Dangi dilanda ribut Posted: 29 Mar 2012 02:00 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - DANGI – Hujan lebat petang kelmarin mengakibatkan enam kedai dan tiga rumah rosak dalam kejadian ribut di Kampung Air Taling dan Pekan Dangi, di sini. Kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu menyebabkan kesemua bumbung di rumah dan kedai terlibat diterbangkan ribut dan mengalami kerosakan teruk. Peniaga, Seow Teng Hoo, 64, berkata, dia terdengar bunyi bising seperti kepingan zink berlaga antara satu sama lain kira-kira 7 malam sewaktu berada di kedainya. Menurutnya, selama 30 tahun dia berniaga ubat herba tradisional di situ, ini merupakan kali pertama kejadian ribut berlaku sehingga menyebabkan bumbung kedai rosak teruk. "Saya terpaksa menutup ubat-ubatan dengan kanvas kerana air memasuki kedai melalui siling yang sudah tidak berbumbung. Mujur ada siling jika tidak tentu semua barangan rosak terkena hujan," katanya ditemui di kedai ubat Kong Cheng Hoe. Pertama kali berlaku Sementara itu, mangsa, Ng Siew Yin, 62, dari Pekan Dangi berkata, dia terdengar bunyi kuat dari belakang rumahnya sewaktu hujan lebat kira-kira 6.45 petang. Menurutnya, ketika kejadian dia berada di dalam rumah bersama isteri dan cucu lelaki berusia tujuh bulan. "Ketika itu, saya tidak terus meninjau apa yang berlaku kerana bimbang perkara buruk berlaku. Namun, selepas itu, saya ke bilik belakang rumah dan terperanjat apabila mendapati bumbung rumah rosak teruk dipukul ribut. "Akibat kejadian, empat bilik tidur dan ruang tamu dipenuhi air. Hujan lebat tidak berhenti sehingga jam 11 malam dan kami terpaksa selamatkan barang-barang seperti tilam dan baju bagi mengelak dibasahi hujan. "Bagaimanapun, terdapat juga barang yang tidak sempat diselamatkan kerana kejadian berlaku sangat pantas," katanya ditemui di rumahnya, kelmarin. Katanya, kejadian mencemaskan itu kali pertama berlaku dan ketika itu dia begitu bimbang terhadap keselamatan keluarganya. "Ketika angin kuat, saya bimbang bumbung di hadapan rumah diterbangkan angin kerana pada masa itu hujan terlalu lebat. Namun, bernasib baik kerana angin kencang tidak merosakkan keseluruhan rumah. Hanya bahagian tengah dan belakang rumah sahaja yang terjejas," katanya. Bersengkang mata jaga barang Dalam pada itu, di Kampung Air Taling, sebuah keluarga mengalami detik-detik mencemaskan apabila hampir keseluruhan bumbung rumah mereka tercabut hingga menyebabkan salah seorang daripadanya cedera ringan di kepala. Mangsa, Hasan Mohamad, 44, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah bersama ahli keluarga lain termasuk cucu yang baru berusia seminggu. Menurutnya, bumbung rumah yang didiami lima keluarga seramai tujuh orang itu diterbangkan ribut termasuk kayu penahan bumbung yang tercabut dari dinding. Katanya, akibat kejadian salah seorang anak perempuannya mengalami cedera ringan di kepala. "Malahan, semua barang elektrik termasuk televisyen, perabot dan pakaian habis dibasahi hujan. "Ketika itu, saya memang tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana ketika itu hujan lebat dan hanya mampu melihat barang-barang rumah dibasahi hujan. "Namun, saya bersyukur kerana ahli keluarga terselamat, cuma anak perempuan benjol di bahagian kepala. Kini mereka menumpang tinggal di rumah saudara yang terletak di Tampin," katanya kepada Sinar Harian. Hasan berkata, bimbang sekiranya kejadian tidak diingini berlaku, dia terpaksa tinggal di rumahnya dan bersengkang mata bagi menjaga barang-barang yang ada dan sementara menunggu bekalan elektrik diputuskan. "Saya bimbang untuk tinggalkan rumah dalam keadaan sekarang kerana terdapat barang di dalam rumah. Memang sukar hendak melelapkan mata apabila berlaku kejadian seumpama ini," katanya. Ketika ditanya anggaran kerugian, Hasan tidak dapat menyatakan kerana masih dalam keadaan terkejut. "Saya tidak dapat memikirkan berapa anggaran kerugian akibat bencana ini kerana dalam fikiran saya hanya memikirkan bagaimana mahu memperbaiki kerosakan rumah susulan kekangan kewangan," katanya. Adun turun padang Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senaling, Datuk Ismail Lasim yang juga bapa angkat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol turun padang bagi meninjau keadaan rumah dan kedai serta melawat mangsa terlibat, kelmarin. Menurut Ismail, pihaknya akan membantu mangsa ribut melalui kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Kita akan cuba bantu mereka mana yang termampu. Walaupun tidak dapat menampung keseluruhan kerugian, namun mereka akan menerima Bantuan Ihsan akibat bencana alam daripada Kerajaan Negeri," katanya. Sementara itu katanya, JKM turut membantu memberi kit bencana alam kepada mangsa ribut seperti bantuan tikar, selimut dan barangan keperluan lain. Turut sama dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Balai Polis Dangi, Sarjan Mejar Mohd Rosli Md Shah; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Dangi, Lim Ba Ba dan Pengerusi JKKK Geduhom, Mohd Hashim Mohd Yusof. sinar harian/- |
Amerika Gantung Bantuan Makanan Ke Korea Utara Posted: 29 Mar 2012 01:50 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - WASHINGTON: Amerika Syarikat menggantung penghantaran bantuan makanan kepada Korea Utara selepas Pyongyang melanggar perjanjian berhubung pelancaran peluru berpandu dan tidak yakin bantuan tersebut akan disalurkan kepada pihak yang memerlukannya. Penolong Setiausaha Pertahanan untuk Asia dan Kerjasama Pasifik, Peter Lavoy berkata, perancangan Korea Utara untuk melancarkan roket jarak jauh pada bulan depan menunjukkan Pyongyang tidak bersungguh-sungguh terhadap komitmen antarabangsa dan memaksa AS menggantung bantuan itu. "Washington juga tidak yakin bantuan tersebut akan diberikan kepada rakyat Korea yang memerlukannya," katanya. Bulan lalu, Korea Utara menandatangani perjanjian untuk membekukan sebahagian program nuklearnya dan ujian peluru berpandu sebagai syarat pertukaran bantuan makanan daripada AS. - AFP |
