N45 Dr Halimah Ali |
HANTU RAYA pada HARI PILIHANRAYA Posted: 16 Jan 2013 07:37 AM PST Haslan Ampang shared Alizar Ali's photo.Wednesday, January 16, 2013Taktik Guna pengundi hantu didedah !! KOTA KINABALU, 16 Jan — Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994. Bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar. "Kami beri mereka (pendatang) RM20," kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini. "Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi. Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan," tambah beliau. Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang." "Satu kawasan mungkin 400," katanya. yahoo Itu adalah jumlah yang diakui. Ketepatan jumlah tersebut masih belum dipastikan. Mana ada logik satu kawasan guna pengundi hantu seramai 400 sahaja. Apa perubahan yang boleh dilakukan oleh 400 pengundi tersebut jika pihak lawan miliki majoriti lebih besar?. wakaka. Satu DUN perlukan 2000 majoriti untuk memastikan kemenangan. Kehadiran 400 pengundi hantu hanya meliputi 1/5 jumlah yang diperlukan. Jumlah tersebut sebenarnya tidak banyak membantu calon memenangi pilihanraya. Jumlah lebih besar diperlukan. Jumlah sebenar pengundi hantu lain selain yang diuruskan Ramli tidak diketahui. Akhirnya mereka akui 66,682 rakyat asing dapat IC. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan