Air: Selangor siap hantar tawaran kepada konsesi Posted: 13 Feb 2013 12:40 AM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM: Tempoh 14 hari untuk Kerajaan Persekutuan memberi maklum balas kepada hasrat Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih perkhidmatan air akan tamat minggu hadapan. "Oleh itu, kita menyeru Kerajaan Persekutuan untuk bertindak secepat mungkin memandangkan isu penyusunan semula industri air ini melibatkan kepentingan rakyat," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, kerajaan negeri menegaskan ini bukanlah pengambilalihan biasa syarikat komersil. Ini, jelasnya adalah kerana perjanjian konsesi air melibatkan tiga pihak iaitu Syabas, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat. Beliau menambah, urusniaga sepatutnya tidak boleh berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat juga perlu diberi keutamaan. "Justeru, kita menyeru kerajaan Pusat yang memiliki Golden Share atau saham emas dalam Syabas menggunakan kuasanya bagi memastikan Syabas menerima tawaran kerajaan Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Jelasnya lagi, kerajaan negeri sudah menyediakan surat tawaran kepada syarikat konsesi dan berharap mereka tidak menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran ini. Katanya lagi, kerajaan negeri berulang kali menyatakan bahawa syarikat konsesi boleh membawa perkara ini kepada Timbangtara Antarabangsa bagi mendapatkan pampasan yang sewajarnya. Menurut Khalid lagi, kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelan dan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan negeri selepas mengambilalih perkhidmatan air ini pada Forum Air Untuk Rakyat yang akan diadakan selama 10 hari bermula 18 Februari sehingga 28 Februari di seluruh negeri. Katanya, antara mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin. "Kita akan mengiklankan tarikh dan tempat forum air ini akan diadakan di beberapa akhbar utama untuk memudahkan rakyat merancang dan membuat persediaan awal. "Kita berharap rakyat dapat menggunakan forum air ini sebagai platform untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berhubung isu air di Selangor dan Lembah Klang," katanya lagi. harakahdaily/- |
‘Berpantang’: Gesaan Husam sangat tepat Posted: 13 Feb 2013 12:38 AM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Jika hari mengundi penghujung bulan depan, seperti diramalkan oleh pelbagai pihak, maka kesempatan yang ada pada PAS/Pakatan Rakyat untuk bersiap menghadapi hari penentuan itu sudah sangat singkat.
Sedangkan hingga kini, masih wujud kekeliruan dari kalangan sesetengah pengundi Melayu baik di luar bandar mahupun di bandar sendiri.
Terutamanya mengenai beberapa isu yang menyentuh ras dan agama. Kerana itu ia mesti ditangani dengan sebijaksana mungkin dengan diberikan
penerangan yang jelas dan meyakinkan, bahawa Pakatan Rakyat, khususnya PAS mempunyai jawapan yang sangat munasabah mengenai masalah ini, berdasarkan pendekatan Islam yang mampu mendepani masyarakat majmuk di Malaysia.
Setakat ini, penerangan yang diberi oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Dato' Seri PresidenTuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Dato' Haji Mustafa Ali dan pimpinan PAS yang lain sangat meyakinkan dan berjaya meredakan keadaan. Tetapi, seperti dijangka, walaupun sudah diberi jawapan, isu ini akan terus dibangkitkan lagi oleh musuh Pakatan Rakyat yang mungkin berlarutan hingga sehari sebelum hari pengundi.
Oleh itu, pada pendapat saya, ingatan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya PAS/Pakatan rakyat mesti berhati-hati dan tidak membuat sebarang kesilapan dalam apa bentukpun. Katanya, PAS semestinya meletakkan dirinya seperti berada dalam tempoh 'berpantang' selama 90 hari sebelum menghadapi PRU akan datang.
Beliau mengingatkan, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13 ini.
"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia. Oleh itu, sewaktu berpantang, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya.
Ini ingatan penting Datuk Husam ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel di Selangor baru-baru ini yang mengumpulkan semua tenaga kerja pilihan raya PAS di Selangor.
Daripada pelbagai laporan terkini yang diterima, Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang dalam PRU akan datang. Oleh itu, pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dan jangan sama sekali melakukan kesilapan, justeru sebarang kesilapan sangat mahal harganya untuk dibayar oleh Pakatan seperti yang dtegaskan oleh Datuk Husam.
Naib Prediden PAS yang dinamik ini dengan pengalaman dan kematangan politiknya tentu boleh membaca dengan tepat, kalaupun tidak setepat-tepatnya, alam situasi yang ada sekarang. Justeru empoh masa sebulan dua ini, adalah tempoh yang sangat kritikal. Maka para pengundi sedang mengamati dengan serius perkembangan yang berlaku di tanah air untuk membuat pilihan.
Hendaknya dalam tempoh 'berpantang' ini tidak akan bermunculan pelbagai kenyataan, terutama di media musuh, mengenai pelbagai isu kontroversi, yang dikira boleh mengelirukan atau disalah tafsir oleh pihak tertentu. Seperti diketahui bukan mudah untuk membetulkan atau menjelaskan kenyataan yang telah dikelirukan.
Perlu diketahui bahawa dengan ragam media musuh yang sedemikian rupa, begitu mudah sekali mereka mengeksploitasi pelbagai kenyataan Pakatan Rakyat. Memanglah dalam karenah politik bahawa 'Silence is golden' selalunya tidak tepat, justeru politik ialah mengenai tindakan dan penerangan ideologi, cita-cita dan harapan, perancangan jangka pendek dan jangka panjang dan sebagainya sesebuah parti politik. Semua ini perlu dinyatakan dengan meluas kepada rakyat.
Namun politik itu mempunyai ciri-ciri strategi, keterbatasan, antaranya, ada ketikanya pelaku politik itu diperlukan 'membisu' dalam waktu tertentu untuk muslihat strategi menghadapi musuh, walaupun tidak dalam semua waktu dan keadaan.
Dalam situasi di negara ini yang akan menghadapi PRU, maka pendukung Pakatan Rakyat diperlukan 'mengekang' keinginan untuk bercakap atau mengeluarkan kenyataan yang dikira boleh menimbulkan kontroversi serta merugikan Pakatan sendiri.
Sebab itu, ingatan Datuk Husam supaya pendukung PAS 'berpantang' dan jangan membuat sebarang kesilapan dalam waktu terdekat ini, adalah satu ingatan ikhlas yang datang dari seorang tokoh politik berpengalaman, cerdas dan mempunyai pandangan jauh ke depan.
Sementara itu, tinjauan yang diterima dari pelbagai pihak ialah bahawa masih wujud kira-kira 30% pengundi generasi muda hingga kini masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengundi parti mana. Ini bermakna jumlah pengundi generasi baru yang belum membuat keputusan telah menurun 10%.
Mungkin dalam seminggu dua lagi akan semakin bertambah jumlah pengundi baru yang sudah membuat keputusan dan ada isyarat bahawa pengundi muda ini – termasuk mahasiswa - cenderung kepada Pakatan Rakyat. Ini, antara lain, disebabkkan kebencian mereka terhadap kegiatan politik samseng dan ganas yang menjadi-jadi akhir-akhir ini.
Generasi baru ini mahukan sebuah suasana yang tenang dalam pelbagai program parti, untuk mendengar hujah-hujah parti politik yang bertanding. Kerana itu mereka sangat berhajat untuk mendengar debat politik yang biasa diadakan di negara luar setiap kali pilihan raya.
Adapun pengundi wanita yang besar jumlahnya di seluruh negara yang kebanyakannya menyokong BN, sama sekali tidak akan mengecewakan Pakatan Rakyat. Ini kerana, menurut tinjauan, sudah ramai pengundi tersebut, terutamanya di bandar dan semi bandar, mulai beralih arah dan mahukan perubahan hasil dari penerangan berterusan dari Pakatan Rakyat, khususnya dari wanita Pakatan sendiri. harakahdaily/- |
Polisi baru Petronas sisih syarikat bumiputera Posted: 13 Feb 2013 12:31 AM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mendesak kerajaan agar polisi baru yang berkaitan dengan anugerah tender yang kini berjalan di bawah Presiden dan CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas disemak semula. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, walaupun CEO Petronas tersebut ada menyatakan mahu melakukan reformasi besar dalam pengurusan Petronas, namun perubahan polisi yang menyisihkan syarikat tempatan dan syarikat bumiputera bukanlah perubahan yang dapat diterima. "Berdasarkan perkembangan terkini yang melibatkan penganugerahan konsesi Petronas kepada syarikat asing, peranan Petronas untuk meningkatkan penyertaan syarikat bumiputera dalam industri minyak dan gas kini terjejas," ujarnya dalam satu kenyataan. Kenyataan beliau selanjutnya seperti di bawah. Perubahan dari polisi yang asal kepada yang baru dalam Petronas jelas tidak memenuhi aspirasi Petronas untuk membantu membina keupayaan syarikat kontraktor tempatan terutama syarikat bumiputera untuk aktif dalam industri minyak dan gas. Kami mengikuti perkembangan sebuah syarikat luar Technip yang telah membolot konsesi yang besar dari projek tanpa tender dan tender tertutup Petronas sehingga banyak syarikat bumiputera yang dahulu dapat turut serta dalam industri hiliran minyak dan gas kini tersisih. Kami amat prihatin bagaimana sebuah GLC gergasi yang merupakan agensi tulang belakang ekonomi negara kini semakin menyisihkan peranannya untuk membantu bumiputera untuk maju dalam industri berkenaan. Kami menggesa bahawa kategori yang khusus untuk vendor bumiputera sepatutnya diteruskan, bukan membatalkan pelesenan yang biasa untuk penyertaan syarikat bumiputera seperti yang berjalan dalam polisi yang asal. Petronas yang selama ini mewujudkan Program Pembangunan Vendor (VDP) tidak sepatutnya memberhentikan polisi ini malah harus diperkemaskan serta dikukuhkan. Teras tidak dapat menerima perubahan polisi di bawah kepimpinan Petronas kini yang memberi keutamaan kepada syarikat luar. Kami dimaklumkan Program Pembangunan Fabrikasi dihentikan untuk syarikat tempatan. Ini sangat bertentangan dengan dasar mengutamakan syarikat tempatan yang seharusnya diberi ruang dan peluang mengukuhkan keupayaan syarikat bumiputera. Soalnya apakah syarikat luar terjamin mampu melaksanakan program fabrikasi yang belum tentu sempurna berbanding jika ia diberi kepada syarikat tempatan? Ternyata kepimpinan Petronas sekarang yang tidak menjiwai perjuangan memperkasa syarikat Melayu untuk industri penting dalam negara ini akan menjejaskan matlamat memperkasa syarikat Melayu. Kepimpinan pengurusan Petronas dengan ini harus disemak semula. Jawatan "Executive Vice President" (Exploration and Production Bussiness) hendaklah terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam urusan industri minyak dan gas di kalangan kakitangan Petronas sendiri yang sekaligus memahami aspirasi Petronas. Malah Pengarah Urusan dan CEO Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) milik negara yang bukan dari rakyat Malaysia seharusnya disemak semula kerana ada ahli professional tempatan yang layak untuk menjawat jawatan strategik tersebut. Keuntungan MMHE di bawah CEO yang ada sekarang semakin menurun sejak 2 tahun kebelakangan ini, oleh itu pihak pengurusan atasan Petronas harus menjelaskan kenapa ini boleh berlaku. Dominique De Saros yang diberi jawatan CEO di MMHE sejak 1 Februari 2011 pernah memegang jawatan President Subsea dalam Technip sejak Oktober 2007. Technip adalah sebuah syarikat asing berpusat di Perancis kini diberi keutamaan dalam semua tender tertutup dalam industri minyak di Malaysia melalui MMHE. Syarikat Technip yang melibatkan bidang kejuruteraan, pembinaan dan perkhidmatan, bertaraf global ini terlibat dengan kes rasuah di Nigeria untuk mendapat projek bernilai USD6 bilion. Ia didapati bersalah pada tahun 2010 oleh Securities and Exchange Commission US berkaitan dengan Foreign Corrupt Practices Act (FCPA). Technip terpaksa membayar USD 338 juta untuk menyelesaikan kes rasuah tersebut. Ia didapati merasuah pegawai kerajaan Nigeria sepanjang tempoh 10 tahun untuk mendapat kontrak. Suatu siasatan oleh SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti Bursa Saham KL terhadap semua tender MMHE yang diberi kepada Technip hendaklah dijalankan untuk mengenalpasti sama ada ada kepentingan peribadi terlibat dalam penganugerahan tender. Kami berpandangan mereka yang menjawat jawatan kanan dalam pengurusan Petronas perlulah mempunyai komitmen yang tinggi untuk merealisasikan matlamat meningkatkan penyertaan syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas. Pengurusan oleh warga asing tidak menjamin kepentingan bumiputera diutamakan seperti terbukti dalam perlaksanaan polisi baru yang kini sedang digunapakai oleh Petronas. Pemberian konsesi kepada syarikat luar iaitu Technip yang dipersoalkan kepakaran dan rekod pencapaiannya adalah sangat dikesali. Bukan sahaja Petronas telah mengenepikan syarikat tempatan malah ia telah mengadai khazanah negara kepada syarikat asing. Jikapun syarikat bumiputera tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi apakah pihak agensi yang berkenaan seperti Pemandu dan MTEM tidak boleh membantu meningkatkan keupayaan mereka melalui pengawasan yang rapi? Pemberian lesen dan tender Petronas kepada syarikat tempatan sememangnya patut disaring dengan rapi tetapi kami berpendapat syarikat tempatan terutama syarikat Melayu tetap perlu diutamakan bagi memberi peluang kepada syarikat bumiputera untuk membangunkan kemahiran dalam sektor ini. Kami yakin ramai anak Melayu yang sudah mampu mengendalikan operasi korporat gergasi seperti Petronas dan MMHE setelah sekian lama industri minyak dan gas bertapak di negara ini. TERAS juga mengingatkan anak-anak syarikat Petronas di luar negara yang berpotensi besar dan memberi keuntungan tidak dijual dan digadaikan memandangkan peluang ekonomi di peringkat antarabangsa semakin mengecil untuk diterokai kembali. TERAS menuntut supaya Presiden/CEO Petronas mengambil perhatian terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Dasar membuka ruang kepada syarikat asing dan warga asing menguruskan industri minyak dan gas akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Rakyat akan terus meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan jika wang Petronas dibolot oleh warga dan syarikat asing. Jika kerugian ini terus diselindung, rakyat akan menunjukkan amarahnya dalam Pilihan raya Umum ke-13 akan datang. harakah/-
|
Beranak tepi jalan Posted: 13 Feb 2013 12:29 AM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
London: Seorang ibu hamil bukan saja melahirkan anak di tepi jalan di luar sebuah pusat beli-belah, tetapi keseluruhan aksinya itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Kim Leighton, 25, melahirkan anak perempuan, Leanne di laluan kaki lima berhampiran pusat beli-belah Eden di High Wycombe, Buckinghamshire jam 2 pagi baru-baru ini.
Kim dibantu ibunya, Sue, 54. Beberapa pengawal keselamatan dari pusat beli-belah terbabit bergegas ke tempat kejadian dengan selimut selepas mengesan detik cemas itu di CCTV pusat beli-belah itu.
Pasangan Sue, Paul dan anak lelaki Kim, Lewis yang berusia empat tahun turut berdiri di sampingnya untuk mengalu-alukan kehadiran bayi baru itu. PARAMEDIK tiba untuk membantu Kim dan bayinya. Kim berkata, dia merancang untuk menunjukkan rakaman video itu kepada anak perempuannya kelak yang turut mempunyai nama tengah Eden sebagai penghargaan kepada tempat bayi itu dilahirkan.
Kim tinggal di pangsapuri berdekatan pusat beli-belah itu. Ketika ibunya membantu dia menuruni tangga untuk ke hospital, Kim dapat merasakan bayinya seperti hendak keluar.
Kim berkata: "Ibu saya berkata 'Tidak, belum lagi' tetapi saya dapat merasakan dia ingin keluar, jadi saya tanggalkan seluar panjang saya di tepi jalan. Saya meneran dan bayi saya kemudian menggelongsor ke tangan ibu saya.
"Pengawal keselamatan berkenaan melihat apa yang berlaku di CCTV dan segera bergegas membawa selimut dan menenangkan saya hingga ambulans tiba," katanya.
"Buat masa ini, tempat lahir Leanne dicatatkan sebagai 'lain-lain', jadi saya perlu menjelaskan dan menunjukkannya rakaman video itu. Sungguh hebat kerana aksi itu sangat jelas dalam video terbabit.
"Kawan dan ahli keluarga saya tidak percaya apabila saya beritahu mereka cerita itu," katanya. - Daily Mail
|
Kroni PM lelong tanah rakyat Johor kepada pelabur asing Posted: 13 Feb 2013 12:24 AM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
SKUDAI 13 FEB: Tanah rakyat Johor yang dirembat secara haram sedang dilelong kepada pelabur asing oleh kroni Perdana Menteri untuk pembangunan bersepadu Iskandar Malaysia, kata Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim.
Dedah beliau, semua tanah berkenaan dilelong kepada pelabur Eropah, China, Hong Kong dan Singapura. Akibatnya, penduduk yang memiliki plot tanah kecil menjadi mangsa rampasan secara sistematik selepas disatukan atas nama pembangunan tersebut.
"Dari Sungai Danga, Sungai Perling sampai ke Tanjung Pelepas, kebanyakan tanah diberi pada KPRJ (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor).
"Tapi bukan KPRJ yang bangun dan uruskan. Tanah ini digadai kepada Danga Bay yang dipunyai Lim Kang Hoo, kroni Najib Razak dan Ghani Othman," kata Hasan.
"Dulu DPMJ (Dewan Perniagaan Melayu Johor) nak majukan, tapi ditolak. Sekarang di Lido Boulevard, dari depan Masjid Abu Bakar sampai Marin Shahbandar dimiliki tauke judi, Vincent Tan," katanya lagi pada Ceramah Umum KEADILAN di Taman Skudai Indah, di sini semalam. "Rumah di Iskandar ini pun bukan untuk rakyat biasa, tetapi untuk orang-orang kaya. Harga jutaan ringgit. Adakah rakyat biasa mampu beli?" soal Hasan. "Yang ada sekarang ini pun, ramai tak mampu beli rumah," sambungnya disahut sorakan 'betul' hadirin. Hasan sebelum itu bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ke Forum Perdana Isu Tanah Di Negeri Johor di Hotel Li Garden, Pasir Gudang.
Menurut Hasan, berbanding Johor, Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat lebih proaktif menyelesaikan masalah pemilikan tanah.
"Kalau duduk 10 tahun, kerajaan (Selangor) beri geran. Di Johor, ada yang duduk 40 tahun masih tak dapat hak milik.
"Di Selangor, Menteri Besar dan pegawai pejabat tanah turun padang. Di Johor, dah buat temujanji dengan D.O (pegawai daerah) pun, susah nak jumpa," kata Hasan.
Isu tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan Rakyat menuntut kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan pengambilan melibatkan puluhan kes termasuk Iskandar Malaysia.
Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai Kiri dan puluhan lagi.
keadilandaily/- |
Nelayan serbu pesta mentaran Posted: 13 Feb 2013 12:22 AM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Sebahagian penduduk yang selesai memungut mentarang selepas mendapati air pasang mula membanjiri laut. Mentarang yang diperolehi oleh seorang pemungut. Rohani Mat (kiri), menimbang mentarang yang diperolehi oleh pemungut mentarang di persisiran pantai berdekatan. Dua pelancong luar negara dari Switzerland ini juga tertarik dan menanyakan sesuatu kepada pemungut mentarang. KUALA PERLIS - Lebih 100 nelayan menyerbu kawasan pantai di Sungai Belati Simpang Empat sehingga ke Kuala Perlis dekat sini, disebabkan kemunculan sejenis siput yang dikenali sebagai mentarang yang jarang ditemui sebesar lima inci dan lebar hampir tiga inci sejak hampir seminggu yang lalu. Habitat mentarang yang gemar di kawasan berselut atau berlumpur menjadikan pesisir pantai berkenaan seolah-olah menjadi tapak pesta oleh si pencari siput berkenaan apabila musimnya yang tidak menentu tiba. Difahamkan, pencari dan peraih mentarang kini mampu meraih pendapatan sehari mencecah RM300 hingga RM400 sepanjang musim mentarang menjadi. Hasil pendapatan meningkat Peraih mentarang, Rohani Mat, 45, berkata, apabila tiba musim mentarang dia memungut hasil berkenaan daripada pengutip siput sebanyak 80 kilogram sehari untuk dijual kepada orang ramai. "Mentarang itu akan dijual RM10 sekilo, manakala ditolak kepada pemungut siput RM6 dan komisen saya terima hanya RM4 sekilo mengikut berat dan saiz berbeza. "Jadi maknanya saya memperoleh pendapatan bersih hampir RM400 sehari dan mampu memperoleh hasil lumayan ketika munculnya mentarang yang sebesar itu," katanya ketika ditemui Sinar harian. Namun, katanya, jika ramai yang menjualnya, harga siput itu akan lebih murah dan orang ramai mampu membelinya dengan harga RM7 sekilo tetapi dia menjualnya berdasarkan saiz dan berat siput berkenaan. Rohani berkata, dia tidak menjangka mentarang itu muncul ketika musim cuti Tahun Baru Cina kerana sebelum ini apabila tiba musim cuti pendapatannya tidak menentu malah, sehari dia hanya memperoleh RM50. Menurutnya, biasa dia menjual pelbagai jenis ikan seperti ikan belanak, belangkas, sembilang dan sebagainya, namun dia bersyukur kerana rezeki itu mungkin untuk mereka yang hanya mencari pendapatan hasil laut di kawasan sini. "Mentarang antara makanan laut yang digemari ramai kerana mempunyai rasa manis berbanding haiwan kerangan laut yang lain. "Ia adalah tarikan di Kuala Perlis dan pengunjung boleh makan mentarang yang segar serta baru naik dari laut, di samping harga murah dan rasa yang enak apabila direbus atau dibakar," katanya. Buat santapan keluarga Sementara itu, seorang pencari mentarang, Mahmud Dahaman, 60, berkata, dia mengetahui kemunculan siput itu daripada seorang teman yang gemar kepada makanan laut namun dia tidak menjual kepada orang lain tetapi hanya santapan untuk keluarganya sahaja. "Seronok bila dapat siput banyak. Saya tidak menjualnya kepada orang ramai dan hanya bawa pulang untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga. "Kebiasaannya siput mentarang sedap dimakan apabila dimasak bersama sayur ataupun direbus dan dicicah dengan air asam walau bagaimanapun, pelbagai cara boleh dimasak mengikut selera penggemarnya. Ada segelintir orang ramai suka mentarang yang dibakar atau direbus untuk dimakan bersama sos cili," katanya. Mahmud berkata, sebelum ini dia hanya membeli mentarang, tetapi apabila mula mencari sendiri ia menimbulkan minat mendalam untuk terus mencari siput itu setiap hari apabila tiba musimnya. "Seorang rakan saya memperoleh siput yang besar-besar tetapi saya hanya memperoleh yang kecil saja hari ini kerana saya tidak berpengalaman untuk menggunakan teknik betul ketika proses mencari," katanya. Proses mencari mentarang Manakala, Yaakob Din, 62, dari Sungai Bugis berkata, ketika proses mencari mentarang tangan perlu dimasukkan ke dalam selut sedalam lebih setengah meter. "Dengan menggunakan teknik yang betul, ia mudah diperoleh. Kadang-kadang saya berjaya memungut sehingga 50 kilogram sehari dengan hanya memulakan kerja dari jam 7 pagi hingga 11 pagi selama lima hari sejak timbulnya musim mentarang jenis besar di sini. "Saya memang pengutip siput tetap tetapi tidak pernah menemui mentarang sebesar ini malah, sudah dua tahun ia tidak muncul dengan saiz yang luar biasa," katanya. Tambahnya, pengutip siput perlu mengetahui di mana lokasi adanya haiwan itu di dalam selut supaya tidak membuang masa ketika proses mendapatkan mentarang. "Untuk tahu lokasi mentarang, ia boleh dikesan melalui lubang udara yang memancutkan air secara selang seli dan air berkenaan bergenang di permukaan lumpur. "Mencari siput ini tidaklah terlalu mudah kerana jika teknik salah, ia akan mencederakan tangan kerana duri kulitnya amat mudah terkena tangan dan berbisa," katanya. Dalam pada itu, Rohani Shaari, 50, semalam merupakan hari kedua dia mencari mentarang di kawasan berlumpur di Sungai Belati, di sini. "Mentarang sudah lama tidak ada, apabila musim sebegini, ia jadi seronok kerana boleh memperoleh sebanyak 12 kilo sehari ," katanya yang tidak menggunakan tangan ketika mencari mentarang dan lebih gemar menggunakan pendayung sampan. Menurutnya, kayu memudahkan proses mencari mentarang selain memerlukan kesabaran disebabkan terpaksa menunggu lama untuk memperoleh siput terbabit. "Kalau nak dapat seekor pun susah, tetapi kalau musim mentarang macam sekarang mudah sikit nak dapat dan tidak perlu tunggu lama " katanya.
sinar/-
|
17 pemberontak terbunuh di Narathiwat Posted: 12 Feb 2013 11:11 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Tujuh belas pemberontak maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat awal hari ini. Komander Tentera Laut Narathiwat Kol Somkiat Ponprayoon berkata kira-kira 50 pemberontak yang dilengkapi senjata dan berpakaian seragam tentera dengan jaket kalis peluru daripada kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) menyerbu kem kecil yang mempunyai 50 pegawai dan anggota pada pukul 1 pagi. "Kami telah menjangka serangan mereka itu dan kami dalam keadaan cukup bersedia dengan bantuan 60 komando.
"Kami mengetahui rancangan mereka apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah seorang anggota BRN yang maut ketika berbalas tembak dengan pihak berkuasa di Saiburi, Bachok, Pattani, dua hari lepas. Kami menemui catatan mengenai rancangan serangan hendap itu," katanya. Pertempuran bersenjata itu berlangsung selama antara dua hingga tiga jam di kem di Kampung Jelor, Bachok, Narathiwat.
Somkiat berkata seorang daripada pemberontak yang maut dikenali sebagai Matroso Chantarawadi, seorang daripada pemimpin BRN yang paling dikehendaki dengan tawaran imbuhan 2 juta Baht (RM200,000). Keadaan anggota tentera yang terlibat dalam pertempuran itu masih tidak diketahui. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Narathiwat Rachanakarin. Ini adalah kematian paling tinggi membabitkan pemberontak sejak tahun kebelakangan ini apabila selama ini anggota tentera, polis dan orang awam menjadi mangsa serangan pemberontak dengan jumlah kematian yang kecil membabitkan kumpulan pemberontak. Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah menggerakkan semula gerakan bersenjata untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah selatan Narathiwat, Pattani dan Yala sejak sembilan tahun lepas. - Bernama
|
Siasat 11 projek BN Kedah rugi RM403 juta Posted: 12 Feb 2013 11:06 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pendedahan terhadap kerugian yang didakwa bernilai RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah negeri Kedah perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan. "Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berpendapat jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. Tetapi, ujarnya jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam. Semalam, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Bercakap dalam sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, beliau berkata, penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta. "Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman. "Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya. Justeru, kata Mohd Azmi, Teras kesal isu penyelewengan dalam pelaksanaan projek kerajaan masih berleluasa seperti yang digambarkan dalam Laporan Audit Negara. Menurutnya lagi, rekod salahguna kuasa dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi telah merosakkan imej negara di kacamata pelabur dalam dan luar negara. Beliau berkata, jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan. "Kami mengingatkan segala kerugian ini bukan sahaja akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Kedah sendiri namun kerugian itu juga menjadi hutang yang akan terbeban kepada kerajaan negeri sekarang dan juga generasi mendatang. "Kami menegaskan ini jelas adalah satu perompakan harta generasi selanjutnya. Pecah amanah dalam menjaga perbendaharaan negeri adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dikompromi," katanya. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan pembayaran hendaklah dijejaki sehingga mereka yang terlibat menyebabkan kerugian yang ditanggung diambil tindakan sewajarnya. Mohd Azmi berkata, Teras akan turut mengesan pelbagai projek negeri dan Persekutuan yang mengeluarkan perbelanjaan besar yang tidak sepatutnya supaya dapat mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang terjadi. Katanya, rakyat tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang mengurustadbir kewangan awam dengan cara menyalah guna kuasa dan penyelewangan dalam melaksana projek kerajaan. "Kami menuntut ketelusan pihak kerajaan yang bertanggungjawab ketika 11 projek tersebut dilaksanakan. Pihak Audit Negara harus menghantar pasukan khas untuk menyiasat semua rekod projek yang berkenaan," ujarnya lagi.
harakah/-
|
12 motosikal dirempuh lori Posted: 12 Feb 2013 10:57 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Keadaan motosikal dan sisi kereta yang terlibat dalam rempuhan lori sampah berkenaan. KUALA LUMPUR - Malang tidak berbau apabila 12 motosikal bersama penunggangnya yang berteduh di bawah jejambat di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dirempuh sebuah lori dan sebuah kereta, semalam. Kejadian berlaku berhampiran Taman Metropolitan Kepong menghala ke Kuantan itu, menyebabkan lima penunggang motosikal terbabit cedera. Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, dalam kejadian jam 2.50 petang itu, lori sampah berkenaan dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kereta Kia Sephia. Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan 12 buah motosikal bersama penunggangnya yang berteduh bawah jejambat kerana hujan turut dirempuh. "Bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 3.11 petang bersama satu jentera dengan tujuh anggota. "Dalam operasi itu, mendapati lima penunggang motosikal cedera dan dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan," katanya.
sinar/-
|
Deepak pohon perlindungan saksi kepada Peguam Negara Posted: 12 Feb 2013 10:53 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
(Deepak [kanan sekali] bersama Mahfuz dan Asmuni di pejabat Peguam Negara hari ini)
PUTRAJAYA: Peniaga permaidani, Deepak Jaikishan hari ini menyerahkan permohonan untuk mendapatkan perlindungan sebagai saksi kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di pejabatnya dekat sini hari ini.
Deepak ditemani oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Peguam yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi.
Permohonan itu dibuat untuk membolehkan Deepak mendedahkan segala yang beliau tahu berkaitan dengan pembikinan Akuan Bersumpah kedua yang dibuat oleh P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.
Deepak melalui surat tersebut menjelas yang beliau tidak terlibat langsung di dalam perbuatan kedua-dua SD yang bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.
Namun penglibatannya bermula selepas munculnya SD1 apabila beliau dihubungi isteri Perdana Menteri bagi membantu Perdana Menteri yang mana nama Perdana Menteri dilibatkan secara langsung di dalam SD1.
Malah menurutnya lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan penyiasat persendirian itu.
"Hari ini saya menyerahkan surat permohonan kepada AG bagi mendapatkan imuniti berhubung dengan SD yang dilakukan oleh P Balasubramanian.
"Tetapi surat tersebut hanya dapat diserahkan kepada pegawai beliau memandangkan Abdul Gani sedang bermesyuarat pada ketika ini," jelas belaiau.
Deepak juga memberitahu beliau juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan di dalam negara ini untuk memberi maklumat selanjutnya mengenai penglibatan pemimpin negara dalam penyalahgunaan kuasa yang melibatkan keluarga beliau.
Namun perkara ini akan didedahkan dengan syarat beliau diberikan perlindungan dari sebarang kemungkinan pendakwaan jenayah terhadap penglibatan beliau dengan memberikan 'certificate of immunity' yang merangkumi semua undang-undang negara.
Terlibat
Sebelum ini, Deepak mendakwa beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh rakan rapatnya ketika itu, Datin Seri Rosmah Mansor.
(Deepak menunjukkan dokumen yang beliau ada kepada Mahfuz dan rakan-rakannya dalam pertemuan mereka 6 Februari lepas)
Beliau diminta oleh isteri perdana menteri itu berbuat demikian selepas PI Bala membuat satu sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.
Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian tragis yang menimpa wanita Monggolia di hutan simpan dekat Puncak Alam itu.
Melalui SD 2 yang dibuatnya, PI Bala menarik balik segala pengakuan yang beliau buat dalam SD 1.
Deepak berkata, beliau membawa PI Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.
Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada PI Bala.
Ekoran itulah, PI Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.
Deepak memohon Peguam Negara memberikan perlindungan kepadanya sebagai saksi dalam kes ini berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberikan kuasa kepada AG untuk membuat pendakwaan.
Berhak
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir memberitahu pemberian imuniti terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jelasnya lagi, AG mempunyai kuasa untuk memberi perlindungan kepada individu yang tampil membuat pendedahan apatah lagi melibatkan pemimpin tertinggi negara.
Malah kata Mahfuz, AG sepatutnya bertindak untuk memberi perlindungan kepada Deepak demi maruah negara dan bukannya memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat.
Sebelum ini, Deepak memohon Pakatan Rakyat untuk memberikan jaminan kepadanya untuk diberikan perlindungan sebagai saksi untuk memnolehkan beliau mendedahkan segala yang beliau tahu.
Ekoran itu, Mahfuz bagi pihak PAS bersedia untuk berbincang dengan Deepak mengenainya.
6 Februari lalu, Deepak bertemu dengan Mahfuz dan beberapa pimpinan PAS lagi bagi membincangkan permohonannya itu.
Dalam pertemuan itu kata sepakat telah dicapai peguam PAS akan membantu Deepak membuat permohonan itu kepada Peguam Negara kerana dari segi undang-undangnya Peguam Negara yang berhak berbuat demikian.
Semalam Deepak bertemu dengan Mahfuz dan Asmuni Awi di Pejabat Agung PAS bagi membincangkan permohonan yang hendak dibuat dan hari ini mereka bertiga ke Putrajaya untuk menyerahkan surat permohonan berkenaan.
harakah/-
|
Najib terima bahana akibat terlalu politikkan hiburan Posted: 12 Feb 2013 10:49 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - PULAU PINANG: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya menerima kesan yang memalukan akibat terlalu menggunakan hiburan untuk tujuan politik. Beliau mengulas reaksi spontan penonton ketika Najib bertanyakqn adakah anda bersedia untuk Barisan Nasional (BN) sebelum persembahan Penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang (Psy) sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Kolej Han Jiang beberapa hari lalu. Bagi beliau, apa yang berlaku mengambarkan rakyat sudah muak dengan sikap Najib, Umno dan BN yang selalu mengambil peluang terhadap bidang hiburan. "Itulah risikonya akibat terlalu bermain politik dalam hiburan. Kesannya makan diri. Sebab rakyat kini bukan rakyat macam dulu tambahan golongan Tionghua yang bijak berpolitik," ujarnya. Baginya, Najib tidak ikhlas mengadakan program seumpama itu dengan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk menarik sokongan golongan muda. Paling mengecewakan, apabila pihak BN sampai kini tidak menonjolkan siapakan atau syarikat mana yang membiayai Psy ke Malaysia. Memang pelik kenapa penaja tidak ditonjolkan sedangkan lazimnya penaja akan ke hadapan untuk kepentingan perniagaanya. Ini mungkin sambung Mohamad, ada benda yang ingin diselindungkan daripada pengetahuan rakyat yang perihatin. Sebagai rakyat, katanya, mereka mahu tahu siapa penajanya kerana ia menelan jutaan ringgit wang rakyat. "Jika tak salah kenapa sembunyikan siapa penaja Psy," soalnya.
harakah/- |
Kartun terbaik 2013...No... Posted: 12 Feb 2013 10:48 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kartun terbaik 2013..kih3
harakah/- |
Najib rembat tanah rakyat untuk bina jambatan ke-3 Johor-Singapura Posted: 12 Feb 2013 10:46 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
PASIR GUDANG 13 FEB: Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, Najib Razak pada 2009 bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengenai pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura. Menurut Jui Meng, pembinaan jambatan tersebut dimanipulasi Najib sebagai taktik merampas tanah penduduk kampung terlibat termasuk di Pengerang dengan harga murah bertujuan mewujudkan bank tanah. "Ia kemudiannya akan dijual semula dengan harga murah kepada pemaju kroni untuk dibangunkan kawasan perumahan dan komersil," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau berkata, taktik tersebut turut sama diguna pada 1992 semasa pembinaan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) apabila 33,000 ekar tanah di Gelang Patah diambil dan diberi kepada UEM.
"Sedangkan, tak payah (ambil tanah sebanyak itu). Sekarang hendak diulang (di Pengerang). Beli dengan harga RM2.80 sekaki. Bila perumahan dibina, harganya melonjak naik sehinga 1,000 peratus. Siapa yang untung? Kroni Umno BN," katanya.
"Di Pengerang, ramai orang Singapura akan masuk untuk beli kondominium. Ia tak mampu dibeli oleh rakyat Johor khasnya orang Melayu," jelas Jui Meng ketika ditemui semalam selepas Forum Perdana Isu Tanah Di Negeri Johor di Hotel Li Garden, di sini.
Dalam pada itu, beliau memuji dasar tanah Selangor yang tidak mengusir mana-mana penempatan berusia lebih 15 tahun.
"Ada dasar perumahan kepada orang miskin Selangor. Penduduk takkan dihalau dan boleh memohon geran," katanya.
Tambah Jui Meng, Selangor juga tidak menjual mana-mana tanah berstatus pertanian. "Apa yang Selanngor buat ialah ubah syarat. Kerana selepas ubah syarat, harga tanah meningkat. Kalau pemaju beli dengan harga tinggi, wang akan masuk ke akaun negeri. Rakyat yang mendapat untung," katanya.
Najib ketika mengadakan lawatan ke Singapura Mei 2009, mengumumkan cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambatan baru bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke republik berkenaan. Menurut Najib, jambatan tersebut juga akan merancakkan projek Iskandar Malaysia di selatan Johor, dan untuk pembangunan itu, banyak tanah rakyat dirampas.
keadilandaily/-
|
Siswi diserang dengan parang di Pekan Posted: 12 Feb 2013 10:29 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
PEKAN: Dua siswa dan dua siswi diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan parang di Felda Chini 4 pagi ini. Mereka diserang ketika sedang mengedarkan risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan'. Serangan itu berlaku ketika mereka sedang mengedarkan surat itu dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pagi ini. Ini adalah kejadian kedua selepas mahasiswa turun berkempen di kawasan parlimen Datuk Seri Najib Razak itu.
Jam 1 tengahari semalam, tiga mahasiswa telah ditendang dan ditumbuk oleh lelaki yang tidak dikenali di Kampung Datuk Keramat, Ganchong, Pekan.
Mereka disekat ketika mengedarkan surat yang sama kepada pengundi di kampung berkenaan.
Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pekan mengenainya.
Dalam kejadian itu, mereka mendakwa kereta yang mereka naiki disekat, kemudian diminta kad pengenalan.
Selepas itu, mereka ditarik dari kereta dan ditumbuk serta dibelasah oleh orang tidak dikenali itu.
Pohon maafSementara itu, Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini membidas tindakan pengecut ahli Umno di Pekan yang bertindak ganas dengan memukul mahasiswa ketika selesai mengedarkan risalah 'Harapan Malaysia' semalam. Ekhsan Bukhari, bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) di pukul di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis dalam Parlimen Pekan. AMK Selangor melihat insiden keganasan terbaru ini sebagai satu lagi siri kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, dan juga Ketua Umno Bahagian Pekan yang tidak mampu melakukan transformasi terhadap ahli parti di bahagian sendiri. Kegagalan Najib Razak ini juga dilihat sebagai satu simbol kelemahan pentadbiran beliau yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia, kata Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri (gambar).
Beliau mempersoalkan sekiranya benar Najib Razak diterima oleh majoriti mahasiswa seperti yang didakwa dalam satu kajian, mustahil Perdana Menteri itu boleh goyang apabila berhadapan dengan kempen demokrasi yang dilakukan oleh lima orang mahasiswa sahaja?
"Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib Razak selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat Nasional, tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di bahagian sendiri," dakwanya.
Ekoran itu, beliau menuntut Najib Razak meminta maaf atas kekasaran ahlinya itu.
harakah/- |
Pyongyang cetus gempa bumi tiruan Posted: 12 Feb 2013 09:58 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kumpulan aktivis Korea Selatan berhimpun dan mengutuk tindakan ujian nuklear Pyongyang di Seoul. Foto: EPA SEOUL - Korea Utara semalam, mengesahkan kejayaan mengadakan ujian nuklear ketiga bawah tanah, sekali gus mencetuskan gegaran yang dianggap sebagai gempa bumi sekitar lokasi yang dirahsiakan. Bagaimanapun, tindakan Pyongyang itu mendapat kutukan dunia termasuk Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menyifatkan ianya sebagai pencabulan terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB. Lapor agensi berita tempatan, ujian berkenaan merupakan sebahagian daripada pendekatan Pyongyang melindungi keselamatan dan kedaulatan negara daripada sifat permusuhan oleh Amerika Syarikat (AS). Menurut pegawai Pyongyang, ujian nuklear pada kali ini mencetuskan letupan lebih besar berbanding ujian pada 2006 dan 2009. Katanya, kumpulan pakar menggunakan sejenis peranti nuklear lebih ringan dan kecil, sekali gus mendedahkan penggunaan bahan plutonium yang amat sesuai bagi kegunaan kepala peluru berpandu. "Ujian berkenaan berlangsung dengan kawalan keselamatan yang ketat," kata pegawai. Disember lalu, Pyongyang dikenakan sekatan oleh PBB dan AS selepas melancarkan roket yang dianggap sebagai ujian peluru berpandu. - DailyMail
|
Najib tunda PRU13 kerana maklumat ‘dalaman’? Posted: 12 Feb 2013 08:46 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Jadual di bawah ialah rumusan jumlah di mana maklumat dalaman 'mereka' sendiri menyatakan bahawa mereka akan hilang kerusi jika Pilihan raya Umum (PRU) diadakan hujung tahun lepas.
Table 1: The possible outcome in GE13. no | STATE | PR | BN | 1 | PERLIS | 1 | 2 | 2 | KEDAH | 13 | 2 | 3 | KELANTAN | 13 | 1 | 4 | TERENGGANU | 4 | 4 | 5 | PENANG | 12 | 1 | 6 | PERAK | 18 | 6 | 7 | PAHANG | 5 | 9 | 8 | SELANGOR | 20 | 2 | 9 | WILAYAH PERSEKUTUAN | 10 | 1 | 10 | PUTRAJAYA | 0 | 1 | 11 | NEGRI SEMBILAN | 6 | 2 | 12 | MELAKA | 2 | 4 | 13 | JOHOR | 12 | 14 | 14 | LABUAN | 1 | 0 | 15 | SABAH | 12 | 13 | 16 | SARAWAK | 16 | 15 |
|
| 145 | 77 |
Justeru, bagi Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, tidak kisah sama ada anda bersetuju atau tidak bahawa Umno BN akan kehilangan Putrajaya pada PRU13 nanti.
HARAKAH/- |
Beruk serang tuan Posted: 12 Feb 2013 08:10 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera selepas diserang beruk jantan peliharaannya dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, Setapak, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 20-an cedera di tangan kanan akibat digigit haiwan itu yang mengamuk selepas melepaskan diri dari sangkar. Mangsa memelihara haiwan itu sejak enam tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, mamalia berkenaan tidak bertindak agresif.
Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Dang Wangi Leftenan Muda Nurul Nadirah Samsul Liani berkata, binatang itu dipercayai memecahkan sangkar sebelum menyerang mangsa. Katanya, mangsa bergelut dengan haiwan itu beberapa minit sebelum dibantu ahli keluarga menghubungi JPAM yang tiba untuk menangkap beruk berkenaan.
"Ketika tiba, kami mendapati beruk itu berada di dapur dengan kesan kecederaan di bahagian belakang dan bertindak agresif.
BERUK yang mengamuk berkeliaran di rumah mangsa sebelum ditangkap. "Kami mengambil masa dua jam untuk menangkapnya menggunakan perangkap haiwan," katanya 10 anggota terbabit dalam operasi itu. Beliau berkata, mangsa yang cedera dirawat unit perubatan JPAM sebelum dihantar ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, beruk itu diserahkan ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut.
sinar/- |
'Pulangkan tanah kami' Posted: 12 Feb 2013 07:45 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Minah di rumah usang yang didiaminya. Maznun (kiri) menunjukkan telaga yang digunakan sebagai sumber air di rumahnya. Kamariah berhajat membina rumah yang lebih selesa jika tanah di situ diserahkan kepadanya. BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Beberapa pemilik rumah yang menetap di kampung Melayu bandar ini atau juga dikenali sebagai Matau merayu pihak berwajib mengembalikan semula tanah yang mereka teroka dan diami sejak lebih 40 tahun lalu. Penduduk, Kamariah Othman, 69, berkata, mereka mahukan hak milik tanah itu supaya dapat membina penempatan yang lebih selesa. "Sekiranya tanah ini diserahkan kepada kami, dapatlah kami membaiki rumah kami yang uzur ini. "Kalau dapat diberikan walaupun hanya satu lot tanah, sudah memadai memandangkan di sinilah tempat kami mencari rezeki sejak sekian lama," katanya. Kamariah berkata, isu penempatan di Matau sudah beberapa kali disiarkan media termasuk akhbar ini, malah sebahagian penduduk juga telah membuat bantahan selain turut mengambil tindakan mahkamah. Katanya, penduduk sebelum ini ada ditawarkan rumah untuk dibeli, namun mereka tidak mampu kerana pendapatan tidak seberapa. "Memang kami tidak mahu berpindah dari sini kerana ini adalah tanah yang kami teroka ketika mula-mula sampai di sini, jadi ia adalah milik kami," katanya kepada Sinar Harian. Tinggal dalam rumah daif Kamariah turut membawa Sinar Harian mengunjungi beberapa rumah daif di kawasan terbabit dan menerusi tinjauan yang dilakukan, rata-rata penduduk tinggal dalam rumah kayu yang buruk dan tidak sempurna. Malah, majoriti rumah masih menggunakan air telaga sebagai sumber air, termasuk rumah milik Maznun Abdul Karim, 33. Menurut Maznun, rumahnya sekarang didiami tiga keluarga terdiri daripada18 orang semuanya dan sejak lahir lagi dia sudah dibesarkan di situ. "Sudah terlalu lama kami menetap di sini, tapi kenapa masih tidak dapat memberikan kami hak milik tanah ini? "Kalau diberikan pampasan sekali pun, ia tidak setimpal dengan apa yang telah kami usahakan di tanah ini," katanya. Bagi Minah Saad, 76, dia berharap masalah itu dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan penduduk hilang kepercayaan kepada kerajaan. "Saya juga berharap mereka yang bertanggungjawab turun menjenguk keadaan kami di sini yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. "Saya sudah tidak mampu bekerja dan hanya mengharapkan pendapatan tidak menentu anak saya yang cacat untuk membela nasib kami," katanya. Seorang lagi penduduk, Siti Roniah Mat Ali, 64, berkata, dia pernah beberapa kali cuba membuat pinjaman bagi membeli rumah yang ditawarkan kepada mereka. "Saya tinggal di sini bersama sembilan anak dan tujuh cucu. Saya pernah menghantar tiga nama anak saya untuk membuat pinjaman, termasuk nama saya, namun kesemuanya tidak lulus. "Jika tidak diberikan hak milik tanah ini, di mana lagi kami hendak tinggal? Dapat sebuah tapak rumah pun jadilah," katanya yang mengharapkan masalah itu selesai.
SINAR/- |
PM: BR1M 3.0 jika terus sokong BN Posted: 12 Feb 2013 06:57 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KULAIJAYA – Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.
"Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0," katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.
Beliau berkata, jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberi pelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.
"Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang," katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.
Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada AS$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada AS$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011.
Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata, kejayaan pengurusan ekonomi negara itu turut meyakinkan agensi pelaburan Qatar untuk membuat pelaburan bagi membina Hotel Harrods yang pertama di dunia di Kuala Lumpur.
Selain Hotel Harrods itu, katanya, pelabur yang berkeyakinan terhadap program transformasi ekonomi Malaysia turut akan melabur berbilion ringgit bagi membina Hotel Four Seasons setinggi 65 tingkat di ibu negara.
Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara. Pada 19 Februari ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik 'Wellness Township'.
"Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita," katanya. Beliau memberi contoh Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya yang akan memulakan projek pembesaran fasa keduanya, walaupun pembukaannya baru sahaja dirasmikan tidak lama dahulu.
Perdana Menteri berkata di bawah projek fasa kedua itu pihak pengurusan JPO akan menambah 70 lagi kedai.
Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.
"Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat," kata beliau.
Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.
"Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan 'Janji Ditepati' terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat," katanya.
Perdana Menteri pada majlis yang sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima daripada kawasan Parlimen Kulai. – Bernama |
Bekas komando AS dedah cara dia bunuh Osama Posted: 12 Feb 2013 06:45 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
WASHINGTON - Seorang bekas anggota komando SEAL Amerika Syarikat (AS) kelmarin mendedahkan buat kali pertama cara dia membunuh bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden. Dia mendedahkan cerita itu menerusi satu temu bual yang disiarkan agensi berita AFP bahawa tiga das tembakan dilepaskan ke arah Osama di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2011 selepas sekumpulan komando AS membuat serbuan.
Bagaimanapun, dia kini berhadapan masalah kewangan kerana tidak lagi bekerja.
Dia merahsiakan identitinya semasa ditemu bual oleh pemberita majalah Esquire. Namun, buat pertama kalinya dia mendedahkan peranan yang dilakukannya dalam satu serbuan di rumah persembunyian Osama.
Bekas anggota komando tersebut mendedahkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli keluarganya. "Dia (Osama) kelihatan keliru. Tubuhnya lebih tinggi berbanding jangkaan saya," katanya tentang Osama. Pasukan komando itu melakukan serang hendap ke atas Osama di tingkat tiga rumah tersebut. Ketua Al-Qaeda tersebut meletakkan tangannya di bahu isteri termudanya ketika itu.
Osama menolak badan isterinya itu ke depan dan terdapat selaras senjata AK-47 berdekatannya. "Saya tidak tahu sama ada isterinya mendapatkan jaket dan dia kemudian ditolak untuk mati syahid. Dia (Osama) mendapatkan senjata dekat dengannya. Dia (Osama) merupakan satu ancaman.
"Saya perlu melepaskan tembakan tepat ke kepala Osama agar dia tidak berpeluang untuk meletupkan dirinya," kata bekas komando tersebut.
"Saya menembaknya, dua kali di dahi. Bap! Bap! Dia terjatuh di atas lantai di depan katilnya dan saya menembaknya sekali lagi. "Bap! tempat yang sama," katanya.
"Dia mati. Tidak lagi bergerak. Lidahnya terkeluar," tambahnya.
Menurut artikel majalah itu, pembunuhan ke atas Osama mengambil masa selama 15 saat. Menjelang musim panas pada tahun lalu, selepas bersara daripada tentera, dia menjadi gementar tentang kemungkinan serangan balas terhadap keluarganya.
Bekas anggota komando itu kini menjadi orang awam.
Disebabkan bersara daripada perkhidmatan ketenteraan selepas 16 tahun berkhidmat, dia tidak layak untuk mendapatkan pencen.
Pencen hanya diberikan kepada bekas anggota tentera yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun. "Dia memberikan banyak khidmat kepada negaranya. Kini dia kelihatan hilang di dalam debu," kata isterinya. "Saya berasa tiada sokongan, bukan sahaja untuk keluarga saya tetapi untuk keluarga lain di dalam komuniti. "Secara jujurnya, saya tidak mempunyai tempat untuk mengadu," tambahnya lagi.
Jenazah Osama kemudian dikebumikan di laut oleh tentera AS selepas dia mati. Osama mati ditembak dalam operasi tentera AS ketika negara itu berada di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama. - Agensi
|
31 tahun peluru tertanam di dada Posted: 12 Feb 2013 06:30 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Isteri Mohd Jonoh, Fatimah Adam ,53, menunjukkan kesan peluru yang masih tertanam dalam dada Mohd Jonoh sehingga kini. Mohd Jonoh menunjukkan plak perhargaan diterimanya sewaktu dalam perkhidmatan kepada cucunya, Mohd Ismail Ilham Zamri. Fatimah menunjukkan kesan tebukan di sebalah tulang rusuk kiri Mohd Jonoh bagi membuang darah daripada paru-paru. HULU TERENGGANU - "Peluru masih tersusuk di dada sejak 31 tahun ini bukan sahaja memori tidak dapat dilupakan sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai tentera, tetapi juga kenangan sepanjang hidup kerana ia akan tetap tertanam di dada saya. Demikian luahan Mohd Jonoh Mohd Noor, 56, seorang bekas askar yang terkena tembakan pengganas komunis ketika menjalankan operasi di Hutan Gubir bersempadan Malaysia-Thailand dan sehingga kini peluru tersebut masih kekal terbenam. Mengimbau kembali peristiwa itu, Mohd Jonoh berkata, petang hari kejadian Februari 1982 itu, dia dan enam rakannya menerima maklumat kehadiran pengganas komunis, lalu melakukan rondaan di sekitar 200 meter dari pos kawalan. "Dalam perjalanan kembali ke khemah, tiba-tiba kami diserang hendap sekumpulan pengganas komunis dan selepas 10 minit berbalas tembakan, saya terkena dua das tembakan iaitu di dada dan paha kiri. Pengganas komunis tersebut melarikan diri. "Saya mulanya tidak menyedari terkena tembakan kerana tidak terasa sakit. Namun, apabila dada terasa sejuk serta kaki mulai kebas, saya mula sedar yang saya terkena tembakan apatah lagi darah mula mengalir. "Semalaman saya berada di hutan dan esoknya bantuan diterima. Saya dibawa keluar dari kawasan operasi tersebut menggunakan helikopter, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Hampir tiga minggu saya berada di hospital berkenaan. "Peluru yang terkena di dada tersusuk pada tulang tengah dada dan jika dikeluarkan bimbang risiko lain berlaku. Selain tulang lambat bercantum, pembedahan juga boleh sebabkan pelbagai kesulitan lain termasuk lumpuh," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam. Bersyukur masih selamat Tambah datuk tiga cucu ini, akibat kejadian itu juga, bawah tulang rusuk sebelah kirinya terpaksa ditebuk bagi membolehkan darah dari bahagian paru-paru dikeluarkan dan walaupun di dadanya masih tertanam peluru, namun dia bersyukur kerana pulih serta selamat sehingga kini. "Umur saya masih panjang. Saya juga bernasib baik kerana tembakan terkena di bahagian paha hanya serpihan peluru pengganas komunis dan tidak mengakibatkan kecederaan serius seperti di dada. Ketika itu, saya baru dua tahun berkhidmat sebagai tentera. "Selepas genap 10 tahun bergelar anggota tentera, saya mengambil keputusan berhenti dan kini bekerja di sebuah syarikat pembalakan. Walaupun tidak lagi berkhidmat, segala kenangan masih tersemat rapi dalam kenangan. "Kesihatan saya tidak terjejas walaupun peluru itu masih tertanam di dalam dada, cuma kadang kala saya cepat letih dan berkemungkinan juga ia disebabkan faktor peningkatan usia. Selepas keluar hospital, saya tidak lagi terfikir untuk keluarkan peluru ini. "Saya berbangga kerana peluru berada di dalam dada. Sekurang-kurangnya ini membuktikan saya cintakan tanah air serta sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Apatah lagi tidak semua tentera berpeluang bertempur dengan pengganas komunis," ujarnya. Di sebalik rasa kecintaan itu, Jonoh turut melahirkan rasa terkilan kerana berasa pengorbanan askar sepertinya yang berjuang mempertahankan negara kurang diberi perhatian oleh pihak berkenaan.
sinar/-
|
3 lemas dalam jip Posted: 12 Feb 2013 06:00 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Maran : "Ayah dah nak pergi." Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.
Abd Zahran bersama Hamzah Muhammad, 52, dan Roshaizad Abd Rashid, 29, terbunuh dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kenderaan pacuan empat roda mereka yang jatuh dalam sungai.
Kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika Jip Cherokee yang dipandu Hamzah hilang kawalan ketika melalui jambatan kayu merentangi Sungai Tekal di Jalan Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling.
Difahamkan jambatan kayu berkenaan setinggi 10 meter daripada permukaan sungai sedalam dua meter. ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari pacuan empat roda terbabit. Jip dinaiki tiga sahabat karib itu terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.
metro/-
|
Psy: TV Singapura ada laporan jujur untuk Najib Posted: 12 Feb 2013 05:30 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketika TV Malaysia menyiarkan kononnya rakyat menyokong Datuk Seri Najib apabila membawa penyanyi pop Korea, Psy, TV Singapura, Channel News Asia (CNA) melaporkan sebaliknya.
TV Singapura itu juga menyiarkan rakaman bagaimana Najib dimalukan dengan ungkapan 'No' kepada pertanyaan Najib, 'Are You ready for BN?'.
Ia dilihat dengan jelas melalui laporan itu apabila CNA menyiarkan perkara itu di dalam sarikata di bawahnya. Untuk "Are you ready for Psy? "yes" tetapi untuk "Are you ready for BN? tidak ada jawapan yang ditulis.
TV itu juga melaporkan Najib membelanjakan RM2 juta untuk membolehkan BN membawa hampir 60,000 ke padang Sekolah Han Jiang High School di Pulau Pinang itu.
Sehingga berita ini ditulis, sudah 16, 444 sudah berkongsi video ini.
"Ia sepatutnya menjadi janji 45 tahun lalu ketika BN berkuasa di negeri ini," kata salah seorang penonton yang dipetik oleh CNA itu ketika mengulas janji-janji Najib itu.
Najib dalam ucapan di majlis itu berjanji akan membuat monorel untuk mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang dan rumah mampu milik untuk rakyatnya.
Seorang lagi penonton yang dipetik CNA berkata, "BN cuba membawa balik keyakinan pengundi."
Ketika ditanya, apakah Najib berjaya, penonton itu dengan penuh sindiran menjawab "Ya ya...mereka boleh membelanjakan sebanyak mungkin wang untuk orang Pulau Pinang."
HARAKAH/- |
Wanita Ini Berjaya Islamkan 7 Profesor Barat Hanya Dengan Jilbab Posted: 12 Feb 2013 05:00 PM PST 2 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya. Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras degupan syiar agama Allah. Itulah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita muslimah yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang watak semacam ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat jarang sekali.
Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia.
Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz harus menyertai suaminya untuk menghadiri salah satu persidangan perubatan yang diadakan di salah satu negara Eropah. Dengan langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami. Ya, ia sedar sekali bahawa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain adalah Tuhan yang akan ia jumpai di negera Eropah tersebut. Tuhan yang satu, Allah. Demikian pula halnya kaum Lelaki yang ia jumpai nya di negara asalnya, Arab Saudi. Oleh kerana itu, sebaik tiba di negara destinasi, keadaannya tidak berubah sedikitpun.
Komitmen untuk sentiasa melaksanakan segala perintah Tuhannya ia selalu pegang dengan baik. Hal ini nampak kelihatan jelas dari cara ia berpakaian. Potongan kain yang dikenakannya menutupi seluruh anggota tubuhnya .. Ya Ummu Abdul Azis mengenakan pakaian secara lengkap sehingga tidak tak sedikitpun anggota tubuhnya yang boleh terpandang mata, walaupun ia berada di kawasan Eropah yang serupa dengan mode-mode pakaian masa kini.
Oleh kerana itu wajar apabila masyarakat Eropah yang menjumpainya merasa hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti yang ia tampakkan. Ia pun mula menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya '"Makhluk apakah yang ada di balik kain hitam ini?" Benar-benar pemandangan yang sungguh aneh bagi mereka.
Pada suatu hari, beberapa wanita Eropah berkumpul mendatanginya. Rata-rata mereka adalah para profesor yang boleh dikatakan sudah cukup berumur. Dialogpun akhirnya berlangsung di antara mereka (Qadaralllah ummu Abdul Aziz mampu berbahasa Inggeris). Dengan begitu beraninya salah seorang daripada mereka mengajukan sebuah soalan, "Kamu pasti kelihatan seperti ini hanya untuk menyembunyikan kecacatan yang ada di tubuh kamu bukan? Atau mungkin sekadar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik??
Ya kiranya anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama ini terhadapnya. Ummu Aziz terus membawa mereka ke salah satu sudut bilik, lalu membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya. Ternyata ia nampak seperti wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat sedikitpun sebagaimana dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih cantik dari wanita biasanya, insya Allah. Kesempatan ini tentu tidak ia biarkan berlalu begitu sahaja tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran.
Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Aziz terus bermula masuk ke pembicaraan asas. Ia jelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan agama Allah ini terhadap kaum Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara umum.
Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Ya setelah tiga jam berlalu, sebanyak tujuh dari sepuluh Professor wanita tadi terus mengikrarkan keislaman mereka! Tak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin Allah! Bayangkan tujuh orang Professor masuk Islam hanya dalam tempoh tiga jam selepas melakukan dialog.
Sebagai seorang muslimah Ummu abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga menjadi asing dengan ajaran agamanya Kehadirannya di negara pengusung faham liberalisme yang jauh dari sistem nilai sosial tersebut. Ia tetap berpakaian muslimah sejati dan tidak mempengaruhinya untuk berganti pakaian ketat dengan hiasan murahan di sana-sini seperti perhiasan kejahiliyahan layaknya barangan murahan.
Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman mereka. Allah pun meninggikan darjat mereka dengan agama ini. Agama yang selama ini menjadi satu kebanggaan tersendiri bagi peribadi seperti Ummu Abdul Aziz. Akhirnnya dari seorang muslimah yang berusaha untuk mengajak umat ini kepada jalan Allah. Ia fungsikan dirinya sebagai media turunnya hidayah bagi siapa yang Allah kehendaki. Dengan cara seperti ini ia mampu merubah pandangan rendah mereka terhadap agama yang Allah redhai ini.
La ilaha ilallah ….semoga Allah sentiasa memberikan taufikNya kepada dirimu, Ummu Abdul Aziz. Allah jaga dirimu sehingga benar-benar bermanfaat bagi agama dan umat ini... Amiin
|