KUALA LUMPUR: Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang membuat kajian berhubung kadar kes tembak-bunuh mendapati purata sejumlah dua kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini.
Kajian yang dibuat itu mengutip kes bermula Januari hingga Julai tahun ini.
Berikut antara kes yang direkodkan dengan perkiraan "anggaran konservatif minimum berdasarkan liputan berita".
31/7/13 [Parit Buntar]
Seorang lelaki, N. Jeevandran, 26, yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.
29/7/13 [Bukit Mertajam]G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang.,
29/7/13 [Kuala Lumpur]Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan. Beliau berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian .
29/7/13 [Ipoh]Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia 55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan mangsa-mangsa sedang minum di restoran dekat Kampung Simee bersama kawan dan dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.,
27/7/13 [Jempol]Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.Mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.,
26/7/13 [Temerloh]Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk dirawat.
24/7/13 [Kluang]Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak.Kejadian itu berlaku apabila mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.
Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang.
19/7/13 [Semanggol]Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol. Nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong, Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.,
18/7/13 [Kulim]Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi.,
15/7/13 [Kampar]Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13 tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.
Mangsa mengalami cedera diperut sementara anaknya mengalami kecedraan di paha sebelah kanan apabila peluru yang mengenai bapanya tembus sebelum mengenainya yang ketika itu berada di belakang mangsa.
12/7/13 [Pulau Pinang]Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin. Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selain kepalanya cedera akibat terkena serpihan peluru.
8/7/13 [Bachok]Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu.,
4/7/13 [Pulau Pinang]Dua suspek yang memakai topi keledar ketika melakukan jenayah itu dipercayai melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa, K Kuganeswaran, 30, dari jarak dekat.,
4/7/13 [Pasir Mas]Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.
14/6/13 [Kuala Kurau]Seorang peniaga, Lim Kong Hai, 52 cedera parah di bahagian perut setelah ditembak salah seorang anggota kumpulan itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau.
6/6/13 [Muar]Tan Chai Heng, 51, dengan kesan tembakan di muka ditemui terbaring di taman itu, kira-kira 30 meter dari rumahnya. Berdasarkan kepada kecederaan pada bawah mata kanannya, kita percaya mangsa telah ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat sebelum mayatnya dijumpai oleh jirannya.,
4/6/13 [Taiping]Seorang pemilik bengkel kereta Govindaraju @ Murthy, 36 mati sementara rakannya A. Manivannan,cedera selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya. Suspek dipercayai telah melepaskan tiga das tembakan dan mereka datang menggunakan motosikal serta bertopi keledar.
12/5/13 [Bukit Tambun]Dua lelaki S. Kannan, 37 dan G. Suresh, 28 maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, dipercayai berkaitan perniagaan. keempat- keempat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri upacara perkahwinan rakan mereka di sini. ,
11/5/13 [Seremban]Dua lelaki mati, P Chalidass, 29 dan G Surentharan, 31, manakala dua rakan mereka parah ditembak dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat pusat bandar.,
11/5/13 [Cheras]Polis sukarelawan, N. Saravanan dan kawannya Tamil Selvam, kedua-dua berumur 29 tahun ditembak tercedera selepas satu pertengkaran.,
11/5/13 [Lunas]Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh, Thangaraja, 31 ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.,
10/5/13 [Alor Setar]Seorang penarik kereta, M. Nagenthiran, 30 maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya. Satu tembakan dikesan di bahagian kepada dan dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran.,
9/5/13 [Tangkak]Seorang jurutera, Muthu Pillai, 41, dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit.
7/5/13 [Nibong Tebal]Tan Hock Chin 47 tahun, seorang yang aktif dalam Ronda Keselamatan Sukarela kawasan taman - taman perumahan sedang minum bersama 2 orang rakannya di kawasan kaki lima restoran tersebut. Tiba - tiba muncul seorang lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa lalu menembak kearah kepala mangsa. ,
30/4/13 [Taiping]Seorang peniaga barang lusuh yang berusia 26 tahun hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan rumahnya. Tembakan yang dilepaskan tersasar dan dalam keadaan kelam-kabut kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.,
26/4/13 [Cheras]Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Manakala ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.
26/4/13 [Putrajaya]Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya. Mangsa ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
25/4/13 [Tampin]Seorang runner bagi JPJ, N. Ragunathan yang berumur 39 tahun ditembak mati dalam keretanya oleh salah sorang daripada dua orang yang bermotosikal.
16/4/13 [Taiping]Mangsa, K Muthazagen, 47, maut apabila peluru yang ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang makan bersendirian di sebuah kedai di kawasan itu tanpa menyedari kehadiran suspek.
14/4/13 [Seremban]Tan Kok Soon, 56, ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland.,
12/4/13 [Seremban]Mangsa, James John, 45, ditembak mati dalam keretanya di sekitar lampu isyarat Taman Sri Labu oleh dua orang penembak yang bermotosikal.
Sumber: Harakah Daily