Ahad, 28 April 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


In Perak, Pakatan sees victory in increased rural Chinese support

Posted: 28 Apr 2013 06:24 PM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Insentif Pelajar Cemerlang & Anugerah Kampung Keceriaan

Posted: 28 Apr 2013 03:46 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Pas Berkawan Dengan DAP menolak UMNO: DAP belum Islam, UMNO islam

Posted: 28 Apr 2013 09:56 AM PDT

Untuk membuat keputusan, antara lain kita perlukan semua maklumat pros dan kontra, kebaikan dan keburukan, kekuatan dan kelemahan sesuatu isu atau perkara. Di bincangkan di bawah isu yang dalam bahasa arabnya tahalluf siyasi atau dalam bahasa pasarnya PAS  "berkawan" dengan DAP, menolak perpaduan dan persahabatan UMNO. Diberikan dalil akal atau logik serta dalil Alquran serta sunnah . oleh Ust Nasruddin Hassan. Juga di sertakan video ucapan Al Fadhil Ust Abdullah Saamah serta Khutbah Ust Fathul Bari tentang perpaduan dari perspektif UMNO dan Islam.


Kenapa Pas Tolak UMNO Tapi Berkawan Dengan DAP


 Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS boleh berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno yang majoriti ahlinya beragama Islam ( ahli UMNO dari Sabah dan Sarawak belum Muslim) . Di bawah disenaraikan sebab-sebab utama:


1) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam. Banyak nas Al Quran dan Hadith.

2) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat hingga menghakis kekuatan umat Islam di negara ini contohnya, penghapusan tulisan jawi, sistem pendidikan barat, membiarkan gejala sosial di kalangan umat Islam.


 3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? Arahan siapa? SINI

 4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan seperti pengambilan tanah untuk pembangunan dan surau dibina atas tanah setinggan seperti yang berlaku di Kg Berembang Selangor, pemusnahan Masjid Darul Makmur Kijal Trengganu









 5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

 6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.



 7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

 8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

 9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.


11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung



12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah. SINI

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­ BN seperti menafikan royalti, bantuan per kapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

 15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

 16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 &153 Perlembagaan Persekutuan  dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.


Sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab kenapa PAS mengutamakan DAP dalam menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Sejak kerjasama PAS dan DAP menjadi realiti, Umno dan BN dilihat bersungguh-sungguh menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

Umno dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat Melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat Melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihan raya kecil.

Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul secara adil, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada Umno dan BN lalu memenangi pilihan raya secara gentleman. Malangnya demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh Umno dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya umat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul SAW bertindak melalui sirah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekali gus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin (rahmat - naungan kasih buat seluruh alam).

Antara tindakan bestari Baginda Rasul SAW ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non-Muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan nenentang kezaliman :

Hilful Mutaiyyibin


Nabi Muhammad SAW pernah menjelaskan mengenai Tahaluf ini sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud, "Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian (tahaluf) al-mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali." (riwayatkan Imam Ahmad di dalam al Musnad Jil 1. hlmn 190-193)

Perjanjian atau kerjasama (tahaluf) ini wujud apabila timbul persengketaan dalam kalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam-zam. Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama (tahaluf) untuk tidak merampas hak masing-masing.

Hilful Fudhul


Urutan Perjanjian Mutayyibin, Perjanjian atau kerjasama "fudhul" dimeterai untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah. Sama ada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah, juga kepada orang-orang asing yang berurusan di Kota Makkah. Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dalam kalangan mereka.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an, adanya satu perjanjian atau kerjasama - fudhul - yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah. Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam, maka aku akan menyetujuinya."

Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq. Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan (tadlis) di sini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al-Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik-baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dalam kalangan bangsa Arab. Ia tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al-Ashi bin Wai'l, seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya.

Mengenai kisah Hilful Fudhul ini, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :

Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya diceroboh pencuri (waliyazubillah - sebagai contoh). Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134,000. Pencurinya seorang perempuan tetapi lariannya ligat dan pantas, lalu saya berteriak, "Tolong! Tolong! Perempuan itu curi wang saya!" Tiba - tiba jiran - jiran saya yang seorang India beragama Hindu namanya Balendran (sekadar contoh) dan juga orang Cina beragama Kristian namanya Vincent (sekadar contoh), malah ramai lagi jiran saya turut keluar mengejar pencuri tersebut sekalipun mereka terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa-rupanya bulan lepas rumah mereka juga diceroboh oleh pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100,000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama-sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul di hadapan rumah saya di Jalan Raja Laut (sekadar contoh), lalu mereka melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendatipun saya seorang Muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non-Muslim, Islam membenarkan saya memeterai perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM134,000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba-tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non-Muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, India dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

Kenapa Umno dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula dengan Umno sendiri yang berselimut TOTO dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab yang diterjemahkan sebagai, "Dia pukul aku dia yang menangis, dia fitnah aku dia yang mengadu."

Begitu juga orang tua-tua pernah bisik pada saya, Umno ini "Bagai paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Tetapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai Umno ini. Kata mereka, "Paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga".

Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka? Bukankah Umno menjadi alat dan binatang tunggangan dalam Barisan Nasional?

Umno pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang satu ketika dahulu, tetapi malangnya Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain? — www.harakahdaily.net


Ust Fathul Bari
Wujud jurang yang besar antara ilmu dan amalan. Adakah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin UMNO bukan maksiat? Bukankah membela kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin UMNO merupakan satu bentuk asobiyyah?






HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM MASAKINI


Penghargaan: Ust Nasruddin Hassan, http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kerjasama-pas-dan-dap-suatu-penjelasan-nasruddin-hassan/


Time For Change, http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18753-kenapa-pas-berkawan-dengan-dap-tolak-umno

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Nie Ching's Campaign Schedule on Monday (29 April 2013) 张念群星期一竞选活动日程

Posted: 28 Apr 2013 06:28 PM PDT

Jadual Program Hari Isnin 29.4.2013 / Schedule for Monday, 29.4.2013 / 念群在古来,全民一起来!以下是张念群的全日行程:


7:30am - Walkabout @ Batu 26 Pasar Pagi
12:00 - pmWalkabout @ Indahpura. Gather at Indahpura Tea Garden
6:00pm -Walkabout @ Batu 26 Pasar Malam
8:00pm -Ceramah @ Stulang, Jalan Sagu 31, Tebrau


Anda boleh mengenali Saudari Teo Nie Ching dengan lebih lanjut menerusi laman facebook beliau di www.facebook.com/TeoNieChing

(More......)

[30 April, Tuesday - 8pm] Ceramah Perdana Pakatan Rakyat at Kelapa Sawit

Posted: 28 Apr 2013 06:28 AM PDT

万勿错过! 大型政治讲座会!Ceramah Perdana
日期/Tarikh: 30 April 2013, Selasa
时间/Masa: 8pm
地点/Lokasi:古来沙威洪仙大帝庙路 S42, Jalan Tokong, Kelapa Sawit, Kulai
主讲人:林吉祥,张念群,丘光耀
Penceramah: Lim Kit Siang, Teo Nie Ching, Hew Kuan Yau



Anda boleh mengenali Saudari Teo Nie Ching dengan lebih lanjut menerusi laman facebook beliau di www.facebook.com/TeoNieChing

(More......)

[Youtube] Teo Nie Ching's Speech at Bukit Batu on 26 April 2013

Posted: 28 Apr 2013 02:55 AM PDT

DAP's candidate for Kulai parliamentary seat Saudari Teo Nie Ching delivered a speech on 26th April 2013 at Bukit Batu, Johor.

(More......)

[28 Apr 2013] Walkabout @ Pasar Lama Kulai

Posted: 28 Apr 2013 01:45 AM PDT



Anda boleh mengenali Saudari Teo Nie Ching dengan lebih lanjut menerusi laman facebook beliau di www.facebook.com/TeoNieChing

(More......)

[28 April Ahad - 9pm] Ceramah Pakatan Rakyat di Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota

Posted: 28 Apr 2013 01:15 AM PDT

Jadual ceramah calon DAP untuk kawasan parlimen Serdang pada malam ini(AHAD 28/4/2013):

Lokasi: Padang Bola Sepak Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota
Tarikh dan masa: 9:00 pm malam ini
Tetamu Khas: Dr Ong Kian Ming (Calon parlimen Serdang P102),Ustaz Shafie Ngah (CALON N26 BANGI), Ustaz Nami Abdul Karim, Bob Lokman (Artis)

请‘分享’以让更多沙登行动党,民联支持者知道!Mohon 'Like', 'Share' dan sebarkan kepada semua kawan, ahli keluarga dan pengundi di Serdang! Terima kasih!



(More......)

[28 Apr 2013] Nie Ching melawat Kuil Tamil di Batu 19

Posted: 27 Apr 2013 10:40 PM PDT


Anda boleh mengenali Saudari Teo Nie Ching dengan lebih lanjut menerusi laman facebook beliau di www.facebook.com/TeoNieChing

(More......)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Farrakhan on “REGIME CHANGE” by Anonymous

Posted: 27 Apr 2013 12:25 PM PDT

Why dont YOU keep away from this blog. Nobody forced you to come here. When you visit someone’s house and you find it not to your liking, you leave. You don’t ask the owner to leave. That’s rude

Comment on Farrakhan on “REGIME CHANGE” by wee can fart

Posted: 27 Apr 2013 04:59 AM PDT

bravo YB well said. I agree withyour statement of freedom of expression. who the hell is Simon Lim to say no to someone who has served the country. Hei Bro Simon, please comment somewhere else lah.

Khalid Samad

Khalid Samad


Video: DAP Menguasai PAS

Posted: 27 Apr 2013 06:30 PM PDT


Video ihsan TVDPPSA

-Pejabat YB Khalid Samad-

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kubu kuat Umno boleh roboh

Posted: 28 Apr 2013 06:39 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PAS bakal melakar sejarah di Kuala Kangsar berikutan kerja kuat daripada seluruh petugas parti dan ahli serta pertolongan daripada Allah.
KUALA KANGSAR: Parlimen Kuala Kangsar, kubu kuat Umno selama ini, kini menjadi lemah dan kubu itu boleh dirobohkan, menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Calon PAS Khalil Idham Lim berkata, PAS bakal melakar sejarah di kawasan itu berikutan kerja kuat daripada seluruh petugas parti dan ahli serta pertolongan daripada Allah.
Sambil melahirkan keyakinan untuk memenangi kerusi itu, beliau berkata, insya'Allah PAS boleh bertapak di kawasan itu tambahan pula berlaku pepecahan dalam Umno berikutan tindakan Datuk Kamalia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas.
"Namun PAS perlu kepada kekuatan tersendiri untuk menang, bukannya kemenangan itu atas dasar lemahnya Umno-Barisan Nasional, jelas beliau, dipetik dari harakahdaily.
Datuk Kamalia kecewa dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak memberi kerusi Parlimen itu untuk bertanding tetapi sebaliknya beliau diberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, di Perak.
Beliau yang juga naib ketua wanita Umno menyifatkan tindakan Najib ini sebagai satu penghinaan terhadap kaum wanita kerana usaha dan gerak kerja beliau selama ini dianggap seperti sampah.
Jambatan Manong
Pada PRU kali ini, Khalil Idham mengutarakan lima tawaran kepada para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, pertamanya berhubung pembinaan Jambatan Manong ke Seberang Manong yang sehingga kini sudah tiga kali diadakan majlis pecah tanah, jambatan tidak juga siap.
"Saya berjanji dalam masa setahun, saya akan tahu jawapannya bagi meneruskan pembinaan jambatan tersebut," katanya.
Kedua, berhubung pengangkutan awam yang digunakan untuk orang ramai dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang sekarang ini begitu daif dan uzur akan digantikan dengan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak.
"Kita akan usahakan bas yang lebih baru dan selesa kepada rakyat bagi laluan Kuala Kangsar ke Simpang Tiga Beruas," ujar beliau.
Menurutnya dengan bantuan dari kementerian dan agensi yang berkaitan beliau akan usahakan bas yang lebih selesa kepada masyarakat di kalangan pelajar, ibu tunggal dan berbagai lapisan masyarakat yang menggunakan bas itu.
Sebelum ini beliau pernah mendedahkan bagaimana daifnya bas yang digunakan di kawasan itu dan beliau sendiri telah menaiki bas syarikat tersebut yang disifatkan terlalu uzur dan merbahayakan penumpang terutama pelajar sekolah.
"Bas tersebut sudah berusia 50 tahun dan selayaknya sudah berada di muzium," katanya.
Beliau turut menyentuh penempatan di dua kampung iaitu Kampung Baru Jerlun dan Kampung Tersusun Senggang yang sehingga kini penghuninya tidak mendapat hak milik kekal.
Dalam manifesto Pakatan Rakyat telah dinyatakan untuk memberikan geran tanah kekal untuk Kampung Tersusun dan Kampung Baru, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menunaikan janjinya, kata beliau.
Menurut beliau Kampung Baru Jerlun didiami kaum Cina, manakala di Kampung Tersusun Senggang dihuni oleh orang Melayu.
Status tanah
"Terdapat 112 lot tanah yang didiami oleh orang Melayu di Kampung Tersusun Senggang yang hingga kini tidak apa apa status tanah, bila berlaku kematian, menjadi masalah kepada pewaris kerana tanah itu tidak ada apa apa status tanah.
"Begitu juga terdapatnya penempatan kecil orang Melayu, Cina dan India yang tinggal di rezab sungai dan jalanraya, kita akan menyelesaikan massalah ini nanti bila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih negeri ini," katanya lagi.
Tawaran keempat yang ditengahkan kepada pengundi di sini ialah beliau mahu menyelesaikan masalah perparitan yang serius di Kampung Bendang Kering.
Pada tahun 2007, jelasnya kerajaan telah membina longkang bagi menyelesaikan masalah perparitan di kampung tersebut, tetapi longkang tersebut tidak cukup besar dan panjang, sekarang ini longkang tersebut ada yang sudah pecah dan runtuh.
"Sistem perparitan di sini akan kita perbetulkaan balik bila Pakatan Rakyat berkuasa nanti," ujar beliau.
Katanya lagi, tawaran terakhir berhubung industri Labu Sayung yang ada sekarang akan ditingkatkan lagi menjadi lebih baik sejajar dengan perkembangan semasa demi mempertingkatkan industri tersebut, katanya.
Pada PRU12 calon BN, Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berjaya mengalahkan calon PAS, Dr Khairudin Datuk Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi.
Kali ini, Khalil Idham akan menghadapi pertandingan tiga penjuru. Selain Datuk Kamalia, beliau berdepan cabaran daripada calon BN, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Beliau dilihat mampu menarik para pengundi Cina di kawasan itu memandangkan beliau keturunan Cina dan boleh berinteraksi dengan mereka, ini satu kelebihan kepada beliau.
Jumlah pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar ialah 33,607 orang di mana pengundi Melayu berjumlah 67.96 peratus, Cina (23.94%), India (6.96%) dan lain-lain (1.14%).
FMT/-

Kalau saya balik Kelantan, Tun balik Kedah - Husam

Posted: 28 Apr 2013 06:33 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di Putrajaya.

Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana masalah di negeri itu masih tidak selesai.

"Saya datang ke sini bukan sebagai orang Kelantan tetapi, sebagai rakyat Malaysia," tegas Husam dalam sidang medianya lewat petang tadi.

Malah Husam turut membidas Tun Mahathir yang wajar pulang ke Kedah negeri asalnya manakala Datuk Najib Tun Razak pula kembali ke Pahang.

"Kalau saya kena balik Kelantan, Tun pun kena balik Kedah, Datuk Najib kena balik Pahang. Kalau semua orang kena balik negeri masing-masing, jadi tidak ada orang yang hendak bertanding di sini.

"Tengku Adnan sendiri, dia rasa dia orang tempatan, tetapi dia bukan orang tempatan dia daripada Melaka, rumah dia di Jalan Duta, itupun dia ada rumah di sini. Kalau saya menang esok, saya sewa rumah di sini tidak jadi masalah," ujar Husam.

Dalam ceramah umum 'Pertahankan Putrajaya' di sini semalam Tun Mahathir menyuruh Husam kembali ke Kelantan dan memperbetulkan negeri itu dengan membina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam sehingga berjaya.

Apabila berjaya, kata Tun Mahathir, Husam boleh minta diberi peluang bekerja di Putrajaya tetapi bukanlah sebagai Perdanan Menteri.

Harakahdaily/-

Sanggup habis duit sendiri bina markas PAS – Gemuk

Posted: 28 Apr 2013 06:31 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Gemuk bersama Anuar Tan.

KUALA KRAI: "Kami sanggup menghabiskan duit poket sendiri untuk mewujudkan pos kempen Pakatan Rakyat di bandar ini," kata Gemuk yang menjaga pos di Bandar Lama Kuala Krai.


Chiam Peng Leng berkata, beliau dan rakan-rakan mengumpulkan sebanyak RM1,500 bagi menyewa sebuah kedai berhadapan pasar raya Econjaya.


Penyelaras markas kempen di Bandar Lama Kuala Krai itu memberitahu dana dikumpul sesama masyarakat Cina. 


"Selain untuk bayaran sewa kedai, dana itu untuk membayar bil air dan elektrik," katanya ketika ditemui malam tadi sempena ceramah bersama calon Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Krai.


Hadir sama anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, calon parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, calon Dun Guchil, Ruslan Puteh, calon Dun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dan calon Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah. 


Penduduk tempatan sebahagian besar masyarakat Cina memenuhi ruang hadapan pentas mengikuti ceramah tersebut. Sekali sekala mereka bertepuk tangan tanda setuju apa yang dihujah penceramah.


Warga emas masyarakat Cina juga tidak ketinggalan mengikuti ceramah tersebut. Mereka tidak berganjak sehingga ceramah berakhir jam 11 malam.


Sebelum itu orang ramai yang hadir dipertonton persembahan tarian singa sekumpulan anak-anak muda Cina dan India.


Gemuk berkata, di kawasan parlimen Kuala Krai ada lima pos yang dibina masyarakat Cina juga atas inisiatif mereka sendiri. Mereka mahu mempertahankan kerajaan Kelantan dan menawan Putrajaya.


"Kami berusaha sendiri mewujudkan markas kempen PAS dan PKR di kawasan bandar yang dihuni ramai penduduk Cina.


"Setiap malam kami pasang video ceramah pemimpin-pemimpin PAS dan PKR bagi mendedahkan pelbagai isu kepada orang ramai," ujarnya.


Katanya, mereka juga merasa bertanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Kelantan yang ada sekarang dan berusaha untuk melebarkan pengaruh Pakatan ke Putrajaya.

Menurut beliau juga sambutan masyarakat Cina begitu menggalakkan sekali di mana setiap malam mereka datang memberi sokongan dan mendengar VCD yang dipasang.

Harakahdaily/-

Umno peralat guru ugut ibu bapa pelajar

Posted: 28 Apr 2013 06:20 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

TANAH MERAH: Seorang ibu, Zaiton Yazid, 40 dari Kampung Cermin, Dun Gual Ipoh mendakwa seramai empat guru datang ke rumahnya baru-baru ini bagi merayu supaya mengundi calon BN.


Katanya, guru-guru terbabit tanpa segan silu memintanya supaya memangkah BN.


"Mereka meminta saya pangkah BN, sekiranya tidak pangkah, buku teks anak saya akan ditarik balik. Selain itu bantuan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga tidak akan diberi.


"Saya terkejut kerana guru-guru datang berkempen bagi pihak calon BN di Gual Ipoh yang juga bekas guru," katanya ketika ditemui semalam.


Umno Kelantan sekarang ternyata semakin gelabah apabila terpaksa mengerahkan kakitangan kerajaan pusat bagi membantu kempen mereka.


Hampir setiap malam kita boleh melihat kenderaan milik Jabatan Penerangan keluar masuk kampung. Manakala pada sebelah siang beberapa lagi agensi pusat datang menemui penduduk.

Antara yang sering dilihat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kesedar, Kemas, Jasa dan pelbagai lagi.


Seorang lagi penduduk, Jamilah Kassim, 47 dari Kampung Hulu Kusial juga mendakwa didatangi seorang guru meminta supaya memangkah BN.


Katanya, dia juga mengugut akan mengeluarkan anaknya yang belajar di sebuah sekolah di Gual Ipoh sekiranya enggan menyokong calon BN.


Pada Febuari lalu sekumpulan penduduk Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa seorang guru yang juga pemimpin Umno tidak datang mengajar selama dua tahun.


Raja Ahmad Zulfakar Raja Man, 37 dari Kampung Bechah Laut, mendakwa Bakri Mustapha sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, tidak datang mengajar pada tahun lepas dan 2011.

Bakri merupakan Naib Ketua Bahagian Tanah Merah kini bertanding di Dun Gual Ipoh.

Harakahdaily/-

Najib tak setuju keputusan tinjauan Umcedel

Posted: 28 Apr 2013 06:19 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Najib Tun Razak

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak bersetuju dengan tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak bersetuju dengan tinjauan itu, kami ada tinjauan sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami mendahului," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai satu jamuan bersama 1,000 penduduk di Rawang, Selangor.

Beliau merujuk kepada tinjauan pusat demokrasi dan pilihan raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menyebut 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri, berbanding 39 peratus lagi yang berpendapat Najib lebih layak menjadi PM.

Beberapa orang tokoh akademik juga mempersoalkan keputusan tinjauan berkenaan dengan dakwaan bahawa saiz sampel 1,407 adalah terlalu kecil dan juga kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat.

Najib pula berkata beliau yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga di parlimen sekiranya parti itu tidak mengalami sabotaj dalaman.

Malaysiakini/-

Husam: Saya hanya ajak Dr M minum teh, bukan debat

Posted: 28 Apr 2013 02:12 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Datuk Husam Musa

Datuk Husam Musa
PUTRAJAYA - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini berkata, beliau tidak pernah mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar berdebat dengan beliau.

Sebaliknya, calon kerusi Parlimen Putrajaya ini berkata, beliau hanya mengajak bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu "berminum teh" dengannya.

Menurutnya, apa yang telah dilakukan Dr Mahathir yang membawa negara ke arah kemajuan pada zaman pemerintahannya perlu dihormati dan dikagumi.

Beliau juga berkata, niatnya yang sebenar adalah untuk menjemput Dr Mahathir minum teh dan beramah mesra.

"Saya tak pernah mencabar kamu... saya tak pernah mencabar dia walaupun semalam dia kata saya ajak dia berdebat.

"Semua orang hormat dia, saya pun hormat dia," katanya pada majlis Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon Parlimen Putrajaya berkata, namun kritikan perlu dilakukan untuk menjadikan negara semakin baik dari semua aspek.

"... saya hormati dia, tapi saya sentiasa mengkritik dia, itu hak kebebasan bersuara," katanya lagi.

Sinar/-

Presiden PAS, Mat Taib gempur Perlis 29 April

Posted: 28 Apr 2013 02:11 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KANGAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan berada di Perlis pada 29 April dalam rangka lawatan sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi dijangka tiba di Perlis pada jam 12.00 tengahari di Simpang Tiga Guar Sanji dekat Arau dalam program kenduri rakyat. Ini diikuti program minum petang bertempat di Pusat Tarbiah Islamiyah Kayang (Putik) di Dun Kayang pada jam 5.00 petang.

Beliau kemudiannya akan bersama-sama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program ramah mesra bersama pengundi kaum Cina di bandar Kangar (berhampiran panggung lama Sri Mahkota).

Seterusnya, Tuan Guru akan menunaikan solat maghrib di Masjid Guar Syed Alwi sebelum menyampiakan ceramah di Kampung Jawi Seratus di Dun Sanglang pada jam 9.00 malam dan diikuti ceramah di Markas PAS Paya di Dun Santan pada jam 11.00 malam.

Manakala Muhammad pula akan tiba di Perlis untuk program minum petang di Dataran Purnama, Beseri pada jam 5.00 petang. Kemudiannya beliau akan berceramah di Markas PAS Paya pada jam 9.00 malam sebelum berceramah di Kampung Jawi Seratus.

Pada 30 April, Presiden PAS akan menyampaikan kuliah subuh di Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (Matin) di Abi Padang Machang sebelum mengakhiri progam di Perlis dengan sarapan pagi bersama rakyat di Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Sementara itu, Muhammad pula akan berada bersama rakyat di pasar sehari di Pekan Simpang Empat.

Harakahdaily/-

Kempen hari ke-7 dan ceramah Kuala Kangsar

Posted: 28 Apr 2013 12:53 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
































































PRU13: Peluang untuk merdekakan bangsa Melayu

Posted: 27 Apr 2013 11:55 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru para pengundi Melayu jadikan PRU13 ini sebagai peluang untuk memerdekakan bangsa dari politik sempit dan politik kotor yang selama ini disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika bangsa Melayu mahu merasai erti kebebasan tulen dan kemerdekaan yang sebenar, maka memenangkan calon yang menjiwai prinsip agama dari parti yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar iaitu PAS adalah satu-satunya pilihan.

"Di bawah perintahan sekular sekarang, demokrasi telah disalahguna oleh penguasa sewenangnya untuk mengekalkan kuasa sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik kotor," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimanan di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru para pengundi Melayu jadikan PRU13 ini sebagai peluang untuk memerdekakan bangsa dari politik sempit dan politik kotor yang selama ini disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular.

Jika bangsa Melayu mahu merasai erti kebebasan tulen dan kemerdekaan yang sebenar, maka memenangkan calon yang menjiwai prinsip agama dari parti yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar iaitu PAS adalah satu-satunya pilihan.

Di bawah perintahan sekular sekarang, demokrasi telah disalahguna oleh penguasa sewenangnya untuk mengekalkan kuasa sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik kotor.

Bangsa Melayu perlu insaf betapa parti nasionalisme sekular Umno tidak boleh menjamin keselamatan bangsa kerana ia telah sarat dijangkiti kuman perkauman assobiyah yang ditolak oleh Islam akibat dasar sekular parti tersebut.

Malah ia adalah parti yang bahaya kerana menanam budaya politik "matlamat menghalalkan cara". Budaya politik lucah dan fitnah serta politik samseng jelas kini berleluasa adalah kerana parti Melayu yang tidak berasaskan Islam.

Bangsa Melayu berhak untuk mendapat sebuah kerajaan yang berhasrat menjadikan landasan Islam sebagai pilihan daripada mengekalkan kerajaan yang sekular.

Teras berpendapat bangsa Melayu sudah terlalu lama berkerajaankan parti yang sekular dan berlandaskan nasionalisme sempit sebagai pegangan.

PRU 13 ini harus memberi peluang bangsa Melayu melakukan 'hurriyah siasiyyah'(pembebasan politik) untuk menubuhkan kerajaan yang sah dan bertunjangkan Islam.

Kerajaan yang membendung rakyat dengan ugutan, memanipulasi pilihanraya dan mengguna undang-undang yang menindas rakyat wajib diubah supaya dapat menghapuskan segala kezaliman.

Kezaliman ekonomi, politik, budaya, sosial, media, undang-undang dan atas nama keselamatan telah menyebabkan orang Melayu terbelenggu dalam minda feudal yang merosakkan.

Hanya dengan perubahan politik dalam PRU13 ini, kehormatan dan maruah bangsa dapat dipulih.

Bangsa Melayu tidak harus ragu-ragu  untuk menilai prestasi pemerintah dengan kritikal dan membuat keputusan menukar kerajaan tanpa rasa takut.

Pada asasnya orang Melayu mesti diberi kuasa memilih dengan bebas siapa yang mereka mahu untuk mengurus urusan mereka.

Pengundi Melayu berhak untuk memilih, mengkritik dan menamatkan kuasa pemerintah yang sedia ada jika terbukti parti yang memerintah melakukan pengkhianatan dan salahguna kuasa.

Cukuplah bangsa Melayu dihina dengan sogokan wang untuk memberi undi kepada parti yang hanya mengkayakan beberapa kerat Melayu elit.

Teras menegaskan bangsa Melayu memikul amanah menjaga kemuliaan agama dengan berusaha  melaksanakan hukum Allah dan bukan menurut hawa nafsu memesongkan rakyat dari hukum Allah.

Inilah yang diperintah oleh Al-Quran yang bermaksud: "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari suatu hukum yang telah diturunkan Allah kepadamu." (al-Maidah, 5:49)

Soalnya setelah sedemikian lama parti nasionalis memerintah, hukum Allah bukan sahaja diketepikan malah telah ditohmah dan dimomokkan sebagai tidak sesuai dengan zaman dan dituduh sebagai hukum parti pembangkang.

Dengan memilih mereka yang tidak berhasrat melaksanakan hukum Allah bermakna menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.

Ketegasan Al-Quran tidak dapat dimungkiri, yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu wahai Muhammad kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." (an-Nisa', 4:105)

Sebab itu Teras menegaskan PRU13 hendaklah memenangkan calon Muslim dari parti yang beriltizam untuk menegakkan hukum  kebenaran dan keadilan.

Menolak mereka untuk dipilih dalam pilihanraya akan menyebabkan suara Islam dalam Parlimen dan Dun akan tersisih. Pengundi Muslim hendaklah turut menyokong parti Islam yang menambah bilangan calon Islam sebagai wakil rakyat.

Parti Islam yang berteraskan Islam wajib diterima sebagai alternatif kepada parti sekular yang menolak dasar Islam.

Memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang bertjuan menegakkan agama Allah adalah amal besar dalam Islam. Bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam, tidak dengan yang lain.

Harakahdaily/-

Calon BN tumpang pupulariti Najib yang tak popular

Posted: 27 Apr 2013 11:52 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tujuh hari menjelang tarikh pengundian 5 Mei ini, nampaknya ketakutan luar biasa mula kelihatan pada wajah pimpinan utama BN sehingga menampakkan langkah mereka makin sumbang.

Bagai tidak percaya dengan kebolehan dan populariti diri sendiri, ramai calon-calon BN kini gelisah berdepan penolakan rakyat sehingga terpaksa mencari bosnya Datuk Seri Najib Razak untuk menempel kekuatan.


Jika hendak membandingkan sokongan dengan jumlah kehadiran yang ramai, dalam beberapa siri ceramah nampaknya BN sudahpun tewas.


(Gambar: Kehadiran pada ceramah Husam dan TG Nik Aziz di Putrajaya malam semalam)

Jikapun berjaya menarik orang ramai, BN tetap terpalit dengan persepsi rakyat bahawa yang hadir itu adalah diupah dan diberi duit poket, berbeza dengan ceramah Pakatan Rakyat yang hadir adalah secara sukarela.

Di Putrajaya, calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat paling ketara menggunakan teknik 'menempel' populariti orang lain.

Jika meronda di sekitar Putrajaya ketika ini, bukan poster muka Tengku Adnan yang banyak kelihatan, tetapi muka Najib mendominasi kempen BN seolah-olah Najib yang bertanding di Parlimen itu.

Dengan tagline "bersama Najib dahulukan rakyat", secara jelas faktor Najib digunakan sepenuhnya oleh calon ini untuk berkempen.

Semalam Tengku Adnan juga membawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turun ke Putrajaya bagi membantu kempen beliau dengan harapan boleh menunjukkan sokongan warga putrajaya terhadapnya.

Ianya dibuat sehari selepas Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turun membantu kempen Husam di Putrajaya yang menyaksikan lautan manusia hadir pada ceramah di belakang bangunan Istana Kehakiman malam semalam.

Bagaimanapun mungkin sedikit malang buat Tengku Adnan apabila kehadiran Dr Mahathir di Presint 9 malam tadi itu bertembung dengan kehadiran pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus di Presint 19 bersama calon PAS.

Gambar-gambar yang dirakam dan dimuat naik ke laman sosial Facebook menyaksikan sekali lagi lautan manusia di ceramah PAS malam tadi.

Tengku Adnan pernah berkata, "Saya berkeyakinan bahawa Husam akan ditolak, 'total rejection' sebab beliau datang dari luar Putrajaya".

Biarpun dalam kenyataan-kenyataannya di media perdana, dia dilihat lantang dan dengan angkuh merendah-rendahkan calon PAS Datuk Husam Musa, namun hakikatnya hati kecil beliau sebenarnya 'berpeluh dingin' akibat ketakutan.

Tidak dinafikan, Najib memang mempunyai popularitinya tersendiri sebagai seorang perdana menteri, apatah lagi setiap hari ditonjolkan dalam media arus perdana.

Bermakna, menempel dengan populariti Najib sedikit sebanyak mampu menarik sokongan pengundi terhadap calon yang dilihat 'bersama' Najib.

Konsep yang digunakan Tengku Adnan, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan terpalit bau wangi sama.

Namun Tengku Adnan lupa, tidak semua pada Najib itu 'wangi' belaka.

Terbaru hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati populariti Najib dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini sudah diatasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pada sidang media kelmarin.

Biarpun kajian tersebut mendapati bahawa Najib masih lagi popular dari sudut 'seorang yang mesra rakyat', namun ianya terhapus apabila rata-rata responden bersetuju bahawa Najib adalah pemimpin yang tidak mampu membuat keputusan tanpa dipengaruhi orang lain.

Jika mengambil kesimpulan dari kajian itu, Najib sebenarnya sudah tidak lagi sepopular sebelum ini.

Menumpang populariti Najib mungkin hanya memberi kesan minimum, malah tidak keterlaluan dikatakan ianya mungkin juga boleh membuatkan sesetengah pengundi makin rasa meluat.

Namun adakah pilihan lain buat calon-calon BN untuk menumpang populariti selain Najib yang boleh dikatakan paling popular dalam BN setakat ini?

Bak kata pepatah "tiada rotan, akar pun berguna".

Harakahdaily/-

Kenapa PAS berkawan dengan DAP tolak Umno?

Posted: 27 Apr 2013 11:50 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ini betul punya cerita DAP, sebab tu PAS lebih selesa dengan DAP dan fobia dengan Umno...

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­ BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. 

Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

Harakahdaily/-

BN resah, peluang PAS cerah di Kuala Kangsar

Posted: 27 Apr 2013 11:41 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR: Kerja kuat daripada seluruh petugas parti dan ahli PAS di seluruh kawasan serta pertolongan daripada Allah, pada 5 Mei nanti PAS mampu melakar sejarah untuk menawan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.


Demikian dinyatakan oleh calon PAS bagi Parlimen P.067 Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim yang ditemui di sini semalam.

Pada pilihan raya umum kali ini, Khalil Idham Lim ditentang oleh calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas).

Menurut beliau walaupun berlaku perpecahan dalam Umno Kuala Kangsar berikutan Datuk Kamalia bertanding atas tiket Bebas, PAS perlu kepada kekuatan tersendiri untuk menang, bukannya kemenangan itu atas dasar lemahnya BN.

"Sedikit sebanyak penyertaaan Datuk Kamalia ada memberi sedikit kesan kepada BN, kerana itulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak datang berkempen di sini, sebelum itu Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Shahrizad Abdul Jalil datang, ini menunjukkan BN cukup bimbang dan cemas di kawasan ini," ujar beliau.

Pada pilihanraya umum kali ini beliau mengutarakjan lima tawaran kepada para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, pertamanya berhubung pembinaan Jambatan Manong ke Seberang Manong yang sehingga kini sudah tiga kali diadakan majlis pecah tanah, jambatan tidak juga siap.

"Saya berjanji dalam masa setahun, saya akan tahu jawapannya bagi meneruskan pembinaan jambatan tersebut," katanya.

Kedua, ujarnya berhubung pengangkutan awam yang digunakan untuk orang ramai dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang sekarang ini begitu daif dan uzur akan digantikan dengan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak.

"Kita akan usahakan bas yang lebih baru dan selesa kepada rakyat bagi laluan Kuala Kangsar ke Simpang Tiga Beruas," ujar beliau.

Menurutnya dengan bantuan dari kementerian dan agensi yang berkaitan beliau akan usahakan bas yang lebih selesa kepada masyarakat di kalangan pelajar, ibu tunggal dan berbagai lapisan masyarakat yang menggunakan bas itu.

Sebelum ini beliau pernah mendedahkan bagaimana daifnya bas yang digunakan di kawasan itu dan beliau sendiri telah menaiki bas syarikat tersebut yang disifatkan terlalu uzur dan merbahayakan penumpang terutama pelajar sekolah.

"Bas tersebut sudah berusia 50 tahun dan selayaknya sudah berada di muzium," katanya.

Beliau turut menyentuh penempatan di dua kampung iaitu Kampung Baru Jerlun dan Kampung Tersusun Senggang yang sehingga kini penghuninya tidak mendapat hak milik kekal.

Dalam manifesto Pakatan Rakyat telah dinyatakan untuk memberikan geran tanah kekal untuk Kampung Tersusun dan Kampung Baru, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menunaikan janjinya, kata beliau.

Menurut beliau Kampung Baru Jerlun didiami kaum Cina, manakala di Kampung Tersusun Senggang dihuni oleh orang Melayu.

"Terdapat 112 lot tanah yang didiami oleh orang Melayu di Kampung Tersusun Senggang yang hingga kini tidak apa apa status tanah, bila berlaku kematian, menjadi masalah kepada pewaris kerana tanah itu tidak ada apa apa status tanah.

"Begitu juga terdapatnya penempatan kecil orang Melayu, Cina dan India yang tinggal di rezab sungai dan jalanraya, kita akan menyelesaikan massalah ini nanti bila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih negeri ini," katanya lagi.

Tawaran keempat yang ditengahkan kepada pengundi di sini, mahu menyelesaiakan masalah perparitan yang serius di Kampung Bendang Kering.

Pada tahun 2007 lalu, jelasnya kerajaan telah membina longkang bagi menyelesaikan masalah perparitan di kampung tersebut, tetapi longkang tersebut tidak cukup besar dan panjang, sekarang ini longkang tersebut ada yang sudah pecah dan runtuh.

"Sistem perparitan di sini akan kita perbetulkaan balik bila Pakatan Rakyat berkuasa nanti," ujar beliau.

Tawaran terakhir berhubung industri Labu Sayung yang ada sekarang akan ditingkatkan lagi menjadi lebih baik sejajar dengan perkembangan semasa demi mempertingkatkan industri tersebut, katanya.

Pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu calon BN, Datuk Seri Rafidah Aziz berjaya mengalahkan calon PAS, Dr Khairudin Datuk Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi.

Khalil Idham Lim mampu menarik para pengundi Cina di kawasan itu memandangkan beliau keturunan Cina dan boleh berinteraksi dengan mereka, ini satu kelebihan kepada beliau.

Jumlah pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar ialah 33,607 orang yang pengundi Melayu berjumlah 67.96 peratus, Cina (23.94%), India (6.96%) dan lain-lain (1.14%).

Harakahdaily/-

Kempen: Sepagi di bandar Kuala Kangsar

Posted: 27 Apr 2013 11:39 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -






































Husam jawab Hisham: Tak perlu serang saya, tangkap penjenayah

Posted: 27 Apr 2013 11:35 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Husam Musa

Datuk Husam Musa
PUTRAJAYA - Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  menghentikan 'serangan' yang tidak berasas terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kelmarin.

Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei.

"Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga.

"Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.

Semalam,  Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu.

Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah.

Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut.

"Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi.

Sinar/-

Mohd Nasir ada kelebihan pertahan Padang Terap

Posted: 27 Apr 2013 11:33 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Mohd Nasir menyampaikan khutbah di sebuah masjid dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

PADANG TERAP: Kawasan Parlimen Padang Terap mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N.7 Kuala Nerang dan N.8 Pedu.

Pada Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, calon PAS yang bertanding di P.007 itu, Ustaz Mohd Nasir Zakaria yang mendapat 15,003 undi menewaskan calon BN, Datuk Ghazali Ibrahim dengan majoriti 369 undi.

Kemenangan itu boleh dianggap sebagai suatu 'keajaiban' kepada beliau kerana kedua-dua Dun berkenaan dimenangi oleh calon BN. Syed Sobri Syed Hashim yang mendapat 7,856 undi memenangi Dun Kuala Nerang dengan majoriti 805 undi, sementara Dun Pedu dimenangi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan majoriti 2,733 undi.

Jika diukur daripada keputusan PRU12 itu, Mohd Nasir mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum kali ini yang diamanahkan oleh PAS untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya itu.

Anak kepada penebang tebu sementara ibunya adalah penoreh getah amat memahami suasana kehidupan masyarakat di Padang Terap terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Beliau yang mempunyai hubungan erat dengan anak-anak muda di kawasan Parlimen Padang Terap tidak bermasalah untuk melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti mereka.

Bahkan, penglibatan beliau dengan enam badan bukan kerajaan (NGO) membabitkan golongan belia dan beliawanis memberi kelebihan kepada Mohd Nasir untuk mendapat sokongan pada PRU13 ini.

Dengan kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), memudahkan beliau bergiat dalam persatuan dan pertubuhan yang membabitkan golongan korporat.


Tambahan pula, beliau yang pernah menjadi pensyarah kontrak Kolej Kewangan dan Perbankan Islam, Bank Islam dapat menggunakan pengalaman itu untuk dikongsi dengan mereka.

Hubungan baik dengan golongan berkenaan dan penglibatan beliau dalam program anjuran mereka menambahkan lagi kekuatan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap.

Mohd Nasir yang berkelulusan Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya langsung tidak mempunyai masalah untuk menjayakan program keagamaan yang melibatkan masyarakat Islam.

Beliau banyak menyampaikan kuliah, berkhutbah, menguruskan jenazah dan lain-lain yang sekaligus dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat Islam dalam kawasan Parlimen Padang Terap.

Selain itu, beliau sering turun padang dan menziarahi rakyat yang ditimpa musibah menjadikan hubungannya dengan masyarakat tempatan bertambah erat.

Biarpun pada PRU13 ini berdepan dengan calon BN, Mahdzir Khalid dan Muhammad Bazli Abdullah (Bebas), namun Mohd Nasir tetap menaruh harapan yang tinggi mempertahankan kemenangan yang sekaligus menyumbang kerusi kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Dengan jumlah pengundi seramai 42,045 orang yang melibatkan Melayu (92.68%), Cina (1.4%), India (0.2%) dan lain-lain (5.72%), beliau selaku anak tempatan dilihat mempunyai kelebihan untuk terus menabur bakti kepada masyarakat selaku Ahli Parlimen Padang Terap yang bakal direalisasikan oleh para pengundi pada 5 Mei nanti.

Harakahdaily/-


Pelbagai kaum penuhi ceramah Mazlan Aliman di Kulaijaya

Posted: 27 Apr 2013 10:15 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India, mendengar ceramah PAS di Kulaijaya)

KULAI: Orang ramai pelbagai kaum memenuhi perkarangan Pasti Bandar Putra, Kulaijaya malam tadi bagi menyertai ceramah perdana bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Mereka memenuhi perkarangan tadika PAS itu dan mendengar ucapan para pemimpin Pakatan dengan penuh minat.

Selain Mohamad Sabu, turut berucap adalah Mazlan Aliman calon PAS Bukit Permai serta calon Parlimen DAP Kulai,  Teo Nie Ching.

Turut serta adalah Wan Rohimi Wan Daud, Peguam PAS yang mengendalikan isu Felda.

Mazlan dalam ucapannya mengingatkan rakyat Johor, pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka mencuba kerajaan baru yang menawarkan manafaat lebih baik untuk mereka.

Beliau yakin, masyarakat Felda khasnya jenerasi kedua akan bersama Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.


Berikut gambar-gambar menarik sekitar program ini.

(Mohamad Sabu disambut meriah)
(Teo Nie Ching calon Parlimen Kulai)
(Sebahagian lagi orang ramai yang hadir)

Harakahdaily/-

MCA marah DAP utamakan Melayu

Posted: 27 Apr 2013 10:13 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

"Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu, lapor laman web Free Malaysia Today.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

"Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk "mengambil hati" bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu," katanya.

Harakahdaily/-

Anggota VAT 69 di Tawau yang cedera akan dibawa ke Hospital Ipoh

Posted: 27 Apr 2013 10:12 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

TAWAU - Dua anggota VAT 69 yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sempora-Kunak, Khamis lepas akan dihantar ke Hospital Ipoh sebaik sahaja keadaannya mengizinkan serta mendapat keizinan doktor, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang.

Ini bagi membolehkan mereka menjalani rawatan lanjutan di samping dapat bersama keluarga mereka, katanya kepada Bernama selepas melawat dua anggota VAT 69 itu di Hospital Tawau di sini hari ini.

Tan berkata kedua-dua anggota VAT 69 berkenaan iaitu Koperal Anuar Kadir dan Sarjan Ahmad Mahmood terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Semporna ke Lahad Datu semasa menjalankan tugas.

Katanya dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Kpl Anuar bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas dari arah bertentangan dan memasuki laluan kanan jalan.

Menurut Tan, Kpl Anuar yang cedera di kepala dan patah gigi kini beransur pulih manakala Sjn Ahmad yang patah tulang rusuk kiri dan kanannya juga berada dalam keadaan stabil. 

- Bernama

Fitnah: Samransak timbang saman fecebooker Umno

Posted: 27 Apr 2013 07:49 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Gambar: Samransak ditemani Ketua Pemuda PAS Padang Terap Nasir Zakaria dan penyokong ketika membuat laporan polis semalam)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Samransak Kram semalam telah membuat laporan polis terhadap seorang facebooker Umno, yang didakwa telah mengeluarkan satu kenyataan memfitnah beliau.

Laporan itu dibuat terhadap pemilik akuan 'Aktivis Umno Pekan Naka II' yang mendakwa Samransak dibayar Parti Keadilan Rakyat sebanyak  RM50 ribu untuk menarik diri sebagai calon KITA dari bertanding pada hari penamaan calon lalu.

Samransak yang juga Duta Dewan Himpunan Penyokong Pas Padang Terap berkata, tuduhan tersebut adalah satu fitnah yang berniat jaht serta cuba menjatuhkan nama baiknya.

"Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang tuduhan jahat "Aktivis Umno Pekan Naka II" terhadap diri saya, PAS dan Pakatan Rakyat Parlimen Padang Terap dan menyatakan bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah dan hasutan menjatuhkan maruah dan nama baik saya, PAS dan Pakatan Rakyat Parlimen Padang Terap.

"Saya dengan ini memberi masa 48 jam kepada 'Aktivis Umno Pekan Naka II' memohon maaf dan menarik balik semua tuduhan tersebut, sekiranya beliau gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diteruskan terhadapnya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kenyataan tersebut disiarkan facebooker Umno itu pada 24 April lalu di laman facebook miliknya.

Katanya, tuduhan itu juga sengaja untuk merosakkan reputasinya sebagai bekas pemain bolasepak negeri dan kebangsaan yang mempunyai reputasi baik.

Facebooker itu katanya telah membuat tohmahan tanpa asas, bukti kukuh dan menghasut pembaca kepada akaun tersebut dan pengundi di kawasan parlimen ini mempunyai persepsi buruk, negatif dan prasangka jahat terhadap dirinya.

"Aktivis Umno Pekan Naka II berniat jahat membuat tuduhan Pakatan Rakyat parti rasuah dan menghasut pembaca akaun tersebut, pengundi di kawasan ini bersangka buruk terhadap Pakatan Rakyat," tegasnya.

Harakahdaily/-

Masih bersuara sebelum maut

Posted: 27 Apr 2013 07:46 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

kemalangan

Penduduk kampung melihat kereta mangsa yang remuk selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil: Kumaran.
DURIAN TUNGGAL - Sebuah kereta berhenti di tengah jalan sebelum bergerak semula dan terbabit dalam kemalangan di Jalan Panchor, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi itu, kenderaan dipandu mangsa, MS Kumaran, 23, pada mulanya dikatakan berhenti di tengah jalan, kira-kira satu kilometer dari lokasi kemalangan.

Tindakannya itu menyebabkan kereta jenis Proton Wira dipandunya nyaris dirempuh kenderaan lain berikutan kedudukan jalan itu yang berbukit.

Menurut sumber, mangsa kemudiannya bergerak menghala ke bandar Alor Gajah dalam keadaan terhoyong-hayang sehingga jalan berselekoh.

"Kereta berkenaan kemudian hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori pasir yang cuba mengelak.

"Sejurus kejadian, mangsa dilihat dalam keadaan tenat dan masih mampu bersuara perlahan, bagaimanapun meninggal dunia sebaik sahaja berjaya dikeluarkan dari kereta," katanya.

Sementara itu, pemandu lori terbabit, Chen Teck Lye, 58, berkata, dia dari arah Machap dalam perjalanan untuk menghantar muatan pasir ke sebuah tapak projek di Durian Tunggal.

"Dalam jarak beberapa ratus meter sebelum lokasi kejadian, saya nampak kereta mangsa sudah meluncur masuk ke laluan saya. Saya terus tekan hon dan brek.

"Saya paut stereng ke kiri sambil berharap kereta itu masuk semula ke laluannya, tapi tidak. Dalam keadaan lori terhoyong hayang kerana mengelak, saya terpaksa rempuh bahagian tepi sebelah kiri kereta itu yang kemudian terhumban dalam belukar," katanya.

Menurutnya, dia sempat melihat mangsa dalam keadaan tenat serta merintih kesakitan sebelum dibantu orang awam keluar dari kereta.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sinar/-

2,000 mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno

Posted: 27 Apr 2013 07:45 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 mahasiswa dan anak muda dari seluruh Malaysia semalam berarak ke bangunan ibu pejabat Umno di PWTC, bagi menyatakan penolakan anak muda terhadap parti itu khususnya untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Perarakan anjuran Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) tersebut bermula jam 2.30 petang dengan himpunan di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke bagunan Umno kira-kira 3.15 petang melalui Jalan Putra.

Sepanjang perarakan, mereka yang rata-rata memakai baju hitam sebagai lambang penolakan turut menyanyikan lagu tolak Umno, bersorak dan melambai kepada rakyat yang menyusuri jalan disamping mengedarkan risalah 'Mengapa Anak Muda Tolak Umno BN'.

Kemuncak perarakan itu, mereka telah menyerahkan kain sepanjang 50 meter mengandungi tandatangan rakyat khususnya anak muda yang menyokong gerakan tolak Umno BN, kepada wakil ibu pejabat parti itu.

Mereka juga turut mengadakan bacaan ikrar janji setia Anak Muda Tolak Umno BN yang dipimpin oleh Ahmad Afif sebagai jurucakap gerakan tersebut.

Sebelum ini, Tolak telah menjelajah ke seluruh Malaysia mengadakan kempen besar–besaran bermula pada 15 Mac hingga 15 April lalu.

Kempen tersebut sebagai memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa rakyat Malaysia wajib menolak Umno BN. 

Tolak turut mendapat sokongan lebih 30 NGO termasuk Bersih.

Harakahdaily/-

Rafizi: 'Hanya Tee Keat layak tentang saya di Pandan'

Posted: 27 Apr 2013 07:01 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Rafizi Ramli-Gary Lim

Rafizi Ramli-Gary Lim
KUALA LUMPUR - "Kalau MCA mahu pastikan Pandan diwakili rakyat, patut (telah) pilih (Datuk Seri) Ong Tee Keat lawan saya, sebab beliau adalah orang paling baik dan tidak makan rasuah selama lima penggal lalu di Pandan."

Demikian kata calon PKR kerusi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, hanya bekas Menteri Pengangkutan itu sahaja yang layak menentangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di kawasan itu memandangkan Tee Keat mempunyai rekod prestasi yang baik sepanjang menjadi wakil rakyat.

Pengarah Strategi PKR ini berkata, rakyat Pandan mungkin berpuas hati jika Tee Keat yang mewakili parti komponen Barisan Nasional (BN) itu pada PRU13 berbanding Gary Lim yang masih kurang dikenali rakyat setempat.

Ini adalah disebabkan Tee Keat digugurkan pada pilihan raya kali ini susulan tindakan berani bekas Presiden MCA itu, antara lain membongkarkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Dalam BN, orang yang baik macam Ong Tee Keat tak ada tempat, BN campak keluar dan beliau tidak jadi calon lagi.

"Kalau Ong Tee Keat bertanding pasti baik, paling kurang pengundi Pandan dapat calon PKR dan BN yang sama hebat, barulah menarik sikit," katanya semasa berucap di hadapan lebih 2,500 penduduk Cheras Indah pada Ceramah Perdana PRU13 Parlimen Pandan, di sini, malam tadi.

Oleh itu dakwa Rafizi, tidak hairan sejak hari penamaan calon pada 20 April lalu hingga ke hari ini, MCA masih belum memulakan gerakan kempen untuk mempertahankan kawasan tersebut pada 5 Mei ini.

"Sampai sekarang MCA masih belum berkempen, ini semua salah (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek," katanya.

Dakwanya nasib yang sama turut menimpa bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang tidak tercalon di kawasan Kuala Kangsar susulan desakannya mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dua tahun lalu susulan isu NFC.

"Dia tak makan duit, tak curi tanah di Shah Alam, orang macam Datuk Kamilia susah kita nak menang kalau dia bertanding.

"Dia bercakap benar masa skandal lembu (NFC). Dalam Umno, orang yang baik, berani, tak makan rasuah, ada integriti, tak ada tempat dalam BN," katanya sambil menegaskan, jika rakyat mahu pentadbiran Putrajaya dibersihkan daripada pelbagai salah laku dan penyelewengan, pengundi wajib menyokong Pakatan Rakyat (PR) menggantikan BN di Putrajaya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, PR akan menawarkan dua aliran pendidikan sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.

Sistem pendidikan dua aliran itu bertujuan mengelakkan mana-mana pelajar daripada tercicir untuk melanjutkan pelajaran mereka tanpa bergantung semata-mata kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Satu aliran biasa cemerlang masa SPM dan satu lagi dinilai berdasarkan bakat dan kemahiran teknikal serta praktikal.

"Setiap anak yang berbakat kita akses teknikal dan praktikal, kita masukkan dalam program perintis negara.

"Dengan cara itu pelajar akan dapat peluang kedua untuk lanjutkan pelajaran," katanya mengulas manifesto PR yang akan membina lima universiti teknikal apabila memerintah di peringkat pusat kelak.

Sinar/-
 

BN guna warga asing edar risalah

Posted: 27 Apr 2013 07:00 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Warga Bangladesh

Warga Bangladesh (dua, kanan) yang mengaku mengedar risalah terbabit.
Risalah yang dikatakan cuba memburukkan Azan.

Risalah yang dikatakan cuba memburukkan Azan.
KUALA TERENGGANU – PKR mendakwa Barisan Nasional (BN) cuba memburuk-burukkan calon pembangkang di kerusi Dun Bandar dengan menggunakan warga asing bagi menjatuhkan calon parti itu yang juga Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Muhammad Safwan Abdullah berkata, perkara itu terbongkar dengan 'tertangkapnya' seorang warga Bangladesh yang asyik mengedarkan risalah memburukkan calon PKR itu di stesen bas di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, ketika disoal mengenai pengedaran risalah berkenaan, warga asing itu turut mengakui diupah untuk meletakkan risalah di kereta orang awam di sekitar kawasan bandar Kuala Terengganu dengan mendapat bayaran sebanyak RM100.

"Ini tindakan terdesak menggunakan fitnah memburukkan calon kita tanpa bukti yang kukuh, cuma apa yang merisaukan kami ialah jikalau mereka menggunakan khidmat warga asing dalam menjalankan kempen pilihan raya bagi menjatuhkan (PR).

"Itu yang merisaukan kita dan kesalahan ini bagi saya bertentangan dengan undang-undang pilihan raya iaitu warga asing tidak boleh terlibat dengan proses pilihan raya termasuk kempen dan sebagainya dan saya tahu mereka menggunakan warga asing untuk mengelak sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap mereka," katanya kepada Sinar Harian di Pejabat PKR Kuala Terengganu di Gong Kapas, di sini, malam kelmarin.

Risalah bersaiz A4 itu menggunakan hampir sepenuhnya bahasa Cina dengan memaparkan dua keratan akhbar iaitu gambar Azan pada keratan akhbar berbahasa Cina dan keratan tajuk berita sebuah akhbar berbahasa Melayu menggunakan tajuk 'Calon PKR jual pil kuda' yang turut memaparkan gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Muhammad Safwan berkata, kedudukan gambar dan cerita itu seolah-olah dibuat bagi menggambarkan bahawa Azan adalah calon yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, aktiviti mengedar risalah berkenaan disedari dilakukan beberapa hari lalu di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Beliau berkata, cubaan menghentikan mereka yang terlibat melakukan pengedaran berkenaan gagal apabila ketujuh-tujuh warga asing terbabit terlebih dahulu menyedari mereka diawasi dan sempat melarikan diri dalam kejadian sebelumnya.

"Hari ini (kelmarin) kita dapati tiga orang yang bertindak sedemikian tetapi kita berjaya tangkap seorang sahaja, yang dua lagi terlepas dan kita tidak tahu sama ada yang lari itu warga Bangladesh atau Myanmar," katanya.

Pada masa sama, pihaknya akan menyiasat kejadian itu dengan lebih lanjut untuk mengetahui dalang terlibat.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dun Bandar, Datuk Toh Chin Yaw ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai edaran risalah terbabit.

Ketika ditunjukkan risalah itu, beliau bagaimanapun menjelaskan, tiada kandungan yang mengandungi fitnah dalam artikel yang dipaparkan tetapi beliau akan meneliti sama ada dilakukan BN atau sebaliknya.

"Yang ini saya tidak tahu tetapi kalau kata tidak betul, ambillah tindakan," katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan dengan kaum India di Pejabat Perhubungan Umno Terengganu, di sini, malam kelmarin.
Sinar/-

Soi Lek: Jamil khir tak berani, Shabudin senyap

Posted: 27 Apr 2013 06:59 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tamrin Tun Ghafar (gambar) menganggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Jamil Khir bacul kerana sampai hari ini tidak berani menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengatakan Jamil kena belajar lagi tentang Hudud.

Katanya lagi, sikap itu menunjukan ketidak pedulian kepimpinan Umno walaupun di hinakan sebegitu rupa.

"Mana dia Jamil Khir dan Setiausahanya Shabudin Yahya kononnya banyak ilmu diam membisu bila Chua Soi Lek mengatakan Jamil tidak faham tentang Hudud, " jelasnya. 

Sehubungan itu, katanya, Shabudin yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihanraya Umum ke 13 ini patut dikalahkan kerana dayus berhadapan dengan Presiden MCA.

Mereka tidak berani menegur sebaliknya sanggup berpeluk tubuh dan melihat kelakuan Chua Soi Lek yang semakin melampau menghina Islam. 

Kekalahannya di Parlimen Tasek Gelugor akan mengajarnya supaya jangan bercakap pandai sedangkan penghinaan tidak diambil tindakan. 

Lagi pun beliau bukannya seorang pemimpin Umno yang mampu melahirkan pelapis tetapi banyak memecah belahkan antara kumpulan Umno sendiri. 

"Kalahkan BN, itu yang penting kerana selagi Umno berkuasa rakyat akan menderita," terangnya.

Harakahdaily/-

Persiapan sambut calon musnah

Posted: 27 Apr 2013 06:58 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Abdul Hamid

Abdul Hamid bersama Pemuda Umno cawangan melihat replika kereta kebal yang dibina malam kelmarin tetapi dirosakkan pada sebelah paginya oleh pihak tertentu.
MENTAKAB - Persiapan menyambut calon Barisan Nasional (BN) oleh Umno Cawangan Bukit Bendera, di sini, terjejas berikutan replika kereta kebal dan bendera yang dipasang dirosakkan sekumpulan individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Umno Cawangan Bukit Bendera, Abdul Hamid Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku malam kelmarin selepas anak buahnya menyiapkan hiasan di taman perumahan berkenaan untuk menyambut ketibaan calon BN pada keesokan harinya.

Menurutnya, replika kereta kebal dan bendera yang dipacakkan di laluan masuk utama taman perumahan itu dirosakkan kumpulan terbabit mengakibatkan hasil kerja selama seminggu terjejas.

"Kami kecewa dengan tindakan kumpulan itu yang melakukan provokasi melampau dan bimbang perkara seperti ini akan menjadi serius.

"Kami tidak pernah melakukan provokasi melampau seperti ini terhadap parti lain sebab kami tahu untuk berkempen secara sihat," katanya.

Abdul Hamid berkata, tindakan pihak terbabit dikhuatiri akan mendatangkan kesan buruk sepanjang kempen pilihan raya kali ini, sekali gus mencemar nama baik cawangan.

"Apa yang sangat mengecewakan kami, persiapan membuat replika kereta kebal sehingga jam 3 pagi semalam musnah dalam tempoh dua ke tiga jam akibat perbuatan kumpulan ini.

"Kami nak sambut calon Dun Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin dan calon Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah esok, terpaksalah kami hias semula kawasan kami," katanya yang akan membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut.

Sinar/-

Nuffnang