Nuffnang

Nurul Izzah Anwar

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:30 PG

Nurul Izzah Anwar


Surat Permohonan & Rayuan Temph Masa Pembayaran Tunggakan Sewa Rumah Penghuni PPR Muhibbah

Posted: 03 Aug 2013 02:44 AM PDT

Rujukan Anda :
Rujukan Kami : P121LP/13/07/033(01)
Tarikh : 31 Julai 2013 / 22 Ramadan 1434H

Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Muhammad Ghazali Bin Nur
Pengarah
Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti
Tingkat 4, Menara DBKL 3
Bandar Wawasan
Jalan Raja Abdullah
50300 Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Muhammad Ghazali,

PERMOHONAN DAN RAYUAN TEMPOH MASA PEMBAYARAN TUNGGAKAN SEWA RUMAH PENGHUNI PPR MUHIBBAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.

Saya ingin menarik perhatian Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Muhammad Ghazali berhubung dengan notis dan Operasi Kunci ke atas unit kediaman awam terutama di kawasan PPR Muhibbah.

Saya mengambil maklum penjelasan Yang Berbahagia Tuan Pengarah kepada saya berhubung dengan masalah tunggakan sewaan rumah ini. Saya juga telah menerima surat maklumbalas berhubung dengan tunggakan sewa ini termasuk juga beberapa kaedah/cara untuk pembayaran bagi penyewa yang mempunyai masalah kewangan.

Sehubungan dengan itu, saya memohon daripada pihak Yang Berbahagia Tuan Pengarah dan Jabatan untuk memberikan pertimbangan kembali terhadap operasi kunic air yang sedang dijalankan di PPR Muhibbah. Ini mengambil kira pertimbangan kita di waktu-waktu akhir bulan Ramadhan, kesukaran tentunya wujud tambahan lagi bagi penghuni dari kalangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Oleh yang demikian, saya juga mencadangkan agar satu pertimbangan semula daripada pihak Yang Berbahagia Tuan Pengarah dan memberikan tempoh masa bagi penghuni yang mempunyai masalah kewangan untuk memohon opsyen-opsyen yang telah dinyatakan daripada pihak DBKL sendiri.

Tambahan lagi, pihak Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti sewajarnya membudayakan penyewa-penyewa untuk membayar sewaan rumah mengikut ketetapan dan prosedur sedia ada dan memungkinkan tidak berlaku tunggakan melampau seperti kes-kes di PPR Muhibbah ini.

Saya juga mengharapkan agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga dapat menasihati ahli politik yang mengawal selia DBKL agar tidak menggunakan kuasa yang ada untuk memberikan janji atau penangguhan bayaran sewaan pada masa akan datang agar perkara/kes sebegini tidak lagi berlaku.
Saya amat berharap agar dapat diperhalusi perkara ini sebaiknya. Segala kerjasama didahului dengan ucapan penuh penghargaan.

" Demi Rakyat "
" Lembah Pantai Sejahtera "

Sekian. Wassalam.

Yang berkhidmat,

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

S.k:
Yang Berbahagia Datuk Hj. Mhd. Amin Nordin Bin Abd. Aziz
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi
Tingkat 2,Menara DBKL 3
Jalan Raja Abdullah
50300 Kuala Lumpur

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP