' peraturan kerajaan sementara?  





 


   



Salmiyah Harun,     06 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia pada 20 April lalu disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.



Ini kerana, baru sahaja empat hari parlimen dibubarkan, semalam Najib Tun Razak pula mengumumkan tiga projek pembangunan di Cyberjaya membabitkan kos keseluruhan mencecah RM8 bilion bermula tahun ini.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar,  Najib telah menipu rakyat negara ini dengan apa yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Katanya, Najib dilihat telah menyalahgunakan kuasa apabila mengumumkan projek berskala mega sedangkan ianya penyalahi garis panduan kerajaan sementara.

"Sepatutnya dia tidak ada hak untuk mengumumkan apa-apa projek dan dia hanya boleh buat urusan pentadbiran sahaja misalnya soal gaji kakitangan awam," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut meminta rakyat negara ini melihat sendiri pemimpin parti dan kerajaan BN yang secara terang-terangan telah membohongi mereka.

"Adakah rakyat Malaysia masih ingin memilih pemimpin dan kerajaan yang pembohong?" soal Mahfuz.

Semalam, Najib mengumumkan tiga projek iaitu merangkumi  pembinaan sebuah masjid, 2,500 unit rumah kediaman termasuk 794 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta pembangunan pusat bandar Cyberjaya.

Perdana Menteri berkata, pembinaan masjid bernilai RM62 juta yang mampu memuatkan 8,500 jemaah akan dibina di atas tapak seluas 6.8 hektar dan dijangka siap pada 2015.

Selain pembinaan masjid, Perdana Menteri turut mengumumkan pembangunan projek perumahan di tapak seluas 43.6 hektar dengan kos RM1.2 bilion.

Katanya, sebanyak 2,500 unit rumah dan komersial akan dibina dalam satu persekitaran unik dan kondusif pada harga mampu milik untuk rakyat kategori profesional dan pendapatan sederhana berharga antara RM220,000 dan RM250,000.-Harakahdaily

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Pembubaran Ada Kesayuan: Teruskan Khidmat Rakyat Memerlukan

Posted: 06 Apr 2013 04:22 PM PDT

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Dato Farizan Darus Mengetuai Jawatanakuasa Krisis Bencana Untuk Menangani Banjir Kilat Di Kawasan George Town Ekoran Hujan Lebat Pagi Ini Selama Hampir 4 Jam.(bm/cn)

Posted: 05 Apr 2013 10:00 PM PDT

Kenyataan Akhbar Oleh "Caretaker" Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 6.4.2013.

Sistem pengurusan krisis bencana masih beroperasi sungguhpun Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sudah dibubarkan semalam dan kerajaan negeri dalam status "caretaker". Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Farizan Darus mengetuai Jawantankuasa Krisis Bencana Negeri untuk menangani banjir kilat di beberapa tempat yang luas di kawasan George Town ekoran hujan lebat pagi ini hampir 4 jam.

Mengikut laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, volume air hujan turun dalam masa yang singkat ini ialah 85mm di Sungai Pinang, 90mm di Kolam Dondang, 107mm di Lorong Batu Lanchang, di Jln Scotland 83mm, di Kolam Air Hitam ialah 114mm, di Bukit Bendera 168mm, 83mm di Jalan P. Ramlee dan 141mm di Sungai Air Terjun. Hujan sekitar 60mm dikira lebat.

Sungguhpun air hujan sudah henti, keadaan banjir bertambah buruk di kelima-lima sungai kecil yang mengalir ke Sungai Pinang kerana air laut yang pasang. Keadaan hujan lebat dan air laut yang pasang secara serentak memburukkan lagi keadaan banjir kilat kerana air tidak dapat alir keluar. Untuk makluman, air laut pasang yang paling tinggi adalah pada 10 pagi pada tahap 3.26 meter dan sekarang sudah mulai surut bersama dengan air hujan.

Saya bersyukur tidak ada kecederaan atau kehilangan nyawa sehingga sekarang. Dato Farizan menyatakan pemindahan penduduk tidak diperlukan. Dato Farizan juga memaklumkan kepada saya 4 kontraktor telahpun dipanggil untuk kerja-kerja kecemasan membersihkan sungai akibat hujan lebat pagi ini.

2 kontraktor yang dipanggil oleh JPS ialah Syarikat Malinaz untuk Sungai Pinang serta Map & Ammar untuk Kampung Masjid dan di depan Flat Zainal Abidin serta Sungai Air Hitam. 2 kontraktor MPPP ialah Syarikat Azah dan Syarikat Farah Enterprise yang sedang urus kerja-kerja pembersihan sekitar Jalan Masjid Negeri.

Saya telah meminta ahli-ahli EXCO seperti Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Law Choo Kiang serta bekas ADUN Jagdeep Singh, Tey Ee Cheu dan Koid Teng Guan untuk turun padang. Saya ingin meminta maaf kepada penduduk-penduduk yang terjejas oleh banjir kilat bahawa saya tidak dapat bersama-sama turun padang kerana kini di Johor untuk upacara adat Qing Ming membersihkan kubur nenek moyang saya.

LIM GUAN ENG

-----Mandarin Version —–
槟州看守首席部长林冠英于2013年4月6日在乔治市光大发表声明:

拿督法力占带领紧急灾害应变小组,处理今早连续4小时下雨导致乔治市发生闪电水灾的问题。

虽然槟城州议会已在昨日解散,州政府目前处于"看守政府"状态,但州内紧急灾害管理系统依然操作,由槟州秘书拿督法力占带领槟州紧急灾害应变小组,处理今早连续4小时下雨导致乔治市第几个地区发生闪电水灾的问题。

根据水利灌溉局的报告,在短时间内,双溪槟榔降雨量达85毫米、Kolam Dondang 90毫米、峇都兰樟打107毫米、苏格兰路达到83毫米、阿依淡水池 114毫米、升旗山168毫米、比南利路83毫米和瀑布河141毫米。降雨量在2小时至4小时超过60毫米就足以引发闪电水灾。

虽然目前已停雨,5条小河水量因涨潮而流入双溪槟榔导致水灾恶化,涨潮加上暴雨导致积水无法流出,灾情更恶化。记录显示,今早10时是涨潮最高点达到3.26米,目前水位随着停雨褪去。

我感恩至今没发生任何伤亡事件,拿督法力占表示没有迁移灾民的必要,他告知已委派4个承包商进行清理河流的善后工作。

水利灌溉局委派两个承包商,分别是Syarikat Malinaz 负责双溪槟榔、Map & Ammar承包公司则负责甘榜回教堂、在纳阿比汀组屋前和阿依淡河;另外2个由槟岛市政局委派的承包公司是 Syarikat Azah和 Syarikat Farah Enterprise,处理州回教堂路一带的清洁工作。

我已要求槟州行政议员曹观友、彭文宝、黄汉伟和刘子健,还有州议员佳日星、郑雨周和郭庭源到灾区了解灾情。在此,我要向所有受到闪电水灾影响的居民道歉,因为我目前人在柔佛清明扫墓祭拜祖先,所以无法到第一时间到灾区。

林冠英

Najib Should Show His Commitment Towards Fighting Corruption By Either Demanding The Resignation Of Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud Or Else He Might As Well Abolish The MACC.(en/bm/cn)

Posted: 05 Apr 2013 06:34 PM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 6.4.2013.

Caretaker Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should show his commitment towards fighting corruption by either demanding the resignation of Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud or else abolish the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). This follows the shocking comments by Abdul Taib that "the MACC don’t deserve my cooperation because they have been naughty… and they have not been honest".

The Sarawak Chief Minister even characterized investigation by MACC against him for graft as "victimisation", Abdul Taib should show proof of such "victimization" by MACC. Public opinion is that the Sarawak Chief Minister has been "shielded" by MACC rather than victimized by being given especially lenient treatment.

For a Chief Minister to refuse to co-operate with MACC over corruption allegations against him is a serious breach of duty and statutory obligation. Under section 47 and 48 of the MACC Act 2009, such refusal to co-operate with MACC when you are subject to investigation, may be an offence which can be punished by a maximum fine of RM10,000 or imprisonment of 2 years or both.

Worse is Abdul Taib Mahmud's arrogance as a Chief Minister who thinks he is above the law. His open defiance of ethical values and standards of integrity required of a Chief Minister, who should be upholding the law instead of defying it, and be a model of ethical conduct and integrity instead of behaving like a rapacious overlord is just unacceptable.

Malaysians are now waiting to see whether Najib dares to punish and act against Abdul Taib for such disgraceful remarks.

Datuk Seri Najib must get Tan Sri Abdul Taib to resign if Najib is committed to rule of law, transparency, accountability and fighting corruption as he is an embarrassment not only to BN but also to Sarawak and Malaysia. If Tan Sri Abdul Taib does not resign, this clearly shows that there are double-standards, with the Sarawak Chief Minister enjoying legal immunity from any wrongdoing which would be applied on ordinary Malaysians.

Last month, international corruption watchdog Global Witness had released a video expose of alleged corruption in the Sarawak timber industry by hiring an actor posing as a foreign timber investor. The chief minister was alleged by the programme to have received millions of ringgit in kickbacks over land deals that have denuded the Borneo state.

Instead of co-operating and answering these allegations, Taib has chosen to attack MACC. If Taib does not resign or can escape unpunished with such disgraceful remarks, then Najib might as well abolish the MACC as the MACC is not designed to act against corruption but to cover-up on corruption.

Lim Guan Eng

——–BM version —-

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 6 April 2013.

Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membuktikan komitmen beliau memerangi rasuah dengan sama ada menuntut Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud supaya meletakkan jawatan; atau memansuhkan sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak mesti membuktikan komitmen beliau membanteras rasuah dengan sama ada menuntut Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud supaya meletakkan jawatan; atau memansuhkan sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini berikutan komen mengejutkan Abdul Taib bahawa, "SPRM tidak layak mendapat kerjasama saya kerana mereka nakal dan telah tidak jujur".

Ketua Menteri Sarawak tersebut turut menyifatkan siasatan rasuah SPRM terhadapnya menjadikan beliau sabagai mangsa; Abdul Taib mesti mendatangkan bukti terhadap 'pemangsaan' oleh SPRM itu. Umum berpendapat bahawa Ketua Menteri Sarawak telah dilindungi oleh SPRM dan bukannya dijadikan mangsa dengan diberikan layanan istimewa.

Tindakan seorang Ketua Menteri untuk enggan bekerjasama dengan pihak SPRM dalam sebuah tuduhan rasuah terhadapnya adalah sebuah pelanggaran tatakelola dan tuntutan undang-undang yang serius. Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan pihak SPRM apabila seseorang disiasat boleh menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Apa yang lebih teruk ialah sifat bongkak Taib Mahmud sebagai seorang Ketua Menteri yang merasakan dirinya mengatasi undang-undang. Penentangan secara terbuka beliau terhadap nilai-nilai etika yang dituntut ke atas seorang Ketua Menteri, yang sepatutnya mengangkat tinggi undang-undang dan bukan melanggarnya, serta menjadi contoh etika dan integrity dan bukan berkelakuan seperti seorang pemerintah yang rakus adalah sangat-sangat tidak boleh diterima.

Rakyat Malaysia sedang menanti untuk melihat sama ada Najib berani untuk bertindak ke atas Taib disebabkan kenyataannya yang memalukan itu.

Datuk Seri Najib mesti menuntut supaya Taib meletakkan jawatan jika benar Najib komited dengan kedaulatan undang-undang, ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah memandangkan ia bukan sahaja memalukan BN tetapi juga negeri Sarawak dan negara Malaysia. Jika Tan Sri Abdul Taib tidak meletakkan jawatan, ini jelas memperlihatkan bahawa wujudnya 'double-standard' apabila Ketua Menteri Sarawak menikmati kekebalan undang-undang dari apa sahaja kesalahan yang boleh dikenakan ke atas rakyat biasa.

Bulan lepas, badan pemerhati korupsi antarabangsa Global Witness telah mendedahkan sebuah video yang memaparkan aktiviti rasuah dalam industry pembalakan di Sarawak dengan mengupah seoarang pelakon untuk berlagak sebagai seorang pelabur balak dari luar negara. Ketua Menteri telah disyaki dalam program tersebut sebagai penerima suapan jutaan ringgit daripada penjualan tanah yang telah menggondolkan negeri Sarawak.

Bukan sahaja tidak bekerjasama dan menjawab tuduhan-tuduhan ini, Taib telah memilih untuk menyerang SPRM. Jika Taib tidak meletakkan jawatan atau bebas dari sebarang hukuman dengan kenyataan yang memalukan itu, maka lebih baik Najib memansuhkan SPRM memandangkan SPRM tidak diciptakan untuk membanteras rasuah sebaliknya melindungi perasuah.

LIM GUAN ENG

——Mandarin Version —-

民主行动党秘书长林冠英于2013年4月6日在吉隆坡发表声明:

看守首相拿督斯里纳吉应该展现他反贪的决心,要求砂州首长阿都泰益辞职,否则,他倒不如废除马来西亚反贪委员会。

看守首相拿督斯里纳吉应该展现他反贪的决心,要求砂州首长阿都泰益辞职,否则,他倒不如废除马来西亚反贪委员会。阿都泰益竟然指责大马反贪污委员会"顽劣"及"不诚实",因此不配获得他的合作。

砂州首长甚至形容反贪委会调查他涉及贪污的做法是一种迫害行为 ,阿都泰益应该对此拿出证据。公共意见显示,人民相信砂州首长向来被反贪污委员会"袒护"着,拥有特别待遇,而不是迫害他。

由于砂州首长拒绝与反贪委会合作,不让后者针对贪污指控调查他,他已经严重失职及违法。在2009年反贪污法令第47及48条文下,若一个人在调查当中,拒绝与反贪委会配合,这是严重的罪名,可被判罚款最高1万令吉或监禁两年或两者兼施。

更糟的是,阿都泰益身为首长,如此傲慢自大,以为自己可以凌驾法律之上。他公然违抗反贪委会,已经违反身为首长的伦理价值及廉正标准,他应该守法,而不是违法,他应该成为道德操守及廉洁的典范,而不是表现得像一个贪婪的霸主,这完全令人难以接受。

全体国人在等着,他们要知道纳吉是否敢惩罚及对付发表无耻言论的拿督泰益。

拿督斯里纳吉必须让丹斯里阿都泰益辞职,如果他下决心要法治、透明、问责及反贪,泰益的言论不只对国阵是一项耻辱,对砂拉越及马来西亚也是。如果丹斯里泰益不辞职,这很明显是双重标准,砂州首长做错事可以享有豁免权,普通老百姓可没那么幸运。

上个月,国际贪污监督组织"全球见证"发布一个短片,他们聘用一个演员乔装外国木桐投资家,揭发砂拉越木桐业的贪污事件。上述短片宣称砂州首长在那些剥夺砂州土地的土地交易中,获得数千万令吉的回扣。

但是,泰益不但不回应这项指控、也拒绝与反贪委会合作,他还攻击反贪委会。如果泰益不辞职,并且在发表无耻言论后不被处罚,那么,纳吉倒不如废除反贪污委员会,因为反贪污委员会不是用来对付贪污,而是掩护贪污。

林冠英

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


民联执政州证明团结没倒台,倪可汉讥郑可扬思维落伍‏

Posted: 05 Apr 2013 10:16 PM PDT

(木威 6日讯) 行动党霹雳州主席拿督倪可汉今日抨击民政党霹雳州主席拿督郑可扬思维还是停留在1990年反对党替阵时代,没有与时并进,参考民联执政州属政绩,发表没有数据为基础的民联执政半年必倒台的荒谬言论。

也是木威区原任国会议员的拿督倪可汉今日反问郑可扬,槟城、雪兰莪、吉兰丹、吉打这些民联执政州属,在过了5年后是否已经倒台?这些州属在民联良好的治理下不但没倒台,雪兰莪储备金从6亿飙升至25亿,槟城储备金则是从4亿增加三倍至12亿。他也补充,这些州属合作良好没倒台,反而原本也是民联执政的霹雳州在11个月里推出一连串利民政策后被国阵硬生生以不民主方式抢了过来,民政党也是抢夺政权帮凶之一,作为奖赏,郑可扬过后还受委成为州务大臣顾问。

倪可汉今日发表文告说,民联早在2009年莎亚南举行的第一届民联大会上,三党即民主行动党、公正党和伊斯兰党由最高领袖签署民联共同施政纲领,2010年的橙皮书和2013年最新推出的人民宣言。他说,各党虽然有不同意见和理念,但以上三党所签署的文件是民联执政后的施政基础。这足以证明民联有弹性去处理异见,关系密切,一定不会倒台。


讥笑民政没影响力

倪可汉话锋一转,直指民政党在国阵成员党里没权利,根本没有影响力跟巫统谈判,对巫统只会言听计从。相反地,行动党、伊斯兰党和公正党在民联里平起平坐,三党互相尊重,凡事都有得商量。他也嘲笑郑可扬思维还是停留在上世纪1990年反对党替阵年代,最后无法合作而破局。倪氏说,那是上世纪古老历史,现在已经是2013年,民联在经过五年考验后,很多课题都得以解决,这已经成功证明民联完全可以取代国阵。倪可汉也充满信心保证,若是民联在霹雳州和中央执政,民联不但会成为一届政府,而且也不会倒台!

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Ajak Debat Manifesto Selepas Najib Lancar ‘Aku Janji BN’ Hari Ini

Posted: 06 Apr 2013 12:42 AM PDT

KeadilanDaily

Menjelang pelancaran manifesto BN yang bakal diumum Datuk Seri Najib Razak hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ajakan debat.

Ketua Umum KEADILAN itu menyatakan kesediaan berbuat demikian pada bila-bila masa sebelum PRU 13 dengan kandungan manifesto sebagai topik.

"Saya pelawa debat dengan Najib dengan tertib dan sopan sepertimana debat saya bersama Datuk Shabery Chik suatu ketika dahulu.

"Hujah perlu dilawan dengan hujah bagi membuktikan kerasionalan dan fakta. Bukan dengan gangsterisme dan vandalisme yang kini jadi amalan Umno BN.

