Nuffnang

MY VOICE FOR NATION

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG

N45 Dr Halimah Ali


HANTU RAYA pada HARI PILIHANRAYA

Posted: 16 Jan 2013 07:37 AM PST

Haslan Ampang shared Alizar Ali's photo.
Wednesday, January 16, 2013   Taktik Guna pengundi hantu didedah !!   KOTA KINABALU, 16 Jan —  Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.  Bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.  "Kami beri mereka (pendatang) RM20," kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini.  "Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi.   Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan," tambah beliau.  Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang."  "Satu kawasan mungkin 400," katanya. yahoo  Itu adalah jumlah yang diakui. Ketepatan jumlah tersebut masih belum dipastikan. Mana ada logik satu kawasan guna pengundi hantu seramai 400 sahaja.   Apa perubahan yang boleh dilakukan oleh 400 pengundi tersebut jika pihak lawan miliki majoriti lebih besar?. wakaka.  Satu DUN perlukan 2000 majoriti untuk memastikan kemenangan. Kehadiran 400 pengundi hantu hanya meliputi 1/5  jumlah yang diperlukan.   Jumlah tersebut sebenarnya tidak banyak membantu calon memenangi pilihanraya. Jumlah lebih besar diperlukan. Jumlah sebenar pengundi hantu lain selain yang diuruskan Ramli tidak diketahui.   Akhirnya mereka akui 66,682 rakyat asing dapat IC.   Gendang Perang.
Wednesday, January 16, 2013


Taktik Guna pengundi hantu didedah !!


KOTA KINABALU, 16 Jan — Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

Bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.

"Kami beri mereka (pendatang) RM20," kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini.

"Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi.

Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan," tambah beliau.

Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang."

"Satu kawasan mungkin 400," katanya. yahoo

Itu adalah jumlah yang diakui. Ketepatan jumlah tersebut masih belum dipastikan. Mana ada logik satu kawasan guna pengundi hantu seramai 400 sahaja.

Apa perubahan yang boleh dilakukan oleh 400 pengundi tersebut jika pihak lawan miliki majoriti lebih besar?. wakaka.

Satu DUN perlukan 2000 majoriti untuk memastikan kemenangan. Kehadiran 400 pengundi hantu hanya meliputi 1/5 jumlah yang diperlukan.

Jumlah tersebut sebenarnya tidak banyak membantu calon memenangi pilihanraya. Jumlah lebih besar diperlukan. Jumlah sebenar pengundi hantu lain selain yang diuruskan Ramli tidak diketahui.


Akhirnya mereka akui 66,682 rakyat asing dapat IC.

Dr Shafie Abu Bakar

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG

Dr Shafie Abu Bakar


Syarikat Pemaju Membina Surau Bagi Taman Perumahannya – Alam Sari: Masalah Dihadapi

Posted: 16 Jan 2013 05:21 PM PST

Philosophy Politics Economics

Posted by Unknown | Posted on 9:17 PTG

Philosophy Politics Economics


Najib Defends Syabas Despite Incompetence

Posted: 14 Jan 2013 09:38 PM PST


Even in the light of sheer incompetence, Datuk Seri Najib Razak and Dato' Sri Peter Chin continues to defend Syabas and blame the Selangor state government, placing the interest of cronies ahead that of the rakyat

It was the Barisan Nasional (BN) Government which started the privatisation of the water industry in Selangor in 1996.  It was the BN Government which signed the concession agreement to allow Syabas to increase tariffs by 37% in 2009, a further 25% in 2012, 15% in 2015 and further increases every 3 years subsequently.

However, when Syabas failed to deliver its services to the residents of Kuala Lumpur and Selangor over the past month, the BN government has chosen to lay blame on the Pakatan Rakyat Selangor state government for failing to "approve" the construction of the Langat 2 Multi-billion ringgit water treatment plant. How is it Langat 2 which is only scheduled to be completed in 2014 at the very earliest, could have prevent the current water crisis in KL and Selangor is beyond our comprehension.

Despite the above, both the Prime Minister and the Minister of Energy, Green Technology and Water have chosen to defend and deflect criticisms laid on Syabas, clearly indicating that profit for BN cronies is more important than the sufferings of the man-on-the-street.

Datuk Seri Najib Razak has the cheek to say that he is "saddened to see people living in flats having to lift buckets of water to the upper floors."  However in the same breath, Najib claims BN is unable to resolve the crisis because the Selangor government "won't give the development order" for Langat 2.  As highlighted above, the current water crisis in Gombak, Ampang and Kuala Lumpur has nothing to do with Langat 2 and everything to do with Syabas' inability to maintain its existing water supply services.

Similarly when Selangor Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim once again suggested to the Federal Government that the Syabas concession be terminated for poor performance so that the state government can step into the management to rectify the shortcomings, the proposal was rejected outright by Peter Chin.

Peter Chin gave the ridiculous excuse that "the Selangor government cannot take over Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) for it violates the conditions stipulated in the water concession agreement.  He said the water concession company was appointed to manage and administer water supply in Selangor in 2004 and the state government would liable if it were to terminate the contract.

The excuse by the Minister demonstrates the extent to which the BN Government is willing to tolerate transgressions by its cronies, even if the rakyat is suffering from extended water services disruption.  It appears that even if Syabas was to default on all the terms of its concession agreement, the concession agreement cannot be terminated.

The Selangor state government wants to terminate the Syabas concession agreement to ensure that the quality of water services can be improved and the state will not suffer from such disruptions as a result of poor maintenance of its water treatment facilities.  However, based on the concession agreement, the termination can only be carried out with the consent of the Federal Government.

Hence, the Syabas concession agreement can be terminated if Syabas failed to fulfil it's part of the bargain.  The only reason why the termination cannot proceed is because the BN government is dead against it and will protect Syabas at all cost.

It is clear that the BN Government is beyond redemption and is unable to change itself to prioritise the interest of the rakyat.  While Najib espoused "transformation" in his speeches over the past 4 years, no "transformation" could be seen as BN's privatisation cronies are not only fully protected by his administration, they have continued to prosper at the expense of the people.

SERVANTHOOD

Posted by Unknown | Posted on 3:29 PTG

SERVANTHOOD


Freedom of press but not the freedom to spread falsehood

Posted: 15 Jan 2013 11:36 PM PST


NGEH KOO HAM IS FOR FREEDOM OF PRESS BUT NOT THE FREEDOM TO SPREAD FALSEHOOD. NGEH TO TAKE LEGAL ACTION AGAINST NEW SUNDAY TIMES AND REPORTER FOR REPORTING FALSE NEWS.

I have today instructed my lawyers to take legal action against Sylvia Looi Lee Phing and the News Sunday Times as no apology or correction was forthcoming from them with regard to a defamatory article titled 'DAP is danger of losing Beruas' written by Slyvia Looi and published by the New Sunday Times on 25/11/2012.

The said article contain many falsehoods which include the following:-

(i)                 I hardly show up in my Beruas Constituency (I stay in the Beruas Constituency and am in the Constituency almost everyday).

(ii)               I was chased away by villagers when I visited an India Estate.

(iii)             I do not attend religious events organized by temples.

The said article greatly damages my reputation as the Member of Parliament for Beruas.

They have presented me as a irresponsible Member of Parliament who does not visit my Parliamentary Constituency, does not care for my constituents and that I am a religious bigot.

I have lodged a police report against them on 20the December 2012 as they have committed an offence under Section 8A (Offence to publish false news) of the Printing Presses and Publication Act 1984 and Section 499 (Criminal Defamation) of the Penal Code.

Section 8A of the PPPA 1984 requires that the writer and the New Sunday Times to take reasonable measures to verify the truth before writing the said article.

I am in full support of press freedom but not the freedom to report false news. Media has the responsibility take reasonable measures to verify the truth of a matter before publishing it as it will cause great damage to the person(s) who is/are wrongly accused.

I felt duty bound to lodge the above said report and to take legal action against Sylvia Looi and the New Sunday Times to ensure that the public is fed with truth and not falsehood.

Dated this 16th day of   January 2013.



NGEH KOO HAM
MP FOR BERUAS &
STATE ASSEMBLYMAN FOR SITIAWAN

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted by Unknown | Posted on 3:12 PTG

Dr Siti Mariah Mahmud


Maaflah kami tak layan HA

Posted: 15 Jan 2013 03:51 PM PST

Pas berpendirian isu kalimah ALLAH sudah tidak perlu dibangkit lagi selepas Majlis Syura mengumumkan ketetapannya, kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sama ada DAP atau PKR perlu buat pengumuman rasmi mengenainya, semuanya terserah kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.

“Kalau nak tahu mereka nak buat pengumuman mengenai perkara itu, kenalah Tanya mereka (PKR dan DAP) sendiri.

“Tetapi, rasanya mereka boleh nilai sendiri berdasarkan pengumuman itu,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ekoran keputusan Majlis Syura Pas, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tampil membuat kenyataan rasmi menerima keputusan yang dicapai badan tertinggi Pas itu.

Mengulas desakan Hasan itu, Mustafa berkata, “kalau pasal Hasan, maaflah... memang kami malas layan.

"Selebihnya saya tidak mahu komen,” ujarnya lagi.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok ketika diminta mengulas perkara sama berkata, kenyataan Hasan itu memang sudah dijangka terutamanya berkaitan apa sahaja isu yang membabitkan PR.

V“Beliau memang dijangka akan buat kenyataan seperti itu dan ini bukan perkara baru. Semua orang pun tahu,” katanya.

Comments for Wee Choo Keong

Posted by Unknown | Posted on 1:43 PTG

Comments for Wee Choo Keong


Comment on MAS Integrity Programe NO:7 by European

Posted: 16 Jan 2013 09:41 AM PST

Jeeeee… talking water, drinking wine…
some messages are just simply unnecessary as everyone knows who was in charge when some jokers were NOT and some still not adhering to
the Code of Ethics, to Company policies and procedures.

Walk the talk and do something that has some value to MAS… a black sheep is a black sheep and burned is burned..

Comment on MAS Integrity Programe NO:7 by ali

Posted: 16 Jan 2013 09:14 AM PST

aj

kalau berani reply my comment and meet me face to face to get the details

Comment on MAS Integrity Programe NO:7 by ali

Posted: 16 Jan 2013 09:13 AM PST

aj

do you want me to give you a list of your corrupted svp and vp with evidence and then talked about integrity

Comment on MAS Integrity Programe NO:7 by Ptuiii

Posted: 16 Jan 2013 08:30 AM PST

What integrity? If they have any ounce of integrity, the first thing they should do is to call YB Wee and rebut some of allegations reported here.

Comment on DCA failed to withdraw the AOC of FAX / AirAsia X in 2007 (Part 3) by Anonymous

Posted: 16 Jan 2013 08:22 AM PST

le batard,to make up shut up here,let me recalled what is YB Wee trying to prove here.In 2006,Tony called for MOT for Route Rationalisation programme,in order to have same level playing field with MAS,so he set up FAX to serve Sabah and Sarawak,so now he has abandoned the FAX and destroyed the aircrafts that have been mentioned in this post,greedy set up monopoly MAS let go Kota Kinabalu/Johor Bahru/Kota kinabalu,Kuching/Johor Bahru/Kuching.Sponsored Manchester United team,painted the aircraft,asked MAS to stop flying into Manchester and until now Air Asia X not even flying to Manchester,flew to London Stansted/Gatwick unable to continue,leaving Manchester markets to Emirates.Etihad and Qatar to carry the passengers to north part of UK.Is this called 2 national champions.Rubbish.If you want to fight about YB Wee who has done a lot of good things,forget about it

Comment on MAS Integrity Programe NO:7 by Hak!

Posted: 16 Jan 2013 06:14 AM PST

This must be the first master piece of the spin doctor!

Comment on DCA failed to withdraw the AOC of FAX / AirAsia X in 2007 (Part 3) by Anonymous

Posted: 16 Jan 2013 05:56 AM PST

to le batard,even though YB Wee didnt run the airline,but if someone liked him didnt fight for all these nonsense things by Air Asia,what will happened to all the people rights,simply being conned by tony,what do u know about aviation.u tell the people here what tony has done good to people,do u think Air Asia really made profit,pay up the amount dues to MAB and u will see the PL.Understand

Comment on Dato’ Najmuddin Abdullah is the new MAS Head, Strategic Communications by no need for vast experience..

Posted: 16 Jan 2013 05:02 AM PST

can we stop this crap about vast aviation experience. airline job is not rocket science.previously malaysia airlines had management with vast aviation experience. they were no better.just people with integrity and allow malaysia airlines to be independant.not anybody cash cow aya….no need vast lah

Comment on Dato’ Najmuddin Abdullah is the new MAS Head, Strategic Communications by Hamid MAS

Posted: 16 Jan 2013 03:12 AM PST

AJ, why do you so desperately need a spin doctor? if you cannot perform there is nothing this spin doctor can do for you. Just get professional with vast aviation expertise will be better than getting a useless spin doctor and pay him top money to bullshit.

Comment on Dato’ Najmuddin Abdullah is the new MAS Head, Strategic Communications by Azmin

Posted: 16 Jan 2013 02:01 AM PST

Didn’t know that MAS needs a spin doctor. By taking in this spin doctor, it is evident that Nor Zalida is useless. Why keep her? what a waste of space and money.

Direct Free Kick

Posted by Unknown | Posted on 1:28 PTG

Direct Free Kick


Berada di crmh bsma Sdra Zamri PAS TTwangsa dan Us Ikram di Angsama Hilir.

Posted: 16 Jan 2013 06:16 AM PST

Berada di crmh bsma Sdra Zamri PAS TTwangsa dan Us Ikram di Angsana Hilir.

Posted: 16 Jan 2013 06:13 AM PST

DUN BUKIT PAYONG

Posted by Unknown | Posted on 7:35 PG

DUN BUKIT PAYONG


Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC

Posted: 15 Jan 2013 11:00 PM PST

 
Petikan : Malaysiakini
 
Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

 
Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.

.

Posted by Unknown | Posted on 7:22 PG

.


Surat Kerajaan Malaysia tentang Bible dalam Bahasa Malaysia???

Posted: 16 Jan 2013 01:00 AM PST

KALIMAH "ALLAH" sesungguhnya UMNO adalah TAK MAMPU TUNAI AMANAH DAN TIDAK AMANAH

Posted: 15 Jan 2013 08:37 PM PST

Tolong BACA, FAHAM dan SEDAR >> { Lafaz "ALLAH"  : UMNO Tak Mampu Tunai Amanah}

Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpinkerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang berada di kerusi kekuasaan kerajaan.

Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya dihapuskan oleh UMNO.

Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ianya perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri – Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah.

Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.

Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?.

Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?

PAS tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media saya pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua dalam kenyataan media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.

Lebih jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah "Allah" ke dalam bahasa lidah masing-masing atau bahasa sendiri.

Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat ; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya".

Mengikut bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, male dan female (God, Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam bahasa lain.

Adapun perkataan Allah adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua nama-nama Allah (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal Allah.

Maka pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam apabila menggunakan kalimah Allah (intipati perkara tiga dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Bahkan menafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap Allah. Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) ar-Rahman, mempunyai anak.". Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya !. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, Bahawa ia mempunyai anak. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing masing akan datang mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.