Patung Pitt dan Jolie di Menara Sydney Posted: 29 Mar 2012 01:30 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PATUNG lilin Pitt dan Jolie dipamerkan di ruang untuk melihat pemandangan di Menara Sydney di Sydney semalam. SYDNEY - Patung lilin aktres Brad Pitt dan kekasihnya, Angelina Jolie dipamerkan di ruang untuk melihat pemandangan di Menara Sydney di sini semalam. Muzium Madame Tussauds akan dibuka pada Mei depan di sini yang akan menampilkan le-bih 70 patung tokoh terkenal. Patung Pitt dan Jolie itu akan turut dipamerkan di muzium berkenaan. Menurut seorang jurucakap muzium itu, Kristy Enright setiap patung tersebut bernilai AS$220,000 (RM674,405). Dia berkata, patung selebriti tersebut akan menjadi amat popular. - Agensi |
Juruterbang buat kecoh Posted: 29 Mar 2012 01:25 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - LAS VEGAS - Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) terpaksa mendarat cemas di Texas, kelmarin selepas juruterbang mula meracau mengenai ancaman bom dan serangan Al-Qaeda. Akhbar Amarillo Globe melaporkan kapten pesawat JetBlue 191,yang sedang dalam penerbangan dari New York ke Las Vegas itu dilihat masuk ke dalam tandas di luar kokpit sebelum dia mula menjerit 'Iraq, Al-Qaeda, pengganas, kita semua akan mati!' secara tiba-tiba. Salah seorang saksi, Heidi Karg berkata, kesemua penumpang lelaki cuba untuk menenangkannya kerana khuatir keadaan di dalam pesawat akan menjadi huru-hara akibat tindakan luar kawalan juruterbang berumur 49 tahun itu. Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) juruterbang bersama mendakwa sejak dari awal kapten pesawat itu telah menunjukkan kelakuan pelik sehingga dia terpaksa mengunci pintu kokpit semasa insiden menggemparkan tersebut. Selepas pesawat itu mendarat cemas, kapten tersebut dibawa oleh penguat kuasa undang-undang tempatan untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital di Amarillo. sinar hARIAN/- |
Tuan rumah sidang gas dunia, M’sia rayu Israel Posted: 29 Mar 2012 01:21 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra. "Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar Suara Keadilan) Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa. Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara. Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin. "Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang. Harakah Daily |
Sokong pendidikan percuma, persoal hapus PTPTN Posted: 29 Mar 2012 01:16 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Mac: Rata-rata rakyat negara ini bersetuju dan yakin dengan janji pendidikan percuma oleh Pakatan Rakyat namun mereka masih tertanya-tanya bagaimana PTPTN hendak dihapuskan. Ini kerana, ramai mereka beranggap janji ini terlalu baik dan tidak tahu apa mekanisma yang hendak dilakukan bagi melaksanakan janji ini. Tidak kurang juga yang tidak yakin dengan janji ini ekoran trek rekod beberapa isu yang dibangkit media BN termasuk isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Yang pasti, mereka mahukan PTPTN tanpa bunga ke atas peminjamnya. Inilah pandangan yang diperolehi Harakahdaily melalui komen-komen pengikut facebooknya selepas diajukan satu soalan kepada mereka. Soalan yang diajukan adalah: "Pakatan Rakyat janjikan pendidikan percuma. Dalam masa yang sama janjikan pemansuhan PTPTN. Apakah yang anda jangkakan dengan janji ini dan apakah mekanisme pelaksanaan yang sewajarnya? Berikan pendapat anda." Selepas dua jam soalan ini dikemukakan, 107 komen telah dibuat manakala 126 pengikut facebok Harakahdaily 'like' penyataan itu. Berikut adalah sebahagian pendapat pembaca ekoran soalan itu. Kazh Sura: Mansuhkan je interest dalam ptptn tu.. hutang RM1000, wajib bayar RM1000. no riba, no interest... kalau cakap mansuhkan terus ptptn, ramai pencacai pulak yang cakap janji kosong la, nak pancing undi la. depa lebih rela makan riba dari makan benda halal. nak wat camne. bahalol. Ipoh Mali: Janji Pakatan jangan la Lunak sangat.. Be Realistik la sikit.. Semuanya Percuma! Sekurang2nya Yuran Universiti tu yang percuma.. Belanja Hidup yang dipinjam.. Macam tu jugak Tol.. Takkan hapus semua, sekurang2nya 50% dari sekarang dah cukup.. Minyak pun macam tu.. Penyelesaian bukan harga minyak tapi mekanisma pengangkutan awam yang teratur.. Dan struktur balik pengangkutan awam.. Kalau minyak mrah.. Jalanraya Sesak..tak guna jugak.. Che Mahalim Che Hashim: dengan tadbir urus yang berhemah,telus,dalam semua urusan kerajaan, dengan hasil masyul yang dianugerahkan Illahi...x mustahil pendidikan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan...kita terlalu disogok dengan caj sana, caj sini, berpuluh2 tahun, sehinggakan percuma pon danggap mustahil... Maimon Hashim: Janji PRU adalah perkara biasa .... tapi Pakatan Rakyat rasanya tidak akan mudah lupa apa yang dijanjikan. Pendidikan percuma adalah baik kerana rata-rata rakyat di kawasan pendalaman masih ditahap miskin.... Mansuh PTPTN dan ujudkan pinjaman dan bayarannya tidak menyusahkan rakyat dan mampu bayar....... Biskut Man: mungkin nak ubah bermacam benda yang di janji dalam satu masa adalah mustahil. Tapi jika dengan pentdbiran dan pengurusan harta dan hasil negara dijalankan dengan betul insyaallah 1 per 1 janji yang dibuat pakatan boleh ditunaikan. Tapi makan masa la. Terbang Jauh: Saya yakin dengan janji tersebut andai Wang Negara diurus tadbir dengan baik, jangan ADA penyelewengan Dana kerajaan..insyaallah janji tersebut akan dapat dilaksanakan... Zkea Samsi: Setuju dengan pendidikan percuma.. Kalaupun bukan untuk kita yang dah letih membayar hutang ni..untuk anak cucu kita pulak. Sekurang-kurangnya masa depan mereka terjamin... yuran pengajian di IPT saban tahun naik, belum lagi kos sara hidup. Mungkin kerajaan boleh bantu bayarkan yuran pengajian & asrama di kedua-dua IPTA & IPTS. Untuk sara hidup, boleh berikan pilihan pada pelajar samada biaya sendiri (bagi yang mampu), dan mungkin pinjaman boleh ubah kepada yang kurang berkemampuan... dalam situasi begini kerajaan mungkin boleh mengurus sumber kewangan dengan lebih baik. Pendidikan percuma ni bukan saja untuk peringkat ijazah bahkan sarjana dan doktor falsafah...lebih ramai yang boleh melanjutkan pelajaran maknanya lebih ramai tenaga mahir boleh dijana. Hasilnya negara akan lebih maju.. kutipan cukai pendapatan juga boleh meningkat... duit tu boleh salur semula untuk pendidikan... Nor Saiful: woiii...mak bapak korang KAYA bole la suruh PTPTN ni mansuh...yang kurang BERKEMAMPUAN ni kalo tiada PTPTN camne nak sambung study..nanti x pasal2 keluar berita PELAJAR menjual diri sebab nak tanggung yuran pengajian, kos hidop sume..cakap tu biar gune otak sikit...so PTPTN tu sangat diperlukan..sepatutnye bunga PTPTN tu yang kene mansuh..baru betol..bodoh punye PR..cakap pampumm habuk pun takda..buat semak lagi ade la.. Saiful Taekiera: Ini bukan nak pancing undi, sebab apa yang aku tengok parti PR tunaikan janji, tak membebankn rakyat, macam yang MB Selangor lakukan, aku setuju sangat2, dari BN yang tah apa-apa tah, wat kebaikan sikit canang 1 dunia, kes rasuah berlambak, rakyat terbeban, tu ke yang cakap rakyat didahulukan? Fikir2 la. Sebab di akhirat kelak, jika kita salah pilih pemimpin, kita turut ditarik ke dalam neraka, pikir2 la mane parti yang lebih bela agama islam, bukan setakat laung je Roszeeta Zainurdin: PTPTN wajar dihapuskan. Interest membebankan pelajar. Kalau nak diteruskanpun, bayaran balik pinjaman tanpa interest. Kemudian pelajar yang mendapat result cemerlang bolehlah diberi diskaun bayaran pinjaman atau percuma. Macam JPA buat tu.. Kalau nak dikira takda duit, khuatir pelajar kolej/ IPT lacur diri..leni dapat PTPTN pun ramai yang terjebak dengan gejala maksiat dek pergaulan bebas kecuali mereka yang teguh pendidikan agamanya. Pendek kata tepuk dada tanya iman. Warisan Bugis: Dulu dengan pendapatan negara yang terhad boleh memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, kini negara mempunyai pelbagai sumber ekonomi, tetapi disalurkan kepada pihak tertentu saja..... Pak Ngoh Geliga: Sebenarnya kami hanya mahu bebanan sekarang dikurangkan, bukan semua percuma tapi kalau boleh baguslah, umpama minyak, perubatan, elektrit, air, tol dan harga baranagan dapat dikurangkan dari nilai sekarang..dibimbangi takut diberi tuhan tak tertanggung nanti, kita tidak tahu apa yang akan mendatang, takut tidak tertunai nanti... Mohd Azuwan Zainudin: Tapi, persoalannya di sini adalah, adakah kemampuan pihak kerajaan untuk melaksanakan apa yang diperkatakan tersebut? Itu satu hal, timbul pula hal mengenai kredibiliti yang berjanji tersebut. Sudah lupakah kalian mengenai isu Kampung Buah Pala yang dijanjikan gula-gula luar biasa kepada para penduduknya, tetapi akhirnya semua itu hanyalah JANJI KOSONG dan MENIPU RAKYAT. Jika sudah lupa, mari kita lihat dengan penuh teliti video di youtube! PANDANGAN BERKAITAN Video penjelasan Datuk Husam Musa mahu hapuskan PTPTN di Kelantan Harakah Daily |
Pelajar sakit perut minum susu percuma Posted: 29 Mar 2012 01:15 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SEBAHAGIAN pelajar yang mengalami keracunan selepas didakwa meminum susu soya dirawat di Hospital Pulau Pinang semalam. GEORGE TOWN - Sebanyak 66 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Perdana, Bayan Lepas, di sini mengalami sakit perut dan muntah selepas didakwa meminum susu soya yang diedarkan secara percuma di sekolah itu semalam. Mereka antara 481 pelajar tahun empat hingga enam yang terlibat dalam program edaran susu percuma anjuran sebuah syarikat pengeluar susu soya tempatan di dewan sekolah berkenaan, kira-kira pukul 9 pagi. Ia merupakan program kedua bagi mempromosikan susu soya keluaran syarikat terbabit selepas SK Bandar Perda, Seberang Perai Tengah (SPT) kelmarin. Kesemua pelajar terbabit dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) serta klinik kesihatan di Bayan Baru dan Bayan Lepas untuk mendapatkan rawatan lanjut. Difahamkan, susu soya kotak itu diberikan bersama satu cenderamata berupa magnet kepada pelajar-pelajar terbabit dan kebanyakan pelajar terus meminumnya sebaik diedarkan. Seorang pelajar, Qayyum Roslan, 12, berkata, dia mula berasa sakit perut selepas setengah jam meminum susu itu manakala dua rakannya muntah sebelum segera mengadu kepada guru kelas masing-masing. "Saya ingatkan kami sahaja yang sakit tetapi ramai lagi rakan-rakan di kelas lain mengadu perkara yang sama. "Malah, suasana di sekolah menjadi kecoh apabila ada pelajar perempuan dilihat menangis teresak-esak disebabkan tidak tahan sakit," katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolah terbabit semalam. kosmo/- |
Pindah tempat mengundi, SPR akan dipanggil Posted: 29 Mar 2012 01:14 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) akan memanggil pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi penjelasan khususnya berhubung 'pembetulan lokaliti' yang membawa kepada pertukaran tempat mengundi. Keputusan itu dibuat selepas pelbagai soalan berbangkit diaju bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada beliau ketika menggulung Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Katanya, semua ahli parlimen khususnya pembangkang yang mempunyai pertikaian berhubung perkara itu boleh mengajukannya kepada SPR pada pertemuan itu nanti. "Saya akan bagitahu kepada SPR mungkin Isnin satu lagi, 16 haribulan. "Sesiapa ada apa-apa perkara nak mintak penjelasan, bagi notis awal lagi baik, mereka boleh datang dengan jawapan," katanya. Terdahulu, Nazri memjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berhubung dakwaan warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi. Persoalan sama turut dibangkitkan Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dengan merujuk kepada merujuk kepada pengakuan SPR bahawa 42,000 nama sebelum ini diklasisfikasikan sebagai pengundi ragu kerana tiada atau tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ekoran itu beliau mahukan penjelasan sama ada mereka tersebut juga antara warga asing yang didaftar sebagai pemilih. Selepas itu, Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) pula bangkit mempersoal tindakan SPR memperbetul lokaliti yang mirip 'persempadanan semula' yang didakwanya melanggar peraturan pilihan raya. Bagaimanapun Nazri mempertahan tindakan itu dengan mendakwa ianya dibuat mengikut sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pendaftaran Pemilih 2002. Saifuddin kemudiannya bangun menyanggah dengan membawa kes Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipindahkan tempat mengundi dari Petaling Jaya Selangor ke Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menurutnya tindakan itu secara jelas melanggar 'prinsip belah-bahagi' yang menetapkan pembetulan lokaliti tidak boleh melepasi sempadan Dun atau Parlimen. Nazri kemudiannya mencadangkan akan memanggil SPR bagi diadakan satu pertemuan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan itu. Harakah Daily |
Serah 10,000 bantah FGVH kepada Najib, esok Posted: 29 Mar 2012 01:12 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Mac: Lebih 10,000 tandatangan peneroka membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya esok. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, penyerahan tandatangan dan memorandum bantahan akan dimulakan dengan perarakan dari Masjid Putrajaya selepas solat Jumaat. "Saya mewakili Anak menyeru semua rakyat khususnya warga Felda agar dapat bersama-sama dalam perhimpunan esok. "Kita akan berarak kira-kira dua kilometer dan berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri sebelum menyerahkan tandangan dan memorandum bantahan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Memorandum yang akan diserahkan esok antaranya menggariskan mengenai keburukan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada peneroka, termasuk kehilangan tanah mereka. Sementara itu, Mazlan mengingatkan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan agar menghentikan sebarang kenyataan membelakangkan keputusan mahkamah. Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan diadakan pada 12 April. "Saya minta Ahmad Maslan bersabar dan tunggu keputusan mahkamah mengenai permohonan injunksi peneroka pada 2 April ini. "Kita belum tahu keputusan mahkamah berpihak kepada Felda atau peneroka. Jadi beliau sepatutnya tunggu selepas 2 April untuk buat kenyataan," katanya. Mahkamah Tinggi Kuantan akan membuat keputusan berhubung permohonan injunksi lapan pemegang saham KPF bagi menghalang KPF melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH. Harakah Daily |
Pemuda Pakatan tawar mansuh Auku, PTPTN Posted: 29 Mar 2012 01:09 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Mac: Pemansuhan Akta Universiti & Kolej Universiti (Auku) dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara tawaran Pemuda Pakatan Rakyat kepada anak muda di negara ini. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, ianya hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan tawaran yang akan diisytiharkan secara rasmi pada 29 April ini. "Salah satunya Auku dan PTPTN dibawah teras Pendidikan. "Perisytiharan rasmi kita akan buat pada 29 April ini di Melaka sempena pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pakatan Rakyat," katanya. Selain teras pendidikan, empat lagi teras yang diambil kira adalah Politik, Ekonomi, Sukan dan Seni. "Buat masa ini kita sedang memperincikan kesemuanya termasuk mengkaji fakta dan figur. "Secara details kita tak boleh sebut lagi," katanya kepada Harakahdaily. Terdahulu beliau menyertai sidang media Pemuda Pakatan Rakyat di Pejabat Pembangkang di Parlimen hari ini. Turut hadir Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua DAPSY, Anthony Loke. Pada sidang media itu Nasruddin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Bersih 3 akan diadakan jika janji transformasi politik Perdana Menteri tidak dikotakan. Ianya termasuk melaksanakan semua syor yang akan dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya. "Saya tak menolak akan berlaku Bersih 3 atau bantahan lebih hebat dari rakyat kerana kita tidak boleh hadapi pilihan raya dalam keadaan 1001 kepincangan," katanya. Harakah Daily |
Najib perlu jelaskan rizab tunai Felda merudum Posted: 29 Mar 2012 01:07 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menjelaskan kepada rakyat mengapa rizab tunai Felda merudum sejak beliau mengambil alih penyeliaan badan itu, tegas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar). "Dalam tahun 2001, rizab tunai Felda berjumlah sehingga RM4.5 bilion dan tiada hutang. "Tahun ini, berdasarkan jawapan di Parlimen, rizab tunai Felda hanya berjumlah RM1.35 bilion," kata beliau. Lebih mendukacitakan, kata Salahuddin, Felda berhutang pula sehingga RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Semua ini berlaku sejak Najib mengambil alih penyeliaan Felda pada tahun 2005," katanya. Bagaimanapun, kata Salahuddin, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyiasat kemerosotan drastik rizab tunai Felda yang penuh misteri itu selagi Barisan Nasional (BN) berkuasa. "Rakyat khususnya para peneroka mesti menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat Felda dan semua anak syarikatnya serta menuntut supaya dilakukan audit kewangan dan pengurusan yang menyeluruh ke atas Felda dan semua anak syarikatnya, tetapi beranikah kerajaan BN melakukan perkara itu?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Salahuddin yakin, jika Umno dan BN tidak lagi berkuasa, banyak yang boleh dilakukan untuk mengembalikan fungsi dan tujuan penubuhan Felda. "Antaranya, kita boleh menubuhkan jawatankuasa terpilih Parlimen untuk mengkaji semula dan merangka hala tuju Felda dengan mengambilkira hasrat dan aspirasi setiap pihak yang berkepentingan seperti peneroka dan kakitangan Felda," kata beliau. Beliau juga yakin, selagi Felda berada di dalam cengkaman kerajaan Umno dan BN, lebih banyak bencana akan menimpa lembaga kemajuan tanah itu. "Sekarang nak senaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dengan tujuan-tujuan yang didakwa dan dihebohkan akan memanfaatkan kepentingan Najib dan Umno. "Sedangkan, begitu banyak anak syarikat FGV yang rugi," katanya. Menurut Salahuddin, Felda Global Ventures India rugi RM7,864,000 pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Felda Global Ventures Indonesia pula dikatakan rugi sehingga RM6.2 juta pada tahun 2009, katanya. Felda Global Ventures Kalimantan juga dikatakan rugi RM 3.09 juta pada tahun 2010, katanya lagi. Selain itu, kata Salahuddin, Felda Global Ventures Livestock pula mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM7 juta setakat 31 Disember 2010. Felda Global Ventures Middle East dikatakan rugi RM76.9 juta pada tahun 2009. Felda Global Ventures North America rugi RM27 juta setakat 31 Disember 2010. Felda Global Ventures Perlis pula rugi RM8 juta setakat 31 Disember 2010. "Itu belum lagi diambil kira kesemua 43 anak syarikat Felda. Sejauh manakah laporan tahun syarikat-syarikat itu diumumkan?" Salahuddin mempersoalkan. Harakah Daily |
Pemandu van tersepit 15 minit Posted: 29 Mar 2012 01:02 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - TANAH MERAH - Pemandu van terpaksa bertarung nyawa berikutan tersepit hampir 15 minit, apabila kenderaan yang dinaiki bersama dua anaknya bertembung dengan treler di kilometer 79.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli dekat Bukit Bunga, jam 4.30 petang kelmarin. Mangsa, Rashid Hassan, 42, yang tersepit kemudiannya dikeluarkan orang awam, patah paha, betis kanan dan cedera di kepala manakala dua anaknya hanya mengalami cedera ringan. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa yang berasal Jedok kemudian dihantar ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan susulan, dan dua anaknya turut dihantar ke hospital sama hanya menerima rawatan pesakit luar. Menurutnya, ketika kejadian van tersebut dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menuju ke Jeli merempuh treler yang tiba-tiba terbabas di lorong bertentangan. "Akibat rempuhan itu, van mangsa remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan yang menyebabkan pemandu itu tersepit di tempat duduknya. "Semasa kemalangan, dipercayai treler terbabit cuba untuk mengelak sebuah kenderaan lain yang berhenti dibahu jalan menyebabkannya terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van tersebut," katanya ketika dihubungi, semalam. Katanya, pemandu treler dan dua kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kes tersebut disiasat bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Abdul Aziz juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu. "Jaga jarak kenderaan anda, pastikan jangan berhenti sesuka hati dan semua pengguna perlu peka keadaan lalu lintas semasa, bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan," katanya. Sinar Harian |
Miniskirt Mungkin Tidak Dibenarkan Di Indonesia Posted: 29 Mar 2012 01:00 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JAKARTA: Pasukan petugas antipornografi Indonnesia akan mengambil tindakan terhadap wanita yang memakai skirt di atas paras lutut kerana menyifatkan pakaian sedemikian mempunyai unsur pornografi. Menteri Hal Ehwal Agama, yang juga pengerusi pasukan petugas itu Suryadharma Ali, berkata definisi itu akan digunapakai di semua wilayah di negara ini, tanpa mengira latar belakang budaya pemakainya. "Kami belum menetapkan tarif standard tentang pornografi yang akan dijadikan asas dalam menunaikan tangungjawab kami. "Bagaimanapun, satu set kriteria universal perlu ada untuk menakrifkan sesuatu itu mempunyai unsur pornografi atau tidak dan antaranya ialah apabila seseorang wanita memakai skirt di atas paras lutut," kata Suryadharma yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris The Jakarta Post pada Khamis. Ditanya sama ada pasukan petugas itu akan bertolak ansur dengan wanita yang tinggal di wilayah bukan Islam seperti Bali dan Papua, beliau berkata pasukan petugas berkenaan akan memastikan peraturan itu dilaksanakan secara menyeluruh. "Saya sedar sesetengah bahagian negara ini mempunyai budaya yang unik seperti Bali dan Papua. Tapi, kami rasa kami perlu menetapkan satu kriteria yang bersifat menyeluruh untuk dilaksanakan di semua bahagian kepulauan ini. Mewajibkan wanita memakai skirt yang labuh hingga ke bawah bahagian lutut adalah antara kriterianya," kata beliau. Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan segera daripada ahli politik dan aktivis masyarakat. Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Priyo Budi Santoso berkata Suryadharma bersikap melampau dalam membuat takrifan tentang pornografi. "Ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan anggota dewan. Saya fikir, pasukan petugas itu tidak sepatutnya menimbulkan kekecohan mengenai skirt wanita. Saya rasa takrif mengenai pornografi perlu dibuat berasaskan prinsip bagaimana manusia sepatutnya menjaga tingkah laku masing-masing," kata beliau. Sementara itu, Timbalan Ketua Suruhanjaya Nasional Mengenai Keganasan Terhadap Wanita Masruchah mengutuk cadangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang mencabuli hak wanita. "Norma dan etika sudahpun wujud dalam setiap komuniti. Orang sudah tahu apa yang sepatutnya mereka pakai, di mana dan bila," katanya yang dipetik akhbar harian Jakarta Globe hari ini. Masruchah berkata kerajaan perlu menghormati kepelbagaian budaya serta agama rakyat negara ini dan menegaskan bahawa gangguan serta serangan seksual tidak mempunyai kaitan dengan kewujudan bahan pornografi atau pakaian wanita. "Data mengenai kes rogol menunjukkan ia tiada kaitan dengan cara wanita berpakaian. Ramai juga wanita yang menjadi mangsa rogol berpakaian secara konservatif," katanya. Pasukan petugas itu ditubuhkan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 13 Mac lepas untuk melaksanakan Undang-undang Pornografi 2008 dan diberi mandat membanteras kegiatan pengedaran bahan pornografi. -BERNAMA |
Di Matteo naik pangkat kemudi Chelsea? Posted: 29 Mar 2012 12:59 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - ROBERTO di Matteo dijangka akan dilantik sebagai pengurus Chelsea berikutan aksi cemerlang pasukan itu pada peringhkat suku akhir pertama Liga Juara-juara Eropah. Sebelum ini beliau dilantik selaku pengendali sementara di Stamford Bridge selepas pemiliknya memecat Abdre Villa-Boas. Roman Abramovich sebelum ini pernah mengatakan bahawa beliau tidak bercadang untuk melantik di Matteo sebagai pengurus Chelsea. Bagaimanapun kini sedang mempertimbangkan masa depan di Matteo sekiranya prestasi pasukan terus cemerlang. Bagi menambah lagi keyakinan Abramovich, kehebatan di Matteo juga terbukti apabila berjaya membawa Chelsea ke separuh akhir Piala FA menentang Tottenhem 15 April ini. Dalam pada itu, beberapa nama turut dikaitkan sebagai pengganti Villa-Boas, antaranya bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez; Jurgen Klopp (Pengurus Borussia Dortmund) dan Jose Mourinho yang pernah dipecat Chelsea pada 2007. Sinar Harian |
Kecam pengadil: Nasib Wenger diketahui hari ini Posted: 29 Mar 2012 12:57 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BADAN induk bola sepak Eropah, Uefa akan mengumumkan nasib pengurus Arsenal, Arsene Wenger hari ini – yang ketiga dalam setahun – ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata kasar terhadap pengadil ketika kelabnya menentang AC Milan dalam Liga Juara-juara awal bulan ini. Wenger dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadilan Damir Skomina dari Slovenia, yang didakwa memihak kepada AC Milan. Kes Wenger akan ditentukan oleh panel disiplin Uefa di Nyon walaupun pengurus Gunners itu sedang membuat persediaan untuk perlawanan antara Arsenal dengan Queens Park Ranger, Sabtu ini. Dalam perlawanan itu, meskipun Arsenal mencatat kemenangan 3-0, namun secara agregatnya mereka tidak layak ekoran kekalahan 4-0 di tempat lawan. Wenger pernah berhadapan dengan hukuman Uefa tahun lalu. Ketika itu beliau melahirkan kritikan ke atas pengadil Massimo Busacca selepas gagal di tangan Barcelona, sekali gus terkeluar dari persaingan Liga Juara-juara. Sinar Harian |
Sembunyi pistol di pinggang Posted: 29 Mar 2012 12:54 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PASIR MAS – Taktik menyembunyikan pistol di pinggang, terbongkar apabila dua lelaki diperiksa pihak polis, dalam satu rondaan cegah jenayah, malam kelmarin. Dua lelaki berkenaan, dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan, di sebuah pondok, dekat sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supritendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, hasil pemeriksaan mendapati, seorang daripadanya, memiliki pistol semi auto jenis Glock dan enam peluru di pinggang. Menurutnya, suspek berusia 44 tahun itu berasal dari Kubang Panjang, manakala seorang lagi, berusia 48 tahun, dari Kampung Jebak Puyoh. "Suspek 44 tahun ini merupakan seorang kontraktor manakala rakannya pekerja di kilang air. "Setelah disiasat, kita dapati pekerja kilang air ini pernah di buang daerah kerana terlibat dalam lapan kes dadah dan jenayah," katanya semalam. Manakala katanya, kontraktor berkenaan mempunyai dua kes sabitan lampau melibatkan kesalahan dadah dan jenayah. Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan ke atas kedua-dua suspek sama ada pernah menggunakan pistol berkenaan dalam kes tembak di sini. "Kita masih menjalankan siasatan untuk memastikan sama ada pistol tersebut pernah digunakan dalam kes jenayah atau kes tembak yang berlaku sebelum ini," katanya. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti lebih berat) 1971, jika disabitkan boleh dihukum penjara 14 tahun dan sebat tidak kurang dari enam kali. Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara, tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Sinar Harian |
Dua sahabat lemas ketika cuba selamatkan pelancong Posted: 29 Mar 2012 12:52 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BESUT - Dua sahabat mati lemas ketika cuba menyelamatkan pelancong asing yang dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pasir Panjang, Pulau Perhentian Kecil, kira-kira jam 4 petang semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dua mangsa yang maut adalah rakan sekerja dari sebuah syarikat perkhidmatan laman sesawang untuk jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Menurutnya, mangsa yang lemas adalah Ahmad Salman Reza Mohd Zali, 27, alamat di Seksyen 10 Wangsa Maju, Setapak Kuala Lumpur dan rakannya Mohd Nazrol Haniff Sobani, 26, dari Jalan Taman Melati, Kuala Lumpur. "Bagaimanapun polis belum dapat mengesahkan status pelancong asing itu sama ada dia lemas atau tidak manakala usaha mencari dihentikan petang semalam kerana hari gelap," katanya. Kamaruddin berkata, mangsa dikatakan lemas apabila tiba-tiba dihanyutkan ke tengah laut oleh arus deras ketika cuba menyelamatkan pelancong asing yang mandi di situ. Katanyakedua-dua mangsa bersama lima rakannya tiba di pulau itu kira-kira jam 10.30 pagi semalam dari Kuala Lumpur, mengikuti pakej percutian tiga hari dua malam sebelum keluar mandi bersama rakan-rakan di tempat kejadian pada jam 3 petang. Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat. Sinar Harian |
Dua beradik ditetak gara-gara dendam Posted: 29 Mar 2012 12:50 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JERTH - Dua beradik cedera di beberapa bahagian anggota badan akibat ditetak seorang lelaki menggunakan parang dalam satu kejadian di kampung Cabang Tiga, Jertih malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, mangsa berumur 28 dan 19 tahun itu cedera parah akibat tetakan tersebut. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian itu berlaku di depan rumah mangsa di Kampung Cabang Tiga, Jertih apabila mereka yang berada di situ didatangi seorang lelaki dikenali, lalu menyerang mangsa menggunakan parang. Menurutnya, kedua-dua beradik itu tidak sempat menyelamatkan diri ketika kejadian itu menyebabkan mereka cedera. "Abang mangsa cedera di lengan kanan manakala adiknya luka di dahi, bahu dan bibir akibat tetakan itu," katanya. Kamaruddin berkata, kejadian itu disedari bapa mangsa yang sedang minum di kedai kopi berhampiran apabila diberitahu dua anaknya ditetak. Menurutnya, kedua-dua mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan dikejarkan ke Hospital Besut, sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut. Polis yang melancarkan gerakan memburu suspek akhirnya berjaya memberkas lelaki berusia 28 tahun itu tidak lama kemudian, di rumah mentuanya di Felda Tenang, Hulu Besut. Kamaruddin berkata, siasatan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu dua kes mendatangkan kecederaan dan satu kes lagi curi dalam bangunan. Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasa-tan dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada perselisihan faham dan dendam. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. Sinar Harian |
Harga Minyak Naik Lagi Jika BN Menang PRU Nanti Posted: 29 Mar 2012 12:50 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Harga minyak dijangka naik kerana subsidi diguna untuk BR1M KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menjangkakan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair (LPG) akan naik dalam masa terdekat atau setidak-tidaknya selepas pilihanraya umum ke-13. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu berdasarkan tindakan kerajaan menarik peruntukan subsidi bahan api untuk disalurkan kepada peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Jawapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 13 Mac lalu dengan terang mengatakan bahawa sejumlah RM 1.92 bilion diambil daripada butiran 20, 500 B 11. Ia disahkan dan jawapan (Hansard) Perdana Menteri ada ditangan saya. "Tekanan kepada kekurangan peruntukan subsidi ini menyebabkan kenaikan harga RON95, LPG dan diesel tidak dapat dibendung lagi dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Semalam berlaku pertikaian apabila Azan membangkit isu peruntukan bahan api yang digunakan untuk BR1M semasa penggulungan jawapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai isu tambahan subsidi 10 sen kepada harga minyak. Selepas pertikaian itu, Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) mencadangkan kepada Speaker agar Azan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kononnya kerana mengemukakan fakta mengelirukan Dewan Rakyat. Azan kemudiannya tampil dengan bukti (Hansard Parlimen) yang terkandung jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 13 Mac lalu. Azan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, sekiranya kerajaan memberikan subsidi 10 sen bagi mengekalkan harga RON95, bermakna kerajaan memerlukan belanjawan tambahan yang diperuntukkan kepada subsidi bahan api. Namun setelah dirujuk kepada belanjawan tambahan yang akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada minggu ini, tidak ada peruntukan tambahan bagi menggantikan peruntukan subsidi yang dikurangkan. "Kita khuatir sekiranya tidak ada gantian peruntukan ini maka ia akan menjejaskan RON95, LPG dan diesel. (Harga minyak) akan meningkat dalam masa terdekat atau memberi kesan selepas PRU. Kerajaan perlu memberi penjelasan berkenaan isu ini," katanya. Dalam perbahasan semalam juga, Azan berkata wujud kekeliruan mengenai jumlah sebenar subsidi yang diperuntkan pada 2011. "Kementerian dan Ahli Parlimen kerajaan mengatakan perbelanjaan tidak melebihi RM20 bilion tetapi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 jumlah keseluruhan RM33.2 bilion," katanya. grennbox/- |
Warga emas jadi mangsa langgar lari Posted: 29 Mar 2012 12:49 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LIPIS - Seorang warga emas maut dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer 92 Jalan Kuala Lipis-Merapoh kira-kira jam 6.40 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Tan Saaya, 91, beralamat di Nombor 121, Rancangan Penempatan Semula Merapoh dipercayai sedang melintas jalan dari arah Stesen Keretapi Merapoh menghala ke simpang Kampung Relau. "Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menyorong basikal berseorangan dari kiri ke kanan simpang Kampung Relau. "Dalam masa sama, sebuah kereta dipercayai dari arah Merapoh menghala ke Kuala Lipis melanggar mangsa. Pemandu kenderaan terbabit kemudiannya bertindak melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Abdul Razak berkata, mangsa cedera di bahagian kaki dan turut mengalami serangan jantung akibat kemalangan itu. "Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai, Kelantan untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi semalam," katanya. Abdul Razak berkata, ketika kejadian, keadaan jalan raya kering dan persekitaran berkabus. Menurutnya, jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Merapoh, semalam. "Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sehubungan iitu, saksi kejadian diminta tampil menghubungi Inspektor Johnny James Bujang di talian 09-3122222 untuk membantu siasatan," katanya. Sinar Harian |
6 lelaki dicari bantu siasatan Posted: 29 Mar 2012 12:46 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - MANJUNG - Enam lelaki dicari bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah di sekitar daerah ini sepanjang tahun 2008 hingga kini. Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan, Ahmad Mat Isa berkata, sehubungan itu pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan enam lelaki terbabit yang berumur antara 23 hingga 53 tahun. Menurutnya, kesemua lelaki itu diperlukan bagi membantu siasatan kes pecah rumah, curi dalam bangunan, cabul, cubaan samun, kekerasan guna senjata dan tidak melaporkan diri. "Enam lelaki ini berasal dari daerah ini dan juga beberapa negeri lain. "Kita mahu masyarakat memberikan kerjasama dalam melaporkan lokasi mereka kerana kita percaya dengan penangkapan enam lelaki ini semua kes terlibat dapat diselesaikan," katanya. Ahmad berkata, enam lelaki yang dicari, Mohamad Saiful Bakhtiar Roslan, 23, beralamat di Jalan Mewah Taman Mewah, Kamunting bagi kes pecah rumah; Wong Tun Chai, 53, alamat Jalan Mak Dayang Cuka, Kemaman Terengganu (kes cabul) dan Nasrizuan Kamarudin, 26, alamat Bandar Baru Seri Manjung bagi (kes curi dalam bangunan). Manakala, M Ravishankar, 48, alamat No 51 Laluan Perpaduan Selatan 6 Taman Malar (kes cuba samun); R Kaliyappan, 41, alamat Ban Joo Seng, Pundut, Lumut (kes kekerasan guna senjata) dan Mat Daud Awang, 35, alamat Taman Dusun Dataran Usahawan, Gua Musang bagi kesalahan tidak lapor diri. Katanya, gambar enam lelaki itu akan dipamer di kawasan tumpuan ramai bagi memudah usaha mengesan mereka. "Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Manjung di talian 05-688 6222 atau Pegawai Penyiasat Kanan IPD Manjung 019-575 3207 atau Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung 019-448 3377," katanya. Sinar Harian |
Kecewa dapati wang gaji lesap Posted: 29 Mar 2012 12:44 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA KANGSAR - Hanya kerana satu panggilan telefon, seorang jururawat, Nor Haslina Ngah Awi, 41 tidak sempat merasa wang gaji yang lesap begitu sahaja daripada akaun simpanannya. Nor Haslina berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 25 Mac lalu dan ketika itu dia telah meminta suaminya, Mohd Jamili Ibrahim, 44 mengeluarkan wang daripada mesin autoteller (ATM) di sebuah bank, di sini. "Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh suami, dia tidak dapat mengeluarkan wang berkenaan kerana baki wang simpanan dalam akaun itu hanya RM10.73. "Setelah dimaklumkan, saya bersama suami telah bergegas ke bank berkenaan untuk memeriksa penyata mini dan mendapati terdapat transaksi keluar sebanyak RM2,000 pada tarikh 22 Mac 2012," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Kandang Hilir, di sini, kelmarin. Menurut Nor Haslina, dia dan Mohd Jamili tidak pernah membuat sebarang pengeluaran wang pada tarikh berkenaan, yang juga tarikh kemasukan gajinya. Katanya, pengeluaran wang berkenaan dipercayai dilakukan melalui perbankan Internet dan dia mendakwa pernah menerima satu panggilan dari sebuah syarikat telekomunikasi gergasi pada Disember tahun lalu. "Panggilan berkenaan memaklumkan saya telah memenangi wang tunai sebanyak RM5,000 dan saya diminta ke mesin ATM serta mengikut segala arahan yang diberikan. "Saya rasa panggilan itu ada kaitan dengan kehilangan wang saya dan percaya ia dibuat oleh satu sindiket penipuan. Namun saya terkilan bila pihak bank enggan bertanggungjawab," katanya. Dia juga kesal kerana bank berkenaan tidak memberi penjelasan terperinci dan hanya memaklumkan perkara seumpama itu biasa terjadi serta tiada sebarang tindakan dapat dilakukan walaupun membuat laporan polis. Sementara itu, Mohd Jamili memaklumkan isterinya telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar dan mereka turut merasa kecewa apabila dimaklumkan sistem perbankan Internet tidak dapat dihentikan. "Disebabkan kekecewaan dan tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan, isteri saya telah mengoyakkan buku bank serta menutup akaun berkenaan. "Saya harap kejadian ini tidak lagi berlaku kepada orang lain," katanya. Sinar Harian |
Makan berlauk lipas Posted: 29 Mar 2012 12:41 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - IPOH - Tiga sekeluarga yang sedang enak menjamu selera di sebuah kedai makan di Bandar Baru, Kuala Kangsar dekat sini pagi semalam tersentak apabila salah satu pinggan hidangan mereka turut 'disajikan' dengan seekor lipas mati. Che Abidin Ajib, 52, mendakwa insiden itu berlaku pada jam 10.30 pagi sewaktu dia bersama isteri dan anak lelakinya menikmati sarapan pagi di kedai berkenaan. Beliau yang menetap di Sungai Siput bersama keluarganya mendakwa selalu mengunjungi kedai makan tersebut yang dikendalikan oleh warga Kemboja yang sudah lama menetap di negara ini. Kakitangan kerajaan itu mendakwa, sewaktu kejadian, isterinya, Sharifah Safura Syed Isa, 36, sedang menikmati kuey teow goreng sebelum menemui lipas itu di dalam pinggan tersebut. "Kira-kira enam bulan lalu, saya pernah menemui telur lipas di dalam minuman di kedai yang sama namun tidak menyangka kejadian yang lebih kurang sama berlaku pada hari ini (semalam). "Setibanya isteri saya di rumah, dia terus muntah kerana berasa jijik dengan penemuan serangga itu," katanya ketika hadir di Pejabat Sinar Harian, semalam. Che Abidin turut bertindak memberitahu pemilik kedai terbabit berhubung penemuan lipas tersebut. "Bagaimanapun, pemilik kedai hanya meminta maaf dan berkata ia mungkin kecuaian pekerjanya sewaktu menyediakan makanan," katanya. Katanya, harga makanan dan minuman yang berjumlah RM18 juga turut dibayar kerana dia tidak mahu perkara itu terus berpanjangan. "Saya malas untuk bertegang urat dengan pemilik kedai itu dan bertindak meninggalkan premisnya dengan segera. "Oleh itu, saya berharap premis yang menjual makanan perlu menjaga kebersihan secara keseluruhan agar perkara sebegini tidak akan berulang ke atas orang lain," katanya. Sinar Harian |
Google Maps Malaysia memudahkan perjalanan Posted: 29 Mar 2012 12:40 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR — Google Malaysia hari ini memperkenalkan tiga penambahan utama kepada Google Maps, membolehkan pengguna di Malaysia merancang dengan lebih baik perjalanan mereka dan mencari maklumat tepat masa. Penambahan itu adalah dua lapisan baharu, Traffic dan Transit, serta antara muka Bahasa Malaysia. Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia berkata, dengan membuka lapisan Trafik di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera sama ada jalan raya sesak atau bergerak lancar berdasarkan kepada kod warna. "Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar. "Lapisan baharu ini memudahkan pemandu untuk merancang laluan alternatif ke destinasi mereka," katanya pada taklimat media di sini, hari ini. Transit menyediakan maklumat mengenai perjalanan menerusi sistem pengangkutan awam Malaysia di Google Maps.- BERNAMA |
Tanam Pokok Ganja: Tiga Rakyat Malaysia Di Melbourne Ditahan Posted: 29 Mar 2012 12:40 AM PDT 6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - MELBOURNE: Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta. Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave. Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen. Polis telah mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial.Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama. Salah seorang daripada mereka telah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan. Yang turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama beserta 10 kes mencuri. Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa. Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas. -BERNAMA |