"Pakatan Rakyat akan tunjukkan cara terbaik bagaimana untuk berakhlak mulia dan mentadbir negara," katanya pada program ramah mesra dengan penduduk Kubang Semang di sini, semalam,.

Mengikut laporan media kawalan Umno, Najib dijadual melancarkan manifesto BN di Stadium Putra, Bukit Jalil yang didakwanya sebagai aku janji.

Ajakan debat sudah dilakukan Anwar banyak kali atas pelbagai isu dasar tetapi Pengerusi BN itu sentiasa mengelak, malah membisu sekalipun pelawaan rasmi dibuat.

Pada tazkirah Jumaat di Masjid Sama Gagah, Permatang Pauh semalam pula, Anwar meminta rakyat menolak parti dan pemimpin yang mengamal rasuah dan fitnah.

"Mereka yang korup, sombong serta menjadikan fitnah sebagai rutin tidak layak jadi pemimpin masyarakat atau negara. Sebagai pemimpin, mesti tunjukkan adab dan akhlak baik untuk dicontohi rakyat.

"Amalan akhlak buruk seperti merosakkan harta benda dan mencerca bukan suruhan agama. Jadi, mereka yang memimpin dengan cara itu, tidak harus dipilih," katanya.

Beliau kesal kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa walaupun aduan terhadap pelakuan ganas dan merosakkan harta benda orang lain, sudah dibuat.

"Jika mereka dibiar terus berkuasa, lambakan akhlak buruk di kalangan masyarakat akan menjadi perkara biasa. Lebih berbahaya jika anak muda jadikan amalan itu lumrah kehidupan mereka sehari-hari," katanya.

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumunan Calon PKR Melaka & Johor Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 05 Apr 2013 12:20 PM PDT

8 April 2013 (Isnin)

1) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat &

Pengumuman Calon PKR Melaka

Lokasi: Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Piatu, Melaka

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

iii. YB Goh Leong San

iv. YBhg Adly Zahari

2) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat &

Pengumuman Calon PKR Johor

Lokasi: Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak
(Depan D' Anjung Inn, Tangkak)

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

iii. Jeneral (B) Tan Sri Hashim Hussein

iv. YB Liew Ching Tong

v. YBhg Dato' Dr Mahfodz Muhammad

vi. YBhg Hassan Karim

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Saya Akan Mempertahankan Kerusi Permatang Pauh

Posted: 05 Apr 2013 12:15 PM PDT

[VIDEO] Newsflash: Anwar Ibrahim Di Bt Maung Penang 05/04/2013

Posted: 05 Apr 2013 12:09 PM PDT

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Manifesto: PR 10 minit, BN siaran langsung

Posted: 06 Apr 2013 07:17 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.


"Agak lucu apabila dia (Umno BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman)," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.

Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

"Saya ingin bertanya sama ada Umno BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti," ujarnya dipetik Selangorku.

Johari mendakwa, Umno BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.

Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.

"Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.

"Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat 'adjustment' terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak mempunyai 'originality' tetapi 'copycat'," katanya.

Harakahdaily/-

6 cedera rumah ranap ditimpa bongkah batu

Posted: 06 Apr 2013 07:15 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


TAWAU - Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera selepas tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan dekat sini, ranap dihempap tiga bongkah batu besar, dari kawasan sebuah kuari di atas Bukit Kukusan.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Albert Jiran Tanjung berkata kesemua mangsa yang  cedera, ada di antaranya cedera di bahagian kaki dan tangan, dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Bagaimanapun, katanya identiti kesemua mangsa yang cedera berkenaanbelum dikenal pasti.

Katanya mangsa merupakan sebahagian daripada 65 orang daripada 12 keluarga di kampung itu yang menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung  berkenaan. Beliau berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 11.43 pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, anggotanya yang dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam, polis dan tentera  membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit dan terperangkap di bawah runtuhan rumah.

Katanya siasatan awal mendapati bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek kebawah bukit dan menimpa rumah penduduk  berkenaan selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan memecahkan batu di kuari itu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah yang ditemui di lokasi kejadian berkata syarikat kuari itu sudah diarah menghentikan operasi berkuat kuasa serta merta.

Katanya penduduk kampung berkenaan juga dinasihatkan supaya mengosongkan rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Seorang penduduk, Wakalobe Lakambera, 55, berkata sejurus terdengar letupan bahan peledak dari kuari itu, bongkah batu besar  dilihat bergolek dari atas bukit dan menimpa beberapa buah rumah yang dibina di lereng bukit sebelum meranapkan rumah jirannya.

Katanya nasib baik tiada keluarganya yang cedera namun dua buah tangki air di belakang rumahnya rosak.

Edi Lasuasa, 54, pula berkata dia berada di bawah rumah tempat dia menyewa bersama tujuh individu lain apabila melihat  beberapa buah rumah di lereng bukit dirempuh batu.

Katanya belum sempat dia melarikan diri, batu berkenaan sudah merempuh rumah sewanya dan dalam sekelip mata keadaan  menjadi gelap dengan dia tertiarap di bawah runtuhan rumah sewanya itu.

Katanya mujur runtuhan rumah berkenaan tidak menghempapnya dan dia berjaya menyelamatkan empat orang termasuk dua  kanak-kanak keluar dari runtuhan rumah sebelum dia merangkak keluar.

Selain calar di beberapa bahagian kaki, Edi turut  mengalami kecederaan ringan di kepala. - Bernama

3 termasuk pasangan pengantin baru maut

Posted: 06 Apr 2013 07:14 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


MUAR - Tiga termasuk pasangan pengantin baru maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah dalam   kemalangan membabitkan kereta, lori dan bas persiaran di Km162.5, Lebuh Raya Utara Selatan di sini malam tadi.
Pasangan pengantin itu, Kumar Arunasalam, 34, dari Kampung Serani, Melaka dan isterinya Rita Maria Gilrelt, 42, warganegara   Singapura dan Carrieanne Fransisca Dicosta, 22, dari Kampung Portugis, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pang Yun, 59, dari Tangkak Jaya yang cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tangkak manakala Brian Jeremieh Sta Maria, 21, dari Kampung Portugis, Melaka hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di hospital sama, kata Ketua Polis Daerah Ledang Supt Harun Idris.

Katanya kemalangan tersebut berlaku pada kira-kira pukul 10.45 malam tadi semasa kelima-lima mereka yang menaiki kereta Proton Waja yang dipandu Pang dalam perjalanan dari Singapura ke kampung pasangan pengantin itu di Melaka.

Katanya pasangan suami isteri itu baru dua minggu mendirikan rumah tangga. Beliau berkata 12 anggota Jabatan Bomba dan  Penyelamat Tangkak dan  Muar mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk itu.

Pemandu bas persiaran dan lori satu tan yang terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. - Bernama

Dua pemandu bot ditikam dan diacu pistol di Pulau Perhentian

Posted: 06 Apr 2013 03:06 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU - Dua pemandu bot, seorang daripadanya cedera di bahu kiri akibat ditikam menggunakan badik, setelah diserang dalam dua kejadian berasingan di Pulau Perhentian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP, K Manoharan berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira 8.15 pagi ketika mangsa berusia 29 tahun berada di Pasir Panjang untuk menunggu pelancong sebelum didatangi lima lelaki tidak dikenali dan seorang daripada mereka tiba-tiba terus menikam bahu mangsa.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, pemandu bot yang takut dengan serangan itu, berjaya melepaskan diri untuk mendapatkan bantuan penduduk kampung, mengakibatkan kelima-lima suspek terus melarikan diri.

Katanya mangsa dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata, polis percaya motif serangan berpunca daripada hutang lama dan serangan dipercayai dilakukan orang luar.

Manoharan berkata dalam kejadian kedua 45 minit selepas itu, enam lelaki dan seorang wanita bertindak menyerang seorang pemandu bot di pulau itu dan memaksa pemandu bot berusia 28 tahun itu membawa mereka ke jeti Kuala Besut.

Katanya semasa di dalam bot suspek bertindak mengajukan senjata dipercayai pistol ke kepala mangsa dan mangsa yang takut dengan tindakan itu membawa kesemua suspek ke jeti Pasir Panjang.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek bukan merupakan orang pulau itu kerana mereka menginap di sebuah chalet di pulau berkenaan. Namun ketika serbuan dilakukan kesemua suspek telah melarikan diri," katanya.

Manoharan berkata, polis tidak menolak kemungkinan serangan dalam kedua-dua kes itu dilakukan suspek yang sama dan turut bermotifkan balas dendam serta hutang.

Katanya hasil siasatan polis berjaya mengenal pasti seorang suspek berusia 26 tahun yang berasal dari Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut dipercayai terlibat dalam kes serangan membabitkan dua pemandu bot berkenaan.

"Kita telah menyerbu ke rumah suspek namun suspek melarikan diri dan kini kami masih memburu enam lelaki dan seorang wanita yang berusia 20 hingga 30 tahun," katanya. - Bernama

Tiada Kes Selesema Burung H7N9 Dikesan Di Negara Ini - Kementerian Kesihatan

Posted: 06 Apr 2013 03:05 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada sebarang kes selesema burung (H7N9) dalam kalangan unggas dikesan berlaku di negara ini, berdasarkan hasil pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiada bukti menunjukkan H7N9 boleh menular daripadamanusia kepada manusia.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada mengunjungi pasar menjual unggas hidup di negara yang terlibat dengan jangkitan avian influenza.
"Mereka yang pulang dari Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China dengan gejala pernafasan dinasihat memakai topeng muka dan segera mendapatkan rawatan perubatan, seterusnya memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Orang ramai juga dinasihat tidak memegang unggas yang ditemui mati, mengamalkan kebersihan diri serta segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran jika mendapat gejala serupa influenza (ILI) terutama mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas, katanya.
Noor Hisham juga mengingatkan penternak dan pengusaha ladang unggas agar mematuhi nasihat serta panduan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada pejabat kesihatan daerah terdekat.
Beliau berkata, kementerian akan terus memantau perkembangan semasa melibatkan jangkitan virus itu, yang disahkan menular di China mulai 29 Mac lepas.
Sehingga 5 April, WHO mengesahkan 16 kes dengan enam kematian disebabkan H7N9 dilaporkan di Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China.
Bagaimanapun, katanya, WHO setakat ini tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan atau kenyataan berhubung larangan melawat ke China. - BERNAMA

Najib 'langgar' peraturan kerajaan sementara?

Posted: 06 Apr 2013 02:58 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia pada 20 April lalu disifatkan sebagai kosmetik semata-mata. 


Ini kerana, baru sahaja empat hari parlimen dibubarkan, semalam Najib Tun Razak pula mengumumkan tiga projek pembangunan di Cyberjaya membabitkan kos keseluruhan mencecah RM8 bilion bermula tahun ini. 



Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar,  Najib telah menipu rakyat negara ini dengan apa yang pernah dijanjikan sebelum ini.



Katanya, Najib dilihat telah menyalahgunakan kuasa apabila mengumumkan projek berskala mega sedangkan ianya menyalahi garis panduan kerajaan sementara.



"Sepatutnya dia tidak ada hak untuk mengumumkan apa-apa projek dan dia hanya boleh buat urusan pentadbiran sahaja misalnya soal gaji kakitangan awam," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.



Beliau turut meminta rakyat negara ini melihat sendiri pemimpin parti dan kerajaan BN yang secara terang-terangan telah membohongi mereka.



"Adakah rakyat Malaysia masih ingin memilih pemimpin dan kerajaan yang pembohong?" soal Mahfuz.



Semalam, Najib mengumumkan tiga projek iaitu merangkumi  pembinaan sebuah masjid, 2,500 unit rumah kediaman termasuk 794 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta pembangunan pusat bandar Cyberjaya.



Perdana Menteri berkata, pembinaan masjid bernilai RM62 juta yang mampu memuatkan 8,500 jemaah akan dibina di atas tapak seluas 6.8 hektar dan dijangka siap pada 2015.



Selain pembinaan masjid, Perdana Menteri turut mengumumkan pembangunan projek perumahan di tapak seluas 43.6 hektar dengan kos RM1.2 bilion.



Katanya, sebanyak 2,500 unit rumah dan komersial akan dibina dalam satu persekitaran unik dan kondusif pada harga mampu milik untuk rakyat kategori profesional dan pendapatan sederhana berharga antara RM220,000 dan RM250,000.

Harakahdaily/-

Orang Cina dengar kuliah TG Nik Aziz

Posted: 06 Apr 2013 02:56 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Kaum Cina mendengar kuliah Jumaat TG Nik Aziz di Dataran Ilmu, Kota Bharu)

KOTA BHARU: Percayakah anda jika diberitahu kaum Cina juga mendengar kuliah Jumaat yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Dataran Ilmu, bersebelahan bangunan  PAS Kelantan.

Namun inilah yang berlaku yang disifatkan sebagai hasil kerjasama antara PAS, PKR dengan DAP di bawah Pakatan Rakyat yang telah membuahkan hasil yang cukup 'manis' untuk Islam.

Ini kerana  golongan bukan Islam bukan sahaja boleh menerima perjuangan PAS, sebaliknya turut mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Semalam, sekumpulan masyarakat Cina dari Hulu Langat, Selangor telah berkesempatan mendengar kuliah Jumaat yang disampaikan Tuan Guru di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

Lawatan mereka selama dua hari untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan selepas Parlimen dan Dun Kelantan dibubarkan dua hari lalu, mereka mengambil kesempatan untuk mendengar kuliah Jumaat.

Rombongan berkenaan mengambil tempat di ruang Pusat Penerangan PAS Negeri yang terletak di tingkat bawah bangunan PAS, Medan Ilmu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, ketika diminta mengulas perkara itu turut mengakui berhubung fenomena itu.

Malah menurutnya, ia bukannya perkara baru sekarang ini.

"Bukan hanya umat Islam yang melawat negeri ini mengambil kesempatan mendengar kuliah agama dari Tuan Guru, sebaliknya golongan bukan Islam juga,"ujarnya.

Sebelum ini ada seorang anggota Parlimen dari DAP mendengar kuliah agama Tuan Guru termasuk pemimpin masyarakat bukan Islam Kelantan sendiri, antaranya Kenny Chua.

Harakahdaily/-

Polis Perak guna basikal ronda cegah jenayah

Posted: 06 Apr 2013 02:53 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


IPOH - Polis Perak akan melancarkan rondaan pencegahan jenayah menggunakan basikal pada pertengahan bulan ini di kawasan pedalaman di negeri ini, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata, penggunaan basikal adalah lebih mesra dalam usaha mendekati masyarakat berbanding kereta peronda selain boleh membantu kerajaan mengurangkan penggunaan petrol bagi memelihara alam sekitar.

"Dengan menggunakan basikal kita akan ada banyak ruang untuk berinteraksi dengan masyarakat," katanya kepada pemberita pada Program Kayuhan Santai Sempena Peringatan Hari Polis Ke-206 Polis Diraja Malaysia, Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menerima 85 buah motosikal untuk memantapkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di negeri ini.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, bilik gerakan di ibu pejabat polis di negeri ini dan pejabat polis daerah yang diwujudkan sempena pilihan raya umum ke-13 mula beroperasi sejak Dewan Rakyat dibubarkan dan 8,000 anggota telah bersiap sedia untuk memastikan pemantauan berjalan lancar.

Katanya menjelang pilihan raya itu, rondaan di kawasan yang banyak menganjurkan aktiviti politik juga dipertingkatkan.

"Saya menyeru orang ramai yang terlibat dalam pilihan raya kali ini khususnya parti-parti politik ataupun individu yang berkepentingan dengan pilihan raya supaya patuh dengan undang-undang bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini," katanya. - Bernama

Untung sabut timbul, untung batu?

Posted: 06 Apr 2013 02:29 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PRU ke 13 akan menyaksikan pertarungan paling sengit dan semua akan tertumpu kepada kerusi parlimen Gelang Patah di mana Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka bertemu Menteri Besar Johor Ghani Othman.

Setelah berteka teki dan membuat berbagai ramalan, akhirnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen untuk membolehkan rakyat Malaysia mempunyai kesempatan untuk memberi mandat serta memilih sebuah kerajaan yang baru.
Perdana Menteri yang tidak pernah mendapat mandat daripada rakyat itu memilih tarikh 3 April 2013 untuk membubarkan Dewan Rakyat kerana tarikh itu amat signifikan bagi dirinya kerana telah genap empat tahun beliau mengambil alih tampok pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Sehari selepas itu, beliau terus menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ingin bertanding di Perak dan menuduh Anwar melarikan diri dan mengabaikan para penyokong setianya di Permatang Pauh.
"Anwar tiada keberanian untuk mempertahankan kerusi parlimennya di Permatang Pauh.  Tapi saya akan terus hidup dan mati bersama pengundi dan penduduk Pekan," kata Najib
"Saya akan mempertahankan kerusi parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang ini, tidak seperti Datuk Seri Anwar yang akan mengabai dan meninggalkan para pengundi di Permatang Pauh.
"Saya tidak akan mimpi untuk meninggalkan Pekan. Saya akan hidup dan mati di Pekan," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat dengan ahli-ahli majlis tertinggi Umno dan presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 4 April lalu.
Berita terbaru, Anwar memilih untuk kekal bertanding dan mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh pada PRU13 ini setelah membatalkan hasratnya untuk bertanding di Lumut atau Tambun. Hasrat beliau untuk bertanding di Perak adalah atas strategi politik untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Perak.
Beliau mahu bersama pengundi setia dan penyokongnya yang telah banyak berkorban dengan memilihnya untuk menjadi wakil rakyat mereka untuk sekian lama walaupun berbagai halangan dan rintangan dihadapi Anwar daripada musuh-musuhnya.
Entah apa pula alasan atau komen Najib kali ini berhubung dengan keputusan Anwar untuk tetap bertanding di Permatang Pauh atau Anwar kini takut untuk keluar bertanding luar dari kawasannya.
Lim vs Ghani
Tetapi dalam PRU13, yang dianggap paling sengit kali ini, pertarungan hebat yang dinanti-nanti ialah di antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan prospek bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di parlimen Gelang Patah.
Lim, yang akan meninggalkan kawasan parlimen Ipoh Timur berkata, "saya telah membuat keputusan untuk bertanding di Gelang Patah, bukan untuk diri saya atau DAP tetapi untuk rakyat dan negara ini.
Sementara Ghani, menteri besar selama empat penggal itu berkata, tidak….tidak…. tunggu dulu apabila diasak oleh para pemberitahu.  Reaksi beliau ini menunjukkan beliau tidak pasti lagi kedudukannya walaupun beliau dipujuk oleh beberapa pemimpin Umno untuk menentang Lim di Gelang Patah.
Pada kira-kira jam 8.30 malam ini, Najib akan membentangkan manifesto BN pada suatu majlis di Stadium Putra, Bukit Jalil, dekat Kuala Lumpur yang akan memberi tumpuan kepada konsep 'rakyat didahulukan' dalam doktrin 1Malaysia.
Manifesto yang inklusif ini memberi fokus kepada usaha menggalakkan keadilan sosial, tanggungjawab fiskal dan memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi dan Najib menekankan bahawa manifesto ini tidak akan menyimpang jauh dari pelan transformasi yang diperkenalkannya.
Umno-BN, dulunya parti Perikatan tidak pernah tewas dalam PRU sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tetapi para pemimpinnya hari ini berdepan dengan Pakatan Rakyat yang berjaya menafikan majoriti dua pertiga dalam PRU12 lalu.
Umno-BN parti tua, uzur
Parti pemerintah yang tua, uzur dan nyanyok ini sedang menghadapi cabaran paling getir dalam sepanjang perjalanan sejarah hidupnya dan kini berdepan kemungkinan disingkirkan oleh rakyat yang kini semakin matang dan sedar akan perlunya kepada perubahan yang bersifat total.
Apabila disebut Umno-BN ini merupakan sebuah parti yang tua, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cepat-cepat menafikannya. Beliau berkata, BN bukan sebuah parti yang tua seperti yang didakwa oleh pembangkang tetapi sebuah parti yang senantiasa menukar para pemimpinnya agar lebih bertenaga dan berwawasan.
Sebenarnya Umno-BN merupakan sebuah gabungan parti politik yang tua, uzur dan nyanyok berdasarkan kenyataan para pemimpinnya yang sering membuat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang, khususnya dari Pakatan Rakyat.
Apabila mereka terlibat dengan salah guna kuasa, mereka menuduh pemimpin Pakatan yang terlibat dengan salah guna kuasa.  Apabila mereka kuat mengamalkan rasuah, mereka akan mencari bukti-bukti untuk mencuba memalitkan pemimpin pembangkang dengan perbuatan rasuah.
Apabila negeri-negeri di bawah pentadbiran Umno-BN setiap tahun mencatat defisit kewangan yang teruk, mereka menuduh para pemimpin Pakatan tidak pandai memerintah negeri-negeri Pakatan yang terdiri dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Mereka mendakwa negeri-negeri Pakatan gagal menarik para pelabur luar untuk membuat pelaburan walaupun pada hakikatnya negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mendahului negeri-negeri lain dalam menarik pelaburan asing dan pengurusan kewangan negeri mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Apa sahaja keburukan, penyelewengan dan salah guna kuasa yang mereka lakukan, mereka cepat-cepat menuding jari dan melontar kembali segala penyelewengan itu dan melemparkan tuduhan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang sebagai langkah menyembunyikan keburukan mereka itu.
Itulah tingkah laku dan tabiat buruk mereka. Kadang-kadang nak ketawa pun ada. Kedudukan Umno-BN kali ini ibarat 'telur di hujung tanduk' dan untung sabut timbul, untung batu?

FMT/-

Taib perlu letak jawatan atau Najib perlu mansuh SPRM, kata pemimpin Pakatan

Posted: 06 Apr 2013 02:19 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 6 April — Pemimpin Pakatan Rakyat beranggapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dimansuhkan kerana Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak boleh berbuat apa-apa apabila ketua menteri Sarawak enggan bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah tersebut.
Pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider menegaskan, sebagai sebuah badan yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, SPRM seharusnya dihormati, namun tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud seakan-akan  memperlekeh badan tersebut diburukkan lagi apabila Najib sendiri dilihat tidak mempu melakukan apa-apa tindakan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Najib juga harus meletak jawatan ekoran keengganan Abdul Taib untuk bekerjasama SPRM berhubung pendedahan oleh Global Witness mengenai skandal balak di Sarawak.
"Apa yang lebih teruk ialah sifat bongkak Taib Mahmud sebagai seorang Ketua Menteri yang merasakan dirinya mengatasi undang-undang," tegas Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Najib mesti menuntut supaya Taib meletakkan jawatan jika benar Najib komited dengan kedaulatan undang-undang, ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah memandangkan ia bukan sahaja memalukan BN tetapi juga negeri Sarawak dan negara Malaysia.
"Jika Taib tidak meletakkan jawatan, ini jelas memperlihatkan bahawa wujudnya 'double-standard'  apabila Ketua Menteri Sarawak menikmati kekebalan undang-undang dari apa sahaja kesalahan yang boleh dikenakan ke atas rakyat biasa."
Awal bulan lalu, penyiasat bebas Global Witness telah mendedahkan sebuah video yang memaparkan aktiviti rasuah dalam industri pembalakan di Sarawak dengan menyamar sebagai seorang pelabur balak dari luar negara dan menemuramah sepupu Abdul Taib.
Abdul Taib sebelum ini dilaporkan berkata SPRM tidak layak mendapat kerjasamanya berhubung penyiasatan berkenaan, malah menyifatkan badan anti rasuah itu sebagai "nakal" dan telah "tidak jujur".
Ketua menteri Sarawak itu turut menyifatkan siasatan rasuah SPRM terhadapnya menjadikan beliau sabagai mangsa.
"Rakyat Malaysia sedang menanti untuk melihat sama ada Najib berani untuk bertindak ke atas Taib disebabkan kenyataannya yang memalukan itu," kata Lim lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan lebih baik SPRM dibubarkan jika Najib tidak berani mengambil tindakan terhadap Abdul Taib.
"Kenapa perdana menteri takut nak ambil tindakan? Sedangkan beliau telah menandatangani perjanjian integriti ... kalau macam tu bubar sahaja SPRM," tegasnya.
"Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen daripada Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang," tegasnya lagi kepada The Malaysian Insider.
Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan pihak SPRM apabila seseorang disiasat boleh menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, pula menegaskan tindakan yang dibuat Taib itu jelas menunjukkan Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya sehingga beliau berani mengatasi undang-undang.
"Tiada proses transformasi dalam BN," katanya yang dikenali sebagai Tian Chua.
"Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata," katanya.
The Malaysian Insider/-

PRU13 catat sejarah, peluang PR terbuka luas

Posted: 06 Apr 2013 02:11 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Bubar Dun dan Adun

.
SHAH ALAM - Pembubaran Dewan Rakyat yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai pilihan raya paling bersejarah di negara ini oleh pemerhati politik.

Menurut Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, ini adalah satu-satunya pilihan raya yang meletakkan pembangkang dalam keadaan lebih bersedia untuk bertempur bagi menawan tampuk kuasa.

"Biasanya pilihan raya diadakan mengejut. Pembangkang mahu pun Pakatan Rakyat selalunya tidak bersedia. Tetapi kali ini saya difahamkan, ada calon pembangkang ini yang sudah tahu awal jadi calon, sudah menyiapkan poster mereka.

"Dalam satu keadaan mereka mungkin lebih bersedia daripada BN," ujar beliau kepada Sinar Harian Online.

Pada pilihan raya lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima satu kejutan apabila gagal mempertahankan majoriti kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat.

Kenangan paling pahit buat BN apabila Selangor yang merupakan negeri terkaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR).

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan  Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.

Ketika Parlimen dibubarkan Rabu lalu, komposisi di Dewan Rakyat ialah BN menguasai 137 kerusi, DAP (29), Pas (23), PKR 23 kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. Untuk rekod, selepas Pilihan Raya Umum 2008, 16 pilihan raya kecil yang diadakan dimenangi secara sama rata oleh BN dan PR.
Ini menambah cakap-cakap bahawa ini adalah pilihan raya paling sengit.

Mengulas lanjut, Redzuan berkata, pihaknya sudah melakukan kajian meliputi 23 kerusi panas pada pilihan raya kali ini bagi melihat peluang kedua-duanya parti ini kelak.
"Antaranya seperti Pandan dan Lembah Pantai," ujar beliau.

Sementara itu, menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Sufian, mana-mana parti yang mendahului dalam isu nasional berpeluang menang dalam medan tempur ini.

"Ini adalah pertembungan dua idea yang begitu berbeza.

"Dari segi perspektif pilihan raya, benar calon main peranan tetapi calon baru yang tidak dikenali, orang-orang yang tidak ada pengalaman agak sukar untuk mereka ini bersaing pada kali ini," ujarnya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, tempoh masa yang agak lama diambil bagi membubarkan Parlimen memberi peluang kepada pakatan pembangkang mempersiapkan jenteranya bagi melawan kekuatan Umno-BN.

"Pihak Pakatan Rakyat, mereka sudah mencari dan merekrut, meletakkan orang-orang yang agak berpengalaman dan berpengaruh sebagai calon," katanya.

BN dan PR juga katanya dilihat mengamalkan pendekatan yang agak berbeza dalam usaha mendekati seterusnya menawan hati pengundi mengikut kelompok sasaran masing-masing.

"BN kalau kita lihat menguasai media arus perdana dan di peringkat akar umbi tetapi pembangkang pula mereka agak aktif dan bertenaga di sosial-sosial media. Tetapi kalau kita lihat kepada perkara lain, BN memang ada kelebihan," katanya.

Mengulas mengenai kesediaan pihak pemerhati menjalankan kajian dan analisis pilihan raya, Ibrahim berkata, tumpuan lebih diberikan kepada kerusi-kerusi yang mempunyai rekod sebelum ini.

"Kerusi-kerusi yang kita perhatikan adalah kerusi-kerusi yang sebelum ini ada pergaduhan atau cetus kontroversi.

"Kita juga memerhatikan kawasan-kawasan yang banyak pertambahan bilangan pengundi," katanya.

Antara kawasan yang menjadi perhatian di sekitar Lembah Klang ialah Shah Alam, Hulu Langat, Subang dan beberapa kawasan lagi.

Merdeka Center merupakan salah satu pemerhati pilihan raya yang dilantik oleh SPR. Enam NGO dilantik oleh SPR bagi tujuan itu.

Sebuah lagi badan NGO yang dilantik oleh SPR sebagai pemerhati pilihan raya ialah Ideas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, Malaysia akan menyaksikan pertempuran pilihan raya paling hebat - yang tidak pernah disaksikan sebelum ini - pada PRU13 ini.

"Selama ini kita menyaksikan parti-parti lain atau pembangkang tidak pernah ada peluang selain Barisan Nasional. Tetapi tidak kali ini," ujar beliau.

Menurut Wan Saiful, sebagai pemerhati yang dilantik oleh SPR, pihaknya akan menumpukan kepada 102 kerusi sama ada di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Yang menjadi tumpuan antara 50-60 kerusi yang merupakan kerusi agak panas.

"Fokus negeri ialah di Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Johor," ujar Wan Saiful lagi.

Jelasnya, tumpuan tentunya akan diberikan kepada kerusi-kerusi yang akan ditandingi pimpinan-pimpinan penting juga seperti Parlimen Pekan dan Pagoh misalnya.

Walaupun hanya menang 140 kerusi pada pilihan raya umum lalu, BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkeyakinan mampu memperoleh kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kali ini seterusnya mempertahankan kuasa di Putrajaya.

Sementara pembangkang pula yang diwakili oleh Pas, PKR dan DAP yakin dapat menakluk Putrajaya kerana dasar-dasar yang dibawa dilihat memberikan kehidupan dan alternatif kepada rakyat Malaysia.

Sinar/-

Kecoh bom di mahkamah

Posted: 06 Apr 2013 02:09 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


kecoh bom di mahkamah

Kompleks Mahkamah Melaka kecoh seketika dengan berita bom palsu.
AYER KEROH - Kompleks Mahkamah Melaka di sini, terpaksa ditutup setelah timbul kekecohan apabila sebutir bom dikatakan terdapat di pekarangan kompleks itu pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Taja Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan hal berkenaan.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima panggilan jam 8.30 pagi oleh seorang lelaki menggunakan nombor tidak dapat dipastikan lagi kerana tidak tertera.

"Lelaki berkenaan memberitahu telah meletakkan bom di Kompleks Mahkamah Melaka sebelum mematikan talian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Raja Shahrom berkata, skuad pemusnah bom bersama-sama unit anjing pengesan (K9) kemudian bergegas ke lokasi."Bagaimanapun kami tidak menemui sebarang bom atau bahan letupan lain ketika pemeriksaan dilakukan sehingga jam 1 petang.

"Semua urusan di kompleks berkenaan berjalan seperti biasa bermula jam 2.45 petang selepas semua kakitangan, orang kena tuduh (OKT) dan pelawat diarahkan mengosongkan bangunan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Sementara itu, seorang kakitangan kompleks berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, dia dan rakan-rakannya diarahkan keluar dari perkarangan kompleks kira-kira jam 9.30 pagi.

"Saya yang datang semula pada jam 12 tengah hari tidak dibenarkan masuk ke kompleks oleh pengawal keselamatan dan jika saya tidak silap Ini merupakan kejadian kali kedua berlaku sejak tahun lalu," katanya.

Sinar/-

Wanita maut tercampak dari lori

Posted: 06 Apr 2013 02:07 AM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Wanita maut tercampak dari lori

Keadaan mayat mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.
NILAI – Seorang wanita maut di tempat akibat tercampak keluar daripada lori yang dipandu sendiri oleh suaminya, di Kilometer 45.5 Lebuhraya Elit arah utara, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Noor Asiah Abd Manap, 36, yang duduk di bahagian penumpang terpelanting, disebabkan berlaku pergeseran di antara lori yang dinaikinya dengan sebuah lori treler yang berhenti di bahagian kecemasan lebuh raya berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang, lori mangsa yang dipercayai datang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) itu, dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lagi lori yang sedang berhenti.

Menurutnya pemandu lori itu, Misri Mismi, 36, dan seorang lagi penumpang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

"Mayat mangsa yang dihantar ke HTJ juga telah dituntut oleh keluarga awal pagi semalam," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar/-

Kempen PRU13: BN mula perang siber

Posted: 05 Apr 2013 09:04 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kempen PRU13: BN mula perang siber

Sebahagian paparan laman khas yang membawa mesej "Bertindak Sekarang" dan menawarkan Kit Tindakan kepada penyokong BN.
PERANG siber Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bermula!

Tidak perlu terkejut apabila anda menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi "Salam 1Malaysia, Parlimen sudah dibubarkan. Pilihlah Malaysia. Undilah BARISAN NASIONAL".

Nampaknya perang siber ini sudah bermula awal walaupun tarikh penamaan calon dan hari pengundian belum pun diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hari penamaan calon dan pengundian hanyat akan diketahui Rabu ini.

Mengikut peraturan khas yang digariskan SPR, kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.

Ia bagi memastikan, pilihan raya berjalan lancar dan mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan Seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik pegawai penguat kuasa dan membentuk satu atau lebih pasukan-pasukan penguat kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu.

Laman web 1Malaysia yang memaparkan paparan Jom Bertindak juga sudah boleh diakses.

Di sebelah kanan, laman Sinar Harian Online sendiri, pengunjung boleh menyaksikan iklan Bersama Maju Ke Hadapan 1Malaysia. Ia bermula sejak kelmarin.

Klik sahaja di atas paparan iklan berkenaan akan terus mendapat akses kewww.1malaysia.com.my.

Selain memaparkan tranformasi dan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional, pelayar laman web berkenaan boleh mendaftarkan diri bagi mendapatkan Kit Tindakan.

Kit Tindakan ini mengandungi kelengkapan asas bagi membantu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

Antaranya ialah pen, pin kolar, pelekat kereta, buku panduan.

Tertera pada Kit Tindakan itu tulisan "Kita Sokong Najib Razak"

Dengan mengisi secara online maklumat diri, termasuk nombor kad pengenalan dan alamat tempat tinggal, mereka yang berdaftar akan dikirimkan Kit Tindakan ini.  

Semakan Sinar Harian Online di laman-laman web rasmi pembangkang buat masa ini belum menemukan sebarang kempen seumpama itu.

Sinar/-

Banjir kilat landa Georgetown

Posted: 05 Apr 2013 08:53 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


GEORGETOWN: Kebanyakan kawasan rendah di sekitar bandar raya ini dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam tadi. 

Jalan yang terjejas kebanyakannya jalan utama menyebabkan beribu kenderaan terbabit dalam kesesakan lalu lintas. 



Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan P Ramlee yang dinaiki air sehinga ke paras dada. 

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mengelak menggunakan Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland, Jalan Air Itam, Jalan Terengganu dan sebahagian Jalan Perak.

Berita Harian/-

PRU13: PAS Perak isytihar calon 9 April

Posted: 05 Apr 2013 08:30 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


IPOH: PAS Perak akan mengsiytiharkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan  raya Umum ke-13 (PRU13) nanti pada 9 April ini.


Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pengisytiharan tersebut akan dibuat dalam satu majlis di Pasir Panjang, Manjung.

Katanya, setakat ini proses pemilihan calon sudah selesai 100 peratus dan tidak ada sebarang masalah yang timbul.

"Pemilihan calon selesai tanpa sebarang masalah dan jika tidak ada aral yang melintang PAS Perak akan mengisytiharkan pada 9 April ini di Pasir Panjang, Lumut," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak.

Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar menggesa semua ahli serta penyokong PAS dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihanraya.

Katanya, dalam masa yang ada ini, semua pihak berperanan besar untuk membantu menarik sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Semua ahli juga, katanya hendaklah sentiasa bersama-sama rakyat dan berusaha memberi kefahaman yang jelas tentang perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah di Negara ini.

Ujarnya, manifesto yang ditawarkan hendaklah disebar luaskan kepada semua masyarakat pelbagai khususnya golongan atas pagar dan orang Umno.

"Yang diberi amanah hendaklah bekerja lebih kuat manakala yang tidak berjawatan juga mempunyai tanggungjawab besar untuk menyampaikan mesej dan maklumat kepada masyarakat," jelasnya lagi.

Dalam suasana pilihanraya ini, beliau meminta supaya semua ahli dan pendokong mendekatkan diri kepada Allah dengan mengadakan munajat dan solat hajat kepada Allah agar memberi perlindungan kepada semua jentera.

"Semua ahli PAS juga diseru mengadakan qunut nazilah dan solat hajat supaya Allah jauhkan diri kita daripada sebarang ancaman, kezaliman dan pihak yang berusaha untuk melakukan huru-hara dan penganiayaan," jelasnya.

Harakahdaily/-

Tempoh 'berpantang' dari media arus perdana

Posted: 05 Apr 2013 08:26 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


TEMERLOH: Rakyat Malaysia digesa agar 'berpantang' dari mengikuti berita arus perdana khsusnya saluran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Media Prima sepanjang tempoh pilihan raya ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar berkata, ini kerana media berkenaan kini sepenuhnya menjadi media propaganda yang berkempen untuk BN.

Ianyanya termasuk juga media cetak lain seperti Utusan Malaysia dan lain-lain yang sejak sekian lama berkempen untuk BN.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan berita yang disajikan oleh media berkenaan, kini sepenuhnya dikendalikan oleh pasukan gerak saraf BN.

Menurutnya, rakyat biasa wajar menolak media berkenaan yang bertopengkan media bebas tetapi sebenarnya dikuasai sepenuhnya oleh BN.

"Rakyat wajar tidak memperdulikan media propaganda ini untuk tempoh kempen pilihan raya ini sahaja kerana selepas itu ia akan kembali seperti biasa," katanya.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi ruang kepada perti-parti politik yang bertanding pada PRU13 untuk membentangkan manifesto mereka di saluran RTM.

Bagaimanapun, kerajaan mengenakan syarat bahawa ianya akan dibuat secara rakaman dan akan diedit mengikut kesesuaian kerajaan untuk siaran hanya 10 minit.

Ekoran syarat itu, Pakatan Rakyat berpendapat pelawaan kerajaan itu tidak ikhlas dan hanya sebagai cuba menunjukkan kerajaan BN mengamalkan prinsip kebebasan media kepada mata dunia.

Sehubungan itu, semua parti dalam Pakatan Rakyat menolak pelawaan tersebut.

Harakahdaily/-

Kemunculan selesema burung di China dijangka naikkan pasaran getah

Posted: 05 Apr 2013 08:21 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR — Kemunculan selesema burung di China dijangka menaikkan pasaran getah pada minggu depan, kata seorang peniaga.
Katanya permintaan mendapatkan sarung tangan getah penjagaan kesihatan akan meningkat berikutan kemunculan penyakit itu.

"Kemunculan mana-mana penyakit yang menular akan memberi tekanan besar pada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sekali gus meningkatkan permintaan mendapatkan sarung tangan getah," katanya.
Katanya pasaran getah Malaysia akan turut menjejaki pergerakan harga getah di Bursa Komoditi Tokyo pada minggu depan.
Berasaskan minggu ke minggu, harga rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 57.5 sen kepada 787 sen sekg pada Jumaat berbanding 844.5 sen sekg pada Khamis minggu lepas.
Pasaran getah ditutup pada Jumaat lepas berikutan cuti Good Friday. Harga lateks pukal turun 21.5 sen kepada 595 sen sekg berbanding 616.5 sen sekg.
Harga penutup penjual tidak rasmi bagi gred tayar SMR20 turun 68 sen kepada 764 sen sekg berbanding 832 sen sekg minggu lepas manakala harga lateks pukal turun 24 sen kepada 591.5 sen sekg berbanding 615.5 sen sekg sebelum ini. — Bernama

Gempa 5.8 magnitud gegar sempadan China-Russia

Posted: 05 Apr 2013 08:20 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


BEIJING: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda sempadan China-Russia kira-kira jam 8.29 pagi (waktu tempatan Beijing), demikian menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Menurut agensi berita tempatan Xinhua, gempa berlaku pada kedudukan 42.8 darjah latitud utara dan 131.1 darjah longitud timur manakala pusat gempa dicatatkan berlaku pada kedalaman 570 kilometer. 



Ia berlaku kira-kira sembilan kilometer di sempadan China dan kira-kira 60 kilometer di bandar Huichun, timur laut wilayah Jilin. 

Gempa berukuran 6.5 magnitud turut melanda kawasan sama jam 9 malam semalam waktu tempatan.

Tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini. - BERNAMA

MB Kedah sifatkan insiden jatuh ‘petanda baik’

Posted: 05 Apr 2013 08:15 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Azizan Abdul Razak

Azizan
ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali sakit selepas jatuh kelmarin di Kuala Lumpur, terjawab apabila beliau kelihatan sihat ketika hadir di Istana Anak Bukit bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dun Kedah.

Beberapa akhbar dan blog kelmarin melaporkan, mengenai Azizan dikatakan jatuh ketika menuruni anak tangga selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di Petaling Jaya.

Malah ada yang mendakwa Azizan kini nazak dan kembali sakit sejurus kejadian itu.

Azizan ketika ditanya perkara itu sebaliknya hanya ketawa kecil, sambil menyifatkan 'itu petanda baik'.

"Orang nak menang pilihan raya memang macam tu, pijak anak tangga kedua terus, langkau satu anak tangga," katanya.

Menurutnya, beliau tergelincir kerana anak tangga itu diperbuat daripada batu marble, menyebabkan pandangannya terganggu.

"Saya tergelincir sahaja. Kereta empat tayar pun boleh terbalik, takkan manusia dua kaki jatuh pun jadi isu. Saya tidak biasa dengan tempat tu, nampak sahaja kereta, terus pijak langkau anak tangga. Ada pula tulis saya pengsan, tak betul tu," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Azizan menuruni tangga ibu pejabat PKR menuju ke kenderaannya tetapi tiba-tiba tersadung sesuatu lalu hampir terjatuh.

Sinar/-

Hangus sekelip mata

Posted: 05 Apr 2013 08:13 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Hangus sekelip mata

Pihak bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran daripada terus merebak ke rumah-rumah.
Hangus sekelip mata

Rumah yang hanya tinggal arang sahaja.
Hangus sekelip mata

Zaituni bersama anak-anaknya tidak dapat menahan sebak melihat rumah mereka terbakar.
Hangus sekelip mata

Api yang masih lagi marak di rumah salah seorang mangsa.
KUANTAN – Sebanyak lapan buah rumah termasuk kedai dan sebiji kereta kancil musnah sekelip mata dalam kejadian kebakaran di Kampung Haji Ali Batu 6,Jalan Gambang di sini kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, seorang ibu hamil empat bulan, Zaituni Radimus Ali Ahmad, 40, cemas mencari anak bongsunya yang ditinggalkan di rumah jiran sebelah yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.

"Sejurus dimaklumkan rumah kami terbakar, tiada apa yang terbayang di minda saya melainkan keselamatan dan nyawa anak bongsu, Mohd Haikal Mohd Saipul, 6 yang ditinggalkan bersama jiran kerana saya pagi itu daya pergi ke Klinik Kesihatan Jaya Gading untuk melakukan pemeriksaan di sana.

"Sebaik sahaja sampai, saya bertambah panik apabila melihat asap dan api yang marak serta pada masa yang sama saya masih belum menemui Mohd Haikal. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu," kata Zaituni yang berasal dari Indonesia.

Ibu enam anak ini berkata, ketika kejadian suaminya, Mohd Sipul Mohd Nor, 31 tiada di rumah kerana bekerja sebagai pemandu lori di Kemaman, Terengganu, manakala tiga anaknya bersekolah selebihnya sedang bekerja.

Lebih menyedihkan, salah seorang anak Zaituni, Nor Aliza Ramidus,17 yang baru sahaja memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam SPM tidak sempat menyelamatkan sijilnya itu yang turut menjadi abu.

Dalam kejadian membabitkan lapan buah rumah itu, tiga daripadanya dan sebuah kedai makan serta sebuah kereta Perodua Kancil dijilat api menyebabkan semua penghuninya tinggal sehelai sepinggang.


Hanya tinggal arang

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Omar Yaakob, 56 berkata ketika kejadian dia berada di luar bersarapan bersama keluarga dan bergegas pulang sejurus dimaklumkan rumah mereka terbakar.

"Sebaik sahaja sampai, saya lihat rumah saya hanya tinggal arang sahaja, tiada satu barang pun yang sempat diselamatkan.

"Sudah hampir 40 tahun saya tinggal di sini, bukan sahaja rumah yang terbakar, segala kenangan lama saya juga musnah dijilat api menyebabkan saya kini tinggal sehelai sepinggang.

"Selain itu, saya baru sahaja mengemas bilik untuk menyambut kepulangan cucu baru ke rumah ini, namun semua persiapan juga turut musnah," katanya.

Justeru, Omar berharap agar nasib kesemua mangsa kebakaran di sini mendapat perhatian segera daripada pihak atasan bagi memulakan hidup baru semula.

"Bermula hari ini, kami sudah tidak mempunyai apa-apa. Sudahlah tempat tinggal terbakar dan kini hanya boleh menumpang rumah saudara sahaja.

"Oleh itu, saya berharap agar kami masih boleh teruskan hidup untuk hari-hari yang mendatang dan kejadian hari ini hanya mimpi semata-mata untuk kami terus tabah," katanya.


Bomba ambil masa 45 minit

Sementara itu, Penguasa Bomba (Bahagian Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Alimaddia Bukir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 10.15 pagi sebelum membuat hebahan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas untuk meminta ke tempat kejadian.

"Bagaimanapun, kita dapati kebakaran terbabit merebak ke rumah berhampiran lalu mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Bandar Indera Mahkota dan Gebeng bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan 32 anggota dan lima jentera.

"Kita terpaksa mengambil masa selama 45 minit untuk mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran selain sempat menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan berada seorang diri di dalam rumah selepas ditinggalkan ibunya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, pihaknya akan meminta bantuan daripada Bahagian Penyiasatan Kebakaran negeri (BPK) untuk membuat pemeriksaan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran yang didakwa api mula merebak melalui salah sebuah rumah penduduk.

Katanya, siasatan awal mendapati, faktor cuaca yang panas serta angin turut dipercayai menjadi salah satu penyumbang berlakunya kebakaran berkenaan sehingga memusnahkan lapan buah rumah termasuk kedai dan sebuah kereta Perodua Kancil tidak sempat diselamatkan.

Alimaddia berkata, bagaimanapun, jumlah kerugian setakat ini berkemungkinan dianggarkan lebih daripada RM100,000 namun siasatan akan terus dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian.

Sinar/-

Zaid jelaskan kenapa Melayu mesti undi Pakatan

Posted: 05 Apr 2013 08:11 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

"Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka peluang?" kata Zaid.

Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa.

"Parti pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai berbanding BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya.

Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan layak diberikan peluang.

"Apa yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang lebih baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis dan tentera.

"Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi.

Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang.

"Jika pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang, anda akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana yang mereka janji.

"Wang dan projek hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang kuat, jika pembangkang lemah, tentu anda tidak akan mendapat BR1M 1 dan 2.

"Adalah jelas, jika anda mahukan lebih dari BN, anda undi pembangkang. Belajarlah menghargai undi anda untuk memperbaiki hidup anda," tegas Zaid.

Harakahdaily/-

50 jam siapkan kasut berlian

Posted: 05 Apr 2013 06:39 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


50 jam siapkan kasut berlian

Kepuasan terpancar di wajah Wilson dan Hutchings ketika lelongan kasut berlian di New Zealand.
50 jam siapkan kasut berlian

Ratusan berlian digunakan untuk menyaluti sepasang kasut.
Sepasang kasut bertumit tinggi bertatahkan berlian asli bernilai £276,000 (RM1.3 juta) muncul sebahagian aksesori wanita paling mahal di dunia.

Perekanya, Kathryn Wilson berasal dari New Zealand berkata, penghasilan kasut berlian itu diilhamkan oleh Pengarah Auckland's Orsini Fine Jewellery, Sarah Hutchings dengan menyediakan berlian bermutu kepadanya.

"Proses menyiapkan sepasang kasut ini memerlukan ketelitian bagi mengelakkan berlian bercalar atau tertanggal," katanya yang dipetik dari laporan MailOnline

Wilson berkata, impiannya untuk menghasilkan kasut idaman jutaan wanita menerusi kisah dongeng Cinderella akhirnya tercapai.

"Saya terpaksa menghabiskan lebih 50 jam semata-mata mahu menghasilkan sepasang kasut eksklusif ini yang menggunakan lebih 21.18 karat berlian, labuci dan perhiasan lain yang bermutu," katanya.

Bagaimanapun, kasut paling cantik dan mahal itu sebenarnya dihasilkan khusus untuk majlis lelongan amal di Ronald McDonald, New Zealand dan jumlah bidaan mencecah NZD$22,000 (RM57,000) bagi membantu keluarga miskin dan pesakit kronik.

Sinar/-

Abdul Ghani lawan Kit Siang?

Posted: 05 Apr 2013 06:28 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Abdul Ghani Othman

Abdul Ghani Othman
LEDANG - "Tak mau, tak mau...nantilah," kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang enggan mengulas lanjut ketika ditanya spekulasi beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13.

Beliau kemudian meninggalkan pihak media sebelum masuk menunaikan solat Jumaat di Masjid  Batu 18, Sengkang, Bukit Gambir  dekat sini, semalam.

Terdahulu kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, Abdul Ghani melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sengkang dan PDM Parit Babok,  diiringi bekas Ahli Parlimen Ledang, Ir  Hamim Samuri dan Ketua Pemuda Umno  Ledang, Zaidi Abd. Majid.

Kelmarin, akhbar tempatan melaporkan beberapa pemimpin Umno di peringkat negeri mencadangkan Abdul Ghani bertanding di Parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Abdul Ghani dikatakan sebagai calon paling sesuai untuk bertanding di kawasan  itu yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia yang dibangunkan dan dilancarkan semasa di bawah pentadbirannya.

Di Skudai, MCA seakan memberi laluan malah tidak menolak kemungkinan Abdul Ghani bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi lek berkata, belum ada sebarang keputusan mengenai isu pertukaran kerusi di Parlimen milik MCA itu diperbincangkan.

"Perbincangan di kalangan pemimpin komponen BN akan diadakan, keutamaan kita adalah untuk menang dan mampu pertahankan kerusi yang disandang.

"Kita yakin pengundi mahukan calon yang mempunyai rekod yang baik. Abdul Ghani mempunyai 'track record' yang terbukti sebagai menteri besar yang diterima oleh semua kaum," katanya.

Soi Lek menggesa masyarakat negeri ini khususnya di Gelang Patah agar tidak terpedaya dengan hasutan pembangkang seterusnya memberi sokongan terhadap calon BN dengan berpegang kepada semangat gagasan 1 Malaysia.

"Berdasarkan ramalan DAP, mereka yakin mampu memperolehi 85 peratus sokongan kaum Cina kerana jumlahnya di Parlimen Gelang Patah telah mencecah lebih 53 peratus. DAP sudah memperolehi 45 peratus undi daripada masyarakat Tiong Hua.

"Untuk menang di Gelang Patah, DAP berpendapat hanya memerlukan lima peratus daripada sokongan kaum Melayu dan India. Bagi memperolehi undi pengundi Melayu mereka mengharap Pas," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang keputusan berhubung isu calon hanya akan diputuskan di peringkat Pusat.

"Saya enggan ulas, sama ada ia benar Abdul Ghani bertanding di peringkat Parlimen sekali gus ke federal. Biar pucuk pimpinan Pusat tentukan," katanya.

Sinar/-

Rejim Israel semakin biadab

Posted: 05 Apr 2013 06:03 PM PDT

25 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Rejim Israel semakin biadab

Ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumian Amer Nasser serta Naji Balbisi di Anbata, Tebing Barat, kelmarin.
Rejim Israel semakin biadab

Ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumian Abu Hamdiyeh di Hebron. Gambar kecil: Abbas.
RAMALLAH - Presiden Palestin, kelmarin menegaskan Israel semakin biadab dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketegangan di Tebing Barat.

Mahmoud Abbas berkata, rejim Zionis seperti sengaja mencetuskan huru-hara di wilayah Palestin dengan tindakan membunuh dua penunjuk perasaan di Tulkram, Rabu lalu.

"Israel mahu menggugat keselamatan di Palestin dengan cara menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan walaupun protes itu dilakukan secara aman. Ia sememangnya tidak boleh diterima," jelasnya yang dipetik dari laporan AP.

Abbas memaklumkan beliau menangguhkan secara sementara tindakan sebelah pihak yang akan diambil ke atas Israel bagi memberi peluang kepada rundingan damai antara kedua-dua negara tersebut.

Palestin memberikan tempoh selama dua bulan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry untuk memastikan usaha itu berjaya kerana beliau dijangka mengadakan mesyuarat untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Difahamkan, sepanjang masa itu, kepimpinan Palestin tidak akan membuat tuntutan baru kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Mereka turut memberi amaran, jika Israel gagal untuk menghentikan projek penempatan haram Yahudi, Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak teragak-agak untuk mengambil langkah seterusnya.

"Projek pembangunan E1 jelas melangkaui garis sempadan yang dilihat sebagai punca utama kegagalan penyelesaian politik dua negara ini," jelasnya.  
   
Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes besar-besaran selepas menghadiri pengebumian dua remaja yang ditembak mati selepas mereka melempar bom  petrol ke arah tentera rejim Zionis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan keadaan kembali reda menjelang malam.

Sehari sebelum itu, kira-kira 4,500 tahan Palestin juga nekad mogok lapar selama tiga hari dalam protes terbaru susulan daripada insiden kematian Maysara Abu Hamdiyeh, 64, yang meninggal dunia akibat barah tekak.

Sejak Selasa lalu, penduduk Palestin mengadakan demonstrasi mengutuk tindakan sambil lewa Israel kerana tidak memberikan rawatan sepatutnya kepada Abu Hamdiyeh walaupun mereka sedar keadaan kesihatannya semakin buruk.

Sinar/-

Nuffnang