Ahad, 20 Januari 2013

MY VOICE FOR NATION

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PEMBODOHAN MASSA OLEH MEDIA ARUS PERDANA

Posted: 20 Jan 2013 08:53 AM PST

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13 juta populasi pengundi, dilihat menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13. Laman media sosial terutama Facebook muncul sebagai salah satu platform paling penting bagi perkongsian maklumat .  71 peratus pengundi adalah pengguna Facebook, kebanyakannya mengakses laman web tersebut beberapa kali sehari," menurut pemerhatian Merdeka Center. "Tidak seperti pengudi lebih tua yang secara umumnya lebih positif terhadap penguasa, mood pengundi baru dilihat terpecah diantara condong kepada status quo dan yang mahukan perubahan," tambah badan tinjauan tersebut. Laporan penuh di SINI.


Tragedi pembodohan massa

20 JAN — Kehebohan yang berlaku di Malaysia beberapa hari lalu memperlihatkan bahawa media sosial sebagai senjata ampuh mempengaruhi dan mendedahkan isu tidak boleh diragui lagi. Setelah media sosial berperanan menjatuhkan beberapa kerajaan seperti di Tunisia dan Mesir, kini ia menghampiri Malaysia.

Belum pun reda fenomena Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang berlangsung jaya di Stadium Merdeka, Malaysia digegarkan dengan fenomena #listen iaitu video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS yang tersebar luas di laman sosial Facebook dan Twitter. Kedua-dua fenomena ini memunculkan satu hal yang sudah lama terjadi iaitu tragedi pembodohan massa.

#KL112 ditanggapi negatif hampir seluruh media cetak arus perdana kecuali akhbar berbahasa Cina dan Sinar Harian, satu-satunya akhbar berbahasa Malaysia yang berani mengambil sikap objektif. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa media berbahasa kebangsaan adalah media pembodohan terulung. Media elektronik juga berkelakuan sama dengan pembodohan demi pembodohan menjadi intipati berita.
Sangkaan bahawa media arus perdana akan berubah pasca tsunami politik 2008 jauh meleset. Malah sikap yang diambil semakin membuat rakyat sebal dengan kebebalan mereka. Pengalaman saya membaca akhbar baik Utusan Malaysia mahupun The Star mulai peristiwa Reformasi 1998 hingga kini sama sekali tidak menunjukkan mereka bergerak ke arah kecerdikan.

Alih-alih meratapi kematian media, kita diberi rezeki video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen yang jauh lebih berkesan dalam membangkitkan kesedaran rakyat bahawa fenomena pembodohan tidak boleh ditoleransi sama sekali. Meski indoktrinisasi mahasiswa seperti yang terakam di dalam video itu bukan hal baru, bukti nyata sangat diperlukan dan di sini keberadaan media sosial sangat membantu.

Fenomena #listen mengingatkan kembali pembodohan-pembodohan yang saya alami sewaktu menuntut di UiTM pada 1999. Tahun itu sepanas 2012/2013 kerana pilihanraya umum akan menjelang dan dengan bersumberkan surat-surat layang, akhbar Harakah dan akhbar bawah tanah, pembodohan itu dilawan dengan laungan "boooo". Maka rasmi lahirnya generasi Reformasi yang sudah memasuki umur 30an kini.

Fenomena #listen bukan sekadar soal menyokong Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN), tetapi jauh dari itu menyedarkan rakyat bahawa pembodohan adalah tragedi nasional seperti mana rasuah dan pemerkosaan. Kes calon Hakim Agung, Daming Sunusi yang terjadi baru-baru ini di Indonesia harus dijadikan pelajaran. Daming dalam fit and proper test di DPR membantah hukuman mati untuk pemerkosa dengan menyebut. "Yang diperkosa dengan yang memperkosa ini sama-sama menikmati. Jadi harus pikir-pikir terhadap hukuman mati". Jangan sampai pembodohan nantinya diberi pembenaran seperti "Yang dirompak dengan yang merompak harta negara ini sama-sama menikmati. Jadi harus fikir-fikir terhadap perubahan".

Sejak saya bersikap kritikal terhadap kerajaan mulai PRU ke-10, hujah mereka yang mempertahan kerajaan BN tetap sama; bersyukur, negara dah aman damai, Melayu gaduh bangsa lain tepuk tangan & kalau tak suka pindah/pulang ke negara lain/"asal".

Andai tergerak mendukung kerajaan BN sekalipun, hujah saya adalah BN masih pilihan yang lebih baik berbanding PR kerana konsep perkongsian kuasa yang terbukti berjaya walaupun masih perkauman & BN berjaya membangun negara meski hubungan kaum rakyatnya sangat rapuh serta terdedah kepada perkelahian.

Mahu tidak mahu kemenangan PR diperlukan untuk melenyapkan polemik picisan seperti fenomena #listen, seterusnya beranjak ke polemik yang lebih penting dan berisi. Generasi muda masa hadapan diyakini akan lebih kritikal terhadap PR serta BN dan hal ini sangat penting untuk menguatkan masyarakat sivil sebagai kuasa ketiga yang mampu menggerunkan kedua-dua gabungan parti politik.

Barang harus diingat, pembodohan oleh PR terutama di kalangan generasi Reformasi terhadap anak-anak muda generasi tsunami politik sudah mulai menunjukkan bibitnya. Kelompok ini mendakwa sebagai yang paling memahami perjuangan dan sering memandang remeh dinamika perjuangan anak-anak muda yang jauh lebih progresif dan tidak bersifat partisan melulu.

Maka mengangkat PR bukan sekadar peralihan kuasa tetapi untuk meletak batu asas kepada wacana yang lebih cerdik buat generasi masa hadapan. Biarlah anak dan cucu kita mentertawakan generasi #listen asalkan mereka bebas merdeka dan tidak perlu #listen kepada sesiapa.

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Perubatan Darussyifa` Di Pengajian Tinggi: Bakal Bertaraf Institut Sebelum Menjadi Universiti ?

Posted: 20 Jan 2013 03:40 PM PST

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Welcome to Penang Thaipusam 2013

Posted: 19 Jan 2013 11:17 PM PST

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013

Posted: 20 Jan 2013 04:25 AM PST







Hari ini 20 Januari 2013 telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013 di SK Teluk Ketapang, Seberang Takir. Ini merupakan sekolah kedua yang menerima bantuan bagi DUN Seberang Takir.

Program Duduk Bersila di Kampung Baru Pantai

Posted: 19 Jan 2013 05:28 PM PST





Malam tadi 19 Januari 2013 telah mengadakan program duduk bersila di Kampung Baru Pantai, Seberang Takir. Penceramah jemputan ialah Y.Bhg. Ustaz Rusdi bin Muda. Terima kasih diucapkan kerana sudi memberi ceramah tentang isu-isu semasa.

Program Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Kampung Batin

Posted: 19 Jan 2013 05:23 PM PST






Semalam 19 Januari 2013 telah bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk Program Perjumpaan Belia dan NGO di rumah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Saudara Apli Yusof di Kg. Batin, Seberang Takir.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by weechookeong

Posted: 20 Jan 2013 07:33 AM PST

Andre Ho

Thank you for your comments/complaints.

I will definitely bring this matter to the attention to DBKL for immediate actions as it has been like this for more than 3 months. Wish you had let me know earlier. Never mind. It is better late than never.

Please call my PA En Yacob at 012-2186929 or Service Center 41433322 for easy communication.

Thank you sdr.

With kindest regards

wee choo keong

Comment on Complaints for DBKL by Andre Ho

Posted: 20 Jan 2013 07:10 AM PST

1. The road surface at old hawker center is extremely bad and need immediate repair. Location 10 meter from no.9 Jalan 3/23A Setapak. It was like that for 3 months .
2. DBKL street lighting is down since 6 months ago. It was repaired and work for only a week in Dec 2012. Location near No 9 to No 25 Jalan 3/23A Setapak.

3. Can we have road bumper install at stretch of road as item 2 above at Jalan 3/23A as many workshop are using this to test run repaired car or motor bike at high speed.
4. Why DBKL not removing the more than 12 unit of discarded car which hogging so many parking lot at Jalan 3/23A Setapak.

Thank you.

Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by GE Man

Posted: 20 Jan 2013 07:09 AM PST

The press release is no coincidence .They are currently participating in a bidding for MAS A330 spare parts PBH ( Power By The Hour ) contract worth at least RM 300 million .

The component workshop JV announcement is just a sweetener in which JV income base on assumption to show the would be JV is a profitable venture .

Income base on assumption is not a real money but the RM 300 million contract is real money , our money @ MAS !!!

If this contract and JV materialise it is going in for a double kill .

The first Kill – Get awarded for this A330 PBH even thou’ their price is not competitive then others , MAS will loose .

The second Kill – This JV co will charge MAS at cut throat price as always be the case in all MAS JV’s . and income of JV is from MAS alone not from other 3rd party business , MAS will bleed more .

Part II to come..,

Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by Amir MAS

Posted: 20 Jan 2013 05:49 AM PST

The staffs in the Engineering Department should be able to tell us how many times this Botak has called for tender for this sort of nonsense. I heard it was about 7 times. What a record! Aj, Md Nor, Dr Don, Azman Yahya and the other sleepy directors WTF are you doing? Still asleep? Wake up and tell us about this joint venture project.

Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by Pak Ngah

Posted: 20 Jan 2013 01:37 AM PST

Shit nothing but shit. Another one of PL gang’s brilliant idea to rob our money aided by TF kuncus.

Comment on MAS Integrity Programe NO:7 by ali

Posted: 20 Jan 2013 01:10 AM PST

Ahmad,

Tak payah PC kalau dia org islam yg takutkan Allah sumpah atas quran kitab Allah bila aku bagi nama dan sumpah tu buat kat depan reporter yg aku boleh arrange kat dalam masjid.

Lagi satu yang aku cari tu aj yang engkau pulak sibuk sangat tu apahal sedangkan dia pun tak jawab soalan aku tu.

Engkau terasa sangat apahal sebab orang yg makan cili dia yg terasa pedas so kalau engkau ni salah sorang aku tak tahu lah and be careful dengan bahasa engkau sebab nanti kalau aku report kat MACC dah tentu boleh trace engkau tu siapa walaupun engkau pakai nama lain kat sini.

Negeri ini ada law yg di panggil criminal intimidation so bahasa tu harus di jaga lah kerana tujuan aku nak tolong MAS bukan nak suruh ada orang kena buang kerja so kalau engkau tu MAS staff suruh lah aj reply message ni so aku boleh bagi details kat dia.

Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by Halim MAS

Posted: 19 Jan 2013 10:42 PM PST

Only qualified to look at fokKer propeller aircraft! He is just another brainless. No better than the latest import spin doctor, naj-mud.

Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by Danny Boy

Posted: 19 Jan 2013 10:27 PM PST

Syabas YB Wee! Another good one. Azahari the greatest CEO MAS ever had! Ka! Ka! Ka! He was just another planted crony of you know who????

Comment on Dato’ Najmuddin Abdullah is the new MAS Head, Strategic Communications by xMAS

Posted: 19 Jan 2013 09:37 PM PST

@Anon Jan19 10:07

PMS has been there for more than 10 years now. I remember having to do the performance planning and assessment since before Idris Jala’s time, even during Dato’ Kamaruddin’s time. Since there is no circular sent out to deactivate PMS, it is still enforce.

On the common corporate scorecard, this is also not new, Idris Jala introduced it to ensure that everyone carries some responsibility towards the company’s overall performance instead of just focussing on their individual KPIs. We ALL had to carry the corporate scorecard as part of our own individual KPIs. The weightage in decremented with level, EVP – 50%, SVP – 40% and VP- 30%, magagers downwards and so on. The weightage can be adjusted to reflect the company’s state, as have been done now.

Comment on Dato’ Najmuddin Abdullah is the new MAS Head, Strategic Communications by GUAM

Posted: 19 Jan 2013 08:35 AM PST

Kawan, you are barking at the wrong tree!
AJ is there for the gaji buta and the free weekly trip to London.

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Belanja Besar: Pasar Kedai Buluh Tak Selesai

Posted: 20 Jan 2013 07:01 AM PST

Petikan : Buletin Online
 
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/umor%20190113.jpgMARANG - Bajet negeri Terengganu cukup besar dan jumlah wang yang dibelanjakan berjuta-juta ringgit, namun banyak masalah pembinaan bangunan dan kemudahan asas rakyat tidak diselesaikan dengan baik.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, kerajaan lebih banyak membelanjakan peruntukan untuk pembangunan yang tidak membawa manfaat berbanding peruntukan untuk rakyat.

"(Sejak) daripada saya menjadi wakil rakyat tidak ada masalah kerana segala bantuan yang diberikan kepada rakyat bukan milik Umno tetapi milik kerajaan, tapi rakyat melihat peruntukan yang diagihkan tidak adil sebagaimana yang sewajarnya,

"Peruntukan yang besar untuk Mini Zoo Kijal, peruntukan yang besr untuk zon bebas cukai dan projek mega tetapi pada masa yang sama peruntuk yang tidak wajar (dan) sedikit, jika dibandingkan, untuk rakyat,"jelasnya. [Lihat Video Klip]
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program 'Amal Bersama Masyarakat' di Bukit Payong dekat sini pada Sabtu 19 Januari.

Bahkan katanya, peruntukan yang tidak wajar itu menyebabkan kemudahan Pasar Baru Kedai Buluh tidak boleh diselesaikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

"Peruntukan yang besar, belanja yang berjuta dalam membina Pasar Kedai Buluh, tapi sehingga hari ini kerajaan (Umno-BN) tidak mampu untuk menyeleakan (masalah kemudahan) yang dihadapi,"tegasnya.

Pihak media pernah melaporkan pasar tersebut cantik di bahagian luar tetapi terdapat pelbagai kerosakan berlaku di dalam bangunan.

Ataranya terdapat keretakan pada bahagian tepi bangunan, sistem aliran air longkang yang tidak berfungsi dengan sempurna, sehingga menyebabkan saluran terbabit tersumbat dan berbau busuk.

Atap bangunan pasar baru itu turut dilaporkan mengalami kebocoran, serta tiada kemudahan air disediakan di dalam tandas pasar itu menyebabkan keadaan persekitaran menjadi busuk sehingga memberikan kesan buruk kepada peniaga.

Masalah itu telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab, namun masih belum ada sebarang tindakan bagi menanganinya.

Oleh itu, Ustaz Mohd Nor berkata, sekiranya PAS diberi mandat untuk kembali memerintah negeri Terengganu, beliau akan memberi keutamaan bagi membaik pulih segala masalah tersebut.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mahathir Biadap, Buta Sejarah- Prof Dr Aziz Bari

Posted: 19 Jan 2013 08:59 PM PST

KeadilanDaily

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

"Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,"

"Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,"

"Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir," ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.

"Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan," tambah beliau.

Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

"Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.

"Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja," tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata "Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.

"Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia," tegas Aziz.

"Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.

"Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku," ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.

‘Listen, listen, listen’ Mewakil Sistem Pembelajaran Negara

Posted: 19 Jan 2013 07:19 PM PST

The Malaysian Insider

Insiden "listen … listen … listen" yang menimbulkan kekecohan di laman media sosial yang mengaitkan Bawani KS dan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin adalah budaya pendoktrinan yang mewakili sistem pendidikan di negara ini, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, insiden tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pelajar di negara ini diajar melalui kaedah "listen" seperti dalam video di laman YouTube tersebut.

"Kalau orang kata ini suatu yang luar biasa berlaku, tak betul … listen, listen, listen, ini mewakili sistem yang ada, ini kaedah anak kita diajar," kata Anwar dalam ucapan ketika majlis kutipan dana untuk Pilihan Raya Umum ke-13 DAP di sini malam tadi.

Kaedah sedemikian jelas pemimpin pembangkang itu telah bermula sejak pelaksanaan Biro Tata Negara (BTN) yang mana pelajar diarahkan untuk menuruti arahan tanpa sebarang pertanyaan.

"Dulu mereka disuruh ikut BTN, bila dipesoalkan, akan kata khianat Melayu …"

"Ia falsafah politik rasis dan autoritarian yang diibaratkan pemimpin berkuasa penuh terhadap rakyat," tegas Anwar di hadapan lebih 3,000 hadirin majlis tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjelaskan, hanya melalui pendidikan, kebenaran akan dapat disebarkan.

"Pendidikan adalah asimilasi ilmu pengetahuan, untuk mendapatkan pendidikan bagi menyebarkan kebenaran," katanya lagi.

Anwar dalam ucapannya juga sekali lagi turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat kerana menurutnya Najib adalah pemimpin yang lemah kerana terpaksa mendapatkan khidmat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "penasihat" Umno.

"Najib seorang perdana menteri yang lemah, maka dia terpaksa 'outsource' melalui Perkasa dan Tun Mahathir," katanya yang turut merujuk kepada badan bukan kerajaan pro Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Saya sekali lagi cabar Najib untuk berdebat!" kata Anwar disahut sorakan hadirin yang hadir.

Kutipan derma malam tadi berjaya mengutip sejumlah RM66,3042.

N50 Dun Sri Muda

Nuffnang