N45 Dr Halimah Ali |
- Kenapa berlaku zalim kepada rakyat Kelantan?!
- Kenali insan paling hebat!
- MUSLIMAT PAS RAI HARI IBU PELBAGAI KAUM
| Kenapa berlaku zalim kepada rakyat Kelantan?! Posted: 15 May 2011 08:43 AM PDT Sumber alam yang berupa minyak di kurniakan Allah swt diperairan Sabah, Sarawak,Terengganu dan Kelantan. Sabah dapat royalti, Sarawak menguasai royalti minyak. Trengganu menikmati royalti. SOALAN CEPU EMAS:: Penting untuk difikir masak-masak oleh semua orang MELAYU...walau di mana anda berada!Kenapakah kerajaan BN membenar royalti dibayar kepada 3 negeri di atas dan tidak di Kelantan???????? Sabah dan Sarawak mempunyai penduduk Melayu adalah minoriti.........royalti dapat! Trengganu majoriti Melayu dapat royalti, Kenapa Kelantan yang majoriti MELAYU berslogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM TIDAK diberi royalti oleh kerajaan BN yang dikepalai oleh parti MELAYU UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu..........kenapa kejam kepada orang Melayu KELANTAN yang rata-rata Melayu beragama Islam. Kalau memang takut Malaysia jadi negara Kristian curahkan royalti dan segala yang lain kepada pemimpin tulus dan bersih seperti YAB MENTERI BESAR KELANTAN....habis cerita!! Jangan buat sandiwara lawak yang tidak masuk akal konon untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan menyokong PAKATAN RAKYAT. FEAR TAKTIK yang diguna oleh pakar TIPU MUSLIHAT POLITIK UMNO ini boleh dibaca oleh rakyat yang sudah cerdik pandai insyaallah! Selepas dipukul, Exco turun sendiri gantung banner
| ||
| Posted: 15 May 2011 08:12 AM PDT Kalau mahu menjadi insan terbaik kita perlu mencari 'best role model' untuk dijadikan ikutan dan sumber rujukan. Insan yang di akui oleh ALLAH SWT.........siapa dia?? | ||
| MUSLIMAT PAS RAI HARI IBU PELBAGAI KAUM Posted: 15 May 2011 08:01 AM PDT SHAH ALAM 14.5.11] Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS PUSAT(LPN DMPP menganjurkan HI TEA HARI IBU bagi meraikan bersama ibu-ibu daripada kalangan Muslimat PAS dan wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada pelbagai kaum. Majlis telah selamat dirasmikan oleh PN HJH SALBIAH ABD WAHAB mewakili Ketua DMPP yang berada di luar negara. Pengerusi LPN DMPP, YB Dr Hjh Halimah Ali dalam ucapan aluannya telah menegaskan PAS memang berjuang untuk semua kaum kerana semua bangsa ini dicipta oleh Allah swt.PAS tidak bermasalah sekiranya orang Tionghua mahu mengekalkan bahasanya, orang India mahu berbahasa Tamil,orang Melayu mahu berbahasa Melayu kerana bahasa-bahasa itu pada hakikatnya dicipta oleh Allah swt. Maka PAS sebagai sebuah parti Islam akur kepada ketentuan Ilahi.Oleh itu semua kaum sepatutnya tidak perlu gentar atau takut bersama PAS.Orang Melayu juga sepatutnya lebih senang dan selesa dengan PAS kerana PAS meletakkan kepentingan mereka dalam perjuangan mereka.PAS tidak pernah melupakan keperluan dan kepentingan Melayu. Bahkan segala yang diperjuangkan oleh PAS adalah untuk orang Melayu hingga kebajikan akhirat orang Melayu diambil perhatian serius oleh PAS. Yang beza ketaranya antara PAS dan parti politik yang mendakwa mereka pejuang hak dan kepentingan Melayu ialah PAS mengiktirafkan kewujudan bersama orang bukan Melayu, orang bukan Islam.
PASyang meletak Islam sebagai dasar kewujudannya akan merancang dan melaksanakan aktiviti atau program berpaksikan ajaran Islam. Di antara ajaran asas Islam juga adalah akhlak yang mulia, justeru PAS berlaku sopan dan mengguna hikmah dalam menangani perbezaan pendapat dan ideologi.Maslahah dan mafsadah harus ditimbang dengan teliti.Islam mengajar supaya berlaku adil: adil tentang peluang pendidikan, peluang pekerjaan, peluang untuk dapat rumah, peluang untuk keselamatan, peluang untuk perubatan.Inilah kecantikan ajaran Islam yang mula mekar di mata non-Malay non-Muslim yang menyebab mereka mahu menyokong dan mendokong parti PAS.Mereka faham kawan Muslimat mereka akan melindung anak mereka daripada diculik, diganggu, dizalimi.Sekiranya mereka dikasari Muslimat bersedia membantu, merawati hati mereka.Sekiranya mereka mereka lapar Muslimat PAS sudi menghulur apa yang ada walaupun muslimat PAS tidak sekaya mana.Sekiranya anak mereka lemah disekolah Muslimat PAS boleh menawar kelas tambahan/tuisyen. Inilah penyebab mula rakyat bukan Melayu bukan Islam ini tertarik dengan peribadi Muslim dan kasih sayang tanpa sempada. Mereka tidak hairan bahkan lebih yakin dan lebih tenteram kalau Muslimat perlu minta izin untuk tinggalkan mereka sebentar untuk menunaikan solat. Mereka tahu orang yang solat ini tidak akan menganiaya merka. Insyaallah bila tiba iradah Allah orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Asli dll akan melihat nikmatnya Islam yang di hidang oleh PAS.Sinergi daripada NGO-NGO Islam akan menjadi pemangkin dakwah dan siyasah insyaAllah. |
| You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Sumber alam yang berupa minyak di kurniakan Allah swt diperairan Sabah, Sarawak,Terengganu dan Kelantan. Sabah dapat royalti, Sarawak menguasai royalti minyak. Trengganu menikmati royalti. SOALAN CEPU EMAS:: Penting untuk difikir masak-masak oleh semua orang MELAYU...walau di mana anda berada!




行动党在关丹所举行的反莱纳斯稀土厂和平请愿集会遇挫,警方在集会开始10分钟后,便冲上演讲台抢麦克风阻止党领袖发言,更即场逮捕了4人。
李政贤在被扣时受访指出,有关活动名为“反稀土厂仆街行动”,他们4人当时是面部朝地,集体呈现一个“X”符号躺在该巨型海报上,象征对稀土厂“打叉”。
李政贤早前在警察局内继续向《当今大马》指出,莫哈末加斯马尼仍未会晤他们4人。
According to Kuantan police chief Mohd Jasmani Yusof, the four were taken in for questioning after they refused to disperse and instead lay down on the road.








