N50 Dun Sri Muda |
Kerajaan Harus Tangani Defisit Fiskal Jika Tidak Ekonomi Negara Bakal Terjejas Posted: 02 Aug 2013 02:06 AM PDT KUALA LUMPUR 1 Ogos: Penilaian unjuran kredit Malaysia terkini oleh agensi penarafan, Fitch adalah membimbangkan meskipun tidak menghairankan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rating Fitch dilapor menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal. "Kami menegaskan pengurusan ekonomi kerajaan terutama berkaitan soal pembaziran dalam perbelanjaan yang dibuat tanpa ketelusan serta kebertanggungjawaban akan membawa kita ke lembah kehancuran," kata Anwar. "Sebelum pilihan raya umum ke-13, penganalisis bebas telah menimbulkan paras hutang kepada pendapatan perkapita negara iaitu kira-kira 237 peratus pada tahun 2012 dan kita terlalu bergantung pada hasil minyak, tetapi kawalan media oleh Umno-BN menggambarkan pengkritik sebagai pengkhianat kepada kestabilan ekonomi," ujarnya. Katanya, tanpa membetulkan keadaan itu, Najib menyebabkan negara mengalami defisit fiskal lebih besar. Oleh itu, ketika hutang negara meningkat mendadak, jaminan hutang kerajaan hampir RM150 bilion pada 2012 berbanding RM96.9 bilion pada tahun 2010 tidak diambil kira dalam pengiraan defisit belanjawan negara, menunjukkan analisis ekonomi dan kewangan berat sebelah. "Dalam hal ini, kami menyeru kepada Najib untuk berhenti menipu rakyat dengan mengatakan kononnya 'nisbah hutang-KDNK stabil' sedangkan realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah karpet," kata Anwar menunut tindakan pemulihan segera diambil perdana menteri. KD |
Pengangkutan Awam Di Selangor Akan Dipertingkatkan Demi Rakyat Posted: 02 Aug 2013 01:46 AM PDT Kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mencari kaedah bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar), berkata jawatankuasa yang diketuai olehnya dengan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selagor sebagai sekretariat itu akan memastikan penduduk di Selangor menikmati perkhidmatan pengangkutan awam berkesan tanpa perlu menggunakan kenderaan persendirian. "Kami sedar peningkatan kenderaan persendirian membawa kepada kesesakan lalu lintas teruk dan kemalangan jalan raya. Satu sistem pengangkutan awam yang berkesan diperlukan untuk mengatasi masalah itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat negeri Selangor sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Sungai Rasau di Klang hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan