|        Pelakon Abu Bakar Omar hadir ceramah PKR       Posted: 11 Jan 2013 12:23 AM PST    28 Safar 1433H. [MOD] - Pelakon filem dan drama Abu Bakar Omar dilihat hadir ke ceramah PKR di AU3 Wangsa Maju malam tadi.
  Beliau ditemui Malaysiakini di gerai tomyam berhampiran tapak ceramah selepas ceramah tamat pada kira-kira jam 12 tengah malam.
  Ditanya  jika beliau sering menghadiri ceramah PKR, Abu Bakar dengan senyuman  terukir di bibir menjelaskan beliau "sering hadir ke ceramah-ceramah  politik".
  Beliau yang tidak keberatan dirakam gambarnya  menjelaskan rumahnya terletak di kawasan Keramat yang hampir dengan  tapak ceramah malam tadi.
  Beliau juga hanya ketawa kecil apabila  ditanya rakan-rakan semeja tentang gilirannya untuk berceramah di pentas  politik memandangkan golongan artis lain yang aktif berceramah kini  'ketagih' untuk terus berceramah.
  Ditanya jika beliau akan turut  sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat esok, Abu Bakar menjelaskan  beliau terikat dengan komitmen kerja pada hari yang sama.
  "Saya ada penggambaraan Sabtu ini (esok)," katanya ringkas.
  Abu Bakar Omar telah membintangi banyak drama dan filem sejak tahun 1980-an.
  Namanya melonjak naik selepas membintangi filem Tsu Feh Sofiah pada tahun 1981.
  Generasi  muda hari ini pula mengenali beliau menerusi filem Hingga Hujung Nyawa  lakonan bersama Erra Fazira dan Yusry KRU pada tahun 2004. 
 
 malaysiakini/-      |   
    |      Spesies baharu katak terbang ditemui di Vietnam       Posted: 11 Jan 2013 12:17 AM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
  SYDNEY - Seorang ahli biologi Australia, Jodi Rowley dan beberapa  rakannya dari Vietnam telah menemui satu spesies baharu katak yang boleh  terbang. 
 
 Penemuan itu dibuat di Hutan Simpan Semula Jadi Nui Ong, wilayah Binh  Thuan yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh. 
 
 Katak berwarna hijau itu 'terbang' dari sepohon pokok ke pokok yang lain. 
 
 Haiwan itu hanya turun dari pokok ketika musim mengawan. Baru-baru ini, spesies haiwan tersebut diberi nama Katak Pokok Helen. Helen merupakan nama ibu Rowley. - Reuters 
 
 
 
     |   
    |      [BERGAMBAR] 2 Daripada 7 Tahanan Yang Lari Mati Ditembak       Posted: 10 Jan 2013 11:49 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
  Bukit Mertajam - Dua suspek dipercayai  antara tujuh tahanan yang meloloskan diri semasa dibawa untuk prosiding  ke Mahkamah Butterworth Isnin lalu mati ditembak di Kampung Padang Ibu,  Guar Perahu jam 1 tengah hari tadi.
                                           Dua suspek itu ditembak sepasukan anggota polis yang mengejar mereka  selepas berbalas tembakan di tepi tali air kampung berkenaan.kibat  insiden itu kereta yang dinaiki suspek terbabas dan terhumban ke dalam  tali air berkenaan.
  Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Pulau  Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu  tahanan terbabit berkata, kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki  sebuah kereta jenis Proton Perdana dan cuba melarikan diri daripada  pemeriksaan polis.
      "Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang  menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke  dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak," katanya kepada  Bernama.
      Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu.
      Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan  di kampung berkenaan dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah  terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri.
     Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada  penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak  di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi.
      Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi  lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih  berada di kawasan ladang kelapa sawit itu.
      Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam  perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth  meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul  dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
      Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu  yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala  tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda.
       Terkini Dari Penang : Gambar gambar Penjenayah yang di Tembak mati  !!    
 Orang Ramai yang melihat dari jauh kereta yg di curi Penjenayah 
 
 Polis mengangkat Mayat Jo Mafia dan rakanya 
 
 Helikopter Polis berlegar di udara..mencari saki baki penjenayah Orang ramai yang meninjau dari jauh kereta jo mafia 
 
 
 Mungkin ini dia Jo Mafia Yang Ditembak Polis..FB 
  -kacipemas       |   
    |        Ribut salji landa Baitulmuqaddis       Posted: 10 Jan 2013 11:47 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 BAITULMUQADDIS - Ribut salji yang jarang berlaku telah melanda kawasan utara Israel dan melumpuhkan pengangkutan awam di Baitulmuqaddis semalam. 
 
 Ia merupakan ribut salji yang terburuk sejak 20 tahun lalu sekali gus  menyebabkan beberapa batang jalan raya dan sekolah terpaksa ditutup. 
 
 Seorang pegawai sebuah agensi bencana di Baitulmuqaddis, Elisha Peleg  meminta penduduk tidak keluar ke rumah ekoran ribut salji itu. 
 
 Sebuah stesen radio tentera Israel memberitahu, salji setebal 10 sehingga 15 sentimeter memenuhi Baitulmuqaddis. 
 
 Kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa juga turut dipenuhi dengan salji. 
 
 Di Ramallah, Tebing Barat, Palestin, sejumlah penduduk termasuk kanak-kanak bermain salji. Seorang penduduk, Dawla Suleiman, 23, saling membaling bola salji dengan rakan-rakannya. "Ini merupakan hari yang indah. Ia merupakan hari untuk bermain dan bergembira (bermain salji)," katanya. Seorang penduduk di Kampung Qusra, Tebing Barat, Abdelhamid Qusrawi  berkata, salji yang turun itu adalah yang paling lebat pernah  dilihatnya. 
 
 "Pada tahun 1991, kami pernah melihat lebih banyak timbunan salji. "Bagaimanapun, selepas 10 tahun, hari ini (semalam) kami menyaksikan salji turun dengan lebat ," tambahnya.  
 
 Menurutnya, dia suka dengan salji. 
 
 "Saya keluar rumah dan bermain dengan beberapa anak saudara saya," katanya. 
 
 Abdelhamid berkata, dia membaling bola salji ke arah beberapa anak saudaranya.  
 
 Sementara itu, salji juga turun di Damsyik, Syria walaupun negara  tersebut dilanda pertempuran antara penduduk tempatan yang menentang  Presiden Bashar Al-Assad. Salji juga kelihatan di bandar Homs. 
 
 Pertempuran antara penduduk tempatan dengan tentera Bashar bermula sejak Mac 2011. Kumpulan penentang yang terdiri daripada rakyat tempatan bertindak  menentang Bashar kerana beliau dianggap gagal membawa pembaharuan dan  kebebasan hak bersuara. 
 
 Lebih 43,000 orang dilaporkan telah terbunuh di Syria. 
 
 Salji juga turun di sempadan Lebanon dengan Israel. 
 
 Di Jordan, pemerintah negara itu, Raja Abdullah II mengarahkan pihak  tentera membantu mangsa-mangsa yang terperangkap akibat salji. Ribut salji itu turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di Lebanon, Jordan dan Israel. - Agensi 
 
     |   
    |      'Saya hampir hilang nyawa'       Posted: 10 Jan 2013 11:22 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
  PAGI itu agak sunyi berbanding hari-hari sebelumnya, tiada bunyi  kicauan burung kecuali unggas hutan yang galak sejak malam tadi. 
 
 Cuaca agak gelap. Air Sungai Batang Lupar mengalir lesu dan dalam  keadaan berbalam-balam, kelihatan beberapa kayu reput dihanyutkan dari  hilir sungai. 
 
 Pagi itu, tanggal 5 Jun 2007, kira-kira jam 6.30 pagi, seperti rutin  hariannya, Abang Marais Abang Adeng, 66, turun ke sungai mengalihkan  perahunya yang digunakan untuk menangkap ikan.
  Di dalam hati, dia  tidak pernah terfikirkan apa-apa walaupun sungai itu banyak meragut  nyawa manusia, bukan kerana lemas tetapi menjadi mangsa buaya. ABANG Marais menunjukkan tempat dia diserang buaya sepanjang empat meter ketika mahu mengubah perahunya.  Baginya ajal ditentukan Ilahi, jika ditakdirkan mati, sesiapa pun tidak boleh berbuat apa-apa.
       Ketika turun ke sungai, hujan renyai-renyai dan sesekali pandangannya tertumpu ke beberapa perahu lain yang ditambat di jeti.
  Dulu,  ketika kanak-kanak, sungai itu sering menjadi tempat dia dan  rakan-rakannya bermain. Justeru, tidak hairanlah, kanak-kanak di kampung  itu mahir berenang.
  Ketika itu, air sungai agak dalam, melepasi  kepala kerana air pasang dan sambil ke perahunya, bapa kepada 10 anak  itu tersenyum sendiri mengenangkan kisah silam. Kehidupan zaman  kanak-kanak memang menyeronokkan.
  Ketika berenang beberapa meter  dari perahunya, tiba-tiba dia mendengar air sungai berkocak kuat dan  serentak itu, seekor reptilia berukuran empat meter panjang dan satu  meter lebar meluru ke arahnya dari belakang.
  Abang Marais panik seketika, apakah makhluk itu?
  Ketika cuba menoleh, dia terkejut melihat seekor buaya dengan mulut terbuka mahu menggigitnya.
  Melihat buaya secara dekat begitu memang menakutkan, jika tiada ilmu dan pengalaman, pasti menjadi mangsa sang bedal.
  Namun,  pengalaman sebagai nelayan, dia mengumpul segala kudrat kerana dia  faham benar perangai buaya, sekali menggigit, haiwan itu tidak akan  melepaskan mangsanya.
  "Saya masih ingat, ketika berenang ke  perahu, kira-kira 50 meter dari tebing, leher saya diterkam sesuatu dan  apabila menoleh ke belakang, 'objek' itu cuba melemaskan saya.
  "Saya menggunakan segala kudrat bagi menyelamatkan diri," katanya.
  Mulutnya tidak henti-henti membaca ayat suci al-Quran, malah dalam fikirannya dia hanya mahu melepaskan gigitan itu.
  "Saya  ternampak kayu belian yang dipacak lalu memaut menggunakan tangan  kiri. Nyawa saya ketika itu bagaikan telur di hujung tanduk, namun saya  bulatkan tekad dan bertawakal.
  "Ketika itu saya terbayangkan  isteri, Boriah Bujang dan 10 anak di rumah. Apa terjadi jika saya tiada  lagi, siapa akan mencari rezeki? Isteri kehilangan suami dan anak-anak  tanpa ayah lagi.
  "Saya tawakal kepada Allah kerana jika Yang Maha Esa masih memberi izin, saya berazam untuk hidup lagi," katanya.
  Air sungai yang tadinya tenang, kini bergelombang kerana dua makhluk bertarung antara hidup dan mati.
  Katanya,  buaya itu beberapa kali cuba melemaskan saya tapi tangan kiri saya  tidak melepaskan pautan itu dan menggunakan tangan kanan, dia cuba  membuka mulut buaya.
  "Seperti ada kuasa luar biasa, saya melawan haiwan yang dianggap 'raja sungai'.
  "Saya kata dalam hati, mesti lawan haiwan ini, bukan menyerah dan terus menjadi mangsa walaupun mulutnya menggigit tubuh saya.
  "Saya terus berusaha membuka mulut sang bedal.
  "Apabila bahagian leher terlepas, buaya itu cuba menggigit tangan tetapi saya terus melawan.
  "Seperti  tidak percaya, buaya itu melepaskan gigitan lalu melarikan diri,"  katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Lingga, Sri Aman.
  Dia naik ke darat dalam keadaan tubuh dibasahi darah selepas beberapa bahagian koyak akibat terkena gigitan.
  Dalam  kesakitan, dia meminta pertolongan penduduk kampung sebelum dihantar ke  Klinik Lingga, namun disebabkan kecederaan parah, dia dikejarkan ke  Hospital Sri Aman dan terlantar selama hampir seminggu dan lebih 50  jahitan.
  Menceritakan pengalaman melawan sang bedal, Abang Marais berkata, dia tidak sebarang ilmu melainkan bertawakal kepada Allah.
  "Saya tiada ilmu menundukkan buaya, itu semua takdir Ilahi," katanya.
  Sungai  Batang Lupar cukup terkenal dengan kelibat buaya, malah penduduk kerap  terserempak raptilia itu ketika air surut malah ada yang berukuran 12  meter panjang dan berwarna hitam.
  "Ada seekor buaya katak  berwarna hitam, kerap ditemui penduduk melintang melawan arus sungai.  Setakat ini, kedua-dua buaya itu tidak mengganggu penduduk kampung,"  katanya.
  Katanya, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) ada  memberitahu, biasanya buaya mengganas antara Jun hingga September  kerana dalam tempoh itu, reptilia berkenaan sedang mengawan," katanya. 
 
 metro/-      |   
    |      Majlis serah bantuan RM100 pelajar 2013 mesti pilih pemimpin BN?       Posted: 10 Jan 2013 11:15 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013: Guru-Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan? Garis Panduan Penyediaan Banner
  Realiti apa yang berlaku di Malaysia apabila sebuah parti diangkat   menjadi kerajaan, "hukumnya" akan menjadi persamaan seperti di bawah ini   : "Parti = Kerajaan = Negara"   Dan inilah yang akan berlaku pada   kebanyakan majlis-majlis penyerahan Bantuan RM100 pelajar sekolah di   negeri Johor bermula 15 Januari 2013 sehingga selesai bantuan   persekolahan RM100 di seluruh Malaysia. Bagaimana pula di negeri lain? Ingat guru-guru semua dan pihak sekolah   yang terlibat, anda hanya dibenarkan wakil rakyat Barisan Nasional   ataupun Pemimpin kerajaan sahaja. Lain daripada itu tidak dibenarkan. Dan banner untuk majlis penyerahan   bantuan RM100 pelajar sekolah ini nanti mestilah digantung sehinggalah   berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Format banner mestilah   seperti mengikut garis panduan yang disediakan Jabatan Perdana Menteri   (JPM) Di dalam ucapan pemimpin Barisan   Nasional semasa majlis penyerahan Bantuan RM100 awal persekolahan ini   nanti, mungkin akan ada sedikit "nasihat", "amanat" dan "peringatan"   untuk disampaikan terutamanya kepada kalangan ibubapa yang dijemput   hadir, sesuai dengan suasana Malaysia yang sedang memasuki fasa terakhir   di mana Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir. Sangat-sangat   hampir. Semua maklumat dan paparan di atas kami perolehi sendiri daripada kebanyakan portal Pejabat Pelajaran di negeri Johor P/S : Selepas selesai majlis penyerahan   bantuan RM100 pelajar sekolah edisi tahun 2013 ini , akan ada pula   selepas ini majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)?   Mungkin? PP/S : Bagaimana pula majlis penyerahan bantuann RM100 pelajar sekolah di negeri-negeri lain pula? Apa kata guru-guru semua? 
 
 harakah/-      |   
    |      Nahas feri, lebih 50 cedera       Posted: 10 Jan 2013 10:56 PM PST    28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
                                 Puluhan mangsa cedera diberi rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital berhampiran.                                  MANHATTAN - Sekurang-kurangnya 50 cedera selepas feri di New York merempuh sebuah jeti di pinggir ibu kota, kelmarin.    Menurut jurucakap Jabatan Bomba New York, kemalangan melibatkan feri  Wall Street yang membawa 326 penumpang itu berlaku selepas pengangkutan  kendalian Seastreak tergelincir dari laluan sebelum merempuh jeti  tersebut.    "Ketika kejadian, feri itu berkelajuan antara 10 hingga 12 knot dan berlaku angin lintang di kawasan berhampiran," katanya.    Setakat ini, jumlah mangsa cedera adalah seramai 57 orang termasuk 10 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.    Kesemua mangsa cedera dibawa ke Hospital Manhattan manakala menerima  rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital di Brooklyn. - The  Guardian 
 
     |   
    |      Kes dera: Bayi dicucuh rokok, ikat kaki       Posted: 10 Jan 2013 10:55 PM PST    28 Safar 1433H. [MOD] - 
   MANGSA mengalami kecederaan serta kesan lebam di muka dan kaki.   Kuala Lumpur: Tiga kes penderaan membabitkan seorang bayi dan tiga  kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun dilaporkan berlaku di  tiga lokasi berasingan, kelmarin. 
 
 Dua kes dilaporkan berlaku di Selangor iaitu Puchong dan Gombak manakala satu lagi kes di Kepong, di sini. 
 
 Bagi kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun  didera teman lelaki ibunya di Desa Jaya, Gombak, jam 10 malam kelmarin. 
 
 Teman lelaki ibunya yang berusia lewat 20-an dikatakan mencucuh  puntung rokok di kedua-dua tangan mangsa manakala kakinya diikat sejak  seminggu lalu. 
 
 Ibu mangsa berusia 27 tahun yang tidak tahan melihat anaknya  diperlakukan seperti haiwan menghubungi rakannya yang juga ibu angkat  kepada anaknya bagi mendapatkan pertolongan sebelum mendapat rawatan di  Hospital Selayang. 
 
 Harian Metro     |   
    |      Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Khalwat Bakal di Naik Pangkat       Posted: 10 Jan 2013 10:53 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - " Seorang  Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia yang juga  merupakan seorang Professor yang dipinjamkan dari salah sebuah IPTA dari  Pantai Timor khabarnya bakal dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua  Pengarah KPT. Beliau yang pernah ditangkap khalwat awal tahun  2012 di salah sebuah hotel di Negeri Perak nampaknya 'masih berbintang  cerah'. Pejabat Pendakwaan Agama Islam Perak akan memulakan prosiding  pendakwaan awal Januari ini, namun kita lihat tindakannya amat lewat  berbanding kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Yang  membimbangkan kami di KPT adalah bagaimana pihak kerajaan/KPT masih  mempercayai pegawai ini , yang rosak akhlaknya dan mempunyai tabiat  pentadbiran yang buruk serta tidak bermaruah, masih dikekalkan sebagai  Pengarah, malah bakal dinaikkan pangkat pula!. Tidak lama dahulu beliau  diwar-warkan akan menerajui salah sebuah IPTA sebagai Timbalan Naib  Canselor dan kini namanya turut di hebohkan sebagai Naib Canselor sebuah  IPTA di Pantai Timor Malaysia. Terakhir beliau merupakan calon Timbalan  Ketua Pengarah KPT pula!Kearah manakah pentadbiran sektor awam  di Malaysia dengan mengambil keputusan terpilih dan tidak mementingkan  kualiti dan moral pentadbirnya. KPT dan kerajaan juga dilihat bersikap  double standard dalam keputusannya, sedangkan Ketua Pengarah Kesihatan  diambil tindakan turun gred, tetapi Pengarah KPT ini amat KEBAL dan  tiada tindakan diambil setakat ini.  Pihak Jabatan Agama Islam  Perak juga amat perlahan dalam membuat pendakwaan dan hingga kini telah  hampir 9 bulan kertas pendakwaan pun tidak kelihatan. Adakah pihak  Jabatan Agama Islam Perak melindungi pegawai ini? Atau ada pihak2 atasan  KPT melindunginya?. Kami pegawai KPT amat sangsi dengan keadaan ini.Beberapa persoalan perlu di lihat dalam kes ini:-(a)  Jika Pegawai dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah KPT  adakah pihak kerajaan rela perkhidmatan awam memiliki pegawai kanan yang  rendah moral dan tidak bermaruah. Adakah ini hasrat kerajaan sedangkan  YAB Perdana Menteri menekankan pegawai awam hendaklah terdiri dari  mereka yang berintegriti, tinggi moral dan berakhlak tinggi.(b)  Jika Pengarah ini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor atau Naib  Canselor IPTA, adakah kerajaan memang berhasrat untuk melantik seorang  yang menjadi contoh buruk kepada mahasiswa sebagai  pimpinan institusi akademik berkenaan? Kalau inilah hasrat kerajaan,  maka hasrat YAB PM mahu melihat IPTA mara kehadapat dari sudut keilmuan  dan syahsiah wasatiyah yang tinggi hanya akan tinggal agan-agan kosong!(c)  Jika pegawai ini dikekal pula sebagai Professor IPTA , maka dakwaan  "profesor kangkong" terhadap segolongan profesor IPTA adalah benar  kerana Pengarah yang dipinjam dari sebuah IPTA ini bukanlah dinaikkan  pangkat kerana merit, sedang beliau hanya memiliki tidak lebih dari  lapan (8) penerbitan (itupun tidak berimpak tinggi), tiada geran  penyelidikan yang outstanding dan malah khabarnya jawatankuasa sepakaran  IPTA berkenaan juga tidak memperakukan kenaikan pangkat beliau. Jika  beliau dilantik pula sebagai Naib Canselor atau TNC maka inilah  tanda-tanda kehancuran sebuah menara ilmu.Jadi : Kemanakah halatuju perkhidmatan awam? Jika ia dikelilingi oleh pegawai rendah moral dan akhlak serta tiada integriti. Kemanakah  pula halauan IPTA? Jika Profesornya seorang 'kaki wanita', bersifat  ke'kangkong'an dan diberi kepercayaan pula sebagai pentadbir utamanya?tranungkiter/-      |   
    |      HKR: Panduan penting untuk keselamatan peserta        Posted: 10 Jan 2013 10:51 PM PST    28 Safar 1433H. [MOD] -         KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat,  Sabtu ini  disaran mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh  penganjur bagi  kelancaran sepanjang himpunan.
  APA YANG PERLU DIPAKAI
  Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai.
  Pakaian bersih dalam beg – untuk ditukar jika terkena bahan kimia.
  Baju  hujan boleh dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair  kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan  (shatter resistant eye protection).
  APA YANG PERLU DIBAWA
  Bawa air mineral/minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral/minuman 500 ml.
  Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan.
  Makanan seperti coklat, snek makanan ringan.
  Jika  anda ada masalah kesihatan serius seperti masalah jantung dan  paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri dari menghadiri  perhimpunan ini.
  Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal  dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi  anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk  pesakit asma.
  Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa.
  Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu.
  PERKARA YANG PERLU/DILARANG UNTUK DILAKUKAN
  Rehat,  makan dan minum secukupnya sebelum perhimpunan. Walaupun kita berniat  untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindak balas dari  mereka yang cuba menghalang perhimpunan.
  Sertailah perhimpunan  secara berkumpulan dengan rakan/keluarga yang mengenali anda, dan  mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak  bersendirian.
  Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama.
  Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata.
  PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN KIMIA (Jika ada) Tanda-tanda terkena bahan kimia:
  * Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit * Pandangan kabur, dan air mata keluar berlebihan * Cecair hidung keluar secara berlebihan * Batuk dan sesak nafas * Pening
  Tanda-tanda  di atas hanya sementara. Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih  mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan 'pepper spray'  memerlukan 20 minit-2 jam.
  Bagaimana menghadapinya:
  BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara.
  Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan. "JANGAN SAPU MUKA"
  Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin.
  Sila  dapatkan bantuan sukarelawan 'Pasukan Perubatan' yang berada di sekitar  kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan  perubatan.
  Jika anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai.
  *  Maklumat ini sekadar panduan kepada peserta. Ia hanya maklumat umum,  dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat  anda, atau pakar perubatan yang lain.
  Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri.  - Sekritariat HKR 
 
     |   
    |      “MENDIDIK GENERASI RABBANI”       Posted: 10 Jan 2013 09:24 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
   اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ  
 
 وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ 
 
 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak. 
 
 Muslimin Yang di Rahmati Allah, Minggu ini adalah minggu kedua anak-anak kita kembali ke alam persekolahan. Berbagai ragam dapat kita lihat pada diri anak-anak kita setelah berbulan mereka bercuti sekolah. Namun inilah rutin biasa yang perlu ditempuh oleh kita sebagai ibu bapa demi membina generasi yang cemerlang yang bertaqwa di masa akan datang. Menghantar anak-anak ke sekolah harian atau sekolah berasrama bukanlah bermakna kita menyerahkan urusan pendidikan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa dan pihak sekolah hendaklah saling bekerjasama dan mengambil tanggungjawab mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya. Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6: 
 
 
 Maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. 
 
 Ibu-bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Anak-anak pada peringkat awal pembesaran mereka, memerlukan ibu-bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi yang berkesan sebenarnya bermula dari dalam rahim ibu lagi sehinggalah anak itu mencapai usia baligh.  Ibu-bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun. Para ulama' telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu:  Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka.  Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.  Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. 
 
 Jika kita tidak mengambil berat terhadapa keperluan anak-anak kita, mereka akan terdedah kepada gejala rosak akhlak, ajaran sesat, hilang kemuliaan akhlak dan maruah, begitu juga aspek pendidikan turut ketinggalan. Sesungguhnya kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti ibu bapa pada hari ini adalah  tercabutnya akhlak anak-anak daripada diri mereka yang boleh mengheret mereka  ke kancah krisis gejala sosial. Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda kerap keluar awal dari jemaah sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah. 
 
 Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh daripada kita sebagai ibu bapa. Dalam hal ini, kita perlulah membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak-anak. Dalam menjamin perkara tersebut, kita sebagai ibu bapa hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 7 petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut:  1.       Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara berterusan, seelok-elok para bapa hendaklah solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu bersama anak-anak,  2.      Memastikan anak-anak mempelajari  dan membaca al-Quran setiap hari,  3.      Memastikan anak-anak mendapat makanan halal lagi baik,   4.     Membudayakan amalan-amalan sunnah Rasulullah bermula bangun dari tidur sehingga tidur semula, 5.      Membudayakan amalan membaca bagi menambah ilmu pengetahuan, 6.      Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu,  7.      Mengadakan perjumpaan dengan guru mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak ketika berada di sekolah. 
 
 Muslimin Yang di Rahmati Allah, Sebagai ibu-bapa, kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah, tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. Tanggungjawab kita juga adalah memastikan mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang kuat. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi penghormatan yang tinggi kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan anak-anak kita. Oleh itu, janganlah kita mudah melenting, hilang kewarasan, tetapi bersifatlah berlapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin ke atas anak-anak. Kita perlu yakin bahawa tindakan guru adalah untuk mendisiplinkan anak-anak kita dengan memberi pengajaran dan memulihkan akhlak merekasupaya  menjadi insan yang berguna. Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam. Budayakanlah kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72: 
 
 
 Maksudnya:  " Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.". 
 
 بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.    
 
 
 
 خطبة كدوا اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل : يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ Maksudnya : Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu , dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat (surah al-Mujadalah : ayat 11) 
 
 أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.  أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah : 1.       Mendidik anak-anak adalah merupakan kefardhuan dan tanggungjawab setiap ibu bapa. 2.      Menghantar anak ke sekolah bukan bermakna kita melepaskan tanggungjawab  mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah. 3.      Ibu bapa perlu memastikan perancangan dan matlamat mendidik anak-anak mereka tercapai  4.     Keutamaan pendidikan anak-anak hendaklah menepati kehendak Islam iaitu keutamaan kepada pendidikan agama supaya anak-anak dapat menjadi manusia yang bertaqwa. 5.      Anak merupakan amanah yang dipinjamkan oleh Allah Taala, amanah tersebut akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak. 6.      Kejayaan kita sebagai ibu bapa mendidik anak adalah kejayaan dunia akhirat. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ،  اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ،اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا  مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،  إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف  عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ  رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .  إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .  فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .    Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak     |   
    |      Murid tahun empat cemas, kenderaan dipandu ibu dirempuh        Posted: 10 Jan 2013 08:15 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Keadaan dua  Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di simpang lampu isyarat SK  Mentakab Jaya, Kampung Megat Segama, Temerloh semalam.                                                                                                                                  Latifah dan anaknya Umi Aishah ditenteramkan orang ramai yang membantu dalam kejadian semalam.                                  TEMERLOH – Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Mentakab  Jaya di sini mengalami saat mencemaskan apabila kenderaan dipandu ibunya  terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan  lampu isyarat hadapan sekolah dekat  Kampung Megat Segama di sini,  semalam.    Kemalangan dipercayai berlaku apabila Latifah Abd Ghani 42, yang  memandu Perodua Myvi baru keluar dari simpang sekolah selepas mengambil  anaknya Umi Aishah Mohd Nasir untuk pulang ke rumah di Taman Seri  Kemuning.    Menurutnya, sebaik lampu isyarat menghala ke bandar Temerloh bertukar  hijau dia terus memandu keluar dari simpang sekolah tetapi secara  tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi dari arah bandar Temerloh terus  merempuh bahagian hadapan keretanya.    "Akak terkejut sangat, tiba-tiba kereta akak dirempuh sebelah kanan dan berpusing ke kiri," katanya di tempat kejadian semalam.    Latifah berkata, akibat rempuhan itu kereta dipandunya beralih kedudukan manakala Perodua Myvi yang melanggarnya terbalik.    Latifah bersama anaknya kemudian dibantu orang ramai mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Songsang.    Kedua-dua beranak itu dilaporkan hanya alami bengkak-bengkak di tangan.    Sinar Harian yang kebetulan berada di tempat kejadian merakamkan detik  cemas orang ramai cuba membantu mengeluarkan dua mangsa dari kereta yang  terbalik.    Sementara itu, menurut penumpang wanita dalam kereta Perodua Myvi yang  merempuh kereta Latifah, dia bersama adik lelakinya dalam perjalanan  pulang ke Kuala Lipis.    "Kami ada temu janji di hospital, sampai di sini tiba-tiba terbabit  kemalangan, nak buat macam mana lagi," katanya yang enggan dikenali.    Beberapa peniaga berhampiran tempat kejadian menggesa pihak berkuasa  meletakkan lebih banyak papan tanda keselamatan di kawasan terbabit  selain memanjangkan tempoh lampu isyarat di situ. 
 
 sinar/-      |   
    |      Bersih 3.0: 49 saksi beri keterangan kepada Suhakam       Posted: 10 Jan 2013 08:00 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] -  KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia  (Suhakam) menamatkan siasatan awam ke atas kejadian semasa dan selepas  perhimpunan 28 April tahun lalu, 29 hari selepas pendengaran pertama  pada 5 Julai 2012. 
 
 Sejumlah  sebanyak 49 saksi termasuk 19 orang awam, empat anggota media, 18  anggota polis dan lapan pakar profesional telah memberikan keterangan  mereka di hadapan tiga anggota Panel Siasatan yang dipengerusikan oleh  Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr  Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. 
 
 Khaw Lake Tee (gambar) memberitahu kebanyakan orang  awam dan media hadir atas kehendaknya sendiri manakala anggota polis  dipanggil berdasarkan senarai nama yang telah diserahkan oleh Polis  Diraja Malaysia atau keterangan saksi semasa pendengaran awam. 
 
 Menurutnya, pendengaran semalam, tiga pemerhati mewakili Polis Diraja  Malaysia, Majlis Peguam dan Perhimpunan Bersih 3.0, telah dijemput  untuk membuat penghujahan mereka kepada Panel untuk dipertimbangkan. 
 
 "Panel akan menimbang semua keterangan dan penghujahan dalam  penyediaan laporan yang dijangka siap dan dikemukakan awal Februari.  Suruhanjaya telah mula mengumumkan siasatan awam pada 21 Mei 2012,"  ujarnya dalam satu kenyataan, semalam. 
 
 Menurutnya, siasatan itu dijalankan susulan daripada aduan dan  memorandum yang diterima oleh Suhakam atas dakwaan penggunaan tenaga  yang tidak seimbang oleh pegawai penguatkuasa ke arah peserta dan  anggota media semasa dan selepas perhimpunan awam 28 April. 
 
 Katanya, Suhakam juga telah menurunkan pasukan pemantau semasa perhimpunan tersebut. 
 
 "Ini adalah siasatan kesembilan awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya  sejak penubuhannya, di mana separuh daripada jumlah yang dijalankan  berikutan aduan dan memorandum mengenai penyalahgunaan kuasa dan  penggunaan kekerasan yang tidak seimbang dalam menyuraikan orang ramai  semasa perhimpunan awam," jelasnya. 
 
 Dalam melaksanakan perlindungan dan promosi hak asasi manusia,  ujarnya Suhakam mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan berkenaan dengan  pelanggaran hak asasi manusia dan sekiranya mewajarkan sebuah siasatan  diadakan, Suruhanjaya, di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia  Malaysia 1999 (Akta 597), mempunyai kuasa untuk memperoleh dan menerima  semua keterangan dan memanggil mana-mana orang untuk memberikan  keterangan. 
 
 Dalam hal ini, jelasnya lagi Suhakam ingin menegaskan bahawa kuasa  untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan pencabulan hak asasi  manusia berasal dari Seksyen 12 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia  Malaysia 1999. 
 
 Dalam menjalankan siasatan itu, katanya Suhakam menunaikan kewajipan  sebagai badan berkanun dan tanggungjawabnya untuk melindungi dan  mempromosi hak asasi manusia di negara ini seperti yang dimandatkan oleh  Akta 597. 
 
 harakahdaily/-      |   
    |      TERKINI! Akhbar Malaysia Tak Berani Siar Kajian Pakar Ekonomi Bank Islam Ramal Pakatan Menang!       Posted: 10 Jan 2013 07:30 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] -       Kurang 24  jam sebelum  Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di  Stadium  Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak  seakan  menambah semangat peserta himpunan! Bukan  setakat pakar poltik  mengesahkan, malah hasil kajian pakar ekonomi  turut senada seirama  meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan  tumbang kali ini.   Ini  disahkan sendiri ketua  ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin  yang disiarkan di akhbar  berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.   Azrul  menambah, hasil  kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati  BN hanya mampu  memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam  pilihanraya umum akan  datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140  kerusi yang  dimenangi pada pilihanraya umum lalu.   Bagaimanapun,  dengan  keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang  antara  115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari  segi  ekonomi sesebuah negara.   Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini.   Ia  mengambil kira corak  demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi  parlimen dan  dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak  setiap bulan  sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data  ekonomi  negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data  mereka.   Dari  segi reaksi warga  perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata  ia sesuatu yang  lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar  serta polisi  kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap  kerajaan baru  walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah  RM502 bilion  tahun lalu.   Manakala  dari sudut pasaran  saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif  terhadap urusniaga  yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini  berlegar antara 1650 ke  1700 mata sejak sebulan lalu. Beliau  menjangka aliran  modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas  pilihanraya umum yang  akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya  perlahan.   BN  kini berusaha keras  memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan  paling getir dalam  sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu  lalu dari British. 
 
 harakahdaily/-      |   
    |      Bantuan RM100: Sekolah diminta jemput pemimpin BN       Posted: 10 Jan 2013 07:06 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 Beberapa  sekolah di Johor telah di minta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan  bantuan wang tunai RM100 kepada pelajar sertai menaikkan kain rentang  untuk majlis berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.
  Arahan  ini telah terkandung di dalam dokumen yang ditemui di lamanweb  Kementerian Pelajaran (MOE) dan beberapa pejabat pelajaran daerah (PPD)  di Johor.
  Lamanweb PPD Kota Tinggi PPD, satu persembahan Powerpoint menyatakan bahawa sesi penyampaian bantuah tersebut hendaklah dihadiri oleh "wakil rakyat BN atau wakilnya".
  Menurut lamanweb tersebut, persembahan Powerpoint itu dibuat kepada guru-guru kanan di daerah itu pada 8 Jan.
  Perkara  yang sama juga boleh didapati pada surat yang ditandatangani oleh Ketua  Setiausaha MOE, Datuk Rosli Mohamed pada 5 Disember tahun lalu dan  persembahan Powerpoint di lamanweb PPD Kluang. 
 
 malaysiakini/-      |   
    |      Tarbiah PAS berjaya menyelamatkan akidah       Posted: 10 Jan 2013 07:04 PM PST    28 Safar 1433H. [MOD] -          Kehadiran  PAS sebagai sebuah jamaah di negara ini secara rasmi 1951 untuk  menerangkan Islam kepada masyarakat, bahawa Islam ialah ajaran yang  membawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran PAS,  
 
 apabila ada di  kalangan orang agama di dalam Umno yang memberi teguran kepada pemimpin  Umno mengenai masalah Islam tidak dipedulikan. Semua cadangan hanya  dibakulsampahkan sahaja. Isu loteri dibantah oleh ulamak di dalam Umno,  tetapi tidak dipeduli, kerana yang penting ialah duit.  
 
 Begitu juga   dengan isu Natrah yang telah dikembalikan kepada agamanya oleh  mahakamah Singapura pada tahun 1950, Umno membisu. Akhirnya ulamak  mengambil pendirian bahawa mereka perlu kepada satu  badan yang bebas  untuk menyatakan Islam dan mempertahankan Islam.  
 
 PAS sebagai sebuah parti yang dasarnya Islam seperti yang termaktub  di dalam Perlembagaan PAS Fasa 3, tidak pernah berganjak daripada  menyatakan tentang Islam.  Seruan ini disampaikan kepada masyarakat  tidak kira musim. Sama ada sewaktu pilihanraya atau selepas pilihanraya.  Tugas PAS ialah untuk mengajak masyarakat kembali kepada ajaran Islam  yang sebenar sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. 
 
 PAS bukan semata-mata parti politik yang  bergerak di musim pilihan  raya, tetapi PAS juga sebagai sebuah jamah Islam yang menyampaikan  seruan Islam kepada semua manusia tanpa ada had musim. 
 
 Pimpinan PAS terutamanya yang bergelar ulamak atau ustaz bekerja  menyampaikan seruan Islam tanpa jemu-jemu. Mereka menerangkan Islam  daripada perkara masuk tandas sampai kepada soal pemerintahan (politik).  PAS dibantu oleh Tuan Guru pondok, walaupun mereka ini bukan memegang  apa-apa jawatan di dalam PAS, namun pendirian mereka selari dengan apa  yang dipegang oleh PAS. Maka mereka banyak membantu PAS melalui  kelas-kelas pengajian mereka. Hasil daripada tarbiah mereka juga  melahirkan kader-kader PAS. 
 
 Bukan satu kerja yang mudah untuk memecah kefahaman tradisi yang  sudah berkarat lama di dalam pemikiran masyarakat. Ajaran Islam hasil  peninggalan penjajah yang mengajar Islam hanya di dalam bentuk ritual,  yakni hubungan dengan Allah semata-mata. Islam tidak diajar sebagai  tatacara hidup yang lengkap. Akhirnya inilah yang menjadi anutan dan  kepercaayaan sebahagian besar masyarakat di negara ini. Mereka  didedahkan Islam yang sempit, sama ada melalui kelas pengajian formal  (sekolah) atau tidak formal (surau dan masjid). 
 
 Walau pun penjajah sudah lama pergi meninggalkan negara ini, namun  kepercayaan mereka terhadap Islam yang sempit sukar untuk diubah. Ketika  inilah ulamak-ulamak PAS yang bekerja siang malam menyampaikan seruan  ini kepada masyarakat. 
 
 PAS hanya berdakwah bukan menghukum. Kerja menyelamatkan akidah umat  adalah satu tanggungjawab semua pihak. PAS mengambil tanggungjawab ini  setelah Umno kurang mengambil perhatian perkara ini. Walau pun penjajah  telah mengangkat kaki daripada bumi bertuah ini, namun mereka masih  meninggalkan karat-karat sekular. Ajaran yang diajar,  Islam hanya soal  peribadi,  
 
 tidak ada kaitan dengan dunia dan akhirat. Rakyat hanya faham  bahawa Islam yang ada pada batang tubuh mereka tidak akan terbatal.  Mereka hanya diajar batal sembahyang, batal wuduk, batal haji, batal  puasa, tetapi tidak diajar batal Islam. 
 
 Kesannya ada manusia yang berbicara sehingga menjejaskan akidah.  Mereka ini  bukan orang jahil dalam agama, malahan terdiri daripada  orang yang faham agama bergelar ustaz, tuan Imam dan sebagainya. Mereka  ini berbicara di dalam dua keadaan, satu kerana memang tidak faham  tentang konsep Islam yang sebenar. Mungkin kerana mereka tidak  mempelajari secara mendalam. Kedua, mereka faham tetapi buat-buat tidak  faham, kerana kepentingan duniawi. 
 
 Sedangkan ulamak PAS hanya menerangkan perkara yang membatalkan  Islam. Seperti mana yang telah diajar mengikut disiplin keilmuan Islam.  Atas kaedah yang disimpulkan oleh ulamak. 
 
 "Siapa yang mengakfirkan orang Islam maka ia kafir. Siapa yang tidak  mengkafirkan orang kafir maka ia kafir. Siapa yang ragu terhadap  kekafiran seseorang maka ia kafir" 
 
 Malangnya orang yang selalu mengkafirkan Umno, sekarang sudah masuk  Umno. Mungkin kerana tidak ada lagi orang Umno yang hendak dikafirkan.  Mereka ini ialah golongan pelampau yang tidak mengikut uslub  yang  diputuskan oleh jamaah. Benarlah apa cara sekalipun kita mesti  sederhana. Bertepatan dengan peringatan nabi SAW: "Sebaik-baik perkara  ialah pertengahan". 
 
 Hasil daripada penerangan yang dilakukan oleh ulamak PAS terutamanya,  masyarakat sudah mendapat pencerahan. Mereka tidak lagi berani  mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan memperolok-olok hukum  Islam. Satu ketika dahulu sering kita dengar pimpinan Umno dan  orang-orang agama di dalam Umno yang mengatakan jika laksanakan Islam  akan mendatangkan huru hara. Jika hukum Islam dilaksanakan,  
 
 ekonomi akan  dibolot oleh orang bukan Islam kerana orang Islam dipotong tangan. Jika  laksanakan Islam, tidak ada lagi batu untuk membuat jalan kerana diguna  untuk melontar orang berzina. Ini ucapan yang tidak mempunyai kaitan  dengan politik Pas, sebaliknya ia bersangkutan dengan akidah. Pas  sebagai parti Islam wajib menyelamatkan akidah umat daripada sesat yang  akan membawa kepada kekal di dalam neraka. 
 
 Atas kesedaran bahayanya gejala yang boleh merosakkan akidah maka  Kerajaan Saudi telah mengedarkan risalah kecil kepada jamaah haji dan  umrah. Buku yang memberi amaran kepada semua jamaah agar menjaga akidah  dan memelihara perkara yang boleh membatalkan Islam dan haji. Begitu  juga di dalam Kitab Mastika Hadis jilid pertama halaman 225-229 telah  membicara dengan panjang lebar mengenai gejala membatalkan akidah.  Diterangkan dengan ulasan yang menarik, akidah boleh terbatal melalui  perkataan, perbuatan dan iktikad. 
 
  harakah/-     |   
    |      Dosa 'jahil' 15 tahun       Posted: 10 Jan 2013 07:00 PM PST    28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 
 Kuala Lumpur: Selepas lebih 15 tahun, baru dua beradik perempuan  menyedari tindakan ibu memakaikan mereka susuk sejak berusia belasan  tahun bagi mengekalkan kecantikan dan memikat sesiapa memandang, adalah  perbuatan syirik dan bertentangan ajaran Islam.  
 
   Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan  Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, mendapat  kesedaran selepas dimaklumkan rakan dan bersyukur kerana selepas  berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu. 
 
    Menurut Lisa, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga  dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkan mereka menganggap ia  perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam.
    "Ibu  beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu  berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dalam Islam memang amat  terbatas. DUA beradik menceritakan pengalaman memakai susuk.    "Selain saya dan kakak, ibu, empat sepupu, tiga ibu saudara dan  nenek kami turut memakai susuk. Ia bagai amalan tradisi dalam keluarga  dan saya serta kakak dibawa ibu berjumpa seorang bomoh untuk memasukkan  susuk sebaik saja kami akil baligh," katanya. 
 
 
 metro/-      |   
    |      Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka       Posted: 10 Jan 2013 06:40 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] -     KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan  Rakyat (HKR) menegaskan  himpunan esok akan tetap diadakan di Stadium  Merdeka seperti perancangan  awal.   Pengerusi HKR, Mohamad Sabu  berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke  Stadium Bukit Jalil seperti  yang cuba dikelirukan sesetengah pihak.   "Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.   "Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak   timbul sebarang perubahan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat   Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.  (Gambar atas)  Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka.   Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.   "Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam.   "Cuma kita sediakan lapan  check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan," katanya.   Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung   PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium   Nasional, Bukit Jalil.   Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur  memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan  agar dipindahkan ke Stadium  Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai.   Ini kerana, kata  Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh  memuatkan 30,000  orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan  kali ini mencecah  satu juta orang.   Guna pengangkutan awam  Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais   meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi   mengelakkan kesesakan.   "Pihak penganjur minta sangat-sangat, semua orang guna pengangkutan awam.   "Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan   menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan   stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan,"   katanya.   Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan.  
 
 harakahdaily/-      |   
    |      Hormati hak berhimpun secara aman - Suhakam       Posted: 10 Jan 2013 06:30 PM PST   28 Safar 1433H. [MOD] -       KUALA LUMPUR: Suruhanjaya  Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan kesediaan pihak  polis untuk memudahcarakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan  diadakan pada 12 Januari 2013 seperti yang umumkan oleh Ketua Polis  Negara, Tan Sri Ismail Omar. 
 
 Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar)  berkata, pihaknya turut menyambut baik dialog yang diadakan di antara  pihak polis dan penganjur himpunan bagi memastikan hak untuk berhimpun  dilaksanakan sepenuhya dalam perhimpunan yang akan dijalankan ini. 
 
 Katanya, Suhakam juga mengalu-alukan jaminan Ketua Polis Negara dalam  memastikan personel polis memaparkan nama dan nombor badan semasa  menjalankan operasi mereka sepertimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya  berdasarkan dapatan inkuri awam terdahulu berkenaan dakwaan penggunaan  kekerasan melampau oleh pihak penguatkuasa. 
 
 "Walaupun Suruhanjaya mengambil maklum bahawa wakil media yang akan  menghadiri perhimpunan tersebut akan diberi tag pengenalan khas yang  dikeluarkan oleh pihak polis selain daripada tag rasmi yang dikeluarkan  oleh kerajaan, ia berharap agar wakil media yang tidak memilik tag  pengenalan khas polis turut mendapat perlindungan dan pengiktirafan yang  sama semasa menjalankan tugas rasmi mereka," ujarnya dalam satu  kenyataan. 
 
 Beliau berkata, sebagai institusi hak asasi manusia nasional yang  sentiasa menangani isu berkenaan kebebasan berhimpun semenjak  penubuhannya, Suhakam mengulangi seruannya kepada pihak penguatkuasa  untuk menghormati dan memenuhi komitmen hak asasi manusia yang  dijanjikan oleh kerajaan di peringkat nasional dan antarabangsa, dalam  masa yang sama, mematuhi norma hak asasi manusia antarabangsa ke arah  memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara ini. 
 
 Menurutnya, memandangkan hal ini boleh mempengaruhi imej polis dan  negara, Suhakam berharap agar pihak polis akan menjalankan tugas mereka  secara profesional dan mencontohi amalan terbaik pihak polis di negara  lain seterusnya menambahbaik kelemahan daripada pengalaman terdahulu. 
 
 "Suruhanjaya yakin bahawa dengan adanya sikap positif yang  ditunjukkan oleh pemimpin atasan polis, pihak polis boleh dan akan  merealisasikan harapan masyarakat awam," ujarnya. 
 
 Pada masa sama, kata beliau pihaknya juga menyeru agar pihak  penganjur dan peserta mematuhi tanggungjawab masing-masing ke arah  mempromosi satu perhimpunan yang aman. 
 
 harakahdaily/-      |   
    |      Budak parah diserang Rottweiler       Posted: 10 Jan 2013 06:00 PM PST    28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 JOHOR BAHRU –  Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan  detik cemas apabila diserang seekor anjing Rottweiler peliharaan  saudaranya di Taman Kulai Utama, Kulaijaya dekat sini kelmarin. 
 
  Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Chok Thuan Seng  mengalami kecederaan parah di leher, muka dan terpaksa menjalani  pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. 
 
  Menurut sepupu mangsa, Sin Yee, 21, kejadian berlaku ketika Thuan  Seng baru pulang dari tadika yang terletak berhampiran rumahnya di Jalan  Anggerik, Taman Kulai Utama. 
 
  Katanya, Thuan Seng yang berasal dari Bukit Batu, Kulaijaya, sudah  tiga minggu menetap bersama mereka sekeluarga bagi memudahkan dia ke  tadika setiap hari. 
 
  "Thuan Seng memang sudah biasa bermain-main dengan anjing tersebut  tetapi kami tidak tahu mengapa dia diserang haiwan itu secara tiba-tiba. 
 
  "Mungkin ketika kejadian, adik saya terlupa untuk mengikat anjing  tersebut dan sebaik melihat Thuan Seng pulang dari tadika, anjing kami  meluru keluar rumah menyerang Thuan Seng," katanya ketika ditemui di HSA  di sini semalam.  sinar/-
 
 
     |   
    |      Kasut, beg lukisan tangan semakin mendapat sambutan       Posted: 10 Jan 2013 05:40 PM PST    28 Safar 1433H. [MOD] -                                                                                                    Shio Fung dan ibu saudaranya Kah Sim menunjukkan hasil lukisan tangan pada kasut yang dijual mereka. Foto: Bernama
                                    ALOR SETAR - Jika dulu kasut atau beg yang mempamerkan lukisan dengan  tangan hanya popular di bandar-bandar besar sahaja, kini ia semakin  mendapat tumpuan khususnya masyarakat di utara tanah air.    Barangan daripada bahan kanvas putih yang diserikan dengan pelbagai  corak lukisan tangan mengikut kreativiti pelukis boleh memberi tarikan  kepada orang ramai dan inilah perniagaan yang diusahakan di sebuah  kedai, di sini.    Pemilik kedai berkenaan, Yee Shio Fung, 28, berkata permintaan terhadap  barangan yang mempunyai lukisan tangan ini kini semakin bertambah  sehinggakan beliau kadang-kadang tidak dapat memenuhi tempahan  pelanggan.    Shio Fung yang menjalankan perniagaan berasaskan lukisan tangan ini  bersama ibu saudaranya, Ng Kah Sim, 43, berkata mempunyai minat yang  sama iaitu melukis telah mendorong mereka membuka perniagaan tersebut.    "Di sini belum ada lagi perniagaan seperti ini, jadi kami mencuba nasib  dan nampaknya tidak menghampakan kerana saban hari permintaan untuk  barangan kami, terutama yang mempunyai lukisan tangan, semakin  meningkat.    "Memakai kasut dengan lukisan tangan kini menjadi trend, bukan sahaja  kepada generasi muda malah orang dewasa. Pelanggan kami bukan sahaja  dari Kedah, ada yang datang dari negeri lain termasuk Johor, kerana kami  juga menjual melalui internet," katanya ketika ditemui pemberita di  sini.  Shio Fung berkata walaupun trend ini masih baru di negeri ini,  permintaan daripada pelanggan amat menggalakkan sejak memulakan  perniagaan mereka.    "Setiap bulan mendapat tempahan tidak kurang 50 pasang kasut selain  barang-barang lain seperti beg tangan, dompet dan terbaru beg sekolah  dan kasut bayi diperbuat daripada kanvas.    "Kami tidak menghadkan corak yang diinginkan pelanggan malah boleh  memilih atau memberitahu corak atau gambar apa yang mahu dilukis,"  katanya.    Beliau yang memulakan perniagaan sejak dua tahun lalu, berkata  pelanggan boleh membawa kasut mereka sendiri ke kedainya untuk dilukis  dan menerima beg atau apa sahaja barangan kanvas.  Katanya bukan mudah menghasilkan lukisan pada sepasang kasut kerana ia memerlukan ketelitian bagi memastikan kualiti produk.  "Paling susah melukis pada kasut bayi kerana saiznya kecil membuatkan  terpaksa membuat corak atau bentuk yang kecil menerusi gabungan pelbagai  warna selain mengambil masa lama berbanding kasut saiz biasa," katanya.    Shio Fung yang berkelulusan perakaunan dari sebuah kolej swasta berkata  dalam sehari beliau boleh melukis paling banyak pada tujuh pasang  kasut.    Katanya, jika corak yang dipilih halus dan rumit, memerlukan masa yang  agak lama kerana ia lebih sukar berbanding gambar animasi atau  pemandangan.    Mengenai harga barangan di kedainya, Yee berkata serendah-rendahnya RM40 dan bergantung pada jenis corak yang dihasilkan.    "Walaupun kami menyediakan pelbagai produk kanvas, namun permintaan untuk kasut adalah lebih tinggi," katanya.    Yee merancang mengembangkan perniagaannya itu dengan menambah variasi produk lukisan tangan.-Bernama 
 
     |   
    |      Bayi ditinggal atas tembok masjid       Posted: 10 Jan 2013 05:30 PM PST    28 Safar 1433H. [MOD] - 
 
  BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan yang dimasukkan ke dalam kotak  ditemui ditinggalkan di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh awal  pagi semalam.      Bayi itu yang ditinggalkan di atas tembok masjid ditemui Siak masjid kira-kira 5.20 pagi.      Md Desa Chik, 66, berkata, beliau menemui kotak berkenaan ketika sedang menyapu lantai berhampiran tempat mengambil wuduk.      "Saya nampak satu kotak bertutup dan menyangka ia berisi kain seperti yang selalu diletakkan di situ untuk bersihkan masjid.      "Saya terus membuka kotak itu dan sebaik dibuka, saya nampak seorang  bayi perempuan yang dibalut dengan kain batik, yang masih  bergerak-gerak," katanya.      Katanya, beliau lalu memanggil rakannya yang berada dalam masjid untuk menghubungi pihak polis.      Sepasukan anggota polis kemudiannya datang mengambil bayi berkenaan  yang difahamkan untuk dibawa ke Hospital Seberang Jaya, katanya.        Md Desa berkata beliau percaya bayi itu ditinggalkan lebih awal sebelum beliau tiba di masjid.        Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah mengesahkan  menerima laporan berhubung penemuan bayi itu dan meminta orang ramai  yang mempunyai maklumat mengenainya agar menghubungi polis. - Bernama 
 
     |