Begitulah seriusnya kesan apabila kalimah Allah disalahgunakan di hadapan penganut Islam dan Umat Islam wajib mempertahankan aqidah penganutnya, maka penyalahgunaan kalimah Allah dalam masyarakat Islam adalah dilarang . Ada pun kuasa dari segi perundangan berada di tangan parti yang memerintah, bukannya PAS.

Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah. Firman Allah : Yang maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Ada pun penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dalam urusan agama mereka atau sesama mereka atau dalam penggunaan bersama yang tidak menimbulkan kekeliruan, maka al-Quran dan Hadith mengizinkan dengan penjelasan secara lisan dan amalan (intipati perkara nombor empat dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Firman Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Rasulullah S.A.W. mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.

Betapa sucinya kalimah Allah walau pun digunakan oleh penganut agama kitab dengan fahaman mereka yang salah maka dihalalkan penganut Islam memakan sembelihan mereka dengan nas al-Quran:

Yang maksudnya : Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).

Kalimah Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah SAW dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.

Para ulama dan pemimipin PAS, bahkan di luar PAS dan para mufti yang majoritinya tidak bercakap kerana ditutup suaranya, adalah bersepakat dalam perkara yang sudah dinaskan dalam al- Quran dan Sunnah. Jangan laga-lagakan para pemimpin PAS dan ulama melalui media dengan cara memutar belitkan laporan, sehingga tersalah langkah membawa padah kerana jahil murakkab.

Malangnya semua kenyataan secara nas ini dilupakan kerana kesilapan UMNO yang tidak mampu mentadbir urusan agama Islam. Jabatan Agama hanya ditugaskan untuk mengawasi kuliah agama, khutbah jumaat dan kegiatan agama yang boleh mendedahkan aurat Umno yang tidak menutup aurat supaya UMNO menjadi parti maha suci daripada segala dosa.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bagi UMNO hanyalah kemenangan pilihanraya mendapat kuasa semata-mata tanpa batas –batas iman dan kufur, benar dan salah, dosa dan pahala.

UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan, maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga d itangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh Allah:

Yang maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Tuan-tuan, janganlah jadikan PAS terpaksa membasuh kekotoran yang diadakan oleh UMNO, dan dalam masa yang sama PAS pula dipersalahkan atau menjadi kambing hitam yang disembelih kerana mempertahankan khurafat UMNO.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PRESIDEN PAS

Anwar Ibrahim

Posted by Unknown | Posted on 7:22 PG

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor 19 Januari 2013 (Sabtu)

Posted: 15 Jan 2013 08:35 PM PST

1) 2.00–5.00 ptg – "Meet Anwar" – Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Oriental Crystal Hotel, Kajang

2) 7.00-10.00 mlm – "DAP Fund Raising Dinner" – Petaling Jaya Utara

Lokasi: Stadium Hoki Petaling Jaya, Jalan Selangor, Petaling Jaya

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Tapak Pasar Malam PJS 2D, Taman Medan, Petaling Jaya

4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi : Tapak Pasar Tani, Seksyen 17, Syah Alam

5) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Rodziah Ismail

iv. YB Tony Pua Kiam Wee

v. YB Khalid Samad

vi. YB Lee Hoy Seang

vii. YB Dato' Teng Chang Kim

viii. YBhg Razifi Ramli

ix. YBhg Siti Aisyah Shaik Ismail

Tuntut Pendidikan Percuma, Anwar ‘Tabik’ Keberanian Mahasiswa

Posted: 15 Jan 2013 07:47 PM PST

KeadilanDAILY

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.

Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.

"Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! 'Salute' dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!," kata Anwar dalam facebooknya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.

Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.

Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.

Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.

Sharifah kemudian berkata 'listen' kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.

Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.

Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara.

Anwar Menang Saman, Khairy Tarik Balik Fitnah

Posted: 15 Jan 2013 07:44 PM PST

KeadilanDaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

"Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati," kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…," seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

"Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan," kata Haijan kepada pemberita.

"Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak," tambahnya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP